Utama Blog Laman 280

Pasang GIMP 2.8 RC 1 Pada Ubuntu

0

Bagi mereka yang baru kepada Ubuntu, GIMP ialah sebuah perisian yang setara dengan Photoshop. Biarpun tiada fungsi terbaru seperti Photoshop CS6 iaitu fungsi penyuntingan video, GIMP boleh dikatakan cukup dengan fungsi penyuntingan gambar yang mampu menghasilkan gambar yang hebat.

Versi 2.8 bakal menyaksikan beberapa perubahan pada fungsi dan antaramuka GIMP. Setakat ini, 2.8 tidak akan dilepaskan kepada umum melainkan telah diuji dan dicuba oleh pembangun terlebih dahulu. Bagi mereka yang tidak sabar untuk mencubanya, anda boleh muat turun skrip pemasang pada pautan di bawah:

GIMP Git Installer For Ubuntu

Sila jadikan fail skrip itu sebagai ‘executable’. Jika anda menggunakan Nautilus, jalan yang mudah adalah dengan klik kanan pada fail tersebut > Pilih Properties > Permissions > Allow executing file as program.

Setelah itu jalankan fail itu dan ikut sahaja arahan yang tertera. [Run in Terminal]

Antara pembaharuan yang bakal dibawakan ialah:

Single-Window Mode optionally displays all images and dockable dialogs in one window instead of several (which remains the default).

Layer Groups allow layers to be organized in tree-like structures.

Editing text with the Text Tool is now performed on-canvas instead of in a separate window.

Mixing different text styles in the same layer is now possible.

Saving and exporting are now separate activities. Saving an image can only be done in GIMP’s native XCF format.

Size entries allow simple mathematical expressions, like “50%”, “30in + 40px” or “4 * 5.4in”.

The brush dynamics engine has been expanded considerably, making almost all aspects of the brush engine drivable by a multitude of inputs, all of them configurable with their own response curve.

State of tools is now savable as presets with meaningful names.

A completely new Cage transform tool has been added, implementing an innovative approach to free transformation which makes it possible to easily warp parts of objects using an adjustable user-defined polygonal frame.

New widgets, configuration and other improvements for users of advanced input devices (e.g. tablets).

It is now possible to tag GIMP resources such as brushes and patterns.

Lots of other minor improvements and bugfixes.

P/S: Maaf, pening kepala nak translate. Sumbernya diambil dari Fedora Wiki

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

OWASP Mantra : Pelayar Web Untuk Penggodam

0

Salam. Dulu Mr.Hac pernah membuat ulasan/reviu mengenai pelayar web Maxthon, Iron, Lunascape, Comodo Dragon dan 10 jenis pelayar web yang jarang didengari. Sila gunakan kotak carian dengan kata kunci ‘web browser’ untuk mencari entri-entri tersebut.

Perbahasan mengenai pelayar web yang paling sesuai untuk penggodam diteruskan oleh komuniti dan forum seantero dunia. Setelah agak lama mencuba, Mr.Hac tergerak hati untuk memperkenalkan kepada anda pelayar web yang dicipta oleh penggodam, khusus untuk penggodam, iaitu OWASP Mantra.

OWASP ialah kata singkatan dari perkataan Open Web Application Security Project. Mantra ialah himpunan tools yang sangat berguna ke dalam satu pelayar web, yang mana tools ini boleh digunakan oleh para pelajar, penguji penembusan (penetration testers), pembina laman web dan lain-lain.

Pelayar web ini didatangkan dalam versi Windows, Mac dan Linux. Ia dibuat dalam bentuk mudah alih (portable), dan dibuat dalam dua asas, iaitu berasaskan pelayar web Firefox, dan Chromium. Ianya adalah percuma, dan berlesenkan sumber terbuka.

Berikut adalah beberapa paparan skrin OWASP Mantra:

Terdapat pelbagai fungsi dan Addon tersedia di dalamnya, seperti untuk tujuan Anonymity, Suntikan SQL, Information Gathering dan lain-lain lagi.

Anda boleh muat turun dan cuba sendiri pelayar web ini melalui laman web rasminya di sini :

Klik -> OWASP Mantra

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Mozilla Melancarkan BrowserQuest : HTML5 Browser MMORPG

0

Bagi mereka yang gemar bermain permainan MMORPG, anda pasti akan menyukai BrowserQuest, sebuah permainan yang dibina dengan teknologi HTML5, Javascript serta CSS3 dari Mozilla.

Permainan ini cukup ringkas. Anda hanya perlu masukkan nama anda, jelajahi segenap bandar, membunuh raksasa dan bersembang dengan pemain-pemain dalam talian yang lain.

Ini adalah demo yang menunjukkan kepermainan dalam bentuk 2D dan sedikit gambaran bagaimana ia dimainkan:

Sila ke BrowserQuest untuk mula membunuh raksasa dan mengumpulkan mata sekarang!

Sebelum terlupa, BrowserQuest ialah permainan sumber terbuka, dan anda boleh melihat kod sumbernya di sini : https://github.com/mozilla/BrowserQuest

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

5 Sebab Pelayar Web Maxthon [3.3.6.2000] Patut Menjadi Pilihan

0

Sudah lama sebenarnya Mr.Hac tidak menggunakan pelayar web ini. Semuanya kerana sudah lama tidak boot ke dalam Windows. Tetapi sejak akhir-akhir ini Mr.Hac sudah lama pula tidak menggunakan Ubuntu kerana sedang menunggu kelahiran si tenggiling 12.04, Precise Pangolin. Jadi kerana itu, hobi lama iaitu mencuba pelayar web selain Firefox dan Chrome dimulakan kembali.

Pelayar web Maxthon ini cuma terdapat dalam versi Windows sahaja. Mr.Hac memang berharap ia akan dibuat juga untuk Linux khususnya Ubuntu dengan PPA tersedia untuk diguna seperti Firefox. Boleh dikatakan cirinya menarik untuk digunakan, contohnya:

1. Reader Mode

Berada dalam blog yang menjadi kegemaran anda? Suka membaca? Maxthon mempunyai Reader Mode yang akan mengasingkan perkara-perkara yang tidak perlu dan hanya pos blog sahaja menjadi fokus utama.

2. Speed Dial

Speed Dial Maxthon agak ‘mengancam jiwa’ kerana didatangkan sekali dengan bar carian Google. Tidak seperti Firefox yang memerlukan Foxtab, Maxthon sudah tersedia dengan Speed Dial ini secara lalai (Default), dan ia boleh di-edit dengan baik.

3. Maxthon Passport

Ini adalah ‘Killer Feature’ bagi Maxthon, di mana ia mempunyai cloud synchronization untuk setiap apa yang kita lakukan pada pelayar web. Cuma daftar satu akaun, dan setiap perubahan yang anda buat pada Maxthon, ia akan diselaraskan pada setiap pelayar Maxthon yang anda gunakan di komputer yang berbeza.

4. Download Manager

Ok. Kita tahu Firefox, Chrome, dan bla bla bla juga mempunyai pemuat turun, namun pemuat turun Maxthon adalah ringkas, mudah digunakan, dan ia adalah terpisah dari pelayar web, tanpa perlu menggunakan sebarang Addon.

5. Youtube/Site Grabber

Ini juga salah satu ‘Killer Feature’, iaitu Site Grabber atau ‘Resource Sniffer’. Setakat ini, ia tidak perlukan sebarang Addon untuk mengesan video di Youtube. Anda cuma perlu klik pada butang ‘Save’ seperti yang tertera pada gambar di bawah dan ia akan mendapatkan pautan untuk anda muat turun secara terus.

InsyaAllah selepas ini akan ada lagi reviu untuk pelayar-pelayar web yang lain. Kita jumpa lagi!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] TuneUp Utilities 2011 For Full Version

0

Salam kepada warga OMG!!Hackers…

Hari ini cukup indah walaupun hujan di kedah..Jalan di google terjumpa la TuneUp Utilities 2011 adalah satu set alat untuk membersih PC dan mengoptimumkan PC anda…

TuneUp Utilities mempunyai 4 bahagian iaitu:

Pertama, “Mengoptimumkan sistem”, mengandungi pilihan untuk membersihkan dan defragment , mengawal program startup Windows anda, uninstall apps yang tidak diingini, defragment hard disk anda..
Kedua, membantu anda mencari dan membuang fail yang tidak perlu supaya hard disk anda tidak berat dengan fail-fail yang tidak perlu..

TuneUp Utilities 2011adalah edisi baru dengan pelbagai ciri-ciri baru yang direka untuk membantu anda apabila PC anda mempunyai masalah….TuneUp Program Deactivator akan membolehkan anda untuk mematikan aplikasi yang dipasang..
Untuk mendapatkan key TuneUp Utilities:
1.Sila ke laman promosi untuk mendapatkan key di Sini
2.Selepas itu,sila check email anda untuk mendapatkan key nya..
3.Akhirnya dapat jugak pakai TuneUp Utilities Full Version..
4.Untuk download di Sini

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Maktabah Syamilah : Perisian Hadith Paling Lengkap [Windows]

0

Perpustakaan sering menjadi tempat ‘persinggahan’ bagi pencari buku-buku mahupun kitab-kitab untuk kegunaan atau bacaan harian. Bagi penggemar atau pencari kitab-kitab Hadith, anda tidak perlu bersusah-payah membuat carian yang meletihkan dan membuat pula pinjaman untuk kitab-kitab tersebut.

Maktabah Syamilah/Shamilah ialah jawapan tepat kepada kegusaran anda. Perisian ini adalah yang terhebat dalam kelasnya, super lengkap, dan didatangkan dengan pelbagai fungsi. Bersaiz 1.95GB sebelum ekstrak, dan lebih kurang 8GB selepas ekstrak menjadikan ia satu kemestian dalam cakera keras anda. Ia tidak perlukan kepada pemasangan, kerana ia adalah versi mudah alih (portable).

Perisian ini memuatkan berbagai kitab dalam berbagai bidang, antaranya:

1. Di bidang tafsir (52 kitab) meliputi:

Tafsir Thabari,
Ibnu Katsir,
Al-Baghawi,
Al-Alusi,
Al-Bahr,
Fathul Qadir,
Ad-Durrul Mantsur,
Jalalain,
Al-Khazin,
Az-Zamakhsyari,
Ibnu Abdis Salam,
Sayyid Thanthawi,
Adh-Dhilal,
Al-Qusyairi, dan lain-lain.

2. Dalam bidang Ulumul Qur’an (43 kitab), meliputi:

I’rabul Qur’an,
Asbabu Nuzulil Qur’an,
Al-Itqan,
Misykatul anwar,
Fadlailul Qur’an,
Majazul Qur’an,
Lubabun Nuzul,
At-Tibyan,
Asbabun Nuzul,
Ahkamul Qur’an lisy Sayfi’iy,
Ahkamul Qur’an li Ibni Arabiy, dan lain-lain.

3. Dalam bidang Fiqih, kitab di lingkungan 4 madzhab diletakkan secara terpisah. Untuk Madzhab Imam Syafi’e, 19 kitab yang tersedia adalah:

Al-Umm,
I’anatuh Thalibin,
Fathul Wahhab,
Fathul Mu’in,
Asnal Mathalib,
Al-Majmu’,
Raudlatuth Thalibin,
Hasyiah Qalyubi wa Umairah,
Mughnil Muhtaj,
Nihayatul Muhtaj,
Hasyiah Bujairimi alal Khatib,
Hasyiah Bujairimi alal Minhaj, dan lain-lain.

4. Dalam madzhab Imam Maliki (14 kitab),:

Asy-Syarhul Kabir,
Bidayatul Mujtahid,
Mukhtashar Khalil,
At-Taju wal Iklil,
Mawahibul Jalil,
Hasyiyah Ad-Dasuqi alasy Syarhil Kabir, dan lain-lain.

5. Dalam Madzhab Imam Hanafi terdapat 17 kitab, dan Madzhab Imam Maliki terdapat 14 kitab.

6. Dalam bidang Tasawuf, / Akhlak terdapat:

Ihya Ulumiddin,
Riyadlush Shalihin,
Al-Kabair,
Al-Futuhatul Makiyyah,
Qutul Qulub,
Al-Risalatul Qusyairiyyah,
Al-Adzkar, dan lain-lain.

7. Klasifikasi umum memuatkan kitab:

Tafsirul Ahlam,
Ta’tirul Anam fi Tafsiril Ahlam,
Mausu’ah Tafsiril Ahlam,
Mafahimul Islamiyyah,
Al-Jam’iyyatul Khairiyyah li Tahfidhil Qur’anil Karim,
Jam’ul Qur’anil Karim fi ‘Ahdi Khulafair Rasyidin, dan lain-lain.

Muat turun di sini : Maktabah Syamilah 3.36 (Terdapat lebih dari 5300 kitab di dalamnya)

Views: 19

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.11 Beta Build 2 Full Cracked

0

Salam. Mana dia peminat IDM semua? Ni dia! Ada kemaskini untuk anda semua. IDM menambahbaik perisian ini dari segi sokongan pelayar web dan pembaikan bugs. Namun begitu seperti biasa tiada apa yang luar biasa pada paparan antaramukanya. Semuanya sama seperti dulu (macam tajuk lagu pula).

What’s new in version 6.11 beta Build 2?

(Released: Apr 03, 2012)

Improved Advanced browser integration

Improved Youtube video downloading from Google Chrome

Improved Site Grabber


Muat turun di sini :

1. Ubuntu One Cloud Storage

atau

2. JumboFiles

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Perkongsian Samba Antara Ubuntu dan Windows

0

Kita sedia maklum, Ubuntu (Linux) dan Windows adalah berbeza dari segi infrastruktur sistemnya. Jika anda memasang Ubuntu dual boot dengan Windows, dari Ubuntu anda boleh mengakses ke folder-folder pada Windows dengan mudah. Namun dari Windows ia tidak boleh ‘membaca’ fail atau folder pada Ubuntu. Namun jika anda menggunakan Ubuntu, dan rakan anda menggunakan Windows dalam satu rangkaian yang sama, anda boleh mewujudkan cara untuk berkongsi folder dan fail dengan mereka.

Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan Samba. Pasang Samba pada Ubuntu menggunakan baris perintah di bawah:

sudo apt-get install samba samba-common
sudo apt-get install python-glade2
sudo apt-get install system-config-samba

1. Buka Samba dari Menu. Paparan di bawah adalah dari MATE Desktop. Jika anda menggunakan Unity, cari Samba melalui Dash.

2. Klik pada butang + untuk memilih folder. Pilih /home/nama_anda.

3. Klik tab ‘Access’ dan pilih pengguna.

4. Sekarang tetapkan kata laluan untuk folder anda. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:

sudo smbpasswd -a arya

P/s: Gantikan ‘arya’ dengan nama pengguna (username) anda.

5. Melalui Nautilus, klik kanan pada mana-mana folder yang anda ingini, pilih ‘Sharing Options’.

6. Klik pada pilihan yang anda mahukan dan klik pada ‘Create Share’.

7. Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut untuk mendapatkan IP anda:

ifconfig

8. Kali ini, pergi kepada Windows, klik Run… (atau tekan Super Key + R) dan masukkan backslash + IP anda:

9. Network Sharing akan terbuka dan anda boleh klik pada folder dari Samba tersebut. Masukkan kata laluan anda telah anda tetapkan dan anda kini boleh berkongsi apa sahaja melalui folder tersebut.

(Maaf, gambar tidak dapat dimuat naik kerana tutorial ini dibuat pada PC dual-boot)

Untuk Memasuki Shared Folder Dari Ubuntu ke Windows:

1. Pilih mana-mana folder, klik kanan dan pilih Properties > Sharing > Share

2. Pilih nama pengguna anda:

3. Setelah tetingkap tadi tertutup, buka pula Advance Sharing > Share this folder > Permissions > Pilih apa yang anda mahu:

4. Buka Command Prompt dengan menekan Super Key + R dan taipkan cmd. Apabila Command Prompt terbuka, taipkan ipconfig untuk mendapatkan IP.

5. Kemudian, pergi kepada Ubuntu, buka Nautilus > File > Connect to Server

6. Pilih Windows Share, masukkan alamat IP pada kotak ‘Server’ dan klik pada Connect.

7. Masukkan kata laluan Windows anda (bukan kata laluan Samba).

8. Selepas anda berjaya disambungkan, klik pada shared folder anda dan masukkan kata laluan sekali lagi.

9. Selesai. Anda kini boleh mengakses shared folder pada kedua-dua sistem operasi.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

WWE Wrestlemania 28 1st April 2012 Download Full Video [Piratebay]

0

WWE Wrestlemania 28 2012 Match Cards:

WWE championship – CM Punk vs Chris Jericho

World Heavyweight Championship – Daniel Bryan vs Sheamus

WWE Divas Championship – Beth vs Kharma

Team Laurinatis vs Team Teddy Long

Intercontinental Championship – Big Show vs Cody Rhodes

Hell In a Cell (Rematch for the streak) – Triple H vs The Undertaker

Masked Kane vs Randy Orton

Main Event – John Cena vs The Rock

Download here : WWE Wrestlemania 28 1st April 2012 PDTV x264-Sir Paul

Views: 127

Iklan Newspaper Inline

Filem Mantera Bakal Ke Pawagam 17 Mei 2012

0

Anda ‘kaki wayang’? Sekiranya jawapan anda ‘ya’, maka anda tidak patut untuk melepaskan peluang menonton filem fiksyen sains negara kita, filem berunsurkan robotik pertama negara yang diberi nama Mantera.

Mantera ialah singkatan dari Manusia Jentera atau lebih ‘glamor’ dengan maksud yang diberi oleh pengarahnya, Man Transformable Exo-Robotic Armor. Filem ini dilakonkan oleh Shah Inderawan (Tomok), Shiqin Kamal, Faezah Elai, Yank Kassim dan Jayson Lee.

Filem ini terbitan dari Flare Studios Sdn Bhd (FSSB) dan diarahkan oleh Mohd Aliyar Ali Kuthy, telah menelan belanja yang begitu besar iaitu hampir RM9 juta, tidak termasuk kos pemasaran. Ia telah pun mendapat tempahan sebanyak 35 negara di Eropah.

Mantera telah mendapat kerjasama dari Rusia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Berikut merupakan trailer rasmi untuk filem ini:

Sinopsis Filem Mantera 2012:

Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia dinamakan sebagai MANTERA. Ketua pereka MANTERA, Dr. Natasha menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk mensabotaj dan memusnahkan sistem MANTERA. Dia menghilangkan diri dengan cebisan kerja MANTERA. Sisa dan cebisannya secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman. Azman dengan bantuan rakannya Kevin, membina semula MANTERA sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju perisai robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan luar biasa.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline