Utama Blog Laman 202

Pimp My uTorrent : Hapuskan Iklan Pada uTorrent Dengan Satu Klik

0
Pengguna sedia maklum akan klien torrent dari BitTorrent Inc. iaitu uTorrent. Perisian ini jika dipasang dan digunakan secara lalai (default), akan ada iklan-iklan yang keluar melalui celahan-celahan dan rekahan-rekahan perisian tersebut. Macam filem seram lagaknya.

Tetapi ada artikel di sini yang menjelaskan kaedah mudah untuk menghapuskan iklan-iklan tersebut. Kalau anda belum tahu caranya, sila ke pautan ini : Hapuskan Iklan Pada Aplikasi uTorrent
Untuk pengguna harian, cara ini mungkin sedikit terkedepan dan mereka berasakan payah untuk melakukannya.

Kini terdapat cara yang lebih super duper ohsem Billion The Mines Low Yat Mudah.my iaitu Pimp My uTorrent. Anda tidak perlu membuka tetapan pada uTorrent, tidak perlu memasang apa-apa aplikasi mahupun memanggil Bomba datang ke rumah dek kerana PC anda terbakar akibat api kemarahan disebabkan iklan tersebut.

Anda cuma perlu klik pada bahagian ‘Pimp My uTorrent’ di laman tersebut dan siap. Tak perlu mempunyai IQ yang genius sekalipun dah boleh melakukannya.

Cuma buat masa ini ia hanya terdapat untuk pengguna klien Windows sahaja. Untuk Mac, manual lah jawabnya. Sedikit tips dari saya, jika anda menggunakan extension HTTPS Everywhere, sila nyahaktifkan ia terlebih dahulu kerana laman ini hanya boleh berfungsi melalui pautan HTTP sahaja.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Xposed Framework Untuk Lollipop Kini Berstatus Alpha

0
Sangat ramai pengguna yang menginginkan supaya Xposed Framework dapat digunakan pada Android Lollipop supaya mereka tidak perlu menurun taraf kepada versi KitKat hanya semata-mata untuk menggunakannya.

Kini impian itu seakan tiba apabila Senior Recognized Developer dari XDA iaitu rovo89 telah mengumumkan bahawa Xposed Framework untuk Lollipop dilepaskan dalam status alpha.

Sila ambil perhatian bahawa disebabkan ia masih dalam status alpha, maka bugs adalah dimana-mana saja. Ia boleh buat peranti anda ‘bootloop’, terutamanya peranti Samsung yang menggunakan stock ROM.

Xposed Framework Alpha ini hadir dalam 3 bentuk iaitu :

xposed-arm-20150213b.zip : Mesti di-flash melalui custom recovery untuk memasang Framework.

XposedInstaller_3.0-alpha1.apk : Mesti dipasang untuk menguruskan modules.

XposedBridgeApi-20150213.jar : API khas untuk para pembangun module.

Ini bermaksud jika dalam versi untuk KitKat anda cuma perlu pasangkan fail apk, pasangkan Framework melalui aplikasi Xposed Framework tersebut, reboot dan siap, dalam versi alpha untuk Lollipop ini pemasangan Framework adalah melalui custom recovery, itu sahaja bezanya.

Sekali lagi diingatkan ia berstatus alpha. Pepijat dan sarang labah-labah ada dimana-mana.

Sumber : [OFFICIAL] Xposed for Lollipop

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Review Guitar Pro [Amazon Appstore]

0

Assalamualaikum dan selamat malam readers 🙂

Artikel ini adalah kesinambungan kepada artikel dari Abang Arya tentang apps yang diberi secara percuma oleh Amazon Appstore iaitu Guitar Pro.

Aplikasi popular Windows ini kini boleh didapati di peranti Android walaupun sebenarnya artikel ini lahir agak lewat setelah beberapa versi Guitar Pro (berharga $6.59) dilepaskan kepada umum.

Pemain gitar yang hebat, makcik kantin sekolah, abang jaga hospital, PM Najib Razak atau sesiapa sahaja yang enthusiast terhadap instrumen gitar ini seharusnya mendapatkannya (kini secara percuma oh, siapa nak bagi?) di Amazon Appstore tanpa berlengah lagi.

Artikel ini sebenarnya ingin ditulis lebih panjang yang boleh, namun kerana overexcited, ilham tengah shock nak datang mencurah curah ke ladang gandum. Maka, artikel ini datang ringkas tapi padat.

The Guitar Pro mobile app offers the playback functionalities of the desktop software, reproducing the sound of over 80 instruments. Whenever you are rehearsing, touring, or with friends, have your scores right at hand at all time. — GuitarPro.com

Paparan antaramuka yang noob-friendly memudahkan pengguna untuk menggunakannya walaupun anda seorang pemula.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada Guitar Pro :

  1. Score Player
  2. Sound Rendering
  3. Notepad
  4. Smart Playback
  5. SNS
  6. Import/Export
  7. MySongBook
Turut disertakan beberapa paparan Guitar Pro.

InsyaAllah kalau ada kelapangan, akan saya tulis review beberapa apps lagi yang tak kurang menariknya.

Signing Off,
MiM Jawi.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cool-Retro-Term Ialah Sebuah Terminal Dengan Tampilan TV Retro

0
Anak-anak zaman sekarang tidak akan tahu apa itu ‘TV Gemuk’. Mereka juga tidak tahu, yang ‘TV Gemuk’ itu jika bermasalah, hanya perlu ‘tampar’ saja di ‘pipinya’, lalu seringkali TV Gemuk yang bermasalah itu akan kembali pulih seperti sediakala.

Kalau anda dari zaman itu dan rindukannya, atas apa jua sebab, nah.. sebuah terminal untuk Linux dan Mac yang membuat mimik ‘TV Gemuk’ itu telahpun dibangunkan, dan kini versi stabil 1.0.0 telah dilepaskan, dengan nama gelaran Cool-Retro-Term.

Anda boleh lihat paparan-paparan skrin di bawah:

Para pengguna Arch Linux boleh pasangkan terus Cool-Retro-Term melalui AUR. Bagi pengguna Ubuntu pula boleh gunakan PPA ini.

Bagi dependencies, untuk Ubuntu, sila pasangkan:

build-essential qmlscene qt5-qmake qt5-default qtdeclarative5-dev qtdeclarative5-controls-plugin qtdeclarative5-qtquick2-plugin libqt5qml-graphicaleffects qtdeclarative5-dialogs-plugin qtdeclarative5-localstorage-plugin qtdeclarative5-window-plugin

Untuk Arch Linux:

qt5-base qt5-declarative qt5-quickcontrols qt5-graphicaleffects

Untuk lain-lain distro, sila ke laman ini bagi mendapatkan info pemasangan.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Lebih Dari USD140 Aplikasi Dan Permainan Diberi Percuma Di Amazon Appstore

0
Untuk hari ini, terdapat lebih kurang 35 aplikasi dan permainan yang diberikan secara percuma di Amazon Appstore.

Terdapat tajuk-tajuk besar seperti Back To Bed, 80 Days, OfficeSuite Professional 8, Sworkit Pro, Sleep as Android (Unlock), Runtastic Pro GPS Running, Walking & Fitness Tracker, Shazam Encore, dan pelbagai lagi aplikasi yang menanti untuk dimuat turun oleh anda.

Ini bukan satu perkara yang patut dilepaskan oleh anda. Peluang yang datang sekali-sekala ini harus dimanfaatkan sebaiknya. Kalau anda masih belum ada akaun Amazon Appstore, buatlah satu sekarang. Kerana dari pengamatan saya, Amazon sememangnya akan memberikan aplikasi-aplikasi serta permainan-permainan secara percuma bila tiba masa tertentu.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Direct Download Torrent Files Using IDM

0

Assalammualaikum.. Apa khabar semua? Harap-harap sihat belaka. Maaf tajuk dalam bahasa inggeris, kerana kalau diterjemah ke bahasa Malaysia mungkin akan agak panjang.. hehe..

   Semua sudah sedia maklum bahawa muat turun fail ‘torrent’ bukan asing lagi dikalangan pembaca OMG Hackers. Sebelum ini kita diperkenalkan dengan laman sesawang “Zbigz.com” yang membolehkan kita memuat turun fail ‘torrent‘ tanpa memerlukan kita memasang ‘torrent client‘ seperti uTorrent atau Bittorrent dan lain-lain. Namun kelajuan yang dibekalkan untuk pengguna percuma sangatlah terhad iaitu hanya sekitar 150kbps. Disini saya hendak kongsikan 3 alternatif bagi laman zbigz yang saya selalu gunakan sekarang. Mungkin ada yang sudah lama tahu tentang kewujudan laman sesawang ini, mungkin ada yang belum. Kita teruskan dengan laman yang pertama:

1. Hive.im

– Untuk pengguna percuma akan dibekalkan ‘bandwidth‘ bulanan sebanyak 50GB.
– Boleh mengumpul rakan sebanyak 100 orang untuk mendapatkan akaun premium percuma.
– Menyokong 2 ‘link torrent‘ serentak pada satu masa.


– ‘Bandwidth Unlimited‘ walaupun hanya pengguna percuma.
– Hanya menyokong 1 ‘torrent’ pada 1 masa.
– Tidak menyokong pautan ‘torrent magnet‘. Perlu muat turun fail ‘torrent‘.
– Proses ‘fetching torrent‘ agak perlahan berbanding ‘Hive‘ dan ‘Filestream‘.

– Perlu menggunakan VPN, SSH atau proxy untuk akses ke laman ini, ISP Malaysia sekat website ni.
– ‘Unlimited torrent download‘ asalkan fail tersebut bersaiz dibawah 1GB.
– Sokong ‘torrent magnet‘ dan ‘torrent file‘.
– Sokong muat turun 2 fail sekaligus dalam 1 masa.
   Itu saja dari saya buat masa ini.. Tak tau nak taip ape sebab lama sangat dah tak menaip. Hanya gambar pengganti kata. Chewaah.. Kenapa guna servis ni? Sebab:
1. Tidak memerlukan ‘torrent client’
2. Tidak memerlukan setting yang rumit pada ‘torrent client’ untuk mendapatkan muat turun maksimum.
3. Tidak semua, tetapi ada ISP di Malaysia yang tetapkan limit untuk muat turun torrent pada kadar paling rendah. Contohnya saya pengguna streamyx 4mbps, tetapi muat turun sangatlah menyedihkan hanya sekitar 10KB/s jika saya tidak menggunakan VPN.
4. Alternatif bagi pengguna SSH yang dilarang untuk torrent, kerana sekarang ramai yang menggunakan SSH atas sebab-sebab tertentu. (^_^).
Sekian,, Selamat beramal dan selamat malam dari saya..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

2GB Ruang Storan Google Drive Diberi Percuma Sempena Safer Internet Day

0
Bersempena dengan Safer Internet Day, Google berbesar hati untuk memberikan ruang storan tambahan sebanyak 2GB secara percuma dan secara KEKAL. Ini bermakna tiada sebarang tarikh luput pada ruang tambahan tersebut. 2GB hak mutlak anda, ambil lah! (kata Google).

Apa yang perlu anda buat cuma lengkapkan ‘security checkup’, dan siap! 2GB akan dikreditkan ke akaun anda, walaupun bukan dengan serta-merta, tetapi barangkali di hujung bulan pertambahan ruang tersebut akan berlaku, dan kata mereka lebih kurang 28hb ini, serta e-mel akan dihantar sebaik saja pertambahan dibuat.

Anda perlu lengkapkan security checkup ini sebelum 17hb Februari.

Sumber : Google Drive Blog

Klik untuk mendapatkan ruang storan Google Drive 2GB : Security Checkup

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bing Rewards : Dapatkan 100GB Ruang Storan OneDrive

0
Microsoft kali ini berbaik hati untuk memberikan kepada pengguna OneDrive, 100GB ruang storan apabila mereka menyertai Bing Rewards sebelum 28hb Februari 2015.

Buat masa ini jangan fikir dulu apa akan terjadi jika tarikh 2 tahun itu ‘expired’ atau tamat, kerana selepas 2 tahun saya yakin anda akan sayang dengan ruang sebanyak itu dan pasti ada ikhtiar lain selain membayar dengan harga yang mahal.

Tetapi buat anda yang ingin untuk tidak melepaskan peluang ini, sila log masuk ke akaun Microsoft anda dan pergi pautan Bing Rewards, dan klik pada ‘Join Now’.

Selepas selesai, klik pada ‘Free Storage’.

Saya sudah, anda bila lagi? Rugi kalau tak ambil peluang ini. Ingat ya, daftar dan sambar sebelum 28hb Februari ini.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Streamus : Mainkan Lagu Dari YouTube Tanpa Tab

0
Adakah anda dari jenis yang suka memainkan lagu pada laman YouTube, kemudian tanpa sengaja anda tertutup tab tersebut? Atau, anda ingin sekali melanggan Spotify Premium tetapi tidak mampu untuk membayarnya (pelajar mungkin). Kalau ya, anda patut cuba extension untuk Chrome yang dinamakan sebagai Streamus ini.

Streamus membantu anda untuk memainkan lagu-lagu yang anda gemari di laman YouTube tanpa perlu membuka tab untuk membuka pula laman YouTube itu sendiri. Ia berfungsi seakan Spotify Premium, mainkan lagu tanpa iklan, tanpa gap, tanpa shuffle, tetapi paling penting, tanpa membayar kerana semua lagu datang dari YouTube.

Terdapat juga tetapan ringkas untuk set kualiti audio, memadam senarai stream sedia ada, dan memadam playlist yang telah anda buat.

Ia juga ada fungsi notifikasi berhampiran dengan task bar seperti Ubuntu. Lihat pada gambar di bawah:

Amacam? Berminat? Nah, muat turun/pasang melalui pautan ini : Streamus

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

WonderFox Valentine’s Day Giveaway

0
Errr.. jangan silap faham, saya memang tak sambut hari Valentine, tapi syarikat WonderFox nampaknya tersangatlah bermurah hati untuk memberikan anda para pembaca akan giveaway yang baru!

Kali ini WonderFox memberikan gabungan 3 perisian versi ‘pro’ secara percuma, iaitu WonderFox DVD Video Converter Pro, Video to Picture, dan Greeting Card Builder.

Setakat ini saya baru sempat mencuba ialah perisian Video to Picture dan juga Greeting Card Builder. Keduanya menepati apa yang saya inginkan.

Perisian Video to Picture boleh menukar video-video yang telah anda rakamkan kepada gambar. Fungsinya mudah, hanya dengan beberapa klik sahaja anda mampu mendapatkan gambar yang anda ingini dengan pilihan-pilihan format berbeza mengikut kesesuaian.

Apa yang menarik, dengan gabungan kedua-dua perisian ini, anda mampu mencipta Greeting Card yang menarik tanpa perlu mahir dengan pelbagai jenis perisian penyunting terutamanya Adobe Photoshop. Dalam perisian Greeting Card Builder, terdapat pelbagai template, dari majlis pelkahwinan, hari jadi, dan juga lain-lain majlis, semuanya ada di dalam untuk anda gunakan.
Ini memudahkan kerja terutamanya jika anda dari jenis yang selalu dipilih oleh bos untuk membuat Greeting Cards seperti ini. Satu lagi perisian iaitu DVD Video Converter Pro saya tinggalkan untuk anda ‘teroka’ sendiri. Apapun anda perlu muat turun dan aktifkan kesemua perisian sebelum 16 Februari 2015. Terima kasih WonderFox!

Klik untuk muat turun : WonderFox Valentine’s Day Giveway

Views: 3

Iklan Newspaper Inline