Utama Blog Laman 237

Pro Evolution Soccer 6 (PC)

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


[UPDATE: PANDUAN MUAT TURUN DIRECT LINK]

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Bertemu lagi kita dalam slot permainan video lama setelah sekian lama dihentikan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Hari ini merupakan hari yang bersejarah apabila slot permainan video lama kembali lagi hasil daripada sebulat suara pengguna OMG! Hackers yang mahukannya diteruskan. 91% pengguna OMG! Hackers? bersetuju agar diteruskan slot permainan video lama berbanding 9% yang menolak untuk diteruskan. Kesemua daripada anda yang mengundi mempunyai sebab masing-masing untuk katakan Ya! atau Tidak! Tapi apabila keputusan akhir dikeluarkan,semua pihak perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.
2013-01-22 09_15_53-Poll Results_ ADAKAH ANDA MAHU PENULIS TERUSKAN SLOT _PERMAINAN VIDEO LAMA_
Selesai sudah pembuka bicara berkenaan hal ini. Kita teruskan kepada topik perbincangan kita yang asas iaitu mengenai permainan video lama yang masih seronok untuk dimainkan. Pro Evolution Soccer 6 merupakan permainan video yang dibina oleh Konami sekitar tahun 2006–2007. Permainan ini tidak memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi untuk menjalankannya. Ini kerana grafiknya tidak berapa  tajam seperti kebanyakan permainan video yang dihasilkan sekarang khususnya permainan video yang menyerupai Pro Evolution Soccer (PES) itu sendiri. Untuk lebih keseronokan sewaktu memainkan permainan ini anda memerlukan ‘joystick’. Permainan video Pro Evolution Soccer 6 yang akan dikongsikan penulis bersifat RIP. Jadi,suara pemberi ulasan atau komentar telah dibuang. Meskipun telah dibuang anda masih boleh mendapatkannya di Google melalui beberapa carian mudah. Beberapa gambar pada halaman utama juga dihilangkan. Gambar tersebut tidaklah berapa penting. Semua fungsi berjalan dengan sempurna. Semua pasukan dan pemain pada permainan video Pro Evolution Soccer 6 ini adalah pasukan dan pemain yang bermain sekitar tahun 2006–2007. Anda boleh mendapatkan pemindahan pemain dan pasukan yang baru melalui carian pada Google iaitu “Option File PES 6 2012–2013” atau anda boleh dapatkannya [disini]. Seperti apa yang penulis dapati,rasanya fungsi ‘online’ tidak tersedia. Anda hanya dapat bermain secara ‘offline’. Rasanya tiada apa yang akan diperkatakan lagi tentang Permainan video Pro Evolution Soccer 6 ini. Jika terdapat pertanyaan daripada anda sila berikan komentar di ruangan yang disediakan.
pro evolution soccer 6
Penulis memuat naik fail Pro Evolution Soccer 6 ini pada media penyimpanan awan Box.com. Walaupun Box.com mempunyai kelebihan tetapi masih terdapat kekurangan kerana Box.com merupakan ciptaan manusia. Kekurangannya terletak pada jalur lebar (bandwidth) atau pemindahan data (data transfers) yang disediakan oleh pihak Box.com ialah sebanyak 10GB sebulan. Sekiranya anda tidak dapat memuat turun,kemungkinan besar jalur lebar telah mencapai tahap yang dibenarkan. Jadi,anda boleh tunggu pada bulan hadapan untuk memuat turun. Harap maklum. Anda diberi pilihan untuk membantu penulis memuat naik fail pada FileSwap.com ataupun Box.com. Sekiranya pengguna meminta agar dimuat naik di FileSwap.com. Maka,pada penulisan yang akan datang,penulis akan memuat naik pada laman sesawang FileSwap.com.
ingame_16x10
_-Pro-Evolution-Soccer-6-PC-_


Klik [disini] untuk memuat turun Pro Evoluton Soccer 6 (torrent).
Klik [disini] untuk memuat turun Pro Evolution Soccer 6 (direct link) 

Bagi anda yang tidak dapat lagi memuat turun melalui ‘shared direct link’ diatas. Ikuti tutorial dibawah.

1. Kunjungi laman Box.com [disini].
2. Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan ini.  

E-Mel: b1799144@rmqkr.net 
Kata Laluan: omghackers.com 

3. Muat turun melalui pautan yang tersedia di situ.
4. Diharap agar anda tidak mengubah kata laluan. Gunakan secara berhemah. Kasihanilah sesama kita.
5. Setelah selesai log masuk,masuk ke bahagian Setting,Security dan bersihkan kehadiran anda disitu.

Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Memuat Turun Buku Dari Google Books

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis berbesar hati untuk kongsikan kepada anda panduan untuk memuat turun buku dari Google Books. Sebenarnya tidak perlu panduan pun tidak mengapa kerana anda akan menggunakan bantuan sebuah perisian yang diberi nama Google Books Downloader

Google Books merupakan hasil daripada Google. Untuk menggunakan perkhidmataan Google Books anda memerlukan sambungan internet. Bayangkan anda tiada masa untuk menggunakan internet sepanjang hari? Ini akan menjadikan proses membaca dan mengkaji sumber ilmiah menjadi terbantut. Tapi,bayangkan pula apabila anda dapat memanfaatkan sumber ilmiah daripada Google Books di merata tempat tanpa sebarang sambungan internet. Sudah tentu ini akan menjadi satu kelebihan bagi anda. Untuk memanfaatkan semua ini. Anda memerlukan perisian Google Books Downloader.
Google Books dibina bertujuan untuk memudahkan anda membuat pratonton kepada pengguna sebelum pengguna membeli buku yang diterbitkan oleh anda. Google Books menyediakan dua perkhidmatan untuk anda mendapatkan buku daripada halaman Google Books itu sendiri. Perkhidmatan pertama ialah ‘Preview‘ atau pratonton. Apabila anda menggunakan fungsi ini terdapat beberapa halaman yang telah dihilangkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan sesebuah buku dari Google Books dicetak rompak. Bagi anda yang ingin mendapatkan versi penuh bagi buku tersebut anda perlu membelinya. Perkhidmatan kedua pula ialah ‘Full View‘. ‘Full view’ adalah sebuah buku yang diterbitkan secara penuh tanpa menghilangkan sebarang kandungan. Jika,anda ingin mendapatkan bahan bacaan dari Google Books anda mesti memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan ini. Meskipun terdapat kekurangan pada perkhidmatan ‘preview’ kerana telah dibuang beberapa kandungan padanya. Tapi,masih terdapat kandungan yang masih bermanfaat yang mungkin berguna pada anda. Sila rujuk video dibawah untuk pengenalan selanjutnya.

Selesai sudah sedikit pengenalan tentang Google Books. Kita beralih pula kepada perisian yang akan digunakan untuk memuat turun buku dari Google Books. Perisian Google Books Downloader telah memasuki versi 2.3. Perisian ini dapat dijalankan pada sistem operasi Windows dan Mac OSX. Perisian ini memiliki saiz yang kecil. Jadi,tidak akan membebankan anda untuk menjalankannya. Perisian ini dapat memuat turun buku daripada halaman Google Books dan menyimpannya dalam format PDF,JPEG dan PNG pada sistem operasi Windows dan hanya format PNG yang dibenarkan pada sistem operasi Mac OSX. Perisian ini memiliki antaramuka yang mudah dan menyenangkan pengguna. Anda hanya perlu pilih dan tetapkan. Semudah ABC. Jadi,jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya perisian ini.

Selesai sudah pengenalan tentang Google Books dan perisian Google Books Downloader versi 2.3. Sekarang kita teruskan kepada kaedah menggunakan perisian Google Books Downloader.

Kaedah memuat turun buku dari Google Books.

1. Dapatkan dahulu perisian Google Books Downloader 2.3 [disini]

2. Muat turun,pasang dan jalankannya.

1. Ruang untuk anda letakkan pautan bagi buku yang anda ingin muat turun.
2. Butang untuk anda lakukan proses muat turun apabila selesai membuat  tetapan.
3. Tetapan pertama: Jenis format fail bagi buku yang akan dimuat turun oleh anda.
4. Tetapan kedua: Resolusi skrin anda atau resolusi bagi paparan fail anda. 
5. Tetapan ketiaga: Ruang dimana fail anda akan diletakkan.


Tonton video dibawah ini untuk memuat turun buku dari halaman Google Books:

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

MyTunnel.me : VPN Yang Lebih Dari Sekadar Berbaloi

2

Masuk tahun 2013, mari kita bermula semula dari awal. Kita kembali pada root, dan ‘root’ saya dalam bidang IT yang saya sangat minati ini ialah Anonymous Surfing. Dalam ‘chapter’ Anonymous Surfing, VPN adalah salah satu dari bahagiannya. Bagi sesetengah orang, ada yang menganggap VPN ini ‘susah’ atau ‘sukar’ untuk difahami. Bagi saya pula, VPN merupakan tajuk yang paling menarik sekali.

Adik Luqman kita dulu ada bikin artikel mengenai MyTunnel.me, namun disebabkan reviu beliau tidak menyentuh mengenai kelebihan sebenar servis MyTunnel.me, maka saya terpanggil untuk menulis mengenainya setelah beberapa hari melakukan ‘test drive’.

Untuk para pembaca yang baru mengenal blog ini umumnya, dan VPN khasnya, saya sarankan anda baca artikel ini : Pemecah Mitos : Benarkah VPN Dapat Melepasi Kuota Broadband/ISP?

Kalau noob pasal VPN tolong baca!

MyTunnel.me : Servis VPN Dari Yang Pakar

Seingat saya sepanjang beberapa tahun mengenali saudara Fikri, beliau adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada dunia Linux, manakala saya mungkin adalah individu yang memperkenalkan dan ‘meracun’ fikiran beliau untuk masuk ke dalam dunia VPN. Heheh..

Tampak seperti perkenalan kami membuahkan hasil, dan rentetan dari itu beliau menubuhkan servis OpenVPN yang dikenali dengan nama MyTunnel.me, manakala saya terus menyelam jauh ke dasar dunia Linux yang tidak bersempadan tanpa berpaling ke belakang lagi.

Kenapa saya katakan servis dari yang pakar itu penting? Kerana selain sokongan selepas langganan, orang yang menyediakan servis itu juga perlu tahu sedalamnya selok-belok rangkaian (networking), OpenVPN, serta tak lupa juga pengurusan perniagaan beliau.

Sesiapa saja dengan sedikit ilmu asas boleh membuat servis VPN sendiri, dan mendapatkan pendapatan lumayan dari iklan-iklan yang ditampal di seantero blog-blog, forum-forum. Tetapi tanpa kefahaman yang jitu, servis bakal menempah batu nisan domain bernama tanpa penghuni di alam maya.

Cross Platform

Ini salah satu ciri super-duper penting yang wajib ada pada mana-mana penyedia servis VPN. Kita perlu ingat, selain Windows, terdapat juga Mac, Linux dan Android yang mana penggunanya begitu ramai sekali, tak terbilang dek jari-jemari. Katakan di Malaysia ada 10,000 orang pengguna Android, hanya 1 peratus sahaja yang melanggan servis anda. Masih untung kan?

Eh.. melalut sudah..

Abaikan pengiraan karut itu, kita fikirkan pengguna-pengguna Linux dan Mac yang kepingin hendak menggunakan VPN untuk melepasi kuota broadband sekatan internet, anonymous di alam maya dan pelbagai lagi kelebihan VPN yang lain. Tanpa sokongan berbagai peranti ini, servis VPN boleh disifatkan sebagai ‘merepek’. Di sini MyTunnel.me menyinar..

OpenVPN

Setakat yang saya lihat, MyTunnel.me cuma menawarkan OpenVPN. Memang terdapat jenis-jenis protokol yang lain seperti PPTP, L2TP dan IPsec. Tetapi pada pandangan saya, cukuplah OpenVPN menjadi nadi penggerak servis ini.

Ini adalah kerana kalau dilihat dari sudut mana sekalipun seperti sekuriti, kebolehan untuk melepasi firewall yang ‘keras’ seperti Websense, Barracuda, Fortigate, OpenVPN adalah protokol terbaik antara kesemuanya.

Harga Berbaloi Untuk Wang

Untuk bayaran permulaan langganan, anda akan diminta sebanyak RM25, iaitu RM10 untuk yuran pengurusan (seumur hidup, sekali sahaja), dan RM15 untuk langganan servis selama 2 bulan. Jika anda hendak memperbaharui langganan, anda hanya perlu membayar RM15, bagi langganan 2 bulan seterusnya. Harga yang cukup murah, tanpa perlu mengorbankan kualiti servis yang ditawarkan.

2 Hari Percubaan

Sifat ingin tahu anda kuat? Maka anda diberikan tempoh percubaan (trial) selama 2 hari sebaik sahaja anda mendaftar dengan servis MyTunnel.me. Sepanjang 2 hari itu anda boleh gunakan sebanyak 2 pelayan percubaan yang disediakan iaitu satu untuk pelayaran biasa, dan satu lagi untuk pemainan (gaming).

Port Khusus

Ya, terdapat port khusus untuk aktiviti-aktiviti internet anda seharian. Port tersebut ialah port pelayaran web atau aktiviti biasa dan juga port untuk permainan. Terdapat juga port yang hanya boleh digunakan untuk aktiviti pelayaran, muat turun, penstriman, tetapi tidak boleh digunakan untuk aktiviti torrent. Ingin tahu kenapa? Langganlah dulu..

Kesimpulan

MyTunnel.me bukan servis VPN dari newbies, bukan servis ‘biasa-biasa’. Empayar mereka semakin kukuh, semakin teguh. Tak perlu gusar untuk menjadi pelanggan tetap setiap 2 bulan, pelaburan anda sedikit cuma, faedahnya besar sekali.

Kalau anda ingin menjadi ‘anonymous’ di internet, melepasi sekatan firewall (like a boss!), menonton laman penstriman khusus untuk geolokasi tertentu (seperti Hulu.com untuk penduduk US sahaja), melayari internet dengan lebih selamat tanpa perlu risaukan mengenai penggodam, maka VPN adalah solusi tepat. Dalam begitu banyak solusi VPN, MyTunnel.me adalah pilihan saya (saya bagitau sebab ada orang tanya.. haha..)

Buatlah akaun percubaan atau langganlah sekarang di MyTunnel.me | Cheap VPN That Don’t Suck

Mr. Hac @ Dr. Freddy : Sangat ‘cintakan’ bidang IT umumnya dan VPN khususnya. Anonymous Surfing ftw!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

MEGA! Apa Yang Baru?

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan menyediakan artikel ulasan mengenai laman yang baru dilepaskan semalam. Sebelum ini kedengaran mengenai ura-ura Kim DotCom akan meneruskan kesinambungan Megaupload dengan mewujudkan laman MEGA. Pada artikel yang lepas. Penulis ada menyediakan artikel berkenaan dengan laman MEGA ini. Artikel tersebut bertajuk Me.Ga: Laman Perkongsian Baru Kim DotCom. Pada pendapat penulis. Judul ataupun tajuk untuk penulisan itu tidak kena. Ini kerana,laman MEGA ini adalah bertujuan untuk dijadikan media penyimpanan awan atau lebih dikenali dengan nama Cloud Storage. Menurut sumber daripada beberapa laman seperti Amanz.my (Pelbagai Maklumat Berkaitan Perkhidmatan Mega Mula Diketahui – Pelancaran Esok) dan TorrentFreak.com (Mega Launces: Brilliantly Secure, But Not Anonymous) menyatakan bahawa setiap kandungan yang dimuat naik ke ‘server’ MEGA,semuanya dibawah tanggungan anda. Mereka berhak apa sahaja kandungan yang dimuat naik oleh anda. Sekiranya kandungan yang dimuat naik oleh anda bersifat haram. Maka,mereka boleh memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak yang bertanggungjawab. Jika kita lihat disini,perkhidmatan laman perkongsian fail sebelum ini pada laman Megaupload dikurangkan sedikit. Mungkin beliau tidak ingin mengambil risiko untuk meringkuk di dalam penjara lagi atau beliau sudah menyusun atur tentang laman MEGA yang baru dilepaskan semalam. Jadi,sama-sama kita nantikan.
Itu adalah sedikit pengenalan mengenai laman MEGA. Sekarang kita teruskan artikel kita berkenaan  ulasan laman media penyimpanan awan MEGA.
Mega memiliki antaramuka yang ringkas. Laman MEGA dapat diakses melalui https://mega.co.nz/ Seperti yang anda ketahui jatuh bangun laman MEGA ini sebelum dilepaskan kepada umum amatlah tinggi. Usah kita mengungkit hal yang lalu. Kita buka buku baru,perkuatkan minda kita untuk mendapatkan ilmu yang baru. 

Laman MEGA hadir dengan ‘encryption’ RSA-2048-bit. Ini membolehkan fail anda berada pada tahap keselamatan yang tinggi. MEGA dapat dijalankan dengan baik melalui pelayar Google Chrome. Untuk pengguna percuma,MEGA memberikan 50GB ruang penyimpanan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan ruangan tambahan,anda boleh mendapatkan bermula dengan harga serenda 9.99 sebulan.

Pada pendapat penulis setelah menggunakan perkhidmatan MEGA ini. Penulis dapati laman ini belum lagi dalam keadaan stabil. Memandangkan laman ini masih diperingkat beta,mungkin terdapat beberapa kesilapan yang perlu mereka perbaiki segera. Untuk huraikan dengan lebih panjang rasanya tak molek. Jadi,anda cubanya sendiri. Sebelum itu mari kita singkap beberapa gambaran tentang MEGA.

Buat masa ini,apabila anda mengakses laman ini. Agak terasa lambat sedikit. Mungkin beberapa jam mahupun hari akan mengubah segalanya.

Sementara menunggu laman ini betul-betul stabil. Penulis sarankan agar anda mencuba 15GB ruang penyimpanan awan hasil kerjasama Teambox.com + Box.com [disini]. Gunakan sementara stok masih ada.

Selamat mencuba,
Sekian,Assalamualaikum

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

[OMG! REVIEWS] Ashampoo Snap 6 with Crack

0
Salam semua warga OMG! Hackers?

Kehadiran saya kali ini bukan nak jual barang atau promote barang…tapi saya hanya ingin berkongsi pengetahuan tentang software Ashampoo Snap yang telah saya gunakan pada version 5 dahulu.


Software ini saya telah uji dari version 5 dan sekarang ini telah masuk
ke version 6 (Lebih sesuai untuk windows 8) dan boleh pilih User
Interface (UI) untuk symbol dan button seperti konsep Win8. Sebenanya
software ini bukan terhad sahaja kepada image malahan ianya juga boleh
digunakan untuk rakaman video (on desktop). Pelbagai features dia yang
disediakan yang menarik dan amat sesuai untuk para-para pembuat tutorial
sama ada by image or video. Cth dari segi image kita boleh screenshot
dalam pelbagai mode iaitu Capture Scrolling Windows (Freestyle, Firefox) new at ver.6, Capture Internet Explore/Chrome Website new at ver. 6, Capture
Menu, Timed Capture, Capture Single Window, Capture Free Rectangle
Region, Capture Freestyle Region, dan Capture Fixed Region.

Ok mari saya terangkan secare ringkas fungsi-fungsi di atas secara satu persatu.  :rclol:

Capture Scrolling Windows
adalah kita boleh mengambil screenshot dari atas ke bawah dan kita juga
boleh setkan bahagian2 tertentu untuk kita ambil screenshot tersebut.
Cthnya kalau kita perasan sesuatu site di internet mempunya page yang
panjang dan isi ada pada ruangan yang tertentu sahaja tapi kita ingin mengambil keseluruhan isi pada tempat2 tertentu
sahaja, maka boleh kita gunakan tools ini.

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/ED3ascBS.png

Capture Internet Explore/Chrome Website adalah
tools yang disediakan untuk capture sesuatu secara keseluruhan satu website tapi
ianya hanya boleh digunakan jika anda menggunakan web browser Chrome/
Internet Explorer sahaja.

Capture
Menu
adalah tools yang digunakan untuk mengambil Menu sahaja.

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/XBYDiCWQ.png

Time Capture adalah sejenis tool yang dapat membantu untuk mengambil gambar pada kiraan masa yang telah ditetapkan.

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/wvJuY8KN.png

Capture Single Window digunakan apabila kita hanya ingin mengambil gambar dengan mudah pada window yang aktif. Window di sini membawa maksud tetingkap contoh nya kita membuka Notepad dan kemudia kita tekan ctrl+s lalu keluar satu tetingkap iatu yang memberi arahan sama ada ingin sava atau tidak. Maka tetingkap arahan yang sedang aktif itulah yang akan di snap jika menggunakan tool ini. Tetapi kita juga boleh memilih secara manual tetingkap mana yang ingin diambil. Jadi iainya sangat mesra pengguna.

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/V0QTwfQm.png

Capture Free Rectangle
Region
ialah tools yang membenarkan kita untuk memilih sesuatu kawasan secara bentuk petak yang boleh disetkan oleh kita sendiri. Contoh paling terdekat adalah Snipping Tools. Ianya sama fungsi seperti itu.

Capture Freestyle Region ialah seperti namanya sendiri FREESTYLE maka kita boleh mengambil gambar mengikut bentuk yang diingini sesuka hati kita.

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/wH879wxf.png

Capture Fixed Region adalah tools yang digunakan untuk mengambil gambar pada resolution-resoltion tertentu yang telah distekan oleh kita sendiri sama ada 640*480 , 800*600 dan seterusnya.

Yang paling menarik iainya juga disediakan dengan watermark yang boleh disetkan oleh kita sendiri.
Seterusnya antara kelebihan lain yang saya suka ialah apabila kita telah selesai snap dan edit gambar kita tidak perlu untuk simpan gambar tesebut dan kemudian cari tempat untuk upload kerana software ini telah menyediakan tempat upload khas hanya tekan upload dan kemudian dia akan upload ke internet lalu kita hanya perlu copy paste sahaja image tersebut.

Bagi video tidak mempunyai banyak kelebihan kerana ianya dicipta hanya untuk rakaman sahaja bukannya untuk process editing untuk letak effect yang bom bas tic. Tapi memadailah dengan tools yang disediakan iaitu Zoom, Pause/Resume Recording, Rakaman Suara/Bunyi Muzik dari PC dan dilengkapi dengan cursor dan effect cursor yang menarik.

Software ini juga disediakan sekali platform untuk sharing seperti Youtube (Video) dan Facebook untuk publish kan hasil kerja kita kepada orang ramai.

Berikut di bawah ini saya sediakan beberapa contoh video tutorial yang telah rakam melalui Ashampoo Snap.


Sekian itu sahajalah reviews ringkas dari saya mengenai Ashampoo Snap 6.

Jika anda ingin mendapatkan software ini sila download di sini >>

Jika ada masalah untuk mendapatkan LINK DOWNLOAD sila lihat >> DI SINI

>> Tutorial untuk letakkan watermark

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Koleksi Penyedia Perkhidmatan E-Mel Percuma

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan sebuah koleksi penyedia perkhidmatan e-mel percuma. Jika anda biasa menggunakan penyedia perkhidmatan e-mel seperti GMail,Yahoo Mail dan sebagainya,maka anda tidak boleh melepaskan peluang untuk memiliki e-mel dengan nama domain lain pula.
Jika anda membuat carian pada Google.com.my. Anda akan mendapati beratus-ratus perkhidmatan e-mel disediakan. Ada yang berbayar (fungsi premium),ada yang memberikan pendaftaran secara percuma mahupun ada yang menyediakan versi percubaan. Tapi,hari ini penulis akan kongsikan sebuah koleksi perkhidmatan e-mel percuma untuk anda mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan anda.
Untuk penulisan kali ini,penulis hanya menyenaraikan perkhidmatan e-mel percuma tanpa menyediakan sebarang huraian mengenai laman tersebut. Anda boleh mencubanya dan mungkin anda boleh kongsikan pendapat anda tentang penyedia perkhidmatan e-mel tersebut disini.
Mungkin perkhidmatan e-mel ini tidak anda gunakan sebagai e-mel utama. Mungkin,anda boleh gunakan e-mel yang tersenarai sebagai percubaan untuk sesebuah laman yang memerlukan anda melakukan pendaftaran. Sekiranya anda berpuas hati dengan sesebuah laman itu. Barulah anda mulakan dengan pendaftaran menggunakan e-mel utama anda.
Selamat mencuba. 
Sekian,Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Belajar Menaip Secara Atas Talian

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan beberapa laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan belajar menaip tanpa guru. Pembelajaran ini khususnya untuk mereka yang ingin belajar menaip secara laju tanpa melihat mahupun menjeling ke arah papan kekunci (keyboard).

Buat masa ini penulis boleh lagi menaip tanpa melihat papan kekunci. Papan kekunci pula khas untuk komputer riba. Kalau dah memasuki komputer akan jadi biasa-biasa sahaja. Dari segi kelajuan. Boleh jugalah. Kalau penulis taip kata laluan mungkin tak dapat dikesan oleh pancaindera. Hihihi. Tips,menaip laju daripada penulis ialah. Jangan sesekali anda mengangkat bahagian pangkal tapak tangan. Hanya gerakkan jari. Apabila anda sudah biasa,tanpa disedari anda mampu menaip dengan menggunakan 10 jari tangan.

Jadi,tanpa membuang masa dan tenaga kita teruskan kepada pembincangan kita berkenaan belajar menaip secara atas talian,belajar menaip menggunakan 10 jari dan belajar menaip dengan mengambil kira kelajuan.


1.  WWW.TYPING-LESSONS.ORG

Peter’s Online Typing Course merupakan laman yang wajib dikunjungi oleh anda yang ingin belajar menaip menggunakan 10 jari. Laman ini akan mengajar daripada segala perkara asas yang perlu anda lakukan. Bermula dengan sebelah tangan dan akhirnya menjadikan anda seorang yang hebat dalam menaip. Kesimpulannya,sekiranya anda betul-betul ingin menguasai bidang menaip,maka laman ini perlu anda manfaatkan sepenuhnya.

2. WWW.10FASTFINGERS.COM 

 

10 Fast Fingers merupakan laman yang ringkas tapi padat. Dengan sokongan Bahasa Melayu dan pelbagai bahasa lain akan memudahkan anda menaip menggunakan 10 jari. Anda diberi 1 minit untuk menaip seberapa banyak perkataan yang tertera. Meskipun terdapat sokongan dalam Bahasa Melayu,tapi laman 10 Fast Fingers ini bukanlah mudah untuk dikuasai kerana anda diberikan perkataan yang tidak membentuk sebuah ayat. Untuk menggunakan fungsi penuh pada laman 10 Fast Finger ini anda perlu melakukan pendaftaran dahulu. Laman 10 Fast Fingers layak dicuba oleh anda untuk tingkatkan lagi kemahiran menaip selepas belajar pada laman Peter’s Online Typing Course.
3. WWW.RAPIDTYPING.COM
Rapid Typing Zone merupakan laman yang serba lengkap untuk anda belajar menaip. Menyediakan perisian yang menarik untuk anda belajar dan gunakan menjadikan Rapid Typing Zone laman yang perlu anda kunjungi. Laman ini penuh dengan warna warni. Terdapat permainan yang berkenaan dengan pembelajaran menaip itu sendiri dan banyak lagi fungsi yang dapat anda gunakan. Seperti pakar-pakar berkata. Penguasaan sesuatu perkara akan lebih ketara apabila kita melihat sesuatu yang berwarna-warni.

Jadi,segalanya terletak ditangan anda. Bagi penulis semua laman ini perlu anda manfaatkan sepenuhnya tanpa menghiraukan sebuah laman pun. Bermula dengan sekecil mancis akan mewujudkan sebuah unggun api.

Permainan ketangkasan menaip: Z-Type
 
Selamat belajar.
Sekian,Assalamualaikum. 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[ Tinjau ] Bike Race, Permainan Percuma

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Siapa di sini kaki game?
Suka permainan yang mencabar?
Entri ini tentang permainan motor, Bike Race.
Ia percuma dan agak mencabar jugak lah.

  

Ia terdapat banyak tahap untuk anda lepasi.
Anda juga boleh beli motor untuk hendak lepas sesetengah level dan beli Multiplayer Retry untuk ulang semula permainan itu ( untuk potong masa pihak lawan )

Ia menggunakan sensor ( jika devices anda support ) untuk mengawalnya.
Anda hanya perlu sengetkan devices anda untuk ke depan dan belakang.
Tekan screen sebelah kiri untuk brake dan screen sebelah kanan untuk jalan.

Ini screenshotnya..

klik untuk lebih jelas :3

Boleh lihat di Help 😀

Permainan ini boleh dimuat turun di Play Store dan App Store.
Saya tipu? Ini buktinya.

klik untuk lebih jelas :3

dan

klik untuk lebih jelas :3

ia sememangnya FREE! ^^

anda juga boleh lawan secara individu atau multiplayer 🙂
anda boleh cabar rakan2 Facebook anda untuk lawan siapa lebih cepat 😀

Ini contoh screenshot saya

klik untuk lebih jelas :3

Saya menang sebab saya main hack >.< hohoho
Jadi jangan challenge saya 😛

Anda boleh login menggunakan akaun Facebook anda.
Jadi, cabarlah kawan2 anda siapa lebih cepat. ( jika kawan2 anda main juga lah permainan ni..hehehe 😛 )

Selamat mencuba.

P/s : maaf entri ini tak seberapa, jika nak tahu cara hack game dalam iOS, requestlah, saya akan buat tutorial ( seharusnya Jailbreak dahulu yer 😉 )

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[ Tutorial ] Jailbreak iOS 5.1.1 guna RedSn0w 0.9.12.b1

1

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Apa khabar semua?
Harap sihat2 belaka na?
Maaf lama betul tak buat entri baru.
Kerana kesibukkan siapkan tugasan ( termasuk buat kerja last minit 😛 )

Entri Android dah ada, kali ni entri iDevices pulak :3
Kali ini, saya akan membuat tutorial tentang nak Jailbreak iPhone 4S or mana2 iDevices yang pakai iOS 5.1.1
Jika anda pakai brand Apple, mesti anda jailbreak. Jika tidak ia membosankan. >.<
Dengan banyak tweak2 dalam internet, boleh anda cubanya. Tetapi jangan silap install, jika tidak iDevices anda jadi gila ( kira problem lah 😛 )

Ok, tool ini tak guna mode DFU, install begitu sahaja.
Sesetengah tools, kena masuk DFU mode. Untuk newbie macam saya ni, saya sarankan guna tools ini.

Apa itu DFU mode?

 DFU mode is a state that you can put your iPhone into where it can interface with iTunes but does not load the iPhone operating system or boot loader ( this is what really differs DFU mode from recovery mode ). DFU stands for Device Firmware Update.

P/s : translate yer. hohoho 😛

Semua iDevices yang pakai iOS 5.1.1 boleh. Tak kira iPhone ka, iPod ka, iPad ka, Apple TV ka. Kecuali iDevice yang baru2 seperti iPhone 5 or iPad Mini maaf la, tiada lagi tools JB buat masa ini 🙁

Terdapat pelbagai tool2 di internet. Antaranya :

  1. RedSnOw ( saya pakai yang ni 😀 )
  2. Absinthe
  3. PwnageTool ( maaf ini hanya untuk Mac OS sahaja )
  4. SnOwBreeze
  5. CLI tool ( untuk Rocky Racoon 5.1.1 Untether )
  6. Seas0nPass ( untuk Apple TV 2G )
  7. Ac1dSn0w
  8. LimeRa1n
  9. GreenPois0n
  10. Spirit
  11. QuickPwn
  12. BlackRa1n
  13. PurpleRa1n
  14. WinPwn
  15. TinyUmbrella ( untuk downgrade iOS )

Dah ready untuk jailbreak? ( JB bukan Justin Bieber 😛 )
Anda perlu ada barang2 ini.

  1. Masa yang terluang
  2. Tiada tekanan perasaan atau stress ( jika stress, buat apa pun tak boleh ==” )
  3. RedSn0w 0.9.12 beta 1 Windows atau Mac OS
  4. iTunes ( install buat syarat driver sahaja 😛 )

Itu sahaja, anda boleh buat sendiri jailbreak, kedai2 telefon ambik charge yang tinggi, benda tu bukan depa buat sendiri, just copypaste dalam internet sahaja. Rasa tidak adil charge RM1++ walhal bukan Limited Edition or OwnRelease ==”. Ramai kawan2 saya tertipu dan ditipu. ( kalau tokey2 kedai baca, maaf tiada niat nak menguris hatimu T.T )

Kata2 DevTeam 

You should never pay for a jailbreak. Kadang2 ada sesetengah DevTeam mintak kita donate ( derma ) tapi rare lah.

Jadi, JB iDevices free sahaja. Jika nak donate, donate lah ^^v tak salah pun 😀
Eh, berleter pulak time2 ni. Hehehe maaf2 >.<
Kembali pada tujuan asal kita. Dah sedia?

  1. Connect iDevices anda yang sudah ada iOS 5.1.1 pada komputer atau netbook atau notebook anda.
  2. Anda sudah muat turun kan RedSn0w 0.9.12 beta 1 itu, extract dan run redsn0w.exe
  3. Klik ” Jailbreak “. Kemudian tunggu dengan penuh kesabaran, iDevice anda akan ” restore , kemudian ” resprings ( ” quick reboot ” atau ” refresh ” lah ), dan Cydia akan ada di HomeScreen anda.
  4. Run Cydia, untuk pertama kalinya guna biarkan ia ” initialize ” kemudian jangan lupa pilih User. Jangan pilih Hacker atau Developer pulak, kerana settingnya lain. Hohoho
  5. Tahniah, anda sudah pun jailbreak iDevice anda. Hoyeyeye!! :3
 
 klik untuk lebih jelas :3

Itu contoh ” ScreenShot ” selesai JB menggunakan Mac OS
Jika tidak paham, saya selitkan video yang saya ambil dari iDownloadBlog

Kredit untuk video, tools JB, dan sekeping gambar dari website iDownloadBlog

Ini lampiran2 gambar Cydia, HomeScreen dan LockScreen iDevices saya :3

klik untuk lebih jelas :3

Ini LockScreen saya. Saya pakai tema ayecon ( guna WinterBoard )

klik untuk lebih jelas :3

Ini HomeScreen saya. Semua aplikasi dalam iDevices saya crack punya tak beli :3, termasuk Games..Oppss…:P

klik untuk lebih jelas :3

Ini yang saya kata tadi, ada tiga pilihan. Boleh ubah semula jika TERsilap pilih :3

klik untuk lebih jelas :3

Inilah aplikasi Cydia, syurga bagi kaki JB dan Tweak 😛

klik untuk lebih jelas :3

Ini ” last scroll ” aplikasi Cydia. Dibawah tu, depan iDevices anda, iOS apa anda pakai dan version Cydia anda. 😀

Saya punya iDevices ialah iPhone 4S, iOS 5.1.1, 16GB Storage, dan warna hitam.
Baru beli malam tu JB. Barang ada siap dah. 😛
Kedai tu nak jailbreak, saya cakap tak payah, barang dah ada boleh buat sendiri. ( tanak aku, nanti charge lain or buat tak LENGKAP! ==” )
Terkejut kawan saya bila saya cakap dah jailbreak, walhal baru beli malam tu jailbreak dah :3

Nanti saya post pulak entri tentang tweak, apps, games, tools, dan latest update tentang iDevices, InsyaAllah sekiranya tiada halangan menimpa. 🙂

Oh ya, lupa. Selamat Jailbreak. Asalkan jangan Brick ( rosak ) iDevices anda sudah. Ia tidak sama seperti install ROM / Firmware untuk devices Samsung, Sony, HTC, dan lain2 brand yang ada xRecovery dan ClockworkMod Recovery 😀

Ada sebarang masalah atau pemintaan malah pertanyaan, sila komen dibawah 🙂
Maaf jika cara saya taip ada yang tidak betul, kerana lama tak post katakan >.<,

Santai pagi2 buta 

Jailbreak :3

# Jika anda terlihat di internet tentang Jailbreak iOS 6, 6.0.1 ( tak termasuk iPhone 4, iPhone 3GS, iPod Touch 3G dan iPod Touch 4G ), itu semua SCAM, tipu dan pembohong. Buat masa sekarang tiada lagi tools Jailbreak yang keluar. InsyaAllah dalam masa terdekat akan ada Jailbreak untuk iOS 6, 6.0.1. Dev Team, pod2g sedang usahakan tools tersebut 😀

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

(OMG! Hackers?) Giveaway AOMEI Partition Assistant Server

0

Tora datang lagi!

Heheh.. salah iklan daa..
Giveaway kini menjelma lagi pada tahun 2013 ini. Cara paling baik untuk kita mulakan tahun baru, dengan entri baru yang boleh bikin panasss..

Giveaway ini masih lagi datang dari Syarikat yang sama, seperti yang lepas. Saya sekali lagi ditawarkan 10 lesen untuk produk Syarikat AOMEI, cuma kali ini ia adalah AOMEI Partition Assistant Server.

Kalau perisian Partition Assistant Pro memudahkan anda mengurus partisi dalam cakera keras pada PC, Partition Asisstant Server bakal memudahkan hidup anda mengurus cakera keras pelayan. Saya memang tak pernah guna benda alah ni, cuma buat mereka yang pakar seperti bro Fikri, mungkin perisian ini menjadi idaman. Heheh.. Bro, servis VPN ko memang ohsem lah! (Promote sikit bisnes kawan).

Berikut adalah butiran produk dan giveaway ini:

Produk : Lesen Partition Assistant Server bernilai $139USD  

Jumlah lesen : 10  

Tarikh tutup : 27hb 01 2013 

Pemenang dipilih berdasarkan : Random.org

Cara untuk memenangi perisian ini adalah mudah iaitu:

1. Langgani Feedburner blog ini di sini : Feedburner OMG! Hackers?

2. Ikut (follow) blog ini (tak wajib).

3. Komen melalui ruangan komen di bawah dengan menyatakan kenapa anda mahukan perisian ini, atau kenapa anda patut menang.

Seperti sebelumnya, anda perlu ingat, tiada apa yang akan merugikan anda dengan menyertai Giveaway ini. Pemenang yang bertuah akan mendapat lesen asli dari Syarikat Aomei. Asli itu indah. Eyywahhh..

Saya berharap lebih ramai yang akan berikan komen kerana lebih ramai, lebih meriah, lebih banyak nama yang akan saya tuliskan dalam Random.org. Barulah ada saingan!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline