Beats by Dr. Dre UrBeats In-Ear Headphone Review

Assalamualaikum.

Masih lagi berkisar mengenai headphone, kali ini saya ingin menulis mengenai UrBeats In-Ear Headphone, produk dari Beats by Dr. Dre. Ya, ia tidak digelar sebagai earphone, tetapi in-ear headphone.

Secara jujurnya, ini ialah produk dari Beats by Dr. Dre terbaik yang pernah saya gunakan. Produk lain seperti Beats Solo dan Beats Solo HD tidak mampu memenuhi ‘standard level’ yang telinga saya boleh terima. Antara keduanya terdapat beberapa kelemahan seperti perincian bass yang lemah dan terdapat beberapa instrument yang tidak kedengaran dengan jelas.

Tetapi UrBeats berjaya memuaskan hati saya meskipun ia cuma berbentuk kecil dan tidak begitu menonjol. Bunyi yang dijana agak bagus, kerana bass tidak begitu berlebihan sehingga menjejaskan kualiti bunyi instrumen yang lain ataupun memendapkan treble. Sederhana, tetapi berkualiti.

Walaupun masih ada instrumen yang tidak dapat didengari dengan baik, UrBeats berjaya memperincikan instrumen-instrumen yang lain. Muzik yang kita mahu dengar dapat dirasai apa yang cuba disampaikan, kerana sepertimana yang kita tahu, pemuzik bekerja keras dalam studio untuk memastikan kita mendengar bunyi yang terbaik. UrBeats ternyata tidak menghampakan.

Di dalam kotak turut disediakan beberapa ear buds tambahan, untuk saiz telinga atau kemahuan yang berbeza. Tak lupa juga terdapat sticker dengan logo Beats, serta buku manual dan maklumat mengenai produk Beats by Dr. Dre dan juga beg kecil untuk kita menyimpan earphone ini supaya mudah dapat dibawa ke mana-mana. Pada wayarnya terdapat ControlTalk oleh Monster, khusus untuk telefon bimbit HTC.

Reka Bentuk : 8.0 (Tulisan pada earphone tersebut mudah tanggal, jadi saya tolak markah untuk kelemahan itu)
Material : 8.0
Aksesori : 8.0
Penampilan Kotak : 9.0 (Menggunakan konsep bukaan buku, sama seperti kotak Beats by Dr. Dre yang lain dan dibuat dengan tampilan profesional)
Kualiti Audio : 8.5
Nilai Belian : 8.5
Harga : RM320 (Harga ini adalah pada waktu mula-mula saya membelinya dahulu. Sekarang sudah turun kepada RM199 atau lebih sedikit mengikut tempat dan promosi)

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img