Monday, 10 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 256

Firefox 15 Dirilis : Berbaloikah Untuk Digunakan?

0

Firefox akhirnya melepaskan versi 15 setelah beberapa minggu giat dibangunkan. Apa yang menarik ialah ia menyertakan sekali SPDY network protocol (versi 3) yang dibangunkan oleh Google (SPDY – speedy).
Oh yeah, Google.

Walaupun bukan diaktifkan secara lalai (default), anda boleh cuba aktifkan ia sendiri dan cuba rasai perbezaannya dengan menaip about:config pada bar URL, klik Enter dan taip ‘spdy’. Cari network.http.spdy.enabled.v3 dan kemudian klik dua kali padanya.

Buat masa ini, saya rasa saya akan setia menggunakan Google Chrome. Firefox mungkin telah ditambah baik, tetapi hati saya tidak mampu untuk menipu diri sendiri dengan mengatakan ia lebih pantas dari Chrome. Anda boleh cuba muat turun versi terbaru ini, aktifkan sendiri SPDY version 3, dan kemudian cubalah rasai kelajuannya.

Saya mungkin akan kembali menggunakan Firefox setelah dua isu ini diselesaikan iaitu isu kelajuan (kerana masih dapat dirasakan ia ‘tersekat-sekat’ walaupun sedikit) dan juga isu penggunaan memori.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

elementary OS Luna : 3.2.0-29 Kernel Panic At Startup

0

[Quick Update]

Hanya untuk berkongsi kaedah ini dengan para pengguna elementary OS Luna (buat masa ini Daily Build, belum rilis lagi versi beta-1), bagi mereka yang mendapat ralat kernel panic pada waktu mula, dengan kernel 3.2.0-29, berikut merupakan cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya anggap anda masih belum buang lagi kernel yang lama kerana ia berguna pada waktu seperti ini. Sila boot menggunakan kernel versi sebelumnya, buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:

sudo apt-get remove ulatencyd

Anda boleh baca maklumat mengenai demon ULatencyD yang menyebabkan ralat ini di sini : ossblog.it

Kaedah ini berkesan sehinggalah ralat tersebut dibaiki. Jika anda telah buang kernel lama, cuba boot ke dalam rescue mode, pilih untuk akses ke Terminal dengan root privileges, dan dari situ cuba gunakan baris perintah yang sama.

Saya ada artikel menarik untuk dikongsikan. Sila ke blog Fikri.my untuk membacanya. Saya amat bersetuju dengan beliau bahawa adalah lebih baik untuk kita format sendiri laptop, PC, netbook, Ultrabook bla bla bla. Anda yakin pekedai (pemilik kedai – Istilah saya) IT itu bukan seorang pakar IT atau penggodam? Saya tidak mahu merisikokan privasi semata-mata kerana malas belajar format.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 2]

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bertemu kembali dalam kesinambungan entri yang pertama dahulu. Klik disini jika belum baca. Entri kali ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan cPanel Ciplak daripada 2freehosting. Tanpa membuang masa kita teruskan kepada tujuan sebenar kita. Wa ingatkan kepada yang lebih mengetahui untuk tampil ke hadapan untuk membantu wa yang masih belajar.
Domains
Subdomain: Subdomain boleh menjadi dua situasi. Situasi pertama ialah dimana subddomain boleh menjadi domain rasmi kepada sesuatu laman/blog. Contohnya,subdomain daripada 2freehosting seperti .webu.us dan sebagainya. Anda boleh gunakan domain seperti itu sebagai domain rasmi untuk laman/blog anda. Selain itu,situasi kedua dimana anda mempunyai satu domain dan anda ingin buat “anak” kepada domain tersebut. Contohnya, omghackers.com ingin membuat forum jadi omghackers perlu tambahkan subdomain kepada forum.omghackers.com atau omghackers.com/forum (bergantung kepada perkhidmatan hosting yang digunakan/disewa.
Parked Domain: Anda mempunyai dua domain satu omghackers.com dan satu lagi omghackers.org. Anda ingin tampalkan domain baru omghackers.org kepada domain omghackers.com. Jadi,anda akan menggunakan fungsi ‘Parked domain’ ini. Domain baru itu akan terus disalurkan ke muka utama domain omghackers.com. Maknanya dengan dua domain akan disatukan dan ditujukan ke satu laman/blog yang sama. Selalunya digunakan oleh pihak yang menjalankan urusan jual beli di atas talian seperti laman ini. runhosting.com,runhosting.net dan runhosting.org. (Wa syak je).
Addon Domain: Addon domain pula ialah anda mahu tambahkan satu domain baru pada hosting yang anda guna/sewa. Contohnya anda ada domain baru seperti omghackers.net. Anda tak nak guna ‘parked domain’ sebab anda nak sedekahkan domain ini kepada adik/sahabat anda. Jadi anda boleh gunakan fungsi ‘Addon Domain’. Selalunya ‘Addon Domain’ ini disediakan oleh pihak perkhidmatan ‘hosting’ yang anda guna/sewa. Boleh jadi anda boleh manfaatkan fungsi ‘addon domain’ ini untuk membuat satu laman/blog baru yang dikhaskan untuk muat turun filem,permainan video dan sebagainya.
Redirect: Redirect hampir menyerupai fungsi ‘parked domain’. Tapi redirect lain sikit. Jika fungsi ‘parked domain’ anda letakkan dua domain pada satu laman/blog.  Fungsi redirect berkenaan dengan dua domain tapi satu domain sahaja yang berfungsi. Contohnya, omghackers.net —> omghackers.com. Jika anda klik omghackers.net anda akan dihantarkan ke laman omghackers.com. Kebiasaannya cara ini digunakan sewaktu hosting pada omghackers.net bermasalah atau ada masalah lain. Jadi domain omghackers.com yang jadi pembantu kepada masalah ni. Pernah juga silenthackers.com di direct kan ke domain omghackers.com. (like jika anda pernah alaminya.) Sila klik tutorialmalaya.tk untuk lihat bagaimana redirect berfungsi. Anda akan dibawa ke laman omghackers.com.
Website
Import Website: Digunakan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan hosting baru. Secara lalai (default) semua file pada hosting anda akan disimpan pada public_html. Jadi sekiranya anda mahu pindah ke hosting yang baru dan anda ingin kesemua kandungan pada hosting lama anda di pindahkan ke hosting baru maka anda boleh menggunakan fungsi ini. Kebiasaannya anda boleh buka tiket kepada pihak penyedia untuk membantu melakuka permindahan ini. Format yang disokong ialah .zip,.tar, dan .tar.gz. Format .xml tidak disokong. Jadi sekiranya anda ingin kandungan dari blogger.com dipindahkan ke hosting anda. Gunakan wordpress.org sebagai perantara.
Import Database: ‘Import Database’ pula ialah fungsi yang hampir menyerupai Import Website tetapi fungsi ini digunakan untuk memindahkan fail penting seperti MySQL,php (wa kurang pasti) dan sebagainya. Anda memerlukan dua benda ini iaitu mysql dan php untuk membuat blog/laman. (Selepas selesai perbincangan berkenaan perkara asas ini anda akan belajar membuat blog menggunakan wordpress.org. Sekiranya anda berminat)
Website Builder: Digunakan bagi anda yang ingin membuat laman sesawang. Ringkas tapi gempak itulah yang dapat ditafsirkan. Jalan pembinaan menggunakan ‘website builder’ ini ialah jenis ‘drag and drop’.
Auto Installer: Anda pernah gunakan Fantastico,Softaculous atau Installtron. Sama jugalah dengan Auto Installer. Kemudahan ini disediakan oleh pihak hosting yang anda sewa/gunakan. Fungsinya adalah untuk memudahkan pengguna hosting untuk memasang script untuk blog mereka seperti wordpress,joomla dan sebagainya. (Pada artikel yang dijanjikan tadi yang wa akan ajar cara memasang wordpress pada hosting ialah dengan gunakan cara manual.)
Statistics dan Latest Visitor: Dua benda yang sama iaitu melihat statistik pengunjung yang datang melawat ke laman kita. Semakin bertambah pengunjung semakin tinggilah ranking laman kita. 
Error Pages: Digunakan untuk mengubah kandungan masalah pada laman anda seperti masalah 404 (not found) 403 (forbidden) dan sebagainya. WordPress pun boleh diubah dengan sedikit pengetahuan.
Website Template: Belum dapat dipastikan template untuk apa. Website Builder,Wordpress ataupun Joomla. Ada banyak juga template yang boleh dicuba oleh anda. (Juga akan diajarkan menukar tema wordpress menggunakan ftp client seperti FileZilla dan sebagainya).
Disebabkan entri yang terlalu panjang. Jadi kita berhenti disini dan disambung pada entri seterusnya. 

Sekian,Assalamualaikum

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Steam Client: Hanya Untuk Pengguna Bebas.

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini merupakan hari yang bertuah untuk anda pengunjung OMG! Hackers?. Adakah anda seorang pengguna Steam? Satu kaedah jual beli permainan video di alam maya. Anda kenal akan ‘client’ Desura,Origin,Gog,GameFly (beberapa hasil google) dan berbagai lagi ‘client’. Begitulah juga Steam.

Ulang kembali soalan. Adakah anda seorang pengguna Steam? Jika ya entri ini mungkin entri saguhati untuk anda. Sebuah perisian khas untuk pengguna Steam bagi mendapatkan beberapa permainan video secara percuma khusus untuk pengguna Windows. Buat pengetahuan anda semua perisian ini sudah lama. Walaupun lama perisian ini masih dikemaskini dari masa ke semasa dan giat dibanguntkan. Wa pun dah lama tak guna perisian ini. Rasa sayang pula kalau wa tinggalkan macam tu je. Sebenarnya perkara ni wa simpan lama dalam ingatan. Tak tahu nak karang kat mana. Akhirnya OMG! Hackers? yang menjadi pilihan. Susah-payah dan jerih-perih wa hadapi semasa menggunakan perisian ini. Perisian ini dibina oleh sekumpulan atau perorangan dari negara Rusia wa kurang pasti.

Perisian ini saling tak tumpah dengan perisian asal dari segi antaramuka sebab perisian ini adalah berpunca dari keretakan (crack) perisian rasmi Steam. Masa wa muat turun tahun lepas ada lebih kurang 1000 lebih permainan video yang diterbitkan oleh Steam pada perisian ini. Sekarang dah bulan lapan tahun 2012. Mungkin makin bertambah permainan video yang tersenarai dalam perisian ini.

Perisian ini diberi nama CSIW atau Cracked Steam Installation Wizard . Perisian ini sangat mudah untuk digunakan kerana antaramuka perisian ini serupa/ dengan yang perisian tulen daripada Steam.

Kaedah muat turun.
Langkah 1. Kunjungi CSMania Forum disini.

Langkah 2. Klik Download dan klik Download here seperti gambar dibawah: Maaf jika buruk,wa baru belajar guna GNU Image Manipulation Program (GIMP).

Langkah 3. Anda akan dibawa ke satu ‘link’ yang baru. ‘Link’ tersebut dalam bahasa Rusia. Kalau rajin ‘Google Transalate’ lah. Kalau kurang rajin tengok gambar dibawah. Klik CKa4aTb dan pilih salah satu antara depositfiles.com atau turbobit.net 

Jika tak nampak klik gambar tersebut.

Langkah 4. Muat turun macam biasa. Maaf tiada gambar. Macam tak biasa pula.

Kaedah pemasangan.
Segalanya tersedia dalam gambar. Rujuk dan amalikan. (Maaf jika terlalu banyak gambar).

Selesai bahagian pemasangan. Selepas anda klik Finish anda akan dapati satu tetingkap akan muncul. Klik Yes jika anda menggunakan versi lama dan klik No jika anda menggunakan versi terbaru.

Bila anda klik No. Anda akan menjalani proses ‘update steam client’.

Selepas update anda perlu login ke akaun steam. Sebaiknya anda buat akaun baru. Klik disini untuk mendaftar.

Setelah selesai login. Apa lagi muat turun lah permainan video kegemaran anda. Bukan semua permainan video boleh. Sebarang masalah kunjungi laman rasmi CSIW. Link di atas.

Selesai secara keseluruhannya.
Sekian,Assalamualaikum

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Unlimited Free SMS In Malaysia With Freesms.ws

0

Anda suka SMS? Siapa yang tidak suka mungkin kerana sekarang lebih banyak alternatif yang lebih menarik untuk digunakan seperti WhatsApp, eBuddy XMS, LINE dan sebagainya lagi. Namun kalau benda percuma ada ke orang yang tidak suka? Saya suka, dan disebabkan itulah saya juga suka mencuba benda-benda percuma termasuklah SMS dari Freesms[dot]ws.

Setakat yang saya gunakan, memang tiada masalah dengan penghantaran. Semuanya sampai dengan jayanya. Beza cuma lambat atau cepat sahaja, dan boleh dikatakan tempoh mesej sampai adalah agak cepat juga.

Jika anda mahu menggunakannya, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di SINI dan setelah mengesahkan akaun anda melalui e-mel, anda bolehlah terus menggunakannya. Terdapat beberapa plan yang ditawarkan seperti Free, Premium dan Super. Jika anda cuma mahu menggunakannya versi percuma, tiada masalah kerana SMS percuma yang ditawarkan adalah tiada had, dan sebanyak 130 aksara boleh dipos dalam satu SMS.

Cuba sekarang dan bolehlah berikan pendapat anda melalui ruang komen.

Mr.Hac : Percuma adalah perkara terbaik dalam hidup.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Fake] Beats by Dr. Dre Solo HD Headphone Review

1

Assalamualaikum kepada semua pembaca OMG! Hackers? yang senantiasa setia bersama kami di sini. Di harap semua sihatlah hendaknya ya (sebab saya sedang menghidapi migrain yang agak teruk).

Apapun mari kita teruskan dengan entri ini. Saya terpanggil untuk menulis reviu ini kerana.. kerana.. kerana saya terpanggil untuk menulis lah. Tiada sebab lain.. Err..

Bagi para peminat produk Beats by Dr. Dre, saya amat menyarankan sekiranya anda mempunyai ‘dana’ yang lebih, adalah baik untuk anda membeli dan menggunakan produk asli dari syarikat ini. Selain dari kualiti binaan dan waranti, material yang digunakan juga adalah bersumberkan bahan-bahan yang terbaik, contohnya kabel dari Monster®. Kabel ini mampu menyalurkan data dengan kelajuan maksima dan ini menjadikan setiap bunyi lebih tepat dan jelas.

Namun bagaimana pula sekiranya anda TERbeli produk tiruan (counterfeit/fake)? Atau bagaimana jika anda lebih berminat untuk menggunakan produk tiruan kerana anda kekurangan ‘dana’? Adakah ia berbaloi? Persoalan-persoalan inilah yang cuba saya kupas dalam entri kali ini.

Jawapan saya, jangan bimbang. Anda bukanlah seorang yang bernasib buruk kerana produk tiruan Beats by Dr. Dre, bagi saya berbaloi untuk dimiliki jika bertepatan dengan grednya. Sebagaimana yang diketahui, terdapat beberapa gred yang digunakan oleh penjual tempatan untuk produk replika ini seperti gred A, AA, dan AAA. Untuk gred A atau AA, ia boleh dimasukkan ke dalam kelas ‘ekonomi’, manakala gred AAA atau nama lainnya High Quality yang mana kualiti bunyi dan binaannya menyerupai produk asli sebanyak 99.99%. Imitasi ini bukanlah perkara yang luar biasa kerana produk asli dibuat di negeri China. Oh yeah, produk imitasi atau replika ini juga dari China. Cuba teka, adakah kemungkinan berlaku ‘leakage’ dari kilang pembuatan produk asli sehingga menyebabkan ia dapat diimitasi hampir 100%? Percayakah anda semua pekerja di situ jujur? Haha.. tepuk dada tanya sama Google (what?).

Berikut saya paparkan beberapa gambar Beats by Dr. Dre Solo HD berwarna hitam (replika) yang saya beli di Yik Foong Complex, Ipoh pada harga RM160. Produk ini juga boleh didapati dengan mudah di Mudah.my atau Plaza Low Yat Shopping Center, Kuala Lumpur pada harga yang sama. Maaf, gambar kurang jelas kerana ia diambil pada pencahayaan lampu kalimantang di dalam rumah (ewahhh..panjangnya pengecualian..).

Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas:

 

 

 

 

Sepertimana yang anda dapat lihat, ia saling tidak tumpah (bererti serupa) seperti produk asli. Cuma ada beberapa ciri sahaja yang dapat membezakan ia, contohnya seperti ciri pada kotak, dan ciri pada headphone itu sendiri. Namun saya telah melakukan beberapa ujian dengan produk asli untuk menguji beza kualiti bunyi yang dikeluarkan antara keduanya, dan percayalah, produk replika ini benar-benar hampir sama dengan yang asli. Ini mungkin menjengkelkan dan sukar untuk disebutkan oleh saya, tetapi produk replika ini sekiranya tidak diberitahu kepada sesiapa bahawa ia adalah tiruan, maka orang yang tahu mengenai produk ini adalah tiruan hanyalah ANDA.

Sebut mengenai adakah ia berbaloi untuk dimiliki, jika anda tanya pada saya, saya jawab ya, sekiranya anda tidak mahu ambil kisah mengenai jaminan dari waranti, dan jika anda tidak kisah mengenai kualiti yang ditawarkan produk asli. Saya ulang sekali lagi jika anda ada dana yang mencukupi, ‘sambarlah’ satu produk asli. Saya sarankan Beats Solo atau Beats Solo HD kerana keduanya memiliki kualiti yang sangat memuaskan. Mungkin ada yang akan berkata anda boleh dapatkan headphone dengan kualiti yang sama pada harga yang lebih rendah, tetapi saya sebagai bekas pemuzik, dan masih lagi peminat muzik yang tegar menyarankan agar anda tidak mendengar kata-kata ‘ulat’ seperti ini.

Mr.Hac : Ulat sampah lebih berguna dari ulat tiket.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Mempercepatkan Startup Windows Dengan MSCONFIG

1

Hello, selamat kembali bersama saya. Di tutorial kali ini ialah msconfig. Ok, msconfig ialah nama pendek dia, nama panjangnya ialah Microsoft Configuration. Msconfig apakah itu? Ok, ia melibatkan startup, untuk boot windows. Ok, mungkin ramai yang macam pening-pening, ada yang tak tahu.

Ok, mari kita tengok apa itu msconfig.

Langkah pertama, tekan Start > Then masuk Run > Taip msconfig > Tekan OK. So akan keluar popup kotak seperti gambar di bawah ini.

Ok, apa yang perlu kita buat adalah pergi ke Startup Tab. Di komputer saya ada list software yang tidak penting untuk start bila kita [ON] windows. Kerana jika semua itu ditick, ia akan melambatkan you punya loading windows. So anda untick software yang tidak penting bagi anda seperti Yahoo! Messanger, PowerDVD, RealPlayer (32bit) dan macam-macam lagilah.

Seperti HD Audio punya jangan untick, untuk wireless pun jangan untick, ELAN, dan kalau anda ada NVIDIA untuk graphic card, tak perlu untick sebab ia akan loading driver untuk dia punya graphic card. Yang penting anda untick software yang tak penting bagi anda lah. Hukhuk! Jika anda untick software yang tak penting di dalam msconfig ini, ia akan mempercepatkan loading windows, ok. Setelah anda siap untick mana yang tak penting tu, anda tekan “Apply“.

Dan pergi ke Boot Tab seperti gambar rajah di bawah ini.

Ok, anda lihat pada “Timeout” yang ditunjukkan oleh anak panah merah itu, di situ pada asalnya adalah 30 seconds. Tapi anda boleh tukar menjadi 3 seconds sahaja. So nanti untuk boot akan cepat sikitlah, tak penting pun tunggu 30 saat baru nak boot. Ok? Yang lain tak perlu usik dan terus tekan “Apply” dan “OK“.

Seterusnya akan keluar popup seperti gambar di bawah.

So you boleh restart atau pun tidak mahu restart. Bila anda restart, anda boleh nampak anda punya windows cepat startuplah. Erm, nampaknya itu sajalah pada tutorial kali ini. Dan selamat mencubalah. (^^,)/

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Untuk Delete Files Dari temp, %temp%, dan eventvwr

0

Ok, selamat kembali dengan tutorial saya pada kali ini. Ok, untuk hari ini saya akan tunjukkan bagaimana hendak membuang fail-fail yang berada di temp folder, %temp% folder, dan di eventvwr. Ok, saya terangkan satu persatu dahulu apa itu temp, %temp% dan eventvwr.

( temp )
Ok, kenapa kita harus delete fail dalam temp folder? Ok, saya akan beritahu kenapa. Kerana bila fail-fail yang tak penting disimpan dalam temp folder atau %temp% folder, ia akan menambah/menggunakan space hard disk iaitu di (C:). Ia akan simpan benda-benda yang tak guna atau sampah di dalam (C:). So kata orang tu untuk tidak merugikan space hard disk, kita delete saja. Jangan risau, ia tidak bahaya langsung.

Ok, temp folder functionnya adalah bila kita buka Photoshop sebagai contoh, jadi temporary files akan disimpan di temp folder. Jika anda rajin membuat kerja seperti assignment, lagi banyak fail yang akan disimpan di temp folder.

( %temp% )
Folder ini pula ialah fail-fail yang disimpan mana-mana website yang anda lawati setiap hari, contohnya Yahoo, Google, Facebook, seperti gambar, icon and everythinglah from website. Maybe you tak pernah delete, so ia akan penuhlah.

( eventvwr )
Eventvwr(eventviewer) ini adalah satu tempat error log yang berlaku di PC anda, ia akan simpan di situ. Erm, lebih kurang macam notification untuk PC lah. (^_^ )

Ok, tanpa buang masa, mari mulalah. (^^,)/

1. Untuk clearkan temp folder.

Pergi ke Start > Run > Taip temp.

Dan anda akan nampak fail-fail .tmp yang tak berguna. Ianya kelihatan fail yang kosong (putih). Seperti gamnbar di bawah ini. Ok, jadinya delete sahaja semua. Ada juga fail yang tidak boleh didelete, so biarkan sahaja. Kerana fail itu sedang digunakan dalam PC, so tekan skip sahaja.

2. Untuk clearkan %temp% folder.

Pergi ke Start > Run > Taip %temp%.

Ianya akan memaparkan seperti di temp folder juga. So buat sahaja perkara yang sama. Ada juga yang tak boleh didelete, jadinya skip sahaja.

3. Untuk clearkan eventvwr.

Pergi ke Start > Run > Taip eventvwr.

Ok, anda akan nampak sebuah kotak seperti gambar di bawah ini.

Pergi ke “Windows Logs” dan pilih “Application“. Di bahagian tengah akan keliahatan banyak Error, Warning dan Information seperti gambar rajah di atas ini. Benda-benda itulah yang ingin kita buang. So untuk delete kesemuanya itu, just click “Clear Log…” yang berada di sebelah kanan itu (yang ditunjukkan oleh anak panah merah).

Setelah itu, akan keluar popup seperti gambar rajah di bawah ini.

You just click “Clear“. Dan sudah kosong di bahagian tengah tadi yang ada error, warning semuanya tu. Anda juga perlu clearkan juga di bahagian Security dan System itu. Ianya ada juga di situ, hanya buat perkara yang sama juga seperti langkah 3.

Ok, sekarang semua sudah bersih. Ok, tidak lupa juga, di Recycle Bin juga perlu emptykan. Kalau rajin, setiap harilah kena check ataupun setiap seminggu sekali buang fail-fail yang tak berguna untuk PC. Mungkin yang di luar sana ada yang sudah tahu, ada juga yang tidak tahu. So saya cuma tunjukkan apa yang saya tahulah kepada yang tidak tahu lagi, Huhu. Mana tahu ada adik-adik yang masih lagi ingin belajar tentang komputer, kan. Ok, itu saja pada kali ini. Selamat mencuba dan bye bye. (^^,)/

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.12 Final build 10

0

Salam kepada semua pembaca OMG! Hackers?

Seperti yang anda semua tahu..Internet Download Manager (IDM) memang rajin update diorang punya software…tapi kali nie dah kuar yang final punya.

[Image: idm.jpg]

Mari kita lhat apa yang terbaru dalam version yang terbaru kali nie :-
(Released: Aug 23, 2012)

– Added support for Firefox 16
– Added a feature to set file creation date as provided by the server (IDM Options->Save To)
– Fixed an erroneous interception of attendant content of web pages in Chrome
– Added the possibility to translate text for IDM installer and IDM uninstaller
– Redeveloped file integrity verification during resume.
– Improved resume capability after power outages.
– Redeveloped IDM integration into IE.
– Optimized IE integration module and improved its speed performance.
– Added support of IDM download panel to Google Frame installed into IE.
– Improved integration into IE based browsers like AOL, MSN, etc..
– Added support for SeaMonkey 2.10.
– Added support for new version of Adobe Flash Player
– Improved support of several web players.
– Made a workaround for bugs in a new Outpost firewall.
– Fixed bugs

Banyakkan…setelah berhempas pulas IDM nie asyik dok testing and debugging je..sampai ke BETA 9 dan akhirnya keluarlah final untuk version 6.12.

Download Here

Note:-
if Mediafire link is dead..Please try another link 
Because Mediafire already connect with DMCA.  
If any problems please report to:
Facebook: Angelezo
Or leave a comment

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana nak Install PAPAGO! M9 ke Android Mobile

12

Salam semua,

Selalu saya post software-software kan.. Kali nie saya post software gak tapi lebih kepada tutorial..software kali nie bukan untuk pc tau. Ianya untuk user-user smartphone yang menggunakan Operating System Android.

Kali nie saya nak ajar macam mana nak campakkan apps nie dalam smartphone apabila kita dah habis download dari pc. Apps nie sebenarnya berbayar tetapi korang tayah risau iainya sudahpun dicrack.

Bla-bla-bla…

Sebelum kita pergi lebih jauh…mari kita tengok spect smartphone yang layak pakai apps nie.

Ok mula-mula sekali korang download apps nie kat sini

Dah abis download?
Ok extract part 1 dan part 2 *Sekarang Full Download (No Part 1 and 2)

Selepas extract nie hasil dia

Korang bukak folder “PPGM9_And” dalam tu ada folder yang bernama “NaviSEA” :-

Lepas tu download map >>  [MALAYSIA] MFM-PPG-X8.5-X9-121205 (Latest) Link and Maps Updated (10/1/2013)

Nie hasil selepas download

Ok untuk yang maps nie korang kena extract ke dalam folder maps dalam folder navisea tu.

Caranya copy “MFM-PPG-X8.5-X9-120808 – SSSL.rar” tu ke dalam folder “Maps”.
*Folder “Maps” tu ada dalam folder “NaviSEA”


Nie hasil selepas extract kat dalam folder “Maps”

Ok dah selesai?

Langkah seterusnya ialah langkah penghabisan.

*Copy folder “NaviSEA” ke dalam memori dalaman (internal storage) >> untuk Android version Ginger Bread (Roti Halia)
*Copy folder “NaviSEA” ke dalam memori luar (External SDCard) >> untuk Android version Ice Cream Sandwich 4.0.3
*Install “Navitotal! M9SEA.apk” yang ada dalam folder “NaviSEA” menggunakan (file-explorer/My files/Root Explorer or other!) 

**Jika tidak boleh menggunakan “Navitotal! M9SEA.apk” tu…perasan tak ada satu folder yang bernama “PPGM9_And[apk.crackV2]”.


Korang bukak folder nie dan copy file “M9SEA v2.0.apk” ke dalam folder “NaviSEA” tu tadi dan replace file yang asal (“Navitotal! M9SEA.apk”) tu tadi.

TIPS DAN TRICKS JIKA ADA MASALAH (SUMBER MASALAH DAN TIPS DARI FORUM CARIGOLD)

1) Masalah resolution 1280 x 720

Siapa yang ada masalah dengan resolution terutamanya resolution 1280 x 720, sila download organic file bawah ni dan extract dan copy paste ke folder navisea/organic


Download Organic File Resolution 1280 X 720 HERE
Link update 13 Feb 2013

Nie hasil selepas extract.

*Tips untuk user Galaxy S3

Salam semua.. nie ada sedikit tips yg saya dapat kat
forum lain..
baru saja install untuk Galaxy SIII..
resolution mmg ada masalah.. (1280×720)..

1. open folder NaviSEA/Organic
2. Rename folder 1280×752 kepada 1280×720.
3. open folder NaviSEA/Organic/EN
4. Rename folder 1280×752 kepada 1280×720.
5. siap..

*Tips untuk user Galaxy S3 potrait Full screen

1.
open folder NaviSEA/Organic
2. Rename folder 800×1280 kepada 720×1280.
3. open folder NaviSEA/Organic/EN
4. Rename folder 800×1280 kepada 720×1280.
5. siap..

Akhir kata dari saya selamat mencuba..ok jom pergi makan maggie..hak hak.


If using chrome browser and have a problem to get link please see HERE
or Change Browser to Internet Explorer or Firefox


Jika ada masalah dan ingin bertanya soalan sila tanya di sini >> Forum Rileks Community dan tunggu Moderator menjawab permasalahan anda.

JIKA ANDA SUKA DENGAN SOFTWARE INI. SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK TERUS MENYOKONG PERKONGSIAN SOFTWARE DARI SAYA DI SINI.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline