Utama Blog Laman 210

GOM Web-VPN Review

0

Terdapat sesetengah dari pengguna akhir yang tidak mahu menggunakan sesuatu perisian secara ‘rumit’. Ada daripada kita yang hanya mahu ‘klik-klik-klik dan siap’. Dari itu wujud pelbagai jenis servis yang ditawarkan hanya melalui plugin/addon atau extension pada pelayar web sahaja.

Samalah halnya dengan GOM Web VPN. Ia merupakan satu servis VPN, yang ditawarkan dalam bentuk extension pelayar web Google Chrome. Pada pengguna akhir yang bukan ‘IT Nerd’, ini mungkin salah satu jalan penyelesaian mudah kerana dengan hanya memasang extension sahaja, mereka akan dapat menikmati apa yang pengguna VPN lain nikmati seperti:

1. Dapat melepasi sekatan terhadap laman web.

2. Dapat menyembunyikan alamat IP sebenar.

3. Lebih privasi ketika melayari internet, dan lain-lain lagi.

GOM Web VPN didatangkan dalam dua versi langganan iaitu percubaan (trial) dan juga premium (berbayar).

Setakat beberapa hari saya mencuba servis ini, kelajuan ketika melayari laman-laman web adalah agak bagus. Tetapan (setup) juga adalah ringkas kerana anda cuma perlu klik untuk pasangkan extension, seterusnya buat satu akaun, dan siap.

Jika anda berminat dengan servis ini, anda boleh klik pada salah satu pautan di bawah untuk mencubanya:

GOM Web VPN (Official Web Site)

GOM Web VPN (Chrome Web Store)

Untuk para pengguna Firefox anda mungkin berminat untuk mencuba Cocoon.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Klien FinchVPN Untuk Windows Dinaik Taraf Versi

0

Setelah sekian lama menggunakan klien rasmi FinchVPN, akhirnya ia telahpun dikemaskini kepada satu bentuk paparan antaramuka pengguna baru yang lebih segar, diberi ‘nafas baru’, dan tampak lebih dinamik serta moden.

Buat para pembaca yang masih belum mengetahui dan juga belum menggunakan klien rasmi FinchVPN ini, anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah:

Apa yang anda perlu untuk menjalankan klien ini selain sistem operasi Windows 7/8/8.1 ialah Net Framework 4.5. Anda boleh klik pautan di bawah untuk muat turun perisian tersebut:

Net Framework 4.5 Download (Offline Installer)

Buat pembaca yang mahu melanggan servis OpenVPN ini, sila klik pada pautan berikut:

FinchVPN

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

LINE whoscall – Aplikasi Pintar Pengesan ID Nombor Telefon Bimbit

0

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh Alina Chen, salah seorang daripada team Business Development Gogolook, sebuah syarikat aplikasi telefon bimbit pintar dari Taiwan. Syarikat ini bertanggungjawab membangunkan aplikasi Linewhoscall, iaitu sebuah aplikasi pengesan ID pemanggil.

Secara jujurnya saya pernah menggunakan aplikasi sepertinya sebelum ini, cuma ada beberapa sebab yang menyebabkan saya menjadi tidak tertarik untuk terus menggunakannya. Selain paparan antaramuka yang tidak menarik, bugs juga mengganggu-gugat perasaan sabar saya.

Namun sebaik menggunakan Linewhoscall, saya rasa ianya agak bagus, meskipun terasa sedikit ‘heavy’ (maksud saya ianya agak ‘lambat’ sedikit). Dari segi paparan antaramuka pengguna, saya tiada komen yang tidak bagus mengenainya. Anda boleh lihat sendiri melalui paparan skrin di bawah:

Berikut adalah ciri-ciri Linewhoscall:

• Instant caller ID identification
Identify background information of incoming unknown calls in a blink through tags reported by other users, internet search results, and our comprehensive global database. 

• Block unwanted calls and SMSs forever
Block calls and SMSs intelligently to ensure a harassment-free calling experience. 

• Database with over 600 million phone numbers
Search global database of 600,000,000 phone numbers. 

• Tag Numbers
Tag phone numbers and create an integrated phone number database to create a reliable communication network for everyone.
Offline Database – Fast phone number search and offline accessibility
Get the complete offline database for FREE 

• Call Guard Database – Constantly updated list of malicious and unwanted phone numbers like spam, telemarketing, and fraud calls. 

• Yellow Page Database – Comprehensive phone number directory of local businesses and institutions.
By downloading these databases to your phone, you can instantly identify caller IDs even if there is no internet connection.
**The offline databases are available only in the following countries (Taiwan, Japan, Hong Kong, Korea and USA.)

Daripada paparan skrin yang telah saya muat naik itu, anda dapat lihat nombor telefon tidak dikenali telah pun di-tag oleh pengguna Linewhoscall yang sebelumnya. Apa yang menarik, ia juga punyai fungsi carian di internet untuk memudahkan lagi pengesanan ID pemanggil. Ini amat membantu dan berkesan sekali, kerana kadang-kala nombor telefon yang tidak dikenali tersebut masih lagi belum di-tag oleh sesiapa.
Baiklah. Cukup setakat ini entri pengenalan Linewhoscall. Anda yang berminat bolehlah muat turun aplikasi ini melalui pautan di bawah:

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

WonderFox Video Converter Factory Pro Giveaway

0

Saya telah dihubungi melalui e-mel oleh pembangun aplikasi/perisian ini beberapa minggu lepas, yang menyatakan hasratnya untuk memberikan perisian WonderFox Video Converter Factory Pro secara percuma melalui kempen giveaway back-to-school.

Kempen pemberian perisian secara percuma ini akan berjalan sehingga 15 September 2014. Jadi apakah perisian tersebut? Saya cuba quote sedikit dari e-mel yang dihantar kepada saya:

WonderFox Video Converter Factory Pro is an all-in-one, fast, reliable and easy-to-use video conversion software. 100 + formats are supported. You can convert 50 videos at ONE time with faster speed than other video converters. 0-Quality-Loss Guaranteed.

Namun untuk pengetahuan anda, versi perisian yang diberikan ini adalah tanpa ada sebarang kemaskini (update), dan juga tiada sebarang bentuk sokongan (support) dari pembangunnya. Jika anda mahukan versi penuh (full version), anda bolehlah berbuat demikian dengan membeli lesennya di alamat URL berikut:

Klik —> WonderFox Video Converter Giveaway (FREE)

Klik —> WonderFox Video Converter Pro Full Version

Saya berharap agar anda dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini. Silakan muat turun dan cuba untuk bereksperimen dengan perisian ini.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Tutorial C++ 7: Declare Variable – Data Type “double” dan “float”.

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini bertujuan untuk mengajar anda cara untuk “declare variable” dan cara untuk menggunakannya. Artikel ini juga ada sambungan daripada artikel yang lepas, bagi sesiapa yang belum baca pengenalan anda boleh click disini.

Sebelum memulakan tutorial ini, anda perlu memahami perkara paling asas, anda boleh baca di sini. Saya akan cuba untuk mengajar anda untuk guna Data Type double dan float. Variable ini anda boleh dianggap ia sebuah bekas, dan Data Type itu adalah jenis bekas apa dan apa yang boleh di simpan di dalam bekas tersebut. 

Contoh penggunaan Data Type double:

Penerangan: 
Line 7:  “double hacker = 50.786;double adalah Data Type yang digunakan untuk declare variable. Manakala hacker pula adalah identifier atau nama kepada variable yang kita declare. hacker = 50.786; ini dipanggil initialize value, dimana kita memberikan nilai awalan kepada variable ini. Maksudnya nilai awal untuk variable hacker adalah 50.786(secara lalai), dan nilai ini boleh berubah jika nilai dalam variable ini digantikan dengan nilai yang lain.

Line 9: 
cout << hacker << endl; Baris ini bermaksud display nilai bagi variable hacker. Bermakna apa sahaja nilai yang di simpan di dalam akan didisplay / diprint. 

Merujuk kepada jadual di atas Data Type jenis double =boleh menyimpan apa-apa nombor termasuk dengan nombor perpuluhan. Tetapi anda memasukkan sesuatu data yang berlainan daripada nombor, contoh huruf maka error akan keluar. Ini kerana Data Type int tidak boleh menyimpan data yang lain selain daripada nombor.

Contoh:

Untuk penggunaan Data Type “float” pula ia adalah sama seperti cara penggunaan Data Type “double” yang membezakannya hanyalah limit (had) data yang boleh disimpan. Limit tersebut boleh dirujuk di dalam jadual di atas.

Contoh:

Harap anda dapat memahami tutorial yang serba ringkas ni. Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke felices.catus@gmail.com 

Views: 16

Iklan Newspaper Inline

Tutorial C++ Bahagian 6: Declare Variable – Data Type “short” dan “int”

0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini bertujuan untuk mengajar anda cara untuk “declare variable” dan cara untuk menggunakannya. Artikel ini juga ada sambungan daripada artikel yang lepas, bagi sesiapa yang belum baca pengenalan anda boleh click disini

Sebelum memulakan tutorial ini, anda perlu memahami perkara paling asas, anda boleh baca di sini. Saya akan cuba untuk mengajar anda untuk guna Data Type int dan char. Variable ini anda boleh dianggap ia sebuah bekas, dan Data Type itu adalah jenis bekas apa dan apa yang boleh di simpan di dalam bekas tersebut.

Contoh penggunaan Data Type int:

Penerangan:

Line 7: 
“int hacker = 50;”
int adalah Data Type yang digunakan untuk declare variable. Manakala hacker pula adalah identifier atau nama kepada variable yang kita declare. hacker = 50; ini dipanggil initialize value, dimana kita memberikan nilai awalan kepada variable ini. Maksudnya nilai awal untuk variable hacker adalah 50(secara lalai), dan nilai ini boleh berubah jika nilai dalam variable ini digantikan dengan nilai yang lain.



Line 9: cout << hacker << endl; Baris ini bermaksud display nilai bagi variable hacker. Bermakna apa sahaja nilai yang di simpan di dalam akan didisplay / diprint.

Merujuk kepada jadual di atas Data Type jenis int hanya boleh menyimpan nombor bulat sahaja. Jika anda memasukkan sesuatu data yang berlainan daripada nombor bulat, contoh huruf maka error akan keluar. Ini kerana Data Type int tidak boleh menyimpan data yang lain selain daripada nombor bulat.

Contoh: 

Data Type int ini juga tidak boleh menyimpan nombor perpuluhan. Jika anda memasukkan nombor perpulahan, ia tidak akan disimpan didalam variable tersebut.

Contoh: 

Untuk penggunaan Data Type “short” pula ia adalah sama seperti cara penggunaan Data Type “int” yang membezakannya hanyalah limit (had) data yang boleh disimpan.

Harap anda dapat memahami tutorial yang serba ringkas ni. Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke felices.catus@gmail.com 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Apa Beza Antara Bytes Dengan Bits?

0

Apabila menyebut tentang internet, tidak dapat tidak kita tak boleh lari daripada menyebut tentang kedua unit ini. Bytes vs Bits. Berikut adalah terjemahan unit-unit tersebut yang saya salin dari About.com:

A bit is a single numeric value, either ‘1’ or ‘0’, that encodes a single unit of digital information. A byte is a sequence of bits; usually eight bits equal one byte.

Untuk memudahkan pemahaman anda:
1 Byte = 8 Bits
Kebiasaannya, Penyedia Servis Internet (ISP) gemar menggunakan unit Bits, kerana ia tampak lebih ‘besar’ pada mata pengguna purata (average consumer). Saya tampilkan contoh berikut:

1 Byte =8 Bits

Jadi, untuk kelajuan SEBENAR, bagi kelajuan muat turun 10Mbps (Megabit-per-second) adalah:

10 Mbps [Megabit-per-second]
=10000 Kbps [Kilobit-per-second]
=1.25 MB/sec [Megabyte-per-second]
=1250 KB/sec [Kilobyte-per-second]

Bergantung kepada perisian yang anda guna, sebagai contoh Internet Download Manager yang menggunakan Megabyte-per-second sebagai unit kelajuan, maka kelajuan ‘sebenar’ bagi 10Mbps adalah secara purata maksimanya = 1.25 MB/sec.

Saya berharap penjelasan ringkas ini mampu membuatkan anda faham, bahawa kelajuan muat turun yang sebenar diukur atau kebiasaannya ditunjukkan melalui/menggunakan unit MB/sec. Unit Megabit hanya digunakan oleh ISP untuk tujuan promosi kepada pengguna purata yang kebiasaannya hanya akan nampak nombor-nombor yang lebih besar.

Siapa yang tidak suka dengan kelajuan 30Mbps bukan?

30Mbps = 3.75MBps

Sekian.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Membeli Aplikasi Di Google Play Store

0

Sejak saya dengan kuat ‘mempromosi’ gaya hidup yang lebih baik iaitu dengan menyokong pembangun aplikasi melalui pembelian aplikasi mereka, saya mendapat beberapa cadangan dari pembaca yang mahukan tutorial ini.

Betapa pentingnya sokongan kita terhadap mereka biarpun cuma RM1 namun ia mampu menaikkan lagi semangat mereka untuk terus mengekod aplikasi dan mengemaskini ia dari semasa ke semasa. Relakah kita untuk melihat Google Play Store dipenuhi aplikasi-aplikasi ‘sampah’ dek kerana kita yang selalu menggunakan aplikasi lanun?

Baiklah. Untuk membeli aplikasi dari Google Play Store, apa yang diperlukan ialah sama ada kad kredit atau kad debit. Itu sahaja. Saya tidak pasti kalau-kalau ada antara kita yang Google Play Store-nya mempunyai pilihan untuk membayar melalui PayPal, namun kalau ada baguslah. Anda boleh terus ‘setup’ dan terus membeli.

Tetapan Kad Kredit/Debit

Caranya mudah sahaja. Buka Google Play Store pada peranti anda, jika belum log masuk akaun Google, log masuklah terlebih dahulu dan sahkan akaun anda itu. Setelah itu, pilih mana-mana aplikasi yang ingin anda beli, lalu klik pada butang ‘Buy’. Setelah itu, anda akan diberi pilihan untuk memasukkan nombor kad kredit atau debit anda. Sila klik pada ‘Add credit or debit card‘, lalu masukkan butiran kad kredit/debit anda. Butiran ini mudah sahaja, anda cuma perlu masukkan nombor yang tertera pada kad, dan juga tarikh luput kad serta nombor 3 digit yang berada di belakangnya (CVC).

Sesudah itu, jika tiada sebarang masalah dengan butiran kad, anda boleh terus tekan ‘Buy’, dan sejurus selepas itu aplikasi yang anda pilih untuk beli akan terus dimuat turun.

Selain dari cara ini, anda juga boleh memilih untuk membuat tetapan melalui laman Google Wallet. Pada laman tersebut, pilih Payment MethodsADD A CREDIT OR DEBIT CARD, dan anda boleh masukkan butiran kad anda sepertimana cara di atas. Apabila siap sahaja tetapan ini, butiran kad anda secara automatik akan terus keluar pada pilihan menu di Google Play Store.

Selamat mencuba!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Modern Combat 5 Dilepaskan Untuk Android!

0
Akhirnya, penantian untuk permainan dari Gameloft ini sudah pun sampai ke penghujungnya apabila mereka telah melepaskan Modern Combat 5 (MC5) untuk peranti Android.

Pengguna Android selalu ternanti-nanti akan permainan yang menyamai console, sekurang-kurangnya pada kualiti grafik. Apapun jom kita tonton dahulu ‘gameplay’ untuk MC5 ini.



Berikut saya quote ciri permainan ini dari Gameloft:

CHOOSE YOUR FAVORITE CLASS> 4 customizable classes that you can level up across single- and multiplayer
> Find the play style the suits you: Assault, Heavy, Recon, or Sniper
> Activate class-specific skills by earning and spending Skill Points
HIGH-POWERED MULTIPLAYER
> Epic team clashes in Squad vs. Squad matches
> Talk to other players in Global and Squad Chat
> Individual and Squad leaderboards
> Win cool rewards in the limited-time events
UNIFIED GAME PROGRESSION> Accumulate XP and level up by playing both single-player missions and multiplayer matches
> Unlock higher-tier weapons by mastering lower-tier ones
> Customize the perfect weapon using a host of attachments and jump straight into the action
INTENSE SOLO CAMPAIGN
> Fast-paced story missions with various challenges taking you from Tokyo to Venice
> Play the new Spec-Ops missions for a real FPS adrenaline rush
> Flawless graphics, music and voice performances perfectly adapted for a shooter game
HIGHLY CUSTOMIZABLE CONTROLS> Intuitive, highly customizable controls so you can play the game just the way you want

Buat masa ini harga yang ditawarkan agak mahal iaitu RM23.26, dan boleh dibeli dengan mudah di Google Play Store. Berkemungkinan harganya akan diturunkan, sama seperti permainan Gameloft yang lainnya, namun sanggupkah anda tunggu promosi? Kerana mengikut pengalaman saya banyak permainan mereka yang telah diturunkan pada harga ‘melampau’ iaitu sebanyak RM3 setiap satu (lebih kurang 0.99USD).

Apa yang boleh saya katakan, permainan ini sememangnya berbaloi kerana selain kualiti grafik yang bagi saya memuaskan hati, jalan cerita (story line) juga agak baik selain dari ciri berbilang pemain yang telah diimplementasikan.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

FlareGet Melepaskan Versi Terbaru 3.2-42

0
Seperti yang kita semua sedia maklum, Windows mempunyai perisian pemuat turun yang popular, iaitu Internet Download Manager. Perisian ini seringkali menjadi pilihan pemuat turun tegar kerana cirinya yang membantu dalam memuat turun sesuatu fail secara stabil dan tersusun dengan baik.
Sebelum ini, saya pernah mengulas mengenai FlareGet, iaitu sejenis perisian pemuat turun berciri sama seperti Internet Download Manager, namun lebih popular di kalangan pengguna Linux dek kerana ia lebih ‘native’ buat Sistem Operasi tersebut.
Anda boleh lihat artikel sebelumnya melalui pautan-pautan di bawah:

Jadi apa yang baru dalam versi 3.2-42?

flareGet (3.2-42) stable; Released: Tue, 1st July 2014
* fixed crash in ftp downloads
* slight improvement in merging speed
* fixed merging failure bug for files greater than 4GB on 32 bit Linux
* fixed file name encoding issues causing download failure
* fixed a major display bug
* other minor bug fixes and improvements

Lihatlah beberapa paparan skrin perisian ‘IDM Untuk Linux’ ini:

Berminat untuk mencuba? Anda boleh muat turun perisian ini di sini:

Klik -> FlareGet 3.2-42

Untuk pengguna Arch Linux, anda boleh pasang FlareGet melalui AUR.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline