Nvidia Shield TV Pro: Penanda Aras Terbaik Untuk Peranti Penstriman Terkini

Kebanyakan orang mencari media penstriman yang terbaik untuk diletakkan dalam rumah sebagai ‘hub’ hiburan sekeluarga. Terdapat banyak peranti penstriman di zaman ini, tetapi yang benar-benar menonjol kerana ciri, spesifikasi, serta prestasinya adalah Nvidia Shield Pro.

Saya berkesempatan mendapatkannya dan di sini biar saya beri tahu anda bahawa inilah antara peranti yang amat berbaloi saya beli di tahun 2021.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mari kita lihat dulu segmen buka kotaknya.

Jika anda hendak tahu spesifikasi penuhnya, saya sarankan anda baca sendiri di laman web rasmi: SHIELD TV Pro Streaming Media Player

Iklan Google

Apa yang anda perlu tahu tentang Nvidia Shield TV Pro? Ia merupakan peranti Android TV kategori premium yang menawarkan prestasi unggul dengan dikuasakan oleh Nvidia Tegra X1+ dan 3GB RAM. Storan dalaman yang ditawarkan ialah 16GB, tetapi boleh ditambah lagi melalui slot kad SD.

Saya membelinya pada harga RM989 menerusi seorang penjual. Ya, harganya adalah jauh lebih mahal berbanding Mi Box S yang masih saya miliki hingga kini. Sekarang Mi Box S saya gunakan sebagai peranti penstriman yang digabung bersama projector Lumos Ray untuk hiburan hujung minggu di ruang bilik tidur utama, manakala Shield TV Pro pula digunakan di ruang tamu.

Shield TV Pro merupakan satu peranti berbentuk agak ‘petak’ dan bersaiz besar. Casisnya diperbuat daripada plastik, tetapi kualiti tinggi dapat dirasakan pada hasil binaan akhir.

Shield TV Pro mempunyai model ‘standard’ yang lebih kecil iaitu Shield TV (tanpa Pro, duh), dan ia mempunyai beberapa kelebihan yang jelas, antaranya seperti ketersambungan. Shield TV Pro mempunyai dua port USB 3.0 Type-A, output HDMI 2.0, dan bicu Gigabit Ethernet. Bagaimanapun, anda perlu membeli sendiri kabel HDMI kerana ia tidak disediakan dalam kotak.

Peranti ini menggunakan alat kawalan jauh dengan reka bentuk segi tiga panjang. Agak sedikit sukar untuk membukanya pada permulaan bagi tujuan penukaran bateri, tetapi apabila sudah terbiasa, tiada masalah lagi.

Apa yang saya suka ialah butangnya mempunyai lampu berwarna putih yang akan menyala apabila dipegang.

Proses penetapan awal memakan masa yang sedikit panjang, kerana tidak seperti Mi Box S, pengguna perlu juga menanti tetapan khas Shield TV Pro oleh Nvidia untuk dikemaskini. Setelah saya salin akaun Google dari peranti Poco F3 ke Shield TV Pro, segalanya kembali terasa lancar apabila ia selesai boot ke home screen.

Home screen semestinya menggunakan paparan antaramuka Android TV yang mesra alat kawalan jauh dan navigasinya. Secara lalai, Shield TV Pro masih menggunakan Android 9, yang pada saya agak mengejutkan juga kerana peranti high end seperti ini seharusnya sudah dinaik taraf ke Android 10, sekurang-kurangnya.

Iklan Google

Seperti biasa, disebabkan ia adalah ‘certified Android TV device’ oleh Google, maka ia dipenuhi dengan aplikasi Google keluar-dari-kotak. Terdapat aplikasi penstriman lain juga (semestinya) seperti Netflix, tetapi anda boleh memasang dan menambah aplikasi lain dari Google Play Store.

Tetapi jika anda hanya inginkan sebuah peranti penstriman, maka Shield TV Pro ialah sebuah peranti yang agak ‘berlebihan’ untuk ciri itu. Jika anda inginkan pengalaman baru, maka ia akan dapat memberikan anda pengalaman tontonan yang luar dari kebiasaan, dengan ciri AI Upscaling yang mampu menaikkan resolusi HD kepada 4K.

Terus-terang, ciri AI Upscaling amatlah memuaskan hati. Saya menonton rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu di Netflix yang memaparkan resolusi HD, tetapi dengan AI Upscaling, resolusinya tampak lebih ‘tajam’, jelas, dan agak jitu. Inilah dia ciri moden yang membezakan antara Shield TV Pro dengan yang lainnya.

Iklan Google

Ciri audio juga sangat baik, jika anda mempunyai sistem bunyi sekeliling untuk menggunakannya. Shield TV Pro menyokong suite audio Dolby penuh, termasuk Dolby Atmos, ditambah bunyi sekeliling DTS-X (pass-through) dan main semula audio resolusi tinggi sehingga 24-bit/192 kHz melalui HDMI.

Iklan Google

Saya tiada kelengkapan audio dengan sokongan Dolby Atmos buat masa ini, tetapi jika kena dengan bajetnya, maka tidak perlu lagi berfikir panjang, pasti saya akan ‘sambar’ dan gabungkan dengan Shield TV Pro.

Saya bukanlah seorang ‘gamer’, maka peranti ini sememangnya agak ‘overkill’. Namun, jika anda ingin mendapatkan peranti penstriman dengan kebolehan gaming yang mantap, tiada calon lain lagi yang mampu memenuhi kriteria ini. Apa pun, anda masih memerlukan alat kawalan permainan yang boleh dibeli pada harga sekitar RM200+. Shield TV Pro menawarkan GeForce Now, iaitu sebuah perkhidmatan yang bolehlah disamakan dengan Google Stadia.

Konklusi

Pada pendapat saya, untuk kategori peranti penstriman, Nvidia Shield Pro akan dapat bertahan untuk masa yang lama, tambahan lagi dengan spesifikasinya yang tinggi, ia bukan sahaja sesuai untuk strim kandungan, malah juga untuk bermain permainan.

Kalau anda sudah lama menyimpan untuk membelinya, saya katakan: beli sahaja.

Iklan Google

Biar sekarang terasa sedikit menyesal kerana menghabiskan wang, tetapi untuk jangka masa panjang, anda boleh tersenyum puas setiap kali Shield TV Pro dihidupkan.

Anda boleh beli Nvidia Shield TV Pro di: Shopee

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img