Sunday, 5 October 2025
UtamaBeritaLagi Individu Dakwa Jual Data Daftar Pengundi SPR

Lagi Individu Dakwa Jual Data Daftar Pengundi SPR

Views: 0

Sudah beberapa kali juga rasanya kami kongsikan di laman ini dan juga laman Facebook kami tentang penjualan data SPR di forum jual beli data.

Kini, individu yang mendakwa individu sama daripada RF membuka jualan baru data segar maklumat pengundi dari data SPR. Menurutnya lagi, data ini adalah berbeza daripada data lama yang dijual dahulu.

Soroti kembali, SPR sendiri pun sememangnya menjual data daftar pengundi mereka secara terbuka. Terbaru, data untuk daftar pengundi bagi PRN Johor baru-baru ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada data yang dijual individu ini asli atau tidak. Namun begitu, sampel yang diletakkan di hantarannya ada meletakkan data maklumat asli.

Tambahnya lagi, data yang berjumlah sebanyak 800,000 data pengguna itu diambil daripada data portal MySPR berdaftar. Data mengandungi nama profil, nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat penuh, emel, kata laluan, tarikh lahir dan gambar pengguna.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttps://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com
Artikel Berkaitan
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Paling Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x