Utama Blog Laman 159

Lebuhraya Ke Neraka: Sebuah Naskhah Spiritual Terbaik Dari Mamat Khalid

0

“Filem seram arahan Mamat Khalid ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motor berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma.”

Itulah dia, sinopsis kisah yang ingin diceritakan dalam filem Lebuhraya Ke Neraka, oleh Mamat Khalid selaku pengarah.

Sebenarnya saya dah putus asa dengan filem Melayu. Harapan sudah mati sejak Cicakman 3 lagi. Ramai pengarah hendak untung dari filem mereka, tetapi mutu kepada hasil kerjanya adalah tidak seperti yang diharapkan – namun dalam masa yang sama berharap orang Malaysia pergi menonton wayang untuk menyokong filem mereka.

Tetapi itu bukan stail Mamat Khalid.

Karya-karya beliau meskipun banyak bertema old-school cinematic, namun ia adalah Manikam yang dicari dan ditunggu-tunggu.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah misalnya, tak jemu ditonton walaupun sudah berkali-kali diulang. Harapnya waktu Hari Raya tahun ini ia akan ditayangkan sekali lagi di TV3.

Tidak dapat dinafikan, saya hadir ke majlis ‘wayang pacak’ alias pra-tonton Lebuhraya Ke Neraka dengan penuh prejudis!

Namun itu semua menjadi sejarah, sebaik sahaja Khir Rahman muncul. Maaf abang Awie, anda memang pelakon utama yang sangat baik untuk filem ini, namun ‘main star‘ pada saya adalah saudara Khir Rahman.

Lakonan beliau cukup-cukup mantap dan mengujakan. Hilang rasa mengantuk sebaik sahaja beliau muncul. Beliau tidak perlukan solekan melampau, pun sudah mampu menghadirkan rasa ‘tidak selesa’ dengan cara beliau memanifestasikan watak. Pada saya memek muka, gayanya, dan ‘prestasi’ Khir Rahman membawa watak ‘Tyson’ adalah luar biasa!

Bukan bererti saya menafikan watak-watak lain, jauh sekali mengecilkan peranan mereka, cuma saya rasa perlu highlight watak yang dijayakan oleh Khir Rahman dek kerana impaknya kepada keseluruhan filem adalah cukup signifikan.

Perjalanan dalam jalan cerita Lebuhraya Ke Neraka rupa-rupanya bukan biasa-biasa. CGI yang dibuat ‘orang kata’ bolehlah diterima, kerana ia bukan fokus utama filem ini, seperti Cicakman ataupun Hikayat Merong Mahawangsa.

Tetapi setiap plot demi plot mengajak penonton berfikir, akan perjalanan rohani yang sedang dilalui oleh watak-watak tersebut, sama ada ianya adalah perangkap dunia spiritual ataupun sememangnya mereka sedang mengalami setiap perincian peristiwa akibat ‘dosa silam’.

Juga penggunaan dialog-dialog yang cukup berkesan, menjadikan filem ini sebagai sebuah hasil akhir yang perlu dimasukkan ke dalam senarai filem mesti tonton tahun ini.

Plot twist mungkin ada sesetengah penonton yang memberikan perhatian, dapat mengagak apakah sebenarnya yang sedang berlaku kepada mereka, namun secara kasar rata-rata yang menonton pada malam itu rasa terpegun dengan pemusingan ‘fakta’ di akhir babak-babak yang hampir kepada penutup.

Konklusi

Secara keseluruhannya, karya Mamat Khalid kali ini adalah sebuah ’emas’ yang tidak perlu lagi digali kerana ia sudah berada di depan mata, namun perlu dihargai dengan cara menontonnya di panggung berdekatan.

Ia bukan karya CGI bertaraf Hollywood ala Transformers, mahupun The Amazing Spiderman, dan lain-lain filem Marvel serta DC secara umumnya (contoh). Ia juga bukan filem seram dengan elemen-elemen jump scares yang cliche, tetapi ia adalah filem seram dengan elemen spiritual-dakwah yang mampu merentap kesedaran dalam nurani.

Jangan harapkan ia terlampau seram pula, kerana itu bukan juga fokus utamanya walaupun elemen seram itu ada di mana-mana dalam filem ini. Ambil perhatian kepada jalan cerita, dan apa yang cuba disampaikan oleh Mamat Khalid secara tersirat. Mungkin ia adakah naskhah yang ‘berat’ buat sesetengah orang, tetapi kalau anda cuba hadamkan, nescaya berbaloilah nanti usaha tersebut.

Pesanan ikhlas saya, tontonlah filem ini, 4 Mei 2017 nanti! Anda tidak akan menyesal, kerana saya juga begitu. Harapan saya terhadap filem Melayu kembali hidup hanya kerana abang Mamat Khalid seorang! Bang, buat filem Kluang Man The Movie pulak lepas ni please. Ambil Jep jadi Kluang Man dan Shuib jadi Tiong Man.

Berikut adalah trailer bagi filem Lebuhraya Ke Neraka.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Digi Postpaid 100 INFINITE Tertiris: Data Dan Panggilan Suara Tanpa Had Serta 20GB Hotspot!

0

Baru sahaja Digi melancarkan plan postpaid 80 INFINITE dan 150 INFINITE yang telah mendapat sambutan luar biasa hangat hingga plan 80 ditutup (agaknya sebab ‘kuota’ pengguna yang diingini telah tercapai), nampaknya Digi semakin laju mengorak langkah ke hadapan apabila BAKAL melancarkan plan terbaru iaitu 100 INFINITE.

Ini adalah suatu kemungkinan ya, belum tentu dan belum pasti lagi, tapi kalau jadi, baguslah!

Berdasarkan kepada tangkap layar yang tertiris ini menunjukkan bahawa plan tersebut mempunyai data tanpa had, panggilan suara tanpa had, serta pass hotspot/tethering berjumlah 20GB data!
Nampaknya plan 80 INFINITE mungkin tidak ‘kembali’, tetapi digantikan dengan plan 100 INFINITE. Ok la tu!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Firefox Bakal Mempunyai ‘Performance Tab’ Untuk PC Low End

0

Kita tahu, Firefox akan berubah wajah menjadi lebih cantik (pada pandangan mata saya, cantik lah). Namun, Firefox juga tak kurang perangainya seperti Chrome, mempunyai isu terhadap penggunaan memori yang ketara. Masalah ini dapat lebih dirasai oleh mereka yang menggunakan PC-PC TUA, terutamanya para kakitangan kerajaan. Errr..

Berikut adalah paparan antaramuka pengguna Firefox dengan pembaharuan melalui projek ‘Photon’.

Anda boleh lihat lebih banyak lagi tangkap layar Firefox Photon pada blog Sören Hentzschel.

Tetapi bukan itu sahaja pembaharuan yang akan diberikan kepada Firefox. Selain ‘facelift‘, prestasinya juga akan dipertingkatkan, bukan sahaja untuk pelayaran bahkan juga untuk penggunaan RAM. Melalui tab ‘Performance’, terdapat satu butang ‘Optimize Firefox’ yang akan menyahaktifkan semua addon dari pihak ketiga.

Ada juga ciri ‘Content Processes’, yang mana ia akan menyokong lebih dari dua proses, bermula dengan Firefox versi 55. Lebih banyak proses kandungan digunakan, Firefox menjadi lebih responsif, cuma dalam masa yang sama ia lebih banyak menggunakan RAM pula. Jadi pilihan terdapat di tangan anda.

Pengguna yang mempunyai PC TUA boleh juga menyahaktifkan animasi antaramuka pengguna untuk tab-tab, menu, dan lain-lain lagi, juga menggunakan ‘prefetch‘, yang boleh meningkatkan prestasi pada sambungan rangkaian yang perlahan.

Semua ciri-ciri ini bakal dimasukkan ke dalam Firefox versi 55 ke atas – mungkin berdekatan dengan akhir tahun ini. Sabarlah menunggu wahai pengguna PC-PC tua sekalian (saya tak terkecuali).

Sumber: Engadget

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

10 Aplikasi Android Yang Sebenarnya Adalah Crapware, Adware Dan Spyware

0

Banyak aplikasi di Google Play Store yang seakan mendapat ‘restu’ dari Google sendiri untuk sewenangnya dimuat turun sedangkan ia apabila digunakan, adalah jelas tidak lebih dari sekadar crapware, adware, dan paling teruk, SPYWARE.

Berikut merupakan ANTARA aplikasi-aplikasi yang tak perlu lagi anda gunakan.


1. Clean Master

Asalnya, Clean Master tidaklah begitu teruk. Saya juga pernah menggunakannya dulu, zaman Ice Cream Sandwitch.

Namun masa demi masa, pembangunnya dari Cheetah Mobile telah menambahkan pelbagai ciri tidak perlu, bloat-features, iklan-iklan, dan pelbagai lagi perkara yang tidak masuk akal.

Sebagai gantinya, anda bolehlah muat turun SD Maid.

2. QuickPic

Ini juga satu lagi produk yang telah dibeli oleh Cheetah Mobile. Dahulunya saiz aplikasi ini kurang dari 1MB. Ya, dalam beberapa ratus kb sahaja.

Tetapi bila mana Cheetah Mobile mengambil alih, dimasukkan ke dalam ia ciri-ciri seperti penyelarasan gambar ke dalam akaun awan – CM Cloud.

Bukan itu sahaja, dalam kodnya dimasukkan juga tracking yang akan memuat naik data pengguna kepada pelayan mereka sendiri. Elakkan dari menggunakan QuickPic, kalau boleh.

Senang cerita apa jua aplikasi dari Cheetah Mobile, nyahpasang sekarang.

Sayang, memang sangat sayang. Sebab itu ramai yang benci dengan Cheetah Mobile.

Sekarang, saya sendiri dah lama tidak pasang dan menggantikan QuickPic dengan Darkroom.

3. UC Browser

Ramai dari kalangan pengguna UC Browser mungkin berasal dari Malaysia. Maklum saja lah, ‘trick’ di sana-sini. Hehe.

Namun, ianya bukanlah pelayar web yang ‘baik’ untuk anda.

Ia juga mempunyai isu tracking, yang akan menghantar carian anda kepada Yahoo India dan Google, juga nombor IMSI pengguna, nombor IMEI, Android ID, dan alamat MAC Wi-Fi dihantar ke Umeng iaitu tool analitik Alibaba. Selain itu data geolokasi pengguna diberikan kepada AMAP, tool pemetaan Alibaba.

Daripada anda berikan data secara ‘bukan-bukan’ kepada syarikat yang entah apa-apa, lebih baik anda gunakan Google Chrome.

Kalau masih bimbang isu tracking (yang sepatutnya tidak perlu, sebab Android juga adalah kepunyaan Google), anda boleh cuba Via Browser. Laju beb.

4. DU Battery Saver & Fast Charge

Anda kena faham, ciri ‘fast charging’ ini hanya ada pada peranti yang menyokongnya sahaja. Telefon anda tidak akan memiliki ciri ini hanya dengan memasang sebuah aplikasi.

Apa yang DU Battery Saver ini lakukan adalah menjadi sebuah ‘task killer’, dengan ‘menutup’ atau ‘mematikan’ semua aplikasi lain yang sedang dijalankan di belakang dengan ‘harapan’ ia akan dapat melajukan kadar kemasukan elektrik ke dalam bateri.

Oh well, ia bukan berfungsi seperti itu ya DU Battery Saver-lah-sangat.

5. VPN Percuma

Anda boleh lihat penerangan tentang kenapa ia tidak bagus di sini.

6. Asphalt 8

Ehh? Apa yang teruknya?

IKLAN. Macam biasanya, dulu aplikasi ini adalah dalam kategori ‘ok’. Tetapi sejak dua menjak ini, iklan yang ada dalam permainan ini semakin tenat, semakin melampau. Iklan akan muncul selang beberapa minit satu kali. Kegilaan apakah yang merasuk mereka ini, entahlah.

Nak main menggunakan versi ‘cracked’? Tak payahlah. Melainkan anda rela peranti anda disekat oleh Gameloft (banned-by-device). Kalau disekat melalui e-mel, boleh guna e-mel lain. Kalau disekat pada level peranti, tukar peranti baru la jawabnya.

7. ES File Explorer

Versi percuma penuh dengan iklan. PENUH. Juga pelbagai ciri tidak perlu (bloat).

Versi berbayar mahal dan tidak berbaloi. Kalau anda inginkan versi berbayar yang sangat bagus sekali, gunakan Solid Explorer. Inilah dia file manager/explorer yang sedang saya gunakan.

8. Semua Aplikasi Task Manager/Killer

Apa juga ‘task manager’ atau ‘task killer’, jauhkan ia dari sistem operasi anda.

Android sudah menguruskan memori dengan baik sekali. Apa juga task killer yang anda gunakan sebenarnya telah menambah buruk situasi tugas kernel yang menjaga memori.

Tak lupa juga ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Kalau ada, sila nyahpasang sekarang.

Rujuk: Pemecah Mitos: Android Task Manager

9. Dolphin Browser

Ia juga sama seperti UC Browser, menempatkan tracking code ke dalam aplikasi ini. Ia juga menyimpan sesi incognito anda ke dalam satu fail pada telefon anda.

Seperti yang telah direkomendasikan kepada anda, Via Browser memang power boh. Cuma ia tiada penyelarasan (synchronization) seperti Chrome. Ahh, sayang betul.

Selain itu, boleh juga gunakan Puffin Browser, Opera, dan Opera Mini. Semua pelayar web ini juga mempunyai cara pemadatan (compression) data sendiri yang membantu melajukan pelayaran.

10. Semua Aplikasi Antivirus

Kenapa?

Rujuk:

1. Android antivirus apps are useless — here’s what to do instead

2. Chris DiBona (Open source programs manager at Google).

3. “I don’t think 99% plus users even get a benefit from [anti-virus]. There’s certainly no reason that they need to install something in addition to [the security we provide].

If I were to be in a line of work where I need that type of protection it would make sense for me to do that. [But] do I think the average user on Android needs to install [anti-virus]? Absolutely not.” – Adrian Ludwig, Google’s chief security engineer for Android.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Satria Heroes: Kamen Rider Indonesia Dalam Jelmaan Garuda! [Berubah!]

0
Gambar pinjam dari I-Toku Magazine

Kalau Kamen Rider made in Japan, asal-usulnya adalah dalam bentuk jelmaan belalang. Memang nostalgia sungguh bila kenangkan balik zaman kanak-kanak menontonnya.

Namun orang Indonesia memang tak mahu ketinggalan apabila menghasilkan sebuah filem ‘bertemakan’ ala-Kamen Rider juga, iaitu Satria Heroes, yang mana ianya berasal dari siri bertajuk Satria Garuda BIMA-X.

Jom layan dulu trailer di bawah yang bertajuk Satria Heroes: Revenge of Darkness!

Orang kita bila nak buat ni? Takkan nak tunggu sampai CGI menyamai Hollywood. Hmmm.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Memadam Akaun Facebook Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

0
Gambar pinjam dari Everplans
Kehilangan orang tersayang memang menyakitkan. Tambahan pula mereka pergi meninggalkan kita dalam keadaan kita tidak bersedia, dengan tiba-tiba dan tak semena-mena.

Namun sesuatu yang lebih memeritkan ialah apabila memori bersama mereka masih terpampang di depan mata. Memori tersebut adalah dalam bentuk akaun Facebook.

Sebenarnya Facebook telah memberikan cara untuk memadam akaun Facebook sesiapa sahaja, iaitu:

1. Log masuk sahaja menggunakan e-mel dan kata laluannya.
2. Pergi ke Delete My Account.
3. Klik butang Delete My Account. Habis cerita. Mudah bukan?

Tetapi itu kalau ada e-mel dan kata laluan. Kalau tiada?

Kalau tiada, anda perlu pergi ke URL ini dan masukkan serta muat naik kesemua info yang diperlukan oleh Facebook.

>>> Special Request for Deceased Person’s Account

Maklumat yang diperlukan:

1. Tarikh meninggal si mati.
2. Gambar/imbasan sijil kematian.
3. Lain-lain dokumen yang membuktikan anda mempunyai hubungan dengan si mati.

Jangan lupa pilih “Please remove this account” sekiranya anda mahu ia dipadam.

Boleh rujuk pautan ini untuk mengetahui dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan >>> How do I request the removal of a deceased family member’s Facebook account?

Baiklah. Setelah semuanya selesai dimuat naik, tunggulah sehingga pihak Facebook mengesahkan dokumen-dokumen tersebut, dan setelah semuanya disahkan, harapnya Facebook akan menerima permintaan anda itu. Saya doakan anda berjaya.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Halite: Abandonware Torrent Client Yang Lebih Baik Dari uTorrent Dan Sekutunya

0

Sudah seperti menjadi trend, klien muat turun torrent terkini adalah bloated dan penuh dengan ciri, iaitu ciri-ciri yang sebenarnya kita tidak perlukan tetapi tetap disuap dengan harapan pengguna percaya ianya berguna.

uTorrent contohnya, sejak dijual kepada BitTorrent, telah menempatkan pelbagai iklan-iklan di dalamnya, dan mempunyai versi Pro yang berbayar.

Sudahlah berbayar, ada dua ‘tier‘ pula, iaitu Ad-free dan ‘Pro’, yang mana versi Pro mempunyai ciri perlindungan dari virus dan malware, sokongan pelanggan premium, sokongan main semula fail yang telah dimuat turun, dan juga sokongan strim fail secara terus.

Ciri ini kita boleh sahaja lihat ada pada klien-klien lain, seperti WebTorrent Desktop. Percuma pula.

Apa guna ada klien yang aktif sungguh pembangunannya, tetapi dari semasa ke semasa menambah bloat padanya.

Jadi selepas saya mencuba satu demi satu, termasuklah klien uTorrent versi lama, saya ‘ter’-jatuh hati pada Halite, sebuah klien torrent bersaiz kecil namun mempunyai ciri lengkap.

Ciri terbaik yang ada pada Halite ialah ia menggunakan sumber memori yang sedikit. Ia tidak membebankan CPU tetapi dalam masa yang sama mempunyai prestasi yang tinggi.

Saya mengesyorkan aplikasi ini berbanding uTorrent versi lama, atau lain-lain aplikasi, kerana ia tiada langsung ciri yang anda tidak perlukan.

Apa yang ada, adalah ‘cukup-cukup’ untuk anda gunakan sebagai sebuah pemuat turun torrent.

Muat turun torrent bersama TorGuard

Paling menarik, anda boleh pilih mode ‘Super-seeding’ jika anda dalam misi untuk menaikkan ratio – contohnya ratio pada laman LTTi, meskipun setakat yang saya perhatikan agak mengarut juga kerana walaupun kelajuan muat turun ‘padu’, bila anda pilih untuk seed dan biarkan klien dijalankan di latar, ia tidak muat naik langsung.

Apapun, kalau anda tergerak hati hendak cuba, anda boleh muat turun melalui pautan di bawah.

>>> Halite BitTorrent Client

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

De-bullshified Facebook Dan Messenger APK: Facebook Tanpa Bullshit

0

Kalau dilihat pada tangkapan layar di bawah, ia nampak seperti aplikasi Facebook yang ‘biasa’, yang ‘normal’, tiada apa-apa pembaharuan pun. Cuma kalau diteliti aplikasi Messenger ada nampak sedikit perubahan – ‘stories’ yang telah ghaib.

  

Namun sebenarnya bukan ini sahaja perubahan yang ada dalam kedua aplikasi ini (kecuali Facebook yang masih mempunyai Story).

Berikut adalah senarai modifikasi.

* Hide “Suggested Posts” / “Sponsored Posts”
* Hide “Pages You May Like” horizontal scroll crap
* Hide “Related Articles” crap from news feed when interacting with an article (trying too hard to hijack the content interaction flow)
* Hide Pages You May Like*
* Hide “Suggested Products From Your Groups” (seriously guys?)
* Hide “Featured for you” items in groups / pages (I think) (featured by whom? organic selection or paid manipulation?)
* Hide “Invite your friends to join this group” (or whatever that spam-promption crap is called)
* Hide “Groups You Should Join” / “Suggested Groups” (we are all capable of using the search box to find things we care about, thank you very much)
* Hide “People You Should Follow” (really? are they serious?)
* Hide “Video Chaining”
* Hide “Products shown:” cards (please stop giving me ads based on object recognition in my friends’ photos, thx)
* Hide “Follow / Share” bar that appears when you interact with content (I know where to find the share button, since it’s already plastered all over the damn screen, thanks)
* Hide ads in Instant Articles*
* Hide “Related Articles” / “Popular from <X>” in Instant Articles (now they’re just trying too hard)
* Hide “Sign up with your email address” crap from Instant Articles (are you kidding me…?)
* Partially hide some instagram upsells (yes, I know where to get instagram, if I should ever find myself in need of something to motivate me to bash my head in with a rock)
* Partially hide the “More Views” pill that appears 2/3 into watching a video. (I don’t need yet one more piece of UI garbage to hijack my attention flow, thanks)
* Replace passive-aggressive “Now now” response options to user-unfriendly actions with more appropriate (and more snarky) responses
* Kill the update nag screen (I think). (we’ll stick to the patched version, thanks)

Mahap la, abam takde masa nak terjemah.

Apapun dalam satu bahasa mudah, dengan aplikasi Facebook yang telah ‘ditampal’ (patched) ini, anda tidak (ataupun kurang) lagi dapat melihat iklan-iklan yang menyesakkan mata, dan hanya melihat status dari rakan anda sahaja.

Untuk menggunakannya, anda perlu buang/nyahpasang aplikasi Facebook dan Messenger yang dipasang melalui Google Play Store.

Cuma kekurangan ketara yang ada pada aplikasi ini ialah anda tidak akan dapat memasang Facebook Pages Manager dek kerana signature yang konflik (berbeza dengan yang asal).


*Kemas kini: Sekarang dah ada Pages Manager yang di-tandatangani (signed) dengan kekunci yang sama cuma ia tidak diubahsuai seperti aplikasi Facebook.

Muat turun:

>>> A de-bullshified version of Facebook

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Aplikasi Ini Mampu Membuat Selfie Anda Kurang Hodoh

0

Nampaknya teknologi kepintaran tiruan dan pembelajaran mesin tidak akan berhenti dan semakin terkedepan. Adobe telah menunjukkan sedikit ‘teaser‘ atau sneak peek kepada sebuah aplikasi yang menggunakan kedua teknologi tersebut dengan nama Adobe Sensei.

“Great portrait photography requires the right perspective, equipment, and editing expertise,”

“But what if we can tap into the power of artificial intelligence and deep learning to transform bad portrait shots into good ones – all on a smartphone?” – Adobe.

Anda boleh lihat demo aplikasi tersebut melalui video berikut.

Aplikasi Adobe ‘Powered by Sensei’ ini selain membolehkan pengguna mengubah sudut dan DOF (depth of field), ia juga mampu melakukan mimik (meniru/menyamakan) dengan mana-mana gambar selfie yang anda boleh dapatkan melalui carian dalam talian.

Tak pasti sama ada ia akan dilepaskan dalam aplikasi sedia ada ataupun aplikasi baharu/standalone app, namun apa yang pasti ramai rakyat Malaysia terutamanya perempuan yang akan menggunakannya untuk berjimat dan mengelak dari membeli foundation, bedak sejuk, dan pencuci muka.

? ? ? 

Sumber: PetaPixel

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

VPN Percuma Di Google Play Store Mengandungi Malware Dan Malvertising

0

Bukan nak mengata, tapi memang ramai orang kita yang berperangai cheapskate. Smartphone is not for dumb people. Smartphone masing-masing berharga RM2000-3000, tetapi bila tiba bab aplikasi, masing-masing nak yang percuma atau CRACKED.

Samalah halnya dengan perkhidmatan/servis VPN. Selagi boleh nak cari yang laju, ada berpuluh pelayan (servers), ada macam-macam ciri, boleh langkau apa-apa sekatan, tetapi semahu-mahunya mesti murah-semurah-murahnya atau paling best sekali PERCUMA.

There’s no such things as FREE LUNCH.

Ingat, apa jua produk yang percuma, anda adalah ‘bayarannya’.

Dirujuk dari sebuah kertas kajian iaitu di sini, aplikasi/servis VPN percuma yang banyak terdapat di Google Play Store mempunyai ciri-ciri:

*18% darinya tidak melakukan enkripsi data pun!
* 38% menyuntik malware dan malvertising ke dalam peranti.
*84% membocorkan/meniriskan trafik pengguna.
*80% menggunakan permission yang agak explicit untuk mendapatkan data peribadi/sulit pengguna seperti akaun-akaun dan mesej teks.
*75% menggunakan kaedah tracking libraries dari pihak ketiga.

Harga Sebenar Yang Perlu Dibayar Untuk Para Cheapskate

Tiada apa yang percuma selain makan kenduri yang dijemput ya sedara sedari sekalian. Dengan berharap anda memuat turun sebuah aplikasi VPN, sebenarnya anda telah memasang sebuah alat penuai data yang sangat berkesan.

Contohnya dapat dilihat dari aplikasi Hola VPN yang telah menjual bandwidth pengguna mereka lalu mencipta pula VPN mereka sendiri, tanpa perlu berharap kepada mana-mana pelayan yang disewa! Namun aplikasi yang sama juga telah menjadi top free app di Google Play Store meskipun telah mendapat kecaman dari media di serata dunia, termasuklah blog ini.

Memang banyak perkara yang boleh dipertikaikan, namun apalah ertinya jika ingin diterangkan kepada para cheapskate sekalian. Ia tidak penting. Apa yang penting ialah TAK PERLU BAYAR, FREE, PERCUMA.

Saranan:

Gunakanlah servis berbayar yang lebih tinggi integritinya. Gunakan servis dari yang PAKAR, yang betul-betul ARIF tentang VPN, yang tahu selok-belok menjaga pelayan, bukan hanya tahu menyewa pelayan murah dan lembab semata-mata, kemudian jual dekat korang.

Kalau nak guna VPN berharga RM30, jangan beli atau guna dari para peniaga ‘budak-budak’ Melayu hingusan, yang memberikan anda HANYA config ovpn, dengan tujuan untuk ‘bypass speed and quota‘. Pengguna webe la tu contohnya. Alahai, kesian abam tengok korang ni. Asyik kena tipu je.

Kalau nak gunakan servis antara yang terbaik, tetapi dalam masa yang sama agak murah juga, gunakan TorGuard. Anti-DPI mode yang ada dalam aplikasinya sangat-sangat membantu untuk menjaga privasi anda.

Tapi kalau nak juga pakai yang percuma, lantak kau orang lah.

Cakap banyak pun tak guna kalau sasaran hanya yang percuma, atau nak ‘bypass speed‘ juga tujuan korang langgan VPN. Bertahun dah abam berpesan dan cakap benda yang sama, tetapi masih juga kau orang tertipu lagi dan lagi. Adiosss chow-seen-chi.

Rujuk: Android VPN app developers are using malware to track your data
             Free Mobile VPNS; Are They Safe?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline