Saturday, 20 September 2025
UtamaEditorialKenapa Kejahilan Sentiasa Menang?

Kenapa Kejahilan Sentiasa Menang?

Views: 7

Bila kami beri cadangan proses penebusan subsidi bahan api menerusi aplikasi Setel, inilah antara komen sumbang yang kami terima. Bukan sahaja kepada kami, malah kepada rakan-rakan media teknologi yang lain juga. Pasti ada komen membangkang yang penuh keyakinan.

Bagi mereka, komen mereka sajalah yang paling benar, misterius, tahu apa yang orang lain tak tahu dan penyelamat dunia. Dalam fantasi mereka, merekalah James Bond, Ejen Ali, BoboiBoy, Agent 47 dan Men In Black. Tahu apa yang orang lain tak tahu. Bergerak dalam bayang-bayang. Kaya pengetahuan bertaraf ‘yang tahu je tahu’.

Orang sebegini sangat ramai dan menjadi kanser dalam masyarakat. Mereka membiak dalam kumpulan tertutup. Sekali keluar ke masyarakt umum, menjangkiti ramai orang dengan cepat. Manusia lain yang miskin pencapaian akan mudah dijangkiti. Mereka tiada apa yang boleh dibanggakan dalam hidup mereka. Jadi bila boleh memberi komen tahap “YTJT”, sudah cukup membuatkan mereka rasa seperti hero. Bila ditanya, jawapan popular sudah semestinya “belajar lebih lagi”. Kononnya mereklah yang paling berilmu dan berada di makam tertinggi.

Mereka ini akan mudah berada dalam kultus masing-masing dengan pemikiran berkelompok. Mudah saja untuk cam mereka. Sesama mereka akan mempunyai fikiran dan idea yang sama. Malah, mereka akan menyokong sesama sendiri. Pemikiran mereka tidak unik, hanya mengulang saja sebarang buah fikiran dan idea ketua kultus mereka. Sebab itulah mereka sangat ampuh dibuat sebagai bidak gerakan politik, ajaran sesat dan sindiket penipuan. Apa yang ketua mereka kata, mereka juga kata. Persis kakak tua.

Bila kita bercakap pasal Setel, aplikasi, IoT, AI, superapps, eKYC, My Digital ID dan banyak lagi teknologi rangkaian bersama pendigitalan data. Boleh-boleh mereka tanya “Dah tu mykad nak cucuk kat HP ke?”. Saya pun tak tahulah nak jawab ke menangis.

Jauh lagi perjalanan bangsa kita kalau macam ni…

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttps://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com
RELATED ARTICLES
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Most Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x