Memalukan! Ciapan Jelek Di Akaun Twitter Rasmi SKMM

Akaun Twitter Rasmi SKMM Didakwa Adalah Akaun Individu Yang Dibeli

Memalukan! Itulah ungkapan yang sesuai diucapkan melalui pendedahan isu penuh kontroversi semalam di laman Twitter rasmi SKMM. Sejurus selepas SKMM membuat ciapan supaya warganet bersopan dalam mengutarakan pandangan di alam  maya, para warganet bertindak balas dengan menjejaki kesemua ciapan lampau SKMM dan hasilnya, tidak begitu bagus.

Dua darjat

 

Ciapan-ciapan di laman Twitter rasmi SKMM, terutama sekali daripada tempoh tahun 2013-2014 didapati penuh dengan ungkapan tidak senonoh, kasar, perkauman dan tidak beradab. Pada mulanya, warganet menyangka ia adalah berita palsu atau sekadar imej gubahan komputer. Namun, setelah lebih banyak semakan dibuat, perkara tersebut didapati memang benar diciap oleh akaun rasmi SKMM!

Jelas sekali ciapan individu…
Tak cukup 1, dia bagi 3

 

Keadaan bertambah buruk apabila semakin ramai warganet turut serta dalam menggali kesemua ciapan lampau SKMM yang kelihatan seperti ia ciapan daripada akaun individu, bukan akaun rasmi badan berkanun. Tambah melucukan, warganet sempat lagi menoreh luka lama apabila berjaya mengorek sebuah kisah cinta yang tidak kesampaian.

Ya, kami setuju, ‘SKMM’
Line slow ke tu???
Bicara dua jiwa…
Penuh ranjau duri percintaan…
Sebuah kisah yang tinggal kisah…

Dalam kekalutan ini semalam, seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @NazruiHakim tampil membuat pengakuan bahawasanya akaun rasmi SKMM tersebut pada asalnya adalah milik beliau dan telah dijual kepada seorang lagi pengguna Twitter yang lain bernama akaun @/SaidOsem. Nampaknya SKMM juga tidak lagi dengan perangai sub di bawah sub? Adakah ini bermakna seorang individu telah membeli akaun Twitter individu yang lain, dan kemudiannya SKMM telah membeli pula akaun ini daripada orang tengah ini?

Pengakuan daripada seorang pengguna Twitter individu

Banyak yang jadi persoalan di sini dan tindakan pantas SKMM menutup akaun rasmi Twitter mereka semalam seolah-olah tindakan panik dalam usaha untuk mengawal kerosakan. Katalah apa pun SKMM, zaman ini bukan seperti zaman dahulu. Bukti dan jejak digital ada di mana-mana. Ini bukan lagi zaman di mana anda boleh sapu sampah ke bawah karpet dan berharap orang tidak akan menjumpainya. Tahi kalau ditutup tetapkan busuk.

Iklan Google

Kenyataan rasmi SKMM di laman Facebook mereka juga menyatakan akaun mereka telah diceroboh. Diceroboh? Setahu saya lah, ciapan di Twitter tidak boleh digubah. Anda hanya boleh memadam sahaja. Kalau ciapan jelik itu ciapan terkini, boleh lah dikatakan ia diceroboh. Tapi sekarang kita bicara ciapan lampau, bertahun lamanya! Masakan tidak perasan melainkan benar SKMM membeli akaun tersebut daripada individu pemilik asal kesemua ciapan jelik tersebut.

?

 

Ini sangat ironi, badan yang sepatutnya menjaga dan mengawal selia kesejahteraan laman maya dan telekomunikasi amnya, sebaliknya menjadi tahi dan duri kepada visi dan misi organisasi sendiri. Bak kata pepatah, kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Muka tak cantik, pipi tersorong-sorong. Mengata orang dia yang lebih. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Buat alasan pula umpama katak bawah tempurung. Ingat, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Ikut lah resmi padi, makin berisi makin tunduk. Jangan jadi seperti ulat mahu menjadi naga. Isu rangkaian telco pun gagal tanggani, tak perlulah bersusah payah turun padang mencari salah rakyat jelata. Kalau ada pegawai lebih, baiklah suruh sahaja pegawai buat ujian kualiti rangkaian di lapangan…

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img