P/S: Ada beberapa lagi kesan visual yang tak sempat untuk ditunjukkan. Apapun, silakan menonton.
Views: 1
Mr.Hac gemar melakukan screencasting pada desktop dan kerap membuat pertukaran format video untuk disesuaikan dengan Youtube. Terdapat pelbagai perisian untuk Windows dan Linux yang dapat digunakan untuk menukar format video. Jika sebentar tadi bro pr67am telah menulis satu perisian pemain video yang menarik untuk Windows, entri ini pula Mr.Hac akan menulis mengenai perisian penukar format video untuk Linux, iaitu Arista Trancoder.
Setakat ini, perisian inilah yang paling digemari oleh Mr.Hac kerana paparan antaramukanya yang ringkas dan mudah difahami. Mr.Hac sudah mencuba WinFF, sebuah GUI untuk FFmpeg yang mampu membuat penukaran format video, tetapi tidak beberapa serasi.
Arista Transcoder boleh dipasang dengan mudah pada Ubuntu versi 11.04 ke bawah menggunakan PPA dari webupd8 seperti di bawah:
sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/arista
sudo apt-get update
sudo apt-get install arista
Tetapi untuk Ubuntu versi 11.10 Oneiric Ocelot, anda boleh memasangnya melalui Ubuntu Software Center. Cukup mudah! Ahhh.. Tetapi malangnya tampak seperti ada masalah apabila dicuba-cuba untuk klik, kelihatannya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sungguh cis sekali..
Sehari suntuk juga Mr.Hac cuba mencari jalan penyelesaiannya, sehingga menyah pasang dan kemudian memasangnya semula, still no hope.
Rupa-rupanya, hanya dengan satu baris perintah di bawah, selesai segala kekusutan:
sudo apt-get install gnome-icon-theme-full
Huh! Mencabar juga rupanya nak pasang Arista ni pada Oneiric. Berikut adalah paparan skrin bagaimana ‘rupanya’ ketika melakukan kerja dalam Oneiric Ocelot yang garang:
Views: 1
Salam…
Hidup tanpa ‘pemain media’ ibarat tidur malam tanpa bantal peluk. Tanpa peneman dan tiada penghiburnya. Tidak kira apa jenama pemain media yang anda gunakan yang pasti salah satunya mesti ada dalam komputer. Walaupun di dalam sistem Windows sudah sedia ada dengan pemain media lalai seperti Windows Media Player rekaan Microsoft namun ia cumalah pencacai yang banyak pertikaian dengan Codec.
Apa itu Codec? Singkatan Code-Decoder yang juga disebut sebagai Compressor-Decompressor. Fungsinya sebagai pengubah data dan pemampat saiz video, audio dan gambar yang besar lalu memindahkannya ke dalam pemain media agar dapat dimainkan. Sekiranya anda gagal memainkan beberapa format media seperti MPEG, WMV, RMVB, MKV dan seumpamanya, maka anda di desak paksa untuk rela menukar kepada pemain media yang lebih terbilang.
Apakah pemain media yang sempurna? Semestinya pemain media yang siap tersisip bersama Codec yang lengkap seperti VLC, Gom Player, Media Player Classic dan sepertinya yang tidak akan berkata TIDAK ketika dicucuk aneka format media. Don’t di khuatir! Sempurna tapi percuma…itulah pilihan akal yang sempurna.
The KMPlayer adalah pilihan pr67am™ yang telah dipergunakan bertahun dulu. Kenapa The KMPlayer?
1. Percuma
2. Tiada masalah Codec
3. Boleh membuka format imej termasuk ISO, BIN, IMG,NRG dan juga gambar PNG dan GIF.
4. Boleh diserasikan bersama pemain media utama seperti Real Player dan Quik Time Player.
5. Antaramuka (GUI) yang ekslusif. Berkaca-kaca (aero glass) bak orang kaya.
6. Fungsi On-Off. Dimana anda boleh memainkan dan mematikan dan menyambung semula.
7. Aneka fungsi tetapan walaupun agak annoying tapi itulah kecanggihan namanya.
The KMPlayer ciptaan Korea dimana pengasasnya Young Huee Kang telah berhenti pada 2010 selepas KMPlayer dijual kepada Pandora TV. Yang kemudiannya menyambung legasi bersama Daum.net dan mencipta pula PotPlayer. Kali terakhir KMPlayer dikemaskini ialah pada Febuari 2011. Dan pada 12 Disember 2011 The KMPlayer 3.1.0.0 telah dilancarkan bersama kemaskini TERBESAR tapi masih lagi di peringkat Beta. Rasa teruja, menarik dan mendebarkan itulah pandangan pertama pr67am™ melihat antaramuka nya yang serba baru. Nampaknya KMPlayer juga tidak ketinggalan menyelusuri zaman dimana kebanyakkan aplikasi sekarang sedang merangkak ke Web 3.0.
Anda cuba, korek dan rasai sendiri. Lebih nyaman, ringan, stabil dan tiada lags seperti versi lama. The KMPlayer 3.1.0.0 dengan lesen ad-support didatangkan bersama PandoraTV dan Toolbar Ask.com. Annoying betul! Tapi anda boleh sepak penyesak itu semasa proses pemasangan. Pendek cerita – Anda mesti cuba dan nikmatilah anjakan zaman. Tak nak cuba?… tengok aje pun boleh!
Sekian.
Muat turun: The KMPlayer 3.1.0.0 Eng
Views: 0
Panjang tajuknya kan? Hmm.. Saja Mr.Hac nak share video ni dengan anda semua. But, if you don’t like it, please do not make any comment.
Kalau nak tahu serba sedikit mengenai video ni, sila lihat di Youtube. Maaf mengenai kualitinya. Memang tak dapat nak ‘diselamatkan’.
Views: 0
Salam sekalian jelata…
Anda masih di sana? Ya! Kita pun masih disini… Tanpa anda – entri tak bernadi jadinya. Tiada penulis yang nak jadi ayam bertelur sebiji sudah meriuh minyak di kuali. Kalau boleh biarlah sebiji itu menetas jadi ayam dan menetas lagi jadi telur ayam. Apa yang kita sampaikan seharusnya menjadi maklumat yang akan anda faham, buat, guna dan sebar. Ya! Sebarkan kepada si Pungguk yang masih mimpikan Datuk Siti tu. Hmmm…
Apabila di sebut gambar termasuk Atuk sekolah jawi zaman Pak Malau pun tahu. Apabila di tanya format gambar…. Hah! Tiba-tiba je terasa kutu miang membunting 9 bulan di kepala. Tahukah anda terdapat ratusan jenis format imej di muka bumi ini. Ilmuan tahun akhir jurusan photography pun belum tentu boleh hafal satu-satu. Tahukah anda lain format lainlah kaedah gunanya, lain format lainlah cara pembukanya. Dan bagaimakah caranya merungkai imej dengan format yang di luar subjek rutin?
Advanced Batch Converter adalah satu daripada aplikasi yang akan menjawab kusut. Perisian bersaiz kecil 5.5MB tetapi sendinya hampir sempurna. Advanced Batch Converter merupakan sebuah perisian yang mampu buat banyak perkara ke atas sekeping gambar anda. Seperti menukar format, mengubah saiz, watermark, menangkap, memotong, menambah kesan dan mewarna serta beberapa lagi. Dengan kemampuan meyokong lebih 180 format imej itu sudah menunjukkan riak kokoknya. Bagaikan tiada kekurangan fungsi format dalam perisian ini selayaknya anda tidak terfikir memaling muka kepada alternatif.
Perisian di datangkan terus dari kilang dalam versi pemasangan. Khabar baik… Advanced Batch Converter layak di gunapakai oleh semua warga Windows tanpa mengira status. Dan berita dukacitanya… anda perlu bayar kos USD69.95 sebagai pengguna berdaftar. Haiissh… Macam tak celup dek akal. Mahal melampau..!
Sekian.
Muat turun: AdvancedBatchConverter ©pr67am™201112
Kata laluan zip: pr67am
Views: 0
Dah puas belajar manual? Nak tools yang boleh buat kerja secara automatik? Boleh.. Cuma kalau boleh cara manual yang telah Mr.Hac ajarkan dalam entri-entri lama sebelum ini silalah khatamkan dahulu supaya anda faham apa yang berlaku disebalik tabir.
Ophcrack Live CD ialah tool yang patut anda ada dan simpan dalam peti sejuk laci meja di tempat kerja anda atau di mana saja. Ia boleh dirakam (burn) ke dalam CD atau pendrive untuk memudahkan anda membawanya ke mana-mana.
Ophcrack merupakan Password Cracker untuk sistem operasi Windows yang percuma dan bersumber terbuka. Corak godamannya berasaskan Rainbow Table (Boleh juga baca mengenainya DI SINI). Ia mempunyai GUI yang mudah dan dapat dijalankan pada platform yang berbeza.
Ophcrack boleh di muat turun di sini -> Ophcrack
Ia boleh dirakamkan ke dalam CD menggunakan perisian ImgBurn atau rakamkannya ke dalam pendrive menggunakan Universal USB Installer.
Cara penggunaannya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu boot melalui Ophcrack Live CD atau USB dan apabila ia mula boot, ia akan mula menjalankan fungsinya secara automatik. Sebaik saja kata laluan dapat dipecahkan, sila catitkan dan keluarkan Live CD atau USB itu tadi.
Views: 1
Masih ingatkah lagi anda pada XBMC? (Atau anda boleh juga rujuk DI SINI). Mesti la ingat kan! Ok. Jika anda berasa teruja dengan hab hiburan, pusat media peribadi anda itu, mari kita mencuba sesuatu yang baru, iaitu Moovida Media Center.
Ahhh.. Ingin saja Mr.Hac menulis panjang mengenainya. Namun jari telunjuk agak sakit pada petang ini, mungkin terlalu banyak menaip agaknya! Apa yang boleh Mr.Hac katakan, jika anda sukakan XBMC, anda patut mencuba Moovida kerana ia juga menawarkan sesuatu yang baru kepada pengguna. Best of all, ia adalah perisian cross platform dan juga percuma!
Bagi pengguna Windows, anda boleh muat turun fail pemasangnya pada laman web rasmi (Rujuk pautan di atas) dan pada pengguna Ubuntu, anda boleh pasangnya melalui Ubuntu Software Center atau Synaptic Package Manager. Bagi Linux Mint pula anda boleh pasang melalui Software Manager.
Silakan mencubanya hari ini dan berikan pendapat anda pula!
Views: 3
Beberapa minggu yang lalu, Mr.Hac perasan ada komen dari pembaca blog ini yang bertanyakan mengenai Revamp OS.. Tetapi pada waktu itu, Mr.Hac sendiri belum pernah mencubanya, oleh itu Mr.Hac tidak boleh berkata sebarangan, takut nanti timbul salah faham. Jadi Mr.Hac ambil keputusan untuk memuat turun ISO bagi RevampLinux dari laman web rasminya (or should i say blog?), RevampLinux.
Namun itu adalah ketika mereka bertapak pada blogger.com. Setelah berpindah ke alamat baru, RevampLinux.com, dan bertapak pula pada WordPress, ia semakin kemas dan menarik. Namun pautan untuk muat turun RevampLinux versi 12 atau kod namanya, K-jora masih belum diletakkan lagi kerana tarikh rilisannya adalah pada 11 Disember 2011 (esok). Mr.Hac telah pun mencuba versi sebelumnya iaitu 11.2.
Versi 11.2 boleh dikatakan bagus, penuh dengan ciri-ciri yang mampu menarik perhatian pengguna baru Linux, seperti Dock, Wallpaper Changer, Menu seakan Windows, kesan visual dan pelbagai lagi. Meskipun begitu, bagi pendapat Mr.Hac, ia masih belum dapat memberikan impresi yang hebat kepada pengguna lama Linux, kerana tweaking seperti memasang dock, mengubah menu, memasang pengubah wallpaper dan sebagainya boleh dilakukan sendiri.
TETAPI, ini adalah pendapat Mr.Hac mengenai rilisan versi 11.2. Tak sabar betul rasanya nak mencuba versi 12, K-jora kerana Mr.Hac dapat melihat paparan Pantheon Shell dekstop environment pada video intro di laman rasminya. Apa itu Pantheon Shell? Itu nanti kemudian kita akan bincangkan. Tambahan lagi. dengarnya versi ini mempunyai lebih banyak tweaking, ubahsuaian dan juga kesan visual yang disokong penuh. Nantikan rilisannya esok!
Berikut adalah paparan skrin dari RevampLinux K-jora:
Views: 0
Kazam Screencaster ialah salah satu desktop recorder yang paling ringkas dan mudah untuk digunakan pada Linux. Ia telah menjadi desktop recorder yang paling digemari untuk para pengguna Ubuntu 10.10 ke bawah. Paling penting sekali, ia percuma dan tidak perlukan banyak RAM untuk berfungsi.
Namun, Kazam kelihatan seperti sudah tidak dibangunkan lagi, meskipun laman webnya tampak masih lagi ‘hidup’. Biarpun begitu, untuk memasangnya pada Ubuntu versi 11.04 dan 11.10, masih ada lagi workaround untuk anda. Sila tonton video di bawah.
Senarai baris perintah dalam video:
sudo apt-get install bzr python-rsvg python-keybinder python-xlib x264 ffmpeg libavcodec-extra-53
mkdir .kazam
cd .kazam
bzr branch lp:kazam/stable
cd stable
cd bin
sudo chmod 777 ./kazam
sudo chmod 777 ~/.config/kazam/kazam.conf
Untuk menjalankan Kazam :
cd ~/.kazam/stable/bin
./kazam
Views: 1