Pembangunan sistem pengoperasian Linux semakin ketara dari hari ke hari. Setiap hari kita akan disajikan dengan berita-berita baharu mengenai Linux melalui laman web interaksi seperti Facebook dan melalui blog-blog bertunjangkan teknologi. Saban hari juga kita melihat terbinanya sistem pengoperasian baru berasaskan Linux yang dibina secara persendirian mahupun melalui sebuah komuniti bebas. Ini merupakan satu perkembangan positif yang perlu dimanfaatkan oleh pengguna seluruh dunia khusus rakyat Malaysia untuk berganjak keluar daripada kepompong kehidupan yang sudah lapuk ditelan zaman (Windows).
Hotshots merupakan sebuah perisian yang dibina oleh The Hive (xbee). Perisian ini dapat dijadikan sebagai alternatif Shutter yang juga menjadi kegemaran pengguna Linux. Perisian tangkap layar atau ‘screenshot software’ ialah perisian yang digunakan untuk mengambil gambar sekitar paparan desktop anda. Adalah tidak relevan sekiranya anda menggunakan lensa kamera meskipun menggunakan kamera dengan paparan megapiksel yang tinggi untuk mengambil paparan desktop kecuali atas dasar seni.
Hotshots memiliki antara muka yang ringkas serta mudah untuk dikendalikan. Punca utama saya mengatakan Hotshots menyerupai Shutter ialah kerana Hotshots memiliki fungsi penyuntingan gambar yang asas seperti Shutter. Oleh sebab perisian Hotshots dibina selepas perisian Shutter,maka dari segi penambahbaikan jelas terpapar pada bahagian penyuntingan gambar khususnya. Dari segi penggunaan,Hotshots tidaklah semudah perisian Shutter apabila anda terpaksa menetapkan beberapa tugas terlebih dahulu sebelum mengambil gambar. Sebagai contoh,anda perlu menetapkan ‘mod penangkapan’,masa sebelum gambar diambil jika diperlukan dan apa yang perlu dilakukan selepas anda mengambil sesuatu gambar.
Perisian ini menyediakan pelbagai mod,antaranya ialah:-
Grab Screen (current) – Iaitu mengambil gambar seluruh permukaaan/posisi dekstop anda.
Grab All Screens (multi-monitors) – Sekiranya anda memiliki beberapa ‘monitor’ yang terhubung secara langsung. Maka fungsi ini perlu dimanfaatkan oleh anda.
Grab Window – Mengambil gambar bagi tetingkap yang sedang aktif.
Grab Region – Digunakan untuk mengambil gambar bagi sesuatu posisi/kawasan/permukaan.
Dan yang terakhir ialah Grab Freehand Region – Yang berfungsi sekiranya anda ingin mengambil gambar dalam bentuk yang rawak.
Apa yang perlu ditunggu lagi? Segeralah memasang perisian ini dan nikmati kebolehan dan menanggung segala kekurangannya. Sebelum itu,perisian ini tersedia untuk sistem pengoperasian Windows juga.
Panduan pemasangan pada sistem pengoperasian Linux (Ubuntu/Linux Mint).
Kini para pengguna Linux tidak perlu bimbang lagi untuk menggunakan sistem operasi ini kerana sebuah pemuat turun, yang mirip dengan IDM iaitu FlareGet telah melepaskan versi stabil 1.5-12, bersama-sama dengan Browser Integration (mirip IDM extension/addon) yang dahulunya perlu dibeli dalam pakej Pro!
Dengan adanya Browser Integration ini, kini anda sudah boleh memuat turun video-video dari laman Youtube. Lihat sahaja paparan gambar di bawah:
Sangat mirip dengan IDM bukan? Dengan adanya pemuat turun FlareGet ini, ia dapat memanfaatkan sepenuhnya kelajuan internet anda. Sepertimana lajunya IDM, seperti itu juga ia, pantas menyiapkan setiap tugasan muat turun dengan sempurna.
Beza antara versi percuma, dan juga versi berbayar kali ini hanyalah ‘segmen’ muat turun, yang mana versi percuma menyokong 4 segmen, manakala versi Pro 16 (kalau tak salah pemahaman saya).
Berikut adalah changelog penuh untuk versi ini:
flareGet (1.5-12) stable; Released: Wed, 17 July 2013* language added – Indonesian * new grabber optimized for Youtube.com * improved resume support – even on system crash or power failure * browser integration support for all browsers included in free version * speed limit support included in free version * support for auto-refreshing of URL and cookies included in free version * added support for mirror urls * added computer shutdown option in Action menu * full metalink support * fixed some bugs in scheduler * improved support for file sharing sites * fixed other minor bugs
Anda boleh muat turun FlareGet pada pautan berikut: FlareGet Download
Epik! Hahah! Itu saja yang mampu saya katakan ketika menyaksikan kemunculan pertama Ultraman Ginga. Saya tidak mahu bercerita panjang, kerana tak ingin memberikan spoiler sehingga menjejaskan mood anda untuk menonton episod pertamanya ini.
Tetapi apa yang pasti Ultrama Ginga ialah Ultraman paling hensem, gantang, style, ahhhhh.. senang cerita paling ohsem lah!
Adakah anda seorang yang kerap flash custom ROM? Aplikasi seperti Titanium Backup amat membantu orang seperti anda, namun jika anda cuma inginkan aplikasi pembuat fail sandaran yang ringkas, maka Super Backup adalah jawapannya. Dengan Super Backup anda boleh buat sandaran untuk fail aplikasi, SMS, Contacts, Call Logs, Calendar, dan Bookmark.
Kadang-kadang kita ingin cepat lakukan sesuatu dan kemudian pergi meninggalkan PC secara terburu-buru tanpa sempat menyimpan (save) apa-apa yang sedang kita lakukan ketika itu, ataupun tidak sempat untuk ‘membawanya bersama’. PushBullet mampu menyelesaikan masalah ini dengan menghantar kepada anda data-data atau nota-nota yang anda mahu. Cuma buka laman webnya di pautan ini, log masuk menggunakan e-mel pilihan anda, dan siapkan tetapan ikut pada kemahuan anda. (Letih nak ajar semua ni..haha..)
Aplikasi ini jarang sekali saya gunakan, tetapi kalau tak pasang, bila tiba waktu-waktu ‘terdesak’ hendak menggunakannya, rasa menyesal pula tak pasang dari awal. Jadi saya masukkan ia sekali ke dalam senarai aplikasi wajib ada. Walau pakai sekali-sekala, kalau ketika itu ia menjadi sangar berguna, apalah sangat kalau ia beberapa megabytes cuma, tak begitu?
Anonymous surfing adalah ‘core’ kepada ilmu-ilmu IT yang telah saya pelajari. Ia adalah permulaan kepada hidupnya blog My Hackers Are Here, yang kemudiannya dijenamakan semula kepada OMG! Hackers?. OpenVPN merupakan ‘core’ kepada semua kaedah anonymous surfing, dan ini bererti tahap kepentingannya kepada peranti Android tidak perlu dipertikaikan lagi.
Saya mula menggunakan aplikasi ini setelah terpandang widgetnya cantik pada skrin telefon bimbit seorang sahabat sewaktu kami berkursus di Malaysia Anti Corruption Academy (MACA). Widget aplikasi ini ringkas, menampilkan paparan 5 waktu solat. Pada tetapannya terdapat lokasi untuk kesemua negeri-negeri di Malaysia. Anda cuma perlu muat turun sahaja data lokasi dan waktu solat untuk negeri tersebut akan dipaparkan pada widget.
Satu penyakit telefon bimbit moden zaman ini ialah spesikasinya amat hebat, dengan pemproses Octacore, kamera 13MP, bla bla bla dan blaaa. Tapi bila tiba pada bateri, jumlah kuasanya tidak dapat ‘mengejar’ kemajuan teknologi yang ada pada telefon bimbit tersebut. Oleh itu kerap kali kuasa bateri cepat benar sirna. Ewahhh.. Ayat aku.. XD
Namun adakalanya, apabila kuasa bateri terlalu cepat habis, sedangkan anda baru sahaja menyahcas ia dari soket di dinding, bermakna mungkin ada sesuatu yang sedang menggunakan kuasanya secara berlebih dari yang sepatutnya. Tetapan sedia ada Android tidak dapat memberikan data terperinci tentang apa sebenarnya yang berlaku pada telefon anda, sama ada ia tidak masuk ke dalam state deep sleep, atau ada sesuatu yang menghidupkan skrin atau CPU ketika skrin mula terpadam
GSam Battery Monitor ialah aplikasi yang mampu memberikan maklumat terperinci mengenai apa yang telah menggunakan kuasa bateri, serta keadaan CPU, wakelock dan bermacam lagi data penting bateri anda. Pantau dan lihat sendiri apa yang menggunakan kuasanya, lalu tindakan selepas itu terserah kepada anda, sama ada mahu nyah pasang atau freeze sahaja.
Tasker ialah suatu ciptaan yang amat bagus sejak mula ia diperkenalkan lagi. Ini adalah kerana ia menjadikan Android Automation naik ke satu tahap yang membanggakan. Walaupun ia bersaiz kecil, tetapi fungsinya teramatlah besar. Untuk para pengguna biasa, mungkin boleh cuba ‘bermain’ dengan tetapannya yang mudah-mudah. Manakala untuk pengguna termaju, tetapan yang lebih sukar pula adalah lebih sesuai.
Ini merupakan satu-satunya pemain video untuk Android yang saya rasa tidak ada satu perkara pun hendak dirungutkan. Saya telah cuba pelbagai pemain video. Sebut saja namanya, MX Player, DicePlayer, VLC for Android (Beta). Ahhhh.. letih nak senaraikan semua!
MoboPlayer paling cemerlang, kerana selain cirinya yang kerap dikemaskini dan diperbaiki, apa-apa ciri baru yang diminta oleh pengguna, selalu pembangunnya ‘tunaikan’ Sebagai contoh dahulu saya pernah meminta supaya pembangun memasukkan ciri ‘Floating’, untuk multitasking yang lebih baik. Tidak sampai beberapa minggu selepas itu, apabila muat turun saja untuk kemaskini, ciri itu telah pun dimasukkan! Kudos devs!
Terdapat banyak storan awan yang mempromosikan servis mereka dengan pelbagai ciri menarik. Apapun saya memilih 3 storan ini kerana ia merupakan storan paling kerap saya gunakan.Skydrive, biasanya saya gunakan untuk menyimpan gambar-gambar yang telah diambil oleh kamera telefon bimbit. Google Drive pula saya gunakan untuk ‘blog stuff’, simpanan full album, dan juga fail-fail sandaran dari Super backup. Manakala Dropbox pula saya jadikan sebagai storan sandaran kepada kedua-dua storan itu tadi.
Saya suka memantau suhu telefon bimbit, dan juga berapa jumlah kuasa bateri yang sedang digunakan pada ketika itu. CurrentWidget aplikasi wajib yang saya akan pasangkan selepas flash mana-mana custom ROM.
Saya pernah membuat reviu mengenai Kii Keyboard di sini : Kii Keyboard. Swype Keyboard pula adalah papan kekunci kegemaran no 2 selepas Kii Keyboard kerana selain harganya yang murah, apa yang membuat saya tertarik untuk membelinya adalah kerana ia lebih ‘smooth’ dari semua papan kekunci untuk Android yang pernah saya cuba/beli. Setiap leretan jari terasa lebih ‘semulajadi’, dan words predictionnya juga boleh dikatakan lebih tepat meskipun leretan itu kadangkala seperti ‘main-main’ sahaja.
Nantikan siri ke kelima, iaitu siri selepas siri ke-empat! Hahaha! XD
Reviu bahagian pertama: Siri 1
Reviu bahagian kedua: Siri 2
Macam mana dengan reviu saya yang sudah-sudah? Masih belum cukup lagi bukan? (Macam ayat orang tua). Saya akan cuba selongkar lagi telefon ini dengan harapan dapat buat siri ketiga dengan koleksi aplikasi-aplikasi terbaik untuk rujukan kita bersama.
Aplikasi-Aplikasi Android (Tak Boleh Hidup Tanpanya!) Siri 3:
Saya bukanlah kipas-susah-mati Facebook. Saya buka FB hanya sekadar untuk kemaskini perkembangan blog ini sahaja, dan kadang-kadang bergurau-senda dengan skandal. Ehhh.. kawan!
Saya sudah mencuba aplikasi rasmi FB, namun tampaknya ia cenderung untuk menghabiskan bateri, dan juga saiznya yang agak besar selain perlu menggunakan aplikasi Pages Manager yang berasingan. Kemudian saya cuba pula Atrium, dan Friendcaster. Namun terdapat beberapa kelemahan pada keduanya yang tidak dapat saya terima. Akhirnya saya beralih kepada Fast for Facebook. Hmm.. nampaknya pilihan kali ini tepat.
Fast for Facebook, sesuai dengan namanya, sememangnya pantas. Ia juga boleh dikatakan ‘battery friendly’, dan anda boleh lakukan pengubahsuaian (customization) pada paparan antaramukanya, serta beberapa lagi tetapan lain yang amat sesuai untuk Android Power User!
Ada sesetengah orang suka gunakan System Tuner, ada sesetengah yang lain sukakan Android System PRO, Trickster MOD, ataupun SetCPU. Biar apapun pilihan anda, anda wajib mencuba Android Tuner. Di dalamnya terdapat pelbagai tetapan yang membolehkan anda jadikan Android anda sebagai Super Android! Paparannya mungkin agak ‘menakutkan’ untuk para pengguna baru, tetapi jika dibiasakan, kesemua tetapan itu sebenarnya mudah dipelajari, seperti CPU Control, Network Manager, Application Manager dan sebagainya lagi.
150 aplikasi dalam satu telefon bimbit mungkin agak banyak bagi sesetengah orang. Tetapi siapa yang tak suka dengan berita-berita, serta tawaran terbaru untuk Android? Disinilah kepentingan aplikasi Drippler, serta Fetch kepada pengguna. Drippler membawakan berita-berita serta tawaran-tawaran terbaru, sama ada promosi aplikasi mahupun aplikasi baru. Manakala Fetch pula adalah gudang kepada aplikasi-aplikasi terbaik, yang mana ia adalah dibangunkan oleh para pembangun Best Apps Market.
Jika anda kerap menggunakan pelayar web pada telefon bimbit, satu daripada perkara yang merunsingkan ialah servis pemendek URL. Jika ia bertindak seperti goo.gl atau bit.ly yang tidak memaparkan sebarang iklan beserta tempoh 5 saat, maka tiada masalah. Saya juga tiada masalah untuk klik pada mana-mana ‘iklan 5 saat’, namun jika terlalu banyak, kadang-kadang teruji juga kesabaran.
Unshorten ialah aplikasi bersaiz kecil, namun jasanya besar. Setiap servis pemendek URL boleh dipilih untuk ‘melaluinya’ terlebih dahulu. Kemudian Unshorten akan menjalankan tugasnya dengan memberikan kepada anda URL sebenar yang ‘bersembunyi’ disebalik servis pemendek URL tersebut.
Baru sebentar tadi anda diperkenalkan dengan Unshorten yang mampu menampilkan URL sebenar disebalik servis pemendek URL, URLy pula ialah utiliti kecil yang membantu pengguna untuk berkongsi URL yang panjang dengan memendekkannya. Terdapat lebih 40 servis yang disokong, contohnya goo.gl, bit.ly / j.mp, CloudApp, kcy.me, is.gd, to.ly, tinyurl.com dan lain-lain.
Amacam? Apa? Mahu lagi? Tak mengapa. Tak perlu minta, kerana senarai aplikasi penting saya sebenarnya belum habis lagi! Masih banyak lagi yang belum dimasukkan ke dalam entri! Hahaha! Chow sin chiiiii aaaaaaa~
Baru semalam Google Play Store melancarkan paparan antaramuka baharu, yang telah sekian lama dijanjikan kepada pengguna. Paparan antaramuka kali ini lebih tampak professional, dan ‘serasi’ dengan paparan antaramuka aplikasi Play Store pada Android.
Mungkin kita tidak nampak ada ciri-ciri baharu pada Google Play Store versi web ini, namun apa yang pasti, selain ia nampak lebih kemas dan cantik, prestasinya juga lebih pantas berbanding dahulu.
Tak lupa juga pengguna boleh terus menambahkan aplikasi ke dalam senarai Wishlist, selain boleh terus melihat paparan skrin bersaiz besar, dan melakukan navigasi pada kategori yang sangat banyak pilihannya.
Kini ia tampil lebih konsisten, lebih kemas, lebih kondusif, produktif, lebih awesome, errrr…
Anda boleh lihat sendiri Google Play Store di sini: Google Play Store
Saya mempunyai beberapa akaun Gmail, dan satu daripadanya telah pun bertukar kepada sistem tab, seeperti gambar di bawah:
Pun begitu, kesemua akaun Gmail telah saya tukarkan kepada sistem tab ini. Bagaimana caranya? Amat mudah. Cuba lihat butang tetapan Gmail di sebelah atas, kanan, dan klik padanya.
Setelah itu, klik pada ‘Configure Inbox’. Akan keluar popup seperti ini:
Tandakan pada mana-mana tab yang anda mahu, dan wal-lah! Siap!
Setakat ini, kelemahan yang ada pada sistem ini ialah anda tidak boleh menamakan sendiri (rename) tab-tab tersebut. Tetapi, hanya itu sahajalah kelemahannya. Apapun ciri tab ini boleh dikatakan lebih ‘style’ dan lebih produktif serta e-mel lebih tersusun. Saya mesti pilleeeyyyyyy.. Hahaha!
Semua orang tahu saya bukan jenis suka bikin entry yang ‘cliche’. Samalah halnya dengan filem-filem dan drama-drama Melayu yang semakin hari semakin cliche meskipun pengarahnya mengatakan ada kelainan.
Begitu juga dengan post saya ini. Seboleh-boleh dan semahu-mahunya saya tidak mahu ada point yang repetitive, atau perkara yang anda biasa ‘dengar’ dan baca di blog-blog lain. Jadi andai terdapat khilaf juga di bulan puasa ni, maafkanlah akal saya yang sedang kekusutan ini. Saya semahu-mahunya berikan isi kandungan yang terbaik setiap kali..errr..perghhh..cliche siot ayat niii.. XD
Life must go on. Entry kena juga bikin, kena update untuk peminat blog walaupun adakalanya cabaran kehidupan agak overwhelming. Phewww.. rupanya bila kepala sedang kusut, buka blog terus hati rasa ‘sejuk’.
Jadi apa lagi aplikasi yang saya rasakan sebagai aplikasi ‘core’ untuk telefon bimbit saya? Buat masa ini, terdapat lebih 150 aplikasi yang telah terpasang, termasuk dari fail bukan rasmi melalui Google Play. Dari 150 aplikasi, cuma separuh yang boleh dikatakan selalu saya gunakan, dan dari separuh itu, hanya beberapa sahaja yang boleh dikatakan sukar untuk teruskan kehidupan tanpanya. Fwahhhh..
Aplikasi-Aplikasi Android (Tak Boleh Hidup Tanpanya!) Siri 2:
Sebenarnya saya agak ragu juga nak masukkan aplikasi ini ke dalam senarai. Namun setelah stock messenger app pada telefon ini buat ‘hal’, sms yang dihantar tidak sampai, serta prestasi yang agak perlahan, maka saya gantikan stock app tersebut dengan Textra SMS. Hasilnya? Tak perlu diberi promosi lebih-lebih. Cuba sendiri.
Apalah ertinya ada data plan berkoyan-koyan, megabyte megabit serabut-seraban, tapi nak buka laman web tidak boleh kerana stock Android browser terlalu perlahan? Ehhh..
Next Browser adalah generasi baru pelayar web untuk Android. Selain saiznya yang kecil (3MB++), ia juga pantas membuka laman web kegemaran anda. Dicipta oleh pembangun yang sama dengan pembangun Next Launcher 3D, prestasi pelayar web ini bukan satu persoalan lagi.
Aplikasi pada zaman ini tiadalah lain yang menjadi sasaran para pembangun melainkan iklan. Iklan ini dapat membantu para pembangun menjana pendapatan mereka, kalau tak banyak sekalipun, dapat sedikit maka ringanlah jua bebanan harian mereka.
Namun jika iklan tersebut terlalu intrusif, dan mengganggu-gugat privasi pengguna, maka satu-satunya cara ialah dengan menyekat iklan tersebut dari terus muncul. AdAway adalah jalan penyelesaian kepada para pengguna yang sudah pun root peranti masing-masing. Ia bertindak melalui cara mengubahsuai fail host, dengan meletakkan ‘penapis’ kepada iklan-iklan.
Buat umat Islam, di bulan puasa ni, kalau nak banyakkan amal dan cepat pula dapat pahala, Quran Android ni dikirakan sebagai ‘wajib ada’. Namun harapannya biarlah dibulan-bulan lain pun ia sentiasa terpasang jua kerana…. errr.. cliche tak kalau saya bikin ceramah percuma? XD
Apa yang saya amat suka pada aplikasi ini, selain ia percuma, ia juga mempunyai koleksi terjemahan yang hebat, sama ada dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris. Ia juga punyai kebolehan untuk bookmark, dan anda boleh muat turun audio dari qari-qari terkenal untuk mendengarkan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran pada surah pilihan anda.
Pada mulanya, saya tak keruan kerana saya perlu pilih salah satu, sama ada ES File Explorer ataupun X-Plore File Manager. Namun setelah saya melakukan percubaan selama beberapa lama (tak ingatlah berapa lama!), saya simpulkan X-Plore File Manager adalah lebih baik. Kenapa?
1. Dual Panel.
2. Root Function (ada juga pada ES File Explorer).
3. Saiz lebih kecil, lebih kurang benda-benda yang ‘bloated’! (1MB++)
4. Prestasi (performance) lebih baik.
5. Setiap kali dibuka, ia akan ‘ingat’ direktori terakhir yang telah dibuka.
Android sinonim dengan aplikasi-aplikasinya yang teramat banyak, meliputi aplikasi untuk kegunaan harian, bisnes, kerja-kerja di pejabat, aplikasi info mahupun permainan.
Melalui artikel kali ini, saya ingin berkongsi beberapa siri aplikasi Android, yang saya labelkan sebagai ‘Tak Boleh Hidup Tanpanya!’. Kerana tanpa aplikasi-aplikasi ini, terasa tak lengkap hidup seharian, mandi pun tak basah, tidur tanpa lena. Ehhh..
Baiklah, mari kita terus kepada tajuk entri. Aplikasi yang saya senaraikan ini tidak saya masukkan ke dalam kategori-kategori, sebaliknya hanya disenaraikan secara rawak sahaja.
Sukar sekali menguruskan fail dalam sdcard jika terpaksa membawa kabel USB ke mana-mana. Kalau terlupa huru-hara hidup dibuatnya. Jika menggunakan Linux pula, agak sukar untuk membuat sistem operasi tersebut mengenalpasti telefon bimbit yang sedang digunakan.
Jadi apakah cara ‘universal’ yang boleh digunakan pada mana-mana sistem operasi, dan tidak perlu kusutkan minda untuk sentiasa membawa kabel USB? Ya, iaitu melalui sambungan internet. Aplikasi yang mampu menjadi jambatan antara PC dan juga telefon bimbit Android melalui perantaraan internet ini ialah Airdroid.
Fail-fail yang terdapat dalam sdcard anda boleh diakses oleh Airdroid melalui pautan web.airdroid.com.Anda cuma perlu log masuk melalui pautan tersebut, buka Airdroid pada telefon bimbit anda dan selesai, kedua peranti kini sudah terhubung tanpa sebarang wayar. Jika hendak ditulis mengenai Airdroid, tidak habis satu laman entri untuknya. Jadi anda bolehlah mencuba sendiri untuk merasai teknologi tanpa wayar ini.
Anda mahu jimatkan penggunaan bateri pada tahap maksima? Deep Sleep Battery Saver Pro (DS Battery Saver) adalah jawapannya. Bagaimana ia berfungsi? Cuba lihat dahulu gambar di bawah:
Aplikasi ini bertindak dengan cara ‘meletakkan’ mode telefon anda secara konsisten kepada mode deepsleep. Anda cuma perlu siapkan tetapan profil tabiat penggunaan telefon bimbit anda sama ada mengikut hari bekerja atau cuti di waktu hari minggu, dan DS Battery Saver akan menjalankan tugasnya. Anda pasang, kemudian siapkan profil, dan boleh lakukan apa yang anda suka dengan minda yang tenang tanpa perlu memikirkan kuasa bateri.
Kalau ada satu aplikasi yang anda tanyakan pada saya jatuh dalam kategori ‘berbayar tetapi berbaloi’, inilah dia aplikasinya. Neutron Music Player adalah aplikasi untuk para Audiophiles memeram kasih bersama-sama dengan lagu-lagu yang disimpan dalam sdcard. Ahhh..apalah guna ada reviu dahulu? Baca reviu aplikasi ini di sini: Neutron Music Player – Pemain Muzik Android Khas Untuk Audiophiles!
4.WhatsApp+(Percuma untuk setahun, USD0.99 untuk tahun berikutnya)
Populariti aplikasi mesej (Messaging App) WhatsApp sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Apa yang membuatkan ianya popular? Saya cuba mencari jawapan jitu untuk persoalan ini dengan memasang pelbagai aplikasi mesej lain seperti WeChat, LINE, Viber, KakaoTalk dan juga Minus. Setelah beberapa hari ‘bermain’ dengan kesemua aplikasi tersebut, aplikasi-aplikasi pesaing WhatsApp hanya mempunyai satu persamaan, iaitu kurang pengguna! Haha!
Jadi apa lebihnya WhatsApp+ berbanding Whatsapp rilisan rasmi di Google Play Store? Kalau dah namanya pun WhatsApp Plus, dah tentulah ada penambah perisa monosodium glutamate dalamnya! Secara asas WhatsApp+ adalah versi yang boleh diubahsuai mengikut citarasa anda, sama ada dari segi warna, tema, saiz, dan pelbagai lagi kesan visual lain. Ia juga mempunyai pemuat turun tema terbina dalam. Sememangnya sangat sesuai untuk Android Power User.
Anda tidak suka dengan cara sistem Android menetapkan wallpaper pada home screen telefon bimbit anda? Ya, saya juga tidak suka kerana cara ia menetapkan paparan wallpaper dengan kaedah cropping yang tidak ‘fully customizable’, sangat tidak ‘kena dengan selera’ pandangan mata.
Jadi Wallpaper Wizardrii adalah penyelamat apabila aplikasi ini mempunyai pelbagai cara menetapkan paparan wallpaper, daripada cara Crop ‘Exact’, ‘Landscape’, ‘Portrait’, dan pelbagai lagi pilihan yang sesuai dengan kehendak diri pengguna. Android Power User, anda pasti suka.
Jadi saya tamatkan terlebih dahulu Siri Pertama ini di sini. Di waktu akan datang, InsyaAllah saya akan cuba bawakan beberapa lagi aplikasi Android yang kita tak boleh atau sukar hidup tanpanya! Ewahhhh..
Penggunaan terminal dalam sistem operasi Linux adalah sangat penting.
Ini kerana hampir semua proses yang mampu laku dalam Linux dilakukan
melalui aplikasi terminal. Haa nak format cd/dvd pun boleh buat dengan
menggunakan terminal. Hebat tak hebat hehehe..
Jadi, bukak terminal dan masuk baris perintah di bawah
cdrecord -v dev=/dev/cdrom blank=fast
Merah – tukar kepada nama disc anda. Secara lalai (default) ia berlabel sr0 atau scd0. Biru – kelajuan ketika format.
Kalau proses berjaya maka akan keluar ayat-ayat macam dekat bawah
Starting to write CD/DVD at speed 2.0 in real BLANK mode for single session. Last chance to quit, starting real write in 0 seconds. Operation starts. Performing OPC… Blanking PMA, TOC, pregap Blanking time: 48.879s
Punca Proses Format Mendapat Ralat
1. Wrong device path
Tukar /dev/cdrom kepada label asal disc anda.
Untuk mengenal pasti disc korang, buka “Dash” > isi “Disk”
2. Disc is mounted
Ini berlaku kerana masih ada data atau disc masih belum di keluarkan dari panel disc.
Ralat yang akan diterima: Error trying to open /dev/cdrom exclusively (Device or resource busy)… retrying in 1 second.
Error trying to open /dev/cdrom exclusively (Device or resource busy)… giving up.
WARNING: /dev/cdrom seems to be mounted!
wodim: Device or resource busy.
Yang ni mudah, cuma perlu keluarkan disc atau erti kata lain “eject” disc tersebut. Kalau nak lebih advanced katakoo, boleh pakai terminal juga. Gunakan baris perintah
umount /dev/cdrom
Tak nak buang masa? Haa boleh jalankan kedua-dua proses dalam satu masa. Masukkan baris perintah di bawah