OnePlus Buds Z, Dapat Kalahkan AirPods Pro? Betul atau Auta?

Bila sebut pasal TWS, terdapat pelbagai TWS yang murah dan mahal. Ada yang murah, tapi tak kena pula dengan citarasa manakala ada yang mahal, tapi bajet pulak menjadi halangan.

Bila jumpa TWS yang kena dengan citarasa, masalah lain pulak timbul. Adakah ia berfungsi macam biasa? Adakah ia bergantung pada perisian? Ada kemaskini firmware ka? dan sebagainya.

Nota: Ulasan ni merupakan pendapat peribadi kami dan mungkin/akan bercanggah dengan pendapat orang lain.

Terima kasih kepada pihak OnePlus Global Official Store kerana sudi memberi peluang pada pihak kami (OMG Hackers) untuk berkolaborasi dengan mereka mengenai OnePlus Buds Z ini.

Iklan Google

OnePlus Buds Z, merupakan TWS OnePlus yang ke-2 selepas OnePlus Buds yang keluar sekali dengan pelancaran OnePlus Nord pada tahun lepas.

Bagi yang baru kenal OnePlus, produk OnePlus amat mementingkan keluarga mereka sendiri. Sebagai contoh, pengecasan pantas bagi telefon OnePlus jika pakai pengecas OnePlus lagi cepat jika berbanding dengan pengecas lain.

Adakah OnePlus Buds Z sama?

Sebelum kami meneruskan ulasan kami, sila tengok video buka kotak kat bawah ni

Ini spesifikasi OnePlus Buds Z

Model E502A
Warna Putih / Edisi Steven Harrington
Ukuran Earbuds: 37.98mm*23.35mm

Sarung pengecas: 75mm*35.9mm*29.05mm

Berat Earbuds: 4.35g

Sarung pengecas: 40 g

Drivers 10mm dynamic
Sensitiviti Driver 97dB ± 3dB @ 1KHz
Peluh dan Tahan Air IP55
Versi Bluetooth 5.0
Jarak Wayarles 10 meter
Antaramuka pengecas Berwayar, USB Type-C (untuk sarung pengecas)
Ketahanan Penggunaan Hampir 5 jam (muzik)

Hampir 3 jam (panggilan telefon)

Hampir 20 jam (gabung)

Pengecas Pantas 10 minitbagi 3 jam (sarung pengecas + earbuds)
Kapasiti Bateri Per earbud: 40mAh

Sarung pengecas: 450mAh

Dalam Kotak OnePlus Buds Z earbuds

Sarung Pengecas OnePlus Buds Z

Buku panduan

Eartips silicon (S, M, L)

Kad jaminan dan keselamatan

Kabel pengecas USB Type-C


Sebelum tu kami lebih fokus pada OnePlus Buds Z, hanya beberapa bahagian akan sentuh sedikit perbandingan dengan AirPods Pro.

Serta ulasan ni dibuat setelah 2 minggu pakai OnePlus Buds Z, termasuk semasa memandu. (tak elok pakai semasa memandu, kecuali pakai sebelah ok kot. eh)

Rekabentuk
Untuk mengelak sebarang risiko, OnePlus memutuskan ambil rekabentuk seperti model lama yang mana mirip dengan AirPods Pro. Rekabentuk kali ni memudahkan pasang/cabut ketika pakai/buka kerana ada eartips silikon membantu ia duduk diam dekat telinga.

Iklan Google
Memandangkan ia ada batang, jadi jika buka topeng muka boleh tercabut

OnePlus Buds Z juga mempunyai IP55, jadi jika pakai semasa bersenam ka, berlari dalam hujan renyai ketika dengar lagu sedih tidak menjadi masalah tapi tidak disarankan buat begitu.

Sebab dah hujan, balik rumah atau cari tempat berteduh lah. Dah kenapa nak main hujan.

Fungsi
OnePlus Buds Z mempunyai fungsi kawalan audio iaitu tap dua kali dekat bahagian bulat warna kelabu. Ampa boleh tap dua kali sama ada nak play/pause atau next/previous.

Fungsi tap dua kali dekat earbuds agak menjengkelkan kerana memberi getaran pada telinga

Malang bagi pengguna iOS, ampa wajib sambungkan OnePlus Buds Z ni dahulu dengan telefon Android untuk ubah tetapan OnePlus Buds Z dekat aplikasi OnePlus Buds. Jika ampa tak guna telefon OnePlus, ampa boleh sedut aplikasi ini untuk ubah tetapan Buds Z (HeyMelody).

Iklan Google

Ampa juga boleh kemaskini firmware OnePlus Buds Z pada kedua-dua aplikasi tersebut.

Nota: OnePlus 6 Avengers kami dah mati, mujur ada Redmi S2 untuk tetapan dan kemaskini firmware Buds Z untuk disambung pada iPhone 11 Pro Max.

Bukan itu sahaja, terdapat sokongan Dolby Atmos tapi sayang hanya untuk OnePlus 7 dan ke atas sahaja.

Sambungan Bluetooth
OnePlus Buds Z ni sentiasa bersambung dengan iPhone 11 Pro Max kami dan jika pasang dekat komputer. (namun kadang-kadang ia alami masalah bunyi terputus)

Iklan Google
Bagi yang pakai OnePlus 7 dan ke atas dapat menikmati Dolby Atmos

OnePlus Buds Z mempunyai Bluetooth 5.0 serta menyokong kedua-dua codec, iaitu SBC dan AAC. Kami syukur sebab ada sokongan AAC kerana telefon OnePlus kami dah mati, jadi sambung dekat iPhone untuk menguji OnePlus Buds Z.

Serta OnePlus Buds Z mempunyai fungsi play/pause dan pakai/tanggal earbuds secara automatik serta sambungan ke telefon secara automatik. Bukan dekat telefon sahaja, dekat komputer pun sama.

Ketahanan Bateri
Seperti mana OnePlus bagitau ketahanan hampir 5 jam jika dengar muzik, kelihatan agak benar. Kami dapat hampir 5jam dengar lagu dekat Apple Music dan panggilan (mesyuarat dalam Microsoft Teams).

Dekat iOS hanya nampak status bateri earbuds sahaja manakala sarung pengecas tidak

Kami taktau bateri sarung pengecas tinggal berapa melainkan tunggu lampu penunjuk keluar warna merah atau sambung dekat Redmi S2 untuk tengok dekat aplikasi HeyMelody.

Terima kasih pengecasan pantas, tak perlu tunggu lama cas dia

Cas OnePlus Buds Z ni betul-betul laju, tak perlu tunggu lama. Kami guna 2 kaedah cas, satu pakai extension USB (macam gambar atas) satu lagi cas dekat komputer. (Mujur hang ada USB Type-A)

Tapi kami sentiasa cas pada waktu malam dan dekat tempat kerja akan cas dengan USB komputer sebab taktau bateri sarung pengecas ada berapa. Serta bagi yang lepas guna letak dalam sarung pengecas, takda hal lah.

Bunyi
Secara jujurnya, kali pertama kami pakai OnePlus Buds Z ni, terus jatuh cinta pandang pertama pada bunyi bass dia kerana AirPods Pro agak lemah bass dia, kecuali guna EQ dekat Spotify.

Apple Music dan Spotify dengan OnePlus Buds Z, tahap kelantangan bukan 80% sebab masa ni gambar lama. heh

Untuk menguji lebih adil, kami pilih Apple Music untuk perbandingan antara AirPods Pro dan OnePlus Buds Z dan EQ pada aplikasi tersebut ialah Late Night pada kelantangan 80%, boleh tahan kuat. (kami suruh Siri buat. hahaha)

Nota: Hasil keputusan kat bawah bergantung pada aplikasi dan lagu yang dipilih. Keputusan boleh berubah jika aplikasi dan lagu yang berbeza.

Eartips silikon OnePlus Buds Z kami tukar pakai yang AWEI X680BL, kononnya nak lagi selesa

OnePlus Buds Z menang dekat Bass. Mid dan Treble boleh tahan. Suara, drum dan paling penting gitar tidak terlindung disebalik bass dan drum.
OnePlus Buds Z kalah dekat bass, tapi mid dan treble dia cemerlang.

Mikrofon
Kualiti mikrofon OnePlus Buds Z ni boleh tahan la sebab terdapat bunyi bising dibelakang boleh dengar ketika bercakap. Tapi pihak yang dengar suara kita ok takda masalah.

Latensi ultra rendah dalam permainan, betoi ka ni?
Kami kalau main permainan mobil, memang tak percaya sangat dengan TWS. Kami lebih percaya pada berwayar kerana takda masalah latensi dan mana ada bateri.

Kami uji OnePlus Buds Z dekat PUBG Mobile. Terkejut takda masalah latensi

Sejak ada PC, kami dah tinggal dunia permainan mobil. Tapi untuk uji OnePlus Buds Z ni, kena pasang balik lah. Fuh banyak benda baru dalam PUBG Mobile.

Iklan Google

Nak masuk Training Room tak lepas sebab ada masalah nak sedut ‘fail permainan yang banyak’, jadi kami pun masuk berperang. Bunyi tapak kaki, tembakkan, letupan dan bunyi lain agak jelas dengar dan tak delay langsung.

Rancang nak uji sat ja, tapi berakhir dengan main 2 perlawanan.

Nota: AirPods Pro memang kami tak guna main permainan mobil. Jadi takda perbandingan dengan OnePlus Buds Z.

Bagus Tak bagus
✔️ Mampu milik ❌ Hanya SBC/AAC, tiada aptX
✔️ Selesa ❌ Fungsi app terhad (tiada aplikasi untuk iOS)
✔️ Pengecasan pantas
✔️ IP55
✔️ Play/pause dan pakai/tanggal earbuds secara automatik
✔️ Bluetooth 5.0
✔️ Dolby Atmos (terhad)


Berbaloi ka beli OnePlus Buds Z?

Jika nak cari TWS mampu milik yang latensi ultra rendah, ada sokongan SBC/AAC, fungsi sambungan/main automatik, IP55 dan pengecasan pantas, OnePlus Buds Z lah pilihan yang tepat.

Jika berkenan, sila klik pautan bawah untuk mulakan pembelian, harga dia RM138.45 (boleh tambah case sekali tau)
OnePlus Buds Z (potong harga 35% semasa artikel ini ditulis)

Sampai kat sini sahaja kami membuat ulasan mengenai OnePlus Buds Z dan terima kasih sekali lagi pada OnePlus Global Official Store kerana sudi memberi peluang untuk berkolaborasi.

Jumpa lagi pada ulasan yang akan datang. Jaga diri dan kesihatan!

Iklan Google
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img
Markah ini merupakan pendapat peribadi kami dan mungkin/akan bercanggah dengan pendapat orang lain.OnePlus Buds Z, Dapat Kalahkan AirPods Pro? Betul atau Auta?