Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Hari ini gua nak cite skit pasal backtrack rilisan yang baru nih, ala backtrack 5 r3
baru je dilepaskan pada 13 Ogos 2012.
2
Minggu sebelum pelepasan backtrack 5 r3 nih, telah di try pakai oleh
penggodam bertopi hitam dari vegas sebagai percubaan beta. Ketua yang
bertanggungjawab dalam membangun sistem pengoperasian linux versi ini
ialah Dookie.
Lebih daripada 60 tools telah ditambah dan beberapa ralat telah dibaiki:
Antara toolsnya ialah:
Identify Live Hosts:
dnmap – Distributed NMap
address6 (The Second “Alive6″ entry) – IPV6 address conversion
Information Gathering Analysis
Jigsaw – Grabs information about company employees
Uberharvest – E-mail harvester
sslcaudit – SSL Cert audit
VoIP honey – VoIP Honeypot
urlcrazy – Detects URL typos used in typo squatting, url hijacking, phishing
Web Crawlers
Apache_users – Apache username enumerator
Deblaze – Performs enumeration & interrogation against Flash remote end points
Database Analysis
Tnscmd10g – Allows you to inject commands into Oracle
BBQSQL – Blind SQL injection toolkit
Bluetooth Analysis
Blueranger – Uses link quality to locate Bluetooth devices
Vulnerability Assesment
Lynis – Scans systems & software for security issues
DotDotPwn – Directory Traversal fuzzer
Exploitation Tools
Netgear-telnetable – Enables Telnet console on Netgear devices
Termineter – Smart Meter tester
Htexploit – Tool to bypass standard directory protection
Jboss-Autopwn – Deploys JSP shell on target JBoss servers
Websploit – Scans & analyses remote systems for vulnerabilities
Wireless Exploitation Tools
Bluepot – Bluetooth honeypot
Spooftooph – Spoofs or clones Bluetooth devices
Smartphone-Pentest-Framework
Fern-Wifi-cracker – Gui for testing Wireless encryption strength
Wi-fihoney – Creates fake APs using all encryption and monitors with Airodump
Wifite – Automated wireless auditor
A Bunch of Password Tools
Creddump
Johnny
Manglefizz
Ophcrack
Phrasendresher
Rainbowcrack
Acccheck
smbexec
Bagi sesiapa yg dah ada versi sebelumnya iaitu Backtrack 5 R2 boleh ikut langkah2 disini
Bagi sesiapa yg belum ada mana-mana versi boleh download di sini disini
Beginilah
takbir raya yang kita ulang-ulangkan selepas terbenam matahari hari
terakhir Ramadhan sehingga solat Hari Raya. Semua Muslim pasti
bergembira menyambut Hari Raya, lelaki atau wanita,muda,tua ataupun
anak-anak. Kerana pada hari ini merupakan simbol kemenangan umat Islam
setelah sebulan mengharungi Ramadhan, menunaikan ibadah puasa dan
amalan-amalan baik lainnya,kemenangan meraih jiwa yang fitrah,
kemenangan meraih cinta Ilahi, kemenangan meraih pahala syurgawi dan
kemenangan-kemenangan lainnya.
Eidil Fitri terdiri dari dua
perkataan Eid dan Fitri. Eid bererti hari raya, Fitri bererti terbuka,
kesucian dan kebersihan jiwa. Ini kerana pada hari itu seorang hamba
diperbolehkan untuk makan dan haram untuk berpuasa atau kembali kepada
kesucian dan juga kerana umat Islam merayakan kebersihan dari noda-noda
dosa hasil dari beribadah dan bertaubat secara intensif selama sebulan
penuh. Oleh itu ia adalah hari kemenangan.
Saya wakil
kepada penulis-penulishttps://www.omghackers.com/ ingin mengucapkan SELAMAT HARI
RAYA AIDILFITRI 1433H, kepada semua Muslimin dan Muslimat yang berada di
seluruh dunia.
Selepas Ramadhan ini marilah kita
teruskan amalan-amalan baik yang telah kita lakukan di sepanjang
Ramadhan ini – bersedekah, solat berjemaah, tilawah al-Quran, bercakap
yang baik menjauhi perkara keji dan mungkar dan banyak lagi. Kalau berat
badan dah turun, bagi yang obses atau overweight tu, teruskanlah usaha
untuk turunkan badan. Bagi berat badan yang naik sepanjang Ramadhan kena
cari cara lain untuk turunkan.
Akhir kata marilah kita berdoa: “Ya
Allah, pertemukanlah di Ramadhan akan datang dalam keadaan sihat
walafiat, mudahkanlah rezeki kami dan segala urusan kami Ya Allah. Ya
Allah janganlah engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir
dalam hidupku. Seandainya engkau berketetapan sebaliknya maka jadikanlah
puasa ku ini sebagau puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata-mata.
Ya Allah,Ya Tuhan kami,terimalah puasa kami dengan sebaik-baiknya
penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan dan hakikat
keredaanMu sehingga kau memenangkaan kami dengan segala kebaikan yang
dituntut, segala anugerah yang kau curahkan di bulan ini. Selamatkanlah
kami di dalamnya dari kekhuatiran terhadap bencana yang mengancam atau
dosa yang berlangsung terus“…
Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Sebelum anda pulang ke kampung untuk merayakan hari kemerdekaan untuk umat Islam sedunia kerana telah berjaya melawan hawa nafsu adalah lebih baik anda baca ini dulu. Sekaligus memberikan kita ilmu baru. Wa bekal dan bagi kepada lu satu entri secara automatik wa dapat 10 entri dalam minda wa. Ini menyebabkan blog ini akan dipenuhi dengan artikel yang bermanfaat. InsyaAllah.
Artikel kali ini mudah je. Khas untuk anda pengguna perkhidmatan laman penstriman (ada ke dalam kamus) Youtube. Sebelum ini Tuan Arya ada membincangkan tentang Minitube klik disini untuk membaca artikel karangan beliau. Dengan menggunakan Minitube,anda hanya dibenarkan untuk memuat turun video sahaja tanpa mengubah format sesuatu video itu. Tetapi dengan perisian/aplikasi yang akan dikongsikan dengan anda ini,anda dapat mengubah format video ke beberapa format yang popular.
Perisian ini merupakan perisian yang tidak memerlukan modal untuk menggunakannya. Dalam erti kata lain ialah percuma. Tapi macam biasalah. Bila percuma atau bersumber terbuka mestilah akan wujud perkataan ‘donate’. Jika anda berkemampuan,maka hulurkanlah beberapa keping wang saguhati sebagai tanda terima kasih. Sekilas pandangan,perisian ini diberi nama DownVerter.
Ciri-ciri perisian Downverter:- (dialih bahasa)
1. Mudah untuk digunakan. Memang mudah kerana hanya dengan tiga langkah anda boleh memuat turun sesuatu video yang telah siap diubah formatnya mengikut kehendak anda.
2. Seperti yang telah diberitahu tadi bahawa perisian ini adalah percuma.
3. Menyokong 16 bahasa dunia. Jangan main-main Bahasa Malaysia juga tersenarai dalam perisian ini.
4. Boleh dijalankan pada tiga sistem operasi hebat. Windows,Mac dan sudah semestinya (Linux) Ubuntu.
5. Juga telah diberitahu tadi bahawa boleh diubah ke beberapa jenis format audio dan video.
6. Sekarang sudah menyokong laman Metacafe. Sebuah laman penstriman video. Tapi wa masih gagal untuk memuat turun daripada laman Metacafe. Hanya Youtube je.
Kaedah pemasangan:-
Langkah 1. Kunjungi laman rasmi DownVerter disini.
Langkah 2. Skrol ke bawah dan dapatkan pautan muat turun untuk Ubuntu 32-bit atau 64-bit.
Langkah 3. Disebabkan fail Ubuntu berformat .deb (debian) dan fail Downverter juga berformat .deb maka secara tidak langsung distro linux seperti Linux Mint dan distro yang lain juga dapat menggunakannya. Yang penting menyokong fail berformat .deb.
Langkah 4. Setelah selesai. Jalankan dan pasangkannya menggunakan gdebi atau perisian lain.
Kaedah penggunaan:-
Langkah 1. Seperti yang anda lihat pada gambar nun jauh di atas sana anda mendapati bahawa terdapat tiga langkah mudah untuk memuat turun dan mengubah video dari Youtube dan Metacafe.
Langkah 2. Masukkan pautan video Youtube pada ruangan 1.
Langkah 3. Pilih tahap kualiti video anda. Sekiranya anda mahu mengubah format video pastikan mengikut kesesuaian. Tetapkan tahap kekuatan kelantangan (volume) video anda. Dan pastikan di manakah video atau audio anda akan disimpan. Semuanya pada ruangan 2.
Langkah 4. Klik Download & Convert. Pada ruangan 3.
Hebat dan sungguh mengagumkan. Itulah dia dua perkataan yang mampu saya ungkapkan untuk filem ini selepas selesai menontonnya di pawagam malam semalam (Sneak Preview).
Sebelum ini saya memang ada menonton filem-filem pendek arahan Syafiq Yusof yang dimuat naik pada channel Youtube beliau. Tetapi filem-filem pendek itu masih belum menunjukkan kredibiliti, kemampuan dan kreativiti sebenar beliau, dan itulah yang ditunjukkan dalam filem pertama arahan beliau iaitu SAM (Saya Amat Mencintaimu).
Kalau dilihat dari tajuk terasa seperti (What??). Sebaik saja filem bermula, kelibat kanak-kanak sedang menguis pasir dipaparkan. Sebentar kemudian Sam (Shaheizy Sam), memulakan monolog penceritaan kehidupannya. Pada waktu itu saya masih belum dapat merasakan bahang genre filem ini iaitu pycho thriller. Faham-faham sajalah, ia dimulai dengan watak Sam yang kelakar, dan romantik (apabila bertemu dengan Lisa, lakonan Lisa Surihani).
Tetapi sebaik sahaja Haikal (Azad Jasmin) muncul dan mengganggu Lisa, segalanya berubah. Debaran makin terasa apabila Haikal bersumpah akan membunuh Sam, dan itulah yang cuba dilakukan olehnya apabila beliau menculik Sam dan Lisa lalu membawa mereka ke sebuah kilang lama. Apa yang telah dilakukan olehnya? Itu anda kena pergi tonton sendiri di pawagam! Serius berbaloi!
Ulasan:
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai filem ini. Saya boleh bagi 9/10 untuk Syafiq Yusof, barisan pelakon serta filem ini sendiri kerana berjaya memuaskan hati saya. Filem seperti inilah yang saya nanti-nantikan untuk ditonton. Saya cuma ingin mengulas, sebenarnya kalau babak-babak percintaan antara Sam dan Lisa dipendekkan, dan babak-babak ‘permainan kematian’ antara Sam dan lelaki bertopeng di kilang lama PV6 dipanjangkan, filem ini akan menjadi lebih baik. Babak percintaan itu dirasakan terlebih dan meleret-leret pula, sehingga habis satu lagu dibuatnya (Urghhh..). Sedangkan tatkala saya masih belum puas melihat Sam disiksa lelaki bertopeng, ia sudahpun tamat. Aduhai.. sadis.
Satu lagi, babak watak budak kecil yang mengidap penyakit Dissociative Identity di akhir cerita tidak begitu kukuh. Tidak pasti mengapa budak tersebut jadi sedemikian. Adakah kerana bapanya? Ibunya? Kawan-kawannya? Saya benar-benar tidak pasti. Kalau hendak dikatakan sikap bapanya, ia tidak begitu meyakinkan. Kalau dimantapkan lagi bahagian ini, pasti menusuk kalbu. Saya benar-benar hendak tahu apakah sebab yang begitu kuat sehingga menyebabkan kecelaruan identiti yang dahsyat kepada seorang kanak-kanak. Anda boleh tonton filem Anniyan (lihat pada pautan Rujukan) untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan. Ini penting, kerana kesemua penyebab kepada penceritaan bermula dari watak kanak-kanak ini.
Apapun anda wajib tonton filem terbaik 2012 ini! Saya sarankan jangan ragu-ragu, jangan fikir panjang. Pergilah menonton di pawagam yang berhampiran kerana ia sudahpun mula ditayangkan. Memang puas hati! Syafiq Yusof, anda memang masa depan perfileman negara kita. Saya harap, kalau anda ingin mengarahkan filem baru, jangan lupa buat filem yang dapat menyaingi The Raid : Redemption (Serbuan Maut) dan juga Merantau. Dua filem Indonesia yang heronya adalah Iko Uwais ini mengangkat martabat persilatan Indonesia ke tahap yang sangat membanggakan. Siapa lagi yang akan mengangkat martabat filem persilatan di Malaysia kalau bukan anda? Saya yakin dan percaya anda mampu melakukannya.
“Yesterday, upon the stair, I met a man who wasn’t there
He wasn’t there again today I wish, I wish he’d go away…
When I came home last night at three
The man was waiting there for me
But when I looked around the hall
I couldn’t see him there at all!
Go away, go away, don’t you come back any more!
Go away, go away, and please don’t slam the door… (slam!)
Last night I saw upon the stair
A little man who wasn’t there
He wasn’t there again today
Oh, how I wish he’d go away”
“Don’t tell me, Tell my ghost, Cause I blame him For all I don’t want to know“
Syukur tak terhingga dirafakkan kepada Allah S.W.T kerana kita tiba jua di penghujung Ramadhan. Bagi mukmin sejati, ini adalah waktu yang paling sedih, pabila tak pasti lagi akan bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan. Namun, apapun jua kita perlu tempuh. Sudah masuk tahun kedua Mr.Hac mengucapkan Salam Idulfitri ini kepada anda semua.
Masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas, saya mengalami kemalangan beberapa hari saja lagi sebelum umat Islam menyambut kedatangan Syawal. Alhamdulillah, tahun ini saya sihat wal afiat, blog masih meneruskan kesinambungan dengan penulis jemputan baru dan lama silih berganti memeriahkan entri-entri.
Apa pun, dalam kita menyantuni bulan Syawal yang tiba, jangan dilupa bahawa orang Melayu ini penuh dengan mesej tersembunyi disebalik perbuatan. Setiap apa yang dilakukan, ada maksud, jadi jangan sampai tersilap dalam kita bersuka-ria, sehingga menjadi duda yang minta dipinang segera, apabila salah cara mengikat samping di pagi Hari Raya! (pantun ke ni?)
Cuba lihat gambar di bawah, sumber dari FB Majalah Seni Beladiri, olehGuru Azlan Ghanie:
Jangan lupakan blog ini biar hari raya, hari guru, hari bapa, malah hari-hari pun jangan lupa! Kerana anda blog ini masih belum ‘bungkus’, kerana anda kami masih menyusun jari-jemari di atas keyboard. Heh, lebih-lebih pula..
Mungkin Mr.Hac tidak akan terbitkan entri esok kerana akan pulang berhari raya di kampung, jadi entri ini menyusul lebih awal, sebab tak kan pagi raya pun nak buka blog OMG! Hackers? lagi kan?
Eh, dah nak raya ni, duk depan PC apa ke-jadah-nya?
Jom cari lemang! Cari rendang! Cari jodoh! Hoi, nak cari gaduh? (dengan bini).
Ollleeeyyy! Selamat Hari Raya, Maaf Tenaga Zahir dan Tenaga Batin! Tenaga Nasional! Berhad! (sudah..sudah..entri ini tamat di sini ya..).
Seperti mana yang para pembaca ketahui (pembaca lama), saya memang sangat menyukai pemain media semua dalam satu, hub hiburan pada PC ini, iaitu XBMC. Kalau setiap kali pasang Ubuntu atau distro Linux terbitan darinya seperti Linux Mint, elementary OS dan lain-lain sepertinya, tidak sah kalau XBMC tidak bertapak di dalamnya.
Khabar gembira buat pengguna telefon bimbit pintar yang dikuasakan dengan Android, kini XBMC boleh didapati dan dipasang pada peranti anda! Lihat paparan skrin di bawah (HTC One X):
Buat mereka yang masih tidak tahu apa itu XBMC, ia adalah sebuah pemain media semua dalam satu yang merangkumi video, audio dan gambar. Anda boleh tukarkan PC anda kepada pemain media berfungsi penuh dengan menguasakan ia melalui pemasangan XBMC. Super duper cool!
Sila ambil perhatian, ia masih belum stabil, jadi mungkin terdapat beberapa bugs dan sekiranya anda tidak mahu berdepan dengan bugs yang menjengkelkan, adalah disaran supaya anda menanti rilisan stabil. Namun buat yang tidak sabar atau penuh dengan keinginan untuk mencuba, silakan! Tambah nasik!
Sebelum ini saya pernah membuat beberapa pos mengenai Ubuntu One. Ia sememangnya storan awan yang menarik, dan kini ia bertambah menarik lagi apabila ia memperkenalkan pautan rujukan, yang boleh digunakan untuk memperluaskan lagi saiz storan.
Dengan setiap satu rujukan yang diperoleh melalui pautan tersebut, anda akan mendapat ekstra saiz storan sebanyak 500MB, dan ia dapat diperluaskan sehingga 20GB, menjadikan total saiz sebanyak 25GB (termasuk saiz storan asal, 5GB). Bukan anda seorang sahaja yang mendapat ekstra storan, tetapi mereka yang mendaftar menggunakan pautan rujukan anda juga memperoleh manfaat yang sama.
Anda tidak perlu berfikir lama sebelum mendaftar, kerana Canonical dan Ubuntu sememangnya sudah kukuh. Jadi anda boleh jangkakan Ubuntu One untuk ‘berada lama’ dalam arena storan awan, dan bersaing dengan laman storan yang lain. Buat mereka yang belum menggunakan Ubuntu One, anda boleh daftar dengan menggunakan pautan rujukan dari akaun saya : Register : Click Me Baybehhh
Salam dan selamat sejahtera. Bulan puasa yang kini semakin
menutup tirai. Pasti nya ia akan menjadi sejarah seperti sejarah – sejayah yang terdahulu. Bercakap mengenai sejarah ni,
tak ramai yang tahu akan sejarah mengenai Hack . Kali ini th3bAdh off topic dahulu
mengenai hack dan backtrack. Mari kita baca satu tajuk yang boleh dikatakan
hebat juga la dalam dunia hack-hack ni iaitu Defcon.
Pelikkan bunyi nnya. tapi bagi yang mengikuti dunia ni atau
yang dah tahap Otai, adalah suatu perkara biasa, defcon ini adalah satu
perjumpaan hacker tidak kira lah dari kalangan software engginer, penjenayah
siber, pengkaji keselamatan, pakar pengubahsuaian hardware, cracker, CEO
dan pelbagai lagi jenis manusia yang
tahap gila baban, asal kan ianya boleh di “hack”. Perjumpaan ini
diadakan setiap tahun di Las vegas,Nevada
Pasukan Sudoes sedang bertanding di dalam Pertandingan Capture the Flag hacking pada perjumpaan DefCon di Las Vegas.
Apa yang diorang buat masa perjumpaan tu?. Inilah perkara
yang paling menarik semua orang sehinggakan Agensi-agensi perundangan seperti
FBI, Dod (Jabatan Pertahanan Amerika) dan macam –macam lagi la. Pendek kata, ia
bukan perjumpaan yang calang-calang sehinggakan ada orang yang dikenakan
tindakan undang-undang. Diorang ni akan berkumpul dan akan membincangkan,
membentangkan teknologi, sejarah, dan semestinya vulrn /exploit terbaru yang
belum pernah didedahkan/dibincangkan kepada media-media lain. Walaupun ianya
adalah berkaitan “hack” tapi pelbagai acara yang diadakan semasa DEFcon ini,
macam pertandingan ‘’lockpicking”,pertandingan cipta robot, seni dan logo dan
Capture The Flag/ Menangkap Bendera. Acara menagkap bendera ni lah yang paling
hangat sekali. Ianya adalah pertandingan serang dan bertahan menggunakan
perisian dan struktur rangkaian . Kat Malaysia ini th3bAdh ada juga pernah
hacking confrence tapi senyap je…tak ber kesan ke ape…hehehe..jangan marah
Pertandingan CTF pada Defcon 17
Defcon pada mula nya hanyalah diadakan semata untuk ucapan
selamat tinggal, Iaitu Jeff Moss (pengasas
defcon) pada tahun 1992 kerana pemergian rakan-rakan dan geng-geng hekes ke luar negara, tapi selepas parti itu
diadakan, Kawan- kawan nya sentiasa mendesak sehinggalah ia dijadikan Acara
tahunan. Walaupun ianya hanyalah pembetangan, tetapi terdapat juga insiden yang
berlaku seperti Dmitry Sklyarov programmer
dari Rusia, di tahan kerana munulis program yang memecah format Adobe dan
banyak lagi-lagi insiden yang berlaku pada DEFCON, tapi diorang ni tahap
proffesional, kena saman pon, berjuta syarikat nak ambil sebagai perkerja. Kalau
kat Malaysia ni, tunggulah polis datang rumah anda, dan bersiap untuk penjara
kerana menguji sistem diorang..hehehe..
Adam Savage dari “mythbuster” memberi ucapan motivasi pada Defcon 17
Daripada Defcon inilah, banyak tool/exploit yang terhasil/dilepaskan/diperkenalkan kepada kita seperti MiTM, SET, SSLstrip, Evilgrade,dan
macam –macam lagi. Nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke Laman rasmi Defcon. Video-video perjumpaan Defcon boleh ditonton di Youtube
Ribuan terima kasih diucapkan kepada anda yang telah banyak membantu untuk meningkatkan lagi mutu penulisan wa. Artikel ini tidak mengeluarkan setitik peluh pun bagi wa kerana segala ilustrasi dibawah adalah di salin dan tampal di laman rasmi SecurityKISS. Wa hanya menggunakan otak untuk berfikir akan ayat yang mudah dan menggunakan tangan untuk menaip.
Apa itu SecurityKISS?
Memang sengaja wa tidak memberitahu akan apa yang dimaksudkan dengan SecurityKISS pada tajuk penulisan wa kali ini . Berbanding yang wa jelaskan pada entri wa sebelum ini seperti LOIC Untuk Ubuntu [Bah. 1 & 2]. Kata anda seorang hacker. Takkan LOIC pun tak tahu? Dan Tixati: ‘Torrent Client’ Terbaik. Secara terang wa jelaskan kepada anda apa itu Tixati. Melainkan anda bukan pengguna torrent dan tak pernah ambil tahu akan torrent yang membuatkan anda tidak akan tahu tentang torrent.
SecurityKISS merupakan VPN (Virtual Private Network). Tidak perlu wa terangkan apa itu vpn kerana tuan Arya telah menerangkan dengan jelas tentang vpn Lihat artikel karangan beliau Apa Itu VPN? dan Apa Itu VPN [Bah. 2]. SecurityKISS juga menyokong sistem operasi lain seperti Windows,Mac dan sudah semestinya Linux. Bukan sahaja menyokong tiga sistem operasi yang hebat ini malah juga menyokong Android,Iphone & Ipad,Windows Mobile dan DD-WRT,Tomato. Sebelum wa menerangkan dengan lebih dalam lagi mengenai SecurityKISS ini. Wa ambil kesempatan untuk memberitahu bahawa apabila anda menggunakan SecuriyKISS ini peluang anda untuk melakukan penstriman video di Youtube dan pelbagai laman yang membekalkan video adalah 3/10. Begitu juga jika anda pengguna torrent maka peluang untuk anda mengkaburkan identiti anda dari pandangan sembarangan orang ialah sebanyak 0%. Tetapi kelebihan yang ada apabila anda menggunakan SecurityKISS ini di Linux anda akan mendapati proses belayar di alam maya tidak terlalu lambat. Kira baguslah tu kerana tiada apa-apa perasaan geram sewaktu mengunjungi laman sosial,blog dan laman ilmu khususnya laman OMG! Hackers?. Identiti pun terjaga.
Kelebihan apabila menggunakan SecurityKISS.
– Percuma untuk selamanya. Ini yang akan dibincangkan oleh kita. Jika anda menggunakan SecurityKISS secara percuma anda akan menerima 300MB bandwidth/day. Kenapa wa letakkan pada kelebihan bukannya kekurangan?
– Sekuriti tahap 1024-bit
– Sangat mudah untuk digunakan
– Tiada iklan,100 bebas daripada iklan yang menyerabutkan fikiran.
– Dan banyak lagi.
Pendaftaran ahli. Langkah 1. Kunjungi laman rasmi SecurityKISS disini.
Langkah 2. Scroll dan dapatkan kalimat yang tertulis “DOWNLOAD SecurityKISS Tunnel”
Langkah 3. Sekiranya anda menggunakan Linux,secara automatik anda akan dibawa ke ruangan Linux begitu juga apabila anda menggunakan Windows dan Mac. Disebabkan tutorial ini untuk Ubuntu,maka ke Linux lah anda akan dibawa.
Langkah 4. Masukkan e-mail anda di ruangan yang disediakan dan klik Send. Dan anda akan mendapati bahawa anda sudah terdaftar dengan perkhidmatan mereka. Lihat gambar 2.
Langkah 5. Periksa e-mail yang dihantar kepada anda. Pada e-mail tersebut tertera Client ID,Password dan tiga buah server untuk anda. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang e-mail dari pihak SecurityKISS di peti surat (inbox) anda sila periksa pada bahagian ‘spam’. Selesai
Langkah 4. Point-To-Point Tunnelling Protocol (PPTP) dan klik Create…
Langkah 5.
Berikan nama untuk sambungan vpn anda pada ruangan ‘Connection name’. Cth:- SecurityKISS-Rakyat Siber.
Jika anda berminat untuk memulakan sistem operasi anda bersama sambungan vpn,tandakan pada ruangan ‘connect automatically’.
Log masuk ke dalam akaun e-mail anda dan dapatkan Gateway (server yang diberikan. Cth:- USA,UK,Ger). Dapatkan juga Username (client ID) dan password pada e-mail tersebut. Masukkan pada ruangan dalam ruangan yang disediakan.
Klik Advanced…
Langkah 6. Selepas anda klik Advanced… Anda akan mendapati satu tetingkap (window) akan keluar. Anda tandakan pada Use Point-to-Point encryption (MPPE) dan klik OK. Klik Apply menutup tetingkap yang berkenaan.
Kaedah menyambung ke rangkaian vpn SecurityKISS.
Klik sambungan internet anda. Pilih VPN Connection dan hubungkan ke rangkaian vpn anda.
Sekiranya sambungan anda berjaya maka pada sambungan internet anda tertera ikon ‘mangga’ (bukan buah mangga,faham-faham jelah)
Langkah 2. Masukkan client ID dan password anda. Klik login.
Langkah 3. Sewaktu anda menerima mesej daripada pihak SecurityKISS anda hanya dibekalkan dengan tiga server pilihan. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan server dari negeri dan negara lain anda cuma perlu pergi ke tab Servers dan pilih PPTP.
Sebelum apa-apa, muat turun dahulu (kalau masih belum) e-buku Anonymous Surfing : Klik
Al-kisah, Malaysia telah melaksanakan sekatan internet terhadap beberapa laman web perkongsian fail (yang sebahagian darinya memang dah ‘bungkus’). Antaranya Megaupload, Megavideo, Putlocker, Fileserve dan lain-lain lagi. Tujuannya? Untuk menghalang aktiviti penyebaran fail yang tidak sah di sisi Undang-undang atau melanggar Hak Cipta pemilik asal.
Sekatan internet sebenarnya bukanlah perkara baru. Malaysia juga bukan negara pertama yang menjalankannya. Sebelum ini, negara China telah terlebih dahulu mengenakan sekatan internet yang amat dahsyat kepada rakyatnya sehinggakan laman enjin carian Google juga tidak dapat dibuka! Sekatan ini terkenal dengan gelaran The Great Firewall of China. Serius, sekatan ini memang saya tidak faham tujuannya!
Di pejabat-pejabat kerajaan, sekatan lebih dikenakan kepada laman-laman sosial seperti Faebook, dan juga laman penstriman video seperti Youtube. Bagusnya, ia memang membantu produktiviti. Tetapi… bagi saya lebih banyak buruk dari baiknya.
Baiklah, mari kita lihat dan bincangkan sedikit-sebanyak mengenai kelebihan dan kekurangan sekatan internet. Semoga dengan terbitnya entri ini, dapatlah ia membuka mata orang-orang ‘di atas’ sana supaya kembali berfikir demi kepentingan dan faedah semua orang.
Mari kita buka perspektif, dari sudut jenis laman web yang disekat. Laman yang patut dikenakan sekatan, sudah semestinya laman-laman web lucah, judi, keganasan, penyebaran agama selain Islam, dan juga laman berbentuk penipuan. Apa yang berlaku di negara kita ini, laman-laman perkongsian fail ‘ditutup’ dari dilawati oleh pengguna internet. Untuk pengguna baru (newbie), apa yang bagusnya ialah ia membantu mereka dari tertipu dengan fail-fail yang mengandungi virus atau keylogger, RAT dan apa-apa fail yang menunggu masa untuk dijalankan (execute) oleh penggodam. Bagi para karyawan, sekatan ini membantu mereka dalam menghasilkan karya bermutu, dan para peminat membeli produk asli dari kedai muzik dan video. Iya ke?
Bagaimana pula dari perspektif pengguna pakar (power user)? Sekatan seperti ini:
1. Tidak membawa apa-apa kesan kepada mereka kerana mereka pasti mencari ‘jalan belakang’.
2. Pengguna muda remaja dengan darah muda, sudah pasti akan memberontak. Buktinya lihat saja kepada aktiviti penggodaman yang dilakukan oleh krew-krew penggodam selepas sekatan dijalankan. Gempak dan gegar satu negara dibuatnya, apabila sekatan ini ditentang dengan keras dalam dunia maya. YA, mereka memang tidak menang apa-apa, tetapi jangan lupa tangan merekalah yang akan mengundi anda suatu hari nanti. Bukan janji tapi pasti.
Sekatan ini bukan sahaja menyebabkan kacau-bilau dalam dunia internet, tetapi bakal melahirkan penggodam-penggodam baru di kemudian hari. Tidak percaya? Begini carta alirnya:
Apabila sekatan internet dijalankan, kebanyakan pengguna baru berasa tertekan dengannya. Ini mengakibatkan mereka juga berusaha dengan sesungguh hati mencari ‘jalan belakang’ untuk keluar dari kebuntuan masalah. Ya, sekatan bukan satu perkara yang menyeronokkan! Setelah puas mencari dan jumpa pula dengan jalan belakang tersebut, adakah mereka akan berhenti di situ sahaja? Tentu tidak. Pasti selepas itu mereka akan mencari pula jalan belakang B, jalan belakang C, dan juga Jalan Haji Taib. Err.. ke lorong?
Jadi bagaimanakah penyelesaian relevan?
Saya memandang perkara ini perlukan waktu yang panjang untuk diselesaikan, bukan dengan mengenakan sekatan dan Undang-Undang yang dirangka secara tidak tentu hala. sebagai langkah pertama, daripada kita kenakan sekatan, adalah lebih baik untuk kita:
1. Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya membeli produk asli secara berperingkat. Saya faham, sukar untuk kita galakkan orang kita membeli produk asli, terutamanya mudah pada zaman ini untuk muat turun lagu-lagu dan album penuh secara percuma. Tetapi saya sendiri, selepas berpuas hati dengan lagu-lagu yang telah didengari sesudah selesai memainkannya, saya akan pergi ke kedai muzik berhampiran dan membeli album asli, hanya dengan satu tujuan, kerana saya sukakan muzik dan bunyi yang asli dari CD! Bagaimana nak menggalakkan ‘tabiat’ seperti ini? Satu saja caranya, kurangkan harga! (boleh atau tidak bukan terletak di tangan saya).
2. Mewujudkan kesedaran dan juga penyebaran maklumat ilmiah berkenaan virus, keylogger, RAT, ancaman penggodam serta kaedah-kaedah asasnya seperti Phishing, Tab Nabbing dan sebagainya. Ini lebih baik dari kita ‘buta-buta’ mengenakan sekatan, kerana setiap sekatan itu pasti lebih menggalakkan pengguna akhir ini untuk mencari jalan keluar. Mereka bukan peduli dengan virus, asal saja dapat muat turun dari laman yang disekat!
3. Menyediakan infrastruktur IT di mana-mana, seperti kemudahan WiFi berkelajuan tinggi percuma (seperti di negara Korea). Ini penting, supaya rakyat terbiasa dengan ‘suasana IT’, dan tidak janggal menggunakan komputer serta gajet. Saya berasa sedikit terkilan, kerana ada juga sesetengah dari sahabat-sahabat saya yang masih lagi buat IT. Dalam erti kata lain, kalau ada perkara yang mereka pandai sekalipun, cuma buka Internet Explorer dan Microsoft Word. Buka yang lain, hancur! Saya faham juga, kerajaan perlu berbelanja besar untuk perkara ini, tetapi kalau dilaksanakan secara berperingkat dan perlahan-lahan, bagus juga bukan?
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Minta dilontarkan sahaja semua pendapat, agar dapat sama-sama kita fikirkan apa yang baik untuk anak watan.