Utama Blog Laman 179

‘Ransomware’ Virus Licik Dan Merbahaya Ini Bukan Hanya Menyerang Pengguna Windows Sahaja

0
Ransomware, hebat betul virus yang seekor ni. Boleh dikatakan seluruh dunia sudah heboh pasal Ransomware. Apa sebenarnya Ransomware ini ya? Secara total, Ransomware masih di dalam kategori malware tapi ia agak merbahaya dari kebanyakkan malware yang pernah wujud setakat ini.

Apabila Ransomware menyerang sesebuah komputer, ia akan mengunci semua fail yang ada dan membataskan penggunaan komputer. Jadi anda mungkin sedang berhadapan dengan risiko yang sangat teruk. Mungkin akan kehilangan semua fail buat selama-lamanya. *Mungkin

Bagaimana mendapatkan kembali fail yang dikunci? (encrypt)

Tujuan penciptaan virus jahat. Ransomware bukan sahaja mengunci fail dan membataskan pengunaan komputer, malah tiada apa yang dapat anda lakukan dengan komputer anda. Salah satu cara untuk menghilangkan Ransomware adalah dengan membuat pembayaran.

Anda diminta untuk membuat pembayaran dalam linkungan harga sekitar $600 usd hingga $24k usd. Mungkin ini adalah motif serangan Ransomware, Wang!!!. Erti kata lain, komputer anda menjadi tebusan. Huh.

Kebiasaannya Ransomware menyerang melalui email menerusi fail PDF. Sebab itulah anda diminta berhati-hati ketika membuka sebarang email dari orang yang tidak dikenali atau lebih baik abaikan sahaja.

Apabila Ransomware aktif, anda diminta untuk membuat pembayaran melalui pautan yang diberikan. Keadaan mendesak mungkin menyebabkan anda tidak fikir panjang dan terus melakukan pembayaran. Tapi nanti dulu, setelah pembayaran dibuat, tiada juga jaminan komputer anda akan elok seperti sediakala.

Ransomware bukan hanya menyerang pengguna Windows.

Tiada yang aman. Ransomware bukan sahaja menyerang pengguna Windows, malah ia juga mengancam pengguna Linux dan Mac OS. Ini berdasarkan laporan kes yang pernah berlaku sebelum ini.

Sentiasa waspada dengan ancaman siber seperti Ransomware ini, elakkan dari muat turun perisian atau apa jenis fail yang meragukan. Kemaskini terbaru, kebanyakkan perisian Anti Virus sudah banyak tawaran perlindungan dari Ransomware ini.

Di antaranya Avast, Kaspersky, Bitdefender, atau Malwarebit Anti-Exploit (premium). Tapi ini tidaklah bermakna 100% selamat dari terkena serangan, cuma sebagai langkah waspada atau pencegahan sebelum terkena.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Google Membangunkan Sistem Operasi Baharu Secara Rahsia Dinamakan Sebagai Fuchsia

0

Google seringkali membawakan pembaharuan di dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Android dan Chrome OS adalah manifestasi dari apa yang mereka usahakan di kebuk pejabat.

Namun apa yang mengejutkan, terkini mereka dikatakan sedang cuba membangunkan sebuah sistem operasi yang akan menguasakan produk-produk Internet of Things (IoT), dan ciri paling ‘baru’ ialah ia tidak lagi berasaskan kernel Linux.

Sistem operasi baharu itu dikenali sebagai Fuchsia, yang mana menurut Google ialah “Pink + Purple == Fuchsia (a new Operating System).

Sistem operasi tersebut menggunakan Magenta kernel, dicipta untuk bersaing dengan sistem operasi berorientasikan IoT seperti FreeRTOS atau ThreadX. Apa yang lebih menarik ialah Magenta direka bentuk supaya dapat menguasakan telefon pintar hinggalah kepada komputer.

Bagaimanakah rupanya? Google menggunakan Flutter sebagai paparan antaramuka pengguna (berupa Material Design), dan Dart sebagai bahasa pengaturcaraan utama.

Adakah Fuchsia akan menggantikan Android dan Chrome OS? Mungkin ya, mungkin juga ia hanya sekadar eksperimentasi dari Google. Sama-sama kita nantikan berita seterusnya.

Via Fuchsia GitHub, The Next Web

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Strim Video Dari Laman Torrent Dengan WebTorrent Desktop

1

Penafian: Kami tidak menggalakkan cetak rompak, malah kami menggalakkan pembaca agar sentiasa membeli atau membayar untuk menikmati kandungan video yang dilindungi Akta Hak Cipta. Artikel adalah sekadar ulasan umum. Sebarang penggunaan kandungan laman adalah diluar tanggungan pihak omghackers.com.

Kebiasaannya, kalau dulu tabiat saya, saya suka muat turun dengan begitu banyak sekali filem-filem di laman Torrent. Namun tabiat itu menjadi sesuatu yang tidak beberapa ‘baik’ untuk cakera keras apabila ruang storan mula penuh tetapi filem-filem yang telah dimuat turun boleh dikira jumlah yang telah pun ditonton.

Jadi cari punya cari, terjumpa dengan aplikasi WebTorrent Desktop (Beta), sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna untuk strim mana-mana video yang diingini tanpa perlu lagi muat turun dan tempatkan dalam ruangan cakera keras.

Seperti yang dapat anda lihat pada paparan skrin di atas, ia mempunyai paparan antaramuka yang amat ringkas, cukup sekadar pratonton beberapa torrent sebagai alas muka depannya, dan terdapat satu ruangan kecil di bawah khas untuk anda memuat naik fail torrent atau pautan magnet.

Pada paparan ini pula anda lihat saya sedang menguji cuba satu video dan apa yang menarik ialah aplikasi ini turut menyokong fungsi strim bersama dengan sarikata (penting tu beb!).

Selain itu ia juga turut menyokong Chromecast, AirPlay dan DLNA. Ciri terbaik ialah ia dapat digunakan pada multi-platform iaitu pada Windows, Linux dan Mac.

Muat Turun:

WebTorrent Desktop
Klik pada gambar untuk muat turun

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Menyamar Sebagai Askar Dan Ceroboh Kem Untuk Tangkap Pokemon

0

Lagi kes Pokemon Go di Malaysia. Kegilaan memburu Pokemon semakin menjadi-jadi, bukan di Amerika sahaja, malah di Malaysia sendiri. Baru-baru ini seorang remaja berusia 17 tahun di tangkap kerana menceroboh Kem Majidee, Batu Pahat dengan alasan untuk menangkap Pokemon.

Siap menyamar menjadi askar dengan uniform lengkap berceloreng, bunyi seperti sesuatu yang kelakar tapi bagi kami sangat bodoh! Bila terlalu fanatik terhadap sesuatu manusia sanggup melakukan apa sahaja. Perkara bodoh seperti ini yang memberi nama buruk kepada pelatih Pokemon yang lain, oh maksud kami pemain Pokemon.

Pesalah bukan dari kalangan bumiputera, dipercayai tertangkap ketika cuba memasuki kem melalui balai pengawal utama kem. Gagal menunjukkan Mykad buat dia tertangkap.

Kepada pelatih Pokemon yang baik dan beretika, kami beri anda beribu bintang dan selamat memburu Pokemon. Yang nakal jangan sampai jadi bodoh ya, apa pun permainan Pokemon ini sebenarnya hiburan sampingan, jadi jangan terlalu serius!

Sumber: Facebook

Team Mystic

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Vladimir Putin Akan Mengharamkan Pokemon GO Kerana Kaitannya Dengan CIA

0

 

Hmmm.. mungkin sesetengah dari rakyat Malaysia terutamanya Gen Y beranggapan Mufti di negara ini dari negeri Wilayah Persekutuan (khususnya) adalah golongan paranoid yang perlu ‘diingatkan’ melalui suara-suara liberal yang semestinya menjadi sokongan anak muda kerana seiringan dengan keinginan, hasrat dan suara mereka.

Tapi kan, abam ada dengar-dengar cerita bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin bakal mengharamkan permainan Pokemon GO (aih, cerita Pokemon lagi) di negara tersebut.

Apakah relevannya pengharaman itu?

Siasatan dalaman Kremlin telah mendedahkan bahawa permainan yang sedang viral itu mempunyai hubungan secara terus dengan agensi CIA, komuniti perisikan yang besar, serta sedang digunakan secara rahsia untuk mengumpulkan data pada skala mega.

Menurut sumber-sumber dari siasatan tersebut, kebanyakan dari pemain yang terdiri daripada anak-anak muda telah pun menyerahkan secara sukarela data-data mereka yang sulit serta menjadi ‘ejen-ejen tidak rasmi’ bagi CIA.

Pencipta permainan tersebut iaitu Niantec, dikatakan mempunyai hubungan/kolaborasi bersama CIA. Ketua Pegawai Eksekutif Niantec, John Hanke telah mengasaskan Keyhole pada tahun 2001, yang kemudiannya dibeli oleh Google. Sebahagian besar daripada dana yang digunakan untuk mengasaskan Keyhole datang dari National Geospatial-Intelligence Agency (NGA) dan CIA sendiri.

Setelah beberapa tahun mengkaji, akhirnya ‘lahirlah’ Pokemon GO dan ia merupakan kemuncak dalam karier beliau sebagai ejen risikan New World Order (NWO), apabila telah mencipta kaedah unik untuk mengintip rakyat bukan sahaja di negara sendiri bahkan di seluruh dunia tanpa rasa curiga dari para pemain-pemainnya.

Agensi risikan yang mahu mengetahui ‘pelan’, kedudukan, dan ‘blue print’ sesebuah bangunan kini boleh melakukan demikian hanya dengan meletakkan watak makhluk Pokemon yang menarik di kawasan terbabit, dan pemain-pemainlah yang akan mengutip setiap data tersebut untuk mereka.

Putin yang telah berikrar untuk menghapuskan New World Order pada tahun 2016, mempercayai bahawa permainan realiti telefon pintar itu adalah suatu bentuk penyamaran yang bijak.

Walaupun Pokemon GO masih belum dirilis di Rusia, namun beberapa orang individu telah memperoleh akses kepadanya dan telah mula bermain di Moscow, menyebabkan Putin mengeluarkan amaran kepada mereka supaya menjauhi kawasan kejiranan beliau dan juga bangunan-bangunan kerajaan.

Penutup

Kuncinya – kalau paranoid jangan main Pokemon GO!

Ehh senang betul abam ulas. Bukan apa, benda ni abam tulis sekadar berita sahaja. Nak main, mainlah. Abam banyak lagi benda nak buat ni. Ok lah, chow seen chi aaa.. papai!

Hang nak pi mana? – Pokemon The President

Terjemahan sebahagian dari: Your News Wire

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Jual 200 Juta Maklumat Pengguna Akaun Yahoo Di Pasaran Gelap

0

Penggodam jual 200 juta maklumat pengguna akaun yahoo di pasaran gelap, (Dark Web) dan yahoo tahu tentang perkara ini. – Rujuk

Ini bukan berita buruk kali pertama bagi pengguna Yahoo, sebelum ini pun sudah banyak pencerobohan pengkalan data Yahoo dan lebih menyedihkan Yahoo seperti mengambil mudah tentang soal keselamatan pengguna mereka.

Dikenali dengan nama ‘Peace’, ini adalah kumpulan yang sama menceroboh pengkalan data laman web Myspace dan Linkedln, dan rasanya mereka ini cukup popular buat mereka yang selalu mengikuti perkembangan sisi gelap dunia siber.

Menurut apa yang dimaklumkan dari laman Motherboard, Yahoo sedar akan dakwaan tersebut tetapi tidak juga menafikan maklumat itu sahih.

Kami komited untuk melindungi keselamatan maklumat pengguna-pengguna kami dan kami ambil mana-mana tuntutan sedemikian dengan sangat serius. Pasukan keselamatan kami bekerja untuk menentukan fakta.

Yahoo bekerja keras untuk membuat pengguna-pengguna kami selamat, dan kami sentiasa menggalakkan pengguna-pengguna kami mewujudkan kata laluan kuat, atau melepaskan kata laluan sekali dengan menggunakan Yahoo Account Key, dan guna kata laluan berbeza untuk platform-platform berbeza.


Kami tak pasti apa yang dibuat dengan databased pengguna Yahoo, tapi yang pasti sudah tentunya mendatangkan keuntungan bagi pihak-pihak tertentu. Ialah, sekarang zaman teknologi, semuanya di hujung jari. Tinggal taip dan klik!

LOL!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Family Locator: Jejak Ahli Keluarga Anda Dengan GPS Tracker Ini

0
Dewasa ini, mungkin ia berbunyi agak klise, kes-kes penculikan semakin menjadi-jadi. Tidak terhad kepada kanak-kanak, orang dewasa juga boleh menjadi mangsa sekiranya profil individu tersebut adalah tinggi dan boleh memberi profit tinggi kepada penculik/penjenayah/penjahat/Penyamun Ali Baba Bujang Lapok.Selain itu, boleh juga dijadikan sebagai sandaran untuk mengesan pasangan yang sedang enak check-in bersama skandal di hotel-hotel bajet mahupun bersantai di Thailand sana bersama cikaro beliau.

Ehhh, nak jejak skandal yang sedang berulit bersama skandal beliau sendiri pun boleh.

Errr.. ok, jauh fikirnya tu. Awkward la pulak ayat di atas… Heheheh.
Tapi, siapalah yang tahu situasi seseorang itu kan? Boleh jadi keterpaksaan atas sesuatu situasi seperti ini menjadikan kita lebih terdidik tentang sesuatu, khususnya teknologi yang sedia ada dalam telefon pintar, selain kebolehan untuk bermain Pokemon GO, ia juga boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih profesional.

Antara ciri aplikasi Family Locator dari Life360 ini ialah ia akan terus membolehkan anda mengetahui lokasi pasangan anda berada, dengan syarat pasangan tersebut perlu ditambah sebagai ahli terlebih dahulu.

Macam mana nak buat secara senyap-senyap? Itu pandai-pandai hangpa la. Heheh.

Paling penting sekali, GPS sudah tentulah perlu diaktifkan, sepertimana anda bermain Pokemon GO, maka seperti itu jugalah GPS dan bateri telefon anda akan digunakan (no pun intended).

Selain menjejak pasangan, ia boleh juga digunakan untuk anda menjejak diri sendiri. Maksud abam, anda boleh lihat trip perjalanan anda pada hari tersebut. Bateri memang macam air sikitlah, tapi seperti ayat abam di atas, kalau anda sanggup dan boleh guna untuk bermain… ahhh kau orang fikir sendirilah. Masing-masing dah besar.
Contohnya adalah seperti di bawah.
Mana nak dapat? Nah, muat turun aje melalui pautan Google Play Store ini:
 Family Locator - GPS Tracker
Klik dengan yakin

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Program Bacaan Al-Quran Serentak Seluruh Dunia Menerusi World #QuranHour

0

Pada 11 September ini, untuk julung kalinya akan diadakan satu program bacaan Al-Quran secara serentak di seluruh dunia melalui sebuah program yang digelar sebagai World #QuranHour, bertemakan Cinta dan Syukur, mulai jam 9 pagi dan akan berlangsung selama satu jam.

Menurut Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Malaysia, Hussamuddin Yaacub, program ini merupakan satu kronologi rentetan kejayaan program terdahulu iaitu #MalaysiaNgaji yang telah dianjurkan pada tahun 2013.

Menurut beliau lagi, World #QuranHour merupakan satu inisiatif dalam memupuk ummah yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran serta diharap menjadi satu platform solidariti umat Islam seiring meraikan kitab suci itu pada peringkat tertinggi.

Penyertaan Dari 117 Negara

“Setakat ini 117 buah negara dan ratusan persatuan serta gabungan Muslim
daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah memberi maklum balas positif untuk menyertai program ini selain turut menjangkakan penyertaan daripada kesemua 57 negara anggota OIC (Pertubuhan Muktamar Islam).

“Di India sahaja kita dimaklumkan seramai lapan juta rakyat negara itu akan
sama-sama membaca al-Quran dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas sesi perbincangan bersama perwakilan agensi media lain berkaitan penganjuran World #QuranHour.

Sementara itu, Pengerusi agensi berita Bernama, Azman Ujang berkata Bernama akan membantu mempromosikan World #QuranHour bagi menarik seramai mungkin penyertaan umat Islam dari dalam dan luar negara.

Kerjasama Dari Agensi

Selain Bernama, pelbagai agensi media tempatan lain juga bersetuju dan menyatakan komitmen mereka untuk kempen program World #QuranHour termasuk Astro, Kumpulan Media Prima, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV Al Hijrah, Kumpulan Utusan, NSTP Group dan Kumpulan Media Karangkraf.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang juga penganjur #MalaysiaNgaji, Marhaini Yusoff berkata edisi sulung World #QuranHour akan melibatkan beberapa lokasi “hotspot” untuk bacaan al-Quran berkumpulan.

Beliau berkata, di negara ini program itu akan diadakan di lokasi utama
iaitu Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, dengan kesemua 14 negeri lain turut menganjurkannya di lokasi tertentu melibatkan gabungan pelbagai pihak termasuk perseorangan dan berkumpulan.

“Tarikh 11 September merupakan musim menunaikan ibadat haji dan di dalam kalendar Islam ia jatuh pada 9 Zulhijjah jadi semestinya Padang Arafah di Makkah merupakan lokasi tumpuan bagi jemaah haji Malaysia dan negara lain bergabung menyertai kempen ini di peringkat antarabangsa.

“Beberapa selebriti termasuk penyanyi yang terkenal dengan lagu berkonsep ketuhanan iaitu Maher Zain juga akan terlibat dalam program ini nanti,” katanya.

Sumber Berita : Mediacorp

 

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Facebook Memadam Laman ExtraTorrent Dan Profail Admin

0
Facebook telah melakukan satu tindakan drastik apabila mereka memadam laman rasmi ExtraTorrent selepas menerima aduan berkenaan hakcipta daripada para pemegang-pemegangnya. Tidak lupa juga mereka memadam-mengtongsampahkan-mengkecebur profail para admin laman tersebut.

Selain itu, mana-mana pengguna Facebook lain yang hendak mengepos pautan URL ExtraTorrent akan dikehendaki melalui pemeriksaan sekuriti tambahan oleh Facebook.

Apa yang agak sadis ialah laman Facebook itu telah mencecah lebih dari 10000 pengikut/likers.

Ia tidak terhenti di situ sahaja. Facebook juga telah melakukan langkah pencegahan apabila bukan sahaja laman utama/rasmi telah dipadam, bahkan juga setiap laman ‘fan made’ yang dibuat selepas itu, ia juga dipadam sejurus siap dibuat. Profail admin untuk laman buatan peminat itu juga dinyahaktifkan serta-merta.

Selamat tinggal lanun semua, sekarang adalah era baru, era di mana semua orang beralih kepada media pembelian.

Errr.. ye ke?

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Pokemon GO Melepasi Jumlah Muat Turun 100 Juta Di Google Play Store Dalam Tempoh Sebulan

0

Cuba bayangkan sekiranya permainan Pokemon GO ini adalah permainan BERBAYAR? Bagaimana jika ia perlu dibeli dengan harga sebanyak RM10-20 sebelum dapat dimainkan?

Saya rasa jumlah muat turun mungkin banyak, tetapi tidak akan sebanyak 100 juta kali dalam tempoh sebulan.

Fenomena yang dicipta oleh permainan dari Niantic ini telah mewujudkan suatu gelombang baru di mana seluruh dunia mula berlatih semahunya untuk menjadi pelatih Pokemon teragung.

Niantic mula mengembangkan gagasan jajahan takluk permainan ini bertitik tolak dari Amerika Syarikat, Eropah, Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, dan apabila ia mula menjejak petanya di Malaysia, seisi rakyat tidak lagi mahu betah duduk berdiam diri di rumah apabila ramai dari individu yang kelihatan bertempiran berlanggaran sesama sendiri, berebutkan makhluk digital terhebat.

Meskipun akaun Twitter CEO Pokemon GO digodam, ia tidak menghalang permainan tersebut daripada terus-menerus menerima kemas kini yang memperlihatkan peningkatan prestasinya serta pelbagai lagi ciri yang akan ditambah baik seperti lokasi tajaan (sponsored locations).

 

Views: 7

Iklan Newspaper Inline