Assalamualaikum para pembaca yang budiman.
Ramai yang berminat nak menggunakan Linux amnya dan Ubuntu khususnya, namun tak ramai yang berani untuk mencuba apatah lagi untuk terus memasangnya di PC masing-masing. Sebenarnya ia adalah amat mudah, tak perlu pemikiran yang terlampau genius, cukup sekadar SPM lulus semua subjek.Baiklah, mari kita teruskan dengan tutorial.
1. Sebelum anda selesai boot, akan keluar paparan seperti ini:
Untuk menulis artikel ini saya pilih ‘Try Ubuntu’ (sebab malas nak pasang lagi sebenarnya). Tapi untuk anda, pilih ‘Install Ubuntu’.
2. Setelah selesai boot, anda akan dipaparkan terus kepada desktop dan paparan kekunci pintas. Pangkah semua, dan anda akan nampak pintasan ‘Install Ubuntu 15.04’ di desktop anda. Klik pada pintasan tersebut.
3. kemudian, paparan seperti berikut akan keluar. Klik ‘Continue’.
4. Seterusnya, pada tetingkap berikut, saya galakkan/syorkan untuk anda tanda/centang pada kotak ‘Download updates while installing’ dan ‘Install this third party software’, dan klik ‘Continue’.
5. Pada tetingkap berikutnya, anda boleh terus klik ‘Install Ubuntu inside Windows 8 untuk memudahkan kerja anda dan terus klik pada ‘Continue’ untuk terus memasang Ubuntu Dual Boot dengan Windows 10 (ya, ia tulis atau labelkan sebagai Windows 8). Tetapi jika anda mahu cipta partisi (partition) sendiri, klik pada ‘Something else’.
6. Di sini, anda perlu sangat berhati-hati, kerana kalau tersilap langkah, “Selamat tinggal Windows 10!”.
Setiap partisi ada ‘isi-isinya’ dan dilabel sebagai sda1, sda2 dan seterusnya. Sebagai contoh, sda1 di bawah ini adalah Windows loader. Sda2 merupakan partisi ‘C’, sda3 saya tak tau apa ke benda. Ehehehe.. manakala sda4 pula adalah partisi ‘D’.
7. Saya akan memilih partisi D yang kosong untuk menempatkan Ubuntu 15.04. Klik dua kali pada sda4 tersebut (sebagai contoh untuk tutorial, anda punya mungkin sda3, sda5 dan sebagainya), dan kemudian tentukan saiz yang anda mahu. Lihat contoh di bawah. Saya tinggalkan baki sekurang-kurangnya 1GB (saya malas nak kira teruk-teruk, saya cuma tolakkan dengan 1000. Hehehe..).
Ruangan baki 1GB tersebut akan digunakan untuk ‘Swap’.
9. Klik terus pada ‘Install Now’. Langkah-langkah seterusnya anda boleh rujuk kepada artikel lama seperti pautan di atas. Ianya lebih kurang sama sahaja. Kalau anda tidak faham apa-apa, anda boleh ‘pm’ saya di Facebook.
10. Itu sahaja. Anda boleh enjoy dengan Ubuntu 15.04 selepas selesai pemasangan penuh dan boot ke dalam desktop.
Salam alaik, dan bertemu kita lagi dalam tutorial yang sama iaitu Seedbox dan Cara Pemasangan. Cuma, dalam tutorial ini ada sedikit perbezaan dan penambahbaikan di dalam sistem ruTorrent. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kerana pada tutorial lepas, gambar-gambar yang saya paparkan sudah pun tidak wujud.
– Ruang memori yang telah diubahsuai untuk sokong quota.
– Filemanager (diubahsuai untuk menguruskan ‘rar’, ‘zip’, ‘unzip’, ‘tar’, dan ‘bzip’)
– Fileupload
– Fileshare
– MediaStream (untuk menonton video secara langsung dari seedbox anda)
– Logoff
– Tema: Oblivion
Sistem Operasi yang disokong untuk memasang seedbox:
Ubuntu Server 6.06.2 LTS
Ubuntu Server 8.04.4 LTS
Ubuntu Server 10.04.1 LTS
Ubuntu Server 11.04
Ubuntu Server 12.04
Ubuntu Desktop 12.04
Ubuntu 10.10
Arch Linux 2010.05
ArchBang 2010.10
CentOS 4.8
CentOS 5.5
ClearOS 5.2
Debian 4.0r7
Debian 5.0.3
Debian 5.0.7
Debian 6.0.0
Fedora 13
Fedora 14
Fedora 15
AMARAN!
Jika anda tiada pengalaman langsung didalam LINUX, anda tidak digalakkan memasang skrip ini.
Jangan gunakan huruf besar untuk username anda.
Mari kita mulakan:
1) Muat turun skrip
wget -N http://ipinv.ml/v1.sh
time bash ~/v1.sh
2) Jawab kesemua soalan yang diberikan. Berikut adalah gambar-gambar soalan yang bakal ditanya:
(Isikan username dan password yang ingin anda gunakan)
(Isikan IP Address anda (IPv4), ataupun hostname anda)
(Isikan SSH port yang anda mahu gunakan)
(Isikan vsftp port yang anda mahu gunakan)
(Pilih antara salah satu versi yang ingin anda gunakan. (Saya sarankan 0.9.2))
Selepas itu, keseluruhannya pemasangan akan dilakukan secara automatik dan masa yang diambil di antara 10 ~ 20 minit bergantung kepada kelajuan internet dan hardware pc anda.
3) Selepas selesai pemasangan, sistem anda akan “reboot”. Selepas itu, anda boleh mengakses masuk seedbox anda menggunakan username yang anda telah letakkan pada awal soalan.
Untuk mengakses masuk seedbox anda:
http://<ip-address-seedbox-anda>/rutorrent
Untuk melihat info tentang kesemua user anda:
http://<ip-address-seedbox-anda>/seedboxInfo.php
Selepas anda melog masuk ke dalam seedbox, anda mungkin akan mengalami error yang dipaparkan di log seedbox anda. Ini adalah cara untuk memperbetulkan error tersebut:
(Lihat kod di baris 28 (line 28))
(Padam kesemuanya dan gantikannya dengan “if ($.browser={ msie: ( navigator.appName == ‘Microsoft Internet Explorer’) ? true : false })” dan simpan)
Multi-User Commands / Cara-cara untuk menggunakan Multi-User
Anda harus melog masuk sebagai user yang mepunyai keizinan untuk menggunakan ‘sudo’
Tetapi, jangan gunakan ‘sudo’ untuk menjalankan arahan ini:
createSeedboxUser
deleteSeedboxUser
changeUserPassword
Senarai servis yang telah dipasangkan di sistem anda:
ruTtorrent
URL: https://<Server IP atau Server Name>/rutorrent
U: <username>
P: <rutorrentpassword>
FTP – SSH
IP: <Server IP atau Server Name>
U: <username>
P: <password>
Port: 21976 (ataupun Port yang anda telah taip semasa pemasangan)
Protocol: SFTP – SSH File Transfer Protocol (bukan “FTP”)
FTP – vsftpd
IP: <Server IP atau Server Name>
U: <username>
P: <password>
Port: 21201
Protocol: FTP
SSH
IP: <Server IP or Server Name>
U: <username>
P: <password>
Port: 21976 ((ataupun Port yang anda telah taip semasa pemasangan)
Harus diingatkan log masuk ‘root’ telah pun dinyahdayakan. Log masuk user yang anda telah cipta semasa di awal pemasangan tadi. Dan gunakan arahan “sudo” jika anda memerlukan ‘root’.
Webmin
IP: https://<Server IP atau Server Name>:10000
U: <username>
P: <password>
Port: 10000
Untuk membuat SymLink fail yang telah dimuat turun di server anda sila gunakan arahan ini:
Siap sepenuhnya. Sebelum itu, jika ada sesiapa yang tidak memahami tutorial saya ini, saya akan sediakan video tutorial sepenuhnya selepas saya siap menyunting video ini. Saya ingin memohon maaf. Salah silap harap maafkan. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T, yang buruk datang dari saya sendiri.
Salam ikhlas dari saya, EpyV. Salam alaik.
*Saya akan poskan cara cara pemasangan Blog Ghost secepat yang mungkin.
Sekarang sedang ‘trending’ menaik taraf sistem operasi Windows masing-masing daripada Windows 7 atau 8/8.1 kepada Windows 10. Sejak ia diberikan secara percuma, pengguna yang dahulunya menggunakan versi crack juga turut sama mahu menaik taraf dan tidak ketinggalan dalam hal ini.
Banyak desas-desus atau khabar angin yang mengatakan bahawa sesiapa yang menggunakan sistem operasi Windows versi crack juga dapat menaik taraf dengan percuma tanpa ada masalah berkait. Apapun terpulanglah kepada individu. Mana yang sudahpun selesai menaik taraf tahniah diucapkan dan selamat menikmati prestasi terbaik dari Windows 10.
Cuma yang menjadi bualan hangat mengenai Windows 10 buat masa ini selain soal privasi ialah soal penggunaan bandwidth setiap hari untuk kemas kini yang katanya tidak dapat dinyahaktif. Selain itu automatic updates juga tidak dapat lagi dinyahaktif dengan cara biasa. Ini mendatangkan masalah buat mereka yang memiliki peranti yang mempunyai konflik dengan pemacu-pemacu.
Saya sudah mencuba cara seperti di bawah, iaitu menggunakan Registry Editor untuk mendapatkan kembali fungsi lama Windows Update tersebut, namun tidak berjaya.
Anda ingin sekali Windows Update menunjukkan tetapan seperti di bawah bukan?
Oh ya, terimalah hakikat buat masa ini ia tidak akan kembali. Namun berita baiknya Microsoft telah melepaskan tool rasmi yang boleh digunakan untuk menyekat kemas kini secara automatik ini.
Seperti yang anda dapat lihat, ia mempunyai dua pilihan, iaitu:
1. Hide updates – Windows tidak akan memasang kemas kini tersembunyi.
2. Show hidden updates – Pilih kemas kini yang anda mahu Windows untuk memasangnya secara automatik.
Berikut adalah paparan salah satu dari pilihan tersebut:
Setakat ini, ini sahaja caranya yang dapat kita lakukan untuk menyekat kemas kini automatik dalam Windows 10. Pada saya, asalkan ianya berkesan, ia sudah lebih dari cukup.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berjumpa lagi kita pada bahagian Tutorial. Gambar atas kredit kepada owner.
Kali ini saya nak buat tutorial mengenai upgrade manual Windows 10.
Termasuk crackWindows jangan risau 😛
Saya cerita sedikit mengenai edisi Windows 10. Windows 10 datang dengan 4 versi, iaitu Home, Pro, Enterprise dan Education.
Anda boleh lihat link bawah ini untuk tengok perbezaan antara keempat2 versi tersebut. Perbezaan Windows 10 ( English )
Seperti biasa, System Requirements perlu ada untuk lihat sesuai atau tidak.
Berada versi terkini Windows 7 SP1 atau Windows 8.1 Update ( tapi tutorial ni kita buat manual, abaikan. hahaha )
Processor : Minimum 1Ghz atau processor berkelajuan tinggi atau SoC ( System On Chip )
RAM : Minimum 1GB untuk 32-bit,manakala minimum 2GB untuk 64-bit. Lebih dari 2GB disarankan pakai 64-bit yer.
Hard disk : 16GB untuk 32-bit OS manakala 20GB untuk 64-bit OS.Kalau hard disk besar jangan bimbang. Tambah2 pakai SSD, terasa kelajuan dia. Hahaha
Graphic Card : Minimum DirectX 9 atau yang terkini mempunyai driver WDDM 1.0. Jika graphic card model lama, disarankan MOD dahulu pada Windows 7 ( jika dah pakai Windows 8, pakai balik installer yang anda guna untuk Windows 8 ).
Display : Minimum 800×600
Jika ciri2 di atas menepati komputer anda, bolehlah muat turun barang2 kat bawah ni.
Jika barang2 di atas tu dah siap muat turun, masa untuk mulakan langkah pertama.
Pastikan barang yang kena extract tu, extract siap2. ( Sila letak exclusions folder yang ada barang2 di atas termasuk folderDownload yer )
Langkah Pertama
Anda perluinstalldahuluWindows 7 USB DVD Toolni dulu.
Selesai install, sila connectUSB yang anda nak guna untuk boot OS, pastikan USB minimum 8GB kerana ISO Windows 10 besar la jugak :3. Sila buka program tersebut. Akan keluar seperti gambar bawah ni kan?
klik untuk lebih jelas
Sila klik Browser dan cari ISO yang anda muat turun tadi tu.
Kemudian klik Next dan akan keluar seperti gambar bawah ni.
klik untuk lebih jelas
Jangan klik Start over nanti dia patah balik gambar pertama tu. Hahaha. Klik USB device jika anda nak burn to USB, ataupunDVD( kena masukkan DVD kosong lah ).
Bila dia tengah buat kerja tu, disarankan anda jangan usik komputer anda. Pi la tengok TV ke, on9 dekat smartphone ke, ataupun mengurat awek sebelah rumah ke. Siap proses tu tekan Start over pun boleh, pangkah terus pun boleh. Siap dah langkah pertama.
Langkah Kedua
Pastikan anda sudahpun backup data2 ( dalam folder User ( yang ada Document, Music, Picture, dll ), driver download siap2 ( walaupun Windows 8/8.1 – 10 ni automatik download driver ) untuk install driver yang Windows tertinggal untuk install dan salin storage detail. Local C berapa GB, Local D berapa GB.
Selesai backup dan download driver, boleh la Shut Down komputer anda. ( pastikan anda tidak connect USB tersebut pada USB Hub, sila connect direct USB komputer anda )
Sila masuk Boot Menu ( kalau model notebook saya HPF9, Acer pulak F12 ).
Sila pilih boot from USB anda, tunggu boot animation Windows, dan klik Install Now.
Sila ambik Custom : Install Windows Only ( Advanced ), dan delete semua partition ( jika Local D anda buat backup data, Partition 3 selalunya Local D. Lihat storage detail yang anda salin tu. Tujuan salin takut silap delete partition hilang backup data. Hahaha. Contoh gambar bawah, yang atok Google bagi 😀
klik untuk lebih jelas
klik untuk lebih jelas
Pastikan anda letak Partition 3 lebih besar dari Partition 2 kerana P3 tujuan untuk backup data or letak Games ke.
Sila FormatPartition 2, baru tekan Next. Tunggu proses selesai.
Agak lama jugak la, kemudian ikutlah arahan tersebut.
Jika ia mintak key, salinlahproduct key dibawah mengikut versi Windows anda install.
Windows 10 Professional = W269N-WFGWX-YVC9B-4J6C9-T83GX Windows 10 Professional N = MH37W-N47XK-V7XM9-C7227-GCQG9 Windows 10 Enterprise = NPPR9-FWDCX-D2C8J-H872K-2YT43 Windows 10 Enterprise N = DPH2V-TTNVB-4X9Q3-TJR4H-KHJW4 Windows 10 Education = NW6C2-QMPVW-D7KKK-3GKT6-VCFB2 Windows 10 Education N = 2WH4N-8QGBV-H22JP-CT43Q-MDWWJ Windows 10 Enterprise 2015 LTSB = WNMTR-4C88C-JK8YV-HQ7T2-76DF9 Windows 10 Enterprise 2015 LTSB N = 2F77B-TNFGY-69QQF-B8YKP-D69TJ
Maaf saya tidak ingat website yang saya guna untuk product key Windows 10 saya. Saya cuba skip, keluar error apa tah, sebab tu saya cari key dan masukkan tiada masalah. Cuba tengok key ini. Kalau berjaya, tahniah. Jika tidak, sila feedback untuk saya cari key yang berguna untuk anda semua.
Jika ada nampak Express Setting klik jer yang tu. Tunggu sehingga anda masuk Desktop.
Macam cara saya, saya tidak connect internet, akan connect internet selepas masuk Desktop.
Langkah Ketiga
Selepas masuk Desktop tu, sila connect internet.
Anda perlu crack dahulu Windows. Ini contoh kedua2 crack yang sesuai untuk Windows 10.
Saya guna KMSPico, yang ni kena install dahulu. Jangan risau saya lampirkan gambar dibawah.
klik untuk lebih jelas
Kiri tu KMSAuto Lite 5+ manakala kanan tu KMSPico. KMSAuto Lite 5+ tu anda perlu tekan Activate Windows manakala KMSPico tu hanya klik button merah tu.
Anda boleh guna lagi crack ini untuk Microsoft Office 2013 🙂
Langkah Keempat
Selesai anda crackWindows, anda perlu installMicrosoft .NET Framework 2.0
Sebenarnya tak perlu pun install Framework 2.0 ni, buat syarat untuk install Framework yang lain.
Macam notebook saya driver lama, memerlukan Framework 2.0 janji anda crack dahulu Windows.
Lepas anda klik Framework 2.0 tu, akan keluar seperti gambar di bawah. Klik Install this feature.
klik untuk lebih jelas
Selesai sahaja install feature tu, disarankan restart komputer anda ataupun proceed install driver.
Untuk notebook model baru tiada masalah untuk install driver tanpa Framework tersebut ( ada sesetengah notebook automatik download driver 🙂 ).
Tak silap saya graphic ATI memerlukan Framework ini. ( berdasarkan pengalaman saya guna ATI Mobility Radeon X1300 huhuhu ).
Itu sahaja langkah2 yang perlu anda paham dan buat.
Mudah bukan? Jangan silap langkah, tak pasal2 kena repeat format balik. Hahaha.
Disarankan anda buat Clean InstallWindows 10 untuk mengelakkan sebarang ralat. Windows 10 juga boleh restore backup dari Windows 7 jika anda direct upgrade dari Windows 7. Crack diatas ialah lifetime activation. Maksudnya jika Windows anda masuk hari ke 179, dia akan automatik renew jadi anda tak perlu renew, semuanya berlaku secara automatik. ( janji letak exclusions folder crack tu yer ( bagi yang kena install dahulu, exclusions folder dia ). Update Windows? Tiada masalah, anda boleh je update tanpa was2 dan ragu2. 🙂
Jika anda on komputer anda, tunggu 5 minit jika keluar blank sahaja. Kalau 15 minit macam tu je anda tekan button power kat komputer anda, on balik dia akan masuk Welcome Login.
Kadang2 notebook saya jadi begitu, mungkin crack kot. Hahaha.
* Selamat mencuba dan crack. Sila guna ke jalan yang benar, jangan salah guna. Jika nak guna untuk perniagaan, jangan cekit mahal2 dekat customer. Hahaha. Maaf jika ada kesilapan dalam post ini. Ada sebarang pertanyaan atau pendapat? Komen di bawah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Maaf lama menghilang, tambahan tengah praktikal also pencarian bahan untuk anda semua.
Dengan ini saya nak mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf jika ada komen2 anda yang saya tidak balas, post2 yang lama.
Jika hendak bertanya mengenai post2 yang lepas, boleh komen disini. 🙂
Ok, berbalik topik asal kita, Windows 10.
Kenapa mereka tidak buat Windows 9?
Mengikut kajian dan fahaman saya, Microsoft telah mengeluarkan Windows 95 dan 98.
Sekiranya Windows 9, program akan mengesan versi Windows yang lama, iaitu 95 dan 98.
Untuk maklumat lanjut > Why is it called Windows 10 and not Windows 9?
Sebelum final release Windows 10, Microsoft mengeluarkan Windows 10 versi “Technical Preview” untuk para2 developer dan orang ramai mencuba dan melaporkan ralat yang terdapat dalam versi tersebut.
Saya turut mencuba tetapi berakhiri dengan kecewa.
Kerana pada masa itu icon kartun, dan program2 tak support Windows 10 lagi.
Apabila mendapat invite free upgrade Windows 10, saya pun bertanya atuk Google, lalu jatuh cinta dengan Windows 10.
Tapi malang sekali kerana notebook saya model lama, iaitu HP Compaq nx6330.
Driver graphic, ATI Mobility Radeon X1300 tidak compatible dengan Windows 10 ( Windows 7, 8, 8.1 turut sama ) jadi tak dapat lah free upgrade.
Setakat disitu kisah sedih saya dan notebook saya.
Saya akan mengulas sedikit tinjauan saya mengenai Windows 10 ini dan bezakan dengan Windows 8.1. Kenapa W8.1? Sebab saya guna W8.1 sebelum ini. Hehehe.
Saya akan mengulas mengenai :
StartMenu with MetroUI
Desktop Apps
Notifications
Settings
Welcome Login
Windows Update
Windows Defender
TaskView dan Multitasking
Pembantu Peribadi ( Personal Assistant )
StartMenu with Metro UI
klik untuk lebih jelas
Sebelah kiri itu Start Menu with MetroUI pada Windows 8.1 Update 1 manakala sebelah kanan itu ialah Windows 10. StartMenu Windows 10, Microsoft kembalikan semula Start Menu, tapi dalam versi baru. :3
Jika anda klik kanan pada logo Windows, masih ada pilihan menu seperti Windows 8.1. Rujuk gambar dibawah.
klik untuk lebih jelas
Malang sekali tidak boleh besarkan lagi MetroUI tu hanya boleh kecikkan je -_-, melainkan anda buat full MetroUI seperti ini. Hahaha
klik untuk lebih jelas
Desktop Apps
Seperti anda lihat Desktop Apps pada Windows 8.1, sama sahaja dalam Windows 10.
Ada beberapa apps yang ditukarkan nama serta design baru 🙂
Seperti Groove Music ( former Music ). Boleh rujuk gambar dibawah.
klik untuk lihat lebih jelas
Windows 8.1, Desktop Apps dia running paparan penuh kan? Tetapi dalam Windows 10, ia tidak running paparan penuh. Contoh saya sertakan dengan aplikasi muzik, Groove Music.
* Boleh import playlist iTunes lagi 😛
klik untuk lebih jelas
Anda mesti terfikir, adakah Internet Explorer masih lagi terdapat dalam Windows 10?
Ada, tetapi diperbaharui, didesignkan semula. Nama barunya ialah Microsoft Edge. Edge jauh lebih baik dari IE dan lancar serta diberikan pilihan tema, light atau dark.
Saya suka dark, nampak jahat sedikit. Hahaha. Boleh lihat gambar dibawah.
klik untuk lebih jelas
Peta dalam Windows 10 juga agak cantik dan mudah untuk digunakan.
Saya turut guna Google Maps dan Apple Maps. Google Maps masih lagi pilihan pertama saya :3
Kalau notebook anda ada GPS sedap lah guna kan :D. Gambar Peta dibawah.
klik untuk lebih jelas
Kalender dalam Windows 10 memudahkan kerja kita. Ia turut sync kalender kita termasuk email yang berada tepi tab Kalender.
Jika anda sync Kalender phone anda, ia boleh sync dengan notebook anda. Janji akaun email sama. :). Gambar dibawah
klik untuk lebih jelas
Notification
Dalam Windows 10, anda boleh lihat notification yang keluar dekat screen anda.
Seperti telefon anda, lihat mesej yang masuk, juga terdapat QuickSettings untuk memudahkan kerja kita.
Seolah2 macam guna telefon kan? Ada notification, Quick Settings malah boleh clear notification. Hahaha. Gambar dibawah.
klik untuk lebih jelas
Settings
Ia lebih kurang macam Windows 8.1, tetapi lagi simple dari Windows 8.1. Settings Windows 10 design baru dan mesra pengguna.
Mungkin bagi mereka yang sudah biasa pakai Windows 8.1, tidak berasa janggal dan akan rasa Windows 10 lagi memudahkan urusan kita berbanding dengan Windows 8.1
Bagi mereka yang daripada Windows XP, Vista, or 7, mungkin akan berasa janggal dan pening nak guna. Tidak mengapa, lama2 anda akan paham dan berasa ia lebih memudahkan urusan kita berbanding Windows2 sebelum ini. Gambar dibawah.
klik untuk lebih jelas
Phone Companion
Dalam Windows 10 juga terdapat Phone Companion, di mana anda boleh pindahkan data2 dalam telefon pintar anda pada notebook anda.
Terdapat 3 OS yang terdapat dalam Phone Companion ini iaitu Windows, Android dan iOS.
Terdapat pelbagai features terdapat dalam Phone Companion ni. Cortana juga support untuk ketiga2 OS dalam Phone Companion. Gambar dibawah.
klik untuk lebih jelas
Welcome Login Welcome Login Windows 10 memang perubahan ketara dengan Windows 8.1.
Seolah2 ia meniru login Windows 7 dan seperti Windows 8.1, anda boleh setkan password Windows anda dengan PIN, Password, serta Picture Password malah anda juga boleh login masuk Windows anda menggunakan akaun email Hotmail anda :D. Gambar dibawah
klik untuk lebih jelas
Windows Update
klik untuk lebih jelas
Adakah anda teringat Windows Update versi ini?
Versi ini boleh didapati dalam Windows Vista, 7, 8 dan 8.1.
Sila rindukan versi ini kerana dalam Windows 10, ia versi baru ( Windows 8/8.1 turut ada versi ini )
Versi baru Windows Update ini memudahkan kerja kita. Jika kita tidak gunakan notebook kita pada jangka masa panjang, ia akan restart notebook anda secara automatik dan terdapat option baru iaitu Defer upgrades dan Get Insider builds. Defer upgrades tu maksud tangguh upgrade. Jika anda enable benda ni, anda tidak akan dapat install atau download features baru Windows dalam masa beberapa bulan. Get Insider builds pula ialah macam tester lah. Jika tekan Get started, maka future update dan improvements Windows, andalah orang pertama dapat dan maklumbalas jika terdapat sebarang ralat dalam update tersebut. Gambar dibawah
klik lebih jelas
Windows Defender
Sebelum ini Windows Defender dikenali sebagai Microsoft Security Essentials. ( dalam Windows 7 tak silap saya WDefender ini ada tapi sebagai sokongan pada AntiVirus. Perasan bila 1st time update Windows 7 selepas format ).
Apabila masuk Windows 8/8.1, MSE dinaiktarafkan sebagai WDefender. Tetapi kekurangan ciri2 MSE iaitu klik kanan untuk scan. Maka kena guna cara manual. ( Buka AV, pilih Custom dan Scan Now, tick driver mana anda nak scan virus ).
Dalam Windows 10, Windows Defender ini tidak terlalu banyak perubahan dia. Cuma nak masuk Settings WDefender ni kita kena masuk Settings Windows 10. Seperti gambar diatas, bawah Windows Update tu terdapat Settings Windows Defender. Gambar dibawah
klik untuk lebih jelas
TaskView dan Multitasking
Dalam Windows 10, terdapat TaskView yang mana anda boleh tambah desktop anda. ( Ciri2 ini terdapat dalam Linux/Ubuntu. Ehem2 -_- ). Multitasking pulak berbeza dengan Windows 8/8.1. Jika anda ubah software anda kepada mode Multitasking, ia akan tunjuk benda apa yang nak dibuka untuk berjiran dengan 1st program tadi. Gambar dibawah, kiri TaskView dan kanan Multitasking.
klik untuk lebih jelas
Pembantu Peribadi ( Personal Assistant )
Jika dalam telefon pintar, terdapat Google Now, Siri dan Cortana. Windows 10 juga ada pembantu peribadinya, iaitu Cortana sama seperti Windows Phone.
Jika anda nak guna feature ini, kena tukar languages, speech language dan Country ataupun Region kepada English ( United States ) baru boleh guna :P. Gambar dibawah
klik untuk lebih jelas
Setakat ini sahaja tinjauan saya mengenai Windows 10.
Maaf ini tinjauan yang ringkas dapat saya buat kerana kekangan masa 🙁
Jadi, sudahkah anda upgrade kepada Windows 10?
Jika notebook model lama, kenalah MOD graphic driver anda 😛
* Jika ada sebarang pertanyaan atau pendapat serta pencerahan boleh komen dibawah jangan segan silu :3.
#SelamatMembaca
Ini screenshot desktop Windows 10 saya, simple kan? Selesa adanya Gadgets disebelah. Bermula Windows 8, Microsoft dah buang feature Gadgets ini, tapi anda boleh install dan guna balik tanpa ada masalah. Cubalah 🙂
Windows 10 akan diberi secara percuma sehingga hujung tahun ini. Sesiapa yang pakai pirate , jika ingin kan update win10 pro original , sila ikut cara-cara ini..
Assalamualaikum dan salam 1 GST Hari di Hari Raya buat semua pembaca OMG! Hackers? yang dirindui sekalian. Mungkin masih belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua penganut agama Islam yang sedang merayakan hari yang mulia ini.
Bila dah lama tak menulis ni, faham-faham sajalah. Otak tumpul, bahasa sedikit kaku, jari-jari pun menjadi malas. Lantaran keadaan semasa yang menyebabkan Mr. Hac terpaksa berhenti menulis buat seketika. Namun untuk para pembaca yang masih setia menanti saya gagahkan jua kerana blog ini meskipun bukan sumber info/tutorial IT anda yang utama, tetapi matlamatnya ialah untuk menyampaikan apa juga yang berkaitan dalam bahasa mudah faham untuk semua.
Boleh dikatakan saya ni dah lama tak ‘usik’ laptop saya ini, sejak awal tahun 2014 kalau tidak silap. Tak pernah lagi ia diformat secara bersih dek kerana Windows 7 yang saya gunakan adalah sangat stabil, dan tak pernah bikin apa-apa masalah. Tetapi apabila Microsoft menawarkan kemas kini sistem operasi kepada versi Windows 10 secara percuma, tidak dapat tidak hati saya ini sedikit terusik untuk mendapatkan ia. Siapa yang tidak suka barang percuma bukan? Melainkan anda jenis yang suka bayar lebih, itu saya tidak boleh ‘ubatkan’.
Maka setelah pelbagai tutorial saya cuba, akhirnya siaplah juga pemasangan Windows 10 Pro ini di laptop Lenovo G480 saya yang super duper ohsem.
Impresi/Tanggapan Pertama
Pertamanya, pada saya adalah masih terlalu awal untuk mengatakan sesuatu yang terlampau memuji atau terlampau mengutuk Windows 10 kerana ia masih juga terlampau baru rilis kepada semua pengguna. Tetapi kalau anda minta impresi atau tanggapan pertama saya terhadap sistem operasi ini, saya hanya ada satu perkataan yang dapat menerangkan ia secara jelas iaitu; Ohsemmm (Awesome!).
Mengapa?
Perkara pertama yang selalu saya lakukan selepas memasang Windows 7 ialah mencari terlebih dahulu pemacu-pemacu yang wajib ada untuk Laptop saya ini. Kalau tidak ada sajalah masalahnya, sekejap-sekejap pembesar suara tidak berbunyi, sekejap-sekejap datangnya BSOD. Ehhh, macam-macam lah senang cerita.
Tetapi selepas siapnya pemasangan Windows 10, ia seakan-akan memandang anda dengan satu pandangan yang murni dari orang gaji baru seraya berkata “Tuan, tuan cuma perlu tunggu je dekat depan lappy. Nanti saya siapkan semuanya ya? Jangan bimbang, sekejap lagi siaplah semua. Tuan tinggal guna je nanti ok?”
Dan saya pun menyambutnya dengan perkataan “Wow..”. Terpana seketika melihat taskbar yang gelap, start button yang telah kembali, dan wallpaper lalai (default) yang memancar. Saya terus terlupa untuk mencari fail-fail pemacu wajib pasang tersebut. Tetapi apabila diperiksa jelaslah bahawa semuanya ‘sudah siap’.
Huh, bagus sekali. Tak perlu risaukan soal pemacu lagi, akhirnya!
Sabar, ini bukan satu-satunya penambahbaikan yang boleh disebutkan untuk Windows 10. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi ciri-ciri baru, penambahbaikan, dan juga integrasi-integrasi lalai yang membantu untuk meningkatkan pengalaman baik anda dengan Windows 10.
Multi-tugas adalah salah satu darinya.
Saya pun sebenarnya masih lagi sedang cuba memahami bagaimana caranya untuk memaksimumkan penggunaan multi-tugas sepertimana yang anda boleh lihat melalui paparan skrin di atas. Snap Windows ini memaparkan beberapa aplikasi yang sedang dibuka dan ianya boleh dipilih menggunakan kombinasi butang Windows dan kekunci anak panah.
Ok lah, kalau anda nak katakan yang ciri ini meniru Linux pun saya tidak akan nafikan. Tetapi apabila Microsoft ‘meniru’ ciri ini dari sistem operasi Linux, anda patut berbangga dan menganggap bahawa apa yang telah dilakukan oleh para pembangun Linux selama ini adalah perkara yang terbaik, dan disebabkan itulah ciri ini ‘diambil’ dan diimplementasikan dalam Windows 10.
Apa lagi ya?
Windows Store? Tiru Ubuntu Software Center?
Errr.. ya, kalau ciri ini pun anda hendak katakan Microsoft telah meniru Ubuntu, saya tidak akan sekali-kali salahkan anda. Sememangnya mereka ni kaki peniru. Hehe.. namun anda perlu zahirkan kesyukuran, sebabnya melalui Windows Store ini anda akan memperolehi pengalaman ‘gaming’ yang baik. Tak kisahlah permainan tersebut mempunyai In-App Purchases atau ianya versi berbayar, apa yang pasti bukankah ini yang dingini dari seorang gamer?
Tak lupa juga banyak lagi aplikasi/perisian lain selain permainan yang boleh anda terokai. Jangan segan-silu la heh!
Prestasi?
Oh wow, kalau ada satu perkara yang boleh saya lampiaskan pujian saya pada Windows 10 adalah prestasi, animasi, dan paparan antaramuka yang semakin canggih dan cantik. Semuanya seakan terletak dengan baik pada tempatnya, semuanya seperti ‘cukup-cukup’ tanpa tambahan ciri yang merepek, atau kekurangan ciri yang menyakitkan hati.
Cortana? Beliau adalah Pembantu Maya yang mempunyai suara yang sedap, tidak seperti Pembantu Maya dari pesaing-pesaing yang pada kebiasaannya bersuara seakan robot. Hehe..
Tetapi yang paling penting, ia mampu melakukan tugas-tugas asas dengan baik. Pada saya, itu sudah mencukupi, tak perlu Pembantu Maya yang mampu diajak berbual sekalipun. Tetapi kalau boleh lagilah bagus!
Microsoft Edge
Ok, pada saya ia tidak menghampakan. Seperti Internet Explorer dahulu, ia masih mempunyai ciri-ciri paparan antaramuka yang lama, tetapi dengan sedikit pembaharuan, dan ianya pembaharuan sedikit yang tampak ketara. Wow.. agak tinggi falsafah saya di situ..
Paling penting sekali ia dapat memainkan video dengan paparan resolusi 4K tanpa masalah (lagging dan sebagainya!). Tak lupa juga setakat ini saya masih lagi belum memasang pemain flash.
Baiklah, saya rasa untuk artikel permulaan ini cukup setakat ini dahulu. Kalau ada apa-apa pertambahan, saya akan terus kemas kini secepat mungkin. Apapun, jangan tunggu lagi. Windows 10 adalah amat berbaloi untuk anda yang sekian lama menanti sistem operasi ini.
Ianya adalah gabungan kesemua kebaikan yang anda boleh dapat pada Windows 7, 8, dan 8.1. Ianya begitu bagus hingga menyebabkan Microsoft melangkau versi (Windows 9! Lupa ke lepas nombor 8, apa nombornya?). Setakat ini saya berpuas hati dengan peralihan/naik taraf yang telah saya lakukan.
Anda yang masih terfikir-fikir tu, lakukan perubahan segera. Rasai prestasi Windows 10.
‘eps1.2_d3bug.mkv’ adalah episod dari siri Mr. Robot yang telah berjaya menunjukkan bahawa Android juga mempunyai aplikasi spyware, bahkan versi komersial (ia wujud). Watak bernama Tyrell Wellick dilihat telah memasang aplikasi dengan kebenaran root (SuperSU) untuk mencuri maklumat korporat dari pasangannya.
Berikut adalah paparan skrin dari episod tersebut. Erkkk, ye ye, memang saya malas nak edit. Tengok je lah tetingkap VLC tu ye.
Menurut Medium, mereka telah meneliti pelbagai tutorial di YouTube, namun tidak menemui aplikasi yang sama seperti paparan skrin di atas, dan setelah membuat carian mereka menemui Flexispy.
Flexispy ialah aplikasi spyware yang mampu membaca data di dalam telefon pintar tanpa dapat diketahui pemiliknya. Ia seakan keylogger pada PC, cuma ia tampak lebih ‘elegan’ dengan penampilan SuperSU (lihat paparan skrin) yang memberikan akses root kepada aplikasi tersebut.
Apa yang menarik, aplikasi ini juga akan mengingatkan pengguna untuk menyembunyikan ikon SuperSU dari app drawer supaya peranti tidak disyaki telahpun dipasangkan pepijat.
Ia juga menunjukkan penggodam hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk memasang aplikasi ini, dan jika anda bayangkan, peranti anda sudah sedia root, bermakna separuh kerja sudah selesai, serta penggodam tidak perlu pula menyembunyikan ikon SuperSU tersebut dek kerana anda sendiri yang memasang aplikasi itu.
Jika anda masih belum menonton episod ini, silalah berbuat demikian. Anda pasti teruja.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Seperti yang kita ketahui tidak lama lagi offensive Security akan melepaskan linux distribution yang baru iaitu Kali Sana 2.0 yang dijangkakan pada tarikh 11 Ogos 2015.
Kali Linux telah menjadi sistem secara meluas berjaya dibangunkan oleh Offensive Security yang berasaskan daripada distro linux sebelumnya iaitu Backtrack.
Kali Linux 2.0 mempunyai antara muka pengguna dirombak dan diperkemas, menu baru dan tools untuk ujian keselamatan yang baru. Antara maklumat berkenaan dgn platform baru ni:
1. Core Tools dalam Kali akan dikemaskini setiap minggu.
2. Kali UI direka bentuk semula untuk persekitaran kerja yang diselaraskan.
3. Sokongan asli untuk Ruby 2.0 untuk lebih cepat kali beban Metasploit.
4. Dibina pada screencasting dan desktop pemberitahuan.
5. Canggih alat penembusan wayarles dan banyak lagi.
Watermark bukan suatu perkara asing bagi pengguna dalam dunia teknologi ini. Dulu, blog ini pun ada macam-macam ‘isu’ mengenai watermarking ni. Saya sampai dah malas nak fikir mengenai orang yang kerap menyalin artikel di sini dan buat seperti mereka yang mengarangnya. Tetapi saya yakin dan percaya anda yang dah selalu ‘melepak’ di blog ini pastinya kenal dengan penulisan saya. Walaupun saya menulis tentang IT tetapi sasteranya ada. Hahaha..
Terbaru saya dihubungi oleh wakil dari syarikat Watermark Software yang dengan murah hatinya memberi kepada saya akan perisian ini untuk digunakan. Tapi macam biasalah, bukan bagi ‘percuma’. Bagi ada makna tau? Hahaha..
Saya bukanlah pengguna tegar perisian watermark seperti ini. Tetapi jika ada satu ciri pada perisian watermark yang saya inginkan adalah paparan antaramuka yang mudah difahami (seperti yang boleh anda lihat pada paparan skrin berikut), ‘ringan’ pada peranti yang digunakan, dan cara gunakan semudah ABC.
Seperti yang dapat anda lihat di bawah, selepas memasukkan gambar yang diingini, anda akan diberikan pilihan-pilihan yang agak banyak. Daripada pilihan font, saiz, kemudian membawa pula kepada jenis watermark seperti tempelan gambar, dan tempelan ‘frame’. Anda juga boleh crop jika anda mahu.
Apa yang menjadi perhatian saya adalah pada watermark dengan menggunakan perkataan. Ya, kita boleh menaip dan meletakkan apa juga perkataan yang kita mahu, boleh memberikan ia saiz apa yang anda rasakan sesuai pada gambar anda, juga boleh meletakkan bebayang seperti klon versi kabur pada perkataan tersebut.
Cuma yang menjadi masalah ialah jika anda mahu menggerakkan ia ke tempat yang anda mahu, anda tersekat dengan apa yang telah ditetapkan oleh pembangun. Anda tidak boleh meletakkan perkataan itu mengikut ‘piawaian’ anda sendiri. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buaya kepada kedudukan tetap iaitu atas, tengah, ataupun bawah.
Jika anda gerakkan perkataan tersebut menggunakan kursor, ianya lebih kepada resize dan bukan meletakkan ia pada tempat yang anda mahu.
Apapun selain dari hanya satu masalah ini, perisian Watermark Software adalah satu perisian yang berbaloi untuk anda jika anda merupakan seorang pengguna tegar dalam alam blogging atau apa jua laman web yang anda bina.
Jika anda berminat hendak mendapatkan ia, anda boleh muat turun melalui laman web rasminya: