Utama Blog Laman 194

Cara Menggunakan DNSCrypt Pada Windows

0
Kebanyakan pengguna di luar sana hanya mengetahui bahawa alamat IP digunakan untuk menjejaki kedudukan seseorang. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa terdapat beberapa lagi perincian yang selalu digunakan oleh pakar Forensik Siber di Malaysia ini untuk mendapatkan kedudukan tepat seseorang selain dari alamat IP.Adakah DNS juga memainkan peranan ini? Tidak dapat dinafikan sedikit-sebanyak kalau berlakunya kebocoran DNS ia menyumbang juga, tetapi kalau ingin tahu lebih lanjut bagaimana cara pakar Forensik Siber menjejaki pesalah-pesalah siber, itu kena pergi belajar dengan mereka. Saya tak pakar. Heheh.

Walaubagaimanapun, kita kena ambil tahu juga, kalau tak mendalam sekalipun, kena tahu sedikit agar dapat menjaga privasi dari dicerobohi oleh pembuli-pembuli siber yang kurang akalnya itu.

Apa Itu DNSCrypt?

DNSCrypt bukanlah termasuk dalam golongan adik-beradik dengan Durian Crepe. Lain wei.
Dari laman rasmi projek ini, ia diterangkan sebagai:

DNSCrypt is a protocol that authenticates communications between a DNS client and a DNS resolver. It prevents DNS spoofing. It uses cryptographic signatures to verify that responses originate from the chosen DNS resolver and haven’t been tampered with.

Harus diingatkan, DNSCrypt bukan satu penyelesaian yang sama seperti VPN. Ia hanya mengesahkan laluan trafik DNS sahaja dan tidak pula dapat mencegah kebocoran DNS. Jadi langkah berjaga-jaga tambahan dari anda sendiri adalah perlu dan disarankan untuk menggunakan OpenVPN sebagai perlindungan dari anasir-anasir tidak bagus (penggodam dan lain-lain adik-beradik mereka itulah).

Bagaimana Cara Menggunakan DNSCrypt?

Untuk Linux khususnya Ubuntu saya perlukan artikel berasingan kerana ianya agak panjang juga. Jadi kita mulakan dengan Windows. Dalam tutorial ini saya gunakan Windows 10 sebagai contoh.

Pertama sekali muat turun Net Framework 3.5 dan pasangkan ia.

Muat turun Net Framework 3.5 di sini : Microsoft .NET Framework 3.5

Kalau inginkan pemasang versi offline, ia ada di sini : Microsoft .NET Framework 3.5 Service pack 1 (Full Package)

Kemudian, muat turun pula fail-fail di bawah.

Pautan Muat Turun:

Index of /dnscrypt-proxy/

Muat turun seperti yang telah dimerahkan. Pada ketika artikel ini ditulis versi terkini ialah 1.6.0.

Kalau anda kurang berkeyakinan untuk menggunakan baris perintah maka bolehlah muat turun fail klien dalam bentuk GUI melalui pautan berikut:

Windows client for managing the DNSCrypt Proxy

Klik pada ‘Download ZIP‘.

Optional:

Ini adalah versi lain klien GUI untuk DNSCrypt. Anda boleh cuba gunakan ia sebagai alternatif. Saya tak suka yang ini sebab walaupun nampak lebih ‘cool’ tapi pada laptop saya ia tidak berkesan. Entah apa la ‘settings’ yang saya usik, DNS masih bocor. Betul DNSCrypt tidak mencegah kebocoran DNS tetapi sekurang-kurangnya ia tidak perlulah menjadi penyebab pula. Ahahaha!

Boleh pula DNS bocor!

Ok lah pautan muat turun adalah seperti di bawah:

SIMON CLAUSEN DNSCRYPT WINDOWS SERVICE MANAGER

Langkah Seterusnya:

Ekstrak dua fail yang telah anda muat turun di atas dan anda akan dapat dua folder iaitu
dnscrypt-proxy-win32 dan dnscrypt-winclient-master.

Buka folder dnscrypt-proxy-win32, salin kesemua fail di dalamnya.

Kemudian buka pula folder dnscrypt-winclient-master > binaries > Release, dan tampal (paste) fail-fail tersebut di sini.

Jalankan klien iaitu fail yang bernama dnscrypt-winclient (extension .exe). Berikut adalah paparan antaramuka klien DNSCrypt:

Ia akan memaparkan peranti rangkaian yang berhubung dengan peranti anda. Di sini anda boleh tandakan pada mana-mana peranti rangkaian yang anda rasa mahu digunakan bersama DNSCrypt.

Kemudian, klik pada tab ‘Config‘. Di sini pula anda boleh memilih penyedia DNS yang anda minati. Saya pilih ‘Cisco OpenDNS‘ kerana ianya sudah ‘established’ dan dikenali di serata dunia. Seterusnya tekan butang ‘Install’ dan butang ‘Start’ akan berfungsi secara automatik lalu bertukar kepada ‘Stop’. Anda sudah boleh klik butang pangkah, kerana klien ini akan berfungsi di balik tabir sistem operasi.

Anda boleh periksa sama ada ia benar-benar berfungsi atau tidak dengan membuka laman DNS Leak Test (sebagai contoh).

Pada peringkat permulaan sebelum godek-godek, ini yang saya dapat:

Ia memaparkan data IP servis VPN yang sedang saya gunakan. Kemudian, setelah ‘centang itu centang ini’, ini pula hasilnya:

Ok lah. Saya berharap anda seronok dan gembira (ehhh, bukan sama ke seronok dan gembira tu?) dengan tutorial kali ini. Silakan mencuba kepada sesiapa yang berminat. Semoga entri ini dapat membuka mata anda tentang privasi.

Pautan Rujukan:

DNSCrypt

Using the DNSCrypt client on Windows

DNSCrypt On Windows

Anda juga boleh membaca panduan untuk mencegah kebocoran DNS di sini: What Is A DNS Leak
And How To Fix It

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Arch Linux : Pros & Cons

0
Ada banyak pro dan kontra apabila menggunakan Arch Linux. Untuk para pemula, saya sarankan anda gunakan saja Ubuntu, atau Linux Mint.

Saya sendiri bermula dengan Ubuntu. Tiada apa yang salahnya pun. Kita yang tidak tahu apa-apa tentang Linux tetapi dalam masa yang sama amatlah berminat ingin tahu bagaimana cara kerjanya, maka Ubuntu adalah ‘calon’ yang paling sesuai.

Saya masih ingat lagi soalan saya kepada kawan baik suatu waktu dulu iaitu mana yang lebih mudah digunakan, Windows atau Linux?

Katanya “Windows lah, senang, ada GUI, kalau Linux ko nak kena pandai gunakan command”.

Ini jawapan beliau kepada saya. Saya tanyakan kepada beliau dek kerana beliau pada saya agak berpengalaman dengan komputer dan sistem operasi. Tetapi berbekalkan jawapan tersebut, saya ‘explore’ Linux kerana tidak berpuas hati. Pada saya beliau sengaja menjawab begitu kerana nak ‘sedapkan’ hati saya.

Maka bermulalah perjalanan saya mempelajari Linux bermula dari Ubuntu, beralih ke Linux Mint, seterusnya kepada beberapa sistem operasi Linux yang lain hinggalah akhirnya tetap kepada Arch Linux. Setelah beberapa tahun menggunakannya, berikut saya senaraikan beberapa pro dan kontra Arch Linux sebagai sistem operasi harian. Kita mulakan dengan pro terlebih dahulu:

1. Percuma Tanpa Syarat

Sementara Microsoft ‘memberikan’ Windows 10 secara percuma dengan syarat pengguna mestilah menggunakan sistem operasi asli, Linux pula memberikan semua orang sistem operasi mereka secara percuma tanpa ada apa-apa syarat.

Cuma, kalau anda lihat paparan skrin di bawah ini, Ubuntu juga memberikan kepada anda pautan untuk muat turun fail ISO, namun dengan ‘bau-bau perlian yang agak pedih’. Nah, nak muat turun, silakan, tapi muat turun begitu je ke? Tak kan takde derma sikit kot?

Ahahahah.. lebih kurang begitulah maksud saya. Tetapi di laman muat turun Arch Linux, anda boleh terus sedut ‘like a boss’. Tiada perli-perli, tiada sliding bar untuk buat anda rasa serba-salah. Heheh..

Muat Turun : Arch Linux Download

2. Belajar Sistem Linux Dengan Lebih Mendalam

Kalau anda sangat baru dengan dunia Linux, saya galakkan anda mencuba Ubuntu. Tetapi bila dah lama sikit, dan dah mahir selok-belok sistem, apabila anda teringin hendak luaskan ilmu pengetahuan anda maka teruslah muat turun dan pasang Arch Linux pada partisi kosong yang ada.

Bukan nak kata tak boleh belajar sistem Linux apabila menggunakan Ubuntu. Boleh juga, jangan lah menangis. Heheh.. cuma apabila anda dah cuba Arch Linux, saya akui ianya lebih ‘deep’ lagi. Ada ceruk-ceruk dalam sistem yang tak tahu boleh jadi tahu. Itupun disebabkan oleh ralat-ralat yang berlaku akibat dari kesilapan diri sendiri.

Apabila ralat keluar, tidak dapat tidak kita kena belajar bagaimana caranya untuk kita atasi masalah tersebut dan selesaikannya. Jadi di sinilah bermulanya perjalanan pembelajaran pengguna. Kalau tak dapat banyak, dapat sedikit pun dah memadai asalkan kita faham ‘di mana letaknya sesuatu itu’ dalam Linux. Kerana dalam Linux semuanya adalah, fail.

3. Baris Perintah Yang Lebih….. Power User

Ambil contoh paling mudah, katakan nak pasang Tor Browser dalam Ubuntu, berikut adalah baris perintah yang perlu digunakan:

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/tor-browser
sudo apt-get update
sudo apt-get install tor-browser

Rujukan : TOR BROWSER BUNDLE UBUNTU PPA

Apa dia tu? Tambah repo, kemas kini maklumat sistem untuk package manager dan kemudian barulah pasangkan Tor Browser.

Untuk Arch Linux pula:

sudo pacman -S tor

Rujukan : Tor

Baris perintah dalam Arch Linux lebih ringkas, padat, jitu, mutu, keunggulan gitu, ye tak? Heheheh.

4. Arch Linux Sebenarnya Senang Untuk Dipasang dan Digunakan

Betul, kalau anda dah mahir, iaitu mahir dengan sistem operasi Linux, sistem dalam direktori fail Linux itu sendiri, selok-belok cilok-mencilok cedok-mencedok, setakat Arch Linux ni memang pejam mata lah. Kalau Arch Linux dah pejam mata, Ubuntu tu pejam mata guna sambil lari dalam guni. Ahahaha.

Sekurang-kurangnya cuma lebih kurang 20 minit sahaja yang perlu digunakan untuk memasang Arch Linux menjadi sistem operasi harian anda. Ini adalah jauh lebih singkat berbanding….. Gentoo.

Tak percaya boleh cuba Gentoo sendiri. Saya tak larat nak tunggu package compiling, terus-terang cakap.

5. Sistem Operasi Cerminan Diri

Anda bermula dari baris perintah. Tiada paparan persekitaran desktop yang membantu. Semua yang anda mula pasang anda lihat depan mata, anda perhati satu demi satu pakej yang dipasang, kalau boleh tiada yang terlepas waktu pacstrap. Daripada kosong, hinggalah kepada sebuah sistem operasi yang ‘penuh’, andalah yang tentukan ia akan menjadi ‘apa’ dan ‘bagaimana’ rupanya.

Ini pada saya adalah jauh lebih mudah. Jauh lebih menyeronokkan kerana hasil akhir tidak kiralah pasang berapa kali pun, belum tentu akan jadi seperti sebelumnya, kerana sebagai contoh kalau di satu PC yang lain saya cuma pasangkan Arch Linux yang minimal beserta MATE Desktop, di satu PC lagi saya tambahkan pula dengan Compiz, dan pelbagai lagi hingga jadi seperti PC dalam filem-filem Sci-Fi, canggih-manggih gitu.

Berbeza dengan Ubuntu atau lain-lain turunan dari Ubuntu seperti Linux Mint, sistem-sistem operasi tersebut sudah ‘disiapkan’ lebih awal lagi untuk anda. Bukan nak kata anda tiada kawalan penuh, tetapi anda tidak dapat menikmati keseronokkan membinanya dari mula. Penting sangat ke? Oh yeah, penting.

Baiklah. Kita beralih kepada kontranya pula. Berikut adalah senarai dari saya sendiri:

1. AUR

Ya, pada pengguna lama mesti tak bersetuju dengan saya. Jangan salah faham. Saya suka sangat dengan AUR. Apa-apa pakej yang tiada dalam repo rasmi boleh cari dengan mudah di sini. Tetapi terimalah hakikatnya, bukan semua ‘resipi’ dalam AUR itu sempurna.

Kerap saya menemukan tidak boleh compile di sana sini akibat itu tidak cukup, ini tidak lengkap. Memang boleh bikin sendiri tetapi di mana keseronokannya di situ?

Ini belum lagi kalau pakej yang sudah di-flag sebagai out-of-date, dan kemudian ‘abandoned’, sedangkan boleh pasang dengan mudah pada Ubuntu. LOL. Sebut pasal Ubuntu, proses kemas kini pakej yang menggunakan PPA adalah jauh lebih mudah berbanding pakej yang menggunakan AUR. Tak percaya cakap saya boleh cuba sendiri. Bosan lah cakap sorang-sorang.

2. Proses Kemas Kini Tidak Dikendalikan Sepenuhnya Oleh Package Manager

Ya, ini yang paling menyakitkan jiwa. Kenapa tak bikin terus? Kenapa nak susahkan pengguna lagi? Ini bukan soal belajar benda baru lagi, atau jangan malas-malas, tapi ini soal benda ‘auto’ kalau dah boleh dibuat kenapa nak bikin manual? Ini contoh:

warning: /etc/pam.d/usermod installed as /etc/pam.d/usermod.pacnew

Ini contoh sahaja lah. Kalau dah boleh digantikan dengan fail yang baru, kan elok terus gantikan sahaja, cuma maklumkan melalui pacman. Paling mudah faham fail mirrorlist. Kalau ia terus digantikan pun tiada masalah, pengguna boleh buat semula speed test untuk mirror yang paling laju dan kemudian sort kepada 5 atau 6 mirror paling bagus. Ini tidak, ia disimpan dahulu sebagai mirrorlist.pacnew selepas selesai pacman -Syu. Ceh.

3. Pepijat Selepas Kemas Kini

Entah kenapa, kadang-kadang (diulangi kadang-kadang!) kalau selepas kemas kini sistem ada pula pepijat yang rajin singgah. Terkadang ia dari fail pemacu baru, dan mungkin juga dari aplikasi-aplikasi yang mempunyai konflik dengan fail-fail tertentu.

Penat juga apabila kena peruntukan masa untuk baiki sistem yang terganggu. Tetapi itu pengalaman saya, selepas beberapa tahun menggunakannya (dan tidak pernah diformat langsung laptop ini sejak saya pasangkan Arch Linux sampai lah dapat Windows 10. Heheheh.).

Anda mungkin lain pula pengalamannya. Apapun boleh kongsikan pengalaman anda sendiri di ruangan komen. Apa pendapat anda?

Untuk anda yang baru nak berjinak-jinak, boleh rujuk cara pasang Arch Linux yang terbaru di sini : Cara Memasang Arch Linux (2015.08.01 ISO)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Menggunakan Linux Masih Lebih Baik Berbanding Windows 10

0
Kalau anda adalah peminat dan pengguna Linux yang ‘sejati’, kehadiran Windows 10 tetap tidak akan menggugat kesetiaan anda. Berbeza dengan saya, saya suka mencuba segalanya. Bosan apabila tetap pada sesuatu sedangkan kita boleh memperoleh pengalaman berbeza dengan ilmu yang baru. Bukankah begitu lebih baik?Namun dalam Linux vs Windows, versi 2015 ini, kedua-duanya tampak seakan cabar mencabar antara satu dengan yang lain. Suka untuk saya katakan di sini, kedua-duanya tidaklah ‘menang’ melainkan penggunanya.

Apapun saya ingin ‘highlight’ beberapa sebab kenapa saya katakan pengguna Linux lebih beruntung, kerana sistem operasi Linux lebih baik berbanding Windows 10. Antaranya ialah:

1. Percuma Tanpa Syarat

Oh ya, Windows 10 adalah ‘percuma’. Ambil perhatian kepada pembuka dan penutup kata itu, kerana Windows 10 hanya diberikan secara ‘percuma’ melalui proses naik taraf sistem operasi yang telah diaktifkan dengan lesen yang sah/asli. Betul, ada juga kes yang saya dengar versi lanun pun boleh juga. Tapi kalau saya jadi ‘mereka’, saya tak berani.

Manakala Linux pula terus kekal percuma tanpa apa-apa syarat. Anda nak muat turun ISO hari ini, percuma. Esok, percuma. Lusa, tulat, tonggeng, temanggung, temanggeng, semuanya percuma. Tinggal rajin atau malas untuk belajar, itu sahaja.

Windows 10, kalau ingin dibeli harganya maksima hingga RM1000+. Wow.

2. Tiada Isu Keylogger

Ok, meskipun saya dah menyampah dengan isu ini, yang telah saya terangkan dalam entri sebelumnya, tetapi pengguna Windows 10 tetap dihantui dengan pelbagai isu yang melibatkan privasi. Data-data dan setiap taipan pada papan kekunci dikhuatiri akan disalahgunakan, dan ‘dicuri’ oleh Microsoft. Ewww~

Linux? Tiada isu ini. Dahulu pada tahun 2013 Richard Stallman pernah mengatakan Ubuntu adalah Spyware. Tetapi harus diingat, Linux bukan hanya Ubuntu, dan Ubuntu bukan mewakili Linux. Kalau khuatir dengan isu Ubuntu ini gunakanlah Arch Linux. Aman damai kepala otak ini, sejuk je rasa. Heheh.

3. Windows 10 Memaksa Pengguna Kemaskini

Ahhh, come on la, kita semua ni kedekut kuota sebab harga pakej/pelan internet di Malaysia ni mahal bukan main, manakala kuota pula sejimbit seciput sedikit cuma. Ada hati nak suruh kita kemaskini sistem operasi setiap hari tanpa ada pilihan untuk ‘opt-out’? Ewww~

Linux? Anda dah pasang, nak kemaskini, silakan. Kalau tak nak, apa yang anda guna tu sudah mencukupi. Kalau ada kuota lebih, nak kemaskini, lagi bagus. Kalau kuota habis, menangislah kamu di tepi dinding sana.

4. Kebimbangan Terhadap Virus dan Penggodam

Ahhh, ini satu lagi isu. Tak cukup dengan Microsoft memantau setiap taipan pada papan kekunci untuk ‘mengajar Cortana menjadi lebih bijak’, pengguna terpaksa berfikir bagaimana cara untuk selamat daripada virus-virus bodoh seperti virus shortcut (serius? dah masuk tahun 2015 kot. Virus ni masih viral!).

Sementara pengguna Linux hanya senyum-senyum kambing saja melihat anda mencucuk pemacu USB ke port USB komputer mereka. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana tiada virus shortcut atau lain-lain virus geli-geli yang boleh masuk menyusup.

5. Prestasi Dijejaskan Oleh Bloatware

Windows 10 dipenuhi oleh ‘bloatware’ atau ‘crapware’ walaupun ia bukan datang dari OEM. Ia datang dari Microsoft sendiri. Penuh dengan pelbagai aplikasi yang akan dimuat (load) ketika startup dan kemudian memenuhi RAM anda. Betul, boleh dibuang, tetapi kenapa nak sakitkan kepala tentang prestasi apabila Linux akan sentiasa berprestasi tinggi setiap hari tanpa dapat dijejaskan oleh apa-apa, melainkan ‘kesilapan’ anda sendiri..?

Jangan lupa anda kena jaga juga registry Windows supaya ianya tidak dipenuhi dengan pelbagai entri yang tidak perlu. Kalau salah padam, salah tambah, akan jadi isu baru pula. Linux tiada registry. Tiada juga isu ini. Hilang sakit kepala untuk satu lagi perkara.

5 point saya tidak cukup kuat ke? Ahhh, tak kisah lah. Saja je nak panaskan keadaan. Kah kah kah. Bagi anda yang dah selesa dengan Windows 10 tu bawak-bawaklah mencuba Linux, keluar dari kepompong anda yang selesa tu.

Bila nak guna Microsoft Words, Powerpoint, Excel, main game, masuklah ke dalam Windows 10. Tapi bila nak buat kerja lain, dengar lagu, layari laman web, tulis blog, tulis novel, coding aplikasi/perisian, coding laman web dan bla bla bla (lain-lain aktiviti berfaedah!), masuklah ke dalam Linux. Kan lebih ‘power user’ gitu.

Apapun cakap banyak tak guna. Ada berani gunalah Arch Linux. Ada berani ke?

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Menelusuri Deep Web / Dark Web : Perlu Ke? Apa Yang Hebat Sangat? Haaa.. Meh Baca Sikit..

0
Tidak perlu saya nyatakan apa itu Deep Web atau Dark atau The Matrix World.Sila Google.

Sedikit panduan untuk mereka yang ingin mengetahui mengenai Deep Web:

1. Laman sesawang yang tiada penghujung undang-undang. Anda masuk dan buat onar maka anda akan kena dengan tindakan undang-undang ‘mereka’, mereka akan cari anda hingga ke lubang cacing (tak semua la sebab dorang tau kita ni cuma picisan budak bengong yang bajet-bajet pro).

2. Tiada la benda yang menarik dalam Deep Web ini, semua perkara yang membuang masa melainkan anda penjenayah, pedofilia, kaki lucah kaki biru kaki kuning kucing musang, orang yang kaya, dan mungkin tiada kerja yang lebih baik.

3. Lebih kurang 3 ribu (kalau tak salah lah, betulkan fakta ini kalau salah) tidak termasuk “ENTER THIS SHIT WITH YOUR OWN ARSE“, yakni tempat yang betul-betul membuat anda akan termuntah dan rasa menyesal masuk.

4. Deep Web menggunakan BTC dan USD.

5. Adakah masuk Deep Web berbaloi? Errr.. tak berbaloi, membuang masa anda melainkan anda ada tujuan khusus, ada duit banyak, ada masa terlebih, ada BTC yang tak tau nak guna untuk apa, dan lain sebagainya.

6. Deep Web dipenuhi dengan scammers dan cyberbully.

7. Dikatakan Deep Web dilindungi oleh Homeland Security.

Rujukan : List of law enforcement agencies

Bagaimana caranya untuk memasuki Deep Web?

Gunakan TOR. Pakai Google Dork ‘site: .onion’. Ok. Pandai-pandailah bermula dari situ. Macam biasa. Ada akal guna untuk berfikir. Jangan klik sebarangan, jangan buat benda yang bukan-bukan.

– Artikel ini adalah tulisan Ichsu Tanamy dan Muhammad Ridzuan Bin Amirhamzah. Saya cuma ‘tambah perisa’ sikit-sikit je. Hehe.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Opera Mini Kini Mempunyai ‘High & Extreme Data Savings’ Dalam Versi 11

0
Tak perlulah saya perkenalkan lagi pelayar web ini. Cukuplah sekadar saya nyatakan yang ia menjadi pilihan para pengguna internet di Malaysia ini dek kerana keserasiannya dengan telco khususnya DiGi. Namun bukan itu saja. Ia juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sama seperti UC Browser (siapa yang biasa guna kedua-dua pelayar web ini pasti akan faham apa yang cuba saya sampaikan).

Extreme Mode adalah versi penjimatan data yang telah digunakan oleh Opera dalam versi sebelumnya, yang mana ia akan melakukan pemadatan imej/gambar dan juga laman web melalui pelayan proksi Opera untuk mengurangkan penggunaan bandwidth.

Manakala High ialah mode baru yang ditambah, khas untuk mereka yang inginkan penjimatan tetapi tidak terlalu berbeza dengan mode biasa. Ianya lebih kepada mereka yang hendak berjimat kuota tetapi dalam masa yang sama hendakkan pengalaman web yang lebih kurang sama dengan pelayar-pelayar web yang lain.

Muat turun Opera Mini : Opera Mini web browser

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Windows 10 Ada Keylogger? Teori Konspirasi Blog Tabloid! Sudah Cukup Sudah!

0
Assalamualaikum semua dan Salam 1 OMG! Hackers?.Ok. Terus-terang cakap, saya sudah mula meluat dengan blog-blog so called ‘IT blog’ yang secara berterusan ‘menyerang’ dan menekan Microsoft melalui sistem operasi terbaru mereka iaitu Windows 10. Tak sudah-sudah dengan isu ‘keylogger’.

Memilih Untuk Menyebar Kebangangan

Kejumudan minda kebanyakan rakyat marhaen telah menyebabkan bercambahnya laman-laman kurang pintar dan blog-blog tabloid yang kerap menyebar-luaskan pandangan bodoh-bangang. Buat mereka yang kurang berfikir, ini adalah waktu paling baik untuk mereka menulis artikel-artikel berunsurkan teori konspirasi kerana setiap dari teori konspirasi itu bererti TRAFIK dan setiap satu trafik yang masuk ke blog adalah DUIT.

Apa Itu Keylogger?

Keylogger adalah singkatan daripada perkataan ‘keystroke logging/logger’ yang mana ianya adalah gambaran akan aplikasi atau perisian yang digunakan untuk merekod setiap taipan pada papan kekunci. Kebiasaannya aplikasi/perisian ini digunakan oleh penggodam yang berniat jahat, dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat sulit dari mangsa seperti kata laluan e-mel, kata laluan bank, dan lain-lain perincian yang tidak boleh dikongsi secara terbuka. Pendek kata keylogger adalah sejenis spyware, iaitu sesuatu yang akan menjahamkan privasi anda, serta mencuri kesemua info-info peribadi anda.

Pengutipan Data Oleh Google, Android, dan Cortana

Kalau anda katakan apa yang telah dilakukan oleh Microsoft untuk mendapatkan data peribadi anda bagi memperbaiki mutu serta kualiti servis dari Cortana, iaitu pembantu peribadi maya anda di dalam sistem operasi Windows 10 adalah ‘keylogger’, maka anda juga adalah lebih patut memeriksa ‘Permission’ setiap aplikasi yang ada dalam telefon pintar anda. Kerana ianya adalah perbuatan yang sama! Google mengumpulkan data peribadi anda melalui ‘Permission’, dan setiap data ini bukannya disimpan dalam telefon! Ia akan dihantar ke pelayan-pelayan Google dan kemudiannya diproses, dipantau, seterusnya maklumat itu akan dijadikan sebagai sandaran kepada penambahbaikan aplikasi Google App (dahulunya dikenali sebagai Google Now).

Tak lupa juga dalam Android ada disertakan beberapa cara untuk mengumpulkan maklumat ‘ralat’ ataupun ‘pepijat’ agar dapat dikenalpasti apa yang perlu diperbaiki seterusnya kemas kini bagi sistem operasi Android dapat diedarkan kepada semua pengguna.

Ini adalah era di mana apabila anda memasuki dunia internet, sedikit-sebanyak informasi anda pasti akan ‘diambil’ untuk memastikan kelangsungan sistem operasi atau aplikasi/perisian.

Kalau anda terlalu paranoid serta ingin meneruskan prejudis anda terhadap Windows 10, anda juga tak perlu lagi menggunakan telefon bimbit pintar anda, melainkan anda adalah para hipokrit yang terlalu obses membaca blog-blog talbloid tetapi terlampau ego untuk menggunakan akal fikiran bagi berfikir akan logika disebalik setiap perbuatan.

Microsoft bukan terlampau bodoh baghal hendak membuang segala usaha keras mereka untuk membuat sistem operasi terbaru dengan mencipta keylogger terbina dalaman di dalam Windows 10. Teori konspirasi yang terlampau dangkal ini dicipta khas oleh musuh-musuh Microsoft dan juga khususnya oleh para pembenci sistem operasi Windows sejak dulu.

Ianya dicipta untuk siapa? Untuk generasi Y yang malas menggunakan akal.

Mematikan Kesemua Tetapan Privacy

Dalam Windows 10, ada diletakkan satu bahagian khas untuk pengguna mengubah tetapan privasi. Ianya sangat senang. Pengguna hanya perlu ‘trigger’ butang ‘On’ untuk tukarkan ia kepada ‘Off’. Anak kecil yang baru pandai baca ‘On/Off’ pun boleh buat lah bro! Tinggal rajin atau tidak hendak baca dan semak satu persatu kerana tetapan-tetapan privasi ada banyak! Alahhh.. kalau rajin baca blog tabloid-manipulasi-isu-untuk-keuntungan-melalui-akal-pemalas, tak mungkinlah terlalu malas pula untuk semak tetapan-tetapan tersebut, melainkan anda memang pemalas tahap nauzubillah, ego tahap ….. (sambung sendiri).

Reaksi Terlampau

Kesemua yang anda baca bukanlah semuanya tidak benar. Betul lah mereka ada kumpulkan maklumat anda, tetapi macam yang ditulis di awal artikel, ianya akan digunakan semula untuk menambahbaik sistem operasi dan juga pembantu peribadi maya yang bernama Cortana itu. Kalau anda rasa privasi anda ‘diceroboh’, matikan semua tetapan Privacy yang tersedia atau lebih ekstrim lagi tak payah guna Windows 10. Kekal mereput dengan Windows XP anda, atau ‘upgrade’ sikit Windows 7/Vista.

Bukan nak kata Windows 7 tidak bagus, tetapi kalau ada yang jauh lebih bagus kenapa kita tidak mahu guna? Kenapa nak percaya membuta-tuli kepada blog-blog tabloid-pemalas-mengharap-trafik-murahan-semata?

Paling kelakar, sebut pasal privasi, tetapi dalam masa yang sama rajin menggunakan perisian klien TORRENT. Kelakar sungguh anda. PRIVASILAH SANGAT.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Borang Tempahan Baju T OMG! Hackers?

0
Assalamualaikum kepada semua kipas-susah-mati OMG! Hackers?. Apa nak bagi nama la dekat hangpa ni. Army? Student? LOL. Lantak lah, itu kita bincang kemudian.

Tetapi untuk hari ini, buat anda yang tertanya-tanya bagaimana cara paling mudah untuk menempah baju t OMG! Hackers? selain dari menghubungi Encik Ubuntu, anda juga bolehlah menggunakan borang atas talian yang disediakan oleh beliau melalui pautan di bawah :Klik sini tanpa prejudis -> SESI PRE ORDER BAJU OMG! Hackers? [2015] Limited Edition

Untuk anda yang tak jenguk pun entri sebelum ini, nah, gambar baju t OMG! Hackers?, reupload:


Beli la kawan-kawan! Heheh.. tak mahal punnn.. lagi ramai yang pakai, lagi ohsemmm..

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tempahan Baju T OMG! Hackers? Dibuka Sekarang!

0
Assalamualaikum.Kepada semua pembaca yang saya kasihi dan ingati selalu, dah beberapa tahun blog ini ‘dibuka’ kepada semua untuk dibaca. Sampai satu masa, saya amat sibuk dan hampir tiada ruang nak mencelah untuk kemas kini entri terbaru. Jadi kalau pada sekurang-kurangnya tiada pun entri baru, saya teringin juga hendak mencetak satu baju t khusus untuk para pembaca sekalian sebagai kenang-kenangan kita semua.

Apapun anda boleh lihat dahulu reka bentuk bagi baju t tersebut melalui gambar di bawah:

Suka untuk saya ingatkan, baju t ini adalah LIMITED EDITION. Maknanya apa? Maknanya ia tidak akan dicetak semula setelah tempahan ditutup! Jika hanya 10 orang yang menempah, maka anda adalah antara 10 orang yang memiliki baju t ini (contohnya lah!). Tapi saya harap biarlah ramai sikit yang tempah, maka ramai lah yang pakai baju ini di merata-rata tempat, dan bererti mudah untuk saya jumpa peminat-peminat OMG! Hackers? di mana-mana. Hehe..

Buat masa ini borang atas talian masih belum ada, tetapi, anda boleh membuat tempahan secara terus melalui saudara Encik Ubuntu di akaun Facebook beliau, di sini : Encik Ubuntu

Harga baju hanyalah semurah RM40 sahaja, dan anda boleh tempah saiz S hinggalah 2XL! Jangan lupa, berikan maklumat lengkap ya! Contohnya nama anda, alamat rumah anda, bukti pembayaran (screenshot/gambar resit), jumlah baju, dan juga saiz baju yang ingin ditempah. Ini amat penting bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan semasa membuat cetakan.

Tempahan hanya dibuka selama sebulan sahaja dari tarikh hari ini, dan selepas itu tempahan akan ditutup! Jangan menyesal meratapi diri kalau anda terlepas peluang untuk memakai baju t OMG! Hackers? yang super duper ohsem reka bentuknya ini.

Terima kasih dan sepenuhnya kredit diberikan kepada saudara Bukhari Malek dari syarikat Hai Cetak untuk hasil reka bentuk akhir baju t ini. Semoga kita dapat berurusan lagi pada masa yang akan datang.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Promosi Domain XYZ Kini Hanya USD1!

0
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca OMG! Hackers?.Sebelum ini saya tidak pernah ambil tahu pun mengenai domain ini, dek kerana tak pernah terasa nak gunakannya. Tapi bila Namecheap bikin promosi, benda yang tak pernah difikirkan pun akan jadi terpaksa fikir juga. Hahaha..

Buat anda yang ragu-ragu dengan domain ini sama ada ianya ‘mesra’ dengan Enjin Carian Google ataupun tidak, anda boleh lihat pada gambar di bawah:

Domain tersebut iaitu omgikan.xyz baru sahaja saya beli pada waktu tengahari hari ini (28/8/15). Sebaik tiba waktu petang, sengaja tangan ini berasa ‘gatal’ untuk mencuba-cuba kata kunci yang munasabah dengan isi kandungan blog, tetapi tak sangka juga ianya dengan pantas telahpun diindeks oleh Google.

Petanda baik bukan? Ya. Memang baik.

Jadi apa tunggu lagi? Tak rugi pun mencuba kerana banyak juga nama-nama yang cool, yang boleh digunakan bersama domain ini.

Harganya setelah dicampur dengan apa-benda-entah-tadi (lupa) ialah RM5.42.

Manakala untuk tujuan pembaharuan tahun hadapan, saya rasa lebih kurang RM46-47 gitu. Ok la kan? Sebab domain omghackers.com yang didaftarkan dengan NetKL pun lebih kurang itu juga. Hehehe..

Ahhh.. banyak cerita pun tak guna kalau anda tak beli bukan? Nah, buka URL di bawah untuk teruskan niat murni anda membeli domain XYZ:

—> Namecheap

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Memasang Arch Linux (2015.08.01 ISO)

0
Sebenarnya saya dah lama tidak melakukan pemasangan Arch Linux. Masakan tidak, Arch Linux tidak perlu dipasang semula. Cukup sekadar kemas kini dan ia sedia dinaik taraf, hasil dari sistem rolling release.
Jadi baru-baru ini waktu saya mencuba untuk memasangnya semula, ada lah satu dua perkara yang dah berubah. Tak banyak, tidaklah terlalu signifikan, tetapi ia juga tetap perlukan bacaan menyeluruh.
Harus diingatkan kepada anda yang suka dengan Linux dan berminat hendak mencuba Arch Linux, anda tidak boleh bergantung kepada tutorial ‘luar’. Anda perlu jadikan ArchWiki sebagai rujukan utama dari semasa ke semasa, kerana setiap kali ada perubahan, setiap kali itu ia dikemas kini, manakala tutorial ‘luar’ dari ArchWiki adalah statik.
Apa yang saya cuba lakukan di sini ialah menjadi ‘penterjemah kepada ArchWiki‘ untuk memudahkan anda memahami apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir pemasangan Arch Linux. Jika tutorial di sini sudah ‘mereput’, maka anda wajib merujuk ArchWiki untuk dapatkan tutorial atau panduan terkini tentang apa juga masalah anda.

Secara asasnya, kaedah pemasangan ataupun nak senang faham carta alir kerja pemasangan sistem operasi Arch Linux adalah:

Mengenalpasti keberadaan internet -> Partitioning -> Pasang pakej sistem -> Penetapan asas sistem seperti jam dan nama host -> Penetapan pengguna (users) -> Pemasangan bootloader -> Pemasangan xorg dan lain-lain komponen -> Pemasangan persekitaran dekstop

Jadi apa yang anda perlukan sekarang?

Muat turun dahulu fail ISO Arch Linux yang terkini.

Kemudian, rakamkan ia (burn) ke dalam pemacu USB. Saya sarankan anda gunakan Rufus.

Kemudian, boot ke dalam persekitaran Arch Linux.

Pastikan internet berjalan dengan baik. Taipkan perintah:

ping -c 3 google.com

Kalau nampak ping tu ok, maka kita bolehlah teruskan pemasangan. Kalau internet tidak berjalan seperti sepatutnya, maka anda perlu rujuk ArchWiki lah macam biasa akan apa yang patut anda buat. Jangan menangis tepi dinding pulak.

Taipkan ‘cfdisk‘. Anda akan dibawa masuk kepada persekitaran seperti ini:
Pilih gpt. Kenapa dan apa itu gpt, mohon kaji dan baca sendiri.

Penetapan partisi. Mudah sangat. Hanya perlu halakan kursor menggunakan kekunci anak panah ke arah ‘New’, kemudian tentukan berapa saiz partisi yang anda mahu untuk sistem. Biasanya saya akan tinggalkan lebih kurang 1GB untuk partisi Swap.

Setelah itu, halakan kepada ‘Write’, taipkan ‘yes’, tekan Enter. Kemudian halakan kepada ‘Quit’, dan tekan Enter sekiranya perlu.

Seterusnya kita perlu ciptakan partisi itu tadi:

mkfs.ext4 /dev/sda1 <— sda1 merujuk kepada partisi Linux yang ingin dijadikan sebagai partisi sistem.

mkswap /dev/sda2 <— sda2 merujuk kepada partisi yang ingin dibuat sebagai Swap.

mount /dev/sda1 /mnt <— kita mount partisi sda1 kepada direktori /mnt

mkdir /mnt/boot <— ‘make directory’ >> /mnt/boot

mkdir /mnt/home <— ‘make directory’ >> /mnt/home

mount /dev/sda1 /mnt/boot <— mount partisi sda1 kepada direktori /mnt/boot

mount /dev/sda1 /mnt/home <— mount partisi sda1 kepada direktori /mnt/home

swapon /dev/sda2 <— hidupkan Swap untuk partisi sda2 jika anda mahu ia dibaca oleh genfstab.

cd /mnt <— halakan sistem kepada direktori /mnt

Gunakan pacstrap untuk pasangkan base group. Saya galakkan anda pasang sekali base-devel.

pacstrap /mnt base base-devel

Konfigurasi sistem dengan genfstab (janakan fstab).

genfstab -p /mnt >> /mnt/etc/fstab

Kalau nak selamat, anda semaklah semula fstab dengan menggunakan nano.

nano /mnt/etc/fstab

Berikut adalah contoh apa yang akan dipaparkan. Anda perlu pastikan hanya / ditandakan dengan nombor 1. Ini adalah untuk mengelakkan ralat ‘welcome to emergency mode’, atau senang cerita kalau salah tanda, sistem operasi tidak dapat boot.

#
# /etc/fstab: static file system information
#
<file system>   <dir>   <type>  <options>       <dump>  <pass>
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /               ext4            rw,relatime,data=ordered        0 1
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /home           ext4            rw,relatime,data=ordered        0 2
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /boot           ext4            rw,relatime,data=ordered        0 2
# UUID=9afd2190-c06b-41fa-ae28-40107579524e
/dev/sda2               none            swap            defaults        0 0

Change root ke dalam sistem baru kita:

arch-chroot /mnt

Tetapkan nama host:

echo archerix > /etc/hostname


Tetapkan zon masa (untuk jam):

ln -s /usr/share/zoneinfo/Asia/Kuala_Lumpur /etc/localtime

Uncomment (buangkan tanda #) pada mana-mana locales yang anda mahu (untuk bahasa).

nano /etc/locale.gen

Kalau mahukan Bahasa Inggeris, buangkan tanda # pada dua baris berikut:

en_US.UTF-8 UTF-8
en_US ISO-8859-1

Janakan locales itu tadi dengan baris perintah:

locale-gen

Jangan lupa untuk hidupkan internet:

systemctl enable dhcpcd@eth0.service

Kemudian cipta initial RAM disk dengan:

mkinitcpio -p linux

Tetapkan kata laluan untuk akaun root:

passwd

Tambah nama pengguna dan juga kata laluannya:

useradd -m -g users -s /bin/bash aryaputra <— Gantikan ‘aryaputra’ dengan nama pengguna pilihan anda.

passwd aryaputra

Pasangkan bootloader pilihan anda. Kali ini saya memilih untuk menggunakan GRUB kerana saya dah bosan dengan syslinux.

pacman -S grub

grub-install /dev/sda <— kalau ada masalah pemasangan, contohnya pemasangan dalam VirtualBox, gunakan perintah –force :

grub-install –force /dev/sda

grub-mkconfig -o /boot/grub/grub.cfg

Heheh.. Dah nak siap dah. Cuma, saya sarankan agar anda ubah mirror kepada yang paling laju dan yang paling ‘boleh diharap’ sebelum reboot supaya dapat memastikan kelancaran kerja.

Untuk itu, rujuk Arch Mirrors, List by speed.

Setelah siap semua, keluar dari persekitaran chroot dengan:

exit

Atau tekan kekunci Ctrl+D.

Kalau anda mahu, anda boleh unmount kesemua partisi itu tadi dengan:

umount -R /mnt

Dan setelah itu:

reboot

Anda akan disambut dengan GRUB! Yeay!

Beginilah paparan setelah log masuk. Cool..

Tapi buat masa ini kita perlu pasangkan sudo, jadi log masuk menggunakan akaun root anda dahulu. kemudian:

pacman -S sudo

Sunting visudo. Sila uncomment pada %wheel ALL=(ALL) ALL untuk membenarkan pengguna biasa menjalankan perintah sudo

EDITOR=nano visudo

Nak mudah tambahkan nama pengguna anda di bawah baris root ALL=(ALL) ALL.
Contohnya:

root ALL=(ALL) ALL
aryaputra ALL=(ALL) ALL

Simpan fail tersebut dengan menggunakan kombinasi Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.

Kalau anda malas nak taip kata laluan setiap kali anda gunakan perintah sudo, letakkan nama pengguna di bawah # %wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL seperti ini:

%wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL
aryaputra ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL

Ok, sikit lagi.. sikittttttt lagi..

Pasangkan xorg dan lain-lain komponen:

pacman -S xorg xorg-server xorg-xinit xorg-server-utils xterm twm


Kalau anda memasang ia dalam VirtualBox:

pacman -S virtualbox-guest-utils

SIAP!!

Sekarang yang tiada cuma persekitaran desktop sahaja. Anda mahu saya teruskan? Kalau mahu, saya teruskan dengan pemasangan persekitaran desktop MATE sebab itu yang saya suka.

pacman -S mate mate-extra

Untuk memastikan ia dapat dijalankan, kita suntung dahulu fail yang patut iaitu xinitrc. Salin dari templat lalai (default)

cp /etc/X11/xinit/xinitrc ~/.xinitrc

Sunting dengan nano:

nano ~/.xinitrc

Uncomment pada semua yang tak patut, kemudian tambahkan dengan:

exec mate-session

Rujuk gambar di bawah:

Senang cerita uncomment pada baris bermula dari twm & sampai laaa kepada bla bla bla -name login tu. Nampak dah kan?

Ok. SIAPPP. Sekarang dah boleh reboot, log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan, dan gunakan perintah

startx <— untuk memulakan persekitaran desktop MATE.

SELESAI. Diharapkan agar anda dapat manfaat dari panduan ini. Kalau anda masalah sila rujuk ArchWiki. Hehehe.. Alhamdulillah. Habis sudah tutorial nan panjang ini.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline