Zyma web pembekal hosting yang murah dan boleh dipercayai dengan pelbagai anugerah yang dimenangi perkhidmatan hosting, uptime 99.9% jaminan, 24/7 pemantauan pelayan, pelayan kelajuan tinggi superfast… Mengapa Zyma relatifnya sangat murah?? Mereka memberikan satu tahun hosting dan pemindahan laman web percuma untuk hanya £ 4,95 tahun!..
1.Sila ke laman utama Sini dan klik sign up..
2.Bubuh nama domain name,dan add the Coupon Code: ZYMAFAN and click “Apply”..the order total will be £0.00 ..
3.Click “Next” button and follow the instructions on the screen to complete your registration..
Sebelum ini saya telah memakai CyanogenMod 9 pada HTC One X. Tak sampai dua hari saya sudah tidak tahan lagi dengan bateri yang begitu cepat sekali kadar penurunan kuasanya. Maaf developers/chefs, bukan sengaja mahu membuat perbandingan. Tetapi hanya menyatakan kebenaran. Tambahan pula Beats Audio tiada pada CM9! Mana boleh tahan!
Jadi saya flash pula InsertCoin setelah beberapa hari membelek forum xda-developers dan membaca reviu dari para pengguna. Woahaa! Super awesome! Terdapat InsertCoin Tweak yang boleh mengubah beberapa tetapan umum seperti bateri, jam, dan beberapa tetapan lain yang lebih kedepan (advance).
Selain itu prestasi bateri juga agak cemerlang. Setelah melakukan kalibrasi dengan baik, saya dapati dalam waktu 7 Jam 40 minit 8 jam, bateri masih berbaki 94%. Ini menunjukkan kadar penurunan kuasa yang sangat perlahan! Tak lupa juga Beats Audio yang dapat berfungsi dengan cemerlang selain kesemua bloatware telah dibuang secara default.
Anda boleh tonton video di bawah untuk review penuh dan gambaran kasar/umum mengenai ROM ini:
If you’re a big fan of Aru and Koffin Kanser, you should know about this album. It was launched in 2003 and has 12 tracks in it.
My favorite song is Perjalanan (Tribute to Sweet Charity). You can hear it below via the widget provided:
I really hope that if you can find this album anywhere in the market, please don’t hesitate to buy it! It is very rare and a good collection. Support our local underground artist even if the band was R.I.P.
Anda menggunakan telefon bimbit pintar android dan ingin sekali mengembara? Mahukan perisian GPS yang unggul? Jangan bimbang. Sygic | GPS navigation adalah jawapan kepada keinginan anda.
Sygic ialah sebuah perisian pintar navigasi GPS dengan berpandukan kepada arahan bersuara. Sama seperti Garmin (yang biasa digunakan pada telefon bimbit Nokia), ia mempunyai peta yang akan disimpan pada memori telefon untuk kegunaan luar talian (offline).
Di sini saya ingin kongsikan sebuah perisian yang dapat memuat turun data dan peta secara percuma [Full Version Original]. Ssssyyyhhh…jangan bagitau dengan developers ok!
Apa yang perlu anda lakukan ialah muat turun fail:
1. Fail pemasang (installer) Sygic .apk. Contohnya saya gunakan versi terbaru iaitu 11.2.6. Anda boleh dapatkannya di sini : sygic_navigator_11_2_6.apk
3. Jalankan fail GPS Data and Map Downloader. Anda akan dapat lihat paparan skrin seperti no 1 di atas. Klik pada Android.
4. Klik pada Download base files dan pilih peta negara Malaysia. Kalau anda sedang bermastautin di Zimbabwe, pandai-pandai la cari sendiri hoh!
5. Tunggu sehingga kesemua fail selesai dimuat turun. Pergi kepada direktori anda muat turun fail tersebut. Saya sarankan ubah direktori pada desktop supaya senang untuk dicari. Di situ anda akan mendapat satu folder dengan nama ‘Aura’. Salin ia ke dalam SD card telefon bimbit anda. Jangan lupa juga salin fail pemasang (pada step 1) itu tadi.
6. Buka telefon bimbit anda dan jalankan fail .apk itu memasang Sygic.
7. Apabila telah selesai pemasangan, akan muncul dua pintasan (shortcut) iaitu Sygic dan Sygic Downloader. Jalankan Sygic Downloader terlebih dahulu. Sila pastikan anda mempunyai sambungan ke internet. Ia akan memuat turun data yang kecil untuk mengesahkan peta dan data anda. Jika tidak berlaku apa-apa pun jangan bimbang, jangan menangis, dan jika terdapat arahan untuk memadamkan peta serta data, jangan lakukan!
8. Sekarang keluar dari Sygic Downloader dan jalankan Sygic. You’re good to go!
Seringkali kita mendengar sistem operasi Linux yang mempunyai pelbagai pilihan persekitaran desktop seperti KDE, MATE, Unity, Gnome Shell, XFCE, Openbox, LXDE dan sebagainya. Setiap kali selepas selesai memasang persekitaran desktop yang disukai dan kemudian ingin bertukar kepadanya, pengguna perlu terlebih dahulu log keluar dan log masuk balik dengan memilih persekitaran desktop tersebut. Bagaimana jika saya katakan hanya melalui satu menu pilihan, anda dapat bertukar desktop kegemaran dengan cepat tanpa perlu log keluar terlebih dahulu?
Ini dapat dilakukan melalui sistem operasi Hybryde Evolution 12.04, sebuah distro berasaskan Ubuntu (12.04 LTS) yang telah dimodifikasi sehingga dapat menjalankan pelbagai persekitaran desktop tanpa perlu log keluar melalui menu yang digelarkan sebagai Hy-menu.
Sistem operasi ini adalah dalam bahasa Perancis, namun anda dapat menukarnya kepada bahasa Inggeris dengan mudah. Hanya perlu ikut tutorial ini : Change the User Interface Language in Ubuntu
Berminat setelah melihat video di atas? Anda boleh muat turun fail ISO sistem operasi ini pada laman web rasminya di sini : Hybryde Linux Distribution
Tips : Untuk memudahkan anda ‘memahami’ bahasa Perancis pada laman webnya, sila gunakan Chrome yang mempunyai penterjemahan terbina dalam.
Lama sungguh rasanya saya tidak mengemaskini pos di sini kerana sibuk dengan tugasan kerja yang memerlukan saya ‘merantau’ ke negeri lain. Setelah sekian lama jari ini tidak menaip untuk blog, terasa pula banyak benda yang telah saya ketinggalan untuk kongsikan bersama. Jadi hari ini saya akan kongsikan bagaimana anda boleh pasangkan Beats Audio pada mana-mana smartphone yang dikuasakan oleh Android.
Penafian: Dengan melakukan pemasangan ini saya menganggap anda sudah jelas dan faham mengenai sistem Android. Jika sesuatu berlaku saya dan mana-mana pihak yang terlibat dalam tutorial ini tidak akan bertanggungjawab terhadapnya.]
Anda boleh tonton video di bawah dan kuatkan volume jika tidak jelas:
Atau boleh juga tonton video ini:
Kaedahnya mudah:
1. Muat turun fail zip Beats Audio (Pautan akan diberikan di bawah pada muat turun)
2. Reboot, pergi kepada ClockworkMod Recovery dan pilih ‘Install zip from sdcard’.
3. Navigasi ke fail zip tersebut lalu pasangkannya.
4. Reboot.
5. Enjoy!
P/S : Jangan lupa buat sandaran (Nandroid Backup) terlebih dahulu sebelum melakukan pemasangan.
PhotoDirector 3 menambah peningkatan keseluruhan untuk membetulkan warna dan kontras…Dan sekarang, anda boleh menikmati ciri-ciri penyuntingan dengan tepat dan satu set lengkap untuk mencantikkan alat dengan sokongan imej profesional 16-bit…PhotoDirector memberikan anda ciri-ciri baru yang menarik bagi setiap langkah dalam hasil kerja anda!..
Photo Director mempunyai ciri-ciri yang baru dan menarik seperti:
Giveaway:
1.Giveaway ini berasal dari UK,tapi kenalah ip dari UK..http://photodirector.disc.pcpro.co.uk/ register dahulu..Dan sikmati Cyberlink PhotoDirector 2011 full version..
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
EPISOD KETIGA BELAS
Encik Arif : Tetapi Retsam12345 telah menghilangkan diri. Dia telah menghilangkan diri semasa beliau pergi ke tandas. Mr. Hac sebenarnya sudah mengetahui perkara ini akan berlaku kerana sikap Retsam12345 yang begitu berubah sejak akhir-akhir itu. Di sebabkan itu, Mr. Hac telah menukar password akaun yang mempunyai sejumlah wang dari bank yang telah di ceroboh itu semasa mereka hendak keluar dari bank tersebut. Perkara itu tidak disedari oleh Retsam12345.
Dan pada keesokannya, Mr. Hac pergi ke bank tersebut dan menyatakan kepada pihak bank bahawa bank tersebut mudah untuk dicerobohi dan komputer mereka mudah digodam. Mr.Hac telah menerangkan beberapa langkah bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku. Mereka menerima kelemahan mereka dan menghargai kesudian kami untuk menguji sekuriti bank mereka. Berbalik semula kepada Retsam12345 ini, mengikut kepada panggilan yang dilakukan oleh Retsam12345, dia telah membuat panggilan ke satu nombor yang tidak diketahui, pada setiap hari terutamanya pada malam hari. Kami cuba untuk trace siapakah orang itu, tetapi tidak berjaya.
Sejak Retsam12345 itu menghilangkan diri, terdapat pelbagai jenayah siber yang telah berlaku di luar sana, terutamanya penggodaman kad kredit dan laman web. Kami seperti sudah mengesyaki bahawa di antara jenayah siber itu, pasti Retsam12345 antara penggodam yang melakukannya. Jadi Mr.Hac bekerjasama dengan pihak bank untuk menangkap Retsam12345. Tujuan Mr.Hac untuk mengetahui punca Retsam12345 meninggalkan kumpulan mereka dan adakah dia telah dipengaruhi oleh seseorang? Semasa dalam proses untuk menangkap Retsam12345, kami telah mengetahui siapakah orang yang selalu di telefon oleh Retsam12345. Orang itu adalah kawan rapat Mr.Hac sebelum mereka berdua ditangkap kerana melakukan jenayah siber suatu ketika dulu. Namanya Janjangz. Dia memang expert bab-bab godam laman web. Jadi Mr.Hac mengesyaki bahawa Janjangz telah mempengaruhi Retsam12345 untuk bersama dengannya melakukan aktiviti penggodaman. Mr.Hac tahu bahawa sukar untuk menangkap Retsam12345 jika dia telah bekerjasama dengan Janjangz. Jadi Mr.Hac telah menggunakan kepakaran dirinya untuk menggodam sistem telefon dan trace kedudukan Retsam12345 dan Janjangz semasa mereka berhubung. Tetapi tidak juga berjaya.
Ini menyebabkan kami terpaksan meminta pertolongan dari hacker-hacker yang lain untuk menangkap mereka berdua. Dan dalam masa lebih kurang sebulan, kami telah berjaya menangkapnya. Sebelum kami menghantarnya kepada pihak berkuasa, Mr.Hac telah bertanya kepada Janjangz, kenapa dia telah mengajak Retsam123345 untuk menyertai ideologi jahatnya itu? Janjangz hanya menjawab bahawa dia hanya ingin membalas dendam terhadap Mr.Hac kerana tidak dikenakan hukuman yang setimpal semasa disabitkan kesalahan jenayah siber. Jadi itulah punca semua ini berlaku. Retsam12345 yang masih muda mudah dipengaruhi oleh Janjangz. Oleh itu, mereka berdua telah dihantar ke pihak berkuasa untuk mengikut prosedur yang seterusnya.
Sejak dari peristiwa itu, Mr.Hac membubarkan kumpulan itu, padanya lebih baik kelebihan,kemahiran dan pengalaman yang ada pada kami semua ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk menangkap penggodam diluar sana dan menolong mereka yang buta sekuriti. Disebabkan itu aku telah bekerja di syarikat ejen perisik, untuk membantu mereka dengan menggunakan kemahiran yang aku ada iaitu mengintip dan social engineering. Pr67am pula telah bekerja dengan syarikat antivirus terkemuka. Analyzer Programmer pula telah bekerja dengan Mr.Hac dengan membuka syarikat komputer mereka sendiri. Setakat ini mereka berdua telah mencipta sistem operasi mereka sendiri, software yang selalu digunakan oleh hacker juga dicipta untuk digunakan oleh penetration tester atau syarikat-syarikat yang mementingkan sekuriti. Jadi sejak itu kami membuat haluan masing-masing.
Sekarang ni.. Kenapa Retsam12345 cari kau? Pada aku mungkin dia mahu pengaruh kau seperti dia telah dipengaruh oleh Janjangz. Memandangkan dia sudah berada di luar sana, aku mahu kau sentiasa perhatikan keadaan sekeliling. Jikalau ada apa-apa yang mencurigakan, contact je aku. Faham? Dia mesti ada agenda tersendiri untuk merekrut kau sebagai ahli dia.
Hackim : Baiklah. Saya faham Encik Arif. Saya akan lebih berhati-hati lepas ini.
Hackim pun pun meletakkan telefon bimbitnya di sebelah komputer dan terus googling mengenai Retsam12345. Dia ingin mengetahui sejarah Retsam12345. Tetapi Hackim tidak dapat menggunakan komputer itu pada masa yang lama kerana keesokkannya adalah hari sekolah. Dia pun terpaksa shutdown komputernya dan terus baring diatas katil untuk tidur…
Kini kita ketahui siapakah Retsam12345 ini sebenarnya. Jadi bagaimanakah Retsam12345 ini mempengaruhi Hackim? Adakah dia akan terpengaruh? Kita tunggu untuk episod yang seterusnya.
Beberapa hari lepas saya ada menulis mengenai Linux Mint 13 ‘Maya’ RC yang telah dilepaskan kepada umum. Untuk pengetahuan anda, bagi menjimatkan masa (yang sebenarnya saya malas nak tulis pos baru), suka untuk saya umumkan bahawa Linux Mint 13 Maya rilisan stabil telah pun dilepaskan kepada umum. Ia mempunyai dua versi iaitu menggunakan MATE Desktop atau Cinnamon.
Baiklah. Kita beralih pula kepada tajuk pos. Pinguy OS, yang dahulunya melepaskan rilisan 11.10 dalam versi ‘separuh siap’, kini melepaskan versi terbaru iaitu 12.04 rilisan Beta. Disebabkan Gnome Shell sudah dikatakan mencapai proses kematangan, maka rilisan terbaru ini bakal mempunyai rilisan stabil.
Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai rilisan ini kerana ia masih menggunakan layout dari versi 11.10. Jadi anda boleh membaca mengenai rilisan ini di sini.
Anda boleh muat turun Pinguy OS 12.04 Beta pada pautan ini : Pinguy OS Blog
Sudah lama tidak mencari distro baru yang tidak memeningkan kepada seperti Pinguy OS, baru-baru ini tergerak hati untuk mencarinya di serata Google, dan akhirnya terjumpalah dengan Voyager, sebuah distro yang sesuai untuk pemula dari Perancis.
Ia dilengkapi dengan tweak-tweak yang awesome, dan menggunakan Xubuntu sebagai asas atau tapak kepada distro ini. Xubuntu mempunyai menu seakan klasik, yang memudahkan pengguna baru untuk meneroka, selain dilengkapi dengan AWN launcher. Tak lupa juga pembangun telah memasukkan Conky Control, yang mana memudahkan pengguna baru untuk menukar pattern Conky yang disukai dengan mudah sekali.
Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai perisian yang telah dipasang secara lalai (default) dan ini semestinya tidak akan memeningkan kepada jika anda tidak mahu lagi memasang sebuah distro dan kemudian terpaksa pula memasang perisian-perisian yang lain, yang akan menjamah dengan rakus masa anda yang berharga.
Berikut merupakan video pengenalan kepada Voyager 12.04 LTS:
Untuk pengetahuan anda, Voyager 12.10 berasaskan Ubuntu Quantal Quetzal sedang giat dibangunkan. Mainkan video di bawah yang merupakan pra-tonton kepada versi tersebut:
Bagaimana? Tertarik dengan fungsi dan kecantikannya? Anda boleh muat turun dan membaca dengan lebih terperinci mengenai Voyager 12.04 pada laman rasmi pembangunnya di sini : Voyager