Keterbukaan Internet dan Kebebasan Bersuara Jadi Tanda Tanya Dengan Langkah Penapisan DNS Internet Malaysia
Antara laman yang disekat SKMM adalah laman pasaran gelap seperti RaidForums. Ia dipenuhi dengan iklan menjual data bocor yang digodam daripada laman kerajaan. Walaupun terdapat aktiviti haram, ia adalah antara tempat rujukan bagi kes kebocoran data.
Apabila ia disekat, maka tindakan pelaporan jadi semakin lambat kerana tidak boleh diakses secara awam. Agensi yang terlibat pula dah tentu akan tutup kes jika ada. Mana tidaknya, bila dah kantoi pun dia boleh buat tak nampak. Apatah lagi bila dah siap-siap ditutup.
Tapi itulah. Gaya bercakap orang otak biru ni, bila bercerita tentang laman disekat ni, itu sajalah yang dia tahu. Orang bercakap tentang kebebasan internet, dia tak habis-habis ungkit tentang “nak tengok laman biru” dia tu. Kita ni akan suka bercakap benda yang kita suka buat. Jadi, kalau boleh, janganlah menyampuk di luar topik.
Malaysia walaupun sebuah negara yang kecil, tetap menjadi tumpuan utama di peringkat global. Tidak hanya terkenal kerana kejayaan kita seperti kejayaan Petronas dan Sime Darby. Kita juga terkenal dengan beberapa berita yang tidak sedap didengar seperti skandal jenayah 1MDB, tragedi MH370 dan juga kawalan kebebasan bersuara. Indeks Kebebasan Media kita juga telah merudum 34 anak tangga dan tidak lagi jadi yang terbaik ASEAN.
Oh ya, laman media MalaysiaKini pun pernah disekat oleh SKMM juga dulu. Agak ironi apabila orang yang dulu bising-bising tentang kebebasan internet, tapi hari ini bukan main berlagak holier than thou tentang sekatan internet. Sampaikan kritikan pun dipadamkan. 🤭