Akaun Google bukan sekadar digunakan hanya semata untuk log masuk ke peranti Android, bahkan padanya adalah portal atau pusat untuk kesemua servis Google. Dari Gmail, Google Drive, Google Photos, Contacts, Password Manager, akaun saluran YouTube, dan sebagainya lagi, menggunakan akaun Google sebagai satu ‘kunci’ untuk membuka kesemuanya.
Untuk penduduk AS pula, mereka ada ‘tambahan’ perkhidmatan (semestinya) seperti Google Fi untuk servis telefon, Google Fiber untuk akses internet, dan Google Pay untuk kemudahan pembayaran.
Bagaimana jika ‘kunci’ tersebut dirampas? Atau hilang? Atau… dihapuskan/dinyahaktif oleh pihak Google sendiri?
Sebagaimana yang pernah kami dedahkan sedikit masa dahulu, sistem sokongan sama ada dari Google, mahupun Facebook sendiri adalah ‘wack‘, atau dalam erti kata lain amat melelahkan.
Akaun Facebook atau page anda digodam? Semoga berjaya dapatkannya kembali.
Antara kes terbaru bulan lepas, pemaju Terraria, Andrew Spinks juga terkunci keluar dari akaun Google miliknya kerana dianggap melakukan pelanggaran syarat perkhidmatan YouTube.
Tindakan itu menyebabkan pembatalan sementara permainannya yang sangat popular untuk platform penstriman permainan Google Stadia.
Dalam sesetengah kes, ada akaun digantung sementara untuk membantu pemilik akaun itu sendiri, contohnya jika ia digodam, mereka dapat melindungi data sendiri. Dalam kebanyakan kes lain, pelanggan perkhidmatan Google tidak tahu mengapa akaun mereka digantung secara tiba-tiba.
Di masa ini, kita bukan lagi takut kepada pencuri identiti, atau penggodam yang mengambil alih akaun kita. Sebaliknya kita takut kepada sistem syarikat besar seperti Google, yang kononnya direka sedemikian rupa untuk melindungi pengguna, tetapi apa yang berlaku, ia bukan sahaja menyukarkan, bahkan juga menakutkan terutamanya kepada pengguna yang kurang dikenali ramai.
Untuk golongan ‘influencers‘ atau pembangun aplikasi terkenal, suara mereka mudah tular, mudah didengari oleh pihak Google.
Untuk individu biasa pula, selamat maju jaya hendaknya.
Sumber: https://twitter.com/__ChrisR__/status/1368955992105484290
@madebygoogle @gmail @GooglePay @Android @androidcentral @AndroidAuth @AndroidPolice My near decade old @Google account was disabled. Can't pay @googlefi or @googlefiberhelp bills. Years of @googledrive files and memories gone. Please, help me get this seen by someone at Google. pic.twitter.com/gyUAgJYLNl
— Chris (@__ChrisR__) March 8, 2021