Utama Blog Laman 246

Sembang Windows 8 [Sedikit Tips]

0

Demam Windows 8 masih belum kebah. Ramai penulis di sini yang dah rebah, ke pangkuan dan dakapan Windows 8 yang kejap lagi kemas. Itu termasuklah saya. Ok, saya makan perkataan saya sendiri (I eat my own words..lol!). Dulu sangkakan Windows 8 ni ‘ntah-hapa-hapa-ntah’. Sampailah saya mencuba dari versi Developer kepada Release Preview, lalu terus melekat dengan versi stabil sampailah sekarang.

Cakap pasal Windows 8, siapa yang tidak tahu Windows 8 ini dual personaliti. Sekejap dia jadi Metro, habis semua aplikasi jadi ‘Metro Style’. Bila dia bertukar kepada Dekstop, tak ubah pula seperti Windows 7 tanpa Start Button. Ketiadaan Start Button bukan alasan produktiviti anda menurun, kerana Start Screen yang ditampilkan dalam Windows 8 mengambil alih tugas tersebut, like a boss.

Sembang pula mengenai produktiviti, kalau tangan anda dah jadi macam saya, lenguh sana-sini akibat pegang mouse terlalu lama/kerap, anda boleh maksimakan penggunaan keyboard dengan kekunci pintas, contohnya seperti Logo Windows + E untuk membuka Windows Explorer, Logo Windows + F untuk carian fail dan beberapa lagi yang boleh anda lihat di blog Amanz.my.

Windows 8 telah menaiktaraf beberapa ciri pada sistemnya, yang menjadikan ia lebih pantas berbanding Windows 7, dan semestinya si lagenda Windows XP. Antara yang boleh anda rasai ialah kepantasan waktu boot dan juga Shut Down.

Untuk menambah pintasan menu bagi Restart, Shut Down, dan sebagainya lagi pada dekstop, anda boleh muat turun skrip entri Registry pada laman AskVG.com.

Begini tampilannya:

Mengenai pemacu (driver), kebanyakan pemacu sudah tersedia secara lalai (default). Jika anda kekurangan pemacu, anda cuma perlu membuat carian Google dengan menggunakan kata kunci model PC/laptop/netbook anda sahaja. Jika masih belum memadai, maka silalah gunakan Driver Identifier. Anda boleh menggunakannya secara percuma, hanya pilih ‘I can’t pay, please help‘, kemudian klik Continue dan pilih mana-mana alasan anda:

Kalau Windows memang tak lari dari Internet Explorer (IE). IE 10 menunjukkan kemajuan apabila siap menyokong Adobe Flash Player. Meskipun bagi saya, IE tidak seperti Firefox dan Chrome yang mempunyai beribu Addon/Extension yang boleh dibanggakan, tetapi prestasi dan konsumsi memorinya cukup bagus. Anda mahu fungsi seperti Adblock? Anda boleh cuba fungsi Tracking Protection melalui logo menu di sebelah atas kanan, lalu klik pada Safety -> Tracking Protection.. -> Get a Tracking Protection List online…

Sekarang tinggal pilih mana yang anda mahu dan klik ‘Add’ sahaja:

Jangan lupa juga memberikan sedikit ekstra kepada volume:

1. Klik kanan pada ikon volume -> Playback devices -> Klik dua kali pada Speakers -> Enhancements -> Tandakan pada Loudness Equalisation:

Amacam? Kalau anda tertarik dengan Windows 8, anda boleh rujuk entri-entri kami sebelum ini. Jangan malu untuk mencuba, kalau malu ketinggalan rasa. Sampai di sini sahaja nukilan ringkas saya hari ini. Kita ketemu lagi dalam entri akan datang.

Chow sin chiii… 😀

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Macam Mana Nak Activate Window 8 Kalau Tidak Berjaya

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..luqman jalan-jalan di facebook terjumpa kaedah untuk activated window 8 anda..mula-mula luqman nak activated window 8 menggunakan activated yang Rakyat Siber berikan ada error..macam mana rupa error itu.

Macam ni rupa error dia..tak silap luqman server yang luqman guna tengah offline(rupa dia macam ni slmgr /skms fourdeltaone.net:1688)..

luqman akan terangkan satu persatu..

There is 2 methods here to make your Windows 8 Pro activated. The first method will activate for 180 days only. The second method will make your copy of Windows 8 Pro permanently activated but require the first method. So, just do both methods and you’ll have the original copy of Windows 8 Pro activated…

Method 1 : Activate Windows 8 Pro for 180 days:

1.Run Command Prompt (cmd) as administrator:
2.Type in the following:-

slmgr /ipk NG4HW-VH26C-733KW-K6F98-J8CK4
slmgr /skms 147.134.1.42:1688
slmgr.vbs -ato
slmgr /ckms

If the server is running, then you’ll have your copy of Windows 8 Pro activated within period of 180 days…

Click ‘View details in Windows Activation’ to check your windows activation expire date…

Method 2 : Permanently Activate Windows 8 Pro

If the server is Visit the address link below:-
http://windows.microsoft.com/en-US/windows-8/feature-packs

Fill in the details required..

The Media Center Upgrade Product Key will be sent to your email…

After you received an email from Microsoft, then you are ready to activate permanently your Windows 8 Pro…

The Media Center Pack product key will be shown in the red highlighted area.

Hit ‘windows logo + x’ and click ‘System:

Right click at the lower left corner of the screen also brings up this option.

Click ‘Get more features with a new edition of windows:

If your copy of Windows 8 Pro doesn’t have this option, then you can’t activate it permanently.

 The next step will need you to enter the key you received through email, accepting Microsoft license terms and wait for the Media Center feature to be installed in your machine. After your machine is restarted, you’ll
find your copy of Windows 8 Pro with Media Center is already activated permanently. Please check the details in Windows Activation to ensure that your machine doesn’t have any license expire shown…
You can go to the following link to verify your Windows 8 Pro activation status:-
P/S:
-The second method is believed to be expire by the 31 January 2013…
-Check junk folder in your email if you don’t see any email from Microsoft displayed in your inbox.
-This activation method is believed to be working for Windows 8 Pro version only.
-Credits to TheBillGates for give me this activation instruction through this link:
-jika anda ada error masa cmd sila guna kaedah yang bawah pulak..

Method 1 – Update #1:
This is an update for method 1 since the last method has been reported didn’t work anymore. Do the steps below:-
1.Open Command Prompt (cmd) as administrator.
2.Type in the following:-

slmgr /ipk NG4HW-VH26C-733KW-K6F98-J8CK4
slmgr /skms lunar21.no-ip_.org:80*
slmgr.vbs -ato
slmgr /ckms

  
If there’s no error occurred, then your Windows 8 Pro will be activated.
What if some of you did encounter an error? Just follow the steps below.
Open ‘Date and Time’ window and click on ‘Change time zone…’.
Right click date & time at the far right of the taskbar & select ‘Adjust date/time’ to brings out this window.
A new window will appears and change your machine time zone to (UTC+02:00) Cairo…
Scroll the option in this window to find (UTC+02:00) Cairo.
After you’ve done all above, let’s start synchronizing your machine’s time zone.
Open the ‘Internet Time’ tab in the same window..
Click ‘Change settings…’ to open another window for synchronizing…
Click ‘Update now’ to make your machine’s time synchronized with Cairo’s time zone.
When you’ve done changing and synchronizing your machine with Cairo’s time zone, you can try to activate Windows 8 Pro once again…
P/S:
Credits to Farid Casablancas (https://www.facebook.com/FaridCasablancas) for providing me with this updated activation method…
Method 1 – Update #2
Some of you may encounter an error while activating because the Key Management Server (KMS) are being offline at that time. Below are the list of KMS you can try for activating your Windows 8, Pro or Enterprise:-

kms.dant.net.ru
fourdeltaone.net:1688
win8kms4.mooo_.com:1688*
kms.cc.columbia.edu:1688
jbiz1.no-ip_.org:1688*
85.139.164.203:1688
walkercorps.zapto.org:1688
147.134.1.42:1688
lunar21.no-ip_.org:80*
kms.creighton.edu:1688
winpermit7.creighton.edu:1688

Jika anda error di slmgr /skms [letak server di sini ]  sila try server di atas..setengah server offline..

contoh: slmgr /skms fourdeltaone.net:1688

To change KMS to use for activation, use the command below:-
slmgr /skms [YOUR DESIRED KMS TO USE]

Here’s the KMS keys you need to use for activation. The keys provided below are the specific version of Windows 8:-
Windows 8 Professional    = NG4HW-VH26C-733KW-K6F98-J8CK4
Windows 8 Professional N = XCVCF-2NXM9-723PB-MHCB7-2RYQQ
Windows 8 Enterprise       = 32JNW-9KQ84-P47T8-D8GGY-CWCK7
Windows 8 Enterprise N    = JMNMF-RHW7P-DMY6X-RF3DR-X2BQT

Remember to change your product key according to your Windows 8 version. Use this command to change the product key to use:-
slmgr /ipk [INSERT PRODUCT KEY ACCORDING TO YOUR WINDOWS 8 VERSION]

P/S:
Credits to Farid Tasim (https://www.facebook.com/Fhaxor) and Camila from 7pmTech for sharing this Windows 8 activation method….

Credit to:https://www.facebook.com/digitalserenity

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Windows 8 Professional X86 Direct Link

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seperti yang dijanjikan oleh penulis pada penulisan sebelum ini Windows 8 Professional (32-Bit/64-bit) + Activator penulis akan memberikan pautan muat turun untuk Windows 8 Professional khusus untuk versi X86 atau 32-Bit. Untuk versi 64-bit anda boleh memuat turun melalui kaedah peer-to-peer (p2p) atau lebih dikenali sebagai torrent (bittorrent). Anda juga boleh menyemak penulisan Dr.Freddy tentang Windows 8 AIO 16 In 1 Direct Link + Permanent Activator untuk memuat turun pelbagai versi yang lengkap. Khas untuk anda yang gemar mengumpul koleksi barangan. Selepas itu anda boleh mengaktifkan Windows 8 Professional anda menggunakan kaedah Pengaktifan Kekal Windows 8 (Sementara Masih Ada). Pada pengaktifan tersebut anda akan diminta untuk menambah fungsi Windows Media Center. Tapi,jika anda tidak tahu menggunakan Windows Media Center takkan anda hanya berdiam diri ruang penyimpan pada hard disk anda digunakan dengan begitu sahaja. Jadi,baca karya penulisan MeiAx [ Tinjau ] Apa itu Windows Media Center untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah kegunaan Windows Media Center.

Untuk pengetahuan anda penulis menggunakan Adrive.com. Dalam kelebihan media penyimpanan awan Adrive ini terdapat kekurangannya. Sebelum menceritakan tentang kelebihan dan kekurangan perkhidmatan Adrive ini yang sedikit sebanyak mengganggu urusan anda untuk memuat turun secara direct link penulis akan menbuat sedikit ulasan tentang satu laman perkongsian fail yang bagus,baik dan penuh dengan inovasi. Laman perkongsian fail tersebut ialah SolidFiles.com [File hosting without the bullshit]. Contoh pautan muat turun menggunakan laman SolidFiles [disini] Laman perkongsian fail ini agak bagus. Mengapa penulis katakan bagus? Kerana,jika anda mendaftar selaku pengguna percuma,anda akan mendapat 50 Gigabytes ruang percuma untuk anda menyimpan dan berkongsi kepada sahabat,adik beradik mahupun pengguna luaran. Untuk ruang penyimpanan laman Adrive dan SolidFiles masih berkongsi kedudukan atau sama taraf kerana laman Adrive juga menawarkan ruang penyimpanan yang sama besar iaitu 50 Gigabytes. Untuk ciri kedua laman SolidFiles ini ialah setiap saiz fail yang ingin dimuat.naik ialah tidak lebih daripada 250 Megabytes. Ini sudah bagus. Tapi,untuk ciri kedua ini Adrive memenanginya. Ini kerana Adrive menawarkan sebanyak 2 Gigabytes bersamaan 2048 Megabytes saiz bagi satu fail untuk dimuat naik ke server Adrive. 

Ciri ketiga bagi laman SolidFiles ialah jalur lebar tanpa had (unlimited bandwidth). Berbeza pula dengan Adrive. Inilah yang ingin penulis beritakan kepada anda bahawa Adrive mengenakan sekatan terhadap fail yang dikongsi. Untuk setiap fail hanya bertahan selama 14 hari. Selepas itu,pautan perkongsian tersebut akan hilang. Tapi,fail tersebut masih ada pada server Adrive. Jadi,selepas 14 hari jika pautan perkongsian tersebut tidak boleh digunakan lagi sila beritakan kepada penulis untuk mengganti pautan yang baru. Adakah anda biasa dengan laman Mediafire sebelum ini? Jika ya. Sudah pasti anda akan biasa dengan kaedah tukar pautan. Alah,kaedah klik kanan fail muat turun pilih properties dan ubah pautan kepada pautan yang baru. Adakah anda sudah ingat kembali akan kaedah ini? Penulis nak beritakan satu lagi kekurangan yang terdapat pada laman Adrive iaitu Adrive hanya membenarkan 10 orang pengguna,satu alamat protokol internet (IP address) pada satu pautan muat turun. Penulis mencadangkan agar anda memuat turun bahagian pertama dahulu. Kemudian baru muat turun bahagian yang seterusnya. Untuk anda yang mungkin tidak berjaya memuat turun pautan pertama anda muat turun pautan kedua dahulu kemudian barulah pautan yang pertama dan pautan lain. Adakah anda memahaminya? Jika tidak faham kita boleh berunding di ruangan perbincangan selepas tamat penulisan. Kedua-dua perkhidmatan perkongsian fail ini secara logiknya memberikan jalur lebar tanpa had. Tapi,adrive meletakkan syarat untuk setiap pautan perkongsian 14 hari dan 10 orang pengguna yang dapat memuat turun pada suatu masa.

Ciri keempat dan yang terakhir. Ini yang paling seronok mengenai laman perkongsian fail SolidFiles. Laman perkongsian fail SolidFiles membenarkan fail yang anda muat naik disimpan pada server mereka selama-lamanya. Begitu juga dengan Adrive tapi Adrive membenarkan simpan selama-lamanya dan hanya dibenarkan kongsi fail selama 14 hari. Untuk SolidFiles pula. Simpan dan kongsi untuk selama-lamanya. Tapi,apakah punca/faktor/sebab penulis menggunakan Adrive berbanding laman SolidFiles yang bagus/baik ini? Ini kerana semasa penulis mencuba memuat naik fail ke server SolidFiles agak terasa lambat sikit dan fungsinya tidak cukup seperti tidak menunjukkan masa yang diperlukan untuk selesai memuat naik fail. Adrive pula mempunyai server yang stabil dan konsisten sewaktu memuat naik sesuatu fail. Jadi,memudahkan penulis dan menepati janji yang telah dibuat iaitu untuk mengemaskini penulisan yang disertakan pautan muat turun direct link tepat pada masanya. Jadi,jika anda mempunyai sambungan internet yang tinggi dan kuat anda bolehlah menggunakan laman perkongsian fail SolidFiles. Huh… Panjangnya seperti menulis cerpen. Ada ke orang nak baca? Harap anda baca satu-persatu agar anda dapat apa yang penulis ingin sampaikan. Kalau boleh tinggalkan jejak pada ruangan perbincangan di bawah. Setiap komen/kritikan membina anda membantu kami memperbaiki/memperkemas setiap penulisan kami. Semuanya kembali kepada anda juga. 

Untuk anda yang masih samar-samar akan apa yang ingin disampaikan oleh penulis mengenai laman perkongsian fail Adrive ini. Ini merupakan kesimpulan mahupun perkara penting yang anda perlu baca.

1. Adrive hanya membenarkan 10 pengguna/10 alamat internet protokol pada satu pautan muat turun. Makna kata sekiranya anda tidak dapat memuat turun fail tersebut mungkin disebabkan sudah mencapai tahap maksimum. Anda boleh tunggu ataupun memuat turun dahulu bahagian lain. Semuanya terdapat 5 bahagian. Muat turun kesemuanya.

2. Pada ruangan soalan-soalan yang biasa ditanya (frequently ask question FAQ) pada laman Adrive ada mengatakan bahawa anda tidak dapat menggunakan perisian pengurus muat turun (download manager) diluar dari pelayar. Tapi,anda masih boleh menggunakannya. Ini realiti bukannya fantasi. Jika anda menggunakan Internet Download Manger (IDM) anda akan mendapat 10 mirror/channel. Tapi jika anda yang memuat naik sesuatu dokumen pada server Adrive anda akan mendapat 16 mirror/channel. Server Adrive sangat stabil. Menyokong fungsi berhenti dan sambung (pause-resume)

3. Fail yang dimuat naik ke server Adrive akan kekal selamanya. Tapi fungsi perkongsian fail hanya dapat bertahan selama 14 hari. Selepas itu,pautan muat turun bagi fail tersebut akan hilang. Jadi,sekiranya anda belum selesai memuat turun tapi pautan telah tamat/lupus/tidak dapat digunakan lagi.  Sila beritahu/khabarkan/beritakan kepada penulis untuk menggantikan pautan muat turun yang baru. Jika anda pernah menggunakan laman perkongsian fail Mediafire anda mesti mesra dengan kaedah sambung semula jika pautan bermasalah. Lihat kaedah pelaksanaan pada gambar dibawah.

Jika anda mengalami masalah tidak dapat menyambung semula fail yang dimuat turun sedangkan link masih aktif seperti gambar dibawah. Anda hanya perlu klik No. Dan sesi muat turun akan bersambung kembali. 

Pautan pada: 27/11/2012
Tamat pada: 11/12/2012

Peringatan:
Jika penulis terlupa tolong ingatkan.

Windows 8 Professional x86 bahagian 1 [disini]

Windows 8 Professional x86 bahagian 2 [disini]


Windows 8 Professional x86 bahagian 3 [disini]


Windows 8 Professional x86 bahagian 4 [disini]


Windows 8 Professional x86 bahagian 5 [disini]

Selamat memuat turun.
Sekian,Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

DarkRATheatre v1.2 Malay Version (Mod of DarkComet) by darktheatre

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…luqman akan berkongsi hari ini DarkRAtheatre v1.2 malay version kepada warga omghackers..Apa yang di maksudkan dengan DarkRaTheatre ,DarkRATheatre v1.2 telah di ubah suai oleh Darktheatre(nama panggilannya) ia menyerupai darkcomet tetapi banyak perubahan yang beliau buat kepada DarkRATheatre v1.2 seperti dibuat dalam bahasa melayu dan banayak lagi perubahan yang beliau buat..

Apa yang menarik dengan DarkRATheatre v1.2:

 -Simple use (noob friendly)..
– Fix/Add menu/sub menu dengan lebih baik..
– Auto Setting server sesuai semua crypter…
– Sound effect yang pasti anda teruja….
– Auto High security Setting supaya victim anda tak dicuri oleh orang lain…
– Port 770 digunakan sempena keluarannya di bulan Ramadhan…
– Connection dari victim yang tidak berulang….
– FTP dan DDOS feature yang lebih stabil….
– Mass downloader lebih stabil….
– Tidak kerap kehilangan victim (bug pada Darkcomet 5.3.1)…
-Boleh lihat control panel walaupun server berwarna merah (bug version error jika anda connect banyak pengguna)….
– Dalam bahasa ibunda (bahasa melayu)..

Ini kata beliau ,kali ini darkRATheatre 1.2 telah melakukan banyak perubahan…Penyebab utama saya keluarkan adalah dikeluarkan untuk para NEWBIES , dan dibuat dalam bahasa melayu ,Oleh kerana itu version ini telah dilepaskan kepada publik…bukan seperti versi sebelumnya..Dengan menggunakan darkRATheatre ini segala konflik server anda tidak lagi bermasalah selepas crypter dijamin 100% berjaya..Tak perlu buat apa-apa .. senyum… Tak perlu buat apa-apa .. senyum…

VIDEO darkRATheatre v1.2 REVIEW dan SETUP KHAS UNTUK NEWBIES

1)Menu yang mudah difahami:

DOWNLOAD darkRATheatre v1.2:
http://adf.ly/Ej0sS

password: www.theatregelap.com

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Jalankan Internet Explorer 10 Dalam Tampilan Moden

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Penulis sekali lagi membawakan tutorial atau penulisan tentang Windows 8. Rasa kagum terhadap Windows 8 masih tidak dapat dihilangkan lagi dari dalam diri penulis. Rasanya untuk mengkaji/meneroka Windows 8 lebih daripada sebulan rasanya. Apa yang membuatkan penulis kagum dengan Windows 8 ini bukan sekadar tampilan yang baru tapi juga melalui kecepatan. Berbeza sewaktu menggunakan Windows 7 dulu. Penulis rasakan perbezaan yang amat ketara. Walaupun baru lepas format atau ulang pasang Windows 7. Selang beberapa hari sudah terdapat tanda-tanda untuk hang ataupun tersekat seterusnya membawa kepada crash atau lumpuh (not responding). Mungkin ini disebabkan Windows Aero yang memakan banyak memori,dalam erti kata lain penggunaan memori yang tinggi. Apabila fungsi ini dihilangkan pada Windows 8 pihak Microsoft masih mengekalkan kecantikan dalaman,huh… Penulis hanya dapat katakan rugi untuk tidak menggunakannya. 

Berbalik semula kepada tujuan kita iaitu bagaimana atau apakah kaedah yang harus dilakukan untuk menjalankan Internet Explorer 10 dalam tampilan moden atau nama rasmi untuk tampilan pada Windows 8 iaitu ModernUI (Modern User Interface). 


Apakah kelebihan apabila kita menggunakan sesuatu program dalam tampilan moden?

Kelebihan yang ketara apabila kita menggunakan sesuatu perisian/aplikasi atau program secara tampilan moden ialah kita tidak akan diganggu oleh makhluk halus mahupun makhluk asing. Abaikan jika perlu. Anda tidak akan diganggu oleh border,sebarang toolbar dan taskbar Windows yang menyemak mata memandang.  Ya! Memang betul anda boleh sembunyikan taskbar Windows tapi,mungkin akan menjadi masalah di kemudian hari. Tampilan antaramuka apabila anda menggunakan tampilan moden akan menyeluruh seperti anda menekan kekunci F11 pada papan kekunci.

Apakah kelebihan Internet Explorer 10?

Antara kelebihan yang baru serta menarik ialah kelebihan sekuriti atau keselamatan semasa belayar di alam maya. Internet Explorer 10 diperkaya dengan keselamatan yang serba lengkap. Selain itu,tampilan mesra pengguna apabila menggunakan tampilan moden (modern ui) pada Windows 8. Di samping itu,Internet Explorer 10 sama seperti Internet Explorer 9 sebelum ini yang akan keluar terus keseluruhan laman. Tidak seperti pelayar lain yang keluar secara sikit-sikit. Agak membosankan untuk menunggu. Memang mengagumkan. Anda boleh kunjungi laman-laman yang ada menceritakan tentang Internet Explorer 10 ini.

1. Dari seberang Fitur Baru dan Kelebihan Internet Explorer 10
2. Internet Explorer 10
3. Internet Explorer 10 Brings Added Security to Windows
4. What’s Coming in Internet Explorer 10
5. Mengapa anda perlu guna Internet Explorer

Kaedah untuk jalankan Internet Explorer 10 dalam tampilan moden.
Langkah 1: Buka Internet Explorer pada desktop. 

Langkah 2: Klik Tools dan pilih Internet options. 

Langkah 3: Klik tab Programs dan pilih Set programs.

Langkah 4: Satu tetingkap baru akan muncul. Klik Set your default programs.

Langkah 5: Pilih Internet Explorer pada ruangan kiri. Klik Set this program as default dan klik OK.

Langkah 6: Tutup semua tetingkap termasuk Internet Exporer 10 dan jalankan Internet Explorer 10 pada Start Screen. 

Untuk buka tab baru anda hanya perlu klik kanan pada mana-mana ruangan/bahagian atas. (gaya penulis).

Bonus untuk pembaca. Cara jalankan fungsi tampilan moden untuk pelayar Google Chrome. Pilih Tools pada bahagian atas sebelah kanan dan pilih Relunch Chrome in Windows 8 mode.

Selesai. Selamat mencuba.
Sekian,Assalamualaikum

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[ Tinjau ] Apa itu Windows Media Center

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Berjumpa lagi kita pada entri kali ini 🙂
Kali ini tentang Windows Media Center.
Apa itu Windows Media Center?

Windows Media Center ialah aplikasi yang direkakan untuk kegunaan sebagai pusat hiburan rumah. Ia yang dimasukkan di Windows XP Media Center Edition dan edisi-edisi premium Windows Vista (Vista Home Premium dan Ultimate). Ia adalah direkakan untuk dikawal oleh kawalan jauh khas yang bercirikan Butang Hijau, tetapi boleh digunakan dengan tetikus dan papan kekunci.
Butang ini yang digunakan untuk melancarkan Media Center dari Windows
atau kembali kepada Menu Start dari dalam aplikasi itu. Media Center
membayangkan gambar-gambar, video-video, dan muzik pengguna komputer
dari cakera keras, pemacu optik, dan lokasi rangkaian. Ia kemudian mengkategorikan mengikut nama, tarikh, teg, dan sifat-sifat fail. Media diuruskan melalui Media Center boleh menyampaikan melalui rangkaian rumah kepada set TV biasa melalui Windows Media Center Extender yang direkakan secara khas atau Xbox 360. Sumber Wikipedia

Ini Contoh Gambar.

 klik untuk gambaran yang jelas 😛

Windows Media Center ( WMC ) terdapat dalam Windows XP, Vista, 7 dan 8 Pro [ Part of a Media Center Pack add-on or Pro Pack upgrade ]
WMC ini serba guna. Di mana kita boleh tengok Video, Gambar dan dengar lagu dalam 1 aplikasi. Dengar macam gempak kan?

Ia berfungsi seperti XBMC.
Ini contoh gambar.

klik untuk gambaran yang jelas 😛

Bagi yang baru nak guna
WMC ni, terdapat setup perlu anda lakukan sebelum menggunakannya.

Langkah 1

klik untuk gambaran yang jelas 😛

Sila klik ”
Next ” untuk teruskan

Langkah 2

klik untuk gambaran yang jelas 😛

Anda boleh pilih
” Express “ or ” Custom “. Mana2 pun boleh 😛

Langkah 3

klik untuk gambaran yang jelas 😛

Keluar yang ni, nak join pun boleh, tak mahu join pun boleh 🙂

Kemudian tekan ” Next “.

Langkah 4

klik untuk gambaran yang jelas 😛

Anda boleh ”
scroll ” atau gunakan ” arrow keyboard ” untuk memilih menu tersebut.

Ini contoh bahagian Picture, simple right?

klik untuk gambaran yang jelas 😛

dan ini contoh bahagian video

klik untuk gambaran yang jelas 😛

dan ini bahagian Settings

klik untuk gambaran yang jelas 😛

Simple kan? agak ”
skema ” oppss >.<

Jadi sampai disini lah entri segera yang saya buat mengenai Windows Media Centre.
Sebab nak pasang Windows 8 Pro dan siapkan tugasan xD
Jika ada sebarang pertanyaan, sila feedback yer.
Oh ya, jangan silap tekan, kerana saya pernah terima laptop pelanggan yang program dia semuanya jadi ” Windows Media Center ” -_-

Nanti saya buat entri mengenai hal tersebut.
Selamat mencuba 🙂

ADD : nanti saya akan buat entri tentang jailbreak pulak xD

Santai malam ni

P/s : klik untuk tenggok lebih detail :), terjumpa kat Google ^^v

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Pengaktifan Kekal Windows 8 (Sementara Masih Ada)

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sebelum daripada ini penulis ada berkongsi satu artikel tentang Windows 8 Professional berserta barang/alat untuk pengaktifan. Sila rujuk [disini] Activator yang dikongsikan oleh penulis hanya dapat bertahan selama 180 hari. Jadi,disebabkan itu. Tampil lah seorang yang hebat lagi bijaksana. Memberikan tutorial atau langkah untuk mengaktifkan secara kekal. Terima kasih kepada bro Dorsh atas kesudian membantu penulis.

Mungkin yang ramai yang tidak sedar ataupun terlihat tutorial tersebut pada ruangan komen. Mungkin disebabkan beberapa faktor. Jadi,hari ini penulis jadikan tutorial/perkara tersebut sebagai karangan penulis dan sumber sepenuhnya dikreditkan kepada bro Borsh.

Langkah-langkah untuk mengaktifkan Windows 8 secara kekal. Mengapa pada tajuk tutorial diatas penulis mengatakan “sementara masih ada”? Ini kerana promosi ini hanya sah sehingga 31 Januari 2013. Jadi dapatkannya sementara masih ada waktu,tika dan masa.

0. Sambungkan komputer anda ke talian internet.

1. Gunakan dahulu activator yang penulis berikan kepada anda pada penulis sebelum ini untuk mengaktifkan Windows 8 anda. Klik [disini].

2. Tutorial cara mengaktifkan menggunakan fail Windows 8 Activator.bat ada pada penulisan sebelum ini. Sila rujuk kembali [disini].

3. Setelah anda mengaktifkan. Anda perlu mengunjungi laman Windows 8 [disini].

4. Skrol kebawah dan cari ruang yang diberikan oleh pihak Microsoft untuk mendapatkan ‘license key’ secara percuma. Masukkan e-mel anda berserta captcha pada ruangan yang disediakan pihak Microsoft.

5. Log masuk ke e-mel anda dan cari e-mel yang dihantar pihak Microsoft. Salin (copy) license key yang diberikan oleh pihak Microsoft. 
TBTB2-KX434-25N78-8Q8BM-RZWY3 
6. Tujukan cursor anda ke penjuru atas atau bawah sebelah kanan untuk membuka Charm Bar. Pilih Search dan buat carian Add Features. Maaf tiada screenshot. Kerana selepas diaktifkan fungsi tersebut tiada lagi. Yang ada hanyalah turn off or on features. Jadi abaikan turn off dan buka aplikasi/fungsi selain daripada itu.
7. Selepas anda buka anda klik pada I already have a product key dan masukkan key yang anda dapat daripada pihak Microsoft tadi. Baca dan ikutlah apa yang diperintahkan oleh pihak Microsoft. Proses pemasangan mengambil masa lebih kurang 10-15 minit untuk penulis. 
8. Disarankan agar menutup segala program yang berjalan kerana komputer anda akan restart/reboot selepas sahaja selesai proses pengaktifan.
9. Cek Windows 8 anda sama ada sudah aktif secara sepenuhnya (kekal) ataupun tidak dengan alat/barangan ini. Klik [disini]
Selamat mencuba
Sekian,Assalamualaikum

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Windows 8 AIO 16 In 1 Direct Link + Permanent Activator

2

Baru sahaja saudara Rakyat Siber menulis entri tentang Windows 8, saya pula menyusul dari belakang. Bukan nak sailang, bukan nak jadi pailang, tapi cuma nak berkongsi dan tolong orang. Jyeah..

Walaupun kami bukan orang pertama yang berkongsi keterujaan mengenai Windows 8, tetapi sebolehnya biarlah kami tambah dan segarkan keterujaan itu supaya orang tahu kewujudan sistem operasi yang bagus dari Microsoft ini.

Apapun di bawah ini ialah pautan rujukan dari laman blog ini, hasil tulisan penulis-penulis terbaik dari ladang (kecuali saya):

[Tinjau] Windows 8 Consumer Preview

Ciri Windows 8 vs Ciri Ubuntu

Perisian Patut Dipasang Selepas Memasang Windows 8 Consumer Preview

Windows 8 Professional (32-Bit/64-bit) + Activator

Menambah Resolusi Pada Windows 8

– dan beberapa lagi entri lain yang lebih kurang serupa

Ironinya meskipun Windows 8 telah bertapak beberapa bulan, dan saya juga telah beberapa kali mengulang pasang mengikut versinya dari Developer kepada Consumer, beralih pula kepada RTM dan seterusnya kepada versi stabil, tetapi masih lagi ramai orang di luar sana yang kurang sedar akan kehadirannya.

Lucunya apabila ‘orang-orang IT’ sendiri masih skeptikal untuk mencuba dengan kata-kata lapuk lagi lusuh seperti “Eh..boleh install ke? Tak berat ke?”. Anehnya perkataan seperti ini kerana Netbook saya yang dikuasakan dengan pemproses Intel Atom juga mampu mengoperasikan Windows 8 Pro dan Enterprise dengan cemerlang!

Eh, cukuplah tu dengan bebelan, kita teruskan dengan nukilan.

Paparan skrin Windows 8 dari Netbook saya

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah ISO Windows 8, semua dalam satu, 16 kesemuanya dalam satu ISO.

Windows 8 Final (Build 9200)
x86 (32-bit)
Windows 8 x86
Windows 8 N x86
Windows 8 Pro x86
Windows 8 Pro VL x86
Windows 8 Pro N x86
Windows 8 Pro with Media Center x86
Windows 8 Enterprise x86
Windows 8 Enterprise N x86

x64 (64-bit)
Windows 8 x64
Windows 8 N x64
Windows 8 Pro x64
Windows 8 Pro VL x64
Windows 8 Pro N x64
Windows 8 Pro with Media Center x64
Windows 8 Enterprise x64
Windows 8 Enterprise N x64

Saiz fail : 4 GB

Pautan muat turun:

1. Oxava

2. X–Z

Sumber : Oxava


Kata laluan fail: www.oxava.com

Di dalam fail tersebut terdapat fail ISO, permanent activator dan personalization enabler. Personalization enabler cuma digunakan sekiranya anda tidak dapat mengubahsuai Windows 8 anda selepas pengaktifan seperti gambar akaun, Start Screen dan juga Lock Screen.

Permanent Activator sahaja : Download

Personalization Enabler sahaja : Download

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Menambah Resolusi Pada Windows 8

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa itu resolusi? Resolusi ialah resolution. Rasanya perkataan ini sudah diterima oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jadi jika diubah ke Bahasa Melayu jadilah resolusi. Untuk penulisan kali ini. Penulis akan bawakan satu kaedah untuk menambah resolusi skrin pada komputer anda khusus untuk pengguna netbook. Penulis menggunakan netbook. Jadi,selepas penulis memasang Windows 8,penulis tidak dapat menggunakan aplikasi pada ModernUI (Windows 8). Ini kerana had untuk resolusi skrin pada netbook ialah sekitar 1024 X 600. Tapi,anda boleh menambah menjadi 1024 X 768 untuk menggunakan aplikasi pada ModernUI.

Bagaimanakah caranya? 
Caranya cukup mudah. Tapi,memerlukan kemahiran. Cara ini telah penulis gunakan pada Windows 7 dahulu. Jadi,jika anda masih menggunakan Windows 7 anda juga boleh gunakan kaedah seperti yang dibawakan oleh penulis pada Windows 8 ini.

Langkah 1: Tekan butang Win + R dan taip Regedit. Anda boleh juga gunakan kemudahan yang terdapat pada Windows 8 iaitu kemudahan yang terdapat pada Charm Bar.

atau

Langkah 2: Pada toolbar klik Edit,Find dan masukkan kalimat yang tertera pada ruangan Find What dan klik Find Next

Display1_DownScalingSupported

Langkah 3: Setelah menjumpai registri tersebut. Klik kanan dan pilih modify. Ubah daripada 0 kepada 1.



Langkah 4: Restart/Reboot Windows anda dan klik kanan desktop. Pilih Screen Resolution dan tingkatkan kepada 1024 X 768.

Langkah 5: Gunakan segala aplikasi pada ModernUI tanpa rasa was-was.

Tapi,sebelum itu sekiranya anda belum mengemaskini driver anda sila kemaskini ke versi terbaru pada Windows Update atau anda tidak akan dapat menggunakan fungsi ini.

Sekian,Assalamualaikum.

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Windows 8 Professional (32-Bit/64-bit) + Activator

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Malam ku rasakan bagai kesiangan. Cinta ku padamu seluas lautan yang dalam. Tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Itulah sedikit pembuka bicara oleh penulis pada penulisan kali ini tentang Windows 8. Penulis fikir akan ada penulis lain yang akan menulis artikel tentang Windows 8. Ini kerana,semalam penulis baru sahaja selesai memuat turun dan memasang Windows 8. Perasaan terharu bila sahaja selesai memasang dan mengaktifkan serta menggunakan masih tidak dapat dihindar dan dihilangkan dari dalam diri. Walaupun rasanya sudah terlambat untuk memuatkan penulisan tentang Windows 8. Tapi,mungkin ada yang masih sejati dan kuat tahap kesabarannya untuk menunggu penulis menulis artikel tentang Windows 8.

Untuk penulisan kali ini penulis hanya akan berkongsi Windows 8 Professional khusus untuk x86 atau 32-Bit kerana penulis menggunakan sistem operasi ini. Tapi,penulis akan menyediakan pautan memuat turun bagi kedua-dua versi tersebut. Tapi,perlu diingat hanya versi/edisi Professional sahaja yang akan dikongsikan untuk versi/edisi Enterprise jika anda mahu menggunakannya anda boleh muat turun pada laman yang sama. Tapi,sebelum itu penulis ingin memohon maaf atas kesibukan duniawi dan terpaksa meninggalkan dunia tanpa sempadan atau alam maya. Selain itu,penulis juga ingin memohon maaf kerana penulis ingin meminta ruang,waktu dan masa yang lebih sedikit untuk penulis memuat naik ke laman perkongsian fail. Jadi,untuk penulisan kali ini anda perlu menyediakan perisian atau ‘client’ torrent untuk memuat turun fail Windows 8 ini. Perlu juga diingati bahawa penulis hanya akan memuat naik fail Windows 8 Professional x86 sahaja. Kerana itu yang penulis muat turun dan gunakan. Tak mampu den nak muat naik semua versi Windows 8. Rasanya cukuplah sekadar pendahuluan mahupun muqaddimah untuk penulisan kali ini. Kita teruskan sahaja kepada tujuan kita. Lupa untuk diingatkan. Kita pengguna professional bukan pengguna perusahaan. Kita tidak perlukan versi/edisi Enterprise. Kita perlukan kebebasan daripada dijajah.

Tidak tahu cara untuk muat turun menggunakan torrent? Penulis tidak akan ajar. Gunakan Google dengan sebaiknya atau cek entri lama tentang torrent yang dikarang oleh Dr.Freddy pada suatu masa dahulu.
1. Sediakan perisian atau client untuk memuat turun fail .torrent. Anda boleh gunakan Tixati v1.92 mahupun Utorrent v3.2.2.
2. Klik pautan di bawah. Pautan di bawah adalah berupa magnet link. Jadi,jika client torrent anda tidak bergabung dengan magnet link,aktifkan atau lakukan dengan cara manual.

Klik pautan di bawah untuk memuat turun Windows 8 Professional x86 dan x64.


Windows 8 Professional x86 [disini]
Windows 8 Professional x64 [disini]

Setelah anda selesai memuat turun fail .iso Windows 8. Anda bolehlah rakam ke dalam DVD ataupun menggunakan USB Flashdisk. Anda boleh menggunakan perisian perakam seperti Nero,PowerISO dan sebagainya untuk merakamkan fail Windows 8 ke dalam DVD. Untuk USB Flashdisk anda boleh menggunakan perisian Rufus [disini]. Anda memerlukan minimum 4GB thumbdrive. Ringan dan bermutu. Itulah kata yang dapat diucapkan oleh penulis. Masa untuk membuat/merakam atau membuat bootable USB bagi penulis adalah sekitar 20 minit. Semuanya bergantung kepada kekuatan USB Flashdisk anda dan mungkin juga mempengaruhi kekuatan komputer anda.

Untuk pengaktifan anda boleh memuat turun fail Window 8 Activator.bat [disini]. Sejauh mana kehebatan alat ini bergantung kepada anda. Jalankan secara pengawalan penuh (adminstrator) dengan klik kanan dan Run As Adminstrator. Selepas anda klik fail .bat tersebut anda akan dapati satu tetingkap Command Prompt (CMD) kosong yang muncul. Anda perlu tunggu selama beberapa saat untuk menyelesaikan masalah pengaktifan. Lebih kurang 3-5 tetingkap yang akan keluar selepas anda klik alat .bat ini. Anda hanya perlu klik OK. untuk menutup tetingkap tersebut. Selepas anda menutup tetingkap yang terakhir anda akan dapati terdapat keterangan yang tertulis pada Command Prompt yang menggesa anda untuk klik sebarang kekunci pada papan kekunci (keyboard) anda. Kesimpulannya:
1. Klik fail Windows 8 Activator.bat
2. Jalankan secara adminstrator,klik kanan fail dan Run As Adminstrator.
3. Satu tetingkap Command Prompt akan muncul. (kosong).
4. Akan muncul beberapa tetingkap yang menunjukkan proses pemasangan lesen Windows 8. Klik OK untuk menutup tetingkap tersebut.
5. Kembali kepada tetingkap Command Prompt dan nantikan kalimat click any key on keyboard for close.
6. Jika tidak berjaya tunggu lima minit lagi.

Mari kita lihat bukti-bukti Windows 8 Professional x86 penulis telah aktif.

1. Jika anda tidak aktifkan Windows 8 anda,anda tidak akan dapat mengubah account picture,start screen dan sebagainya. Tapi,penulis boleh.

2. Ini bukti teraktifnya Windows 8 di System Properties.

3. Sekiranya terdapat program yang tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Anda hanya perlu ubah compability ke Windows 7.

4. Lihat beberapa imej lain sekitar Windows 8 untuk menggesa anda menggunakan barangan cetak rompak.

Sewaktu anda ingin melakukan proses pemasangan Windows 8 anda akan diminta untuk memasukkan key license. Masukkan kunci ini. Kunci ini bukanlah untuk pengaktifan,hanya digunakan untuk pemasangan.

XKY4K-2NRWR-8F6P2-448RF-CRYQH.

Selamat mencuba.

Peringatan:-
Penulis akan mengemaskini kembali penulisan ini tiga hari dari sekarang untuk memasukkan direct link. Mungkin hari Selasa dan Rabu. Datang kembali ke sini pada hari yang dimaklumkan.

Sekian,Assalamualaikum.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline