Salam dan selamat sejahtera, Ok, kali ini kita akan meneruskan
pembelajaran terdahulu. Setelah artikel bahagian pertama, th3bAdh mengambil
masa yang panjang untuk menyambungkan artikel tersebut kerana terdapat masalah/
hal-hal dunia yang lain, walaubagaimana pun, Seperti yang dijanjikan, th3bAdh akan
menceritakan penggunaan sslsniff bagi menggodam pengguna facebook yang terdapat pada rangkaian sendiri
sahaja . Perhatian ! Segala penerangan dan penulisan disini adalah bagi tujuan
pembelajaran sahaja, dan saya tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku
kepada anda. Tak nak cakap membebel-bebel dah, mana yang masih tak tahu, sila
baca artikel bahagian I terlebih dahulu
Langkah : Buka terminal dan taip
echo 1 > /proc/sys/net/ipv4/ip_forward
Taip : arpspoof -i wlan0 –t
arpspoof –i wlan0 192.168.1.5
Penerangan : arpspoof –i wlan0 192.168.1.5
-i :adalah interface anda, sekiranya anda tidak pasti, taip
ifconfig untuk kepastian,
192.168.1.5 : adalah alamat IP bagi network gateway,
pastikan alamat gateway anda tepat bagi mengalih data –data trafik, pastikan
ianya betul,(sekiranya tersilap, ianya tidak akan menjadi)
Tambahan : sekiranya anda mahu menyerang pada komputer yang
hendak diserang sahaja, tambahkan baris perintah –t sebelum alamat IP gateway,
contoh :
Arpspoof –i wlan0 –t 192.168.1.12 192.168.1.5
Selepas dimasukkan baris perintah diatas, biarkan ianya
berjalan (tidak perlu ditutup)
Kita beralih langkah seterusnya, buka terminal baru dan taip
Penerangan selepas baris perintah –w : anda boleh menamakan
apa sahaja nama yang suka, tetapi pastikan ia format text contoh ssl.txt bagi menyimpan output. Sekiranya telah
berjaya, anda boleh membuka file tersebut di dalam folder
/pentest/web/sslstrip.
Bagi memudahkan pencarian yang terdapat kata laluan anda
boleh mencari kata (Ctrl+F) taip “pass”
Gambar diatas adalah salah satu akaun facebook yang telah
berjaya digodam di dalam sesebuah rangkaian sendiri, ianya tidak dihadkan untuk
memecah facebook sahaja,ianya boleh digunakan untuk memecah kesemua keselamatan
SSL,
Ok itu sahaja lah bagi tutorial kali, bagi tutorial akan
datang th3bAdh akan menulis untuk OS Windows pula (kena tunggu bahagian III),
ada juga ke bagi windows?? Tunggu
bahagian akan datang, jangan ketinggalan…hahahha
Bahagian kedua dalam perbincangan “Belajar WordPress”. Tak perlu cerita panjang. Kita teruskan kepada tujuan kita. Sebelum ini kita dah membincangkan tentang domain. Entri kali ini pula membincangkan tentang hosting. Bermula dari pendaftaran sehingga selesai perbincangan mengenai hosting. Tapi sebelum itu mari kita berkenalan dengan apa yang dimaksudkan dengan hosting. Segala tutorial mengenai “Belajar WordPress” ini akan menggunakan 2freehosting sebagai hos kepada pemberlajaran dan pengajaran kita.
Definisi/Apa itu hosting? – Hosting atau dikenali juga sebagai web hosting adalah satu keperluan bagi mereka yang mahukan laman/blog mereka nampak profesional. Jika menggunakan blogger.com ataupun wordpress.com sesuatu laman itu kurang professional kerana tertakluk dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh penggunanya. – Hosting juga boleh diibaratkan sebagai tapak perumahan. Jika domain adalah rumah maka hosting adalah tapak. Masakan pula,bina rumah tanpa tapak. Rumah angkasawan Malaysia pun bertapak.
Kaedah pendaftaran. Langkah 1: Kunjungi laman 2freehosting disini untuk melakukan pendaftaran.
Langkah 2: Masukkan butir-butir pengenalan diri anda pada ruangan yang disediakan. Lakukan pendaftaran seperti biasa.
Langkah 3: Selepas sahaja anda klik Signup Now! anda akan dibawa ke halaman muka depan cPanel 2freehosting.com seperti cpanel.2freehosting.com/switcher. Tapi anda masih belum dapat menggunakan hosting sepenuhnya. Jadi kunjungi e-mail,log masuk dan lakukan pengaktifan pada link yang diberikan.
Langkah 4: Selepas klik link tersebut anda akan dibenarkan untuk buat satu akaun baru bagi domain anda.
Sub-point.
Pilih Free Hosting atau Premium. Disarankan agar memilih yang percuma.
Disebabkan pada entri Belajar WordPress 1 anda buat domain. Jadi,gunakan domain luar. Klik I want to host my domain. Untuk sepanjang tutorial ini domainnya ialah belajarzwordpress.tk.
Jika anda klik I want to host my domain perkataan subdomain www berubah ke domain www. Ini yang dimaksudkan subdomain boleh jadi dua situasi pada pengenalan cPanel dahulu. Jika anda klik I want…….. maka kotak .3eeweb.com tu akan hilang. (Benda tak penting pun nak bagitahu. Huh!)
Password dan Password again disekalikan/digabungkan/dirapatkan/disendatkan. Masukkanlah apa-apa karakter bagi kata laluan anda disertai dengan huruf kecil dan besar,simbol dan angka. Jika malas klik je Generate password. Pastikan juga kata laluan hosting anda berbeza dengan katalaluan e-mail anda sebagai keselamatan.
dan 6. digabungkan. Masukkan captcha yang tertera. Jika sukar untuk melihat klik Get new words.
Klik Create.
Langkah 5: Selepas anda klik anda sekumpulan ayat yang menyuruh anda menunggu selama 12 jam atau lebih. Jangan percaya itu semua konspirasi. Tunggu beberapa minit lalu kunjungi laman/klik link laman anda anda. untuk mengesahkan link anda sudah boleh digunakan atau tidak. Jika keluar gambar ini atau lain maknanya anda sudah berjaya menggunakan perkhidmatan mereka. (index.html)
Langkah 6: Klik Switch untuk ke muka depan cPanel 2freehosting.com.
Untuk memasang wordpress cara manual akan bersambung pada edisi/versi/bahagian tiga. Sila tunggu dalam slot “Belajar WordPress” yang akan datang.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pengunjung OMG!!hackers..luqman lama tidak update,luqman kalut dengan peperiksaan yang akan datang..ok!!hari ni luqman nak bagi satu software free yang diberi nama Uniblue Driver Scanner 2013..lesen nya datang dari ladang(tak main la crack-crack ni)..
Apa yang shoknya software ni..mari kita tengok ciri yang ada pada perisian ini…
What does this software do?
The problem:
Old drivers may cause a range of problems, from diminished hardware functionality to conflicts and system crashes. Although drivers are available for free and can be updated manually, identifying outdated drivers can take a long time. Moreover, pinpointing just the right driver from the manufacturer’s website, downloading and installing it can be laborious and technically risky…
The solution:
Built with simplicity in mind, DriverScanner scans your computer to provide a list of drivers that need to be updated. With single click convenience, DriverScanner will then safely install each update on your PC…
DriverScanner 2013’s new features include:
– 2013 version..
– Fixed scan issue on Windows XP 64 bit machines..
– Available in 13 languages..
– Windows 8 compatible…(siapa yang pakai window 8 boleh la try pakai)..
1.Cara untuk dapatkan giveaway ni,senang ja..giveaway ni berasal dari UK,dan ada perlulah pakai ip UK(dengar kena tukar ip UK xjadi la nak ambik)..jangan risau,kita boleh menggunakan proxy,ini proxynya http://fishproxy.com/..ambik link ni dan https://store.uniblue.com/278/purl-DSpr-rkf?x-source=pr&x-pr=covermount-free&x-covermount-free=webuser_DS letak dekat kotak di fishproxy..
2.Selepas anda letak link 2 dan tekan suft..anda akan dibawa ke laman promosi uniblue..
3.Apa yang dibuat adalah isi butiran anda di bawah dan kilk next..
Bermula perbincangan kita tentang memasang wordpress pada hosting. Nak belajar wordpress memang takkan selesai dalam masa sehari atau dalam satu entri sahaja. Jadi pembelajaran ini di akan berterusan sehingga ke akhirnya. Pada bahagian berapa? Masih belum dapat dipastikan lagi. Bukan hanya selepas pasang wordpress boleh terus digunakan. Kena fikir tentang sekuriti lagi,cara mengawal bandwidth dan sebagainya.
Ok. Entri pertama ini dalam segmen/rancangan/slot “Belajar WordPress” akan dimulakan dengan domain. Untuk pengetahuan anda semua. Tajuk akan dikekal seperti di atas sebab wa kurang mahir dalam pembinaan tajuk. Jika anda ada sebarang keraguan pada tajuk. Pastikan anda menghantar sebarang komen atau kutukan di bahagian yang disediakan. Berbalik kepada tujuan kita. Entri pertama Belajar WordPress akan membekalkan kepada anda tentang domain. Domain yang akan digunakan ialah domain percuma dot.tk dan hostingnya adalah daripada 2freehosting.com.
Terpulang kepada anda untuk menggunakan domain apa. Percuma atau berbayar. Yang penting kaedahnya tetap sama. Begitu juga dengan hosting. Gunalah sebarang hosting yang anda yakin akan kestabilan dan kehebatan hosting tersebut.
Apa itu domain. – Domain ialah satu kalimat yang dimulakan dengan www atau tanpanya yang disudahi dengan .com,.my,.org,.biz atau sebagainya. – Tanpa domain anda akan menghafal beberapa angka seperti
216.239.36.21. Memang bagus untuk daya penghafalan anda. Tetapi jika ada seribu laman/blog yang anda kerap kunjungi,macam mana? Bookmark je tak cukup.
– Domain juga dikenali sebagai rumah anda. Sebab itu domain dikenali sebagai alamat. Tanpa alamat tiadalah rumah. Selain daripada rumah,domain juga dikenali sebagai identiti bagi sebuah laman/blog. – Domain perlulah ringkas agar mudah diingati. Lebih mudah jika digunakan oleh orang ramai. Maksudnya macam domain omghackers.com. Sekarang adalah fenomena manusia menggunakan perkataan yang diringkaskan seperti OMG,LOL,ASAP dan sebagainya. Jadi jika disebut banyak kali akan mudah diingati.
Kaedah Pendaftaran Langkah 1: Kunjungi laman rasmi domain .tk disini.
Langkah 2: Klik Login to My Dot TK
Langkah 3: Biasakan diri anda dengan Gmail kerana tutorial ini akan menggunakan Gmail. Klik Google untuk dijadikan perantara kerana anda tidak perlu lagi daftar. Rujuk gambar dibawah:
Langkah 4: Akan keluar satu tetingkap untuk mengesahkan akaun gmail anda sebagai pengantara dot.tk.
Langkah 5: Setelah anda selesai mengesahkan akaun Gmail yang akan digunakan untuk menjadi perantara maka tetingkap tadi akan hilang. Kembali kepada tetingkap asal. Anda akan disambut dengan muka depan yang baru. Seperti gambar dibawah.
Langkah 6: Klik go to domain untuk membuat satu domain baru. Rujuk gambar:
Langkah 7: Pastikan domain anda belum wujud. Bandingkan gambar 1 dan 2 dibawah.
Langkah 8: Jika anda mendapat gambar yang kedua. Ikuti langkah dibawah.
Hello, selamat datang dan selamat kembali bersama saya pada kali ini untuk tutorial komputer anda yang di luar sana. Hekhek! Ok, nampaknya saya sudah lama tidak membuat tutorial (walaupun beberapa hari sahaja) kerana busy sana sini dengan itu dengan ini dan macam-macam lagi. Ok, apakah tutorial pada kali ini? Tutorial kali ini ialah bagaimana untuk mencari files windows yang hilang di internet. Ok, selalunya anda kadang-kadang nak Add printer, nak Add scaner dan macam-macam. Bila nak Add tak boleh, kerana file windows yang anda nak masukkan tak ada. Jadinya anda kena cari dalam internet. Mungkin anda tiada CD Windows masa itu, mungkin hanya ada internet sahaja masa itu yang boleh digunakan. Selalunya files yang banyak hilang berlaku di dalam Windows XP, macam Windows 7 tak banyak sangat kut. Jadi, apakah website yang anda harus gunakan ialah www.filediag.com.
Okay, web filediag ini adalah dalam berbahasa chinese. Tak perlu pening-pening, saya akan tunjuk macam mana hendak download menggunakan filediag.com ini. Ada banyak lagi sebenarnya website untuk download files Windows. Sebelum ini saya ada guna dua tiga web yang macam ini untuk files Windows, tapi macam tak banyak isinya. So, filediag.com ini saya guna, rasanya banyaklah benda yang hendak dicari.
Ok, seperti paparan yang ditunjukkan di atas adalah web tersebut. Anak panah warna merah no.1 itu adalah untuk melakukan pencarian (search). Anak panah warna merah no.2 itu pula adalah untuk Upload file Windows. Sekiranya anda pemurah ingin berkongsi, bolehlah upload di situ.
Okay, bila anda scroll ke bawah di web itu, anda akan nampak seperti inilah. Anak panah warna merah no.3 yang ditunjukkan itu adalah fail-fail yang selalu orang cari, dan anak panah warna merah no.4 itu pula Top Searching punya (yang paling orang banyak download).
Ok, kita mula dengan pencarian. Anda boleh search di ruang kotak search seperti gambar di bawah ini. Contoh saya inginkan fail tty. Jadi saya taip tty dan tekan Search.
Ok, setelah itu akan keluar yang kita cari itu seperti yang ditunjukkan gambar rajah di bawah ini. Banyak fail yang akan keluar seperti .dll, .exe, .ini dan macam-macamlah. Dan pilih file yang anda inginkan itu. Seperti saya, saya klik pada fail tty.dll kerana saya inginkannya.
Kemudian, keluar seperti paparan di bawah ini. Seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah itu, itu adalah tempat file yang sepatutnya berada di komputer anda. Selepas anda download, di situlah tempatnya yang perlu diletakkan di komputer anda.
Ok, di mana pula untuk mendownloadnya? Ok, anda scroll hingga ke bawah sekali. Dan klik pada link download yang ditunjukkan anak panah warna merah seperti di dalam gambar rajah di bawah ini.
Kemudian setelah klik link download tadi, akan terus ke Tab baru dan akan memaparkan seperti di dalam gambar rajah di bawah ini. Anda lihat di bahagian kiri atas, klik Download seperti yang ditunjukkan anak panah warna merah itu.
Okay, itu sahaja tutorial saya pada kali ini. Amat mudah sangat, tak perlu berbahasa chinese sangat, tak perlu baca sangat bahasa chinese anda. Saya sudah tunjukkan, dan anda ikut sahaja. Tak perlu pening untuk translatekannya. Huhuhu!
Selain dari sikap saya sebagai seorang Audiophile, saya juga seorang internet addict. Ketagihan terhadap internet kadangkala buat saya rimas, kadangkala buat saya sedikit tertekan kerana selain Audiophile, saya juga seorang perfectionist. Apa jua yang saya lakukan mesti hendak dihabiskan dengan sempurna.
Katakanlah saya terlupa untuk buat sesuatu ketika melayari internet, waktu ketika itu sudahpun mencecah 12 malam dan saya sudah selesai shut down netbook yang digunakan. Disebabkan kedua sikap itu, saya sanggup tidak tidur, dan kembali buka netbook untuk menyudahkan perkara yang saya terlupa hendak lakukan sebelumnya.
Antara saya dan zombi, terdapat beberapa persamaan yang ingin saya terangkan menggunakan gambar, yang saya ambil dari sini. Cuba lihat beberapa gambar berikut:
Saya boleh duduk di depan PC sehari suntuk tanpa hiraukan makan dan minum. Kalau ada bangun dari tempat duduk pun hanya untuk bancuh secawan kopi Superbest atau Ali Cafe pekat yang membantu mata saya untuk kekal membuntang depan PC.
Pendek kata selagi idea untuk meng-google belum habis, selagi ada blog atau laman-laman forum yang saya tidak habis baca atau puas kunjungi, PC/netbook tidak akan ditutup. Tetapi saya percaya bukan saya seorang sahaja internet addict di sini. Anda bagaimana pula?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca
tegar OMG! Hacker? ataupun yang baru terjumpa, ataupun yang masih dalam
berkenalan. Sempena bulan syawal yang mulia, sama- samalah kita saling bermaaf-
maafan sesama kita, tidak kira yang besar ataupun yang tua, samada kesilapan
kecil mahupun besar. Dah lama tak menulis (sebab sibuk beraya), rasa kekok pula
Raya-raya juga, ilmu komputer jangan lupa… hehehe…
Kali ini th3bAdh ada satu tool dari Backtrack yang ingin saya kongsikan. Tool
ini boleh tahan la bagi sesiapa yang dah biasa dengan ARP Spoofing, sangat
ringkas dan boleh dikatakan SUPERB! (pendapat peribadi je)….
Anda sudah tahu apa itu Arpspoofing?. Rujuk disini
(karangan Arya Putra). Sebelum kita pergi lebih jauh tentang SSLSniff elok lah
kita tahu terlebih dahulu tentang SSL (Rujuk disini). SSL Sniff ini telah
diperkenal dan dibentangkan oleh Moxie Marlinspike pada persidangan Black Hat
DC 2009 (salah satu confrence hacker) . Merujuk pada tajuk yang th3bAdh tulis,
saya tidak mahu membincangkan tutorial pada bahagian ini ( kena tunggu bahagian
II). Sebelum tool ini dilepaskan, ada
yang beranggapan bahawa SSL ini adalah lapisan keselamatan yang selamat,
walaupun ianya telah diserang oleh orang tengah (Man in the Middle Attack),
encryption yang terdapat pada kunci tidak boleh diterobos, kerana kunci itu
hanya terdapat pada 2 pihak sahaja. (Sila rujuk bagaimana keselamatan SSL dikunci).
Jadi bagaimana SSLSniff bertindak?
Pada peringkat pertama, rangakaian akan diracun dengan cara
ARPSpoofing, meyakin kan bahawa kita mesin kita adalah Router, dan serangan
bermula apabila data-data telah melalui mesin kita. Kernel akan meneruskan
data-data tersebut tersebut terus ke port yang kita set kan (biasanya 80)
Pada masa ini lah sslsniff akan menerima data-data dan melakukan
magik nya. Masih tak faham,? Rujuk gambar bawah ni sampai faham.
Apa yang akan dapat dengan memecahkan SSL?
Kita akan dapat
menghidu segala kata-kata laluan yang terdapat pada SSL, biskut-biskut
sedap(cookie).
Jadi, itu sahaja penerangan buat masa ini, untuk bahagian II
pula, kita akan belajar menggunakan tool tersebut dengan menggodam facebook
sebagai bahan uji
#Nota kaki: Malas nak tulis artikel panjang-panjang, sedut je yang Mr Hac punya, nasib baik ada, kalau tidak jenuh nak tulis panjang (untuk beginer, kena study banyak sikit, tak rugi belajar ilmu asas, dah tahu, macam-macam boleh buat)
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 (atau saya suka panggil sebagai ‘versi’, nampak macam ‘komputer’ sikit!), sukalah untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55!
Kalau 55 tahun itu adalah angka untuk umur manusia, jangan marah kalau saya kata mungkin sudah beruban. Mungkin juga sudah berpenyakit, sana dan sini dihinggap pelbagai masalah akibat umur yang kian meningkat.
Itu belum kira masalah semulajadi seperti penglihatan, pendengaran, deria rasa, deria bau, semuanya semakin berkurangan. Begitulah jua halnya dengan umur kemerdekaan negara kita. Waktu mula-mula sambut dulu (saya pun belum ada lagi), semangat menyambutnya itu begitu besar, tak dapat hendak dibayangkan bagaimanakah perasaannya apabila tahu kita tidak lagi dijajah.
Tetapi apabila tahun demi tahun berlalu, semangat menyambut kemerdekaan semakin malap, terutama untuk remaja Generasi Y (why?). Oleh itu, dengan iltizam untuk mengembalikan semangat itu, saya menyeru kepada semua agar marilah kita bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang (Stripes of Glory!) di kereta, di motorsikal, dan rumah masing-masing. Kita seharusnya berasa bangga dengan nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi, apabila sedari celik mata sahaja kita sudah bebas dari cengkaman kuasa jajahan.
Ada semangat tak nak kibar Jalur Gemilang camni? Heheh..
Entri penamat bagi entri Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 1,2 dan 3]. Apa macam,dapat sesuatu daripada entri sebelum ini tak? Jika tak dapat lagi baca lagi sampai anda betul-betul mengerti apa itu erti sebuah kehidupan? Klik disini untuk bahagian satu dan klik disini untuk bahagian kedua. Tanpa membuang masa,kita teruskan sahaja kepada agenda kita.
Files
FTP Acccess: Memberikan secara terperinci segala yang berkenaan dengan akaun FTP anda. Anda memerlukan butiran daripada ‘FTP Access’ ini untuk mengakses File Manager dan perisian FTP yang lain seperti FileZilla dan SmartFTP.
FTP Accounts: Untuk anda membuat satu lagi akaun FTP. Mungkin akaun FTP anda yang pertama bermasalah jadi anda sudah memiliki ‘backup account FTP’
File Manager 1 dan 2: Tujuan kegunaan File Manager 1 dan 2 ialah sebagai alternatif kepada sebarang perisian mengakses FTP seperti FileZilla. File Manager 1 lebih lengkap daripada 2. Jadi,biasakan menggunakan File Manager 1.
Backups: Buatlah backup secara berkala. Anda mahu kehilangan semua fail anda jika hosting anda bermasalah? Jadi beringat sebelum terkena. Tidak susah klik generated,tunggu dan selesai. Selepas tu tunggu apa lagi muat turunlah fail tersebut.
Advanced
MySQL Databases dan phpMyAdmin: Kenapa digabungkan sekali? Kerana kedua-dua aplikasi/perisian ini penting bagi anda yang menggunakan skrip luar untuk membina laman/blog. Buat Akaun MySQL,secara automatik bergabung dengan php. Sebelum pindah hosting perlu muat turun data dalam phpMyAdmin untuk dijadikan backup sekiranya gagal berpindah hosting.
Cron Jobs: Cron Job wa tak pernah guna. Tapi,fungsinya adalah untuk buat backup kepada server kita secara automatik. Juga untuk auto update. Daripada hasil Google,wa termasuk ke laman cPanel yang berkenaan dengan cron job. cPanel mengatakan cron job boleh melambatkan server hosting anda. Bagi wa cron job ini takdalah penting sangat. (Mohon tampil ke hadapan).
SSH Console: Sukar untuk ditafsirkan. Kerana bukan dalam bidang wa mengatur script/command. Baca jelah disini. Tapi rasanya untuk keselamatan hosting.
DNS Zone Editor: Ubahsuai,Tambah dan buang NS (Nameserver),A Record,CNAME,MX dan sebagainya.
PHP Info: Segala informasi berkenaan dengan PHP anda boleh baca status terkini,versi php yang digunakan dan sebagainya. Serba lengkap.
Cron Output: Hasil rekod yang dibuat pada cron job.
Other
Password Protect Directories: Digunakan untuk menyekat sebarang anasir luar yang boleh menjahanamkan laman sesawang. Apabila semua kandungan fail pada public_html di sekat menggunakan password protect directories. Maka untuk mengakses laman tersebut perlulah memasukkan kata laluan. Selalunya digunakan oleh laman “premium”. Juga digunakan untuk mengawal fail themes dan plugin untuk wordpress daripada sebarang anasir luar.
IP Deny Manager: Anda merasakan laman anda bakal dijahanamkan oleh seorang. Blok IP orang tu daripada mengakses laman/blog anda.
Hotlink Protection: Anda merasakan kandungan anda semacam dicuri oleh anasir luar/jahat? Aktifkan fungsi ini pada laman/blog anda.
Folder Index Manager: Fungsinya adalah untuk mengatur folder yang boleh dilihat oleh orang lain. Sekiranya anda mahu menyorok/menghilangkan dari pandangan pilih sahaja No indexing.
Fix File Ownership: Sekiranya anda mempunyai masalah pengubahsuaian,terbuang sesuatu fail dari public_html. Gunalah fungsi ini.
Reload Account: Untuk mengembalikan hosting anda kepada asal dengan membuang fail autoinstaller,website builder,mysql dan sebagainya. Jadi hosting anda terlihat seperti baru.
Delete Account: Anda dah menyampah dengan hosting anda. Buang je. Yang akan dibuang bukannya akaun anda tapi akaun bagi domain anda.
Alhamdulillah. Selesai sudah perbincangan kita. Semoga bertemu kembali dalam entri yang akan datang.
Sekian,Assalamualaikum
Dengan menjengahnya episod terakhir Kamen Rider Fourze, iaitu episod ke 48, berakhirlah sudah siri Kamen Rider yang cukup menarik ini. Saya rasa sedikit terharu apabila Fourze ada menggunakan gerakan terakhir ‘Rider Kick’ yang dipopularkan oleh Kamen Rider Black dipenghujung episod ke 48 ini. Kemudian di pengakhirannya diselitkan sekali ‘teaser’ kemunculan Kamen Rider Baru yang diberi nama Kamen Rider Wizard.
Dengar khabarnya Kamen Rider Wizard adalah Rider pertama yang menggunakan ‘magic’ untuk beraksi. Wizard dapat menggunakan pelbagai kelebihan magic yang beliau miliki untuk menewaskan lawannya dengan satu misi iaitu membawa harapan kepada manusia yang berputus asa.
Untuk baca mengenai Rider ini dengan lebih lanjut, sila ke jetfusion.com dan anda boleh tonton trailer kemunculan Kamen Rider Wizard melalui video di bawah: