Utama Blog Laman 180

Pika, Pika! Akaun Twitter CEO Pokemon Go Digodam!

0

His password was too easey “nopass”, itulah di antara tweet yang dibuat oleh penggodam selepas berjaya merampas akaun twitter John Hanke, pemilik kepada permainan Pokemon Go.

Serangan kepada pemilik akaun berprofil tinggi seperti ini mengingatkan kami semula kepada Jack Sparrow yang dulu pernah merampas beberapa akaun stesen radio dan artis tempatan seperti Hot.Fm, Kru Studio, dan Diva AA. Rindu pula kami dengan penggodam tempatan, ke mana agaknya mereka sekarang ya!

Berbalik kepada kes pencerobohan akun twitter pemilik permainan Pokemon Go. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan ‘Pokemon Go!’ Hanke langsung tidak sedar bahawa akaun twitter miliknya sudah pun diceroboh. Tiada apa-apa tindakan dibuat walaupun selepas 12 jam tweet itu disiarkan.

Ini merupakan kes pencerobohan yang ke 5 akaun sosial berprofil tinggi digodam kumpulan yang sama dimana sebelum ini Ceo Facebook, Mark Zurkeberg, Ceo Google, malah Ceo Twitter sendiri digodam oleh kumpulan ini.

Angkuh dikenali dengan nama  Ourmine, kumpulan penggodam yang popular dikenali dengan moto ‘Keselamatan Akaun Sosial’ ini dikatakan kumpulan yang sama dengan Saudi Arabian Hackers.

Apa pula password facebook anda? Tinggalkan pada komen dibawah! :p

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

‘Code:Deck’ Kad Permainan Yang Akan Menyimpan Bahasa Pengaturcaraan Dalam Fikiran Anda

0

Kad Permainan atau bahasa mudah faham ia juga dipanggil sebagai ‘Daun Terup’. Bermain kad ini sebenarnya boleh mengasah minda selain itu ia juga sebenarnya baik untuk melatih otak anda berfikir. Masalah yang menggunakannya untuk permainan berbentuk taruhan itu bukan masalah kami. pftwwt! 

Apa menariknya tentang kad permainan Code:Deck ini? Bagi kami ini rekaan kad permainan yang super kreatif dan berguna untuk para peminat geek! Satu-satunya kad yang direka khas untuk programmer.

Design pada kad ini berbeza dari kad permainan yang lain. Ia disertakan dengan pelbagai bahasa pengaturcaraan yang berbeza-beza seperti Javascript, SQL, PHP, Objective-C, Bash atau C++ yang secara langsungnya membantu anda melekatkan bahasa kod ini terus ke dalam fikiran anda semasa bermain. Menarik bukan?

Kad kreatif ini direka oleh Varianto:25 .

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Lights Out: Sebuah Premis Yang Menjanjikan Ketakutan

0

Saya adalah seorang anak 80an. Anak-anak 80an membesar dengan filem-filem seram dari Steven Spielberg, yang mana kebanyakannya biarpun ia tiada CGI yang hebat, namun ia tetap lebih menakutkan dari filem-filem kontemporari dek kerana garapan jalan ceritanya yang kemas dan tersusun rapi.

Tak lupa juga dari beberapa trilogi yang mantap seperti A Nightmare on Elm Street (filem ini lebih dari ‘trilogi’) dan Child’s Play (ini juga lebih dari trilogi). Dari kenangan francais filem-filem yang mantap inilah kami menjadi lebih ‘cerewet’ dalam ‘memilih’ untuk menonton filem-filem seram.

Begitulah yang saya lihat dalam filem Lights Out, sebuah filem yang berasal dari filem pendek oleh David F. Sandberg, dan kemudian dikembangkan menjadi sebuah filem penuh yang diterbitkan oleh James Wan.
Konsep Lights Out, boleh anda tonton terlebih dahulu dalam filem pendeknya melalui video ini.

 

Sedikit Sinopsis (Spoiler)

Dalam filem penuh tersebut, David cuba mengembangkan ia melalui penceritaan asal-usul Diana, yang telah menderita sejenis penyakit kulit yang pelik. Apabila terkena cahaya, kulitnya mengelupas dan mereput. Mungkin dek kerana penyakit itu Diana mengalami tekanan dan dimasukkan ke dalam ‘hospital sakit jiwa’, di mana dia bertemu dengan Sophie, ibu kepada Martin dan Rebecca. Diana terlampau obses dengan ‘persahabatan’ yang mereka jalinkan hingga selepas kematiannya yang tragis, dia masih lagi menghantui hidup Sophie serta membunuh sesiapa sahaja yang mengancam hubungan mereka.

Premis Yang Boleh Berkembang Menjadi Francais

Pada saya, saya optimis dengan mengatakan bahawa Lights Out boleh berkembang daripada satu filem kepada filem trilogi. Ini kerana kita semua sedia maklum, watak-watak seperti Chucky dalam Child’s Play, Freddy Krueger dalam A Nightmare On Elm Street, dan Jason Voorhees dalam Friday The 13th tidak mati dan tidak akan pernah sekali-kali mati.

Sama seperti Diana. Diana ‘wujud’ dek kerana hubungan rapatnya dengan Sophie. Ia ‘dibawa’ semula ke dunia kerana ia enggan meninggalkan Sophie. Namun apabila Sophie mati, Diana juga turut ‘mati’. Tetapi watak seperti ini boleh dibawa untuk hidup semula menggunakan pelbagai sebab, dari watak Rebecca yang hidup dalam dunia muziknya, atau watak Martin, yang begitu takut dengan kegelapan.

Plot dan jalan cerita filem ini terkadang sedikit perlahan dan mendatar. Di hujung cerita, ia juga terasa seakan kurang menakutkan, dan pengakhirannya kurang memberi impak kepada penonton. Akan tetapi sekiranya David ingin kembali dengan versi ‘Lights Out 2’, saya pasti ianya boleh jadi lebih menakutkan sekiranya plot-plot mencemaskan, dilebihkan berbanding jump scares yang boleh diagak dimana ia akan berlaku.

Durian Meter by Rotten Durians : 7/10

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Anda Perlukan VPN: Untuk Bypass Kuota? Untuk Melajukan Internet? Untuk Menjadi Kacak?

0

Dah berkali-kali abam tulis mengenai hal ini. Namun disebabkan gejala penyebaran maklumat yang salah masih lagi berleluasa, maka abam terpanggil untuk memberikan sedikit pencerahan kepada sebuah kegelapan.Antara Enkripsi dan ‘Bypass Kuota’

Majoriti pengguna-pengguna VPN di Malaysia ini kalau disebut tentang VPN, tiada lainlah dalam kepalanya melainkan ‘aku nak bypass kuota’ Cikcom, Diji, Mekcis, mahupun i Mobile.

‘Fenomena’ atau suasana ini terjadi dek kerana MVNO masing-masing masih menetapkan kuota yang sedikit pada pelan-pelan mereka, dan ini menghasilkan ‘demand’ atau permintaan yang lebih terhadap ‘laluan internet tanpa kuota’.

Oleh itu wujudlah pelbagai jenis ‘servis’ VPN yang dikatakan mampu melepasi atau ‘bypass’ kuota yang telah ditetapkan. Sememangnya bukan salah pengguna terhadap kefahaman yang tidak benar ini, namun mereka juga harus mendidik diri supaya tidak terus menjadi alat yang dipergunakan sesungguhnya oleh para ‘penjual servis’ ini.

Kejahilan bukan alasan untuk berkecuali dalam hal kebenaran.

Sebab Utama VPN Diperlukan

Kita tahu ada pelbagai kaedah serangan sekiranya kita menggunakan rangkaian-rangkaian awam seperti Man In The Middle yang mampu untuk terus memanipulasi akaun-akaun yang berjaya dicerobohi.

Jadi salah satu kaedah untuk melindungi rangkaian kita daripada ditembusi oleh para penggodam ialah dengan menggunakan VPN.

Selain itu, VPN juga berperanan penting untuk melepasi sekatan dari firewall/perisian sekatan oleh ISP terhadap laman-laman sosial atau lain-lain laman tertentu. Disebabkan alamat IP berubah, maka ia juga mampu melepasi sekatan geo-lokasi yang ditentukan kepada negara khas sahaja, contohnya sesetengah kandungan yang hanya boleh diakses dari negara Amerika Syarikat.

Bagi yang pentingkan privasi, VPN boleh menghentikan kemampuan ISP untuk memantau setiap kegiatan anda, khususnya untuk VPN yang mempunyai ciri Anti Deep Packet Inspection (Anti-DPI).

Bolehkah VPN Bersambung Kepada Rangkaian Tanpa Melanggan Data/Pelan, Bolehkah VPN ‘Bypass’ Kuota?

Secara teknikalnya, adakalanya VPN boleh bersambung kepada rangkaian tanpa memerlukan sebarang langganan data, dan boleh juga ia melakukan pelangkauan atau bypass kepada sebarang jumlah kuota yang telah ditetapkan, hanya disebabkan terdapat kerentanan (loophole) atau rangkaian tersebut sedang melakukan penyelenggaraan yang membolehkan peranti untuk menggunakan data internet tanpa langganan, baki kuota, ataupun kredit.

Sebagai contoh seandainya ISP anda secara tidak sengaja telah membuka satu port yang tidak dipantau untuk sesuatu tujuan, katakan ia port 53 yang mana ia biasa digunakan untuk pelayan DNS. Kebiasaannya ISP tidak akan memantau port ini dan membenarkan pengguna untuk menghantar paket UDP melalui port tersebut tanpa mengenakan sebarang caj atau kuota kepada pengguna kerana port tersebut pada waktu-waktu yang ‘normal’ hanya digunakan untuk ‘urusan’ DNS.

Hanya apabila ISP mula memantau port tersebut, maka pengguna tidak lagi akan dapat menggunakan data internet secara ‘percuma’ atau tanpa kuota.

Maka, R.I.P trik, R.I.P unlimited.

Konklusi

Jadi, adalah diharapkan dengan pencerahan kali ini dapat menyelesaikan kabut dalam kebuk kepala anda, yang seringkali terfikir tentang situasi ini, iaitu apabila selalunya anda sedang seronok menggunakan data internet masing-masing dengan gembira tanpa memikirkan apa-apa, ketika itulah mesej ‘Anda telah menggunakan kuota sebanyak 80%” sampai ke telefon pintar.

Jangan terperanjat. Ia bukan situasi ajaib atau luar biasa. Ia hanyalah keadaan di mana ISP anda sudah mula ingin meningkatkan hasil jualan mereka melalui jumlah topup dan langganan pelan data yang berganda pada bulan tersebut.

Selesai.

 

Views: 14

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Artem Vaulin Ditangkap?

0
Anda ialah seorang pengasas, pemilik, dan operator kepada sebuah laman torrent terulung, tetapi untuk sebab-sebab yang entah kenapa saya pun tak faham, anda beli sesuatu di iTunes. Lalu anda dengan langkah yang bijak tersebut telah pun ditangkap oleh pihak berkuasa atas tuduhan pelanggaran hak cipta dan pengubahan wang haram yang melibatkan penerbitan haram filem-filem, permainan video, tayangan televisyen, album-album muzik melebihi 1 billion USD.

‘Anda’ yang ‘bijak’ tersebut dalam cerita di atas ialah Artem Vaulin, pemilik laman torrent KickassTorrents.

Dalam pertuduhan 48 muka surat ini, yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Chicago, Jabatan Peguam Negara AS telah mendedahkan bagaimana kaedahnya mereka dapat mengesan Artem Vaulin, atau lebih dikenali sebagai ‘tirm’. Jared Der-Yeghiayan, seorang ejen khas kepada US Department of Homeland Security, telah ditugaskan untuk menjejak Artem, dan laporan dari beliaulah yang digunakan untuk membawa Artem ke muka pengadilan.

Kaedah Jalan Kerja Ejen Khas

Bermula dari November 2015, seorang Agen Khas dari IRS telah berbincang dengan wakil dari KickassTorrents (KAT) tentang iklan yang akan menghalakan pengunjung kepada sebuah laman palsu dari IRS. Satu persetujuan telah pun dicapai dan sebuah iklan yang kononnya akan mengiklankan satu program pembelajaran di Amerika Syarikat bakal diletakkan pada setiap torrent dengan jumlah USD300 setiap hari. Apabila iklan tersebut mula dipaparkan pada 14hb Mac 2016, sebuah pautan muncul di bawah butang muat turun untuk 5 (lima) hari.

Meskipun kempen iklan tersebut mempunyai tempoh yang sangat singkat, namun ianya cukup untuk menghubungkan KAT kepada sebuah bank di Latvia yang telah menerima bayaran sebanyak €28 million – sebahagian besarnya daripada bayaran pengiklanan di antara Ogos 2015 hingga Mac 2016.

Ia juga telah membolehkan para penyiasat untuk mengenal pasti satu perkara yang penting iaitu alamat e-mel pr@kat.cr. Ia bukan sahaja berkait dengan hal-hal pertanyaan di laman web, ia juga dihubungkan dengan laman-laman sosial KAT seperti Facebook.

Penglibatan Apple Dengan Penangkapan Artem

Jared Der-Yeghiayan (saya rujuk sebagai JDY) mengimplementasi carian DNS berbalik (reverse DNS search) dengan hanya menggunakan laman web carian asas, dan beliau telah ‘berjaya’ mendedahkan host kepada 7 (tujuh) domain-domain KAT iaitu kickasstorrents.com, kat.cr, kickass.to, kat.ph, kastatic.com, thekat.tv dan kickass.cr. Ejen-ejen kemudiannya telah mendapatkan salinan akses log pelayan melalui saluran undang-undang yang sah setelah mereka mendapat name server rasmi KAT yang didedahkan oleh dua alamat IP Chicago.

Dengan menggunakan kaedah yang lebih kurang sama, penyiasat dari Homeland Security membuat WHOIS lookup kepada domain yang menghalakan pengguna kepada laman utama KAT. Melalui carian WHOIS ini, ia boleh memaparkan nama, alamat, e-mel, dan nombor telefon kepada pemilik sebuah laman web yang berdaftar dan dalam kes ini, kickasstorrents.biz telah mendedahkan Artem Vaulin dari Kharkiv, Ukraine.

JDY telah menghubungkan alamat e-mel yang didapati melalui WHOIS lookup kepada alamat e-mel dari Apple yang digunakan oleh Artem Vaulin untuk menguruskan KAT (wow, bijaknya awak). Akaun Apple inilah yang telah membongkar kesemua penglibatan Artem dalam pertuduhan.

Pada 31hb Julai 2015, satu rekod yang telah diberikan oleh Apple menunjukkan bahawa akaun me.com digunakan untuk membeli sesuatu di iTunes. Log-log memaparkan alamat IP yang sama telah digunakan untuk mengakses laman Facebook KAT.

Setelah KAT mula menerima derma melalui Bitcoin pada tahun 2012, $72,767 telah dipindahkan ke dalam akaun Coinbase di bawah nama Artem Vaulin. Bitcoin wallet tersebut telah didaftarkan dengan alamat e-mel me.com yang sama.

Akhirnya Ditangkap

Dengan kesemua bukti berserta lokasi, Artem ditahan dengan pertuduhan lengkap. KickassTorrents hanya mampu untuk ‘hidup’ beberapa hari sahaja sebelum ia ditutup, dan pelbagai laman-laman palsu serta salinan pula muncul untuk menuntut tempat mereka di persada internet.

Namun, ironinya seorang Raja Lanun Internet telah ditangkap kerana pembelian media yang sah melalui akaun Apple dan hubungan akaunnya dengan Facebook rasmi KAT.

Sangat bijak.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

5 Laman Torrent Alternatif Kepada KickassTorrents

0
KickassTorrents (KAT) menerima nasib yang sama dengan The Pirate Bay (TPB) apabila pengasasnya ditahan oleh pihak berkuasa, domain disita, dan laman tersebut ditutup. Maka bertebaranlah para ‘torrenters’ yang tegar melata di muka bumi Matrix seraya melaungkan “Bebaskan Artem” serta mengibar panji-panji kebebasan berinternet di seluruh dunia.

Namun Artem tetap terpenjara, dan semua peminat setianya juga tetap terpana di depan skrin komputer masing-masing seakan tidak tahu arah mana hendak dituju. Mereka hilang arah, tiada rumah hendak berteduh, tiada kawan hendak berborak.

Usah khuatir, usah gusar, sebenarnya alternatif itu ada, dan banyak, tetapi anda sahaja yang tidak tahu.

Sejak TPB ditutup, kemudian bangun semula, ditutup lagi, saya telah mengambil jalan selamat dengan mencari pelbagai laman alternatif kepadanya. Al-maklum wal-sedia-tahu, kemungkinan untuk laman-laman lanun ini untuk kembali ditutup adalah sangat tinggi. Jadi, berikut ini saya senaraikan beberapa laman alternatif untuk anda bertapak, membina pengkalan baharu, dan bersama-sama menaikkan sauh mengibarkan layar untuk kapal bergerak menuju ke destinasi Akasha.

Beberapa Laman Torrent Alternatif Kepada KickassTorrents (KAT)

1. SevenTorrents

SevenTorrents adalah salah satu daripada laman ‘feveret’ saya. Kerana apa? Kerana mereka ini ‘pantas bekerja’. Meskipun ianya khas untuk torrent kategori filem, dan kebanyakan torrent yang baru keluar adalah versi HC/TS/HDTS, tetapi sebaik sahaja versi Blue Ray menerjah ke pasaran, laman ini adalah antara laman pertama yang mengemaskini pengkalan data mereka. Kalau anda mahu muat turun sebab tak sabar lagi hendak menunggu, maka ini adalah laman paling sesuai untuk anda.

2. RARBG Torrents

RARBG juga adalah sebuah laman yang popular, namun popularitinya selalu dikaburi oleh laman torrent lain dek kerana kebanyakan pengguna akan bawa masuk data fail dari laman ini ke laman yang lain. Namun kesan daripada perbuatan tersebut, laman ini kurang diberikan perhatian, oleh itu kebarangkalian ia ditutup telah menjadi kecil.

Tetapi jangan pandang laman ini sebelah mata, kerana di dalamnya tersimpan 1001 ‘khazanah’ dalam internet yang mungkin tiada di laman-laman lain.

3. 1337x

Sejak KAT ditutup, laman ini menerima trafik kunjungan yang tinggi, dan walaupun menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa beberapa moderator dan admin laman tersebut telah meninggalkan ia, namun nampaknya fail-fail baharu telah dimuat naik sekaligus menyangkal dakwaan bahawa ianya seperti kapal yang sedang tenggelam.

4. ExtraTorrent.cc

ExtraTorrent ini juga merupakan antara ‘laman-laman’ asal fail-fail torrent yang berlegar di TPB dan KAT. Seperti RARBG, ia juga selalu menerima kunjungan dari forumer KAT yang ingin menumpang berteduh sementara menanti kemunculan semula KAT, dan terkini trafik yang memasuki laman adalah sekitar 30 juta sebulan.

5. Torrent Downloads

Laman Torrent Downloads ini adalah antara paparan yang paling saya gemari. Ianya sangat cantik dan kemas berbanding laman-laman lain. Mempunyai fungsi carian untuk anda menyelongkar senarai fail yang anda mahu, serta paparan terus fail-fail terbaru menjadikan ia pilihan teratas dalam carta hati abam Hax. Kih kih kih.

Ok, cukup 5 dahulu. Untuk laman-laman yang lain, anda boleh cari sendiri. Dah besar panjang kan? Heheheh..

Apa pun, semoga artikel ini memberi manfaat dan jika KAT kembali ke udara, nantikan artikel seterusnya menyusul.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Laman Salinan Dan Palsu Kepada KickassTorrents Muncul Selepas Laman Asal Ditutup

0
Sebenarnya, Abam Hax perati je kau orang nih. Lepas laman KickassTorrents ditutup, banyak laman-laman salinan (cached) dan palsu (fakes/imposters) yang muncul seraya mendakwa mereka adalah kemunculan semula laman rasmi KAT.

Alahai, betul lah kau orang ni tak belajar dari pengalaman. Dulu benda yang sama dah pernah berlaku kepada Yify, kemudian muncul banyak laman palsu, kau orang dengan cepatnya mengiktiraf semua laman tersebut.

Walaupun abam dah ingatkan, bahawa laman ‘kemunculan semula’ tersebut telah dikendalikan oleh ramai penggodam mahir dan para penguatkuasa undang-undang dari kerajaan Amerika Syarikat, tetapi anda (yang kebanyakannya budak-mak-masih-tanggung) tetap berdegil memuat turun kandungan dari lamannya dengan alasan, “Lantaklah palsu pun, janji still boleh download FREE!”.

Lantak kau orang lah. Ni suka abam nak ingatkan, kebanyakan pengendali laman-laman yang memberitahu sebagai ‘kebangkitan semula’ KickassTorrents ni dah pun mengakui bahawa mereka tiada kaitan secara langsung kepada laman rasmi dan pengasasnya.

Apa ciri laman asal yang tiada pada laman peniru?

– Tiada forum yang berfungsi

– Tidak boleh memuat naik sesuatu

– Tidak boleh muat naik bererti tiada kandungan baru

Tapi ada juga sedikit sudut positif yang kita boleh dapat dari laman peniru/palsu KAT ini berbanding Yify iaitu:

– Anda masih boleh memuat turun tanpa bimbang kepada penguatkuasa undang-undang (dengan syarat rangkaian bersambung kepada VPN)

– Laman-laman dikendalikan oleh individu-individu yang mempunyai haluan yang sama seperti pengasas KAT (bukan penggodam yang mahu mencari identiti anda lalu menyerahkan ia kepada pihak berkuasa)

Buat sementara waktu ini, anda cari sahaja laman alternatif yang lain. Jangan percaya terlebih dahulu kepada laman-laman palsu ini.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Apresiasi Kepada TheLanVPN

0
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.
As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullahi ta’ala wa-barakatuh.
seperti yang kita sedia maklum, TheLanVPN – VPN buatan anak tempatan yang mula mendapat tempat di hati kita semua.
Artikel perjalanan TheLanVPN boleh baca di sinisini sinisini.
Artikel kali ini cukup ringkas. Sekadar untuk menunjukkan rasa apresiasi saya kepada developer team TheLanVPN – dengan membangunkan (well, reverse engineer je. Bukan built from scratch.) sebuah perisian untuk pengguna TheLanVPN.
Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di sini. Segera dapatkannya.
Sekian dulu dari saya.
Sign out,
MiM.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Mobdro : Layan Strim Video Dari Seluruh Dunia Ala ‘Astro’ Secara Percuma

0

Seringkali pengguna diperkenalkan dengan Kodi (yang dahulunya dikenali dengan nama XBMC) untuk melayan penstriman video secara percuma. Namun tidak dapat tidak harus diakui, paparan antaramuka pengguna Kodi agak ‘menakutkan’ (intimidating) serta terlebih rumit (over-complicated) bagi pengguna baharu (newbies).

Jadi, sebagai penyelesaian, saya perkenalkan kepada anda, Mobdro, sebuah aplikasi atau klien penstriman video yang membolehkan anda menonton siaran-siaran televisyen secara strim dari seluruh dunia – secara percuma, percuma, percuma (bunyi bergaung).

Apa Ciri dan Kelebihan Aplikasi Ini?

Paling penting senang digunakan (noob proof)! Anda yang dah lama follow blog ini tahulah bagaimana saya sedaya-upaya cuma untuk membantu para newbies di luar sana untuk masuk ke dalam dunia IT.

Ada bermacam kategori, dan dari kategori terbahagi pula kepada beratus saluran! Dari beratus saluran yang anda hanya termampu untuk layan dua-tiga sahaja itu, ada pelbagai pula pilihan genre. Haih, pendek cerita, tak terlayan melainkan anda pencen awal! Heheh.

Selain itu, dari pemerhatian saya, anda cuma memerlukan kelajuan sederhana, lebih kurang hanya 4Mbps sahaja untuk menggunakan aplikasi ini dan strim tanpa buffering (istilah Melayu dia apa haa?).

Paling penting data anda haruslah unlimited. Setidak-tidaknya, anda gunakan pelan U Mobile P98, 30GB kuota data sebulan. Pun begitu, jika anda cuma layan satu filem sahaja, saya dapati ia tidak banyak menggunakan bandwidth. Memang berbaloi-baloi!

Muat turun : Mobdro – All the web’s free video streams on your Android device

Nota kaki : Lupa hendak maklumkan, yang aplikasi ini hanya ada untuk platform Android sahaja. Tidak pasti lagi sama ada ia akan ada juga untuk platform atau sistem operasi yang lain. Nantilah kalau rajin abam pm dev app ni okeh.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

100GB! Siapa nak bagi?

0
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.
As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullahi ta’ala wa-barakatuh.
Rasanya cukup lama tak menyumbang artikel bermanfaat di blog ini. Kali ini saya akan kongsi kan kepada anda semua sesuatu yang menarik – storan awan.
Ramai yang pasti sedar kepentingan storan awan, yang mana storan di peranti kita semua kadang kala tak cukup, ya lah, dah penuh dengan video dan lebih-lebih lagi di suasana hari raya ni. Kalau boleh gambar jalan raya, lalang, sampul duit raya di jalanan pun kita rasa menarik nak tangkap. Tu belum masuk lagi gambar awek sebelah rumah, video korang terkinja-kinja hype macam beruk. Eh.
Tak nak cerita banyak, jom kita sama-sama semak storan awan yang satu ini – degoo.com. Didatangkan dengan saiz lalai 100gb, anda boleh menaik taraf storan anda lebih besar dengan harga yang agak berpatutan.
Kelebihan:
Selamat – Fail anda selamat disimpan di dalam storan dengan enkripsi military grade sebelum fail anda di muat naik ke awan.
Boleh dipercayai – Setiap fail anda disalin sebanyak tiga kali bagi memudahkan anda mengakses fail di mana sahaja dan setiap masa anda memerlukannya.
Automatik – Setiap kali anda mengambil gambar atau menyimpan fail ke dalam peranti anda, salinan ke awan akan dijalankan tanpa pengawasan anda. Anda tidak perlu lagi berfikir untuk menyalin fail anda.
Sentiasa online – Anda boleh mengembalikan semula fail anda di peranti anda atau di komputer mahupun komputer riba anda, bila-bila masa, di penjuru dunia mana pun anda berada (psst, kena ada sambungan Internet, tau?).
Kekurangan:
 
Buat masa ini, belum saya temui. Mungkin paparan yang ringkas kurang menarik bagi advanced user yang suka godek-godek. Untuk keluaran versi sekarang, Deego cuma membenarkan pengguna memuat naik fail jenis folder. Setiap fail di dalam parent folder akan disimpan ke dalam storan. Jika anda ingin memuat naik sesuatu fail ke storan, anda harus mengasingkannya dahulu ke dalam folder lain. Mungkin kekurangan ini akan diperbaiki pada masa akan datang(*).
Dengan paparan antaramuka yang sangat mudah, percayalah, anda tidak akan tersesat apabila anda berjalan-jalan di dalamnya.
Sekian sahaja untuk kali ini. Bi-iznillahi ta’ala, kalau ada berita yang menarik lagi, akan saya kongsi kan kepada anda semua.
Klik pada pautan ini untuk mendapatkan 100gb percuma dari Degoo.(*)Update terbaru selepas menggunakan aplikasi ini.

Sign out, 
MiM.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline