Internet BlackOut Day Dirancang Pada 14 Ogos 2012

Lanjutan daripada tentangan yang diterima terhadap Seksyen 114A
Akta Keterangan 2012, kini CIJ Malaysia (Pusat Kewartawanan Bebas)
merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day
pada 14 Ogos 2012 kelak, yang mana lebih kepada menyedarkan pengguna
Internet berkenaan dengan impak negatif pindaan akta tersebut.

Bagi yang tidak mengetahui akan pindaan tersebut, Seksyen 114A,
berikut merupakan penerangan ringkas yang disediakan pihak CIJ Malaysia:

Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web
atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau
fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu
atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada
forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala
kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna
internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan
dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam
(hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan
menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web memaparkan pop-up
pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak,
untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus
halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.

 Sumber: http://amanz.my

Iklan Google
Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img