Meizu Kembali Ke Malaysia Dengan Swap Asia Sebagai Pengedar Eksklusif

Meizu mentakrifkan semula pengalaman telefon pintar di Malaysia dengan empat model terbaharu, promosi eksklusif, dan perlindungan peranti yang dipertingkatkan.

Kuala Lumpur, 10 Disember 2024 — Penantian sudah berakhir! SWAP Asia, peneraju dalam inovasi rantaian bekalan dan perkhidmatan nilai tambahan, dengan bangganya membawa Meizu kembali ke Malaysia sebagai pengedar rasminya. Terkenal untuk penyampaian teknologi termaju pada nilai yang tiada tandingan, Meizu bersedia untuk mentakrifkan semula pasaran telefon pintar di Malaysia. Dengan empat model mengagumkan yang memenuhi pelbagai keperluan dan belanjawan, rakyat Malaysia boleh menantikan ketibaan inovasi baharu yang digandingkan dengan tawaran dan perlindungan yang terhebat.

Kerjasama SWAP Asia dengan Meizu menandakan permulaan bab yang baharu bagi jenama tersebut di Malaysia dengan pengenalan telefon pintar yang menggabungkan prestasi lancar dengan reka bentuk anggun dan kuasa AI. Dikuasakan dengan Flyme OS, peranti Android terbaharu ini menawarkan pengalaman pengguna intuitif yang dipertingkatkan lagi dengan kamera canggih dan penyelesaian bateri pintar.

“Kami sangat teruja untuk dilantik sebagai pengedar rasmi Meizu di Malaysia. Kerjasama ini menandakan satu kejayaan yang mengujakan dengan peluang untuk memperkenalkan pelbagai ekosistem Dream Smart inovatif yang bermula dengan telefon pintar Meizu ke pasaran. Kami berharap untuk mentakrifkan semula pengalaman telefon pintar untuk rakyat Malaysia dengan nilai luar biasa Meizu dan teknologi yang tiada bandingan,” kata Raymond Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan SWAP Asia.

Iklan Google

Barisan model telefon pintar Meizu yang boleh didapatkan di Malaysia termasuk:

Iklan Google
  1. Meizu Note 21

Gabungan sempurna prestasi dan kemampumilikan, Meizu Note 21 menawarkan paparan HD+ 6.74” dan cipset Unisoc T606 untuk operasi yang lancar. Bateri 6000mAh yang teguh dengan pengecasan pantas 18W memastikan penggunaan tanpa gangguan. Dengan kamera utama 50MP dan kamera hadapan 8MP, pengguna boleh merakam momen terbaik kehidupan. Berharga RM549, ia boleh didapati dalam warna Titan Blue, Titan Black dan Angel White.

  1. Meizu Note 21 Pro

Direka bentuk untuk mereka yang mahukan yang lebih , Note 21 Pro menawarkan paparan FHD+ 6.78” dengan kadar penyegaran 120Hz untuk menghasilkan visual yang menakjubkan. Dikuasakan oleh cipset Mediatek G99, ia menampilkan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 30W. Kamera utama 64MP dan kamera hadapan 13MP menjadikan model ini pilihan yang menonjol, berharga RM699 dan tersedia dalam warna Hawkeye Blue, Hitam dan Putih.

  1. Meizu Mblu 21

Pada harga RM399, Mblu 21 membuktikan bahawa kemampumilikan tidak semestinya menjejaskan kualiti. Didatangkan dengan paparan HD 6.79”, cipset Unisoc T606 dan teknologi Smart Engine memanjangkan hayat bateri untuk kebolehpercayaan yang menjimatkan kos. Kamera utama 13MP memastikan gambar yang jelas, manakala kamera hadapan 8MP sesuai untuk panggilan video dan swafoto. Tersedia dalam warna Oceanic Blue, Pearl White dan Stellar Black.

  1. Meizu 21 (256GB)/ (512 GB)

Peranti utama Meizu 21 menggabungkan teknologi termaju dan reka bentuk yang diperhalusi. Menampilkan paparan AMOLED 6.55” dengan kadar penyegaran 120Hz dan visual HDR10+, ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 3. Sistem tiga kameranya termasuk penderia utama 200MP untuk foto dan video berkualiti profesional. Pada harga RM1,999 untuk 256GB dan RM2,299 untuk 512GB, Meizu 21 boleh didapati dalam warna Infinite Black, Dynamic Purple dan Meizu White.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna, SWAP Asia memperkenalkan Swap Protect, pelan perlindungan peranti yang menawarkan jaminan lanjutan 1 tahun di samping waranti standard Meizu 1 tahun untuk jaminan keseluruhan selama 2 tahun dan perlindungan skrin tahun pertama untuk satu keretakan skrin.

Mulai hari ini, rakyat Malaysia boleh meneroka barisan penuh Meizu di semua pengedar sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan untuk mencari pengedar sah, sila layari https://swap-asia.com/brands/meizu/.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img