Anda pasti sudah tahu saya merupakan peminat muzik dan muzik merupakan suatu ‘cabang’ buat sekian lama dalam hidup saya. Tanpa lagu-lagu yang disiapkan dalam senarai main, tak lengkap seharian rasanya.
Musixmatch sudah menjadi peneman setia dari dulu. Versi Android tanpa iklan menjadi pilihan. Ianya adalah satu regu yang melengkapi Spotify. Tanpanya Spotify berlagu tiada beriringan dengan seni kata.
Namun tahukah anda Musixmatch juga mempunyai versi desktop? Ya, dan ianya meskipun tampak ringkas sahaja, akan tetapi ia menjadi pengiring Spotify yang terbaik. Kali ini barulah boleh karaoke dengan lirik!
Kalau anda gunakan adblock, sila nyahaktif ia terlebih dahulu. Anda akan dibawa ke laman Microsoft. Klik pada ‘Get the app’, dan Windows Store akan terbuka, seperti di bawah.
Apabila ia selesai dipasang, klik ‘Launch’.
Antaramuka seperti berikut akan terpapar.
Klik pada butang menu sebelah atas – kanan. Log masuk menggunakan akaun Facebook atau Google anda (mana-mana yang anda gunakan bagi log masuk untuk Spotify).
Cuba mainkan lagu. Lirik akan segera dipaparkan pada Musixmatch.
Antaramuka aplikasi ini boleh dibesarkan, dan disaizkan semula mengikut kemahuan pengguna. Tidak banyak tetapan yang boleh diubah, pendek kata anda boleh besar atau kecilkan ia, boleh tukar lirik kepada full atau compact mode, boleh ubah lirik, dan… ya, itu sahaja.
Aplikasi ini terdapat untuk Windows, Mac, dan Linux.
Oh ya, untuk anda yang ingin tahu senarai main yang saya tunjukkan dalam gambar-gambar di atas, ianya adalah From The Twisted Mind of Arya Putra. Follow ok! Heheh.
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya terpanggil untuk membuat satu artikel berkisar topik psikososial. Untuk artikel hari ini saya akan menulis topik yang lebih ringan dan secara peribadinya, antara asas penting dan banyak berkait rapat dalam aspek kefungsian dan sains tingkahlaku manusia. Dalam topik pada hari ini, saya akan menerangkan mengenai 5 tahap atau fasa seseorang individu dalam menghadapi kesedihan. Model ini telah diasaskan oleh ahli psikiatrik Switzerland iaitu Kubler-Ross di dalam bukunya yang bertajuk “On Death and Dying”. Setiap individu tidak semestinya akan mempunyai kitaran penerimaan yang sama, mahupun melalui kesemua kitaran ini. Namun, dari segi asas sains tingkahlaku, kitaran ini masih dianggap sesuai. Walaupun pelbagai pendapat berbeza telah direkodkan, namun teori ini dianggap yang paling popular.
Pertama sekali, saya akan senaraikan dahulu 5 tahap ini supaya secara ringkas supaya anda para pembaca akan lebih mudah memahami komponen-kompoen yang ada di dalam fasa ini sepanjang anda meneruskan pembacaan. 1- Tidak Menerima(denial) 2- Marah (anger) 3- Tawar Menawar(bargaining) 4- Kemurungan(depression) 5- Penerimaan(acceptance)
Tahap Pertama Tidak Menerima
Pada pertama kali manusia menerima berita tentang kehilangan atau perkara yang menyakitkan, manusia cenderung untuk menidakkannya. Ini adalah normal dan merupakan suatu mekanisma beladiri. Namun, tahap ini kebiasaannya cumalah sementara kerana tahap pertama ini hanyalah cubaan untuk lari dari realiti yang lambat laun akan tiba jua. Ketika ini sebarang cubaan untuk menenangkan atau berbincang dengan individu ini mungkin tidak akan membuahkan hasil kerana mereka telah menutup sepenuhnya minda dan penerimaan mereka terhadap dunia luar. Mereka masih percaya kesakitan tersebut akan berlalu pergi dan semuanya akan kembali pulih seperti sediakala dalam masa yang singkat.
Tahap Kedua Marah
Pada tahap ini, individu tersebut sudah mampu menerima realiti yang berlaku, Apa yang telah berlaku tidak dapat dielakkan. Kesannya juga sudah dapat dirasai oleh mereka secara perlahan-lahan. Contohnya, isteri yang kehilangan suami sudah mula terasa beban untuk menyara keluarga setelah ketua keluarga sudah tiada. Mereka akan marah, kecewa dan mula menyalahkan setiap pihak walaupun pihak tersebut cuba membantu mereka. Malah, mereka juga akan mula menyalahkan takdir, tuhan malahan perkara dan kelakuan lampau mereka atau individu yang telah pergi. Perasaan marah ini seringkali menjadi respon kedua dalam tindakbalas emosi manusia. Dalam konteks tahap menghadapi kehilangan ini, perasaan marah itu muncul setelah kesan pengasingan diri mereka dari dunia luar ketika proses menyangkal realiti mulai pudar. Mereka akan merasakan hidup mereka tidak adil dan mengapa orang lain tidak mengalami apa yang mereka yang mereka alami.
Tahap Ketiga Tawar Menawar
Tawar menawar di sini bermaksud individu yang menghadapi kehilangan ini akan mula mencari alternatif untuk cuba mengembalikan keadaan seperti sediakala. Sesetengah pakar juga menggelarkan tahap ini sebagai harapan palsu buat mangsa. Individu ini akan mula bernazar, mula mendekatkan diri kepada tuhan dan pelbagai lagi perkara. Contohnya, mereka mula berpandangan sekiranya mereka melakukan suatu perkara, pasti perkara yang mereka kehendaki akan datang sendiri. Memori lama juga mungkin akan sering bermain di fikiran. “kalaulah aku keluar buat ini, pasti itu tidak terjadi”.
Tahap Keempat Kemurungan
Pada tahap ini, mangsa mula menerima dan memahami apa yang telah terjadi telah terjadi dan tak mungkin akan terundur kembali. Mereka akan mula merasakan penyesalan, kesedihan dan putus harapan. Selalunya individu yang sedang melalui kemurungan ini akan mengurung diri dan memutuskan hubungan dengan dunia luar dalam harapan untuk mengurangkan kesakitan yang sedang dihadapi. Pada tahap ini, sebagai individu rapat, tiada guna juga untuk cuba menghiburkan mangsa kerana kesedihan dan kesakitan itu perlu dilalui juga. Sebagai penyokong, anda cukup sekadar meyakinkan mereka bahawa anda sedia membantu mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan. Cuma pastikan bahawa mangsa tidak mula bertindak di luar kawalan dan terjerumus ke dalam perangkap cubaan membunuh diri. Mereka harus dibiarkan mencari kekuatan sendiri sekiranya mereka tidak menunjukkan tanda-tanda mereka memerlukan bantuan.
Tahap Kelima Penerimaan
Tahap penerimaan bukan bermakna mangsa telah “pulih”. Tidak juga bermakna mereka gembira dengan kehilangan yang dihadapi. Mereka sudah boleh menerima realiti yang baru dan mula meninggalkan realiti lama. Emosi mereka sudah mula stabil dan mereka kini lebih mampu untuk memulakan hidup seperti sediakala. Mereka masih merasakan kesedihan, namun kesediahan mereka tidak lagi berbentuk kesedihan yang menganggu kefungsian mereka seharian. Mereka akan mula memikirkan memori-memori manis sepanjang sebelum kehilangan, dan juga memori-memori yang menyakitkan. Namun. memori manis akan lebih dirasakan bernilai daripada memori pahit. Mereka kini sudah bersedia untuk membina memori baru.
Sekian sahaja penerangan ringkas daripada saya. Amat sayang perkara asas seperti ini hampir tidak diberi perhatian oleh para penggiat seni tempatan. Tidak hairan lah skrip dan plot drama mahupun filem tempatan dirasakan terlalu dongeng dan tak masuk akal. Sudah tiba masanya para pembuat skrip dan pengarah membuat kerja rumah dalam menghasilkan karya. Sampai bila nak suruh kayu dan nasi lemak pakai uniform, pakai props dan baca sahaja dialog? Pelakon dan penggiat seni haruslah jadi ubi yang berisi. Walau rupa tidak segah, namun berisi dan bernilai. Jangan setakat jadi pokok krismas saja. Dihias untuk sekian waktu, dikerumuni bila tegap dan montok, namun dibuang dan tidak diingati bila layu dan tua malah dibuang sepi di tepi perigi. Biarlah diri mampu menjadi isi, mengenyangkan perut mereka yang lapar dan mencari.
Anda mengahadpi masalah dan tidak mempunyai tempat untuk mengadu? Malu untuk bercerita pada teman rapat dan orang dikenali? Stress? Kemurungan? Ada perasaan untuk membunuh diri? Jangan terburu-buru mengambil tindakan sendiri. Masih ada yang sudi mendengar dan membantu. Layari laman web Befrienders Malaysia atau hubungi mereka di talian 03-7956 8144 . Talian dibuka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Atau tinggalkan komen di halaman ini atau PM admin. Saya sudi mendengar.
Sekatan internet bukan perkara baru. Negara China menjadi pelopor kepada The Great Firewall of China, sebuah sistem dinding api yang memantau serta menyekat laman-laman web tertentu dari diakses oleh rakyat negara tersebut.
Penyelesaiannya sudah tentulah dengan menggunakan VPN, namun kerajaan negara China mengarahkan pula beberapa syarikat penyedia servis VPN untuk menutup operasinya, sekaligus membunuh suara demokrasi.
Namun VPN adalah alat, dan alat bukan hanya ada satu jenis sahaja yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan. Dengan itu saya memperkenalkan kepada anda, Alkasir.
Apa Itu Alkasir?
Alkasir ialah sejenis alat atau tool yang boleh digunakan untuk melepasi sekatan-sekatan internet. Berasal dari transliterasi perkataan الكاسر yang bermaksud ‘pemecah’, Alkasir berfungsi dengan cara mencipta satu terowong terenkripsi terus ke pelayan proksi mereka menggunakan Shadow Socks, sejenis solusi Socks5 bersumber terbuka.
Untuk melindungi trafik dari dapat ‘dibaca’ oleh pihak ketiga, ia menggunakan obfs4.
2. Ekstrak fail yang telah dimuat turun. Satu fail .exe akan kelihatan. Klik pada fail tersebut untuk melancarkan klien.
3. Ia akan berada di bahagian tray, klik pada ikon, dan pilih ‘Open in web browser’.
4. Anda akan dapat lihat paparan seperti berikut. Klik pada Continue.
5. Pilih bahasa dan negara. Klik Continue.
6. Klik ‘Copy to clipboard’.
7. Seterusnya pasang extension melalui pautan yang diberikan (dalam langkah 6).
8. Tampal kod pelayar yang telah disalin (juga dalam langkah 6) ke dalam kotak dan tekan Enter.
9. Anda boleh periksa Alkasir berfungsi atau tidak dengan mengklik pada extension yang telah siap dipasang.
Pro dan Kontra
Pro,
1. Tak perlu langkah yang rumit untuk menetapkannya (setup).
2. Pelayaran masih laju seperti biasa.
3. Dapat melepasi sekatan dengan baik.
Kon,
1. Hanya serasi dengan pelayar web Google Chrome sahaja.
2. Bukan dicipta untuk membuka kesemua laman web. Hanya laman tertentu sahaja. Laman yang banyak menggunakan bandwidth contohnya YouTube, sekiranya disekat di negara tersebut (China, sebagai contoh) tidak dapat dibuka.
3. Bukan dicipta dengan tujuan sebagai anonymizer, seperti VPN.
Hai, saya lagi. Tak boring ke asyik baca tips je? Buat ke tak tips-tips kami kongsi ni? Tak kan baca saja kot? ???
Untuk artikel ini, saya akan bercerita mengenai aplikasi yang popular bagi pengguna Android, iaitu aplikasi Youtube. Youtube merupakan laman sesawang perkongsian video yang paling popular setakat ini. Hampir semua peranti pintar mudah alih hadir dengan aplikasi Youtube siap terpasang.
Namun, di zaman kapitalis ini, tidak dapat tidak syarikat-syarikat besar akan menggunakan pengguna percuma untuk mengaut keuntungan. Google juga tidak terkecuali. Dengan aplikasi biasa Youtube, anda tidak boleh menggunakan background play pada peranti anda semasa menonton video.
Maknanya, jika semasa anda menonton video dan tiba-tiba ada mesej masuk, anda terpaksa menutup aplikasi Youtube untuk membalas mesej tersebut dan kemudian sambung semula video setelah membalas mesej. Melecehkan bukan? Itu tak cerita lagi tentang iklan yang menyampuk di tengah-tengah video. Kadang-kadang, video 10 minit sampai ada 3 iklan!
Ironinya, background play ada disediakan di dalam aplikasi Youtube Red tanpa perlu menggunakan sebarang mod. Malahan, pengguna Youtube Red juga tidak akan diganggu iklan semasa menonton video. Tapi…Youtube Red mesti dibayar. Tak ada benda free di dunia ni tau?
Oleh itu, anda sebagai pengguna bijak dan celik IT, apa yang boleh anda lakukan? Saya perkenalkan, iYTBP – injected YouTube Background Playback. Sebuah lagi mod daripada forum XDA. Menariknya, mod ini boleh juga digunakan untuk pengguna yang tidak mempunyai akses root. TAK ADA ROOT PUN BOLEH GUNA!!!
Perhatian : Ini adalah modifikasi untuk peranti anda. Anda sendiri memilih untuk melakukan modifikasi ini. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tertumpahkan kopi anda, terlepas jam loceng, ataupun perang nuklear setelah melakukan modifikasi ini.
Tanpa membuang masa, saya akan memberi tips untuk menggunakan mod ini.
Untuk Pengguna Root:
1) Tuju ke forum asal di XDA. Admin tidak akan meletakkan link download kerana itu menyalahi etika antara pembangun. Sila lawati thread asal dan pilih pakej yang anda kehendaki. Saya andaikan anda telah pun mempunyai TWRP pada peranti anda. Untuk pengguna root, anda mempunyai lebih banyak pilihan.
Anda boleh memilih samada untuk menggunakan mod asal ataupun mod alternatif yang mana juga disertakan di dalam thread yang sama tapi oleh pembangun yang berlainan. Saya menggunakan mod alternatif iaitu versi Vanced yang juga disertakan dengan 2 pilihan warna tambahan iaitu warna Merah-Kelabu dan Hitam-Kelabu. Berbanding warna asal aplikasi Youtube iaitu Merah-Putih.
2) Secara peribadinya, saya lebih menggemari versi Vance kerana ia lebih cekap menghalang iklan dan lebih mudah dipasang. Cuma flash sahaja menggunakan TWRP. Yang penting, anda mesti mengetahui apakah architecture peranti anda dan berapakah ratio skrin peranti anda utnuk mendapatkan aplikasi yang sesuai dan mengelakkan masalah dalam proses pemasangan.
pada komen #2, terdapat versi alternatif iaitu versi Vance
3) Untuk versi Vance, pastikan anda download file .zip yang disediakan. File .zip ini akan berfungsi sebagai installer bagi mod anda.
4) Kemudian, pilih versi Yotube anda yang anda kehendaki. Anda boleh memilih samada Youtube yang mempunyai tema, atau yang menggunakan warna asal yang tidak diletakkan di dalam folder. Perhatikan, versi untuk non-root juga disediakan.
5) Setelah selesai download kedua-dua bahan tadi, anda perlu letakkan kedua-dua bahan ini pada tempat yang betul. Untuk .apk, pastikan anda letakkan di dalam folder “Download” di dalam internal storage anda. Manakala .zip pula, letakkan di internal storage anda di luar daripada mana-mana folder.
6) Setelah itu, reboot ke TWRP dan flash file .zip anda. Ingat, sekiranya anda salah meletakkan lokasi .apk anda, pemasangan tidak akan berjaya. Oleh itu, setelah anda reboot semula ke system, tiada aplikasi Youtube akan terpasang kerana installer tadi akan menyahpasang aplikasi Youtube sedia ada secara automatik untuk memberi ruang kepada aplikasi yang telah dimod tadi.
Untuk Pengguna Tanpa Root:
1) Langkah untuk anda adalah lebih kurang sama. Anda perlu pergi ke link asal thread di XDA dan skrol ke bawah untuk versi Vance. Pilih versi Youtube yang sesuai dengan peranti anda dan download dari folder “NON-ROOT-VERSION-BY-LAURA-ALMEIDA”.
2) Untuk pengguna tanpa root, mengambil kira risiko yang anda tidak mahu ambil atas faktor keberanian, tahap skil, atau sebab-sebab peribadi, pembangun telah memudahkan anda. Anda tidak perlu tahu architectre peranti anda. Cuma pilih warna sahaja. ???
3) Enable “Installation from unknown source” pada peranti anda di dalam “Developer Setting”. Gunakan file explorer dan pasangkan .apk yang telah anda download tadi. Notis penting, untuk pengguna tanpa root, dengan mod ini, anda tidak akan boleh login akaun Google anda pada Youtube. Untuk menanggani isu ini, anda perlu download .apk tambahan MicroG-for-iYTBP dan pasangkan pada peranti seperti .apk Youtube tadi.
untuk pengguna tanpa root, dengan mod ini, anda tidak akan boleh login akaun Google anda pada Youtube. Untuk menangani isu ini, anda perlu download .apk tambahan MicroG-for-iYTBP dan pasangkan pada peranti seperti .apk Youtube tadi.
Itu sahaja daripada saya pada kali ini, selamat mencuba!
Hai. Bertemu lagi kita di sini. Buat apa kat sini? Pening baca instruction dekat forum XDA ke? Hahaha… ok, jangan takut jangan khawatir, itu kentut bukan petir. Ohoi! Hahaha…
Ok, tanpa membuang masa lagi, terima lah tutorial daripada saya untuk memasang mod audio pada peranti android anda. Jangan risau, saya akan cuba memudahkan dan ringkaskan tutorial ini sebaik mungkin untuk anda. Jadi, tak perlulah anda pening-pening lagi.
Nota penting : Mod ini memerlukan root, busybox dan TWRP dipasang pada peranti android anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akses root, maaf, anda tidak dapat menggunakan mod ini. Admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tertumpah kopi, terlepas jam loceng, atau perang nuklear selepas anda memasang mod ini. Segala permasalahan sila kemukan di forum XDA milik pembangun mod ini.
Sekiranya Tanpa Menggunakan PC :
1) Download pakej Magnum Opus™ di forum XDA. Admin tidak akan meletakkan link download kerana itu menyalahi etika antara pembangun. Sila lawati thread asal dan klik dari sana.
2) Copy .zip Magnum Opus™ yang telah anda download ke internal storage anda. Buka .zip anda dan pergi ke folder “getting_started”.
3) Kemudian, buka folder “your_system” sekiranya anda ingin memilih sendiri modul audio yang anda inginkan. Di dalam folder ini, terdapat file “arise_customize.prop” yang anda perlu edit untuk langkah pemasangan melalui TWRP. Atau anda boleh memilih “arise_customize.prop” daripada folder “OUR_SYSTEM” yang mengandungi preset yang telah dibuat khas oleh para pembangun yang berlainan untuk memenuhi citarasa mereka.
preset yang telah siap diedit
4) Extract/copy file “arise_customize.prop” ke internal storage anda. Sekiranya anda memilih dari preset di dalam folder “OUR_SYSTEM” tadi, langkau ke langkah terakhir. Sekiranya anda ingin mengedit sendiri .prop mengikut citarasa anda, teruskan ke langkah seterusnya.
5) Buka file “arise_customize.prop” menggunakan text editor pilihan anda. Masukkan nilai “true” pada mana-mana modul yang anda kehendaki. Tapi INGAT! “install.core=” hendaklah sentiasa “true” untuk pemasangan kali pertama. Sekiranya anda ingin menukar atau manambah modul lain selepas pemasangan kali pertama, “install.core=” hendaklah dibiarkan kosong bagi mengelakkan percanggahan pemasangan. Akhir sekali save edit anda.
edit pada modul yang anda inginkan
6) Selepas itu, reboot ke TWRP, dan flash .zip Magnum Opus™ yang telah anda download mula-mula tadi. Jangan lupa disable atau freeze aplikasi AudioFX atau MusicFX pada peranti anda sekiranya ada kerana ia akan bercanggah dengan mod audio ini. Bagi modul ViPER4Arise pula, tick dan untick pada “Master Power” sehingga anda lihat semua status normal pada “Driver Status”.
jangan risau untuk bahagian Processing ni. Processing hanya akan bermula bila anda memainkan audio.
Sekiranya Menggunakan PC :
1) Sekiranya menggunakan PC, langkahnya tidak banyak berbeza. Anda tetap perlu copy .zip Magnum Opus ke dalam internal storage anda. Bezanya, anda boleh extract dahulu “arise_customize.prop” ke PC anda kemudian edit menggunakan text editor pilihan anda menggunakan skrin monitor yang lebih besar berbanding peranti mudah alih anda. Admin menggunakan Notepad++.
lebih selesa edit dengan skrin besar kan? 😀
2) Setelah selesai mengedit, save, dan copy “arise_customize.prop” anda ke internal storage. Teruskan ke TWRP dan flash .zip Magnum Opus™ anda.
Kembali lagi untuk tips-tips berguna bagi pembaca. Daripada seorang pengguna, untuk pengguna. Untuk artikel kali ini, saya akan menyentuh topik audio pada peranti android anda.
Pernahkah anda perasan, selepas anda menggunakan custom ROM pada peranti android anda, kualiti dan kelantangan maksimum pembesar suara telefon anda menjadi kurang? Dalam erti kata lain, speaker anda lost power selepas menggunakan custom ROM. Masalah ini mungkin akan lebih ketara pada peranti dengan pembesar suara stereo dengan dua pembesar suara pada peranti anda.
Sekiranya ya, kini anda tidak perlu risau lagi. Kerana dengan menggunakan mod audio daripada ARISE Sound System™, anda boleh memilih dan memasang pelbagai modul audio untuk digunakan bersama peranti anda dalam satu pakej pemasangan mod audio yang lengkap. Modul-modul yang terdapat dalam pakej ini termasuklah modul-modul audio Dolby Surround, Sony Music, ICEsound dan Viper4Android. Masing-masing dengan pemprosesan audio berkuasa mereka sendiri.
Bagi pengguna peranti daripada Xiaomi juga, masalah pengurangan kelantangan bunyi ini mungkin akan sangat ketara bagi anda kerana di dalam stock MIUI, Xiaomi menggunakan modul audio Dirac yang berfungsi untuk menujah kemampuan pembesar suara kecil mencapai tahap kelantangan yang setara dengan pembesar suara lebih besar. Jadi, sekiranya anda inginkan peranti kecil anda menghasilkan bunyi yang lebih lantang, jangan ketinggalan untuk memasang modul Dirac. Tidak kira samada anda menggunakan peranti Xiaomi ataupun peranti android daripada pengeluar lain kerana projek mod audio daripada ARISE Sound System™ ini menjamin compatibility dengan pelbagai peranti, termasuklah juga untuk yang menggunakan Magisk.
Akhir kata, sekiranya anda telah banyak melabur untuk mendapatkan headphone ataupun earphone dengan harga dan kualiti premium, adalah sangat rugi sekiranya anda masih memainkan musik anda dengan peranti yang mempunyai kuasa pemprosesan audio yang terhad. Jadi, apa tunggu lagi? Maksimakan kemampuan peranti anda. Jangan sia-siakan saja headphone mahal-mahal tu. Haha…
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus
Syukur dan Alhamdulillah, akhirnya bertemu jodoh dengan OnePlus 5.
Jadi apa yang menarik dengan OnePlus 5 ni? Bagus sangat ka? Berbaloi ka?
Teruskan membaca sambil mengunyah makanan dan menyedut minuman (jangan bagi tumpah pula, tak pasal² semut pun turut menyertai ampa baca artikel ini ?).
OnePlus 5, merupakan produk OnePlus yang ke-6 selepas OnePlus One, 2, X, 3 dan 3T.
Kenapa product ke-6, tapi produk yang terkini nombor 5? Boleh la tanya dekatCarl Pei
Istimewanya OnePlus 5 ini, satu model untuk semua, iaitu A5000. Tidak seperti model sebelum2 ini ada A3010, A3003 kerana OnePlus telah mengabungkan kesemua band. Menarik kan?
Macam biasa, saya ceritakan spesifikasi OnePlus 5 ni :
Info Secara Am
Warna : Midnight Black, Slate Gray dan Soft Gold (Edisi Terhad. OnePlus, are you in ketum? hahaha).
Dimensi : 154.2 x 74.1 x 7.25 mm.
Berat : 153g.
Bahan : Anodized Aluminum.
Sistem operasi : OxygenOS dan HydrogenOS (bagi pasaran China).
CPU : Qualcomm® Snapdragon™ 835 (Octa-core, 10nm, up to 2.45GHz).
GPU : Adreno 540.
RAM : 6/8GB LPDDR4X.
Stor Penyimpanan : 64/128GB UFS 2.1 2-LANE.
Cahaya Pemberitahuan : RGB LED notification light.
Ports : USB 2.0, Type-C, Support USB Audio, OTG, Dual nano-SIM slot dan 3.5mm audio jack.
Bateri : 3,300 mAh (non-removable) dan mempunyai sokongan Dash Charge (5V 4A).
Buttons : Capacitive hardware keys and on-screen navigation support dan Alert Slide.
Audio : Bottom-facing speaker, 3-microphone with noise cancellation, Support AANC, Dirac HD Sound®, dan Dirac Power Sound®.
Info Perhubungan
LTE/LTE-A : DL 3CA/256QAM, UL CA/64QAM, menyokong hingga DL CAT12/ UL CAT13(600Mbps/150Mbps) (bergantung pada sokongan pihak telco negara tersebut).
Bands : FDD LTE: Band 1/2/3/4/5/7/8/12/17/18/19/20/25/26/28/29/30/66, TDD LTE: Band 38/39/40/41, TD-SCDMA: Band 34/39, UMTS(WCDMA): Band 1/2/4/5/8, CDMA EVDO: BC0, dan GSM: 850/900/1800/1900 MHz.
Bluetooth : Bluetooth 5.0, support aptX & aptX HD.
NFC : Ada.
Kedudukan : GPS, GLONASS, Galileo, BeiDou.
Info Paparan
Saiz : 5.5-inci.
Resolusi : 1080P Full HD (1920 x 1080 pixels) 401ppi.
Aspect Ratio : 16:9.
Jenis : Optic AMOLED, menyokong sRGB, DCI-P3.
Cover Glass : 2.5D Corning® Gorilla® Glass 5.
Ciri² : Reading Mode, Night Mode, Lift Up Mode, dan Ambient Display.
Info Kamera Belakang Wide-Angle
Sensor : Sony IMX 398.
Megapixels : 16.
Saiz Pixel : 1.12 µm.
EIS (Electronic Image Stabilization) : Ada.
OIS (Optical Image Stabilization) : Tiada.
Autofocus : DCAF (Dual Camera Autofocus).
Aperture : f/1.7.
Info Kamera Belakang Telephoto
Sensor : Sony IMX 350.
Megapixels : 20.
Saiz Pixel : 1.0 µm.
Autofocus : PDAF (Phase Detection Autofocus).
Aperture : f/2.6.
OIS (Optical Image Stabilization) : Tiada.
Info Tambahan Kamera Belakang
Video : 4K resolution video at 30fps, 1080P resolution video at 30fps dan 60fps, 720P resolution video at 30fps, Slow Motion 720p videos at 120fps, dan Time-Lapse.
Ciri² : Portrait, Pro Mode, Panorama, HDR, HQ, Dynamic Denoise, Clear Image, dan RAW Image.
Video : 1080P resolution video at 30fps, 720P resolution video at 30fps dan Time-Lapse.
Ciri² : HDR, Screen Flash, Smile Capture, dan Face Beauty.
Barang yang terdapat dalam kotak
Seketul OnePlus 5.
Screen Protector (dipasang siap pada OP5).
1x Dash Type-C Cable (bukan jenis flat, kalau nak jenis flat boleh cari penjual dekat kumpulan Facebook OnePlus Android Community (Malaysia)).
1x Dash Power Adapter (benda ni akan bertukar jadi Super Saiyan Dash yang membuat OnePlus 5 mendapat Dash Charge lalu menjadi Super Saiyan God! ?).
1x SIM Tray Ejector.
1x Quick Start Guide (rata² pengguna mana nak baca buku ni, dasar pemalas ?).
Itu sahaja spesifikasi OnePlus 5. Jika ampa nak lagi detail, boleh rujuk laman sesawang OnePlus atau GSM Arena dan paling teliti, Forum OnePlus(dalam perjalanan nak lengkapkan maklumat yang ada ). Sedikit kecewa kerana kapasiti bateri OnePlus 5 ialah 3,300 mAh (beb, OnePlus 3T3,400mAh bateri dia ?) dan warna bateri masih Hitam (kembalikan warna bateri Merah! ?).
Bagaimana nak dapatkan OnePlus 5?
Anda boleh dapatkan OnePlus 5 sama ada belian online ataupun belian kedai.
Anda juga boleh menyertai kumpulan Facebook OnePlus, di situ terdapat ramai penjual yang menjual OnePlus 5 (produk lain pun ada ?) : OnePlus Android Community (Malaysia).
Dalam artikel ulasan OnePlus 5 ni, saya akan menyentuh Dwi-Kamera, Design, Dash Charge, dan Rangkaian.
Dwi-Kamera
Sepasang kamera sedang memerhati ampa, hati² ya ?.
OnePlus 5 merupakan model pertama OnePlus yang menggunakan dwi-kamera. Dwi-Kamera ni telah menjadi trend dimana semua produk telefon pintar mula mengeluarkan peranti yang mempunya dwi-kamera. Tapi sayang kamera OnePlus 5 tiada OIS (Optical Image Stabilization), hanya ada EIS (Electronic Image Stabilization).
Kamera OnePlus 5 mempunyai ciri² seperti Portrait Mode, Smart Capture dan Pro Mode.
Portrait Mode : Teknologi dwi-kamera bagi kita focus subjek dan latar belakang jadi samar² dan memberikan kesan yang mengagumkan ?(tapi tidak sempurna seperti iPhone 7 Plus dan peranti yang mempunyai satu kamera pun boleh buat juga, kalau kena dengan teknik dan cara pasti boleh ?).
Smart Capture : Perisian yang pintar dapat mengesan pelbagai keadaan secara automatik serta dalam diam mengoptimumkan untuk ketepatan dan kejelasan.
Pro mode : Merupakan mode baru untuk OnePlus 5 (jika dekat peranti OnePlus lain, nama dia Manual Mode) yang membenarkan kita untuk mengubah ISO, shutter speed,manual focus dan banyak lagi. Menarik mode ini, ada histogram secara langsung, panduan garisan tegak, simpanan RAW (RAW ni macam bahan mentah la, dengan dia ni boleh buat macam² hohoho) dan boleh simpan Preset jadi tak perlu nak tetapkan semula tetapan.
Effortless Clarity : Gambar boleh tahan clear apabila kita zoom.
Faster Autofocus (Fast AF) : Dengan sistem dwi-kamera serta perisian yang pintar bergabung untuk mengukur jarak dan mencari fokus yang sempurna dengan sekelip mata. 40% lagi laju daripada OnePlus 3T.
Large Aperture : Dapat menangkap gambar dengan jelas pada bila² masa sahaja, terima kasih kepada aperture besar, iaitu f/1.7 serta shutter speed juga lebih cepat.
Ini la rupa aplikasi Kamera OnePlus 5, Manual Mode dah bertukar kepada Pro Mode serta ada penambahan Protrait (Bokeh).
Ini pula antaramuka pengguna aplikasi Kamera. Banyak kan tetapan dia tu? (abaikan rim CE28 yang tak basuh lagi tu huhuhu).
Ni sedikit gambar kamera belakang menggunakan OnePlus 5
Gambar ini diambil menggunakan mode Normal.
Gambar ini diambil menggunakan mode HQ.
Gambar ini diambil menggunakan mode HDR.
Ini merupakan gambar yang dah dizoomkan sebanyak 8x.
Ini pula gambar yang diambil dengan mode Portrait a.k.a bokeh la.
Ini pula gambar yang diambil pada waktu malam (gerak luu, apa² roger ?).
Ni juga gambar yang diambil pada waktu malam (ye la malam, gelap kan tu ?).
Ini pula sedikit rakaman video 4K yang saya rakam dekat Campus MSU, untuk menguji EIS (Electronic Image Stabilization) yang ditambah dalam kemaskini OxygenOS 4.5.8.
Sekali tengok macam tengah main game la (dia punya lag tu alahai).
Saya suka kestabilan video 4K dari OnePlus 5, kiranya EIS (Electronic Image Stabilization) ni buat kerja, tak makan gaji buta, tak goyang kaki hahaha.
Cuma ada la kalau perasan sebelum saya zoom 8x tu, ada sedikit lag (macam main game la pula ?)
Untuk rakaman video kualiti yang lain, boleh lihat video bawah ni, pak janggut ni pi buat perbezaan kamera iPhone 7 Plus pula ? (depa guna sistem operasi yang lama, abaikan yang video 4K tu hihihi).
Nota tambahan : OnePlus 5 juga mendapat markah dari DxOMark sebanyak 87, dan mendapat tempat ke-4. Boleh lihat keputusan di sini > OnePlus 5 review: A serious shooter Design
Untuk maklumat ampa, sensor NFC dekat bawah dwi-kamera tu.
Skrin dia macam 3/3T kan?
Speaker OnePlus 5 ada 5 lubang, manakala 3/3T ada 6 lubang, tapi OnePlus 5 kuat lagi
Pandangan sisi belah kanan
Pandangan sisi belah kiri
Pandangan screen hadapan dekat sikit. Kalau perasan ada dua bulat sensor diantara kamera dan speaker
Home button pun lebih kurang macam 3/3T kan?
Rata² mengatakan design dia macam iPhone 7 Plus malah ada yang mengatakan ini iPhone Clone hahaha. Ya tidak dinafikan lagi, rekabentuk dia memang nak sama macam iPhone 7 Plus. Tapi bukan OnePlus sahaja yang bentuk macam iPhone, ada juga produk lain yang nak sama macam mereka seperti abang OnePlus, OPPO R11 dan R11 Plus, Nubia Z17, dan peranti yang lain yang menggunakan teknologi dwi-kamera yang kedudukan kamera seperti iPhone ?.
Saya pernah pegang dan rasa iPhone 7 Plus, dan beza weh bila pegang iPhone 7 Plus dan OnePlus 5.
Beza kedua² peranti ni pada sisi tepi dan belakang. Saya rasa OnePlus 5 sedap lagi pegang.
Bila uji kamera, ya iPhone 7 Plus (setelah mendapat beberapa kemaskini) kamera dia cantik, lagi² gambar bokeh manakala OnePlus 5, tewas tipis pada gambar bokeh (ada cacat sikit hahaha)
Oh ya, model OnePlus 5 saya ini 8GB RAM dan 128GB Stor Penyimpanan dan berwarna Midnight Black (bukan warna edisi terhad dah ?). Ada dua lagi warna iaitu Slate Grey (juga terdapat 8GB RAM dan 128GB Stor Penyimpanan) dan Soft Gold (hanya 6GB RAM dan 64GB Stor Penyimpanan). Kredit gambar GSMArena dan PhoneArena.
Warna Slate Gray lawa juga bagi saya, tapi Midnight Black tetap pilihan hati ?.
Ini pula warna Edisi Terhad, Soft Gold (OnePlus, are you guys in Ketum?), maka ketawa la pengguna OnePlus 3/3T bila warna Soft Gold OnePlus 5 sebagai Edisi Terhad ?.
Dash Charge
Dash Charge pada OnePlus 5, durasi video ini 1 jam, telah dilajukan menggunakan Adobe Premier Pro CC 2017.
Konsep Dash Charge pada OnePlus 5 sama macam OnePlus 3 dan 3T yang mana ia akan menyerap haba dari peranti kepada charger tersebut dan bertukar menjadi Super Saiyan Dash (SSD) yang mengalirkan tenaga birunya pada peranti. Setelah mencapai 90%, ia akan perlahan² berkurang sampai bateri 100% (Kalau laju dari mula sampai habis, meletup kang nanti ?).
Video dibawah menunjukan kelajuan Dash Charge dengan model lain, termasuk abang dia OnePlus 3T (apa punya adik ni hahaha).
Rangkaian
Gambar pinjam ?
OnePlus 5 merupakan peranti yang menyokong hampir 34 bands rangkaian seluruh dunia malah dwi-SIM yang berhubung dengan serentak (contoh SIM 1 guna data, SIM 2 menerima panggilan, macam tu la) serta ampa boleh masukkan mana² kad SIM tanpa ada masalah. Sesetengah peranti terkunci dengan telco yang ditetapkan.
Info Tambahan
Ini merupakan versi terkini OxygenOS pada OnePlus 5
Ini OnePlus Launcher yang terkini (boleh kemaskini dekat Google Play Store)
Calibration baru, DCI-P3 pada OnePlus 5 (OnePlus 3/3T boleh juga guna dengan sedikit modifikasi kerana ketiga² peranti ini menggunakan paparan skrin AMOLED yang sama).
Ini yang menarik, boleh pilih getaran macam mana ampa nak ?.
Tetapan Penyimpanan OTG dipindahkan kat Settings>Advanced.
Seperti biasa, PROS and CONS mengenai OnePlus 5 ini (pendapat saya lah):
Pros
Pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 835.
8GB RAM.
Ada 3.5mm audio jack ?.
Dwi-kamera.
Bluetooth 5.0.
Semestinya Dash Charge.
Quick Pay (Fungsi lebih kurang macam Apple Pay, Samsung Pay).
Rakaman 4K terbaik (Kemaskini OxygenOS 4.5.8).
Mikrofon menangkap suara lebih baik dari OnePlus 3T.
Cons
Tidak sebenarnya zoom 2x.
Tiada teknologi OIS (Optical Image Stabilization).
Bateri 3,300 mAh, sedangkan OnePlus 3T bateri 3,400 mAh.
Midnight Black tidak menjadi warna edisi terhad manakala Soft Gold pula menjadi edisi terhad.
Isu Jelly Scrolling kerana kabel display berada dibawah (bagi saya, effect secara langsung tu hahaha)
Itu sahaja pendapat saya mengenai OnePlus 5. Maaf sekiranya ada salah maklumat dan pendapat saya bercanggah dengan pendapat ampa semua. Bagi saya OnePlus 5 ini terbaik dan kamera dia lawa dan focus dia tidak pening seperti OnePlus 3 dan 3T.
Ramai orang mengatakan OnePlus tidak seperti dulu, dan sokongan kemaskini pun tidak begitu lama. Macam Apple walaupun peranti lama tidak dapat menerima kemaskini terkini dan kena naik-taraf peranti untuk merasai kemaskini baru tersebut, tetapi Apple tidak mengabaikan produk lama mereka kecuali sudah mencapai had perkakasan. Adakah sebab OnePlus ini syarikat kecil? Hmm.
Lain orang, lain pendapat mereka kan? Sekiranya ada pendapat, pertanyaan, tinggalkan komen di bawah ye? Terima kasih kerana dapat baca sampai habis ulasan saya yang tak seberapa ini. ?
Netflix sebagai yang kita tahu tidak pernah berhenti berkembang. Sejak mula memasuki Malaysia, Netflix telah menjadi satu saingan kepada industri penyiaran. iflix adalah satu manifestasi kejayaan Netflix ini, di mana ia menjadi ‘Netflix Versi Malaysia‘ yang terbaik setakat ini.
Tetapi Netflix tidak terhenti setakat mengembangkan sayapnya di Malaysia. Terkini, mereka mula menambah ke dalam katalog penstriman mereka akan kandungan-kandungan dari Malaysia. Nampaknya, iflix sudah perlu meningkat gandakan usaha mereka dalam menandingi Netflix. Saingan kini sudah semakin sengit dan hangat.
Setakat ini, Netflix telah menambah lima siri dan filem dari Malaysia, yang telah disediakan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd.
Antara yang bakal ditayangkan ialah sebuah filem bertajuk Sejoli: Misi Mencantas Cinta, yang dibintangi oleh Maya Karin dan Bront Palarae. Terdapat juga siri drama Cina bertajuk ‘Persona’, bakal tersedia untuk distrim pada 14 Ogos, dan filem ‘KL Zombi’, serta ‘Rembat’. Antara drama yang akan dimasukkan juga ke dalam katalog ialah ‘Hati Perempuan’, yang akan dirilis pada 21 Ogos.
Buat anda yang masih belum melanggan tu, apa kata anda cuba hari ini. Pasti anda tidak akan menyesal kerana anda akan dapat mengikuti siri kegemaran anda paling ‘kurang’ pun dalam definisi tinggi (HD)!
Berita minggu ini digemparkan dengan kes jenayah ‘sukar’ di Itali yang membabitkan seorang model British iaitu Chloe Ayling, berusia 20 tahun yang mengatakan dia telah disuntik dadah dan diculik dalam cubaan untuk melelong beliau dalam ‘Deep Web‘.
Berikut adalah kronologi kes Chloe Ayling pada waktu beliau diculik.
Pekerjaan Model Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri
Menurut akaun Instagram Ayling, beliau memberi maklumat kepada polis, pada 10 Julai beliau pergi ke Milan untuk urusan fotografi, seperti yang diminta melalui ejennya.
Tidak jelas pada masa ini apakah jenis pekerjaan Ayling dan ejennya percaya beliau akan lakukan ‘kerja’ tersebut di Milan, sebuah bandar yang dianggap sebagai modal dunia fesyen. Apa yang jelas, seperti yang dia katakan, perjalanan bertukar mimpi ngeri seperti apa yang belaku dalam akaun Instagram beliau.
Ayling memberitahu polis bahawa beliau telah dihantar ke sebuah apartmen, dan apabila beliau tiba di situ, dua lelaki menyerangnya, dan Ayling dimasukkan ke dalam bag lalu dibawa keluar menggunakan sebuah kereta.
Polis mengatakan bahawa Ayling diberikan dadah ketamin dan ubat anestetik yang digunakan pada haiwan, yang juga berfungsi sebagai ubat pelali.
Polis menunjukkan contoh bagaimana Ayling disorokkan di dalam bag.
Dibawa Keluar, Dijadikan Hamba Dan Dilelong
Ayling memberitahu polis bahawa beliau dibawa ke Borgial, Itali, sebuah perkampungan berhampiran dengan sempadan Perancis, dan kemudian diborgol ke dada kayu di dalam bilik tidur sebuah pondok di sana.
Penculik itu dikatakan telah membuat usaha untuk melelongkan Ayling sebagai hamba seks di ‘Deep Web’ .
Mereka juga menggunakan akaun palsu meminta ejen model itu untuk wang berjumlah $300,000 bagi menghentikan lelongan tersebut, mendakwa mereka bekerja bagi pihak organisasi misteri yang dikenali sebagai ‘Black Death Group‘, demikian menurut kenyataan dari pihak berkuasa.
Black Death Group adalah sebuah rangkaian organisasi penyeludupan haram dalam talian, dan sebelum ini telah menganjurkan lelongan dalam talian untuk menjual wanita yang diculik di dalam laman Deep Web.
Dilepaskan Dengan Selamat
Sehari kemudian, Lukasz Pawel Herba, didakwa dengan penculikan untuk tujuan peras ugut.
Penyiasat mendapati bukti bahawa Herba mungkin pernah menganjurkan beberapa lelongan dalam talian bagi wanita-wanita yang diculik melalui iklan di mana dia didakwa menggambarkan wanita yang menjadi ‘bahan lelongan’ dan menetapkan harga permulaan.
Polis bagaimanapun mengatakan tidak jelas sama ada Herba benar-benar menculik wanita yang diiklankan, atau sama ada mereka benar-benar telah dijual atau pun tidak.
Polis Itali menggambarkan Herba sebagai ‘subjek berbahaya dengan aspek emosi’ yang mempunyai kecenderungan untuk mencederakan sesiapa sahaja.
Pihak polis berkata lagi bahawa kenyataan dari Herba tentang apa yang berlaku semasa penculikan adalah berbeza daripada Ayling, tetapi mereka tidak mengulas lanjut tentang perbezaan dalam ‘cerita’ mereka yang tersebut.
Lukasz Pawel Herba didakwa atas tuduhan penculikan dan ugutan.
Ayling menambah bahawa seorang lelaki memberitahu beliau dalam bahasa Inggeris bahawa bosnya kecewa kerana dia telah melihat di Instagram beberapa gambar yang menunjukkan model tersebut dengan bayi, dan ia bertentangan dengan ‘pegangan’ kumpulan tersebut dari ‘menculik ibu muda’.
Rangkaian organisasi tersebut sebelum ini tidak melelong wanita yang mengalami sakit parah, hamil, mempunyai STD atau ibu muda.
Saya bukan sentiasa menjadi peminat utama Junji Ito, tetapi komik beliau tetap saya beli walaupun tidak dibaca. Almaklum sajalah, watak-watak yang beliau lukis memang menakutkan!
Tetapi ada seorang cosplayer dari Jepun, iaitu Ikura yang ‘berseronok’ dengan mencipta semula karakter-karakter tersebut dengan menggunakan tubuh serta wajahnya sendiri.
Jom kita tengok, sambil kunyah popcorn, dan tak perlu lagi tidur malam yang nyenyak.
Amacam? Cukup mengerikan tak?
Kalau nak ikut lagi hasil ‘kerja’ beliau, boleh ikut beliau di sini.