Utama Blog Laman 177

Kodi Versi 17 [Beta 1] Semakin Cantik Dengan Tema Estuary Dan Estouchy

0

Ada sesiapa lagi yang tak tahu ke tentang Kodi ini? Kalau ada sesiapa yang masih belum kenal, ia adalah sebuah hub hiburan atau dalam bahasa omputihnya ‘media center’. Dahulunya dikenali sebagai XBMC, tapi atas sebab tidak mahu lagi dikaitkan dengan derivatifnya serta Xbox, maka ia dijenamakan semula kepada Kodi.

Ok, cukuplah setakat itu pengenalan tentang aplikasi ini.

Buat yang belum tahu juga, Kodi versi 17 telah membawakan pembaharuan kepada paparan antaramuka pengguna dengan dua tema iaitu Estuary dan Estouchy.

Anda boleh tonton dahulu video tentang paparan antaramukanya melalui video di bawah.

Ini pula adalah contoh paparan skrin yang sempat saya ambil dari lappy sendiri.

Memang cantik, memang terbaik. Artikel seterusnya saya akan cuba tuliskan pula bagaimana cara untuk kita gunakan Kodi ini sebaik mungkin untuk dapat strim secara percuma semua saluran tv yang menarik di seluruh dunia.

Sesiapa yang berminat untuk memang Kodi ini bolehlah muat turun di sini : Download Kodi

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cubic: Kamera Mini Untuk ‘Kaki Selfie’ Pada Harga Serendah RM199

0


sumber gambar

Berita baik untuk penggemar ‘Selfie’, memperkenalkan kamera Cubic Mini yang direka khas untuk anda yang suka ‘selfie’. Pilihan kamera mini yang menarik dan mudah dibawa kemana-mana. Tambahan pula, ciri-ciri yang ada pada kamera ini tidak kurang hebatnya.

Ini sebagai alternatif pilihan yang lain sahaja, itupun kalau anda rasa kamera pada telefon anda kurang baik. Kamera Cubic ini dilengkapi dengan resolusi gambar setinggi 13 mega pixel. Memang sangat sesuai untuk gambar.

Kamera ini mempunyai sambungan wi-fi dengan fungsi remote pada telefon pintar. Untuk pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi Cubic Camera melalui Play Store manakala pengguna iPhone boleh muat-turun melalui Apple Store.

Harga

Berminat dengan kamera ini, anda boleh dapatkannya dengan harga bermula RM199.00 sahaja. Bergantung kepada pembekal, biasanya dijual sekitar RM450.00 – RM199.00. Pada harga RM199.00 dengan fungsi wi-fi dan kualiti yang dipaparkan, kami rasa kamera ini cukup berbaloi untuk dimiliki.

Maklumat lanjut: Cubic Camera by Altek

Sekarang semua orang boleh ‘Selfie’ dengan gembira tanpa risau masalah kulit kusam! Jangan lupa dapatkan info terkini dari kami terus ke wall anda di facebook!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

15 Pokemon ‘Rare’ Dan Paling Susah Untuk Ditangkap!

0

Dalam permainan Pokemon Go, ada beberapa jenis atau spesies Pokemon yang dikategori sebagai Pokemon ‘Rare’ dan susah untuk ditangkap. Oh ya, maksud kami susah bukan bermakna mustahil untuk ditangkap!

Jika anda dapat tangkap kesemua 15 Pokemon yang kami senaraikan dibawah, kami kategorikan anda sebagai Pokemon Trainer tahap dewa atau mungkin anda cuma bertuah sahaja.

15. Ivysaur: 8% base-capture rate

14. Charmeleon: 8% base-capture rate

13. Wartortle: 8% base-capture rate

12. Raichu: 8% base-capture rate

11. Clefable: 8% base-capture rate

10. Ninetales: 6% base-capture rate

9. Arcanine: 6% base-capture rate

8. Gyarados: 6% base-capture rate

7.Dragonair: 6% base-capture rate

6.Gengar: 5% base-capture rate

5. Venusaur: 5% base-capture rate

4. Charizard: 4% base-capture rate

3. Blastoise: 4% base-capture rate

2. Dragonite: 3% base-capture rate

1. Abra ( Faktor Jarang ditemui )

Apa pun, selamat memburu Pokemon dan bermainlah dengan selamat. Ingat orang tersayang!
Sumber: Otakukart

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Alami Kehebatan 3D Hologram Dengan Microsoft HoloLens

0

Seperti yang diketahui ramai,  Microsoft tidak asing lagi dari pengetahuan Masyarakat, sama ada pakar IT atau pengguna biasa. Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan Realese Date bagi Microsoft HoloLens

Microsoft HoloLens: UK release date and price. Although the HoloLens was announced over a year ago at a January 2016 event (we saw it again at E3 2015), but it was at Build 2016 Microsoft confirmed the Developer Edition would ship on 30 March 2016

Apa itu Microsoft HoloLens?

Jika dilihat, mungkin gajet ini seperti Google Lens. Namun, fungsinya lebih kepada penglihatan 3D Hologram di Dunia nyata.

 

Jadi, Apa yang menariknya Microsoft HoloLens ini? .

Menariknya Microsoft HoloLens ini boleh dikatakan lebih menarik dari Google Glass. Anda boleh lihat video di bawah.

Dari video diatas, pembaca boleh menilai kegunaan Microsoft HoloLens ini . Harga anggaran dalam Ringgit Malaysia adalah dalam lingkungan RM12k bagi Development Edition. 


Bagi yang berminat dan mempunyai kewangan yang kukuh boleh melawat di laman rasmi Microsoft HoloLens untuk langkah selanjutnya.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tingkatkan Prestasi Android Dengan L Speed [Root]

0

Adakah anda sering mencari cara yang lebih baik untuk melajukan atau meningkatkan lagi prestasi sistem operasi Android pada telefon pintar anda?

Sudah puas ‘bermain’ dengan custom ROM, custom kernel, tetapi masih ingin mencari cara lain untuk tambahkan lagi ‘tweak’?

Anda boleh lakukannya dengan menggunakan aplikasi L Speed [Root].

 

 

Apa yang menarik? Oh well, dulu abam suka guna SD Maid. Tetapi SD Maid tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang lain untuk tweak Android sesedap rasa. Ada juga aplikasi Kernel Adiutor tetapi ia kurang pula tweaking yang ada dalam L Speed.

Apa yang menarik lagi? Oh ya, seperti paparan skrin yang dapat anda lihat di atas, aplikasi L Speed ini cukuplah mudah untuk digunakan. Hanya tinggal klik pada toggle dan tetapan itu akan terus diaplikasikan pada sistem. Asalkan anda tahu apa yang anda buat, tiada masalah.

Antara tetapan yang ada ialah CPU Tuner, Cleaner, Seeder, Out-Of-Memory (OOM) Killer, Kernel Tweaks, LNET Optimizer, dan lain-lain lagi. Memang sangat banyak dan sangat terasa kepuasannya apabila semua tweak yang biasa kita gunakan ada dalam satu aplikasi.

Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk menukar DNS kepada DNS Google. Jadi, tidak perlu lagi gunakan aplikasi ‘DNS Changer’ yang lain seperti Override DNS.

Klik gambar untuk ke sumber

Muat turun aplikasi: L Speed Android Tweaking App

 

Views: 9

Iklan Newspaper Inline

Night Terrors: Bakal Menghantui Peminat Permainan Aktiviti Paranormal

0

Bayangkan sebuah permainan berkonsepkan ‘realiti tambahan’ (augmented reality) ala Pokemon GO namun ia bertemakan survival seram/ngeri bertempat dalam rumah anda sendiri! Ianya dimainkan di rumah dalam suasana gelap, lampu dipadamkan, dan headphone dipakai bagi mengalami audio khas untuk mendapatkan mood seram.

Sanggupkah anda mengalami pengalaman permainan yang sebegitu?

Jika anda sanggup, maka permainan mobil bernama Night Terrors ini pasti akan menarik perhatian anda apabila dilancarkan sebelum Halloween pada tahun ini nanti.

Dalam Pokemon GO, anda ‘disajikan’ dengan paparan makhluk-makhluk aneh tetapi comel. Namun dalam Night Terrors, pemain akan berhadapan dengan imej-imej hantu yang tampak sangat asli di depan skrin telefon, ‘gangguan-gangguan paranormal’ seperti gambar di dinding yang tiba-tiba jatuh (virtual), dan juga mesej-mesej serta gambar-gambar yang menakutkan akan dihantar.

Permainan yang berasal dari projek Indiegogo ini dijangka akan dilepaskan pada Halloween (atau sebelumnya, merujuk kepada pembangun Novum Analytics).

Anda boleh tonton terlebih dahulu trailer pertama Night Terrors ini.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Awas! 5 Aktiviti ‘Online’ Yang Akan Menyebabkan Anda Di Penjara

0
Terlalu seronok dengan aktiviti online? Hati-hati, ini mungkin di antara sebab kenapa anda bakal bergelar banduan. Dalam dunia maya anda mungkin bebas melalukan apa sahaja, ialah komputer dan internet anda, anda punya sukalah. Betul tak?

Tapi nanti dulu, anda beberapa negara mencatur sesetengah aktiviti online sebagai perkara yang menyalahi undang-undang. Jadi hati-hati dengan perkara yang kami senaraikan ini.

1.Menari Di Dalam Video


Bunyi macam kelakar, tapi ini kenyataan. Di Tehran, Iran 6 orang remaja dikenakan hukuman 91 sebatan dan 1 tahun penjara kerana memuat naik sebuah video di Youtube. Video dari lagu Pharrel Williams bertajuk ‘Happy’. Sebabnya mereka berjoget di tugu peringatan perang ke dua di Rusia.

Video:

2. Menggunakan Skype


Peraturan pelik di negara Ethiopia. Setiap orang yang tertangkap menggunakan sebarang layanan VOIP (Voice Over the Internet Protocol) akan dipenjarakan. Ini merupakan peraturan baru yang ditetapkan oleh pihak pemerintah, ianya termasuklah layan VOIP seperti SKYPE.

3. Menghapus ‘Browser History’ Di Komputer


Seorang remaja lelaki bernama David Kernell dipenjara kerana memadam browser history komputernya. Pelajar University of Tennessee ini disyaki melakukan aktiviti hacking pada akaun ‘Yahoo’ peribadi presiden Amerika iaitu Sarah Palin.

4. Membuka Sambungan Wi-Fi Secara Umum


Hati-hati ketika berkongsi sambungan Wi-Fi kepada umum. Seorang lelaki bernama Barry Covert secara tidak sengaja membuka sambungan Wi-Fi kepada umum menyebabkan dia dipenjara. Ini kerana ada individu yang melayari laman web pornografi kanak-kanak melalui sambungan Wi-Fi beliau. Huh, sedih juga.

Sebab itulah kami tidak suka berkongsi sambungan. Bukan kedekut kuota, tapi takut ada yang menyalahgunakannya. Opss!

5. Hina Status Facebook


Malaysia. Seorang remaja berumur 19 tahun dari Pasir Mas, Kelantan direman selama 4 hari kerana disabitkan dengan kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur menghina sultan di facebook.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

OMG!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cerpen Sci-Fi Thriller ‘Tetamu Dari Bima Sakti’ Oleh Salleh Kausari

0

Cerpen pertama dari Salleh Kausari yang saya baca bertajuk ‘BARAN’. Ianya adalah cerpen thriller paling membuka minda yang pernah saya baca selama hidup ini. Dari situ, saya dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa pada idea-idea beliau. Ianya diluar kotak pemikiran dan adakalanya babak-babak dalam cerpen beliau begitu mendebarkan.

Atas sebab itu, saya ingin bantu beliau untuk mempromosikan antara karya-karya beliau yang menarik untuk dibaca ketika waktu lapang anda. Siapa tahu, dari penulisan beliau akan timbul idea-idea menarik untuk anda pula gunakan dalam kehidupan?

Sedikit sinopsis dari cerpen terbaru beliau iaitu ‘Tetamu Dari Bima Sakti’ yang bergenre ‘Saifai Thriller’ (Sci-Fi Thriller):

Airel sedang mencari ilham untuk nomik (novel komik) yang terbaru apabila dia bertemu seorang lelaki bernama Zaidi. Pertemuan itu bukan sekadar pertemuan biasa kerana dia mendapat ilham yang dicari dan rahsia tentang galaksi dan cakerawala.

Jom baca cerpen penuh beliau pada pautan ini : Tetamu Dari Bima Sakti

Sekiranya anda ada ‘projek-projek’ menarik atau apa-apa soalan ingin diajukan, anda boleh hubungi saudara Salleh Kausari melalui profil FB beliau : Salleh Kausari

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Free Download Manager Alternatif Kepada IDM

0

Beberapa bulan yang lalu kami menerima mesej melalui inbox facebook oleh salah seorang pembaca omghackers.com supaya mencadangkan beberapa perisian lain sebagai alternatif selain dari IDM (Internet Download Manager).

Untuk kaki download yang selalu guna IDM tapi ada masalah IDM tidak boleh digunakan disebabkan faktor crack, invalid key atau lain-lain, kami cadangkan anda guna perisian percuma ini pula.

Free Download Manager.

Free Download Manager merupakan ‘download manager’ percuma dan boleh dikatakan paling popular digunakan. Ini kerana ia hampir 90% sama seperti IDM. Dilengkapi dengan fitur built-in, Free Download Manager memaparkan paparan antara muka yang mesra pengguna dan sangat mudah digunakan.

Proses muat turun jadi lebih pantas dengan Free Download Manager. Oh ya, ia juga menyokong 30 bahasa iatu: Macedonia, Serbia, Albania, Kroasia, Korea, Arab, Portugis Brasil, Bulgaria, China Tradisional, China, Ceko, Jerman, Belanda, Perancis, Ibrani, Hungaria, Itali, Poland, Portugis, Brazil, Rumania, Rusia, Slovakia, Spanyol, Swedia, Turki, Uzbek, Yunani, Vietnam, Slovenia dan Persi.

Muat turun sekarang: Free Download Manager

Jangan lupa like dan follow kami di Facebook

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Menyasarkan Pemain Pokemon GO Dengan Ancaman SMS Phishing

0

Masih lagi berkisar tentang Pokemon GO, tidak cukup dengan ancaman ransomware yang sudah sememangnya membimbangkan, kini pemain Pokemon GO juga diancam dengan penipuan (scam) SMS Phishing (Smishing).

Dalam pergerakan penipuan ini, penggodam telah cuba memperdayakan mangsa dengan menghalakan mereka kepada laman web yang dibuat khas untuk phishing, dengan nama  Pokemonpromo.xxx.

Menurut sumber dari AdaptiveMobile, penggodam menghantar beribu-ribu SMS ke pemain di Amerika Utara, yang mana ia mengandungi URL ke laman web phishing menyerupai laman web Pokemon GO. Laman itu menawarkan ganjaran kepada pemain sekiranya mereka merujuk 10 orang rakan. Pun begitu, ia telah dinyahaktif dan telah pun ditanda sebagai laman phishing.

Laman palsu Pokemon GO

Selain itu, terdapat juga penipun berasaskan tawaran 14,500 Pokecoins apabila pemain mengumpulkan 100 mata. Mesej tersebut mengandung pautan pemendek URL Google yang akan menghalakan mangsa kepada laman web spam. Penipuan lebih kurang serupa menawarkan giveaway Pokecoins kepada pemain dengan syarat mereka kongsikan kepada 5 orang rakan, bertempat di laman web bernama pokemon.vifppoints.xxxx.

Sebuah laman web phishing yang dinamakan sebagai ‘Pokemon Generator’ dikatakan akan menarik perhatian pemain untuk memberikan maklumat kata nama pengguna beserta kata laluan supaya Pokecoins dapat ditambah ke dalam akaun mereka.

Laman penipuan Pokecoins

 

Contoh SMS Phishing
Pesanan khidmat masyarakat dari kami, mungkin anda adalah seorang yang ‘pakar’ kerana tidak mungkin akan tertipu dengan penipuan-penipuan seperti ini, tetapi kawan-kawan anda, adik-beradik, atok, opah, kucing, tak mungkinlah semuanya IT-geek seperti anda. Jadi jika anda dapat bantu mencegah daripada terjadinya penipuan seperti ini di kalangan orang yang anda kenali, silalah lakukannya.
Semoga semua pemain tidak tertipu dengan muslihat licik dari mereka yang hanya ingin menangguk di air akuarium yang jernih. Easy money, sapa tak mau maaa.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline