Utama Blog Laman 163

OnePlus 3/3T Menerima Kemaskini OxygenOS Beta 12, 7.1.1 Nougat!

0
Kredit gambar droid-life 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berjumpa lagi kita kali ini dalam artikel mengenai produk OnePlus
OnePlus telah mengeluarkan kemaskini bagi kedua-dua peranti jahat mereka, iaitu OnePlus 3 dan 3T dan kemaskini tersebut ialah OxygenOS Beta 12 yang mengandungi 7.1.1 Nougat!
Ada apa dalam Beta 12 ni? Berbaloikah berhijrah dari Custom ROM kepada Stock ROM?

Untuk maklumat anda semua, ini changelog bagi OxygenOS Beta 12 :

  • Upgraded to Android 7.1.1
  • New Shot on OnePlus wallpaper option
  • Gallery Improvements
  • New photo editor with watermark and photo straightening options
  • Newly added media will be highlighted in Photos section
  • Image location will be displayed on grid view
  • Media can be grouped by month and year
  • Folders and individual media can be hidden
  • General bug fixes

Bawah ni pulak screenshot About Phone :

Kemaskini Beta 12 ini juga mempunya patch keselamatan terkini, iaitu 1 March dan anda mungkin mengalami kejutan sedikit kerana build ini smooth serta ciri-ciri Gallery baru 🙂
Bawah ni pulak sedikit video rakaman skrin pada OnePlus 3 yang telah memakai OxygenOS Beta 12

Untuk muat-turun kemaskini ini, sila klik laman sesawang di bawah :

Cara pemasangan dia pula

  1. Jika anda sudah unlock bootloader, boleh teruskan dan jika belum, kena unlock bootloader dulu tau, kemudian pasang TWRP. Boleh nak pakai stock recovery, leceh adb sideload hahaha
  2. Letak ROM, SuperSU, dan TWRP dalam internal storage anda.
  3. Masuk Wipe>Advanced Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan USB-OTG.
  4. Masuk Install>Flash ROM, kemudian Back, Flash SuperSU dan tekan Flash Image untuk flash recovery (ambil recovery tau, kalau pilih lain tak hidup la hahaha)
  5. Siap semua Reboot to System (jika naik no OS Installed tu abaikan, tiada masalah)
Diingatkan lakukan clean install (boleh saja dirty flash tapi saya lebih suka clean jika versi Android berbeza). TWRP akan hilang setelah anda flash ROM, bagi tiada PC sila flash sekali lagi TWRP sebelum serta selepas flash SuperSU.
Sila tunggu 2 kali full-cycle charging untuk menguji ketahanan bateri ye 🙂
Ini pros dan cons mengenai kemaskini OxygenOS Beta 12, 7.1.1 Nougat (pendapat saya la)
Pros
  • Versi kali ini smooth dari kemaskini sebelumnya
  • Gallery mempunya ciri-ciri baru dan penambahbaikan yang baik.
  • Patch keselamatan yang terkini, 1 March
  • Ada ralat sebelum ini dah baiki
  • DPI normal dah kecil, nampak cantik
  • Google VR ada, tak pasti boleh guna atau tidak Daydream tu.
Cons
  • AM/PM takda, lupa letak ka hahaha
  • DPI macam pelik, beza dengan Beta 11
  • Walaupun 7.1.1, tiada app shortcut dan Google Assistant seperti Google Pixel.
Oh ya, bagi peminat setia Custom Kernel, kernel ElementalX serta AKT Profile tidak dapat berfungsi dengan baik pada kemaskini ini, mungkin perlukan kemaskini kod. Jika anda pasang, anda akan mengalami masalah kamera berhenti berfungsi hohoho. Tunggu developer kemaskini lah 🙂
Itu sahaja ulasan saya mengenai artikel ini dan saya pun baru pasang 8.30PM pada 1 March lalu hahaha. Sebelum ini saya pasang HydrogenOS Beta 9 yang mana awal lagi keluar dari OxygenOS Beta 12 dan ciri-ciri serta suasana ROM tersebut sama (ye la dua-dua dah bergabung, meletup kepompompommmm).
HydrogenOS Beta 9 sama macam OxygenOS Beta 12, smooth dan sedap tapi ada masalah Contact Sync, anda kena import contact .vcf card kalau nak guna hihihi serta Google Play Store boleh download pada aplikasi Market, cuma Google Play Services tidak boleh nak tetapkan sebarang tetapan permissions. -_-
Selamat memasang kemaskini ini pada peranti OnePlus 3/3T anda 🙂
Jika ada sebarang pertanyaan atau nak kongsi ilmu serta pengalaman, sila komen kat bawah tu ye 🙂
Terima kasih kerana sudi membaca, ja ne ^_^

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Google Mengumumkan YouTube TV Yang Bakal Bersaing Dengan TV Kabel

0

Terbaru, Google telah mengumumkan sebuah berita ekstravaganza yang mana mereka mahu menyediakan sebuah khidmat televisyen berinternet yang dinamakan sebagai YouTube TV.

Dengan yuran langganan setiap bulan sebanyak $35 (lebih kurang RM155 lah kot kan?), pengguna akan dapat menikmati pelbagai saluran dan siaran yang amatlah banyak.

Langganan ini termasuklah YouTube Red Originals, DVR awan, dan saluran seperti ABC, CBS, Fox, NBC, ESPN serta pelbagai lagi saluran yang mampu memuaskan hati seorang pesara kerajaan.

Jika anda berhasrat untuk mendaftar bagi mendapat berita terawal bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia, anda boleh berbuat demikian di tv.youtube.com.

Sumber: YouTube Official Blog

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pasang Wallpaper Beranimasi Zombie Di Desktop Anda

0

Disebabkan ramai pula yang request nak pasang animated wallpaper seperti video di bawah ini, maka abam pun dengan senang hari tuliskan caranya. Mudah sahaja, hanya beberapa klik sudah boleh dapat lihat zombie cuba menerobos ke dalam ruang kerja anda.

Apa yang anda perlukan ialah:

1. Wallpaper Engine atau muat turun di SINI.

2. Zombie HD Video atau muat turun di SINI.

Caranya:

1. Muat turun kedua-dua fail di atas. Kemudian, ekstrak fail Wallpaper Engine ke dalam satu folder.

2. Letakkan pula fail video tersebut ke dalam folder lain atau folder yang sama, asalkan tidak terdapat kebarangkalian anda terpadam video itu.

3. Seterusnya, mengikut sistem operasi masing-masing, jalankan fail pelancar.

wallpaper32 untuk 32-bit, dan wallpaper64 untuk 64-bit.

4. Klik Open from File – pilih fail video zombie itu tadi, dan klik OK. Ubah tetapan mengikut kesesuaian prestasi desktop masing-masing.

5. Siap! Desktop anda sudah bersedia untuk menakutkan orang. Heheheh.

NOTA KAKI: Kalau ada fail .dll yang ‘hilang’ atau error berkaitan fail tersebut, anda cari sahaja pada encik Google. Mungkin ada sesuatu yang perlu dipasang. *Lupa nak sebut perkara ni.

Jangan lupa tekan butang share di bawah ini ya. Ia amat membantu blog ini. Terima kasih daun keladi, dah download jangan lupa diri. Heheheh.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Mi Powerbank 2: Murah Dan Berkualiti?

0

Pihak Xiaomi terkenal dengan produk-produknya yang murah dan berkualiti. Kali ini Xiaomi membawakan Mi Powerbank 2 yang berkapasiti 10000mAh. Mi Powerbank 2 membawa reka bentuk yang lebih slim dan sleek.


Mi Powerbank 2 10000mAh kini lebih tipis berbanding Mi Powerbank sebelum ini. Kapasiti masih lagi sama tetapi hanya saiz sahaja yang diubah. Didatangi dengan 2 warna iaitu Silver dan Black. Harga pula dalam lingkungan RM65 hingga RM80. Mi Powerbank 2 juga mirip seperti Mi Powerbank Pro 10000mAh.
Gambar Dari Miui Forum
Jadi kepada anda yang masih tercari-cari Powerbank? Ini mungkin menjadi milik anda.
Case biru ini dijual berasingan

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

NASA Temui 7 Planet Bersaiz Bumi Hanya 40 Tahun Cahaya

0
Sumber gambar dari NASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai penemuan NASA.
Apa itu NASA? Penemuan apa?
Itu saya akan terangkan di bawah, sabar yop sabaq. hahaha

Semasa sidang akhbar di Washington DC pada Rabu lalu, NASA mendedahkan bahawa dengan menggunakan Spitzer Space Telescope tersebut, mereka telah menemui tujuh planet bersaiz Bumi baru yang mengorbit bintang yang hanya 40 tahun cahaya dari kita!
Malah, tiga daripada tujuh tersebut wujud di dalam zon “Goldilocks” yang boleh didiami oleh kehidupan.

Oh ya terlupa NASA ini ialah sebuah agensi bebas daripada cawangan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab terhadap program angkasa awam serta aeronautik dan penyelidikan aeroangkasa. Nama penuh bagi NASA ialah National Aeronautics and Space Administration
Malaysia juga ada seperti ini iaitu ANGKASA 🙂

Ini merupakan pertama kalinya ahli-ahli astromoni menemui satu lagi sistem solar yang dengan tujuh planet kira-kira saiz yang sama dengan bumi (Tiba-tiba saya terfikir cerita anime Dragon Ball Super hehehe). NASA mengatakan bahawa dengan keadaan atmosfera yang betul, semua ketujuh-tujuh planet tersebut boleh mengandungi air (tiga daripadanya mempunyai peluang yang tinggi) dan harus melanjutkan pemerhatian untuk mencari oksigen, metana, ozon dan karbon dioksida dalam atmosfera mereka serta “ia akan memberitahu kita bahawa ada kehidupan di sana dengan 99 peratus keyakinan“, kata Micheal Gillon, penulis utama daripada kertas dan penyiasat utama kajian TRAPPIST exoplanet berkata pada majlis tersebut.

Penemuan ini boleh menjadi sebahagian penting dalam teka-teki untuk mencari persekitaran yang boleh didiami, tempat-tempat yang kondusif untuk kehidupan“, kata Thomas Zurbuchen, pentadbir bersekutu agensi Science Mission Directorate, semasa sidang akhbar itu.

gambar yang di ambil dari laman sesawang engadget

Penemuan terbaru kumpulan Trappist-1 ini terletak pada sistem Aquarius yang hanya kira-kira 235 trilion batu dari kita. Kesemua tujuh-tujuh planet dianggap sebagai planet terestrial seperti kita, dan bukannya gas gergasi seperti Musytari atau kerdil berais seperti Ceres.
Planet ini mengelilingi bintang tuan rumah mereka, yang kecil dan malap sedikit daripada Matahari yang dalam orbit yang lebih dekat dengan matahari mereka, kalau planet kita Utarid. Planet-planet terdalam melengkapkan orbit mereka hanya dalam 1.5 dan 2.4 hari, masing-masing dengan planet-6 membuat perjalanan setiap 12 hari. Planet paling luar belum muktamad diperhatikan lagi tetapi dianggap sebagai mempunyai orbit kira-kira 20 hari. 

Orbit mereka ni begitu dekat dengan satu sama lain (tak belaga ka dekat-dekat ni), hanya beberapa kali jarak di antara Bumi dan Bulan, kiranya kita dapat lihat ciri-ciri geologi jiran kita. Nasib baik bintang Trappist ni agak lemah, jarak planet dekat, tapi masih ada peluang yang sangat baik bahawa cecair air boleh wujud pada permukaan mereka.

Ilustrasi sistem TRAPPIST-1, gambar dari laman sesawang engadget

Sistem TRAPPIST-1 ini menyediakan salah satu peluang terbaik pada dekad akan datang untuk mengkaji atmosfera sekitar planet bersaiz Bumi“, kata Nikole Lewis, Co-leader kajian Hubble dan ahli astronomi di Space Telescope Science Institute.

Sistem Trappist ini dinamakan selepas Transiting Planets and Planetesimals Small Telescope (TRAPPIST) di Chile, yang asalnya menemui tiga planet dan mengumumkan penemuan mereka pada bulan Mei lalu serta dengan bantuan teleskop lain yang berasaskan tanah seperti European Southern Observatory’s Very Large Telescope, dan NASA’s Spitzer mengesahkan kewujudan dua daripadanya kemudian mendapati ada lagi lima planet maka cukup ketujuh-tujuh planet tersebut. (Adakah 7 planet ini merupakan Mutiara Naga untuk menyeru Sharon? Ehh termasuk cerita Dragon Ball hahaha)

Jika anda ada VR, boleh pakai VR tu dan play video ni hahaha

Berita baik ini datang pada masa yang menarik dalam mencari planet di luar sistem solar kita. Sejak permulaan hanya pada tahun ini, penyelidik telah mendapati kehadiran air di planet yang hanya 50 tahun cahaya, Keck Observatory’s exoplanet imager telah datang dalam talian dan pasukan penyelidik dari satu ringkasan universiti telah mengeluarkan satu harta data pemerhatian daripada Keck’s HiRES imager selama lebih dua dekad.

Ini merupakan baru permulaan dan minggu lepas, NASA melancarkan usaha crowdsourcing membolehkan saintis orang awam untuk membantu pencarian exoplanets juga. Anda boleh mengikuti bersama-sama dengan sidang akhbar itu secara siaran langsung di NASA TV sekarang. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pengumuman hari ini, pasukan NASA akan mengadakan AMA pada Reddit di 3PM ET hari ini.

Apa pendapat anda? Boleh komen di bawah untuk pertanyaan dan perkongsian pendapat 🙂

Sumber, engadget

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

BitChute Adalah ‘YouTube’ Versi Dikuatkuasakan Dengan BitTorrent

0

Kalau ada satu ciri pada YouTube yang ‘memaksa’ para vlogger untuk muat naik pada platform tersebut adalah jumlah/bilangan penonton/penggunanya yang memang luar biasa ramai.

Namun jika ada satu pula ciri tidak menarik yang menjadi bisa kepada vlogger ialah sekatan dan pelbagai peraturan yang menyukarkan.

Kini terdapat satu alternatif menarik yang mampu menjangkau perhatian dunia kepadanya, iaitu BitChute.

BitChute ialah sebuah platform untuk memuat naik video karya sendiri yang dikuasakan oleh teknologi BitTorrent, dengan misi untuk memulangkan semula kebebasan berkarya kepada pengguna.

Apa yang menarik tentang sistem ini ialah ia tidak menggunakan pelayan pusat, sebaliknya setiap pengguna yang memuat naik dan memainkan video pada laman itu adalah bertindak sebagai hos kepada video yang ditonton oleh mereka.

Ini menjadikan laman BitChute kurang dari segi kos menyediakan pelayan pusat yang sememangnya memerlukan dana yang tinggi, tambahan lagi apabila ingin menyediakan kepada pengguna bandwith yang sangat banyak.

Jika anda membuka mana-mana video, pemainnya secara lalai (default) akan mencari peers yang ada untuk video tersebut, menjadikan terdapat sedikit ‘pause’ ketika permulaannya. Ini adalah penting untuk memastikan kelancaran video.

Setakat ini, meskipun BitChute masih dalam pembangunan, kelancarannya boleh dipuji dan ia telah mendapat perhatian Feross Aboukhadijeh, individu yang bertanggungjawab mencipta WebTorrent.

Anda boleh hala ke BitChute di pautan ini: BitChute

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

EaseUS Partition Recovery, Penyelamat Anda

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai EaseUS.
EaseUS merupakan produk yang sangat2 membantu tika kita mengalami masalah.
Produk-produk EaseUS ialah (terdapat versi percuma dan versi percubaan) :

Data Recovery

  • Data Recovery Wizard (Win/Mac)
  • Email Recovery Wizard (Win)
Partition Manager
  • Partition Master (Win)
Backup Software
  • Todo Backup Home/Workstation/Server/Advanced Server (Win)
  • Backup Center (Win)
  • Deploy Manager (Win)
  • Todo Backup Image Explorer (Win 10 dan XP/Vista)
Utilities
  • Todo PCTrans(Win)
  • System GoBack (Win)
  • Disk Copy Home (Win)
  • EverySync (Win)
  • CleanGenius (Mac)

Untuk artikel kali ini, saya fokuskan kepada Partition Recovery dan kami dari OMG! Hackers? ingin mengucapkan tahniah kerana sudah mencapai 12 Tahun dalam industri 🙂
Jangan bimbang kerana perisian ini 100% bersih dan selamat untuk dipasang
Partition Recovery terdapat tiga versi iaitu Untuk Business, Service Provider dan Home serta Home Office.

Business (memudahkan perniagaan anda bersama pengurusan cakera EaseUS dan mengambil potensi penuh kapasiti cakera keras anda).

  • Professional
  • Server
  • Unlimited 

Service Provider (membantu pentadbiran sistem dan pro IT untuk menguruskan ruang cakera keras untuk perkhidmatan teknikal kepada pelanggan).

  • Technician
Home serta Home Office (menjalankan pelan partition peribadi yang teratur pada pemacu keras anda untuk menggunakan sepenuhnya ruang cakera).
  • Free
  • Professional
Potensi penuh EaseUS Partition Master 

Create, delete, resize dan merge partition

  • Perisian percuma partition untuk mengoptimumkan keupayaan cakera keras melalui aliran operasi seperti creating, deleting, resizing dan merging.
Disk Copy dan Partition Recovery
  • Klon disk/volume dalam mod file-by-file untuk perlindungan data atau naik taraf cakera serta memulihkan partition yang hilang pada ruang yang tidak diperuntukkan dengan selamat
Migrate OS to SSD/HHD
  • Panjangkan ruang simpanan untuk memasang baru OS dan menggunakan sepenuhnya bahagian SSD/HDD untuk pretasi PC yang lebih baik dengan keselamatan data terjamin.
Support up to 16TB hard disk
  • Menawarkan sokongan yang kukuh untuk kapasiti cakera keras yang besar kerana menjadi keperluan dalam era digital
Malah produk ini juga dipercayai oleh jutaan ‘World Leading Client, antaranya ialah :
  • Boeing
  • Epson
  • FedEx
  • Hewlett-Packard (HP)
  • IBM
  • McAfee (dikenali sebagai Intel Security McAfee)
  • Microsoft
  • Mitsubishi Heavy Industries, Ltd.
  • Macys
  • Nasa
  • Richemont
  • Samsung
  • Yamaha
Ini pula perbezaan antara versi-versi Partition Recovery yang ada (harga tertera di atas, belum ditukarkan kepada matawang Ringgit dan GST).
ini bagi Business
ini bagi Home dan Home Office
Ini pula untuk Service

Kini terdapat promosi, iaitu potongan harga 40%, tunggu apa lagi!

Bagi contoh perisian tersebut, seperti screenshot di bawah:

lihatlah, pelbagai fungsi yang ada hanya dalam satu perisian, mudahkan?

Ini pula pros dan cons perisian ini :


Pros

  • Pada versi percubaan sahaja pun terbaik, apatah lagi versi berbayar.
  • Memindahkan OS pada SSD serta HDD yang baru sangat mudah serta perisian ini mesra SSD
  • Mengantikan kerja penyelenggara lebih baik daripada perisian asal Windows
  • Mudah untuk diguna serta mesra pengguna
Cons
  • Terdapat iklan pop-up atau slide-in agak menganggu kita nak guna perisian ini tapi jika berbayar tiada la iklan tersebut hehehe
  • Ada masalah yang perisian ini dapat tolong dan ada yang tidak dapat tolong. Biasa la tiap2 perisian ada had masing2.
Pros dan Cons ini dapat diperbaiki dari masa ke semasa 🙂
Itu sahaja penjelasan saya bagi perisian Partition Recovery dari EaseUS.
Jika anda tidak mampu untuk membeli versi berbayar, versi percuma pun terbaik cuma jika ingin mendapat ciri-ciri tambahan kena la beli versi berbayar ye 🙂
Kadang-kadang, perisian pihak ke-3 lagi bagus daripada perisian asal (pihak ke-3 mempunyai pelbagai fungsi yang menarik dan mudah untuk kita guna)
Jika ada sebarang pertanyaan dan soalan, kemukakan komen di bawah.
Terima kasih kepada pihak EaseUS kerana memberi kepercayaan pada kami untuk mengulas product mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, sila layari laman sesawang ini EaseUS Partition Recovery.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Pasang Aplikasi YouTube Yang Bebas Iklan

0

Umum sedia mengetahui bahawa aplikasi YouTube untuk Android versi terbaru mempunyai iklan yang tidak boleh dilangkau (unskippable ads). Memang menyakitkan hati melihat iklan-iklan itu ‘bertebaran’ merata-rata melainkan kita melanggan YouTube Red, yang malangnya pula tidak terdapat untuk rakyat Malaysia buat masa ini.

Oleh itu satu workaround adalah perlu bagi menjamin kesejahteraan hidup yang bebas iklan melampau, agar nenek sebelah rumah tidak lagi meracau-racau, dan kucing yang selalu lalu-lalang di belakang rumah juga tidak mengacau. Heh.

Apa yang anda perlukan:

1. Peranti dah siap root, serta dah semestinya mempunyai custom recovery seperti TWRP.
2. Aplikasi YouTube yang telah ditampal (patched). Muat turun ia di sini: YouTube AdAway
3. Fail pemasang. Muat turun di sini: youtube-installer
4. Otak yang tuntas dan pantas berfikir.
5. Wajah persis Fattah Amin. Boleh jual buku weh kalau pandai menulis macam abam.

Kaedahnya:

1. Muat turun fail YouTube AdAway tersebut. Sila tempatkan dalam folder ‘Download’ pada kad storan luaran anda. Kalau anda kurang yakin, buh je lah pada folder Download dalam storan dalaman sekali. Heheh.

2. Sila reboot ke recovery. Kalau anda malas sangat nak guna gabungan kekunci untuk melakukannya, anda boleh guna aplikasi Simple Reboot oleh Francisco Franco ini.

3. Kemudian, sila cari fail pemasang yang telah anda muat turun itu. Buh la dekat tempat yang senang nak cari. Dalam storan dalam (internal storage) pun tiada masalah, storan luaran (sdcard) pun boleh juga.

4. Flash fail pemasang tersebut.

5. Reboot.

Selesai. Untuk peringatan, sila nyahaktifkan auto update pada aplikasi Google Play Store, serta jangan kemas kini versi aplikasi YouTube untuk mengelakkan daripada anda dapat melihat iklan semula.

*Kalau mau update juga rasanya kena guna Xposed Framework untuk pasang module YouTube AdAway. Tak pasti sama ada masih berkesan atau tidak. Anda boleh cuba sendiri.

Sumber: [APP] Patched ad-free YouTube APKs

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Redmi Note 4X Diumumkan Di China

0

Pihak Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 4X di pasaran cina. Redmi Note 4X juga menggunakan Spesifikasi yang sama seperti Redmi Note 4 (versi india) . Didatangi dengan 5 warna berbeza iaitu Gold, Green, Grey,Pink dan Black. 

Redmi Note 4X berspesifikasikan – skrin bersaiz 5.5 inci, Bateri sebesar 4100mAh dan pemproses Snapdragon 625 yang lebih efisen. Saiz storan dan RAM pula sama ada 32/2 atau 32/3 atau 64/4. 
Versi Hatsune Miku pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma berbeza storan 64GB dan RAM pula 4GB.
Anda akan memperoleh kod unik untuk peranti anda

Versi Hatsune Miku dijangka akan dijual pada 14 Februari di China. Pihak Xiaomi masih lagi tidak mengumumkan harga peranti tersebut.
Jadi apa pendapat anda tentang Xiaomi Redmi Note 4X ini?
Kredit gambar Xiaomi Forum
Sumber Xiaomi China

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Adakah Bos Saya Atau Unit ICT Sedang Memantau Penggunaan Internet Saya?

0

Jika anda sedang menggunakan rangkaian internet syarikat yang sedang anda bekerja dengannya, terdapat kebarangkalian bahawa penggunaan internet anda sedang dipantau oleh majikan. Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa, malah terdapat panduan dalam talian untuk melakukannya.

Apakah Yang Dapat Dilihat Oleh Majikan Saya?

Secara bahasa mudahnya, segala-gala yang anda lakukan di komputer anda, dapat dilihat dan dipantau oleh mereka.

Dari pelayaran laman web, emel yang dihantar, hinggalah kepada umpatan-umpatan terhadap bos anda sesama rakan kerja di ruangan chat, semuanya boleh dilihat.

Bagaimana Cara Saya Dipantau?

Biasanya terdapat dua cara iaitu:

1. Perisian pada komputer anda.

Perisian yang terpasang pada komputer (syarikat) anda membolehkan majikan anda untuk melihat apa yang terpapar pada skrin komputer atau apa yang tersimpan pada cakera keras. Terdapat beberapa program/perisian yang dapat digunakan untuk menjejak aktiviti anda dan menghantar laporan berbentuk log kepada majikan dan bahagian IT di tempat anda itu. Log tersebut dapat menunjukkan perincian dari pelayaran laman web yang telah anda buat, hinggalah kepada masa yang anda gunakan untuk satu-satu perisian dalam komputer.

2. Pantauan melalui rangkaian korporat.

Kaedah ini juga boleh dilakukan untuk memantau emel, laman web, dan fail-fail, namun ianya sedikit sukar untuk dikesan kerana ia dibuat melalui rangkaian korporat syarikat. Meskipun anda menggunakan komputer syarikat di luar pejabat, perisian pemantau rangkaian (atau packet sniffer) yang telah dipasang oleh administrator rangkaian untuk membuat pembaikan kepada masalah rangkaian – masih dapat digunakan sebagai satu bentuk spyware selagi anda terhubung dengan rangkaian syarikat.

Mengapakah Syarikat Memantau Pekerjanya?

Adalah mustahil bagi majikan memantau para pekerjanya 24 jam, kerana ia adalah sesuatu yang sia-sia dan membuang masa.

Majikan biasanya memilih untuk memantau pekerjanya untuk sesuatu sebab tertentu. Contohnya syarikat tersebut berkemungkinan berurusan dengan informasi sensitif dan ingin mencegah dari berlakunya kemungkinan bocornya maklumat tersebut. Boleh jadi juga syarikat tersebut ingin mencegah pekerja dari membuat sebarang aktiviti yang boleh mengundang malware lalu mengancam keseluruhan infrastruktur rangkaian.

Adakah Majikan Saya Dibenarkan Membuat Semua Perkara Ini?

Ya dan Tidak.

Di Amerika Syarikat, Electronic Communications Privacy Act of 1986 (ECPA) menyatakan bahawa adalah bertentangan dengan undang-undang untuk memintas sebarang alat komunikasi elektronik seperti telefon, emel, atau komputer. Walaibagaimanapun, atas pengecualian oleh akta ini, disebabkan majikan anda mempunyai hak milikan ke atas semua peralatan, mereka secara asasnya adalah bebas untuk mengakses peralatan tersebut mengikut kemahuan mereka.

Pengecualian dalam klausa undang-undang tersebut menyatakan, bahawa atas sebab majikan memiliki kesemua sistem, maka mereka dibenarkan untuk mengakses emel, sistem mesej telefon, dan mesej segera.

Satu lagi pengecualian ialah majikan boleh memantau pekerjanya menggunakan sistem untuk ‘keperluan bisnes yang sah’, mendedahkan ia kepada penyalahgunaan (fungsi/kuasa).

Di Malaysia, tidak banyak undang-undang yang berkaitan dengan hak peribadi di tempat kerja. Paling ‘hampir’ ialah kita mempunyai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) yang memberi tumpuan kepada pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, tetapi mungkin kurang berkaitan dengan hak privasi.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

1. Sesetengah syarikat membenarkan polisi Bring Your Own Device (BYOD). Ini adalah jalan penyelesaian atau solusi yang baik untuk menangani perisian pemantau yang mungkin dipasang pada peranti syarikat.

2. GUnakan wireless tethering pada peranti yang anda miliki sendiri (telefon pintar/tablet).

3. Nyahsambung dari rangkaian syarikat ketika tidak menggunakannya.

4. Gunakan servis VPN seperti BolehVPN, proksi, SSH Tunneling, atau apa sahaja solusi yang ada untuk anonimity.

5. Gunakan akal anda untuk mengasingkan dan memisahkan antara kehidupan peribadi dan kerja jika anda mengambil berat mengenai hal privasi.

Artikel ini adalah adaptasi/terjemahan dari: Is My Boss Monitoring My Internet Usage?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline