Utama Blog Laman 298

Tetapan Compiz Pada Ubuntu 11.10

0

Ubuntu 11.10 – Jika anda lihat pada waktu ia mula-mula selesai dipasangkan, memang nampak agak ‘hodoh’. Tetapi setelah anda mengubah tema, contohnya memasang ikon dan Tema Mac OS X, kemudian mengecilkan pula Bar Unity, wal-lah! Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot tampak anggun sekali.

Baiklah, untuk entri kali ini Mr.Hac ingin memberitahu bagaimana kita boleh melakukan beberapa kesan visual yang menarik pada Ubuntu 11.10 dengan menggunakan Compiz. Contohnya anda boleh tonton pada video di bawah:

Menarik? Mahu cuba?

1. Sila pasangkan Compiz Plugin Extra:

sudo apt-get install compiz-plugins-extra compiz-fusion-plugins-extra

Atau ikut kaedah pemasangan di sini: Menghidupkan 3D Desktop Cube Pada Ubuntu 11.10

2. Buka CompizConfig Settings Manager (CCSM) > Animations > Tweak tetapan animasi di sini mengikut kemahuan anda! Contoh boleh lihat di bawah:

Satu lagi, jangan lupa untuk tandakan pada kotak Animations Add-On untuk membolehkan anda bermain dengan kesan visual tambahan yang lain!

Mahukan Wobbly Windows?

1. Buka CCSM > Effects > Tandakan pada kotak Wobbly Windows

2. Klik pada Wobbly Windows > Map Effect > Shiver

Tukarkan juga > Focus Effect > Shiver

Selesai! Semua tetapan kesan visual ada dalam CCSM dan Animations Plugin! Selamat mencuba!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 11.10

0

Jika anda masih belum membaca entri sebelumnya DI SINI, silakan membacanya terlebih dahulu kerana di situ Mr.Hac telah senaraikan 30 ENTRI yang berkaitan dengan apa yang perlu dilakukan selepas siap pemasangan Ubuntu.

Entri ini ialah versi 2.0 kepada entri tersebut. Silakan menyambung perjalanan anda dalam dunia Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot!

1. Pasangkan Codecs:

sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

Apabila keluar tetingkap seperti di bawah, anda hanya perlu klik ‘Ok’ dan ‘Yes’:

2. Pasangkan Flash Player:

sudo apt-get install flashplugin-installer

Atau anda boleh pasangkannya melalui laman web rasmi Adobe : Flash Player

Setelah selesai dua perkara penting itu, tiba masa untuk kita ‘tweak’ Ubuntu.

3. Pasangkan Unity 5.0

sudo add-apt-repository ppa:unity-team/staging

sudo apt-get update && sudo apt-get dist-upgrade

Bagaimana jika terdapat masalah dengan Unity 5.0? Jika ada masalah, sila buangkan PPA sebentar tadi:

sudo apt-get install ppa-purge

sudo ppa-purge ppa:unity-team/staging

4. Disebabkan Mr.Hac terbiasa dengan ciri Arch Linux yang sentiasa berada dalam ‘Bleeding Edge Moment’, maka tidak teragak-agak untuk Mr.Hac memasang Firefox Aurora pada Ubuntu 11.10:

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/firefox-aurora

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

5. Pasangkan versi terbaru Transmission

To all SOPAK lovers out there, you should love this software too!

6. Memasang plugin ekstra untuk Compiz (Ini akan dibincangkan dalam entri seterusnya!)

7. Mengaktifkan Multiverse Repository:

Buka Software Sources, tandakan (centang) ‘Software restricted by copyright or legal issues (multiverse)‘.

Buka tab ‘Other Software’, sila tandakan pada kotak yang tidak ditandakan:

Ok. Cukup lah 7 tu kan? Campur dengan 30 entri lagi sebelum ni, dah jadi 37, ye tak! Salam hormat dan jumpa lagi!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Transmission Bittorrent Client : Ringkas Tetapi Menawan

0

Transmission ialah pemuat turun Torrent atau Torrent Client yang telah menjadi client lalai dalam Ubuntu. Ia juga boleh didapati untuk beberapa sistem operasi lain seperti Windows dan Mac.

Transmission amat mudah digunakan. Tampil dengan menu ringkas, tetapi ‘semua ada dalam satu’, ia tidak memeningkan kepala kerana anda tidak perlu memahami begitu banyak fungsi tambahan yang biasa ada pada Torrent Client lain, yang sebenarnya tidak begitu digunakan sangat pun!

Jika anda menggunakan Ubuntu dan anda mahukan versi yang paling baru, sila gunakan PPA seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:transmissionbt/ppa

sudo apt-get update && sudo apt-get install transmission

Untuk sistem operasi lain, anda boleh lihat pada laman web rasminya: Transmission

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Mengecilkan Bar/Dock Unity Dalam Ubuntu 11.10

0

Salam.

Kita semua sedia maklum akan Ubuntu Oneiric Ocelot, yang telah pun menukar antaramuka atau persekitaran desktop dari Gnome 2.++ kepada Unity. Di awal kemunculannya, dalam versi 11.04, ramai yang mencemuh, tidak kurang yang mengatakan ini adalah satu kegagalan besar buat Ubuntu.

Namun, semakin lama ia berkembang, semakin baguslah ia. Mr.Hac mula ‘cuba-cuba’ dengan Ubuntu dari versi 10.10, dan apabila ia masuk versi 11.04, Mr.Hac tidak teragak-agak untuk format semula komputer dan memasangnya, kerana ia masih menawarkan ‘Classic Desktop’ iaitu Gnome 2.32. Tetapi apabila keluar sahaja versi 11.10, tiada lagi pilihan tersebut, kerana Gnome 3 sudah mengambil alih secara penuh terhadapnya.

Dengan masuknya Gnome 3, ini bermaksud bermulanya fasa baru dalam keserasian antara perkakasan dan juga perisian. Unity telah menjadi persekitaran desktop lalai pada Ubuntu 11.10.

Rata-rata ramai yang mahu bar Unity dikecilkan secara lalai. Mungkin ia akan dijadikan seperti itu pada versi akan datang, mungkin juga tidak. Untuk mengecilkannya dalam Ubuntu 11.10, apa yang anda perlu lakukan ialah:

1. Pasang CompizConfig Settings Manager (CCSM):

sudo apt-get install compizconfig-settings-manager

Atau pasangkannya melalui Ubuntu Software Center (USC).

2. Dalam CCSM, pergi kepada Ubuntu Unity Plugin > Experimental > Launcher icon size > Tukarkan mengikut saiz yang anda mahu

ATAU

Pasangkan tool yang dipanggil sebagai MyUnity:

sudo add-apt-repository ppa:myunity/ppa

sudo apt-get update && sudo apt-get install myunity

Saiz ’39’ tampak bagus pada desktop Mr.Hac:

Cara yang ketiga, cara yang paling mudah sekali ialah dengan menggunakan Ubuntu Tweak!

Muat Turun: Ubuntu Tweak

Buka Ubuntu Tweak > Tweaks > Unity Settings > Launcher > Icon Size > Ubah ikut saiz yang anda suka

Amacam? Cukup sudah dengan panduan ini. Harap anda akan mula menggunakan Unity dan melekat terus kepadanya kerana ia cukup mudah dan seronok untuk digunakan!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Microsoft Office 2010 Activator

0

Salam.

Masih lagi berkisar produk Microsoft. Hari-hari yang semalam kita bercerita tentang Windows 7 dan IDM. Hari ini kita bercerita pula tentang Microsoft Office 2010.

Setakat yang Mr.Hac pernah gunakan, tidak dapat tidak Mr.Hac akui, produk Microsoft yang ini adalah antara perisian pejabat termoden. Lengkap dan mempunyai antaramuka pengguna grafik yang canggih, menjadikan ia pakej untuk Microsoft mendongak ke langit.

Setakat tahun 2012 ini, Office 2010 masih tidak berganjak dari versinya. Bermakna jika anda mempunyai Microsoft Office 2010 pada PC anda, anda telah menggunakan versi paling baru dan paling moden.

Cukuplah intro, mari bercerita tentang tool untuk kita crack perisian Microsoft ini.
Namanya Office 2010 Toolkit – EZ Activator.

Mudah digunakan. Setelah anda siap memasang Office 2010, apa yang perlu anda lakukan ialah lancarkan tool ini, dan klik pada butang EZ-Activator. Sejurus selepas itu perisian Office 2010 anda sudah pun diaktifkan. Jika anda menggunakan Windows Vista atau Windows 7, jangan lupa menjalankannya sebagai Administrator (Run as administrator).

Muat turun: Office 2010 Toolkit

Bagaimana? Ok? Anda tidak perlu lagi mencari nombor siri (Serial number) atau perisian versi crack lagi. Anda cuma perlu muat turun perisian asli dan gunakanlah tool ini. Selamat mencuba dan bersuka ria semua. Kurangkan drama, tingkatkan kemahiran anda. Err..

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.08 Build 9 Full Cracked

0

Salam.

Rasanya baru sahaja Mr.Hac tulis dan kemaskini versi IDM. Baru saja hendak merasa nikmat ‘sedut-sedutan’ dengan IDM, tiba-tiba beliau update lagi untuk kesekian kalinya. Ahhh. ~_~

Jadi apa pula yang diperbaharui kali ini? Tak banyak pun!

What’s new in version 6.08 build 9?

(Released: Jan 26, 2012)

Added support for new types of video streaming sites

Nota: Nama pada ‘About IDM’ itu telah ditukar sendiri oleh Mr.Hac.

Cara untuk crack IDM ini:

1. Dalam folder ‘Internet Download Manager 6.08 Build 9, terdapat satu folder dengan nama ‘Patch bY BabelPatcher’. Buka folder itu dan salin fail yang ada di dalamnya (Patch), ke dalam direktori IDM dipasangkan iaitu:

C:>Program Files>Internet Download Manager

2. Pastikan setiap proses IDM dimatikan atau ‘exit’. Kemudian jalankan fail ‘patch’ itu tadi. Jika anda menggunakan Windows vista, 7, jalankan sebagai Administrator (Run as administrator).

3. Selesai! Anda sudah boleh menggunakannya! Jika anda sudah pernah memasang versi terdahulu, anda tidak perlu menyahpasangnya terlebih dahulu, sebaliknya terus saja memasang versi terbaru ini.

Muat turun: Internet Download Manager 6.08 Build 9

Mr.Hac: Versi sebelumnya iaitu 6.08 Build 8 telah dimuat turun sebanyak 666 kali! Terima kasih atas sambutan anda!

Views: 38

Iklan Newspaper Inline

Windows 7 USB/DVD Download Tool Error : Unable To Copy Files

0

We were unable to copy your files. Please check your USB device and the selected ISO file and try again.

Pernahkah anda menghadapi masalah ini? Baru hendak merakam fail ISO Windows 7 ke dalam USB pendrive, tiba-tiba perisian rasmi dari Microsoft ini memberikan anda ‘kata-kata sayang’. Ternyata menyusahkan apabila anda sangat memerlukan bootable Windows 7 pendrive untuk format komputer kesayangan, error sebegini pula yang berlaku, meskipun berulang kali anda format pendrive anda itu.

Jangan bimbang. Bukan pendrive anda yang rosak, cuma anda perlu membersihkan pendrive anda supaya ia dapat dibaca oleh perisian Windows 7 USB/DVD Download Tool (WUDT).

Apa yang perlu anda lakukan ialah buka Command Prompt (cmd), dan masukkan baris perintah di bawah:

diskpart

list disk

select disk #

clean

create partition primary

select partition 1

active

format quick fs=fat32

assign

exit

Selesai masalah! Sekarang anda boleh cuba untuk merakamkan kembali fail ISO Windows 7 ke dalam pendrive anda itu.

P/S: Mr.Hac telah mencuba aplikasi diskpart ini di dalam Windows XP. Malangnya ia gagal mengesan pendrive Mr.Hac yang telah dimasukkan pada port USB. Oleh itu, petua Mr.Hac satu sahaja. Anda carilah mana-mana laptop atau PC yang menggunakan Windows 7 atau sekurang-kurangnya Windows Vista kerana aplikasi ini bekerja dengan baik di dalamnya.

SUMBER: 4sysops

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Driverpack Solution: Selesaikan Masalah Mencari Pemacu Selepas Format

0

Mr.Hac yakin para pembaca ramai yang menggunakan Windows. Maka salah satu perkara pasti ialah anda mungkin akan format komputer anda suatu hari nanti. Sebelum itu anda akan buat salinan terhadap segala pemacu penting yang ada dalam komputer agar anda tidak lagi perlu mencarinya setelah selesai format dilakukan.

Perkara ini tidak lagi akan terjadi setelah keluarnya Windows 8, kerana Windows 8 sudah dilengkapi dengan segala jenis pemacu. Namun, bagi pengguna Windows 7, Vista, dan juga XP yang ceritanya dalam entri ini ialah mereka yang terlupa nak buat salinan terhadap pemacu! Ah.. Macam mana pula tu? Atau mungkin anda malas nak buat salinan. Ahh. Entahlah! Masalah manusia ni macam-macam!

Penyelesaian yang terbaik tiba jua. Driverpack Solution ialah perisian yang mengarkib pemacu-pemacu yang berguna kepada komputer. Apa yang perlu anda lakukan ialah lancarkan perisian ini dan ia bersiap sedia untuk memasangkan pemacu-pemacu yang ‘hilang’. Tidak perlu sebarang pengetahuan komputer khusus, tidak perlu internet, ringkas. Cuma saiznya sahaja yang agak ‘bagak’, iaitu sekitar 3GB, dan anda perlu memuat turunnya melalui Torrent!

Tapi bukan masalah besar sangat kot? Anda boleh cuba muat turun terlebih dahulu Driverpack Solution di sini -> drp.su

Terima kasih kepada pembaca yang mencadangkan perisian ini untuk dicuba oleh Mr.Hac.
Selesai masalah!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Membuat ‘Force Downloading’ Dengan IDM

0

Seringkali memuat turun sesuatu dari laman perkongsian fail menggunakan IDM, tetapi anda mempunyai masalah dengan laman tersebut? Contohnya, apabila anda klik pada butang ‘Download’, apa yang terhasil dan ‘masuk’ ke dalam IDM hanyalah fail HTML. Ini tentunya sangat annoying bukan?

Sebenarnya apa yang berlaku ialah laman tersebut menyimpan fail yang sebenar dalam satu tempat penyimpanan berbeza (Container) dan apabila IDM ingin ‘menangkap’ fail yang ingin dimuat turun itu, ia ‘dilarang’ sama sekali (Forbidden). Sebab itulah yang terhasil cuma fail HTML.

Kita sebenarnya boleh memaksa fail itu masuk ke dalam IDM dengan menggunakan kaedah ‘Force Downloading’.

Pertama sekali, anda perlu lakukan integrasi antara IDM dan pelayar web anda. Jika anda menggunakan Firefox, anda boleh lakukannya menggunakan Addon IDM CC (Versi terkini ketika entri ini ditulis ialah 7.3.11).

RUJUK:
FireFox Browser Integration

Untuk pelayar web Google Chrome, anda boleh gunakan Chrome Download Assistant.

RUJUK:
Mengintegrasikan Prozgui Faster Dengan Firefox dan Google Chrome

1. Kemudian, klik pada Downloads -> Options

2. Kemudian, klik pada butang ‘Keys‘.

3. Tandakan pada kekunci yang anda mahu. Contoh pada gambar di bawah, Mr.Hac menggunakan kekunci Ctrl untuk membuat Force Downloading.

Contoh penggunaan, jika anda berdepan dengan laman perkongsian ‘kedekut’, main simpan-simpan fail seperti Filesonic (Itupun kalau tak ditutup lagi akibat SOPAK), apabila tiba pada butang ‘Download’, anda perlu klik pada kekunci Ctrl (Contoh dari Mr.Hac) kemudian baru diikuti dengan klik pada butang tersebut.

Amacam? Dah ok?

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.08 Build 8 Full Cracked

0

IDM is back! Seingat Mr.Hac, versi terakhir yang Mr.Hac gunakan ialah IDM 6.07 Build 15. Itulah dia kali terakhir Mr.Hac menggunakannya dan tidak pernah lagi mengemaskini versinya. Tetapi rindu pula untuk mencari, akhirnya terbawa juga ke dalam cakera keras, akan versi terbaru perisian ini iaitu 6.08 Build 8.

What’s new in version 6.08 build 8?

(Released: Jan 17, 2012)

Redesigned video stream recognition for web players. Added support for new types of video streaming sites
Added support for Filesonic changes
Fixed bugs

What’s new in version 6.08 beta build 7?

(Released: Dec 29, 2011)

Added support for Filesonic changes

What’s new in version 6.07 build 16?

(Released: Dec 29, 2011)

Added support for Filesonic changes
Added Firefox 10 support
Added socks support

What’s new in version 6.08 beta build 5?

(Released: Dec 27, 2011)

Added Firefox 10 support
Fixed bugs

What’s new in version 6.08 beta build 3?

(Released: Dec 20, 2011)

Added socks support
Fixed bugs

What’s new in version 6.08 beta?

(Released: Nov 25, 2011)

Redesigned video stream recognition for web players. Added support for new types video sites
Fixed bugs

What’s new in version 6.07 build 15?

(Released: Nov 14, 2011)

Added support for Firefox 9
Fixed bugs

Muat turun -> IDM 6.08 Build 8

Tolong beritahu kalau-kalau ada masalah!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline