Kaedah Untuk Login Ke Blog Dengan 100 Akaun Gmail!

Assalamualaikum semua The Hykerz dan pembaca sekalian..

Kali ni, Hac nak kongsi kaedah seperti tajuk di atas, setelah akaun gmail
Stori Mori Torkonang Juo telah digodam dan beliau tidak lagi dapat mengakses ke blognya sehingga memaksa beliau untuk buat kembali blog tersebut dengan alamat blog yang berbeza disini..SADIS! Jadi entry kali ni Mr.Hac dedikasikan untuk beliau..kesian beb..

Jadi untuk mengelakkan hal ini berlaku lagi, Hac nak ajar korang semua cara nak login ke blog korang dengan 100 akaun gmail beserta dengan taraf admin daripada akaun gmail yang asal..
haa? boleh ke? boleh la!

Jom kita mulakan pembelajaran!

Iklan Google

– Buat akaun Gmail lagi satu (khas untuk kecemasan)

– Bila dah siap, mulakan dengan login ke akaun blog anda di http://www.blogger.com
(masukkan emel asal)

– Masuk ke Settings > Permissions

– Tekan ‘Add Authors’ dan masukkan alamat emel Gmail baru yang korang dah buat sebentar tadi

– Tekan ‘Invite’

– Setelah tu LOGOUT dahulu akaun gmail asal yang masih AKTIF ketika itu..

– Kemudian login ke akaun Gmail kedua tadi (akaun Gmail yang baru tu la..ok?)

– Korang akan menerima satu emel yang mengandungi pautan (link) yang menuju ke jemputan (invitation) dari blog korang sebagai penulis jemputan (author)

Iklan Google

– korang klik pautan tu dan korang akan dibawa ke satu borang (form), isi borang tu, dan klik untuk terima undangan dari ‘owner’ asal blog tadi (yang semestinya korang la kan?heheh..)

Iklan Google

– Ok..sekarang korang dah boleh login dengan 2 Gmail akaun setelah akaun Gmail kedua tadi berjaya dibawa ke dashboard..haha..

– Untuk menukar akaun emel kedua tu kepada Admin (yang semestinya dapat mengakses ke semua tempat dalam blog) LOGOUT dahulu akaun kedua tadi dan login semula dengan Gmail asal..

– Seperti biasa pergi pada Settings > Permissions

Iklan Google

– Klik pada ‘grant admin privileges’, pada nama akaun gmail kedua tadi..

-NAH! sekarang korang dah ada dua akaun Gmail yang dapat mengakses kesemua tempat dalam blog korang!

– Kalau nak masukkan 100 alamat emel, ulang proses diatas sebanyak 99 kali dengan 99 lagi akaun Gmail!

Amacam? puas hati dengan penerangan Mr.Hac kali ni?
kalau puas hati sila la follow..heheheh..

Iklan Google

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

19 KOMEN

  1. sangat2 lah dihargai hac..akak pun akan cuba buat benda ni..manalah tahu..tetiba hac gatal tangan nak "gegurau" dgn blog akak pulak..!!!heee…Hac..harap agar adik amyratu suksess..

  2. ha3..nice trick hac…mmg bgs trick ni. tapi kalau kita letak widget profile. gambar takkan keluar. yang hanya keluar nama author jer.

  3. kaedah kat atas tu mr.hac tak cuba lagi..
    tu mr.hac teka je..hehehe..
    tapi apa yg penting, ko dapat masuk balik ke blog ko..
    daripada tak dapat masuk langsung kan?

  4. Mr hac..thanks bnyk2 atas info ni kerana dpt membantu ramai kwn2 blogger yg menghadapi masalah login ke acc blogger mereka..

    Terfikir jugak..kenapa la suka hack acc orang dan menyusahkan tuan blog tu yea?? Kesian la tuan blog tu..

    apa apa2 cara untuk halang acc blog kita tu dr di'hack' oleh org2 tak berkenaan tak?

  5. Satu2nya cara yang terbaik ialah dengan memantau aplikasi yang berada dalam komputer, tambahan lagi keylogger, kerana sudah terlalu banyak keylogger yang tidak dapat di-deteksi oleh antivirus sebagai 'spyware' product..

    Satu lagi kena tau apa itu Fake Login Page kerana ia sama sahaja dengan login page yang asal, bezanya fake login page ni dibuat oleh cracker untuk mendapatkan username dan kata laluan pengguna..

    hati2 la..dah ramai cracker kat luar sana yang buat kerja macam tu kerana nak sakitkan hati pemilik blog, atau nak dapatkan keuntungan hasil dari blog tersebut..

  6. Sama-sama bro..
    aku memang niat nak tolong kawan je..
    kalau aku nak cari populariti, baik aku buat blog macam Ben Asssshumm! :P
    Aih~ (marah la peminat2 dia kat aku)

  7. gunanya kalau akaun gmail kita kena godam, kita masih ada alternatif untuk login ke blog dengan emel yang lain..

    tak payah buat sampai 99..
    tu hanya perumpamaan..
    maknanya kita ada lagi 99 alternatif emel untuk digunakan sekiranya emel yang pertama kena godam..

    buat 2 atau 3 emel dah cukup..
    jangan lupa emel tu udah le..hehehe..

Ruangan komen telah ditutup.

spot_imgspot_img