Mr. Robot Menampilkan Android Backdoor ‘Flexispy’ Dalam Episod 3, SuperSU Juga Terlihat Beraksi

‘eps1.2_d3bug.mkv’ adalah episod dari siri Mr. Robot yang telah berjaya menunjukkan bahawa Android juga mempunyai aplikasi spyware, bahkan versi komersial (ia wujud). Watak bernama Tyrell Wellick dilihat telah memasang aplikasi dengan kebenaran root (SuperSU) untuk mencuri maklumat korporat dari pasangannya.

Berikut adalah paparan skrin dari episod tersebut. Erkkk, ye ye, memang saya malas nak edit. Tengok je lah tetingkap VLC tu ye.

Menurut Medium, mereka telah meneliti pelbagai tutorial di YouTube, namun tidak menemui aplikasi yang sama seperti paparan skrin di atas, dan setelah membuat carian mereka menemui Flexispy.
Flexispy ialah aplikasi spyware yang mampu membaca data di dalam telefon pintar tanpa dapat diketahui pemiliknya. Ia seakan keylogger pada PC, cuma ia tampak lebih ‘elegan’ dengan penampilan SuperSU (lihat paparan skrin) yang memberikan akses root kepada aplikasi tersebut.
Apa yang menarik, aplikasi ini juga akan mengingatkan pengguna untuk menyembunyikan ikon SuperSU dari app drawer supaya peranti tidak disyaki telahpun dipasangkan pepijat.
Ia juga menunjukkan penggodam hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk memasang aplikasi ini, dan jika anda bayangkan, peranti anda sudah sedia root, bermakna separuh kerja sudah selesai, serta penggodam tidak perlu pula menyembunyikan ikon SuperSU tersebut dek kerana anda sendiri yang memasang aplikasi itu.
Jika anda masih belum menonton episod ini, silalah berbuat demikian. Anda pasti teruja.
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img