Jika anda belum membaca bahagian pertama artikel ini, sila ikutinya melalui pautan INI.
Views: 0
Jika anda belum membaca bahagian pertama artikel ini, sila ikutinya melalui pautan INI.
Views: 0
Dahulu, saya memang bukan peminat kepada permainan digital, tidak kiralah untuk PC mahupun telefon bimbit. Tetapi sejak dua-menjak ini saya semakin menggemarinya. I am young, young at heart!
Mari kita tinjau 10 permainan menarik yang saya sudah cuba pada telefon bimbit saya.
Jyeah! Memang ringkas, memang menarik! Itulah sebabnya saya pilih permainan ini untuk duduk di tempat pertama dalam carta (walaupun sebenarnya saya tidak susun kedudukan permainan-permainan ini). Jalan ceritanya mudah, anda adalah seorang zombi (atau seekor?) yang perlu membunuh zombi-zombi yang lain untuk terus hidup. Kenapa zombi-zombi yang lain hendak bunuh anda? Sebab anda kacak sangat! Zombi mana boleh ada yang kacak-kacak!
Pro : Grafik yang agak bagus, saiz data yang sederhana (40mb++), percuma.
Kon : Kawalan permainan agak lemah.
2. Dead Trigger
Ok. Permainan ini tidaklah begitu ‘ringkas’ kerana ia dibuat dengan menggunakan enjin Unity 3D, jadi grafik dan kepermainan agak ‘berat’ untuk pemproses di bawah dwi-teras. Tetapi apa yang pasti, ia tidaklah lebih memberi tekanan kepada pemproses berbanding permainan-permainan ‘intense graphic’ yang lain. Ia amat menghiburkan, terutama kepada peminat permainan zombi.
Pro : Dikuasakan dengan enjin Unity 3D, grafik yang cemerlang, tahap kepermainan memuaskan, percuma.
Kon : In-app purchases yang tidak munasabah, harga mahal, perlu penglibatan wang yang sebenar untuk menang!
3. Ghost Sniper
Jyeah. Satu lagi permainan bunuh zombi! Hahaha! Saya memang betul-betul sukakan permainan ini kerana selain saiz data yang kecil, ia sememangnya dalam kelas tersendiri kerana ia ringkas, tetapi jangan memandah rendah kepada keringkasannya kerana ia tidak mudah untuk dimenangi!
Pro : Saiz yang sederhana, percuma, grafik memuaskan, kepermainan agak mencabar meskipun ringkas.
Kon : Sesetengah peranti tidak dapat menjalankan ia dengan baik.
Anda sukakan FPS? Suka? Jom cuba Frontline Commando. Bersedia untuk adegan tembak-menembak yang gempak dan gegarkan seluruh kota dengan peluru-peluru anda.
Pro : Grafik yang bagus, saiz yang sederhana (100mb++), kepermainan yang memuaskan, percuma.
Kon : Perlukan penglibatan wang yang sebenar untuk menang (naik taraf senjata perlu beli dengan wang).
Aaa.. permainan yang comel! Saya sudah cuba kesemua siri ‘Mushroom’ ini, tetapi Mushroom Garden Deluxe adalah yang paling bagus dan menarik sekali. Sukar untuk saya terangkan, kerana permainannya memang ringkas, anda cuma perlu tanam dan petik cendawan. Semudah itu! Tetapi yang menjadikan ia menarik dah tentulah kerana ia ada misi (mission) atau dalam permainan ini disebut sebagai ‘Request’.
Pro : Ringkas, kepermainan yang mudah difahami kerana ada tunjuk ajar, percuma.
Kon : Perlukan penglibatan masa yang agak panjang untuk menunggu cendawan membesar, seolah-olah ia benar-benar ditanam pula.
Yaaa. selain FPS, saya juga sukakan permainan perlumbaan, tak kisahlah sama ada lumba kereta, motor, lori, atau lumba lari! Dalam Raging Thunder 2, anda akan dibawa ke trek-trek yang menarik seperti kuil-kuil, pantai-pantai dan gunung-gunung. Err.. gunung-ganang! Selain grafik yang menawan, kawalan permainan juga sangat memuaskan hati!
Pro : Permainan 3D yang percuma, kawalan yang bagus, grafik seperti permainan berbayar.
Kon : Model kereta agak terhad, sesetengah peranti tidak dapat memainkan ia dengan baik.
7. Ninjump
Ninja + Jump = Ninjump! Kalau anda rasa anda hebat bermain permainan FPS yang sukar, cuba anda mainkan permainan Ninjump yang ringkas ini! Sakit hati! Dalam Ninjump, anda cuma perlu mengubah kedudukan Ninja yang sedang naik ke atas melalui dinding sama ada ke kanan atau ke kiri. Itu sahaja? Ya, tapi sepanjang perjalanan anda naik ke atas, anda akan dihalang oleh musang, burung, Ninja berpakaian hitam yang misteri, bom, dan sebagainya. Jika anda berjaya mengumpul 3 item yang sama, contohnya burung, anda akan dapat menggunakan kuasa burung iaitu terbang seperti gambar di bawah.
Pro : Menggembirakan kerana tak perlu berserabut dengan kawalan yang sukar.
Kon : Seolah-olah tiada penghujung. Penghujungnya hanya apabila Ninja itu tamat riwayatnya.
Satu lagi permainan ‘ninja’, tetapi pemegang watak ninja kali ini ialah seekor ayam. Ayam? Ya, ayam. Kawalan permainan mudah, cuma perlu melompat atau menggelongsor ke bawah. Tetapi rintangan yang diberikan juga tidaklah begitu mudah. Senang cerita, cuba la kalau berani! Kalau berani nak habiskan bateri lepas ‘mati’ setiap kali! Hahaha!
Pro : Grafik sederhana, kawalan mudah, misi yang banyak.
Kon : Boleh jadi agak membosankan selepas lama bermain.
9. Temple Run
Perlukah saya bercerita banyak mengenai permainan yang sudah sedia popular ini? Kalau masih ada yang belum kenal, Temple Run ialah permainan yang memerlukan anda, seorang watak yang mencuri satu barang dari kuil lama (tak tahulah nak terangkan barang apa?) dan anda perlu melarikan diri dari ‘monyet sakti’ yang bersedia untuk memakan anda dengan lahap! (betul ke aku terangkan ni?)
Pro : Kawalan permainan mudah, menguji refleksi anda terhadap rintangan.
Kon : Kadangkala sukar juga walaupun kawalannya mudah!
10. Zen Pinball THD
Bagi para peminat permainan Pinball, ini adalah salah satu darinya yang berbaloi untuk dicuba. Grafik yang mantap, kesan bunyi dan visual yang menarik serta tahap-tahap yang menguji kecekapan anda, sememangnya menghiburkan!
Pro : Grafik canggih, audio dan visual memang terbaik dari ladang.
Kon : Ada antara ‘table’ yang perlu anda beli jika mahu gunakannya.
Bonus/Ekstra:
Siapa yang bencikan bonus/ekstra bukan?
1. Hatchi
Hatchi ialah permainan Cyber Pet yang retro! Jyeah..retro yaawww. Masihkah anda ingat lagi kepada permainan Tamagochi, Raku-Raku Dinokun? Haaa.. Inilah dia permainan yang mampu mengimbau kenangan silam! Memang stail-lah! Saya tak tunggu lama, nampak saja permainan ini, terus muat turun. Saya dapat baby girl, yang dinamakan dengan nama Garrarufa. Anda pula bagaimana?
Pro : Memang nostalgialah, dapat main permainan retro pada telefon bimbit pintar Android!
Kon : Menjadi permainan retro dan ringkas tidak semestinya percuma. Sekali kena bayar daa. Pssst.. mau yang percuma? Biasalah, warez! Heheh.. muat turun di sini sahaja! Kalau mahu Digimon, anda boleh cuba VPET yang boleh dimuat turun secara percuma di sini.
Views: 2
Penggodam antarabangsa iaitu Anonymous termasuk Malaysia melancarkan perang ke atas kerajaan Myanmar apabila bertindak melumpuhkan laman web negara itu semalam, sebagai bantahan kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Islam Rohingya .
Laman kerajaan Myanmar dipercayai dilumpuhkan dengan cara Distribute Denial of Service(DDoS). Setelah dilakukan penelitian banyak laman sesawang
kerajaan milik Myanmar telah di serang oleh pengodam – pengodam yang
tidak dapat dikenal pasti identiti mereka . Mereka banyak meninggalkan
mesej memberi tahu untuk menghentikan serangan terhadap umat Islam .
Negara yang dipercayai terlibat dengan Op Myanmar:
Malaysia
Indonesia
Brunei
Pakistan
Turki
Bangladesh
Arab Saudi
dan negara Islam
Penggodam Malaysia yang menyertai Op Myanmar:
Anonymous Malaysia
Rileks Crew
MyDefacer
Kelantan Hacking Crew
Phantom Crew
DragonForce
DotMy Crew
Views: 1
Adakah anda penggemar permainan First Person Shooter (FPS) seperti saya? Jika ya, maka mungkinkah anda akan lebih menggemari multiplayer FPS? Begitulah genre permainan ini, Urban Terror yang memasuki versi 4.2 beta, kini dilepaskan untuk sistem operasi Linux.
Apa yang menarik mengenai permainan ini ialah ia merupakan permainan cross platform, yang mana setiap sistem operasi dari Windows, Linux, Mac OS X boleh memainkannya. Selain itu anda tidak perlu mendaftar, cukup dengan hanya muat turun, pasang, dan terus mainkan ia.
Untuk pautan muat turun dan senarai perubahan (changelog), sila ke laman rasmi Urban Terror. Selamat bermiang! Eh.. selamat bermain!
Views: 0
Assalamualaikum para pengunjung sekalian,luqman hari ni nak ajar semua nak buat duit di internet..hehe..sambil online dapat duit..
~ Mudah Dan Berkesan
~ Cepat Dan Ringkas
~ Ikut Panduan Yg Diberi
~ Selamat Mencuba
01) Pertama sekali..cepat klik link ni,http://prelaunchx.com/x/lukmanulhakimazmi adalah penaja anda..anda cuma perlu klik link ini untuk info dan daftar percuma sehingga 27/08/2012.. kemudian klik ‘Sign Up’ pastu isikan Username anda suka.. pastu isikan email anda sendiri serta password anda.. selepastu isikan sekali lagi password anda di kotak verify password..pastikan password anda ada…lah sama dgn password semasa anda isikan password mula2 tadi dan mudah diingat..selepas tu Sign up..anda akan masuk kembali ker log in page..taip username anda dan password anda sama seperti yang anda taip di page sign up tadi..
02) Kedua bila anda Login, anda akan masuk ke Page akaun anda sendiri….anda lihat $100 tu milik anda. anda lihat sebelah atas kanan
page akaun anda di mana ada tertulis “TASK”. anda klik Task tu dan masuk ke page Task List. anda klik “click here” di area “Task: Subscribe to email updates.” Isikan email anda tadi… utk ” FeedBurner Email Subscription Request” dan kemudian verify subscription.
03) ketiga,Klik petak I have subscribed dan klik “clear task”. Kemudian “click here” di area “Task: Enter your payee information.” Isikan email anda di kotak “Payee Email Adress”, “Payee Full Name” iaitu nama penuh anda ikut Mykad” dan isikan juga di kotak “Payee Physical Address” iaitu alamat rumah atau pejabat anda. anda kena isi nama dan alamat yg tepat dan betul krn maklumat tu akan di tulis ke dlm check anda nanti utk hantar bonus. kalau isi nama samaran atau alamat tak betul, check tu akan bermasalh bila nak masuk ke akaun bank anda nanti atau check tu tak sampai ke rumah anda. dah selesai semua tu anda klik “Update Information”. Kemudian di page Task List tu anda klik di kotak “I have entered my payee information! dan kemudian klik “clear task.
04) anda akan masuk semula ke Main Page akaun anda, kemudian lihat di bawah Page bahagian “Your Referral Link”. Skrg link tu dah jadi milik anda. anda dah boleh promosi link anda. Copy paste link anda dan letakkan di wall FB anda. kalu ada tweeter, blog, website sendiri, lagilah bagus krn lebih ramai org akan lihat dan klik link anda utk daftar sptmana anda buat tadi. Setiap org signup melalui link anda, anda akan dapat bonus dan commision bulanan. Lagi ramai org join melalui link anda, anda akan dpt lebih banyak bonus dan komisen. Sekiranya anda dapat 3 org signup direct melalui link anda. Lock Level 1 hingga Level 5 akan terbuka secara automatik dan anda dah layak utk menikmati bonus setiap level 1 hingga Level 5.
05) check akan di hantar ke rumah anda..dan income yang anda perolehi akan dapat selepas pelancaran dibuka ujung bulan 8..
P/S:apa tunggu lagi..cuba la sekarang..
Views: 0
Dah-dah, Korang jangan gaduh pasal artikel Saja La Nak Tunjuk..(4)
Berapa kelajuan Internet korang 1Mb/s?? 2Mb/s?? 4Mb/s?? atau 20Mb/s??
kate je 20Mb/s tapi x penah sampai pom kelajuan seperti yang dijanjikan
jadi btol la artikel yang dikeluarkn oleh yahoo
Malaysia Among the Worst for Internet Connection Speed
tentu korang jeles tgk internet di luar negara berkelajuan tinggi sehingga mencapai 1Gb/s,2Gb/s kn?? knn??? knn??
Kini Vasseti Datatech Bhd akan memperkenalkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di Malaysia pada 1 Jun berikutan penandatanganan perjanjian perkhidmatan dengan GL Broadband (GLBB), iaitu satu penyedia perkhidmatan internet pelbagai bahasa di Jepun.
Kelajuan yang ditawarkan ialah 1000Mb/s
WoWWW!!!!
laju giler tuh dewrrr!!!
kalau inginkn maklumat lebih lanjut sila ke laman rasminya Vasseti Datatech
tak byk kawasan untuk permulaan nih, tpi korang boleh check kat sini aku difahamkan untuk permulaan, VDT support utk 168 kawasan
manalah tau kot2 kawasan korang bleh guna 🙂
tetapi dijang penghujung tahun 2012,perkhidmatan ini boleh digunakan di seluruh negara Malaysia
horayy!!!
Kawasan Yang Menyokong Perkhidmatan ini.
Subang Jaya:
Saujana Residency
Casatiara Apartment
Subang Avenue
Empire Gallery
Laffite Apartment
Rhythm Apartment
E-tiara Apartments
First Subang Building
Park Home Apartments
Taman Puteri, Cheras:
Venice Hill Tower
Taman Seputeh:
Mutiara Seputeh
Tropicana, Petaling Jaya:
Tropicana Merchant Square
Kelana Jaya:
Kompleks Kelana Centre Point
Kelana Square
Kelana Brem Towers
Glomac Business Centre
Kelana Business Centre
Plaza Kelana Jaya
Bangunan CGC
Bangunan Glomac
Kelana Mall
Dataran Prima Business Centre
Kelana Mahkota Condominium
Kelana D’Putra Condominium
Kelana Putri
Shang Villa
Kelana Park View Tower
Zenith Corporate Park
Plaza Mont Kiara
Sterling PJ Condominium
Kelana Condominium
Views: 0
Yoww, Asyik Mr.Hac nak tunjuk kelajuan muat turun dia, jadi apa salahnya kalau aku nak tunjuk gak. :P.Tu.. Tengok kat speed dan estimate time tu.. Ada sesiapa yang pernah rasa kelajuan internet macam ni tak?
Views: 0
Lanjutan daripada tentangan yang diterima terhadap Seksyen 114A
Akta Keterangan 2012, kini CIJ Malaysia (Pusat Kewartawanan Bebas)
merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day
pada 14 Ogos 2012 kelak, yang mana lebih kepada menyedarkan pengguna
Internet berkenaan dengan impak negatif pindaan akta tersebut.

Bagi yang tidak mengetahui akan pindaan tersebut, Seksyen 114A,
berikut merupakan penerangan ringkas yang disediakan pihak CIJ Malaysia:
Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web
atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau
fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu
atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada
forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala
kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna
internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan
dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam
(hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan
menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.
Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web memaparkan pop-up
pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak,
untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus
halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.
Sumber: http://amanz.my
Views: 1
Pada bahagian yang lepas, kita telah membincangkan mengenai beberapa laman servis storan awan yang popular, dan tak lupa juga laman pengehos fail. Kali ini saya akan cuba senaraikan beberapa laman pengehos fail yang ringkas (simple file hosting website).
1. Uppit.com
Laman ini dicadangkan oleh seorang pembaca yang bernama Danial Abdul Rahim. Disebabkan ia terlalu ringkas, maklumat yang saya dapat melalui lamannya juga adalah ‘ringkas’. Saya benar-benar tidak pasti berapa jumlah ruang storan yang diberikan, tetapi setakat ini, jumlah saiz fail yang boleh dimuat naik adalah agak besar sehingga 1GB (jika anda mendaftar).
2. Dropcanvas
Dropcanvas adalah laman pengehos fail ringkas yang menggunakan konsep ‘kanvas’. Anda boleh muat naik apa jua fail, kongsikan kepada sesiapa sahaja, tanpa memerlukan sebarang akaun. Satu kanvas boleh dimuatkan fail sebanyak 5GB, namun anda boleh cipta seberapa banyak kanvas yang anda mahu, jadi saya tidak dapat pastikan berapa jumlah had storan. Apa yang membuatkan ia agak kurang memuaskan ialah anda tidak boleh mencipta sebarang folder untuk memudahkan anda menguruskan fail mengikut kategori atau jenis fail tersebut.
Laman ini cuma berfungsi untuk berkongsi fail gambar sahaja. Namun saya dapat ia agak sukar digunakan berbanding TinyPic atau lain-lain laman sepertinya. Mungkin saya ‘noob’ tetapi anda boleh cuba sendiri. Pembangun cuba untuk membuat seringkas mungkin paparan lamannya, tetapi terkadang yang ringkas itu boleh ‘membunuh’.
4. Droplr
Jangan tanya kepada saya bagaimana nak menyebutnya, saya juga tidak tahu. Mungkin, drop-pe-ler? Droplr sedikit berbeza dengan laman yang lain apabila menawarkan klien untuk Windows, Mac dan iPhone. Tetapi saiz fail yang boleh dimuat naik cuma 25MB, dan akan dipadam dalam masa 7 hari, kecuali anda mendaftar. Droplr adalah storan fail berasaskan awan, jadi mana-mana fail anda dapat diselaraskan pada mana-mana platform.
5. Snaggy
Ini satu lagi servis ala-ala Clipica. Mungkinkah keduanya tidak serasi dengan sistem operasi Linux? Saya tidak pasti. Tetapi saya lebih rela menggunakan Photobucket atau TinyPic untuk mengehos fail gambar saya. Buat mereka yang sukakan keringkasan, Snaggy merupakan pilihan yang tepat. Gambar? Malas mahu ambil paparan skrin (screenshot). Tengok sendiri lah, ok?
6. Pastelink
Ini merupakan salah satu yang menjadi kegemaran saya. Tanpa sebarang akaun anda boleh berkongsi fail sehingga 250MB. Dengan satu akaun Pastelink, anda boleh berkongsi fail yang bersaiz sehingga 2GB. Tetapi ‘downside’ kepada Pastelink ialah, seperti biasa, fail anda cuma tersimpan selama 7 hari sahaja. Ceh..
7. Ge.tt
Ge.tt menawarkan storan sehingga 2GB untuk setiap satu akaun. Bagi mereka yang memuat naik fail tanpa sebarang akaun, fail akan tersimpan selama 30 hari. Namun buat mereka yang mempunyai akaun, fail tersebut akan tersimpan selama mana ia tidak dipadamkan. Anda boleh membuat satu akaun dengan mudah menggunakan akaun Facebook anda atau menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan. Cukup ringkas, tetapi anda perlu ingat, cuma 2GB sahaja.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Baiklah, anda punya cadangan lain? Sila utarakan pandangan mahupun cadangan berserta slogan. Errr..
Views: 0
Disebabkan namanya ‘mega’, maka senarai ini agak panjang dan boleh jadi akan ada lagi sambungan dari siri kedua ini. Buat masa ini saya aktif menggunakan Minus.com, Adrive, Google Drive dan Dropbox. Kesemuanya menawarkan satu perkara yang paling saya titik beratkan, iaitu ‘tidak akan memadam fail apabila tidak lagi aktif dimuat turun, dan hanya memadamkan fail apabila tuntutan DMCA dibuat’.
Tetapi bagaimana pula dengan servis yang lain? Ada atau tidak servis yang berbaloi untuk digunakan? Mari kita tinjau bersama.
1. Zippyshare
Saya dapat lihat pada kebanyakan laman Warez atau kata mudahnya laman-laman yang menyediakan pautan untuk muat turun sesuatu fail (tidak sah), kini aktif menggunakan laman pengehos fail Zippyshare. Zippyshare boleh dikatakan ‘Mediafire’ yang baru untuk para penggemar Mediafire yang ‘sakit kepala’ terpaksa berurusan dengan bots yang kerap memadamkan fail. Zippyshare menawarkan ciri yang hampir sama iaitu 100% percuma, ruang storan tanpa had, muat naik fail sehingga 200MB, kelajuan muat turun yang memuaskan serta anda boleh klik butang muat turun sebanyak mana yang anda mahu kerana tiada sebarang captcha, tiada sebarang masa menunggu atau tiada sebarang had muat turun yang dikenakan. Tetapi malangnya, Zippyshare mempunyai jangka hayat fail, di mana ia akan memadamkan fail anda selepas 30 hari ia tidak aktif dimuat turun.
2. Ultramegabit
Saya sudah pernah membuat ulasan mengenai Ultramegabit di sini. Tetapi itu sebelum Ultramegabit menjadi sebuah laman pengehos fail yang paling menjengkelkan seperti sekarang. Jika anda mahu tahu kenapa, kerana ia tidak seperti dahulu, yang mana kelajuan muat turun memuaskan, sekarang tidak lagi. Anda juga tidak dapat lagi muat turun tanpa had. Semuanya tersekat sekarang! Urghhh..
3. Mediafire
Sebelum ini Mediafire adalah laman pengehos fail, namun sekarang para pembangunnya mula menukar konsep kepada storan awan pula. Tidak pasti sejauh mana kebenarannya, tetapi bagi saya ia cuma jalan untuk mengaburi mata pihak berkuasa sahaja. Biasalah, pengehos Warez kenalah ‘cover’! Mediafire juga sudah jadi semakin menjengkelkan. Anda tidak percaya? Cuba lihat berapa peratus pautan muat turun melalui Mediafire yang masih ‘hidup’. Sangat banyak yang sudah dipadam bukan? Errr.. biasalah, fail tidak sah! Haha!
4. Sendspace
Ada sesetengah orang mengatakan ia lebih baik dari Mediafire. Namun saya tidak nampak mana ruang yang dikatakan lebih baik itu. Kalau tidak silap, Sendspace memang menawarkan ruang storan tanpa had, meskipun kepada pengguna yang menggunakan akaun percuma, namun polisi yang biasa, fail akan dipadam apabila tidak aktif selepas 30 hari. Hmm.. Boring.
5. Jumbofiles
Saya sukakan Jumbofiles. Ia menawarkan kelajuan muat turun yang ‘awesome’, ciri papan pemuka yang ringkas dan mudah difahami. Tetapi… sepeti biasa, cuba anda lihat pada carta di bawah:
How long will the file be stored?
Your files will never be deleted as long as it has at least 1 download in the last 30-180 days, please check for the filesize listed in the table below. These limits are not strictly enforced, in reality, sometimes it will take longer to delete if there is no need and there are lots of storage space available.
Filesize |
Unregistered / Registered Free User |
Premium User |
25MB or less |
180 days from date of last download |
Never |
25MB – 100MB |
60 days from date of last download |
Never |
100MB – 600MB |
45 days from date of last download |
Never |
600MB – 2000MB |
30 days from date of last download |
Never |
Menjengkelkan juga? Jadi bagaimana? Adakah anda punyai cadangan pengehos fail mana yang lebih baik dari semua senarai di atas? Jika ada, tolonglah cadangkan pada ruangan komen! Komen anda itu amat dihargai.
Views: 0