Suatu waktu dahulu, Jupiter adalah satu aplikasi wajib pasang pada distro Linux kerana ia adalah satu-satunya aplikasi yang mampu membantu mengawal suhu laptop/PC secara berinteraksi dengan parameter sistem operasi.
Namun selepas rilisnya Ubuntu versi ‘Raring Ringtail’, projek Jupiter tampak tenggelam. Mungkin sudah ‘tiada lagi’ projek ini dijalankan? Tidak pasti ke mana pembangunnya, ke mana hala tuju projek tersebut, apa yang pasti suhu panas seolah ‘bugs’ tetap pada distro Linux, tambahan yang berasaskan Ubuntu mahupun Ubuntu itu sendiri.
Jadi di sini para pengguna Linux perlukan sesuatu yang baru. Maka ketika ini, satu projek baru menampakkan sinarnya iaitu TLP, telah pun muncul sebagai penyelamat.
Apa yang anda perlu lakukan cuma buka Terminal, jangan merungut, dan masukkan baris perintah di bawah untuk memasangnya:
sudo add-apt-repository ppa:linrunner/tlp
sudo apt-get update
sudo apt-get install tlp tlp-rdw
sudo apt-get install xsensors