Lama sudah tak kembali dengan artikel tutorial. Jika anda masih ingat, saya pernah membuat laman proksi berasaskan Google App Engine di sini, yang telah dimaklumkan melalui entri ini. Anda pasti tertanya-tanya, bagaimanakah cara membuatnya?
Baiklah, pada hari ini saya ingin kongsikan caranya dengan anda semua. Ianya mudah saja, tak perlu kepada pengetahuan teknikal yang tinggi! Cukup sekadar mahir Notepad!
Cara Membuat Laman Proksi (kredit kepada labnol.org)
1. Pertama sekali, sila ke laman appengine dan log masuk menggunakan akaun Google anda.
2. Klik pada butang ‘Create Application’. Jika anda baru pertama kali melakukannya, anda akan menerima kod verifikasi dari Google melalui telefon bimbit anda. Apabila sudah menerimanya, taipkan kod tersebut.
3. Pilih nama subdomain yang anda sukai. Contohnya, seperti yang telah saya gunakan: ‘misterhac’
Jangan lupa berikan nama kepada aplikasi anda.
4. Sekarang tibalah masa untuk anda memuat naik laman proksi. Pergi ke python.org dan muat turun fail pemasang (python-3.3.0.msi) dan pasangkannya.
5. Kemudian, pergi pula ke Google_App_Engine, muat turun fail pemasang Google App Engine SDK for Python dan pasangkannya.
6. Muat turun fail .zip ini dan ekstrakkannya dalam satu folder. Anda boleh sunting fail html yang terdapat di dalamnya mengikut kemahuan anda.
7. Klik pada Google App Engine Launcher lalu tetapkan nilai yang betul pada Edit – > Preferences…
Kenapa pakai Windows XP balik? Ni semua ICT department punya kerja! Jangan tanya! Hati sakit ni!
8. Klik pada File – > Add Existing Application dan halakan ia kepada direktori/folder yang telah anda cipta pada langkah yang ke 6 tadi. Klik butang ‘Edit‘ dan gantikan YOUR_APP_ID dengan nama subdomain yang telah anda pilih pada langkah yang ke 3.
9. Klik Deploy. Kini laman proksi anda telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan!
Contoh laman yang telah siap dilancarkan:
Fakta:
1. Laman proksi ini boleh digunakan pada laman yang memerlukan flash seperti Youtube, Dailymotion, dan sebagainya.
2. Laman ini ada kuota/had penggunaan bandwidth.
3. Kalau hendak tentukan nama subdomain, lebih baik jangan letak perkataan ‘proxy’ kerana kebanyakan perisian sekatan seperti Websense dan Barracuda mempunyai ‘filter’ dan sudah tentu perkataan ‘proxy’ termasuk dalam senarai.
4. Laman ini tidak berkesan pada laman yang memerlukan log masuk seperti Gmail, Yahoomail, dan lain-lain.
Kalau Android tanpa root boleh diibaratkan ayam sabung tanpa taji, orang gaji tanpa gaji, kerani yang tak naik pangkat lagi. Tetapi kalau Android dengan root pula boleh diumpamakan tuan tanah yang tak dibantah, pegawai yang tak disanggah, juara yang tak pernah kalah.
Kerana itu saya ingin kongsikan di sini beberapa aplikasi root yang saya rasakan berguna untuk anda dan diri saya sendiri. Bagi yang masih samar-samar, mata berpinar, hati gusar mengenai root ini, anda boleh buka mata dan mata hati, baca artikel yang telah saya nukilkan di sini – Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android.
Dalam entri ini, saya akan bahagikan kepada 3 jenis aplikasi iaitu Utilities (kemudahan), Aid Kit (alat bantuan) dan Gaming (permainan).
Seringkali terganggu dengan iklan-iklan? Tak kiralah sama ada iklan pada aplikasi biasa mahupun permainan, ia sememangnya mengganggu konsentrasi. Iklan memang membantu pembangun aplikasi, tetapi iklan yang melampau boleh buat pengguna naik darah, lekas marah. AdAway adalah ‘ubatnya’.
Satu lagi rakan baiknya ialah AdFree Android, juga bertindak dengan cara yang sama, mengubahsuai fail host untuk menjadi mesra aplikasi tanpa iklan. Memang terdapat Ad Blocker tanpa perlu kepada root, tetapi fungsinya tidak menyeluruh, serta terdapat beberapa isu seperti sekatan yang terlalu agresif lagi menyusahkan. Tak perlu ragu-ragu, AdAway ubat untuk kamu.
Buat mereka yang masih baru, Titanium Backup mungkin sedikit ‘menakutkan’ kerana paparan antaramuka penggunanya memang tidak nampak seperti mesra pengguna baru. Tetapi jika anda beri peluang kepada diri anda untuk mencubanya, lama kelamaan anda pasti akan terbiasa dan tidak gerun lagi. Titanium Backup aplikasi sempurna untuk kegunaan membuat sandaran sebelum melakukan sesuatu terutama jika anda seorang ‘flashaholic’.
Saudara kepada Titanium Backup ialah My Backup Root, sesuai pula untuk seorang pemula. Ini adalah kerana paparan antaramuka dan kepenggunaannya agak mudah, ‘straight to the point’.
Saya bukan promosi, tetapi khas untuk mereka yang gemarkan ‘warez’, Google Play versi ‘cracked’ ini sesuai sekali untuk dipasang pada telefon yang sudah root. Cracked Google Play ini akan menggantikan (replace) Google Play yang asal, jadi sila buat sandaran (backup) terlebih dahulu.
Anda benci dengan sistem operasi yang ‘bloated’? Ini adalah antara sebab yang paling kukuh kenapa anda mahukan root access. Dengan Root Uninstaller versi percuma ini ataupun Root Uninstaller Pro versi berbayar, anda dapat memadam (uninstall) apa jua aplikasi yang anda rasa tidak anda perlukan. Cuba lakukan perkara ini pada telefon yang belum root, boleh ke?
Seringkali rasa tertekan dengan sistem auto brightness yang tidak membantu untuk mengurangkan kadar penggunaan kuasa bateri? Lux Auto Brightness adalah jawapannya. Boleh digunakan pada telefon tanpa root, tetapi dengan root access anda dapat mengintegrasikan Lux Auto Brightness menjadi sebahagian dari sistem android. Siapa tidak mahu telefon yang dikuasai diri sendiri?
Terdapat pelbagai jenis File Explorer di luar sana dengan kebanyakan darinya mempunyai fungsi untuk pengguna root. Antara Root Explorer, ES File Explorer, ASTRO File Manager dan sebagainya. Tetapi terdapat satu root explorer yang menjadi kegemaran saya sejak ia versi beta lagi, iaitu Solid Explorer. Berfungsi dengan dua panel, menguruskan fail menjadi kerja super duper mudah. Hanya perlu salin sebelah-menyebelah tanpa perlu keluar dari direktori semasa.
Apa yang mampu dilakukan oleh custom dan custom kernel selain root access? Overclocking!! Yeah.. kalau kernel yang sedang anda gunakan menyokong fungsi ini, tidak salah kiranya mencuba, setelah puas anda ‘godek’ fungsi root, apalah kiranya anda godek pula fungsi overclocking. Saya ingin sarankan, kaji dahulu mengenai kegunaan ini, kerana tersilap langkah boleh membawa padah, kalau langkah kaki kanan telefon jadi lebih lancar tak terkalah. Antara CPU Controller kegemaran saya ialah SetCPU dan System Tuner Pro.
Anda mahukan binari busybox yang terbaru? Mahukan pemasangan busybox yang lebih menyeluruh pada sistem? Busybox Pro dapat memberikan apa yang anda mahukan itu. Tak perlu saya terangkan apa itu busybox, kalau hendak tahu lebih lanjut, kajilah sendiri! Heheh! Saya quote sedikit:
“BusyBox is a software application that provides many standard Unix tools, much like the larger (but more capable) GNU Core Utilities”
Link2SD adalah aplikasi yang bersifat menyeluruh dan mempunyai lebih fungsi jika hendak dibandingkan dengan perisian-perisian App2SD yang lain. Dengan root access, beberapa fungsi ekstra mampu mengubah cara anda mengendalikan sistem Android. Apa yang menarik, ia mampu mengubah lokasi fail aplikasi kepada SD Card meskipun aplikasi tersebut tidak menyokong fungsi itu.
Sistem Android yang sudah root tidak lengkap tanpa ‘orang gaji’. Seperti yang saya katakan tadi, Adroid dengan root ibarat tuan tanah, tuan rumah, tuan amah, jadi sudah tentu dan pastilah ada ‘orang gajinya’. SD Maid melengkapi keperluan ini dengan membantu anda membersihkan sistem dari segala jenis ‘kotoran’ dan ‘peninggalan’ yang tidak diperlukan oleh sistem.
Aplikasi yang menggunakan GPS seperti Papago memerlukan pengesanan GPS yang pantas. FasterGPS membantu dalam situasi ini dengan menetapkan pelayan terhampir dengan lokasi pengguna. Penguncian satelit lebih pantas selepas penggunaan aplikasi ini. Kalau sudah root, ini aplikasi wajib ada untuk anda.
Sambungan internet yang pantas adalah keperluan pada zaman ini, bukan lagi satu ‘bahan sampingan’ pelengkap rasa. Internet Booster ini mampu membantu melancarkan sambungan internet anda, asal saja root access diberikan kepadanya.
Anda lebih sukakan DNS Google? Mungkin sekali DNS lain seperti OpenDNS, atau Custom DNS yang boleh anda tetapkan sendiri? Set DNS memberi anda kebolehan itu. Gabungan Internet Booster dan Set DNS melancarkan lagi sambungan internet anda, dari baik kepada lebih baik.
Ini juga adalah satu kelengkapan untuk semua penggemar ‘warez’. Lucky Patcher dapat digunakan untuk menjadikan sesuatu perisian/aplikasi itu kepada versi penuh, dengan syarat anda ikut saja kaedahnya menggunakannya dari laman-laman/blog-blog yang berkaitan.
Ketiga-tiga aplikasi di atas adalah merupakan ‘cheat engine’ yang berfungsi mengubah nilai-nilai dalam permainan kegemaran anda seperti nilai wang, emas, kristal dan lain-lain lagi. Dengan cheat engines, anda menjadi ‘tuan’ dan raja dalam permainan, serta tidak lagi kalah dengan mudah.
Telefon anda ‘lemau’? Perkasakan Perhebatkan telefon anda dengan GameBooster 2. Lebih ‘smooth’, lancar dan selesa ketika bermain apa juga permainan. Tak perlu ragu, cuba dulu baru tahu.
5. Titanium Backup
Eh? Kenapa ‘dia’ ni ada lagi di sini? Ya, jika anda mahu tahu, Titanium Backup digunakan dalam pelbagai permainan untuk menjadikannya ‘versi penuh’. Tak perlu cakap banyak, cari saja di APKMANIA. Bermacam jenis permainan yang memerlukan anda untuk menggunakan Titanium Backup. Tidak rugi bukan kalau telefon sudah root?
Root atau tidak? Saya mesti pilih root! Kalau takut? Takut kehilangan waranti? Takut telefon brick? Kalau takut jangan pakai telefon Android.. pakai telefon Nokia (jawapan malas).. Heheh..
Salam sebelum ni saya ada share ebook Adobe CS6. Kali nie saya nak share dia punya Installer. Jangan bimbang tentang activation sebab saya dah sertakan sekali dengan patch. Di bawah nie adalah apa yang anda akan dapat bila selesai download dan spesifikasi minima untuk menjalankan Adobe CS6 ini.
Tapi sebelum anda nak download Direct Link yang disediakan. Anda perlu ikut langkah-langkah tersebut.
Note: Very Important Instructions:-
1. Go this page >>here << like you want to try Photoshop CS6, and then select the “Download Now” button at the bottom.
2. If you already have an Adobe ID, then please sign in with it (checking “Remember me“), otherwise take a minute to create one for yourself. 3. Download via Direct Link below. 4. Done
Intel® Pentium® 4 or AMD Athlon® 64 processor with 64-bit support; Intel Core®2 Duo or AMD Phenom® II processor required for Adobe® Premiere® Pro, After Effects®, and Encore®; Intel Core i7 processor required for Adobe SpeedGrade™
Microsoft® Windows® 7 with Service Pack 1 (64 bit) and Windows® 8. Refer to the CS6 FAQ for more information about Windows 8 support.*
2GB of RAM (4GB recommended) for 32 bit; 4GB of RAM (8GB recommended) for 64 bit
14.5GB of available hard-disk space for installation; additional free space required during installation (cannot install on removable flash storage devices)
Additional disk space required for disk cache, preview files, and other working files (10GB recommended)
1280×900 display with 16-bit color and 512MB of VRAM; 1680×1050 display required, and second professionally calibrated viewing display recommended for SpeedGrade
OpenGL 2.0–capable system
Sound card compatible with ASIO protocol or Microsoft WDM/MME
DVD-ROM drive compatible with dual-layer DVDs (DVD+-R burner for burning DVDs; Blu-ray burner for creating Blu-ray Disc media)
Java™ Runtime Environment 1.6 (included)
Eclipse™ 3.7 (for plug-in installation of Adobe Flash® Builder®); the following distributions are supported: Eclipse IDE for Java EE and Java Developers, Eclipse Classic, Eclipse for PHP Developers
QuickTime 7.6.6 software required for QuickTime features, multimedia, and HTML5 media playback
Dedicated GPU card required for SpeedGrade (for optimal performance in SpeedGrade and for GPU-accelerated features in Adobe Premiere Pro and After Effects: NVIDIA Quadro 4000, 5000, or 6000 or other Adobe-certified GPU card with at least 1GB of VRAM recommended); visit http://www.adobe.com/products/premiere/extend.html for supported cards
Optional: Tangent CP200 family or Tangent Wave control surface for SpeedGrade
Optional: For SDI output, NVIDIA Quadro SDI Output card required for SpeedGrade
Optional: 7200 RPM hard drive (multiple fast disk drives, preferably RAID 0 configured, recommended) for video products
This software will not operate without activation. Broadband Internet connection and registration are required for software activation, validation of subscriptions, and access to online services.† Phone activation is not available.
Tackle any creative challenge with Adobe® Creative Suite® 6 Master Collection
software. Explore groundbreaking ways to design for tablets and
smartphones, speed up image editing, enhance high-end motion, and
deliver stunning experiences. Express your vision without bounds thanks
to the ultimate design environment.
How to install :-
After download both files.
Extract zip files.
Put exe files to folder MasterCollection_CS6_LS16.
Then Install.
Run Patch File
Selamat mendownload…
P/S Jika ada yang ingin mendownload salah satu produk dari Master Collection ini boleh request di ruangan komen di bawah. Saya faham file dia terlalu besar untuk download bagi pengguna internet yang slow. Dan hanya ingin menggunakan beberapa produk sahaja. Jadi saya akan sediakan direct link untuk produk yang anda request. Hanya Produk Adobe CS6 sahaja tau.
Contohnya “Saya nak Adobe Photoshop sahaja”.
Sekian terima kasih.
If using chrome browser and have a problem to get link please see HERE or Change Browser to Internet Explorer or Firefox
Haha sry la kawan2…maklumla aku baru start praktikal so masa dah kene bahagi 2…
Disebabkan aku dah lama tak buat post. So aku nak share satu benda best yang memang tak dapat di pasaran.
Sebab apa?
Sebab dia FREE…so memang la tak ada jual di pasaran…
Apa yang aku nak share kali nie ialah semua buku-buku tutorial dari Adobe CS6. So lepas nie yang mana yang rasa dirinya newbie or anything lepas baca je ebook2 nie mesti jadi master terus.. Insyallah…
Tapi yang penting aku nak ingatkan untuk jadi master anda semua kena >> BACA > PRAKTIKKAN > EXPLORE > AJAR ORANG LAIN > MASTER!
So nie ialah isi kandungan dia:-
Learn how to use Adobe Photoshop CS6 Technical guides include:
1. Overview of Adobe Photoshop CS6 workspace
2. How to create a new document
3. How to resize, rotate, and crop images
4. How to use layers in Photoshop
5. How to use selection tools
6. How to retouch photos
7. How to generate different file formats
8. How to correct color
9. How to combine images in Photoshop
10. How to use painting tools
11. How to use drawing tools
12. How to understand color management
13. How to add text to images
14. How to use filters
15. How to create layer comps
16. How to add a watermark to images
17. How to warp images
18. How to use gradient maps
19. How to use advanced color techniques
20. How to blend, feather, and smooth
21. How to use the Vanishing Point filter
Learn how to use Adobe Illustrator CS6 Technical guides include:
1. Overview of Adobe Illustrator CS6 workspace
2. How to create vector artwork
3. How to draw in Illustrator
4. How to draw in perspective with Illustrator
5. How to use symbols and patterns
Learn how to use Adobe InDesign CS6 Technical guides include:
1. Overview of Adobe InDesign CS6 workspace
2. How to set up a document
3. How to use the ruler, grid, guides, and the Align panel
4. How to use text
5. How to prepare files for print
6. How to combine graphics frames and text frames
7. How to work with graphics frames
8. How to place images on a page
9. How to work with text frames
10. How to apply effects to text
11. How to import files
12. How to create interactive documents
13. How to use placeholder text
14. How to use character and paragraph styles
15. How to work with layers
16. How to wrap text around objects
17. How to add page numbers
18. How to create captions
19. How to import text from Microsoft Word
20. How to manage text flow between frames
21. How to reuse objects
22. How to transform objects
23. How to use document templates
24. How to use adaptive layouts
25. How to export for multiple screens
26. How to fill text with an image
27. How to use master pages
28. How to use object styles
29. How to use books
Learn how to use Adobe Fireworks CS6 Technical guides include:
1. Overview of Adobe Fireworks CS6 workspace
2. How to create a wireframe
3. How to create a design comp
4. How to prepare photographs
5. How to optimize images
6. How to create a prototype
7. How to create interactive navigation
Learn how to use Adobe Dreamweaver CS6 Technical guides include:
1. Overview of the Adobe Dreamweaver CS6 workspace
2. How to set up a local root folder and site structure
3. How to set document properties
4. How to use the Assets panel
5. How to manage files and links by using the FIles panel
6. The Dreamweaver Insert panel
7. How to deploy for multiple screens
8. How to create and edit a CSS rule
9. How to use CSS starter layouts
10. How to lay out a web page with CSS
11. How to use templates
12. How to work with external Cascading Style Sheets
13. How to troubleshoot Cascading Style Sheets
14. How to make websites accessible
15. How to use the Adobe Dreamweaver Widget Browser
16. How to check files in and out
17. How to create interactive navigation
18. How to add images
19. How to add rich media to a web page
20. How to add text
21. How to use CSS text styles
22. How to create lists
23. How to create links
24. How to create data tables
25. How to create forms
26. How to create image maps
27. How to preview and test a web project
28. How to check links
29. How to publish web files
Learn how to use Adobe Flash Professional CS6 Technical guides include:
1. Overview of the Adobe Flash Professional CS6 workspace
2. Understanding Flask graphic files types
3. How to organize content
4. Symbols, instances, and the library
5. How to use guides and rulers
6. How to maintain consistency
7. How to make Flash content accessible
8. How to draw and create shapes
9. How to apply colors and gradients
10. How to create masks
11. How to create a button symbol
12. How to use transparent or invisible buttons
13. How to work with text
14. Understanding frames and keyframes
15. How to create animation
16. How to use a motion guide with a motion tween animation
17. How to ease tweens
18. How to create character animations
19. How to use sprite sheets
20. How to use filmmaking techniques
21. How to create transitions with motion tweens
22. How to create visual effects
23. How to import images
24. How to produce Flash video for use on the web
25. How to import sound
26. How to optimize Flash content
27. How to get started with ActionScript
28. ActionScript for basic gaming
29. How to test a Flash project
30. How to publish a Flash document
31. How to set up a mobile application
32. How to resize content for multiple screens
33. How to create an RSS feed
34. How to create a Google map
35. How to publish a mobile application
Learn how to use Adobe Premiere Pro CS6 Technical guides include:
1. Overview of the Adobe Premiere Pro CS6 workspace
2. How to import files
3. How to manage media in the Project panel
4. How to create a storyboard in the Project panel
5. How to trim clips in the Timeline panel
6. How to work with clips in the Timeline panel
7. How to create standard image, movie, and audio files
8. How to capture video
9. How to use editing tools in the Source Monitor
10. How to apply and adjust video transitions
11. How to adjust audio and apply crossfades
12. How to record a narration in the Audio Mixer
13. How to create TV news-style J- and L- cuts
14. How to edit in the Program Monitor
15. How to use Adobe Media Encoder CS6
16. How to use the Trim Monitor
17. Understanding the Titler
18. How to build text and objects in the Titler
19. How to work with alpha channel transparencies
20. How to use the Motion effect
21. How to add text effects
22. How to apply and adjust video effects
23. How to work with audio
24. How to change clip speed and direction
25. How to apply and adjust video keying effects
26. How to work with temporal and spatial keyframe interpolation
27. How to make text roll and crawl
28. How to use nested sequences
29. How to work with other motion effects and features
Learn how to use Adobe After Effects CS6 Technical guides include:
1. Overview of Adobe After Effects CS6 workspace
2. How to animate text and create video effects
3. How to rotoscope in Adobe After Effects
Learn how to use Adobe Audition CS6 Technical guides include:
1. Overview of Adobe Audition CS6 workspace
2. How to record narration
3. How to edit audio tracks
4. How to compose multiple track recordings
5. How to work with audio
6. How to apply Adobe Audition sound effects
7. How to use loops, music beds, and sound effects
Learn how to use Adobe Encore CS6 Technical guides include:
1. Overview of Adobe Encore CS6 workspace
2. How to author a single-menu DVD in Adobe Encore
3. How to use advanced authoring techniques in Encore
4. Creating a web DVD in Encore
Ok selesai.. Harus diingatkan buku-buku ini hanyalah basic sahaja. Tetapi jika kita ada kemahuan dan kreativiti maka dari basic become to pro. Pro nak jadi Master? Bila dah profesional kena sentiasa mengajar orang lain dah share ilmu yang ada. Maka jadilah MASTER.
Harta yang diberi akan habis tetapi ilmu yang diberi akan bertambah.
Selamat Mendownload.
If using chrome browser and have a problem to get link please see HERE or Change Browser to Internet Explorer or Firefox
Assalamualaikum
Pada kali ini, the bAdh ada satu perisian yang ingin dikongsikan kepada anda semua. Mungkin ramai yang dah tahu atau memilikinya iaitu perisian Mini Lyric. Jadi macam mana dan apakah kegunaan perisiaan ini. Anda ingin menyanyi, tetapi tidak tahu/ingat lirik. Dengan perisian ini akan membantu anda “mengingat” semula lirik, ala-ala karoake
Mungkin ada sesetengah kita akan mengambil perhatian yang kepada lagu yang didendangkan, tapi ianya tidak mencukupi bagi seseorang untuk menyanyikan sesuatu lagu, atau sekadar ingin mengetahui “kata-kata” yang terdapat pada rima lagu tersebut dengan tepat pada waktu lagu itu dinyanyikan. Dengan mini lirik ianya akan mempermudahkannya.
Anda rasa cara manual lagi bagus?, tentunya tidak. Bayangkan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencari satu lirk lagu, mungkin ianya leceh seperti menaip pada browser, mencari setiap satu laman sesawang sekiranya tidak jumpa dan sudah tentu proses menyimpan sungguh merumitkan, membukanya secara manual. Dengan mini lyric ini akan memaparkan lagu yang sedang dimainkan dengan fungsi masa ala-ala karoke. hanya “pasang dan main”. Ianya akan memuatkan lirik secara automatik dan akan memaparkanya setelah proses muat turun berjaya.
Mini lyric ini menyokong pemain-pemain media popular seperti Winamp, Media Player dan Real Player. Dengan fungsi skin anda boleh mengubah skin kepada apa yang anda suka mengikut mood. Walaupun tidak semuanya lirik terdapat di laman sesawang, anda boleh mencipta/menulis lirik tersebut dan boleh disetkan masanya dan kita boleh kongsikan sesama kita. Tak cukup bagus lagi?
Sudahkah anda selesai memasang Arch Linux pada PC anda? Apakah persekitaran desktop pilihan anda? Saya sudah pun selesai pasang dan telah memilih persekitaran desktop Mate, seperti yang dapat anda lihat pada gambar-gambar di bawah:
Perkara Perlu Dilakukan Selepas Selesai Pemasangan Arch Linux
Buntu? Jangan bimbang. Saya juga begitu pada waktu mula-mula selepas selesainya pemasangan. Berpandukan kepada apa yang saya lakukan pada Ubuntu dahulu, saya mulakan ‘perjalanan’ saya dalam menyiapkan dan mengkonfigurasi Arch Linux yang separa siap ini. Begitu pun, ‘perjalanan’ tersebut memang ternyata tidak mudah dan berliku. Sabar aje lah..
Seperti yang dinyatakan di Arch Wiki, memainkan kandungan multimedia memerlukan dua komponen iaitu pemain media yang baik dan juga codec yang sepatutnya. Jika anda sama seperti saya, iaitu mahu menggunakan Rhythmbox sebagai pemain muzik, maka anda perlukan codec ekstra. Saya memilih Gstreamer untuk melengkapkannya:
sudo pacman -S gstreamer0.10-plugins
2. Pelayar Web
Ini memang wajib. Kalau tiada ‘ini’ tak ‘jalan’ kerja kita.
sudo pacman -S chromium
atau
sudo pacman -S firefox
Pelayar web lain? Anda boleh cari lagi di sini. Tak suka Chromium? Boleh pasang Chrome ikut panduan di sini. Nak guna packer pun boleh, lebih senang (tapi tak faham la jalan kerjanya):
sudo packer -S google-chrome
sudo packer -S openssl098 <— optional dependency
3. Pemain Media (Video/Audio)
Apa guna ada codec yang lengkap tanpa pemain video dan audio. Berikut adalah pilihan saya:
sudo pacman -S vlc
sudo pacman -S rhythmbox
sudo pacman -S audacious
sudo packer -S umplayer <— Pemain video kegemaran saya
Saya lebih gemarkan Terminal Guake untuk menjalankan kerja-kerja seharian. Tampak lebih ‘geeky’ dan style (heheh..).. Tampilannya boleh dilihat pada gambar 1 di atas.
sudo pacman -S guake
5. Hidupkan Bunyi Pada Speaker
Kalau speaker anda tidak berbunyi, cuba cara ini:
sudo pacman -S alsa-utils alsa-oss alsa-plugins
Kemudian taipkan ‘alsamixer’ pada Terminal dan pastikan tiada satu channel pun yang mute seperti gambar ini:
Kalau ada yang bersimbol ‘MM’, anda halakan cursor pada channel tersebut dan tekan kekunci ‘M’, untuk unmute, seterusnya tinggikan volume mengikut kehendak anda.
6. Hidupkan Network Manager
Masalah inilah yang saya hadapi pada komputer di pejabat. Tiada masalah untuk sesetengah peranti seperti Netbook HP Mini saya di rumah ini untuk terus menghidupkan DHCP sewaktu boot. Tetapi untuk sesetengah lagi peranti, anda perlu hidupkan Network Manager sewaktu boot untuk memastikan sambungan internet berjalan secara automatik.
Kalau anda belum pasangkan Network Manager seperti dalam entri ini, sila pasang ia terlebih dahulu:
sudo gpasswd -a drfreddy network <— Sila gantikan ‘drfreddy’ dengan nama pengguna anda
Hidupkan Network Manager sewaktu boot:
sudo systemctl enable NetworkManager.service
Mulakan Network Manager:
sudo systemctl start NetworkManager.service
7. Pasang Perisian Pemuat Turun Torrent
Saya memang gemarkan Transmission dan Deluge sejak menggunakan Ubuntu lagi. Jadi bila beralih kepada Arch, kedua-duanya saya pasang:
sudo pacman -S deluge
sudo pacman -S transmission-gtk
atau ‘transmission-cli’ atau ‘transmission-qt’. Boleh rujuk sini untuk melihat perbezaannya.
8. Tambahkan Shutdown Pada Mate Desktop
Kalau anda menggunakan Mate Desktop, anda PASTI tahu tiada menu untuk Shutdown, meskipun anda telah menekan butang Shutdown pada System —> Shut Down…
Ini adalah kerana Mate masih lagi bergantung kepada consolekit, sedangkan consolekit boleh dikatakan ‘deprecated’ dan telah digugurkan dari Arch Linux. Tetapi tak mengapa, masalah menu Shutdown ini bakal diselesaikan dalam Mate Desktop rilisan versi 1.6.
Sementara menunggu versi 1.6 dilepaskan, anda boleh mencuba jalan penyelesaian ini:
sudo packer -S consolekit-git
sudo systemctl enable console-kit-daemon.service
sudo pacman -S systemd-sysvcompat (reinstall)
sudo reboot
Tadaaa..siap sudah..
(Paparan Mate pada Netbook HP Mini saya, belum habis customize lagi ni..)
‘Bab lain’ mengenai Shutdown boleh tengok di sini.
9. Pengurus Arkib
sudo pacman -S p7zip unrar zip unzip
sudo packer -S rar
10. Mount USB Drive Automatically
Saya tak pasti kenapa pada mulanya, tapi selepas pasang pengurus fail PCManFM, setiap USB Drive pasti akan mount secara automatik. Mungkin kerana ini?
Hahah, tak kisahlah, yang penting masalah selesai:
sudo pacman -S pcmanfm
11. Pasang Wine
Kalau anda merancang untuk menggunakan perisian Windows pada Arch Linux, sila pasangkannya dengan cara:
a) Hidupkan Multilib repository:
sudo nano /etc/pacman.conf
Uncomment (buangkan tanda #) pada:
[multilib]
SigLevel = PackageRequired
Include = /etc/pacman.d/mirrorlist
Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.
Seterusnya:
sudo pacman -Sy
sudo pacman -S wine
12. Pasang lxSplit
Jangan tanya kenapa, tapi saya lebih gemarkan lxSplit berbanding GUI seperti HJSplit:
sudo pacman -S lxsplit
13. Customize Terminal
Yang ini tak perlu sangat sebenarnya, tapi kalau mahukan Terminal anda kelihatan lebih ‘cun’, cuba cara ini:
sudo packer -S archey
sudo pacman -S python
sudo nano ~/.bashrc
Kemudian, tambahkan ‘archey’ (tanpa pembuka dan penutup kata) sebelum baris:
PS1=”…..
Contoh:
archey PS1=”…..
Dan hasilnya…..
Siappp!! Selamat mencuba! Arch Linux all the way!
Mr.Hac @ Dr. Freddy: Sekarang sedang cari cara untuk pasang OpenVPN dan PPTP VPN. Hmmm..
Assalamualaikum dan salam sejahtera keatas anda semua,
Sebenarnya, entri ini pada kali ini tidak merujuk kepada “Hack”, ianya lebih kepada modifikasi sistem sahaja. Bagi pengguna windows 8 terutama yang menggunakan Netbook kebiasaanya mempunyai sistem resolusi hanya setinggi 1024 X 600 , Dengan resolusi semaksima ini pengguna Netbook tidak dapat menikmati fungsi metro atau kata lain funsi minima bagi metro style adalah serendah 1024 X 700. Ianya amat menyedihkan, tetapi jangan risau pada kali ini th3bAdh ingin mengajar modifikasi atau “hack screen” supaya pengguna netbook dapat merasai pengalaman menggunakan Windows 8 Metro.
Cara Automatik:
th3bAdh ada menyimpan fail registry yang telah diubah, anda boleh dapatkan sini dan pasangkan. Selepas pemasangan berjaya, restart laptop anda dan ubah tetapan resolusi yang sesuai Screen Hack.reg
Secara Manual :
Sekiranya resolusi anda masih lagi gagal ataupun tiada perubahan, anda perlu lakukan secara manual. Klik find dan taip regedit
Tekan Ctrl+F dan masukkan
Display1_DownScalingSupported
klik “Find Now”, perhatikan terdapat fail yang di”highlight”kan. Buka fail tersebut ubah Value Data kepada 1. Restart laptop anda dan ubah tetapan resolusi anda. Macam mana, berkesan tak?
Rujukan Asal : liliputing.com
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan satu program ringkas tapi bermutu untuk anda gunakan bagi membekukan tempoh percubaan sesuatu perisian,permainan dan sebagainya. Penulis menggunakan istilah “beku”,anda boleh gunakan sebarang istilah seperti menyekat,menghentikan dan pelbagai lagi istilah yang seerti ataupun hampir sama.
Untuk penulisan kali ini penulis tidak mahu bercakap banyak dan meletihkan anda untuk membaca. Jadi,kita teruskan kepada tujuan kita iaitu tutorial tentang membekukan masa percubaan sesuatu program. Tapi,sebelum itu kita berkenalan dahulu tentang perisian ini.
RunAsDate dibina oleh NirSoft.com dan diuruskan oleh Nir Sofer. Nama NirSoft itu hadir daripada gabungan nama Nir iaitu tuan punya laman dan Soft daripada perkataan Software itu sendiri. Selebihnya anda dapat baca [disini]. RunAsDate merupakan perisian yang digunakan untuk membekukan masa percubaan suatu program. Dalam erti kata lain,jika anda menggunakan suatu program ‘shareware’ anda akan diberikan tempoh percubaan sebelum anda memutuskan untuk membeli program itu. Kebiasaannya 30 hari. Jadi jika anda membekukan tempoh percubaan program itu maka anda dapat gunakan walaupun tempoh percubaan telah pun tamat. Perlu juga anda ketahui bahawa tidak semua program menyokong cara ini. Tapi,ini adalah cara yang masih relevan untuk anda lakukan selain daripada mencari crack,patch,keygen mahupun serial key/license key. RunAsDate tidak menjadikan perisian anda versi penuh(full version) melainkan menyekat tempoh percubaan perisian anda. Sebagai contoh,anda memuat turun sesuatu program. Program tersebut sudah ditetapkan tempoh percubaan 30 hari dan hanya beberapa fungsi yang dapat digunakan. Jadi,anda hanya dapat menyekat tempoh percubaan dan tidak akan dapat menjalankan fungsi-fungsi lain yang disekat oleh pembina. Kaedah menggunakan program RunAsDate. 1. Muat turun program RunAsDate [disini]. 2. Buat satu ‘folder’ di dalam Local Disk C dan namakan dengan sebarang nama. Cth:-RunAsDate. Tujuannya untuk memudahkan anda mengurus dan mengatur sebarang perisian yang anda ingin bekukan. 3. Muat turun sebarang program. Untuk tutorial ini penulis memuat turun permainan Plants Vs. Zombies daripada laman PopCap.com [disini]. 4. Pasang (Install) seperti biasa. 5. Matikan sebarang servis yang terhubungkait dengan perisian/permainan dan jalankan program RunAsDate. 6. Ada pelbagai cara yang dapat digunakan. Anda boleh gunakan cara penulis gunakan.
Cari program yang anda mahu bekukan tempoh percubaannya. Fail mestilah berformat .exe.
Tetapkan tarikh dan masa. Seelok-eloknya beberapa minit,hari lebih awal daripada tarikh pemasangan.
Letakkan sebarang nama dan klik Create Desktop Shortcut. Pastikan anda buang ‘shortcut’ program yang lama terlebih dahulu.
Jalankan terus program atau jalankan melalui ‘shortcut’ yang telah anda buat.
7. Klik kanan ‘shortcut’ yang anda telah buat tadi. Pilih Properties dan klik Open File Location. Perhatikan ‘shortcut’ anda tadi redirect ke mana? Jika ke folder RunAsDate, bermakna anda berjaya membekukan program tadi. InsyaAllah.
Sekian,Assalamualaikum.
Windows 8 sudah di lancarkan pada baru-baru ini.Pasti ramai yang teruja untuk mencuba dan menggunakan Windows terbaru keluaran Microsoft ini.
Terdapat pelbagai ciri menarik yang hadir bersama Windows 8 ini. Salah satunya ialah Internet Explorer 10 , Windows Store, Skype dan sebagainya. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Windows 8 ini di laman rasmi Microsoft sendiri.
Baiklah, berikut merupakan buku Panduan Windows 8 yang sedia dimuat turun:
Sekarang hangat dan heboh tentang Sistem Operasi (OS) yang terbaru iaitu Windows 8 yang sedang dibincangkan dan dikomesialkan secara besar-besaran melalui media arus perdana, internet dan juga akhbar. Kedai kedai komputer pula menawarkan promosi pemasangan sistem operasi dengan harga yang rendah. Tahukah anda anda juga boleh memasang Sistem operasi yang terbaru tanpa sebarang caj .(untuk pemasangan begini no siri tidak disediakan, sendiri buat, sendiri tanggung.he3)
Memasang Operating Sistem (OS) tika abad ini adalah tidak sesukar seperti dahulunya. Masih segar lagi di ingatan hamba, memasang OS Windows Me,98 ketika tahun 90an dulu-dulu,memerlukan penguasaan baris perintah (command prompt) hanya untuk mem’format’ cakera. Mungkin kerana pertambahan pengguna dan pakar-pakar dari pembangun OS pada abad ini memudahkan kerja dan pengguna. Tetapi semudah mana pun, langkah yang beribu itu bermula dari langkah yang pertama. Jadi ayuh kita mulakan!
Untuk pemasangan melalui pendrive, anda memerlukan perkara seperti dibawah :
Pendrive : Sekurang-kurangnya 8GB keatas, anda boleh gunakan external, tetapi pastikan anda membuat backup terlebih dahulu
Perisian untuk bootable usb, contoh yang akan kita gunakan disini adalah Yumi
Setelesah selesai mendapatkan barang-barang diatas, kita boleh mulakan kerja. Muat turun Yumi dan pasangkan nya .Sebelum memulakan kerja, pastikan Pendrive atau Extenal Hard Disk anda berformat “NTFS”
Pilih partition USB anda, sekiranya anda menggunakan external hard disk sebagai bootable USB anda, klik “Show All Drive? USE CAUTION”, sila berhati-hati semasa memilih partition anda, ianya akan membuang fail-fail sekiranya anda silap. Untuk keselamatan, pastikan anda membuat ‘backup’ terlebih dahulu
Cara “Windows Vista/7/8 Installer pada kotak senarai dan tetapkan fail ISO Windows 8
Tunggu sehingga siap, dan restart balik komputer/laptop anda. Tetapan pada BIOS hendakah pada USB,
Perlu diingatkan, tidak semua BIOS menyerupai gambar diatas, ianya berbeza mengikut jenama dan versi. Jadi pastikan anda mengkaji telebih dahulu tetapan pada BIOS anda supaya langkah seterusnya dilakukan.
Pilih Windows Vista/7/8 Installer dan tekan ‘Enter’. Tunggu sehingga ianya keluar gambar seperti dibawah Pilih tetapan yang sesuai dan pilih partition yang betul iaitu partition yang anda ingin pasang Windows 8. Jangan sesekali anda memasang Windows anda pada partition simpanan barang anda, saya tak akan bertanggungjawab kalau anda kehilangan fail – fail anda
Semasa proses install sedang berlangsung, komputer/laptop anda mungkin akan di restart atau skrin gelap seketika, ianya adalah normal. Sekiranya gambar seperti dibawah telah keluar, anda telah berjaya memasang Windows 8. Tak sukar mana kan.
Oh ya, pada kebiasaan nya, windows 8 telah mempunyai Driver sedia ada, sekiranya Driver anda tidak dipasang lagi, anda boleh merujuk laman sesawang pengeluar laptop anda. Anda juga boleh memasang Sistem Operasi Ubuntu dengan cara yang sama. Sekiranya anda mempunyai masalah, boleh ajukan pertanyaan pada ruang komen dibawah.