Buletin Jejes : Masih Ketegaq, Data Tentera Indonesia Pula Diserang. Jejes ML Sekadar Bangga Membalas Dengan Data Pelajar SPM
Siri Kedua #OpsGanyang baru sahaja selesai. Serangan bermula tepat jam 12 tengah malam semalam. Gandingan bersama DragonForce dan RileksCrew telah berjaya memecah masuk dan membocorkan maklumat ID tentera negara Indonesia. Sebanyak lebih 20 ribu data tentera TNI dibocorkan dan telah dibuang ke laman sesawang. Menariknya, data yang dibocorkan lengkap dengan nama, nombor ID, nombor telefon, pangkat tentera dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai maklumat sulit tahap tinggi.
Semakan setakat ini mendapati laman yang digodam masih lagi tidak berfungsi dan gagal dipulihkan. Pemerintah dan rakyat negara jiran masih lagi berdiam diri dengan isu penghinaan terhadap KDYMM Malaysia dan ini membakar perasaan rakyat Malaysia yang cintakan tanahair.
Amaran keras telah dibunyikan agar jangan menjolok sarang tebuan. Malaysia adalah negara kedua terkuat di ASEAN dalam kesiapsiagaan keselamatan siber dan berada di kelompok 10 teratas di peringkat global. Hejes Indonesia nampaknya telah salah nilai dalam kejayaan mereka deface laman web rasmi ATM.
Buat yang tidak tahu, atau yang sibuk nak mengulas tentang keselamatan siber ATM bermodalkan ilmu bernilai 1 sen, ATM sangat bersedia dalam hal ini. Untuk bayangan mudah, bayangkan data ATM berada di dalam istana. Di luar istana ada laman istana. Untuk masuk ke laman istana, perlu melalui pagar utama. Untuk sampai ke pagar utama, perlu melepasi pagar besar dengan pengawal istana. Deface laman web rasmi ATM adalah seumpama mencuri papan tanda “Susur Masuk ke Istana 500m Di Hadapan”.
Bertindak balas dengan serangan ini, hejes IndoMie menyebarkan pula tangkap layar data yang kononnya bersifat “maklumat ketenteraan”. Sekilas pandang, ya, data tersebut adalah benar data ‘military’. Royal ‘Military‘ College. Sekolah tentera untuk pelajar di tahap SPM. Data yang terdedah adalah nama, nombor kad pengenalan dan juga alamat emel. Saya tak tahu apa mereka mahu dengan data sebegini. Mungkin untuk menambah kenalan ke dalam skuad ML dan PUBG?