Utama Blog Laman 153

Ethereum Bakal Menemui Kejatuhan Harga?

0
Kejatuhan harga Ethereum telah melambung pada selasa lepas dengan
cryptocurrency turun lebih daripada 15% pada awal perdagangan pada hari Selasa.
Ethereum dan bitcoin mempunyai kedua-dua kekuatan persamaan
kenaikan harga sejak awal tahun ini, dengan Ethereum meningkat lebih 5,000%
dari sekitar $ 8 pada bulan Januari kepada lebih tinggi $ 400 pada 13 Jun lepas.
Cryptocurrency telah dirangsang oleh kenaikan populariti yang dipanggil, Tawaran
Syiling Awal iaitu kaedah penjanaan wang yang menggunakan rangkaian Ethereum.
Namun begitu, pada hari ini Ethereum jatuh sekitar 10% pada
hari Isnin lalu. Ia turun lebih dari 15% berbanding dolar kepada $ di pada pagi
ini waktu ET 8.30 pagi. 
Mati Greenspan, penganalisis pasaran dengan platform
dagangan eToro, memberitahu Business Insider melalui telefon pada pagi Selasa
bahawa kemalangan itu telah lama berlaku.
“Apa-apa yang naik sejauh itu, ia pantas mempunyai
banyak masalah,”. kata Greenspan.

Greenspan berkata lagi: “Kini dalam minda manusia
adalah Wang Segera). Kami telah melihat banyak wang untuk mendapatkan wang yang
tidak masuk akal”.
Beliau menambah bahawa ramai orang di belakang wang segera
ini cuba untuk mengeluarkan wang dari Ethereum, membanjiri pasaran dengan
menjual pesanan dan dengan itu menekan harga. (Apabila sebuah syarikat
menimbulkan wang melalui wang segera, ia secara umumnya menimbulkan sama ada
Ethereum atau bitcoin, yang kemudiannya perlu diubah kepada mata wang seperti
dolar AS atau British Pound.)
Ethereum ditubuhkan pada tahun 2014 oleh sekumpulan
pengaturcara yang ingin mengubah sistem yang menjalankan bitcoin. Ethereum
adalah rangkaian sumber terbuka yang membolehkan orang menulis “kontrak
pintar” di atasnya. Ethereum dikuasakan oleh cryptocurrency Ether, yang
didagangkan di rangkaian dan ditukar sebagai kedai nilai.
Kemungkinan besar, lepas ini akan berlaku lambakan kad grafik
hasil daripada bekas mining Ethereum.

Apa pendapat anda?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

SpyDealer: Android Trojan Yang Mampu Mengeksploitasi 500 Juta Peranti

0

Pengkaji sekuriti, Palo Alto Networks telah menemui satu malware Android terbaru yang dapat memanipulasi aplikasi root popular untuk memperolehi akses root.

Malware berbentuk trojan ini kemudiannya dikatakan akan mendapat kebolehan mengeluarkan info/data sulit pengguna dari 40 jenis aplikasi.

40 aplikasi tersebut antaranya ialah WeChat, Facebook, WhatsApp, Skype, Line, Viber, QQ, Tango, Telegram, Sina Weibo, Tencent Weibo, Pelayar Web Android (asal), Firefox, Oupeng Browser, QQ Mail, NetEase Mail, Taobao, dan Baidu Net Disk.

Ia boleh menjangkiti Android dari versi antara 2.2 (Froyo) hinggalah kepada 4.4 (Kitkat). Ini bererti lebih kurang 500 juta peranti berisiko dijangkiti.

Selain itu, antara ‘kebolehan’ SpyDealer ialah ia dapat mengawal peranti melalui UDP, TCP, dan saluran SMS dari jarak jauh.

Ini bermaksud ia juga boleh menjawab panggilan telefon secara automatik dari sesuatu nombor yang spesifik (woah!).

Untuk hasil dapatan kajian yang lebih mendalam, anda boleh baca selanjutnya melalui laman Palo Alto Networks Blog.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mobile Legends Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Berhubung Dakwaan Imitasi

0

Pembangun permainan telefon pintar Android – Mobile Legends, Shanghai Moontoon Technology baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan dengan menafikan dakwaan berhubung imitasi reka bentuk permainan tersebut yang menyamai antaramuka ‘League of Legends’.

Berikut adalah kenyataan tersebut yang diposkan di laman Facebook mereka.

“Mobile Legends is a MOBA game that is developed by Moonton independently, and its copyright has already been registered and protected in multiple countries all over the world. Moonton has independent intellectual property rights. 

Mobile Legends and all the users will not be affected by these unreal reports and we will keep providing the best gameplay experience to players all over the world. 

Meanwhile, for some media and competitors who have spread the unreal information and rumors against us, we reserve the right to protect ourselves and pursue legal actions.”

Menurut mereka (Moontoon), mengatakan bahawa permainan Mobile Legends telah dibangunkan secara bebas dan persendirian serta telah mendaftar hak cipta ke atas permainan tersebut.

Mereka juga dalam masa yang sama memberi amaran kepada para pesaing dan media dari menyebarkan ‘informasi palsu’ berhubung dakwaan itu sehinggalah ia diselesaikan.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Elementary OS Loki 0.4.1: Bukan Untuk Pemula

0

Tidak pasti sejauh mana elementary OS telah berubah dan berevolusi dari versi sebelumnya, namun dengan hadirnya versi terbaru kemas kini kepada Loki, iaitu versi 0.4.1 ini, percubaan semula dilakukan demi mendapat gambaran akan pembangunannya.

Ternyata setelah mencuba, elementary OS Loki ini masih lagi belum mampu menyaingi pesaingnya dari segi paparan antaramuka pengguna mahupun pengalaman kepenggunaan bagi setiap pengguna itu sendiri.

Ia masih lagi kekal tegar dengan pelbagai sekatan terhadap pengguna. Ini tidak beberapa baik buat pengguna yang baru mengenali sistem operasi Linux.

Ia masih tertutup, masih berada dalam kotaknya yang tersendiri.

Jika anda mahu menggunakan sistem operasi ini, adalah disarankan agar anda memasang elementary Tweaks. Oh ya, ia juga bukan satu aplikasi ‘tweaker’ yang berasingan. Tidak, tidak, ia disatukan dalam System Settings.

Tidak banyak yang dapat dilakukan melalui ‘tweaks’ tersebut. Cuma sedikit sebanyak bolehlah diubah mana-mana tetapan yang dirasakan menghalang atau ‘mengganggu’.

Sebagai contoh, salin dan tampal baris perintah dengan sudo akan diberikan ‘amaran’ ringkas seperti ini.

Mungkin untuk mereka yang tahu akan pilihan mengubah tetapan melalui Tweaks tidak akan ada masalah. Namun buat pemula, mereka akan terkial-kial mencari di manakah puncanya untuk ditutupi.

Oh, tidak lupa juga antara aplikasi yang sedikit menjengkelkan ketika hendak digunakan ialah pelayar webnya. Betul, kita boleh pasang pelayar web lain, tetapi untuk pengalaman luar kotak, sepatut-patutnya ia memberikan ciri penuh dan kepuasan.

Nampak? Urghhh.

Jangan bagi saya sentuh pula tentang reka bentuknya, serta lain-lain aplikasi lalai yang ada. Anda nak tahu anda boleh cuba sendiri.

Itu belum lagi disebut tentang apa yang telah tersedia di dalamnya. Jika hendak dibandingkan dengan saiz ISO-nya yang bagak, kita pasti akan menjangka terdapat pelbagai aplikasi tersedia dari mula. Oh tidak, sangkaan meleset sama sekali.

Tiada codecs untuk multimedia yang baik, tiada aplikasi atau perisian pejabat, tiada aplikasi sesuai untuk menyunting gambar atau video, dan sebagainya. Aneh, apa yang dimuatkan dalam ISO sebesar itu saya masih berfikir lagi.

Ya, dulu saya kagum dengan elementary OS ini disebabkan ia berlainan dari distro Linux yang lain. Pada waktu mulanya ia sangat pantas, namun dengan versi 0.4.1 ini dirasakan sedikit ‘lemau’ pula, seperti biskut Merry yang dicicah Milo panas tetapi terlajak cicah.

Mungkin ini bukan reviu, tetapi lebih kepada susulan. elementary OS ini sesuai untuk mereka yang hendak show off kepada rakan-rakan yang mereka sedang menggunakan sebuah sistem operasi Linux seakan macOS. Namun buat pemula, anda disarankan agar cari sahaja distro lain.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Linux Mint 18.2 ‘Sonya’ Edisi KDE: Sebuah Kesempurnaan Yang Dinanti

0

Linux Mint tak pernah menghampakan penggunanya. Baik apa juga versi, sama ada Cinnamon, MATE, Xfce, dan KDE.

Kali ini saya mencuba edisi KDE, yang mana menunjukkan ia membawa persekitaran meja KDE Plasma 5.8. Mungkin ia versi yang sedikit terkebelakang berbanding KDE neon yang pernah saya cuba dahulu.

Namun apabila mengenali Linux Mint, kita tahu ia pasti ada ciri yang tidak akan buat peminatnya kecewa.

Kalau anda ketinggalan terhadap apa yang menarik dengan Plasma 5.8, anda boleh tonton video di bawah.

Melihat terus kepada penggunaan memori ketika melahu,ia tidak jauh pun berbeza dengan KDE neon, yang mana hanya sekitar 300MB sahaja. Ini akan dapat banyak membantu terutamanya untuk mereka yang menggunakan RAM bersaiz kecil.

Antara komponen terpenting yang ada dalam sistem operasi Linux derivatif Ubuntu seperti Linux Mint ini dah tentulah aplikasi stor atau Software Manager.

Ianya tampak ringkas dengan kategori-kategori yang membahagikan setiap aplikasi kepada jenisnya, dan ini memudahkan kepada pengguna yang baru mengenali Linux.

Tak lupa juga jika anda pengguna baru, apa yang seronoknya tentang Linux ini ialah jika anda ingin mengemaskini sistem operasi, anda tidak perlu bimbang tentang cop mohor ‘kelanunan’ pada sudut kanan dekstop yang bakal menghantui diri anda apabila Windows (semestinya) sentiasa mengingatkan anda untuk mendapatkan kunci yang asli.

Jadi kita lihat pula aplikasi Update Manager Linux Mint KDE ini.

Sebelum itu, apa yang saya lakukan untuk memastikan Update Manager berjalan dengan lancar ialah dengan menukar pelayan-pelayannya kepada yang paling hampir dan paling laju melalui Software Sources.

Seterusnya, saya buka pula aplikasi Update Manager, dan wal-lah.

Sebenarnya kombinasi antara Linux Mint dan KDE (Plasma) adalah amat memberi suatu pengalaman penggunaan yang baik. Plasma, setelah berevolusi dari sebuah persekitaran meja yang ‘berat’, kini menjadi sepantas distro Linux yang menggunakan persekitaran meja lain.

Manakala Linux Mint pula, berbeza dengan Ubuntu, menyediakan sistem operasi yang dapat digunakan luar kotak, iaitu sebaik sahaja ia siap dipasangkan, ia boleh terus diguna tanpa perlu memikirkan lagi tentang pemacu-pemacu, codecs, mahupun aplikasi pemain media.

Secara lalai, ia sudah sediakan juga aplikasi pejabat iaitu Libre Office. Tidak menghairankan jika fail ISO-nya sedikit besar. Oh ya, GIMP juga sudah siap dipasangkan, jadi anda tidak perlu fikir panjang lagi akan senarai aplikasi yang anda mahu. Barangkali, kalau ada pun Kodi. Ehem.

Cuma yang agak terasa sedikit ralat ialah pemain videonya, iaitu Dragon Player memerlukan codec tambahan, tidak seperti pemain lainnya seperti VLC mahupun SM Player yang boleh terus memainkan video tanpa perlu kepada codec ektra.

Apapun pemasangannya tidak sukar, dan ia dapat memainkan video yang diingini tanpa ada masalah. Cuma disebabkan saya mempunyai pilihan, maka saya rasa saya akan pasang SM Player sebagai pengganti.

Cukup setakat ini sahaja reviu saya kali ini. Saya rasa anda sudah mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang Linux Mint 18.2 ‘Sonya’ Edisi KDE ini.

Jika anda berminat, anda boleh muat turun ia di pautan berikut: Linux Mint 18.2 KDE

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Review] Tronsmart Presto 10000mAh Quick Charge 3.0 Power Bank

2

Kalau di Malaysia ni, biasanya jenama power bank yang paling popular dan dikenali ramai dah tentu Pineng. Popularitinya sampai anak kecil pun tahu.

Namun sebenarnya produk power bank ada pelbagai lagi pilihan jenama, kapasiti, dan kualiti. Tronsmart mungkin jenama asing yang jarang diperkatakan orang, tetapi trimas kepada syarikat ini, saya berpeluang untuk mencuba salah satu produk mereka iaitu Tronsmart Presto, 10000mAh power bank yang dikuasakan dengan teknologi Quick Charge 3.0 serta Tronsmart VoltIQ™.

Wow, kedengaran bunyinya macam sangat menarik bukan? Jadi bagaimanakah dengan pembungkusan produk? Mari kita tengok rupa kotaknya dan kita terus unbox produk ini. Huf huf huf tak sabar!

Jadi, seperti yang anda boleh lihat dari gambar di atas, Tronsmart membuat pembungkusan ringkas. Kotak kecil, dengan satu tempat penyangkut, beserta gambar berlatar belakangkan warna putih. Nampak seperti tiada apa yang istimewa.

Cuma kalau ia dibalut rapi dan dijadikan hadiah, saiznya adalah amat baik sekali. Mungkin anda perlu lipat atau potong bahagian penyangkut tersebut supaya pembalut boleh menutup kotak.

Baiklah, seterusnya, kita buka pula kotak, yeahhh.

Apa yang ada? Seunit power bank Tronsmart Presto, satu kad waranti, satu kad penerangan, serta satu buku manual pengguna. Di dalam bahagian petak kecil di sebelah kiri itu pula menempatkan satu wayar USB 2.0 dibaluti kemas oleh beg kain yang anda boleh gunakan untuk menyimpan power bank.

Kotak bersaiz kecil, tetapi isi di dalamnya memuaskan hati.

Jadi, apa istimewanya power bank ini berbanding produk dari jenama lain?
Mari kita lihat dan belek-belek pada bahagian pengecasnya.
Seperti yang disebut di atas, power bank ini dilengkapi dengan teknologi Tronsmart VoltIQ™.
Apa itu Tronsmart VoltIQ™? Ianya adalah satu kaedah pengecasan yang menyesuaikan aliran elektrik dan watt kepada ratio maksimum yang diperlukan oleh peranti.
Oleh itu mana-mana peranti yang lebih banyak menggunakan kuasa tidak akan kehabisan kuasanya serta peranti yang tidak banyak menggunakan elektrik pula tidak akan dicas secara berlebihan – lebih dari yang ia mampu terima.
Jadi bila dibelek pada bahagian port pengecas, dapat kita lihat port USB-Mikro berteknologi VoltiQ untuk mengecaj bateri anda. Port berwarna hijau pula adalah port Quick Charge 3.0, VoltiQ, dan FCP (Huawei). Huwaaa!
Pada bahagian belakangnya pula terdapat sedikit informasi mengenai produk ini.

Saya telah pun mencuba mengecaj (Atau mengecas? Mana satu yang betul?) menggunakan Tronsmart Presto pada peranti saya. Ianya tidak mempunyai atau menyokong teknologi Quick Charge, tetapi hanya ada teknologi lama Fast Charging.
Walaupun tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya teknologi yang diberikan, namun dapat dilihat power bank ini tetap memberikan sepenuh kuasa kepadanya.
Gambar pertama adalah kadar pengecasan pada port USB-Mikro VoltiQ manakala gambar kedua pula adalah pengecasan pada port Quick Charge 3.0 (hijau).

Kalau ada kekurangan yang saya dapati ialah ia tidak menyediakan USB Type-C (Input dan Output) atau sekurang-kurangnya converter kepada USB Type-C. Juga kapasiti yang ada hanyalah 10000mAh sahaja. Jika mereka membuat produk seterusnya dengan pilihan antara 15000 hingga 20000mAh, saya pasti ia akan menjadi pilihan lebih ramai pengguna di luar sana.

Apa pun jika anda berminat, anda boleh semak senarai stor yang menjual produk Tronsmart di laman web mereka di sini bagi mendapatkan Tronsmart Presto yang sememangnya smart dan revolutionary ini!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

[Fix] Cara Membaiki Kodi Error: Failed To Install A Dependency

0

Tidak dapat dinafikan lagi, meskipun banyak addon popular Kodi dan ada repo yang telah pun R.I.P, namun Kodi tetap terus gah berdiri kerana tanpa adddon dan repo tersebut pun ia tetap merupakan sebuah hub media dan hiburan yang unggul.

Namun ia juga adalah satu bentuk teknologi, dan teknologi ada pembangunannya. Setiap pembangunan pula tidak lari dari ralat, dan antara ralat yang seringkali menghantui pengguna ialah Kodi -Failed to install a dependency-.

Namun, feel no fear, omghackers is here.

Apa itu ralat Failed to install a dependency?

Ralat ini ialah satu bentuk ketidakfungsian (wow, ada ke perkataan ini) dan kegagalan Kodi untuk memasang addon tertentu, yang mana addon tersebut bergantung pula kepada addon lain untuk membantu ia berfungsi sepenuhnya.

Addon yang menjadi pergantungharapan (wow, perkataan ini juga saya reka sebab ia berbunyi aneh tetapi sedap) kepada addon yang ingin dipasang inilah yang dipanggil sebagai ‘dependency’ (nampak tak permainan perkataan saya di situ. Heheheh).

Bagaimana terjadinya ralat ini?

Ralat ini biasanya akan terjadi apabila anda ingin memasang addon baru atau Kodi mengemaskini versi addon sedia ada. Apa yang berlaku selepas itu ialah sekiranya Kodi cuba mendapatkan dependency itu tadi, pautan yang sepatutnya menyimpan versi terbaru dan sebelumnya secara tiba-tiba menutup talian (offline), atau rangkaian anda menyekat pautan kepada dependency tersebut.

Kodi gagal ‘menggapai’ addon tersebut, lalu berlakulah ralat ‘Failed to install a dependency’.

Jadi bagaimana cara untuk kita memperbaikinya?
Caranya sebenarnya mudah sahaja. Anda perlu meneliti addon apakah yang gagal digapai oleh Kodi itu, dengan membuka fail log.
Bagi sistem operasi Windows, ia terletak di:
AppDatakoditemp
Android:
Android/data/org.xbmc.kodi/files/.kodi/temp/
Linux:
~/.kodi/temp/
Mac OS X:
/Users/Nama-Pengguna-Anda/Library/Application Support/Kodi/temp/
iOS:
/private/var/mobile/Library/Preferences/Kodi/temp/
Baiklah, sebagai contoh, jika apa yang gagal dipasang ialah script.module.urlresolver, apa yang perlu anda lakukan adalah Google sahaja nama addon tersebut berserta dengan nama versi Kodi yang sedang anda gunakan. Contohnya saya sendiri sedang menggunakan Kodi versi 17 Krypton, jadi cariannya adalah seperti berikut.

Selepas itu, muat turun sahaja fail .zip yang anda jumpai. Kalau boleh dapatkan versi paling baru. Setelah itu, buka Kodi, hala ke Add-ons – Install from zip file – klik pada fail .zip yang anda muat turun tersebut.

Tunggu sehingga ia selesai dipasang, dan setelah itu anda boleh cuba pasang kembali addon yang gagal dipasang pada awal tadi. Selesai masalah!

Baiklah. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kucing, saudara-mara, JAKIM, KFC, Pos Laju, dan semua yang mengenali diri anda. Holey-hooo!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Jejak Laptop Yang Hilang Dengan Prey

0

Agak sedih apabila kita ada kelebihan teknologi yang cukup canggih, namun apabila laptop hilang kita lebih mempercayai ‘firasat’ dan ramalan dari seorang bomoh.

Baru-baru ini itulah yang terjadi sehingga kita kehilangan seorang bakal wira negara apabila nyawanya menjadi galang ganti kepada kepercayaan rakan-rakannya kepada bomoh yang menuding jari kepadanya selaku pencuri.

Enggan melihat perkara seperti ini berterusan berlaku, maka saya terpanggil untuk membuka mata para pengguna internet ini untuk menggunakan sepenuhnya teknologi yang ada bagi mendapatkan kembali laptop yang hilang.

Ianya tidak susah, dan tidak perlukan kemahiran tahap paling hebat untuk menguasai caranya.

Cukup sekadar dengan memasang sebuah perisian yang bernama Prey, dan paling penting ianya adalah PERCUMA.

Prey ialah sebuah perisian yang perlu dipasang pada PC/laptop atau telefon pintar, yang akan ‘menanti’ isyarat dihantar kepadanya untuk diaktifkan. Signal ini akan dihantar sama ada melalui internet (e-mel) atau mesej pada SMS.

Ia membenarkan anda mendapatkan informasi mengenai lokasi, keadaan dan kedudukan semasa di mana alat (komputer, telefon pintar) anda berada. Ia juga akan menunjukkan siapa yang sedang menggunakan komputer anda, dan apa yang sedang dilakukan olehnya.

Ia boleh mengambil tangkap layar pencuri peranti anda secara senyap, dan ini adalah amat penting sebagai bahan bukti untuk laporan polis.

Untuk mendapatkan kesemua kemudahan ini adalah mudah – pasang Prey, ikut sahaja arahan fail pemasangnya, daftar akaun melalui fail tersebut, dan kemudian siap. Tiada apa-apa tetapan lanjut yang perlu anda lakukan, cuma anda perlu log masuk ke dalam panel Prey yang akan diberikan melalui emel yang telah anda gunakan untuk mendaftar, dan kemudian tetapkan (set) geolokasi di mana anda berada pada waktu itu.

Sebaiknya tetapan ini dilakukan di rumah atau di tempat peranti anda akan selalu berada, jadi jika ia hilang atau tidak berada dalam radius yang telah ditetapkan, maka peranti anda akan ditandakan sebagai hilang dan anda akan mendapat amaran dari Prey.

Mudah bukan?

Baiklah, jika anda rasakan artikel dan aplikasi ini berguna, kongsikan dengan semua orang yang anda kenal. Jangan biarkan hidup anda diselubungi bomoh.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Sky Torrents: Alternatif Laman Torrent Tanpa Iklan, Tanpa Bayaran, Tanpa Kehilangan Privasi

0

Laman-laman torrent yang wujud ni boleh dikatakan syurga dunia buat para peminatnya. Terutama buat mereka yang memang tegar menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Halite, uTorrent, Transmission, dan sebagainya lagi, laman-laman ini adalah hub pencarian mereka – tidak kiralah ia sesuatu yang ‘legal‘ ataupun tidak.

Namun dengan perkembangan jumlah penggunanya, maka ada mata-mata memerhati yang mendapati laman seperti ini boleh dijadikan sumber keuntungan. Dengan itu wujudlah iklan-iklan berat dan lain-lain perkara yang menambah beban seperti bayaran-bayaran tertentu dengan alasan untuk meningkatkan ‘points’ pengguna supaya mereka dapat terus menggunakan laman tersebut.

Jika tidak dibayar, pengguna akan terus disekat (ban) untuk selama-lamanya. Atas sebab inilah buat pengguna yang sudah tegar, maka mahu tidak mahu, pejam mata dan bayar sahaja. Perkara ini berlaku dalam forum-forum torrent yang menggunakan private tracker.

Ianya ok, kalau dalam bentuk pilihan. Apabila ia dijadikan kewajipan walaupun dinamakan sebagai derma atau donation, maka dari situlah bayaran berbentuk paksaan ini mula menyusahkan pengguna tambahan lagi jika forum tersebut menggunakan ‘format’ jemputan dari rakan yang sedia ada dalamnya.

Oleh itu alternatif adalah amat-amat diperlukan, demi kelangsungan minat meskipun tanpa private tracker dan tanpa forum.

Dari sini hadirnya laman torrent baru yang dinamakan sebagai Skytorrents (atau Sky torrents).
Sky torrents boleh dikatakan seperti The Pirate Bay, namun ia lebih menekankan kepada privasi. Ia tidak menawarkan apa-apa jenis akaun kepada pengguna, juga tidak mengaplikasikan apa-apa Javascript pada lamannya.
Mereka menegaskan lagi bahawa tiada sebarang bentuk penjejak digunakan, tiada cookies, Javascript mahupun keperluan untuk log masuk dari pengguna. Segalanya dilakukan dengan bebas dari moderator.
Ia berjaya menghasilkan sebuah enjin carian torrent yang amat laju, ‘bersih’, dan berinformasi padat.
Fail-fail torrent yang diindeks adalah dikumpul dan disenaraikan dari rangkaian DHT BitTorrent. Sebelum ia dijadikan senarai akhir, ia melalui terlebih dahulu algoritma pengesanan spam.
Selain itu, antara nilai atau ciri tambah yang ada pada Sky torrents ini ialah ia mempunyai ciri pengesahan fail torrent tersebut adalah ‘asli’. Algoritma ini mengesahkan dan menanda setiap fail yang bukan sahaja telah melepasi pengesahan spam, juga melepasi pengesahan keaslian pada failnya.
Setakat ini lebih 12 juta fail torrent telah diindeks oleh Sky torrents dan jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kepintaran Tiruan Facebook Mencipta Bahasanya Sendiri Tanpa Input Manusia

0

Para pembangun dan pengkaji dari Facebook Artificial Intelligence Research (FAIR) telah menemukan satu perkara yang tidak dijangka-jangka, sewaktu mereka cuba menambahbaik chatbots mereka. Bot yang dikenali sebagai ‘dialog agents’ atau ejen dialog – telah mencipta bahasa ‘mereka’ sendiri.

Sama seperti beberapa teknologi sebelum ini yang menggunakan pembelajaran mesin (seperti SwiftKey dan GBoard), ejen-ejen dialog tersebut telah dibiarkan untuk berbicara secara bebas dalam percubaan untuk meningkatkan kemahiran berbual ‘mereka’.

Lama-kelamaan, ejen-ejen tersebut mulai menyimpang atau tersasar dari norma-norma skrip, lalu mereka berkomunikasi sesama sendiri dalam bahasa baru yang tidak sama sekali mendapat input dari manusia.

Dalam percubaan menghasilkan bot perbualan bersama manusia yang lebih baik, apa yang terjadi ialah ia telah dapat berbual sesama sendiri dengan lebih baik pula tanpa kehadiran manusia.

Tetapi penemuan ini tidak terhenti di situ sahaja. Para pengkaji juga mendapati bot-bot itu telah menjadi perunding yang lebih pintar. Selepas memperlajari ‘seni-seni’ perundingan, ia mula bergantung kepada pembelajaran mesin dan strategi-strategi termaju dalam usaha untuk meningkatkan hasil dari perundingan.

Facebook bukan satu-satunya syarikat yang berusaha mencipta kepintaran tiruan. Google, Apple, Amazon, dan Samsung, masing-masing mempunyai pembantu alam maya yang dipandu oleh suara. Namun Facebook nampaknya lebih berminat membangunkan kepintaran tiruan berasaskan teks.

Kalau mereka bergabung, apa agaknya yang akan terjadi?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline