Utama Blog Laman 172

Bagaimana Remaja Ini Mendapatkan Akses Data 4G Tanpa Had Secara Percuma

0

Seorang remaja dari Amerika Syarikat, Jacob Ajit,  telah melepasi sekatan langganan rangkaian T-Mobile. Beliau telah menggunakan kad prabayar dan sebuah telefon pintar untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak untuk menggunakan rangkaian 4G T-Mobile tanpa langganan. Ternyata percubaan beliau telah membuahkan hasil apabila menemui kelemahan pada rangkaian tersebut.

Berikut adalah ‘jalan kerja’ beliau.

Pada mulanya, beliau hanya mendapati telefonnya masih mempunyai sambungan kepada rangkaian 4G, cuma ianya hanya akan menghalakan kepada portal yang meminta pengguna supaya menaik taraf pelan yang sedang digunakan.

Menurut Jacob, laman portal itu mempunyai pautan-pautan yang secara rawaknya jika diklik boleh memuat kandungan secara normal, seperti pelan data telah dilanggan. Kemudian, beliau mencuba pula jika terdapat mana-mana aplikasi yang masih boleh menggunakan rangkaian 4G.

Seperti yang dijangkakan, aplikasi Speedtest.net masih boleh menguji kelajuan internet dan memaparkan sehingga 20Mbps. Secara teorinya, aplikasi itu masih dapat menggunakan data, meskipun pelayan pada aplikasi Speedtest ditukar (kepada pelayan selain T-Mobile).

Jadi, disebabkan itu beliau menganggap bahawa pelayan Speedtest sudah pastinya berada dalam senarai putih bagi sekatan langganan. Oleh itu, Jacob ingin menguji bagaimana cara ia bekerja dengan menyambung kepada mitmproxy melalui komputer Mac beliau.

Beliau mendapati bahawa T-Mobile telah membenarkan laluan trafik melalui sebuah folder di bawah nama /speedtest. Jadi, melalui kaedah yang sama beliau memuat fail-fail lain dan hasilnya beliau telah pun dapat menggunakan rangkaian 4G T-Mobile secara percuma.

Namun, itu hanyalah fail-fail yang dimuat sendiri. Untuk mendapatkan akses bagi memuat dan muat turun seperti biasa, Jacob membuat satu tetapan proksi pada Heroku menggunakan Glype. Kemudian beliau terus mencubanya.

 

Profit! Sekarang beliau telah pun berjaya mendapatkan akses kepada rangkaian 4G tanpa membayar sebarang langganan untuk data! Jika anda berani, silalah cuba ‘salin’ jalan kerja beliau ini kepada mana-mana telco yang sedang anda gunakan. Manalah tahu, berjaya. Menarik bukan?

Sumber : Jacob Ajit

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kodi Versi 17 Krypton Beta 2 Dilepaskan

0

Kodi sedang berada dalam pembangunan pesat, dan kini mereka melepaskan versi terbaru iaitu 17 dengan kod nama ‘Krypton’ Beta 2. Seperti yang diketahui, Kodi versi 17 ini membawakan pembaharuan dengan tema yang tersedia iaitu Estuary dan Estouchy, yang mana kedua-duanya ditala mengikut kegunaan yang berbeza, iaitu Estuary khusus untuk pengguna desktop, dan Estouchy pula direka khas untuk pengguna skrin sesentuh.

Apa yang saya amat sukai dalam versi 17 ialah prestasinya telah meningkat berkali-kali ganda berbanding versi sebelumnya iaitu 16.1 ‘Jarvis’. Tak lupa juga paparan antaramukanya kini lebih mesra pengguna, lebih mudah difahami, dan juga memaparkan capaian lebih pantas.

Buat masa ini Super Repo sudah mula meletakkan tapaknya dalam Krypton, cuma ia masih belum dapat digunakan seperti Jarvis. Tak sabar rasanya hendak pasang pelbagai addon yang terkandung di dalam Super Repo.

Apapun, berikut adalah antara log perubahan bagi Kodi ‘Krypton’ Beta 2 ini.

Kodi 17 Krypton Beta 2 Changelogs:

• Any game controller was non function due to recent refactoring. This has now been fixed with the added bonus of deadzone settings for joypads.
• PVR section got a variety of fixed ranging from usability to possible crashing
• Fix possible issue if internet stream used a redirect
• Fix “could not connect to repository” popup
• No longer handle data migrations from pre-Kodi v14 versions.
• Add fallback path to Kodi settings if the skin you use hasn’t received an update yet
• Several fixes done to passthrough audio handling
• Fix possible crash on loading context menu add-ons
• Add Android Nougat new passthrough audio API which special thanks to Google developers for adding this.
• De-interlacing setting underwent some changes recently and some problems came to light.
• Skin and add-on updating doesn’t check for dependencies if they are not in a repository. From now on on any upgrade Kodi we will go through all available updates and install them before starting Kodi.
• Fix DPI unawareness on Windows where it would start in the zoomed in if it wasn’t set to 100% Thanks to Microsoft for giving us the correct way of solving it.

Untuk senarai penuh log, anda boleh lihat pada pautan INI. Mahap, abam copy paste je, malas pulak nak translate. Heheheh.

Pepijat/known bugs:

• No PVR add-ons packed on Android. Should hopefully get fixed in next update
• Some controllers problems if controllers get’s disconnected when Kodi is running

*Disebabkan PVR dalam versi ini tiada, maka saya sudah kembali menggunakan versi 16.1. Aih, apa boleh buat. Terpaksa bersabar hingga versi stabil untuk 17 Krypton ini dilepaskan sedikit masa lagi.

Untuk ulasan penuh mengenai lepasan versi 17 Krypton, anda boleh ke sumber : kodi.tv

Ni contoh Kodi 17, abam punya yang dah siap setup.

Ada sesiapa nak tutorial Kodi lagi?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi Boleh Memasang Aplikasi Secara Senyap Pada Peranti Anda

0

Antara sebab mengapa telefon pintar yang dibuat di China menjadi popular dan ‘bangkit’ dalam pasaran suatu masa dulu ialah selain menawarkan harga yang rendah, spesifikasi yang diberikan juga adalah agak tinggi setara dengan telefon pintar lain yang berjenama. Selain Lenovo, Meizu, Xiaomi juga adalah antara yang mempelopori pasaran dalam niche telefon pintar berharga rendah dengan spesifikasi tengah/tinggi.

Satu yang menjadi tanda tanya dikalangan pengguna termaju ialah aplikasi bloatware yang dipasang secara lalai dalam setiap peranti Xiaomi. Untuk mengetahui ‘peranan’ aplikasi tersebut, seorang pelajar Sains Komputer dari Netherland, Broenink, yang juga pemilik Xiaomi Mi4, melakukan siasatan terperinci bagi sebuah aplikasi yang bernama ‘AnalyticsCore.apk’ yang berjalan di balik tabir sistem operasi tanpa henti, dan tetap akan muncul semula meskipun ia telah dipadam oleh pengguna.

Bagaimanapun penemuan yang didapati oleh Broenink adalah mengejutkan, apabila beliau menyedari aplikasi itu telah menghantar maklumat pengguna kepada pelayan rasmi Xiaomi secara berkala.

Beliau juga mendapati bahawa aplikasi ‘Analytics’ itu dapat dipasang pada peranti Xiaomi tanpa memaklumkan kepada pengguna. Apa yang membimbangkan ini boleh dianggap sebagai satu kerentanan sekuriti, dan mana-mana penyerang boleh menggunakan kerentanan ini untuk memasang aplikasi malware pada peranti tanpa disedari oleh pengguna.

Ini adalah kerana tiada sebarang pengesahan dibuat oleh peranti untuk mengesahkan keaslian fail apk yang dimuat turun sekaligus membolehkan penyerang untuk mengeksploitasi ruang bagi meletakkan fail ‘AnalyticsCore.apk’ mereka sendiri.

Buat sementara waktu ini, jalan ‘penyelesaian’ yang boleh dibuat oleh pengguna ialah dengan menggunakan aplikasi firewall untuk menyekat sambungan kepada mana-mana domain yang berkait dengan pelayan Xiaomi.

Sumber : Thijs Broenink

P/s : Psssttt, kalau menurut jurucakap syarikat Xiaomi, aplikasi Analytics tersebut digunakan untuk mengumpul maklumat bagi meningkatkan mutu pengalaman pengguna bersama peranti, dan ianya tidak boleh dieksploitasi oleh penggodam kerana MIUI akan memeriksa apk itu terlebih dahulu. Abam kata? Abam kata cari telefon lain je lah. Screw you Xiaomi.

Rujukan : SecurityIntelligence

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Lelaki Ini Membuat Pejabat Maya Dengan Menggunakan Microsoft HoloLens

0

Sebelum ini anda telah diperkenalkan dengan Microsoft HoloLens. Hologram 3D pelbagai guna ini telah dipertontonkan oleh seorang individu melalui saluran YouTube – The Holo Herald di mana beliau menunjukkan demo pejabat maya yang dibuat olehnya menggunakan HoloLens dengan menyeluruh.

Apa yang menariknya, selain pejabat yang dimayakan, hampir kesemua aplikasi yang dibuka adalah dari Microsoft sendiri seperti Microsoft Edge, Windows Store, Groove Music dan aplikasi Photos (Windows 10). Amboi macam bodek baik punya, ahahah.

Anda boleh tonton demo yang telah beliau muat naik melalui video yang berikut.

Dah macam Iron Man punya pejabat kan? Heheh. Kalau HoloLens mula memasuki pasaran di Malaysia, sanggupkah anda melabur sehingga RM12k untuk membelinya?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Selepas KickassTorrents Dan Torrentz, Kini TorrentHound Pula Ditutup

0

Kita semua sudah sedia maklum bahawa dua laman carian terbesar torrent iaitu KickAss Torrents dan Torrentz.eu sudah pun ditutup. Kickass ditutup selepas pengasasnya ditangkap oleh pihak berkuasa, manakala Torrentz.eu pula mengambil langkah yang sama lebih kurang sebulan selepas itu.

Ini bererti sudah lengkap 3 laman carian torrent ditutup berturut-turut, bermula bulan Julai, Ogos, dan kini September. Ianya berlaku sebaik sahaja Artem Vaulin ditangkap, dan ini memberitahu bahawa keadaan yang berlaku bukan secara kebetulan sahaja.

Namun menurut pengasas TorrentHound melalui TorrentFreak, laman tersebut ditutup disebabkan oleh kurangnya trafik, kurang pendapatan, dan perlu membayar komitmen kepada bil-bil yang mendatang. Juga seringkali diburu oleh ejen-ejen anti-lanun, menyebabkan mereka mengambil langkah drastik itu.

Paparan skrin dari Wayback Machine

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ke Arah Matawang Digital : Apa Itu Bitcoin?

0



Apa itu Bitcoin?

Bitcoin adalah matawang digital , dicipta dan digunakan
secara maya. Tiada siapa mengawal nya.
Bitcoin tidak dicetak seperti MYR (Ringgit Malaysia) mahupun
USD. Ia dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada 31 Oktober 2008 . Bitcoin menggunakan
P2P cash system dan ia adalah sumber terbuka.
Bagaimana Bitcoin berfungsi ?
Seperti saya, menggunakan bitx iaitu dompet bitcoin / bank
bitcoin untuk menyimpan setiap bits yang kita beli mahupun jual.
Setiap bitcoin menggunakan alamat unik hash untuk setiap
transaksi , setiap transaksi adalah anonymous , tanpa nama , tanpa alamat ,
tanpa ip . ia adalah sangat sangat privasi dari segi undang-undang.
Setiap transaksi ada lejer yang disimpan di dalam blockchain
, disana merangkumi pelbagai alamat transaksi pengguna jual/beli , Cuma kita
tidak tahu siapa yang empunya alamat bitcoin tersebut.
Setiap transaksi tidak boleh dipindah milik semula, “Engkau
punya engkau punya , nak minta balik ?
Sorry la bro.” ia tidak sama menggunakan wang kertas atau perbankan secara
talian.
Selepas transaksi , alamat penerima akan berubah setiap
transaksi yang sah dan berjaya.
Apakah kesan jika Bitcoin ini digunakan secara menyeluruh? 
Kesannya kepada perbankan dan matawang kertas akan jatuh, yang kaya tiada apa-apa melainkan kertas sahaja. tetapi jika kita pakar I.T? Maka kita akan jadi kaya, penggodam menjadi kaya raya, transaksi tidak dapat dikesan, maka segala “value” tidak bermakna lagi.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Penipu Bersiri Ini Gagal Apabila Mangsa Menghubungi Ibunya Di Facebook

0

Seorang ‘penipu bersiri’ yang selalu mencari mangsanya di internet kali ini terpaksa berdepan dengan seorang ‘mangsa yang salah’, apabila mangsa tersebut adalah seorang penyelidik/penguji sekuriti yang juga merupakan pengajar sains komputer, iaitu Christian Haschek.

Haschek berhasrat hendak menjual kad hadiah Apple Store yang bernilai $500, dan percubaan beliau kali terakhir adalah di Reddit, sebelum dihubungi oleh pembeli berpotensi.

Disebabkan sudah mencuba berkali-kali untuk mengguna atau menjual kad tersebut namun tidak berjaya disebabkan beliau tinggal di luar Amerika Syarikat, maka beliau dengan segera bersetuju untuk menjualnya apabila ditawarkan dengan Bitcoin.

Still selling the $500 Apple giftcard? Is it apple store or Itunes? I can do $380 BTC for it. Pm me back with info.

Menyangkakan bahawa ‘bakal pembeli’ sukar untuk menipunya menerusi Bitcoin, maka Haschek bersetuju memberikan butiran maklumat kad yang dimilikinya meskipun belum ada apa-apa pembayaran dibuat.

Sebaik mendapatkan apa yang dia mahu, penipu berkenaan telah memadam akaun yang digunakan untuk menghubungi Haschek, sekaligus menyukarkan Haschek untuk menghubunginya kembali. Menyedari beliau tertipu, Haschek mula mencari maklumat, dan menemui akaun Facebook abang serta ibunya.

Haschek terus menulis mesej kepada mereka seperti berikut.

Salah orang kau ni dek nak scam. Heheh.
Selepas 10 minit menghubungi abang beliau, Haschek menerima mesej di Reddit dari seorang pengguna baru.

This is ungustly from before. I am sorry for what I did. I am young and stupid and always in a really bad place. I ama full time student and I have no job. I contacted Apple and got a giftcard back. I can. Give you your giftcard back I have a card for $477 and one of the existing card you gave me should have the remaining balance. Please leave me alone after this I won’t do anything like this anymore I am having panic of attacks just thinking about this.

 

I do not have the bitcoins if I did I would have sent it to you already. I have literally 0 money and as a full time college student I have no savings please I beg you to understand I have had a handful of anxiety attacks in the past few days over this issue and I am extremely scared. All I want is to leave me alone I know what I did was wrong please I beg you to forgive me

 

I will never do anything like this again. I have 6 classes and I am a full time student I can’t even go to work to pay you back. I would immediately pay I back if I could but I am broke and living on cheap fast-food. Please I beg you to forgive me and accept the card I returned I am very sorry I did this to you.

Akhirnya, penipu bersiri ini tumpas. Seorang budak muda berumur 22 tahun yang masih belajar, tetapi sudah pun cekap menipu orang di internet. Kesilapan-kesilapan yang beliau lakukan boleh menjadi pengajaran kepada kita, untuk lebih berhati-hati, dan bukan untuk menjadi penipu!

Saya cuba terjemahkan dari blog Christian Haschek (yang anda boleh baca langkah-langkah beliau mencari penipu atas talian itu secara lebih terperinci) sedikit ‘pengajaran’ yang diperoleh.

1. Tetapan privasi anda di Facebook hanya memberi ‘faedah’ kepada anda sekiranya ia selari dengan rakan-rakan anda.

2. Jangan gunakan semula kata nama pengguna yang sama di lain-lain laman web.

3. Gunakan perkhidmatan transaksi escrow seperti Transpact jika anda ingin berurusan dengan Bitcoin.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Google Mengumumkan ‘Project Zero Prize’ : Hadiah Lumayan Menanti Para Penguji Sekuriti

0

Ok la, berita ni lambat sikit abam tulis sebab semalam sibuk. Jangan hangpa mengamuk pulak macam mamat aritu, “Wei abam aku dah tau lama la berita ni”. Ya ya, dah tau duk situ diam-diam.
Ok kita kembali kepada tajuk artikel.

Disebabkan banyak kerentanan yang ‘berkualiti’ ditemui dalam pertandingan, Google melancarkan sebuah acara/pertandingan godam untuk mencari kelemahan dan kerentanan dalam sistem operasi Android yang dipanggil sebagai – The Project Zero Prize.

Matlamat pertandingan ini ialah bagi mencari kerentanan lain serta rantaian pepijat (bugs) yang mampu melancarkan serangan kawalan jauh pada beberapa peranti Android hanya menggunakan nombor telefon serta alamat e-mel.

Hadiah dari pertandingan ini adalah seperti berikut:

1. $200,000 USD, akan dihadiahkan kepada pemenang dari kemasukan kemenangan pertama.

2. $100,000 USD, akan dihadiahkan kepada pemenang dari kemasukan kemenangan kedua.

3. Sekurang-kurangnya $50,000 USD akan dihadiahkan dari kemasukan kemenangan tambahan.

Setiap peserta diminta untuk menghantar mana-mana kerentanan yang ditemui terus ke Android issue tracker. Pertandingan ini berlangsung selama 6 bulan, dan setiap kerentanan boleh digunakan sebagai sebahagian dari penyerahan kerentanan yang dijumpai, sepanjang tempoh 6 bulan tersebut.

> Project Zero

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

5 Pelawak Komedi Berdiri Terbaik Di Netflix

0

Memang terdapat banyak kategori video yang boleh ditonton di Netflix. Salah satunya ialah ‘Stand Up Comedy’. Sebaik ‘berkenalan’ dengan kategori ini, hidup jadi ceria, banyak tawa-tawa kecil yang terkeluar tanpa dapat ditahan.

Jadi berikut saya senaraikan 5 orang pelawak komedi berdiri atau stand up comedian yang betul-betul dapat membuat anda ketawa dengan idea-idea lawak yang bijak.

1. Gabriel Iglesias

Saya mula menonton rancangan yang menampilkan Gabriel Iglesias a.k.a Fluffy sejak beliau menuturkan komedi dalam ‘Unity Through Laughter’. Pada saya lawak-lawak beliau adalah sangat kreatif, kerana selain berutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat/pelat Mexican yang lucu, beliau menggunakan ‘bunyi-bunyi’ tertentu yang diajuk dengan baik. Lawak-lawak Gabriel adalah berkisarkan apa yang beliau lalui semasa jelajahnya dan sewaktu beliau bersama dengan isteri dan anak tiri beliau. Beliau sememangnya pelawak kegemaran saya!

2. Jim Gaffigan

Jim Gaffigan selalu menggunakan memek muka berserta suaranya yang sengaja diubah menjadi pelbagai agar kena dengan situasi yang cuba digambarkan. Apa yang saya minat ialah beliau tidak perlu menggunakan terlalu banyak kata-kata carutan atau lucah untuk membuat lawak. Lawak beliau kebanyakannya adalah ‘bersih’ dan beliau suka bercerita mengenai makanan.

3. Anjelah Johnson

Wehhh serius lawak minah ni. Hahahah.
Persembahan pertama Anjelah Johnson yang saya tonton adalah dari YouTube, di mana beliau bercerita tentang pengalaman beliau dalam sebuah kedai ‘repair kuku’ (Pedicure) membuatkan saya menjadi peminat secara spontan. Kalau anda teringin hendak tahu bagaimana seorang perempuan boleh buat lawak terutamanya secara komedi berdiri, maka Anjelah Johnson adalah orangnya yang patut anda ikuti.
4. Marc Maron
Lawak-lawak beliau adalah dari jenis ‘straight-to-the-point’ dan mula dengan sebuah cerita. Ia berkembang dari cerita kepada klimaks dan seterusnya punchline. Tak banyak video beliau dalam Netflix, tetapi anda boleh juga cari di YouTube. Lawak beliau mungkin adakalanya sedikit ‘lambat’ kerana cerita yang panjang, tetapi apabila keluar sahaja satu punchline, yang lain akan menyusul.
5. Chris Tucker
Siapa yang tidak kenal dengan beliau? Popular menerusi filem-filemnya bersama Jackie Chan, dalam Rush Hour Trilogy, beliau memang terkenal dengan komedi sama ada yang disengajakan dalam filem ataupun tidak. Tetapi agak tidak sangka juga beliau mampu berlawak sebagai stand up comedian dengan baik sekali. Meskipun apabila berlawak dengan cara tersebut ia tidak begitu ‘natural’ seperti yang kita lihat dalam filem, tetapi perceritaan beliau tentang kehidupan dan pengalaman beliau di serata tempat dalam dunia amat berkesan sekali.
Harapnya lepas ni ada filem Rush Hour 4 dengan Chris Tucker kembali berjenaka bersama Jackie.
Baiklah. Di atas adalah senarai pelawak komedi berdiri kegemaran saya. Anda pula?

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Streamza : Strim Torrent Tanpa Klien, Tanpa Muat Turun, Tanpa Cintamu Aku Hampa.. Ehh Itu Lagu.

1

Tatkala kebosanan melanda, tatkala Netflix dah ‘takde cerita apa’ (pada hal berlambak aje), dan ketika Kodi pun dah tinggal ‘main-main klik’ aje, waktu itulah macam-macam idea dicari untuk hiburkan diri.

Ketika menyemak e-mel, terperasan pula ada banyak yang masuk dalam folder spam. Apabila dibuka, rupanya ada tersangkut promosi dari laman Streamza, menawarkan percubaan selama 2 minggu secara percuma. Pucuk dicita, ulam mendatang, bagai orang mengantuk disorongkan botol susu, dengan pantas ia dicuba. Ternyata pilihan tidak silap, meskipun konsep ini bukanlah baru.

Atas dasar niat ingin tahu apa yang menarik, maka laman Streamza pun dibuka, akaun lama digunakan semula, dan, puff! Beginilah paparannya.

Streamza mengambil konsep penstriman torrent melalui storan awan, tanpa perlu memuat turun terlebih dahulu kandungan tersebut. Ala ZbigZ, tetapi ditambah fungsi strim video secara terus. Ia juga menyokong pautan magnet (ahhh I love this), dengan hanya menyalin pautan dan masukkan pada ruang bar carian, ia akan segera memasukkan torrent yang diingini ke dalam senarai muat turun.

Sempoy beb..

Apa yang bertambah menarik ialah, laman ini juga akan secara automatik memainkan video beserta sarikata sekiranya ada.

Siap subtitle baq hanggg..

Kalau filem/video tersebut tiada sarikata, maka, tiadalah. Hahahah. Contohnya macam paparan skrin bawah ni, abam sedang layan filem ‘The Neighbor (2016)’. Bengang betul tengok filem ni. Otak pengarah dia memang sadistik. -_-

Selain itu, jika rakan anda mempunyai akaun Streamza, ada butang ‘Share’ kalau anda mahu berkongsi torrent yang anda suka.

Eheheh, cerita banyak tak guna. Sekarang ada promo, untuk 2 minggu akaun premium mereka lepaskan secara percuma. Kalau suka boleh cuba puas-puas dulu. Bila dah puas tapi malas nak bayar, kasik ‘kensel’ la.

Rasanya sekarang ni promo yang abam dapat ialah 4.99USD atau lebih kurang 20MYR+. Saja bagi korang figure bayaran bulanan dia, supaya korang rajinkan diri cuba juga sementara sedang promosi ni. Ok tata, chow-seen-chee aaa!

> Streamza

Views: 4

Iklan Newspaper Inline