Utama Blog Laman 193

Lynk.my : Servis Pemendek URL Dari Anak Tempatan Yang Lebih Ohsem Dari Adf.ly, goo.gl, Dan Seumpama Dengannya

0
Nanti kejap lagi mesti ada yang tanya, Mr. Hac, apsal tajuk entri sekarang semuanya panjang-panjang belaka?Mr. Hac : Aku bubuh semuanya dekat tajuk biar senang, korang bukan baca isi post pun kan?

Pembaca Anonimos : Krik .. Krik .. Krik ..

Hahaha.. korang yang masih kekal membaca ni baguslah. Teruskan, moga-moga mendapat manfaat.

Biasanya apa yang pembaca menyampah tentang servis pemendek URL (URL Shortener) ni? Kiraan masa yang kebiasaannya 5 saat. Tapi apa yang bagusnya? Bayaran kepada para pengiklan.

Saya tak pasti berapa bayarannya untuk servis adf.ly tapi yang saya ingat dari abg saki (penulis jemputan di sini dulu) lebih kurang beberapa sen sahaja untuk 1000 klik. Namun, kadar kiraan bayaran untuk 1000 klik bagi lynk.my ialah RM10. Woahhh! Pakcik Kayo!
Jenis Akaun
Terdapat dua jenis akaun untuk lynk.my ini, iaitu Publisher dan Advertiser. Kalau korang macam saya, dah kaya sangat pakai Publisher dah la. Dapat bayaran juga. Tapi kalau akaun Advertiser korang kena bayar kepada lynk.my. Hahahah.. jangan salah faham. Bertenang semua.
Akaun Advertiser, dah nama pun jelas, Advertiser, terjemahannya Pengiklan, adalah khas untuk peniaga-peniaga kecil mahupun besar yang ingin beriklan dengan lynk.my. Nampak kan contoh iklan di atas? Tak nampak? Ye lah blur sikit, sori lah. Tengah counter tu jalan saya dah ambil screenshot. Kecoh la.
Ok-ok-ok. Ianya berfungsi lebih kurang sama macam FB Ads, dan bayaran paling minima kepada lynk.my ialah RM10 untuk sasaran kepada 800 viewer (viewer dalam BM apa yang paling sesuai ye? Penonton? Pelihat? Pemapar? Adoi… pening.. -_- ).
Setakat ini, itu sahaja info yang ada diberikan kepada saya. Kalau ada info tambahan InsyaAllah kemaskini entri akan menyusul. Apapun tak salah mencuba servis ini, kerana servis lain yang menawarkan perkara yang sama lebih sedikit bayarannya kepada pengguna. Lagi pula, siapa lagi yang nak menjayakan usaha anak tempatan kalau bukan kita sendiri?
Oh ya, sebut pasal anak tempatan, jika anda menggunakan servis ini dan kemudian menggunakan IP dari negara luar (VPN), kadar klik tersebut tetap dikira tetapi tidak dibayar. Hanya IP dari Malaysia sahaja yang akan dikira dan dibayar kepada anda. Adil bukan? Ini adalah kerana sasar tuju lynk.my adalah kepada para pembaca, pengguna, dan pengiklan dari dalam Malaysia.
Penutup
Apapun korang dah tempah ke belum Baju T Limited Edition OMG! Hackers?
Kalau belum elok lah isi borang tempahan ni, sebab tarikh tutup dah dekat kot! Tarikh tutup adalah 5 Oktober 2015. Kalau terlepas nanti pergi menangis tepi dinding sana! Huh.
Lawati laman Link.my melalui pautan di sebelah : Lynk.my

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Dapatkan Servis Dari Private Internet Access Dengan Hanya 59.95USD

0
Walaupun saya lebih suka dengan FinchVPN sebab ia satu-satunya servis VPN paling murah yang menawarkan Anti-DPI (nanti saya akan tulis satu artikel lain tentang DPI), tetapi kalau ada servis lain yang menawarkan pakej menarik apalah salahnya kalau saya tolong promosikan.Nak kata murah tidak juga, sebab bila ditukarkan kepada mata wang Ringgit Malaysia, ianya jadi lebih kurang RM263.33+-. Tetapi sesiapa yang sedang duduk di negara luar khususnya yang menggunakan mata wang Dolar Amerika pastinya akan mengambil peluang ini kerana untuk masa yang terhad, anda boleh dapatkan servis VPN premium selama 2 tahun dari Private Internet Access hanya untuk $59.95, dan sambungan VPN boleh digunakan secara serentak sehingga 5 peranti.

 

Oh ya, saya ada katakan sebentar tadi yang peluang ini datang dalam masa yang terhad bukan? Ya, ianya akan tamat dalam masa 2 hari sahaja lagi.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, kalau anda yang duduk di US, kerja di sana, dan menggunakan mata wang USD tu, beli je lah servis ni. 2 tahun tu. Kepada yang duduk di Malaysia, marilah kita berhuhu beramai-ramai. Huhuhu..

Klik —> Private Internet Access VPN: 2-Yr Subscription

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Transmission for Windows Review

0
Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar terlalu banyak perkara yang telah melalui fasa evolusi.Salah satu darinya adalah ialah klien Torrent Transmission, yang dahulunya lebih popular kepada para pengguna Ubuntu.

Kini ia boleh didapati dalam versi untuk Windows, malah terdapat versi 64-bit juga.

Lihat review ringkas artikel terdahulu :Transmission Bittorrent Client : Ringkas Tetapi Menawan

Permulaan setup yang padat, hanya perlu klik ‘I agree’ dan Ok-Ok-Ok sahaja.

Kelajuan muat turun yang ‘padu’, dan suka untuk saya ingatkan tiada sebarang tetapan yang saya ubah. Semuanya ‘default’ belaka.

 

Nah, gambar yang besar sikit. Tataplah puas-puas. Heheh..

 

Oh ya, terdapat juga web client jika anda lebih suka kepada versi ini:

Nah, muat turun dan cuba sendiri, setakat tengok je tak jadi apa:

Klik —> Transmission for Windows

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

APAKAH ITU IPTV DAN ANDROID BOX

0

Android Box adalah sejenis device alatan elektronik yang menggunakan applikasi ANDROID JELLY BEAN 4.2.2. atauANDROID KIT KAT 4.4.2 Dalam erti kata lain Android Box boleh digunakan untuk ‘download’ segala ‘apps’ yang ada dalam ‘PLAY STORE’. Jadi, anda boleh gunakan TV anda untuk dijadikan android device.

Selain itu, Android Box juga boleh dijadikan TV dengan kaedah Internet Protocol TV atau dikenali sebagai IPTV. 
Android Box menyediakan FULL CHANNEL @stro SD / @stro HD/ @stro FIRST/ @stro BEST dan beberapa channel luar termasuk Sony HDTV, beberapa siaran TV Indonesia dan lain-lain.
APAKAH KEPERLUAN UNTUK MENGGUNAKAN ANDROID BOX
1. Internet 
2. TV (yang terbaik adalah yang mempunyai HDMI)
3. Elektrik


BAGAIMANA ANDROID BOX MENJADI ‘ANDROID DEVICE’
Semua ‘apps’ yang ada di dalam ‘playstore’ boleh di ‘download’ dan digunakan. Video di bawah ini menunjukkan penggunaan Android Box dengan TV plasma sebagai ‘android device’.  



BERAPAKAH KELAJUAN INTERNET YANG DIPERLUKAN
Kelajuan internet yang diperlukan adalah 4 mbps ke atas

Namunbegitu, anda masih mampu menikmati android tv ini walaupun kelajuan internet di rumah anda adalah bawah daripada itu. Tetapi, ianya tidak secantik internet yang berkelajuan 4 mbps ke atas. (namun, ia masih berbaloi berbanding daripada membayar bil @stro yang semakin hari bertambah)

Berikut adalah senarai perkhidmatan produk-produk TELCO yang sesuai:.
1. UNIFI 
2. STREAMYX 
3. CELCOM UNLIMITED 
4. MAXIS HOME FIBRE
5. ABNxcess
6. YES 
BAGAIMANAKAH ANDROID BOX BERFUNGSI
Gambarajah di bawah menunjukkan dengan mudah bagaimana Android Box ini berfungsi.
APAKAH CHANNEL YANG BOLEH DITONTON MENGGUNAKAN ANDROID BOX
1. Semua SD Channel astrololol (lebih 170 channel termasuk siaran percuma seperti TV1,TV2,TV3, NTV7, 8TV dll).

2. 48 channel HD astrolol dan lain-lain.
3. Siaran astrolol First
4. Siaran astrolol Best
5. Channel Indonesia dll
6. Channel Singapura, Taiwan, Japan, Korea, India dll
7. 19 channel Sukan
8. 9 Channel kartun
9. VOD (semua movie yang pernah ditayangkan di astrolol First, astrololbesto, konsert dll dikumpulkan di dalam VOD.
APAKAH KELEBIHAN-KELEBIHAN LAIN PENGGUNAAN ANDROID BOX
1. Jadikan tv anda SMART TV BOLEH,FB,WHATSAPP,GAME,GMAIL,EMAIL,Semua app playstore boleh install.
2. Boleh guna mouse+keyboard.
3. Channel ada 170++
4. Tiade gangguan CUACA.
5. WIFI connection tersedia (boleh trus connect guna wifi).
6. Tak perlu piring astrolol PUN.
7. Pemasangan kacang molek
1. Skybox / Openboxer
Ia memerlukan para-bola atau piring satelit. Dalam konteks negara kita, ia memerlukan ‘Piring astrolol untuk menonton tv. Selalu terganggu kerana cuaca sebagaimana astrololol. 
Selalu berhadapan dengan masalah ‘scrambled’ iaitu keadaan dimana channel yang ditonton jadi beku atau ‘hanged’. Skybox pernah ‘scrambled’ pada bulan puasa tahun 2013 sehingga hampir 3-4 bulan. Ia juga tidak ada channel HD.
2. IPTV box (IPTV=Internet Protocol TV)
Ia adalah jenis android box. Menggunakan applikasi internet sepenuhnya. Tidak perlu piring astrololo atau piring satelit lain. Tidak ada masalah ‘scrambled’. Boleh menggunakan TV untuk dijadikan ‘android device’. Boleh digunakan untuk media sosial seperti FB, twitter dll. Boleh juga digunakan untuk tujuan ‘Google’ dan seumpama dengannya. Mempunyai 48 channel HD.
*Ambo dok supply skybox dan adnroid box ni, ambo saja share2 ja. pengalaman dari kawan2 ambo.
pah ni leh call astrolol ckp ngn dia good bye forever :p denga cita nk pasang Parabola Skrng dh hanpir cecah RM5k akibat matawang jatuh. Betoi ka?
Sumber ->
Google
Facebook
Denga2 cita dari kawan ambo :p
ada sesetgh ambo baco2 kt forum 😀

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

2 Cara Untuk Update iOS-9

0

Harini ambo rasa nok share skit cara update iOS9 pada iPhone User , walaupun ambo dok mampu nok beli lagi

Cara 1: Update Melalui Wi-Fi

Pastikan anda disambungkan kepada Wi-Fi dan menjalankan versi terkini iOS – iOS 8.4.1. Kemudian pergi keSetting, pilih General, diikuti dengan Software Update dan klik butang Download and Install.

Cara 2: Update Melalui i-Tunes

Kadang-kadang ia boleh menjadi lebih cepat untuk di download dan install melalui iTunes pada Mac atau PC anda. Anda akan memerlukan versi terbaru – iTunes 12.2.2 – untuk melakukannya. Untuk menyemak maklumat iTunes, buka program, klik menu iTunes dan pilih Check for Updates.
Setelah iTunes up-to-date, tiba masanya untuk menyambungkan peranti iOS anda ke komputer menggunakan USB. Seterusnya, klik pada logo peranti iPhone di sudut atas kiri, klik butang Update, diikuti oleh butangDownload and Update. (Anda juga boleh memilih untuk menggunakan pilihan untuk Download Only iaitu download dahulu dan install kemudian.)
Sumber Gamber

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Parabola Haram atau Tidak, Mengapa Haram?

0

Baik, Seringkali Mendengar “Parabola” dalam hati ni rasa nak pasang . Tapi Seringkali juga bila tany pasal “Parabola” ni seperti kita tahu kebanyakan orang di Malaysia tidak berani untuk memasangnya kerana takut ditangkap. Lain pula oleh orang “kenamaan” , Vip-Vip dan orang-orang besar kerajaan. Serta Datuk. Mereka ada juga memasang parabola. bila ditanya mengapa tidak mengambil tindakan kepada mereka, Pihak berkuasa menjawap. 
“Mereka orang kenamaan, Kami tidak boleh sentuh”

Antara sebab mengapa Pihak Kerajaan Mengharamkan.

1) Golongan muda yang mudah terpengaruh apabila menonton siaran televisyen yang mengandungi unsur lucah
2) Siaran yang berbentuk hasutan.
Ternyata tidak revelan sebab-sebab berkenaan yang dikeluarkan mengekang kita untuk pasang parabola di rumah. Adakah kerajaan tidak tahu bahawa internet lebih luas sebaran bahan-bahan berbentuk lucahnya?
Atau Parabola Diharamkan kerana Ingin memberi “Akses” kepada Pihak Astrolol?
Parabola boleh dipasang dengan kos RM300-RM500(3 tahun yg lepas). sekarang aku tak tahu brapa dan tidak perlukan bayaran bulanan. Parabola mempunyai lebih 60 channel untuk tontonan kita. Haram parabola tapi internet tidak diharamkan, jadi terpaksalah kita tanam parabola kita di bawah tanah ataupun sembunyikan parabola kita di dalam stor..
Sumber

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Parabola Satelit atau Antena?

0

Ramai yang bertanya kepada saya apa itu parabola. Oleh kerana saya dah penat nak menjawab, saya terpaksa merajinkan diri saya menulis nota ini. Saya sebenarnya bukanlah pandai sangat, kadang-kadang pun agak bebal jugak, namun dengan adanya pak Google yang tidak pernah tidur siang dan malam, ianya sangat membantu dalam usaha mendapatkan jawapan. Parabola berasal dari perkataan Greek, yang mengandungi focus point dan reflector. 
Untuk terperinci, boleh baca sendiri di http://en.wikipedia.org/wiki/Parabola

Dari situ kita boleh mengetahui bahawa parabola itu hanyalah antena yang akan menerima signal yang dipancarkan dari satelit. Diumpamakan seperti cermin yang melengkung yang akan membalikkan signal ke LNB. Terma dalam bahasa Inggeris pula disebut parabolic antenna. Boleh rujuk dan baca secara terperinci di http://en.wikipedia.org/wiki/Parabolic_antenna. Parabola ada dua jenis, iaitu jenis solid dan jenis mesh. Boleh google sendiri apakah perbezaan, kelebihan dan kekurangan parabola jenis solid dan mesh ini.

Soalan seterusnya, 
“Kalau saya guna parabola, bolehkah saya dapat siaran dari satu dunia dan percuma?”. 
Ada juga yang bertanya, 
“boleh ke dapat siaran astrolol percuma kalau guna parabola?”
Ada juga yang bertanya kenapa mesti guna dish besar-besar, tak boleh ke guna dish yang kecil saja macam dish astrolol dan berbagai lagi pertanyaan. Pening juga saya nak menjawabnya. Saya tidak menyalahkan orang yang bertanya itu kerana ianya jelas menunjukkan kurangnya pengetahuan mereka tentang parabola. Mereka masih kabur dengan teknologi satelit TV, gelombang yang digunakan, beam satelit dan lain-lain. Boleh juga saya tafsirkan orang yang bertanya soalan itu juga tidak rajin membuat carian maklumat melalui google dalam usaha mencari jawapan
Dunia kita ini bulat. Semua orang tahu. Jadi mana mungkin kita berjaya mendapatkan siaran dari satelit TV semua negara didunia? Oleh itu hanya satelit yang berada di kawasan kita sahaja kita berupaya mendapatkan siarannya. Kita harus mengkaji beam atau coverage atau footprint sesuatu satelit itu. Cara untuk mengkajinya ialah dengan melayari laman web http://www.satbeams.com/footprints dan http://www.lyngsat.com/
Begitu juga dengan gelombang yang dipancarkan dari satelit TV tertentu yang begitu banyak di sepanjang garisan Khatulistiwa, kita umpamakan lampu suluh, walaupun satelit itu berada di atas kepala kita sekali pun, namun sekiranya lampu suluhnya tidak menyuluh gelombangnya ke negara kita, mana mungkin kita akan mendapat siaran. 
‘Lampu suluh’ itulah yang dikatakan sebagai transponder, dimana beam yang dipancarkan dalam gelombang Ku Band, C Band atau S Band. Ada lagi jenis-jenis gelombang yang lain, namun setakat pengetahuan saya, tiga jenis itulah yang digunakan untuk pancaran satelit TV. Setiap gelombang mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. 
Gelombang C Band contohnya, coverage pancarannya adalah terlalu meluas meliputi benua, tetapi Ku Band lebih dikhususkan kepada sesuatu negara. Kita juga perlu faham perkaitannya dengan dunia perniagaan dan atas dasar mencari keuntungan. Sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/C_band dan http://en.wikipedia.org/wiki/Ku_band untuk rujukan dan kefahaman. Channel TV dari gelombang Ku Band dan C Band dari sesuatu satelit biasanya tidak sama, tetapi ada juga yang sama. Bergantung kepada penawaran service Channel syarikat TV satelit itu sendiri.
Jadi, apa faedah atau untungnya memiliki parabola? Seperti yang saya jelaskan tadi, parabola hanyalah sejenis antena. Itu saja. Parabola tidak akan membawa apa-apa erti tanpa adanya LNB dan receiver. Sekiranya anda telah memiliki Skybox, Openbox dan apa-apa jenama universal decoder yang lain, inilah receiver yang sesuai. Memiliki parabola terutamanya jenis yang solid adalah satu kehebatan sebenarnya, seandainya kita memaksimakan penggunaannya. Parabola solid mempunyai kelebihan untuk menerima siaran dalam C Band, Ku Band dan S Band sekaligus seandainya kita memasang LNB yang bersesuaian mengikut band yang disebutkan. Jika di pasang mounting yang bersesuaian, dengan mudahnya dapat digerak-gerakkan ke arah timur atau barat untuk mendapatkan seberapa banyak siaran dari satelit. Bertambah mudah sekiranya di pasang dengan motor elektrik (linear actuator + positioner) yang mana kita boleh menggerakkannya secara automatik mengikut satelit yang dikehendaki. Disamping itu, perlu juga diketahui bahawa harganya lebih tinggi disamping kos untuk senggaraan. Rintangan terhadap angin juga salah satu faktor yang perlu difikirkan.
Berbanding dengan yang jenis mesh yang lebih murah, ia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, selain daripada ringan, ianya tahan terhadap pukulan angin yang kuat kerana sifatnya yang berjaring. Kos untuk senggaraannya lebih murah kerana jaring atau mesh tersebut boleh dibuka atau ditukar dengan mudahnya. Namun kesesuaiannya lebih kepada gelombang C Band, walaupun masih berupaya mendapatkan Ku Band dengan signal kualiti yang lebih rendah. 
Anda boleh membuat kajian dengan lebih terperinci dengan membuat carian dengan pak cik Google.
Begitulah ceritanya serba sedikit tentang parabola. Saya akan sambung nanti dengan pengkajian terhadap satelit Measat. Tunggulah bila ada mood dan waktu terluang
Sumber:
Artikel Mungkin Anda Minat : Adakah Parabola Haram Di Malaysia

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Vivaldi Web Browser Snapshot 1.0.283.8 (Developer Build) – Pengganti Google Chrome?

0
Ada sesetengah orang amat gemarkan Google Chrome berbanding pelayar web lain, dan saya tergolong dalam golongan tersebut. Namun Google Chrome ada juga ‘little annoying quirks’ di beberapa keadaan, contohnya kadang-kadang tiba-tiba tak dapat nak menaip pada mana-mana bahagian yang boleh ditaip padanya. Huh..Sebelum ini saya dah pernah menulis mengenai pelayar web Vivaldi, namun saya tidak tergerak hati untuk menggunakan ia sebagai pelayar web utama dek kerana versi sekarang adalah versi awal pembangunan dan ketika artikel ini ditulis, ia dilabel sebagai ‘Technical Preview 4’. Bermakna versi Beta pun masih belum cecah lagi.

Tetapi, di samping versi stabil iaitu Technical Preview 4 tersebut, ada juga versi Developer Build, iaitu versi yang boleh dikatakan ‘Alpha’. Sentiasa dikemaskini setiap minggu dan ditambah baik cirinya, dan diperbaiki bugs-nya.

Apa Yang Menarik?

Oh ya, sekarang Vivaldi sudah boleh menggunakan extension Google Chrome (walaupun ada la satu-dua extension yang tak dapat berfungsi penuh).

Adobe Flash Player terbina dalaman, tak perlu pasang pada PC/Laptop lagi dah. Buat berat je.
Penggunaan RAM yang lebih minima. Ini telah saya uji melalui Google Chrome dan Vivaldi yang mana keduanya telah membuka 5 tab yang sama. Berikut adalah keputusannya:
Paparan Google Chrome dan Vivaldi beserta 5 tab tersebut:
Google Chrome
Vivaldi
Amacam? Cun kan.. ohsem kan..
Jadi, kepada sesiapa yang nak cuba, boleh muat turun di sini : Vivaldi

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Tiba-Tiba Tak Boleh Taip Di Google Chrome? Ini Jalan Penyelesaiannya

0
Google Chrome sememangnya pelayar web yang amat mengagumkan. Tidak kerana kepantasannya semata-mata, tetapi juga dek kerana ia salah satu dari ‘anak emas’ Google, maka boleh kata pelbagai kemudahan dari Google dimuatkan ke dalamnya.Tetapi terkadang apabila dah banyak ciri, banyak jugalah ‘kekacauan’ yang ada padanya. Salah satu bugs terbaru yang boleh dikatakan agak merunsingkan ialah apabila tiba-tiba pengguna tidak dapat menaip pada mana-mana tempat di Google Chrome.

Namun jangan bimbang, ia adalah masalah kecil yang dapat diselesaikan dengan mudah kalau tahu caranya. Anda hanya perlukan satu extension yang dipanggil sebagai Click&Clean. Anda cuma perlu pasangkan ia, dan kemudian klik pada ikon Click&Clean yang terdapat di atas Google Chrome tersebut. Anda boleh tweak tetapan extension ini mengikut kepada apa yang anda suka. Berikut adalah contoh paparan skrin Click&Clean:

Tweak ikut suka anda. Kalau saya, saya biarkan semua kotak ditanda kecuali ‘Delete cookies’.

 

Selepas itu, klik pada ‘Clear Private Data’.

 

Siap!

 

Yeahhh, dah boleh menaip!

Buat sementara waktu, ini saja cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah anda selain mengemaskini versi pelayar web kepada versi paling baru. Oh ya, jangan lupa share dan Tweet post ini ya! Terima kasih semua!

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Polis Evo : Ini Bukan Filem Polis Biasa-Biasa

0
Pertama kali mendengar berita filem Polis Evo mendapat kutipan 2.5 juta dalam hanya 4 hari tayangan, saya cuma mencebik bibir.”Mehhh, ini mesti sebab daya tarikan kuat Shaheizy Sam dengan Zizan, takde benda lain”.

Tidak dapat tidak inilah apa yang telah saya fikirkan pada mulanya. Kemudian apabila partner dalam omghackers.com, Mei Slumberz memberikan racun tuba yang bertubi-tubi, geram pulak rasanya, maka saya pun labuhkan punggung di kerusi panggung wayang walaupun hati ini berat.

Terus-terang cakap, hati saya puas. Ini adalah filem Melayu dalam tempoh beberapa tahun ini yang benar-benar berbaloi untuk ditonton di panggung wayang, bukan dek kerana tarikan Shaheizy Sam mahupun Zizan Razak, tapi kerana ia ada ‘boom factor’ tersendiri yang buatkan saya tersenyum puas selepas keluar dari panggung wayang. Terima kasih kepada pengarah filem Ghaz Abu Bakar, anda adalah pengarah harapan baru!

Tidak dapat dinafikan bakat lakonan kedua hero kita, Shaheizy Sam yang membawakan watak Inspektor Khairul dengan sangat baik sekali. Memek muka, gerak badan, semuanya adalah ‘secukup rasa’ dan kadang-kadang apabila beliau mengusik Zizan yang membawakan watak Inspektor Sani dengan loghat Terengganu/Kelantan yang entah ada dalam skrip atau tidak. Hahah!

Pelakon-pelakon pembantu yang lain juga sangat membantu dalam menjayakan suasana meskipun tidak banyak scene yang melibatkan mereka. Saya tertarik dengan Nora Danish yang membawa watak Anis, adik kepada Inspektor Sani. Boleh bayangkan tak Nora Danish bercakap dengan loghat Terengganu? Hahahah!

Boom Factors

Selama ini, apakah antara kelemahan-kelemahan filem Melayu kita (dalam zaman generasi Y tentunya)? Kalau filem yang berunsurkan aksi, kita jarang dapat melihat jalan cerita (story line) yang baik, relevan, dan dialog-dialog yang bagus. Tetapi kali ini semua itu telah diperbaiki, hinggakan saya amat tertarik dengan watak penjahat utama yang berdialog dengan loghat Kelantan. Beliau punya watak jahat itu nampak ‘legit’ dan bukan ‘main-main’. Pendek kata lakonan beliau berjaya meyakinkan saya yang beliau adalah penjahat utama!

Saya rasa kalau ada pelakon pembantu yang patut dapat anugerah, beliaulah orangnya.

Dialog-dialog yang dilontarkan juga terasa ‘kena’ pada tempatnya dan bukan ditulis dengan hentam kromo. Saya paling teringatkan dialog yang telah diucapkan oleh Allahyarham Harun Salim Bachik;

“Hari ini kita tak perlu bawa balik banduan!”

Wow. Boleh digelarkan sebagai Dialog Sepanjang Zaman.

Antara lain, saya sukakan babak kejar-mengejar dengan kereta. Oh ya, dalam filem-filem sebelum ini ada juga babak seperti ini, tetapi ianya terasa bosan dan kosong, serta tiada jiwa. Babak kejar-mengejar dalam filem ini terasa ‘real’ dan ada ‘feel Malaysia’. Ini, saya bagi A++.

Bukan itu sahaja, babak yang melibatkan bahan letupan juga telah bertambah baik dari filem-filem lain. Ia tidak nampak hodoh dengan CGI-CGI, dan meskipun ia bukan sebesar letupan dalam filem-filem Hollywood, ia adalah lebih dari cukup untuk menggambarkan bahawa filem Melayu Malaysia sedang bergerak ke arah kemajuan. Kerana apa? Kerana selain letupan yang melibatkan kenderaan seperti van, terdapat juga letupan yang melibatkan pelakon-pelakon tambahan (stunt man barangkali).

Tak lupa juga ada kereta-kereta mahal yang ditembusi peluru dan terbalik akibat kemalangan di sana-sini. Ini juga, saya berikan A++.

Filem ini juga berjaya membuang babak-babak cliche yang membosankan, contohnya sewaktu filem hampir ke penghujungnya dan waktu itu polis-polis sedang dalam perjalanan menyerbu lokasi penjenayah. Saya sangkakan ia akan jadi seperti filem Melayu yang lain, iaitu polis datang serbu, tembak-tembak-tembak, dan bawa balik banduan, habis.

Tidak, ia tidak berakhir di situ. Nak tahu? Pergi tonton di panggung wayang lah!

Kesimpulan

Saya tahu orang bukan suka sangat baca artikel panjang. Kebanyakan orang tak punya masa untuk itu. Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini, Pengarah Filem ini iaitu Ghaz Abu Bakar telah berjaya. Ya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah filem bertemakan kepolisan yang ada ‘feel Malaysia’, dan ia bukan filem polis biasa-biasa yang banyak babak cliche! Itu yang paling penting.

Ingin juga saya ucapkan tahniah kepada semua barisan pelakon serta krew filem. Anda semua memang terbaik!

Rating saya untuk filem ini ialah,

Jalan Cerita : 8/10
Dialog : 8/10
Kesan Khas : 7/10 (banyak boleh ditambah baik)
Barisan Pelakon : 8.5/10 (saya minat betul dengan orang jahat tu. Hahah!)
Keseluruhan : 8,5.10 – A++

Ini rating saya, anda berhak untuk rate sendiri, tapi apapun, tak rugi! Pergilah tonton filem ini. Saya yakin anda akan keluar sambil tersenyum puas.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline