Utama Blog Laman 314

Pinguy OS : Ubuntu Extreme Makeover

0

Penuh dengan tweaks untuk ‘eye candy’ seperti kesan-kesan (effects) ketika menggunakannya, 3D Desktop Cube, dock, conky, dan sebagainya lagi membuatkan desktoplinuxreviews.com menggelarnya sebagai ‘Ubuntu On Steroids‘, manakala Mr.Hac sendiri menggelarnya ‘Ubuntu Extreme Makeover‘. Ianya adalah Pinguy OS, sebuah revolusi dalam penggunaan sistem operasi yang diubahsuai dan layak digelar hybrid.

Tamatlah sudah riwayat Ubuntu 11.10 dalam komputer, lalu digantikan pula dengan Pinguy OS. Ianya merupakan gabungan antara Ubuntu (versi terbaru) dan juga Linux Mint, yang juga sebuah distro berasaskan Ubuntu. Jika dahulunya Mr.Hac kurang gemar dengan Pinguy, sekarang lain pula halnya, kerana apa yang kita mahukan pada sebuah sistem operasi ada di dalamnya. Lihat pada paparan skrin di bawah. Kemas, cantik, dan antamuka seperti Mac OS X lagaknya.

Menggunakan Mint Update Manager untuk mengemaskini sistem.

Menggunakan Pinta untuk menyunting gambar.

Selain itu, apa sahaja yang anda mahu ada dalam Ubuntu, semuanya sudah tersedia. Namakan sahaja! VLC, XBMC, Rhythmbox, Openshot, Handbrake, Ubuntu Tweak, Wine, Compiz..Ahhh.. Lebih daripada cukup. Anda juga boleh menggunakan Firefox 8 dengan syarat anda masukkan PPA berikut ke dalam Software Sources:

ppa:ubuntu-mozilla-security/ppa

Sedikit pra-tonton paparan skrin 3D Desktop:

Apa lagi yang anda mahukan dari sebuah sistem operasi? Muat turun Pinguy OS 11.04 di sini -> Pinguy OS

Buat masa ini versi 11.10 sudah memasuki peringkat alpha dan rilisan stabil akan dilepaskan dalam tempoh waktu yang terdekat ini. Jadi jangan ketinggalan untuk merasai sendiri pengalaman menggunakannya. Lupa untuk dinyatakan ia lebih ‘smooth’ dan tidak lagging seperti Ubuntu 11.10 (sedikit lagging dalam Unity Desktop.. Dalam Gnome 3 ok pula..). Ok. Cukup sudah menulis. Kita jumpa lagi di entri seterusnya!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Commodore OS Vision : Gaming, Multimedia, Editing, Working, Everything!

0

Gempak, gegak gempita, GIGABYTES! Itulah yang mampu diucapkan oleh Mr.Hac sejurus selepas melihat apa yang mampu dilakukan oleh sistem operasi Linux berasaskan Linux Mint 10 ini yang dinamakan sebagai Commodore OS Vision. Ya. Sokongan untuk Linux Mint 10 akan berakhir pada April tahun hadapan, tetapi jangan bimbang. Para pembangunnya pasti ada penyelesaian untuk perkara itu.

Commodore OS Vision telah di pra-muat dengan pelbagai perisian terbaik dan juga permainan (games) yang menyeronokkan, serta terbahagi pula kepada beberapa kategori seperti first-person-shooter, racing, board, arcade, retro dan sebagainya. Ia juga penuh dengan kepelbagaian tweaks untuk ‘eye candy’ dan juga kesan bunyi (sound effects) yang mengagumkan. Maka disebabkan itu jugalah fail ISO-nya bersaiz 3GB!! Kalau kelajuan internet ibarat hidup segan mati lagilah silu, lebih baik usahakan memuat turunnya di tempat lain!

Berikut adalah ‘trailer’ untuk tujuan promosi OS ini.

Anda boleh muat turun Commodore OS Vision melalui pautan di bawah (Torrent):

Download Commodore OS Vision Beta 6 Disc 1 Base Install torrent file. (3.77 Gb)

Download Commodore OS Vision Beta 6 Disc 2 Commodore Extras torrent file. (3.36 Gb)

P/S: Lupa nak beritahu, Commodore hanya ada dalam versi 64bit sahaja.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Sukakan Windows 7 Tapi Bosan Dengan Virus? Tukar Kepada Zorin OS!

0

Siapa yang tidak sukakan Windows 7? Dengan segala macam perisian yang boleh disumbat-muatkan ke dalamnya, dengan beberapa lagi tweak untuk faktor ‘eye-candy’, menjadikan ia OS yang sangat digemari pencinta pirate pengguna Windows. Namun bagi yang mahukan kelainan, atau hendak lari dari masalah serangan virus bertalu-talu, atau tidak mahu lagi mencari anti-virus cracked, anda boleh beralih kepada Zorin OS.

Zorin boleh dikatakan sangat serupa dengan tampilan Windows 7, cuma faedahnya ialah ia PERCUMA dan BEBAS dari WINDOWS VIRUS. Lihat pada paparan skrin di bawah. Sangat kemas dan cantik!

Zorin OS sudah tersedia dengan mode 3D Desktop Environment. Err.. Did I just said 3D?

Sangat mesra kepada pengguna Windows yang ingin berhijrah kepada Linux. Oh ya. Lupa pula hendak beritahu. Ketika proses boot berjalan, Mr.Hac dapat lihat paparan seakan proses boot PCLinuxOS. Namun setelah selesai boot ke desktop, Mr.Hac dapat lihat pula pelbagai kemudahan atau tools yang dibuat untuk Ubuntu. Jelas sekali ia merupakan gabungan antara keduanya (kalau tak silap).

Lihat paparan skrin di bawah. Zorin menyediakan ‘Internet Browser Manager’. Chrome sudah tersedia, dan pelayar web yang lain tinggal klik sahaja untuk memasangnya.

Untuk menjalankan perisian Windows, Wine sudah tersedia. Ahhh. Pendek kata anda tinggal pakai sahaja! Berminat mahu mencuba? Klik di sini untuk ke laman web rasmi Zorin -> Zorin OS

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Awas!!! Sihir Kini Menular Di Dalam Facebook

0

Artikel ini tidak ada kena mengena dengan tutorial atau tips.Tetapi artikel ini menceritakan realiti isu semasa.Apa yang terjadi perlulah diambil iktibar dan langkah berjaga-jaga.Jangan kerana  “Gila Bersosial” di Facebook,diri sendiri dan keluarga yang sengsara.Semakin banyak sebenarnya perkara seperti ini terjadi tetapi tidak dihebahkan kepada umum atas beberapa faktor.Rata-rata mangsa adalah wanita.Ingatlah wahai wanita sekalian!!!

Artikel ini dipetik dari Harian Metro :

KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.
“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.
“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.
Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.
Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.
Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.
Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.
“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.
“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya.

Sihir ini lebih hebat dari Trojan,Backdoor dan Keylogger…hehehe.Sebenarnya ada Anti virus yang berkesan untuk melawan virus seperti sihir ini.Tanya Mr.Hac kalau hendak tahu hehe…

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

SMS Percuma Dalam Malaysia dan Seluruh Dunia

0

Anda tak cukup kredit? Anda berdepan dengan komputer yang mempunyai akses ke internet? Malas nak ke 7 Eleven atau kedai depan rumah untuk cari topup? Ya! Mr.Hac ada jalan penyelesaiannya! Sangat mudah. Sangat menjimatkan. Sangat menyeronokkan.

Dahulu ada satu laman web yang menyediakan servis SMS percuma dalam Malaysia. Namun malangnya setelah sekian lama, SMS yang dihantar lambat sampai dan terhad kepada 120 huruf (kalau tak silap, sebab dah lama tak guna). Anda juga perlu mendaftar terlebih dahulu. Laman yang dimaksudkan ialah MostSMS.com.

Tetapi bagaimana jika anda ada SMS yang perlu dihantar untuk sampai dengan segera? Kena taip dengan panjang pula? Mari Mr.Hac kenalkan anda dengan Gottasend.

Gottasend memberikan anda servis SMS secara PERCUMA ke SERATA PELUSUK DUNIA. Tambahan lagi anda TIDAK PERLU MENDAFTAR, dan anda boleh hantar SMS sebanyak 320 huruf dalam satu penghantaran! SMS yang dihantar pula sangat cepat sampai pada penerima.

Lihat pada gambar di atas, anda cuma perlu memasukkan nombor telefon atau nama samaran anda, masukkan kod negara malaysia (+6), masukkan nombor telefon penerima, taipkan SMS anda dan taip captcha yang terpapar lalu tekan butang ‘Gotta Send‘. Siap!

Klik di sini untuk mula menghantar SMS percuma!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Mahukan Email Seperti Hacker Mail?

0

Salam sejahtera..Sudah baca tajuk diatas?Ada ke vendor penyedia yang menyediakan alamat seperti Hacker Mail ini?Mungkin saudara semua pernah berjumpa dengan email seperti
@mediaprima.com,@uitm.edu.Tetapi mungkin jarang yang berjumpa dengan @hackermail.com.
Dalam pemerhatian Analyzer,tidak banyak pengguna yang menggunakan vendor Email seperti ini.Rata pengguna lebih selesa menggunakan yahoo.com,gmail.com dan lain-lain yang biasa kita jumpa.

Analyzer sendiri menggunakan @hackermail.com ini.Mahukan email seperti ini?Mudah saja.Caranya seperti ini :

1. Klik hackermail.com dan klik terus pada perkataan “Signup”

2. Seterusnya anda perlu isi semua maklumat yang dihendaki.Pada bahagian “Desired Email Address”,anda boleh ,memilih berbagai-bagai perkataan yang mungkin tidak terfikir oleh anda sebelum ini seperti @lawyer.com,@asia.com,@engineer.com dan banyak lagi.

3. Selesai sahaja anda mendaftar dan berjaya,akan muncul page seperti ini.

Mudah bukan?Sekarang anda boleh lah “poyo” sedikit dengan kawan-kawan sebab anda mempuyai email yang lain dari yang lain hehehe..Bagi Mr.Hac,Analyzer sarankan Mr.Hac menggunakan @linux.org.hehehe…
Jika anda mahu Login pada Email anda,hanya pergi ke http://www.mail.com/int/ untuk Login.
Itu sahaja sedikit tutorial dan ilmu yang tidak sebeberapa dari Analyzer pada kali ini.
Semoga berjaya dan jumpa lagi.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Tonton : Setaraf Hulu.com

0

Pernahkah anda sedang menonton sebuah rancangan kegemaran anda, namun ia bertembung waktu pula dengan satu lagi rancangan yang anda minati? Pernahkah anda mengikuti drama bersiri sehingga ke episod akhir, tetapi pada episod akhir itu anda tidak sempat menontonnya akibat sesuatu perkara yang tidak dijangka? Pernahkah pula anda menyukai sebuah rancangan televisyen, namun tiba-tiba siarannya bertukat waktu dan anda tidak tahu di mana untuk menyemak waktunya?

Kesemua masalah ini dapat diselesaikan melalui satu laman web tempatan iaitu tonton.com.my.
Laman ini setaraf dengan laman dari US iaitu Hulu.com. Namun tahukah anda Tonton lebih baik kerana Hulu tidak membenarkan pengguna dari luar US untuk menonton rancangan kegemaran atau filem yang diminati? Kerana Hulu menyekat IP dari luar US dari melakukan penstriman video yang tersedia, sedangkan Tonton tidak pula begitu! Pengguna dari dalam dan luar negara boleh menggunakan laman web tersebut secara bebas asalkan mereka berdaftar terlebih dahulu.

Mr.Hac sendiri amat meminati rancangan Best In The World (8TV) dan ketika ingin menonton rancangan itu, terlupa pula bila hari dan waktunya. Terus bergegas buka komputer dan layari Tonton. Mudah sekali! Bagi yang belum mencuba lagi, silakan. Jangan memandang rendah pada hasil buatan tangan anak tempatan. Pelbagai rancangan ada tersedia di dalamnya, cuma ia ada ‘tarikh luput’ iaitu bila terikh akhir rancangan itu akan kekal berada dalam Tonton. Tapi jangan risau. Bagi rancangan yang baru disiarkan, paling tidak setahun dua baru ia dilupuskan.

Cepat mendaftar sekarang sebagai pengguna Tonton dan carilah rancangan kesukaan anda di sana!

Anda boleh layari Tonton di sini -> Tonton

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Linux Mint 12 Lisa RC Dilepaskan : Apa Yang Baru?

0

Linux Mint kini membawakan kepada anda release candidate (RC) untuk versi terbarunya iaitu Linux Mint 12 Lisa. Mr.Hac sudah mencuba sendiri dan terasa seperti menggunakan sistem operasi dari komuniti yang GENIUS!

Kenapa? Apa yang baru dalam Mint 12? Seperti yang sudah di war-warkan sebelum ini Linux Mint membawakan teknologi baru dalam bentuk tradisional namun dengan olahan sendiri yang dinamakan sebagai Mint Gnome Shell Extensions atau MGSE. Ia memberi sokongan penuh kepada Gnome Shell 3 tetapi digayakan dengan versi Mint itu sendiri.

Pembangun juga membawakan MATE, yang membolehkan pengguna untuk menjalankan Gnome 2 dan Gnome 3 dalam satu sistem yang sama! Ini benar-benar sesuatu yang boleg dibanggakan dan jauh lebih maju berbanding Ubuntu 11.10 yang terus mengadaptasi Unity dan meggugurkan Gnome 2 dari sokongan.

Untuk berita sila layari -> New features in Linux Mint 12

Berikut adalah sedikit paparan skrin dan video yang menunjukkan pra-tonton Linux Mint 12. Diharapkan pembangun akan lebih berjaya lagi pada masa akan datang! Rilisan ini adalah yang paling canggih dan cantik setakat ini!

Anda boleh muat turun Linux Mint 12 RC di sini -> Linux Mint 12 RC

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Kesedaran Kepada Bahaya Shoulder Surfing

0

Merujuk kepada Wikipedia, Shoulder Surfing ialah kaedah atau teknik melihat secara terus, seperti memerhati disebalik bahu seseorang untuk mendapatkan maklumat. Teknik ini lebih berkesan di tempat-tempat yang sesak (high-traffic areas) kerana pelaku akan lebih mudah memerhatikan mangsa yang sedang mengisi sesuatu borang, menekan nombor PIN di ATM, menaip kata laluan pada komputer dan sebagainya.

Ada juga sesetengah orang yang cuba melihat mangsanya menaip kata laluan dari jauh menggunakan binokular (teropong), dan ada juga yang menggunakan pelbagai ‘automated tools’ seperti kamera litar tertutup. Pada tahap yang ‘tertinggi’, ada pula yang mampu meneka kata laluan yang sedang ditaip dengan hanya mendengar pada bunyi papan kekunci.

Anda jangan terpedaya dengan seseorang yang memakai cermin mata di belakang anda, dan kemudian anda menganggap beliau adalah seorang yang rabun, jadi anda tidak perlu begitu risau akannya. Ada antara mereka yang hanya menggunakan cermin mata sebagai penyamaran supaya tidak begitu dipedulikan.

Dengan meningkatkanya teknologi dunia IT dari semasa ke semasa, teknik ini juga semakin berkembang dan meningkat maju lalu memudahkan pengamalnya untuk memperoleh maklumat dengan lebih efisien. Cuma yang dapat kita harapkan, kesedaran terhadap perkara ini meningkat bersama supaya jangan hanya kerana seseorang itu berjaya mendapatkan maklumat sensitif anda seperti kata laluan atau nombor PIN, seluruh hidup anda menjadi gundah kerana dalam banyak perkara, kata laluan adalah pemegang kepada ‘kunci’ pelbagai kerahsiaan dalam hidup anda. E-mel, akaun laman sosial, akaun bank, dan sebagainya dapat dibuka dengan kata laluan. Jadi ingat, sebelum menaip, pastikanlah anda melakukannya di tempat yang paling selamat. Dalam erti kata lain, jangan tak pandang belakang!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Sorang Lagi Buat T**k!!

0

Penat..Sumpah penat tulis macam-macam entri di sini. Tapi ada sorang mamat ni dengan sedap menyalin setiap entri dalam blog ini tanpa kreditkan kembali ke sini.. Tak tahu nak cakap apa lagi dah. Sakit hati. Sakit jiwa. Kepada pemilik blog THEART, SILA REMOVE ENTRI YANG TELAH ANDA COPY PASTE atau kreditkan. TAK SUSAH PUN. Kalau kamu kreditkan kembali tidak mengapa. Tiada langsung perasaan sakit hati. Kamu tahu tak susah nak cari idea, susah nak tulis entri bagi orang puas hati, susah nak buat setiap dari tutorial tu sebab kena CUBA SATU DEMI SATU sendiri. Bukan main copy paste macam kamu!

Aku tak marah kamu nak salin. Salinlah. Tapi kreditkan sebagaimana yang sepatutnya! Zalimlah kamu bila main salin tampal macam kamu yang cari idea. Mungkin kamu tak tahu, aku dengan mudah boleh jejak setiap budak yang copy paste entri aku..

Kalau kamu baca entri ini, sila lakukan sebagaimana yang sepatutnya

Views: 1

Iklan Newspaper Inline