Utama Blog Laman 225

Viber: Kini Hadir Dengan Versi Desktop

0

Jika
anda salah seorang pengemar peranti Android, tentu sekali anda pernah
mencuba aplikasi ini. Bagi sesiapa yang tidak pernah memasang atau pun
mencuba aplikasi Viber, antara fungsi-nya ialah permesejan, menelefon,
berkongsi gambar dan juga video.

Sama seperti servis
pemesejan lain seperti Vodoo, Viber juga menetapkan syarat iaitu
kedua-dua pihak mestilah mempunyai Viber dipasang pada mereka jika
tidak, cas lebihan akan dikenakan bagi setiap saat.

Aplikasi
menarik yang dilepaskan selepas kehadiran servis pemesejan nombor satu
dunia iaitu Whatsapp, kini sudah mencecah 200 juta pengguna di seluruh
196+ negara pada akhir bulan pada tahun 2012. Pada tahun 2013 pula,
Viber Media Inc. menambah lagi 8 bahasa menjadikan bilangan negara
mengikut pengguna bertambah ke 204+ buah negara.

Viber
versi Desktop ini memudahkan pengguna untuk merakam video atau berkongsi
gambar. Mereka hanya perlu rakam dan file video tersebut akan berada di
dalam directory tertentu. Skype, sebuah syarikat besar yang memudahkan
kita untuk berhubung dengan orang lain kini mendapat tentangan hebat
kerana hadirnya Viber versi Desktop ini.

Tak mau kata
apa dah, anda semua patut memasang aplikasi ini pada komputer
perseorangan mahu pun komputer riba anda.

Dapatkan Viber versi Desktop
di pautan ini: Viber Dekstop Version

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ebook Memasang dan Menyelenggara Windows untuk Newbie

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera OMG! Hackers…

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tidak ke sini
disebabkan saya sibuk sejak kebelekangan ini. Sekarang ini pun saya
sedang menjalani kursus dan semasa kursus saya merajinkan jari jemari
untuk memberikan dan berkongsi sedikit ilmu, especially for newbie.

Ini buku apa yek?

Ebook ini dicipta adalah untuk membantu mereka yang ingin belajar
cara-cara untuk format dan menyelenggara komputer dengan mudah dan mempunyai 54 muka surat. Diharap
buku ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui cara-cara
untuk format komputer secara asas. Windows Vista tidak diletakkan dalam
buku ini disebabkan bagi pandangan saya Windows Vista adalah Sistem
Operasi yang tidak bagus dari Microsoft. Anda dibenarkan untuk menyalin
semula isi kandungan buku ini akan tetapi diberikan kredit. Ebook ini disediakan secara percuma khas untuk anda semua dan tidak boleh dikomersialkan dan hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja.
[Image: Tk8n5P9.jpg]
[Image: qIRXcY3.jpg]

Software-software yang digunakan :-
1) Windows XP SP3
2) Windows 7 All in One Fully Activated
3) Windows 8 Pro and Enterprise
4) CCleaner
5) Combofix
6) Revo Uninstaller (Credit Msstdfmt)

*Direct Link untuk sistem operasi telah disediakan.
Credit for EpysnzTron for direct link.

Nantikan Artikel Aktivasi Windows XP, 7
dan 8 serta link download akan disediakan. Dijangka pada
pertengahan bulan Jun ini.

If using chrome browser and have a problem to get link please see HERE
or Change Browser to Internet Explorer or Firefox

Download Ebook
download

Sekian Terima Kasih.RCblush

JIKA ANDA SUKA DENGAN SOFTWARE/EBOOK INI. SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK TERUS MENYOKONG PERKONGSIAN SOFTWARE DARI SAYA DI SINI.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

MediaHuman YouTube To MP3 [Cross-Platform]

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah perisian pemuat turun video daripada laman penstriman video YouTube dan mengubah secara automatik kepada format audio (mp3).

MediaHuman Youtube To MP3 seperti yang tertera pada tajuk penulisan merupakan sebuah perisian yang digunakan untuk memuat turun sesuatu video dan diubah kepada audio. Perisian ini merupakan perisian yang cukup ringkas tapi sempurna. Anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk memuat turun dan mengubah kepada format audio. Meskipun bergantung kepada kelajuan capaian internet. Tapi,apa yang saya telah alami ialah perisian ini tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk memuat turun dan ubah kepada format audio.

Apa yang saya perhatikan sekarang ini. Linux bukanlah sistem pengoperasian yang sedang membangun tapi Linux sudah sedia membangun seperti sistem pengoperasian Windows dan MacOSX. Jadi,rasanya sudah tidak relevan sekiranya kita katakan Linux sebuah sistem pengoperasian yang sedang membangun.

MediaHuman Youtube To MP3 seperti yang tertera pada tajuk merupakan perisian cross-platform dimana anda juga boleh mendapatkan perisian ini untuk digunakan di sistem pengoperasian Windows dan MacOSX. Untuk Linux hanya tersedia untuk distro berasaskan Debian/Ubuntu sahaja. Sambil kita berbicara tentang MediaHuman ini. Pembangun MediaHuman menyediakan pelbagai perisian yang menarik. Tapi,buat masa ini hanya perisian Youtube To MP3 sahaja yang tersedia untuk sistem pengoperasian Linux.

Kaedah penggunaan adalah sungguh mudah. Anda hanya perlu salin pautan YouTube dan klik Paste url pada perisian MediaHuman Youtube To MP3. Anda juga boleh menggunakan fungsi drag-and-drop. Selepas anda memasang sekiranya anda mendapat masalah adalah lebih baik sekiranya anda memasang ‘codec’ atau fail yang diperlukan terlebih dahulu. Buka aplikasi Terminal dan letakkan baris perintah di bawah.

sudo apt-get install ffmpeg libmp3lame0 libavcodec-extra-53

Apa yang ditunggu lagi. Mari penuhkan ruang cakera keras anda dengan muzik yang mengasyikkan.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Custom Hits: Tambahkan Pendapatan Adf.ly Dengan Pantas

0

Servis memendekkan pautan serta mampu menjana pendapatan melalui money making program yang ditawarkan Adf.ly memang sedang meningkat populariti-nya. Selain professional blogger, pemula pun nampak-nya sudah giat dalam hal ini. Berkongsi pelbagai perisian dalam pada masa yang sama, dapat menjana puluhan ringgit. Tak ke hebat dunia internet ni?

Tapi kita lupa, dalam sesebuah peningkatan pasti ada yang lebih baik.
Kita pasti pernah dengar ads skipper yang mana ia membenarkan kita
untuk melepasi servis ads tanpa perlu menekan apa-apa butang. Jadi agak
susah untuk kita menjana pendapatan kalau takde siapa nak klik.

Haa, jangan berputus asa lagi. Servis Custom Hits ni pula mampu membantu kita. Dengan trik ini, kita akan bertukar-tukar pautan kita dengan orang lain. Penyudah-nya, kedua-dua pihak akan menerima kebaikan. Ini memang diluluskan oleh pihak yang berkuasa jadi tidak melibatkan sebarang bot mahu pun cacing-cacing internet.

Penggunaan Custom Hits

1) Pastikan anda mempunyai akaun Adf.ly yang sah. Daftar jika tiada: Adf.ly Registration

2) Pendekkan apa-apa pautan seperti pautan sesebuah laman web atau pun pautan untuk memuat turun.

3) Sekarang, pergi ke Custom Hits dan daftar akaun percuma.

4) Akaun di Custom Hits tidak perlukan pengesahan jadi terus sahaja log masuk ke akaun anda.

5) Pilih Add Link dan pilih Traffic Exchange. Masukkan pautan yang dipendekkan dan letak nama yang mampu menarik orang.

Selamat maju jaya! 🙂

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Zorin OS 7 RC: Pelbagai Penambahbaikan Diperlihatkan

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menulis sebuah artikel ringkas tentang Zorin OS 7 Release Candidate (RC).

Zorin OS merupakan sebuah distro Linux berasaskan Ubuntu. Sebelum ini saya menggunakan Zorin OS versi 6.2 Core. Dalam sebulan yang lepas. Seingat saya versi yang terakhir yang pernah saya gunakan sebelum versi 6.2 ialah versi 5. Itupun setelah diperkenalkan oleh saudara Arya Putra. Bagi saya Zorin OS ini merupakan sebuah sistem pengoperasian yang baik. Jika anda ingin mencubanya. Anda boleh klik pautan [di sini].

Pada hari ini bersamaan 23 Mei 2013. Artyom Zorin mengumumkan kesinambungan Zorin OS iaitu Zorin OS 7 yang berasaskan Ubuntu 13.04. Apabila saya melihat Zorin OS ini saya menjadi terpukau. Biasalah manusia suka akan keindahan. Saya belum mencubanya dan tidak berminat untuk memuat turun memandangkan masih lagi dalam versi pembangunan (RC). Saya melihat Zorin OS 7 ini membawakan antara muka menyerupai Windows 8. Seperti yang semua sedia maklum bahawa Windows 8 memang pernah memukau saya kerana kecantikan dan kebolehannya yang tersendiri. Jadi,saya harap Zorin OS 7 ini sama seperti Windows 8 iaitu tidak sekadar memukau saya dengan kecantikannya malah kebolehnnya juga. Sebelum saya lampirkan beberapa keping gambar sebagai tatapan. Mari kita lihat apa yang baharu pada Zorin OS 7.

Zorin OS 7 RC. Apa yang baru? (Mungkin ada beberapa penambahan pada versi akhir nanti.)

  • Menggunakan kernel Linux 3.8.
  • Perisian Pidgin hadir menggantikan Empathy. (perisian sembang.)
  • Perisian Thunderbird digantikan dengan Geary Mail (perisian pengurus e-mel- ringkas,berkualiti dan menarik.)
  • Tema yang baharu menyerupai Windows 8 untuk mereka yang tidak gemar akan Start Screen Windows 8.
Antara muka desktop.
Logo baru Zorin OS.
Sumber:-

Zorin OS 7 Core Release Candidate is here.
Zorin OS 7 RC Takes Aim at Windows Users.
Development Release: Zorin OS 7 RC.

Sekian. Assalamualaikum.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Menggunakan Office 2013 Pada Linux

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel tentang bagaimana kaedah untuk menggunakan Microsot Office 2013 pada Linux.

   Microsoft Office merupakan perisian pejabat yang termasyur dalam kalangan pengguna Windows. Baru-baru ini pihak Microsoft telah melepaskan versi stabil perisian Office 2013 kepada pengguna untuk mencubanya. Dan baru-baru ini juga kedengaran Office 2013 akan menyokong sistem pengoperasian Linux tidak lama lagi. Tetapi,sebenarnya anda boleh menggunakan Office 2013 pada sistem pengoperasian Linux secara percuma. Perkhidmatan ini tidak hanya menyokong sistem pengoperasian Linux memandangkan perkhidmatan ini bersifat ‘web based’.

   Linux juga didatangkan dengan pelbagai variasi perisian pejabat seperti Libre Office,Open Office dan pelbagai lagi pilihan yang dapat menjadi alternatif kepada Microsoft Office. Tapi,kemungkinan terdapat segelintir pengguna baru yang masih belum mahir dengan selok-belok sistem pengoperasian Linux ini. Kadangkala,alasan untuk tidak menggunakan sistem pengoperasian Linux ini ialah kerana tiada sebarang sokongan untuk menggunakan perisian yang penting seperti Microsoft Office,Photoshop dan lain-lain. Meskipun terdapat alternatif yang sama baik. Namun,alasan seperti ini masih tetap digunakan di zaman kemudahan ini.

   Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Office 2013 secara percuma anda mestilah memiliki sambungan internet yang bagus,komputer yang berspesifikasi tinggi dan akaun Outlook. Office 2013 ini adalah versi yang tidak lengkap. Banyak fungsi-fungsi yang tiada padanya. Hanya fungsi asas yang dimiliki oleh perkhidmatan ini. Sebab itu anda tidak boleh bergantung pada sebarang perisian yang dikhususkan untuk Windows atau MacOSX.  Inilah tujuan Linux dibina iaitu menjurus kepada menuntut ilmu. Kita perlu menuntut pelbagai ilmu hanya pada sistem pengoperasian Linux ini. Percayakah anda sekiranya anda menggunakan Linux,anda lebih menghargai sesuatu perkara. Berbeza dengan Windows yang memiliki pelbagai perisian alternatif. Linux tidak berapa ke arah itu. Meskipun pada Linux mempunyai pelbagai perisian yang sama. Anda pasti ingin pasang dan cuba aplikasi/perisian tersebut.

Apa yang perlu anda miliki untuk menggunakan perkhidmatan ini:-
1. Sambungan internet yang baik.
2. Komputer yang baik.
3. Akaun pelbagai Outlook.com

Langkah penggunaan.
1. Kunjungi pautan di sebelah [http://office.microsoft.com/en-us/web-apps/] Juga dikenali sebagai Office Web Apps
2. Log masuk menggunakan akaun Outlook anda.
3. Anda akan menerima antara muka seperti dibawah ini.
4. Pilih mana-mana aplikasi yang anda mahukan.

5. Anda akan dibawa ke akaun SkyDrive anda. Klik Create dan pilih aplikasi apa yang anda ingin gunakan. Contoh,Word document.

6. Berikan dokumen anda nama. Klik Create.
7. Dibawah ini terdapat beberapa antaramuka yang saling tidak tumpah seperti perisian pejabat Office 2013 yang sebenar.

Antara muka Word.
Antaramuka PowerPoint.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Screenr: Web Based Screen Recorder

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel tentang sebuah perkhidmatan perakam desktop berasaskan web.

Kebiasaannya kita akan disajikan dengan pelbagai jenis atau variasi tentang sesuatu perisian. Ini termasuklah perisian perakam desktop. Kenal dengan perisian seperti Kazam Screencaster,RecordMyDesktop dan pelbagai lagi perisian yang sama fungsinya? Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Jadi,untuk melakukan sesuatu tugas,kita memerlukan pelbagai jenis perisian mengikut kesesuaian dalam keadaan yang tertentu.

Screenr,sebuah perkhidmatan yang berasaskan web yang dibina untuk memudahkan anda untuk merakam aktiviti yang dilakukan pada skrin komputer anda. Seperti yang diberitahu pada permulaan penulisan,Screenr merupakan perkhidmatan berasaskan web. Jadi,anda tidak perlu muat turun apa-apa untuk menggunakan perkhidmatan daripada Screenr ini. Apa yang perlu anda lakukan untuk menggunakan perkhidmatan ini hanyalah membenarkan penggunaan Java pada laman mereka. Video yang dirakam bersifat bebas. Jadi,mana-mana pengguna yang mengunjungi laman Screenr akan dapat melihat video anda. Jika tidak silap saya,anda hanya dibekalkan selama 5 minit untuk merakam aktiviti pada skrin komputer anda.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang Screenr,anda boleh kunjungi halaman pusat bantuan mereka. Penting juga untuk anda menonton video berdurasi 1 minit pada halaman utama mereka untuk mengetahui secara langsung tentang kaedah penggunaan Screenr.

Selamat mencuba
Assalamualaikum.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Koleksi Laman Web E-Buku

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan beberapa laman web untuk anda mendapatkan e-buku secara percuma.

“Membaca Jambatan Ilmu”.

Kata mutiara di atas perlulah diterapkan di dalam diri setiap manusia yang bergelar pelajar. Siapakah manusia yang pelajar? Kita adalah pelajar. Meskipun kita sudah tidak belajar secara formal di sekolah atau pusat-pusat pengajian. Kita masih lagi bergelar seorang pelajar. Kita menghadiri ke majlis-majlis agama,menghadiri kuliah di masjid atau surah. Jadi,kita masih memerlukan ilmu. Sempena hari guru yang berlangsung dengan jayanya beberapa ketika yang lalu di seluruh pelusuk negara,saya yang juga sebagai seorang pelajar tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru,”Terima Kasih Cikgu”.

Disamping itu,kita sebagai seorang pelajar mestilah menuntut ilmu. Meskipun tidak sampai ke menara gading,tapi kita perlu sentiasa menuntut ilmu. Tidak kisahlah ilmu tersebut ilmu dunia mahupun ilmu yang bermanfaat untuk akhirat.

Terdapat pelbagai kaedah untuk menuntut ilmu. Salah satunya ialah dengan membaca. Seiring kemajuan teknologi,kemudahan dalam menuntut ilmu semakin mudah. Hanya duduk dihadapan komputer,lakukan beberapa carian,muat turun atau baca secara langsung. Semuanya sudah dimudahkan. Tapi,sayang apabila perkara yang mudah masih tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kita masih bergantung dan terus bergantung sedangkan sumber ilmiah itu sudah ada. Cuma perlu dimanfaatkan kelebihannya. Anda ingin tahu satu rahsia tentang bangsa Melayu? Saya mendapat sumber ini daripada guru saya. Tapi,sebelum itu,saya bukan ingin timbulkan isu perkauman atau sebagainya. Tapi,ingin mengajak anda berfikir.

Mengapa bangsa Cina hebat? 
Bangsa Eropah cukup takut dengan bangsa Cina,kenapa?
Cuba anda fikirkan sejenak. Apa yang bangsa Cina tiada? Benda sekecil biji sawi pun mereka mampu menciptanya. Guru saya juga mengatakan bangsa Eropah hanya membenarkan orang Cina menginap di negara mereka sekitar tiga hari atau lebih sedikit. Tapi,bangsa Melayu mereka tidak kisah. Mereka sungguh risau takut bangsa Cina meniru hasil mereka. Kita lihat bukan sekadar barang kosmetik,perhiasan wanita,beg berjenama mereka mampu tiru. Bahkan teknologi juga mampu ditiru oleh mereka. Jika dahulu kita selalu katakan bahawa “Alah,barang made in China” Itu dahulu saudara. Sekarang tidak lagi. Barang mereka sungguh berkualiti.

Sekali baca keterangan dan penulisan di atas umpama tiada kaitan dengan ilmu. Tapi,anda perlu selami,dalami dan memahami. Sentiasa mendengar,sentiasa hadir. Cukup sampai di sini saya berbicara. Tibalah masa untuk saya menyenaraikan beberapa laman untuk memuat turun e-buku secara percuma. Laman di bawah diambil secara rawak daripada enjin carian Google Malaysia.

1. Free Ebook Download Links
2. FreeBookSpot
3. ManyBooks
4. GetFreeEbooks
5. FreeComputerBooks
6. BookBoon
7. FreeTechBooks
8. MemoWare
9. OnlineFreeEBooks
10. Obooko
11. BookChums
12. e4ebooks

Untuk lebih lagi. Anda boleh mencari laman-laman pembekal seperti di atas melalui enjin carian Google.
Selamat membaca.
Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Onavo Extend: Gandakan Pelan Data Anda

0

Memasuki tahun 2013, ‘panorama’ internet di negara kita tampak masih tidak berubah. Segalanya masih mahal, segalanya masih di takuk lama. Alasan penyedia? “Cuba bandingkan dengan negara sekian-sekian. Pelan internet mereka jauh lebih mahal dan teruk”. Ahhh.. seperti dialog minyak petrol pula hendaknya.

Kebanyakan pelan data internet bagi telefon bimbit pintar di Malaysia ini masih mengenakan cas yang agak tinggi bagi penggunaan data yang rendah. Untuk pengguna termaju (advance user), ini agak mengecewakan. Masih relevankah pelan data 1GB untuk pengguna termaju? Kalau tidak, adakah anda rasa harga bagi pelan data 1GB ke atas adalah relevan?

Disebabkan itu, saya yakin dan pasti setiap kali anda menggunakan pelan data anda, pelbagai cara telah anda lakukan untuk menjimatkan penggunaannya. Tak usah cerita mengenai 2x Battery – Battery Saver dan pelbagai lagi aplikasi serta kaedah-kaedah lain. Semuanya telah dicuba. Namun ada satu juara antara mereka. Ia adalah Onavo Extend.

Apa Itu Onavo Extend?

Tak perlu saya berbicara panjang, mari kita tonton dahulu video berikut:



Sudah tonton? Jadi apa sebenarnya Onavo Extend ini? Secara ringkas, ia adalah perkhidmatan VPN percuma, yang menawarkan kaedah pemampatan data bagi mengurangkan penggunaannya sehingga 5 kali ganda. Analoginya lebih kurang sama dengan pelayar web Opera Mini yang memampatkan data bagi meningkatkan kelajuan pelayaran pada laman web dan juga menjimatkan data.

Anda boleh lihat data-data penjimatan yang telah dikumpul setelah paparan antaramuka aplikasi ini dibuka:

IP anda juga ditukar kepada IP pelayan Onavo:

Ingin pantau berapa jumlah data dari pelan data yang telah anda gunakan? Anda boleh muat turun aplikasi Onavo Count bagi menjalankan tugas ini:

Kelebihan Ovavo Extend (Pro):

1. Penjimatan pelan data, itu pasti!
2. Dapat menggandakan pelan data anda, kepada 2-5 kali ganda (bergantung kepada cara penggunaan).
3. Dapat melindungi sambungan internet anda dari penggodam dan pengintip kerajaan serta pemantauan dari Penyedia Servis Internet (ISP) dan lain-lain lagi dengan menggunakan sambungan VPN.

Kekurangan Onavo Extend (Kontra):

1. Sambungan internet menjadi sedikit lambat. (Sila uji sendiri).
2. Kesemua data dimampatkan termasuk video (Youtube, Dailymotion, etc) jadi kualiti menjadi kurang.
3. Menyebabkan bateri lebih cepat habis berbanding menggunakan sambungan data mobil tanpa Onavo Extend.

Jadi apa kata anda? Adakah “Saya mesti piley!”? Hahaha.. anda tentukan sendiri! Anda yang membayar pelan data internet anda!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Nessus Vulnerability Scanner

0

Hackim : Alamak macam mana aku nak cari port yang vulnerable ni?? Aku rasa lebih baik aku cari googling je.

Hasil daripada carian tersebut, dia berkenan dengan satu tool ni yang namanya tidak asing lagi iaitu Nessus. Dia pun terus ke laman web nessus tersebut untuk memuat turunnya. (http://www.tenable.com/products/nessus). Itulah intro entri Abg Saki. Hehe. Kepada yang tidak kenal siapa Hackim tu, sila-silakan la search dalam kotak search OMG!Hackers? di atas ya.

Mengikut kepada pemahaman saya, jika kita ingin melakukan penetration testing, kita perlulah cari port yang vulnerable dahulu. Jadi itulah tugas Nessus ini iaitu untuk mencari port yang vulnerable supaya kita boleh exploit! Yeah! Tak perlu detail sangat untuk saya terangkan sebab saya cuma sekadar ingin memberi gambaran kepada anda. Kita berbalik semula kepada si Hackim tadi.

Command untuk install Nessus dalam BackTrack 5.

root@bt:~#apt-get update

root@bt:~#apt-get install nessus

Hackim : Dah download. Okay la sekarang aku nak create account pula.

Command untuk create account Nessus dalam BackTrack 5.

root@bt:~#/opt/nessus/sbin/nessus-adduser

Hackim : Lepas tu kena register pula. Ish menyusahkan betul la. Tapi kena buat juga la sebab aku nak guna nessus ni.

Sila pergi ke laman web ini http://www.tenable.com/products/nessus/nessus-plugins/obtain-an-activation-code untuk mendapatkan code activation.

Hackim : Siap pun. Sekarang ni kena guna command untuk register kan Nessus aku ni dalam BackTrack.

Command untuk register Nessus dalam BackTrack 5.

root@bt:~#/opt/nessus/bin/nessus-fetch –register xxxx-xxxx-xxxx-xxxx-xxxx – masuk kot tadi kat sebelah ni.

Hackim : Selesai. Nak start la.

Command untuk memulakan Nessus dalam BackTrack 5.

root@bt:~#/etc/init.d/nessusd start

Dah siap pun untuk pemasangan Nessus di BackTrack 5 anda. Buka Web Browser anda dan pergi ke laman ini http://127.0.0.1:8834. Kemudian login seperti yang anda buat semasa add user sebentar tadi. Dia akan loading lama sikit. Lepas ti siap!

Maaf sebab saya tidak menggunakan kan Kali Linux. Saya lebih selesa menggunakan BackTrack 5 R3 buat masa sekarang ni. Sori lama tak update! Hee. 🙂

Rujukan : http://back-track-linux.blogspot.com/2012/10/how-to-install-nessus-on-backtrack-5-r3.html

Views: 0

Iklan Newspaper Inline