Utama Blog Laman 296

Cocoon Update Version 1.17b

0

Salam. Bankrup, bankrup juga, tapi blog kena update juga kan?!
Seperti mana yang anda lihat, gambar di atas ialah e-mel dari Admin Cocoon berkenaan dengan permintaan Mr.Hac untuk nota rilis Cocoon versi 1.17b. Bagaimanapun, seperti versi sebelumnya, ia cuma dikemaskini selepas dua minggu! Ah..lamanya!

Jadi apapun kita cuba lihat pembaharuan pada versi sebelumnya iaitu 1.17a:

When trying to login, multiple proxy possibilites are checked, each one for 10 seconds.

The order and number of proxies tried for login are optimized for on and offshore cases.

Increased startup speed, execution speed.

Fixed a bug where some URLs would not open in the downloader.

Fixed a bug which prevented some features of Hotmail (and other sites) from working.

Allow the plugin to work with Firefox versions upto and including 9.

Increased compliancy with modern proxy configurations.

Fixed a bug where certain URLs could bypass the proxy.

Ability to cancel authentication by pressing the power button.

Dalam kes anda terlepas entri Mr.Hac yang lepas, Cocoon ialah Addon pelayar Firefox yang dicipta untuk melepasi sekatan internet, melindungi sambungan internet anda dari virus, malware dan spyware serta penggodam, serta meningkatkan privasi dalam pelayaran internet anda.

Cocoon juga boleh digabungkan dengan Flashgot dan DownThemAll. Anda mahu cara melajukan DownThemAll? Sila klik pautan di sebelah -> Cara Melajukan DownThemAll.

Dengan rilisnya versi 1.17b ini, Mr.Hac yakin lebih banyak pembaharuan telah dilakukan oleh Team Cocoon. Cuma nota rilis untuk versi ini kena tunggu dululah ya!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Jiwa Host Bankrup??

0

Salam.

Situasinya tidaklah begitu mencemaskan. Biasa sahaja. Cuma agak musykil dan menghairankan apabila pembayaran untuk pembaharuan domain telah pun dibuat, malangnya ia tidak dapat diperbaharui kerana syarikat telah jatuh bankrup.

Like i said in the previous email‘? Serius. Tiada e-mel dari Admin Jiwa Host berkenaan perkara ini. Kalau ada sudah tentu aku tak membuta tuli pergi bank-in.

Aku sendiri pun makan tak cukup ni. Duit dah bayar. Ada sesiapa sudi sponsor tak? ~_~

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Windows 8 Beta : Windows 8 Consumer Preview

0

Bulan Februari menjangkakan akan rilisnya Windows 8 Beta, yang kini dikenali sebagai Windows 8 Consumer Preview.

Anda boleh membaca ciri-ciri Windows 8 pada entri yang lepas.

Selain dari ciri-ciri yang disebutkan, banyak juga perubahan yang dapat dilihat sama ada dari segi antaramuka pengguna grafik, atau ciri sistem itu sendiri.

Berikut adalah beberapa paparan skrin Windows 8 Consumer Preview:

Sumber Gambar: winunleaked.tk

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Linux Gaming Series : Lugaru HD

0

Salam.

Dalam kes jika anda terlepas Linux Gaming Series pada entri yang lepas-lepas, sila lihat pada pautan-pautan di bawah:

1. Open Arena

2. Hedgewars

3. Angry Animals

4. Supertuxkart

Ya. Nampaknya ini adalah siri yang ke 5. Jadi apa itu Lugaru HD? Lu mau garu-garu ka? Ohh..bukan! Lugaru HD ialah permainan 3D bergenre aksi, dengan watak utamanya, Turner si arnab, yang mengamuk mahu membalas dendam dengan skil berlawannya yang awesome!

Beliau mahu mencari siapa yang bertanggungjawab atas pembunuhan rakyat jelata dalam kampungnya, dan kemudian menjumpai konspirasi pemimpin yang korup, dan anjing serigala yang lapar dari tempat persembunyiannya.

Sumber intro dipetik dari Wolfire.

Lugaru HD mempunyai tutorial di permulaan permainan, oleh itu anda tidak perlu risau bagaimana mahu membuat gerakan serangan kombo atau gerakan ringkas.

Lugaru HD boleh dipasang pada Ubuntu 11.10 melalui baris perintah di bawah:

echo “deb http://archive.getdeb.net/ubuntu oneiric-getdeb games” | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/playdeb.list

wget -q -O- http://archive.getdeb.net/getdeb-archive.key | sudo apt-key add –

sudo apt-get update

sudo apt-get install lugaru

Jika anda menggunakan Natty (Ubuntu 11.04), sila tukarkan baris perintah dari ‘oneiric-getdeb’ kepada ‘natty-getdeb’. Mudah sahaja.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Bypass Sharecash 2012

0

Nota Penting: Kaedah ini telah diajarkan oleh seorang sahabat Mr.Hac dari India. Cara ini mungkin tidak lagi berkesan, mungkin juga masih boleh digunakan. Jika ia tidak lagi mampu untuk melepasi kaji selidik Sharecash, maka anggaplah ia sebagai satu ilmu baru untuk hari ini.

Cara Melepasi Kaji Selidik Sharecash 2012:

Ramai yang menyampah dengan Sharecash. Tidak kurang juga yang mencemuh dan mengeji kerana kita perlu melengkapkan kaji selidik terlebih dahulu sebelum dapat memuat turun fail yang diingini. Dalam kaedah atau method ini, kita akan menggunakan Sandboxie untuk menjayakannya. Tidak lupa juga

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Sandboxie 3.64 Full Cracked

0

Salam.

Pada entri yang lepas, Mr.Hac telah pun membincangkan mengenai perisian yang diberi nama Sandboxie ini.

Secara ringkas, Sandboxie ialah sebuah program (Untuk Windows), dicipta khas bagi membantu anda mencuba sesuatu perisian yang lain tanpa melibatkan perubahan kekal kepada sistem operasi anda.

Ini bermakna jika anda ragu-ragu dengan status sesuatu perisian yang mungkin mengandungi malware atau spyware seperti keylogger, anda boleh menggunakan Sandboxie untuk mencubanya dan segala perubahan hanya akan berlaku di dalam Sandboxie.

Muat turun: Sandboxie 3.64 Full Cracked

Sandboxie Release Note

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Unity Concept Mockup – Ubuntu 12.10

0

Salam.

Nampaknya reka bentuk Unity, sebuah persekitaran desktop Ubuntu yang telah menjadi penanda aras pada semua persekitaran desktop yang lain, telah menerima satu konsep reka bentuk dari seorang yang bernama Frederico Araújo Mendes.

Mari kita sama-sama lihat apa yang cuba beliau sampaikan dalam konsep reka bentuknya melalui video di bawah.

Antara perkara yang cuba beliau ketengahkan ialah:

1. Unity Appearance Settings.

Bagi Mr.Hac, tetapan ini adalah paling bagus untuk Unity kerana setakat yang Mr.Hac tahu, untuk mengubah beberapa tetapan yang boleh diubahsuai hanyalah dengan menggunakan CompizConfig Settings Manager (CCSM), MyUnity atau Ubuntu Tweak. Maka dengan adanya tetapan seperti ini di dalam Unity, ia akan menjadi pelengkap terbaik dan menggembirakan para pengikut Unity dan Ubuntu khususnya.

2. Unity Social Network & Widget.

Kebanyakan dari kita pasti sukakan screenlets atau widget seperti Conky yang digunakan untuk menghias dekstop. Jika ini menjadi kenyataan, tak mustahil populariti Ubuntu akan jauh lebih meningkat. Tambahan pula, setiap hari siapa lagi yang tidak membuka laman sosial? Jika tidak dalam Ubuntu 12.04, mungkin pada 12.10, ia menjadi komponen lalai (Default) dalam Unity.

3. Unity Music Lens.

Yaaa. Music Lens. Sememangnya satu konsep yang paling menarik perhatian pencinta muzik seperti Mr.Hac! Dengan adanya Lens ini, anda boleh memainkan muzik secara terus dari Unity. Bukankah itu lebih mudah dan pantas berbanding terpaksa menunggu pemain muzik untuk dibuka? Selain itu, ia juga tampak lebih ‘style’. Tahniah Ubuntu, jika anda menerima cadangan konsep ini dan menjadikannya suatu kenyataan!

Mari kita bersama-sama sebarkan berita ini dan berharap agar team Ubuntu akan menerima idea-idea dan penciptaan baharu ini. Jika ia menjadi kenyataan, esok lusa kita sendiri tidak akan berasa aneh, segan atau pelik apabila menggunakan Ubuntu kerana ia jauh lebih bergaya dan tampak lebih profesional!

SUMBER: Unity Mockup

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

I’m In My Hometown, The Gorgeous Ipoh City

0

Salam.

Sory guys. Bukan tak nak update entri, tapi Mr.Hac sedang berada di kampung halaman yang tercinta, iaitu BANDAR IPOH. Jadi di kesempatan berada di kafe siber ini, Mr.Hac nukilkan juga sedikit penulisan supaya anda tidak berasa ‘diabaikan’.

Ahh. sukar nak gambarkan pengalaman berada di sini. Semuanya menarik untuk dilihat, tak lupa juga mudah untuk mencari makanan yang sedap-sedap di sini. Kalau hendak dibandingkan dengan duduk dibandar, agak terasa ‘seksa’ hendak mencari makanan yang memenuhi kehendak dan cita rasa kerana semuanya mahu kaut untung lebih, manakala ‘sengsara ekstra’ untuk para pengguna. Isk!

Terdapat juga tempat-tempat yang menarik untuk anda kunjungi jika anda datang ke sini. Antaranya seperti The Lost World of Tambun, tempat-tempat perkelahan dan rekreasi seperti Gunung Lang dan sebagainya.

Imej dari photomalaysia.com

Syukur, dapat juga merasa menghirup udara nyaman biarpun pada waktu tengahari kenderaan bersesak-sesak di atas jalan menuju ke destinasi masing-masing. Sukar hendak gambarkan perasaan bila berada di sini. Segalanya menghiburkan dan memberi inspirasi baru untuk hari-hari yang bakal mendatang.

Semoga anda semua ceria selalu, Mr.Hac hendak tamatkan sesi di kafe siber ini. InsyaAllah kita akan jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Lyrics of The Day #3

0

Artist: Cromok
Title: Obsessed

Obsessed, we’re been blinded by creation
That rule our life
Oblirious to us but it’s there
Looks can be deceiving
Whisper can be deafning calls

Plessure and pain
Power and passion, greed and lust
They all stand tall
Dominant in the heart
Fatality to the soul

Life is full of promises
Few are kept many are thrown away

Imprisoned in a cage of lust
Betray your own will
Captured by the frozen whirlpool of fantasy
Caught in the dry swamp of dreams

Trapped in a misty sea, starving to death
Flame of obsession like a burning torch
It burns your misery

See if you recognise the voice that speaks to you
Soft silence whisper screaming to your ear
Demanding a better change, a better fate
A better future for your life

See if you recognise the light that shine on you
Colourful rainbow shine for us to see
Success could be happiness
Could be fatal
Depend on what it may be

Obsessed final challenge of your life
The game that you play, do it your own way
Obsessed final challenge of your life
The path you have chosen
Point of no return

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Ciri Windows 8 vs Ciri Ubuntu

0

Salam semua.

Mari kita telusuri beberapa ciri BARU Windows 8 yang dikatakan akan dirilis dalam masa terdekat ini, sambil itu dibandingkan pula dengan ciri Ubuntu. Mampukah Ubuntu menyaingi Windows 8?

Ciri-Ciri Windows 8:

1. Live USB : Ciri ini dikatakan sebagai pembaharuan kepada OS Windows di mana ia boleh dirakamkan (Burn) pada peranti USB dan kemudian tetapan padanya juga boleh dibawa ke mana-mana. Jika dilihat dari sisi Ubuntu, ia memang sebuah Live System dan sentiasa boleh dirakamkan pada peranti USB dari mula lagi.

2. Windows Store: Dikatakan menyamai Apple’s App Store, anda boleh membeli dan memuat turun aplikasi dari Microsoft dan juga pembangun aplikasi. Ubuntu sudah lama memiliki Ubuntu Software Center yang mempunyai ribuan aplikasi serta perisian percuma yang boleh anda pasangkan terus pada komputer, tak lupa juga anda boleh membeli aplikasi, perisian, malah e-buku juga ada untuk dibeli dan dimuat turun!

3. Windows Metro UI: Dicipta sebagai menu yang sederhana dan tersusun dengan baik, memberikan sebuah OS untuk semua peranti. Ubuntu pula telah lama mencipta UI untuk semua peranti, dengan terbaru keluarnya Unity 5.0, Ubuntu semakin kukuh. Cuma penerimaan rakyat Malaysia masih lagi kurang kerana tiada pendedahan dari media.

4. Sekuriti: Windows Defender telah dinaik taraf, di mana antaramukanya telah digantikan dengan antaramuka menyerupai Microsoft Security Essentials, dan ini bererti anda tidak lagi memerlukan antivirus tambahan yang mahal dan menyesakkan memori. Ubuntu? Ahhh.. ia tidak perlukan antivirus yaw..

5. Internet Explorer 10: Mr.Hac telah pun menggunakan Windows 8 Developer Preview dan telah merasa menggunakan Internet Explorer 10. Memang ia lebih ‘smooth’, cantik seperti IE 9, dan ringan pula. Ia dicipta untuk pelayaran internet yang lebih baik. Komen Mr.Hac? Firefox sudah pun memasuki versi 10 dan akan berterusan dinaik taraf. Ubuntu pula boleh menggunakan PPA untuk menjalankan Firefox yang paling baharu setiap hari.

6. Boot Lebih Laju: Sistem fail Protogon telah ditambah pada ciri Windows 8 untuk menjadikannya lebih laju semasa proses boot dan menambahkan produktiviti anda. Ubuntu? Perlukah Mr.Hac komen lagi? Dari versi ia pertama dikeluarkan, proses boot tidak pernah pun perlahan. Laju dan terus laju. 10 saat memadai untuk anda menunggu komputer dapat digunakan sepenuhnya.

7. Apps Always On: Ciri ini membantu aplikasi untuk dilancarkan lebih cepat tanpa menggunakan sumber yang lebih dari komputer anda. Dalam Ubuntu, tiada istilah perlahan. Semuanya cepat dan kurang penggunaan RAM.

8. Penggunaan RAM Yang Minima: Windows 8 boleh dijalankan dengan kurang dari 300MB RAM. Ubuntu pula masih mengekalkan minima spesifikasi komputer iaitu 256MB RAM untuk menggunakannya.

9. Platform Tunggal: Windows 8 boleh digunakan untuk kesemua peranti seperti desktop, laptop, netbook, tablet, telefon pintar. Ubuntu pula telah lama mempraktikkannya dan cuma menunggu masa untuk diterima pakai pada pelbagai peranti.

Kesimpulan:

Windows 8 sebenarnya bukanlah bercirikan teknologi baharu, sebaliknya cuma mengikut jejak langkah Ubuntu dalam implementasi teknologi. Ini bermakna Windows 8 cuma mempraktikkan kembali teknologi yang telah lama dipelopori oleh Linux (Ubuntu). Pun begitu, mungkin langkah Microsoft ini boleh dipuji kerana tidak mahu lagi duduk ditakuk lama sedangkan sudah bertahun lamanya Ubuntu menguasai teknologi sistem operasi. Cuma, isu Secure Boot itu sedikit mengganggu pengguna Linux seperti Mr.Hac dan lain-lain pengguna Linux yang tegar. Harap ia tidak menjadi kenyataan atau mungkin Microsoft akan dihentam dengan teruk seperti yang terjadi pada rang undang-undang SOPA!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline