Anda sudah pernah mencuba Supertuxkart seperti yang telah diulas oleh Mr.Hac pada entri yang lepas? Jika belum, silalah mencuba kerana hari ini Mr.Hac membawakan kepada anda permainan (game) lain untuk anda pasang pada komputer.
Permainan yang dinamakan sebagai Hedgewars, merupakan klon atau remake kepada permainan Worms yang lama. Ketika zaman belajar dahulu, permainan Worms memang sangat addictive sehingga sanggup ponteng kuliah tu! Haha!
Tapi malangnya permainan Worms itu nampak seperti dah ditinggalkan (abandoned). Hanya ada satu-dua versi sahaja yang dibangunkan selepas Worms World Party. Kemudian, selepas mencuba Ubuntu dan Linux Mint pada komputer, Mr.Hac terjumpa pula dengan permainan Hedgewars ini. Tampak interaktif dan sedikit berbeza, kerana menggunakan landak (hedgehog) sebagai maskot atau watak utama yang memegang peranan dalam peperangan antara dua puak, ia sebenarnya tidak jauh beza dari Worms apabila menawarkan mimik suara yang sama.
Paparan antaramuka yang ringkas, mudah difahami dan menceriakan, merupakan ciri utama yang mampu menarik perhatian pemain baharu. Cuma kekurangan yang dapat dikesan mungkin hanya pada dialog sama yang sering diulang oleh landak-landak tersebut. Yang lain? Mr.Hac bagi ‘A++’!
Cubalah sendiri. Ianya permainan cross/multi platform apabila menyokong pelbagai jenis sistem operasi. Nampaknya perisian sumber terbuka sekali lagi bertindak baik apabila membuka ruang dan peluang kepada pengguna Windows untuk menikmati hasil kerja mereka. Sebaliknya pula yang berlaku kepada para pengguna sumber terbuka ini, apabila terpaksa membeli perisian sumber tertutup! Kalau tak beli, jangan harap nak guna! Haha..Sekadar renungan!
Hedgewars boleh dimuat turun di sini -> Hedgewars
Berikut beberapa paparan skrin untuk tatapan anda:
Mr.Hac:
Pain of a Serpent-Sword that flies into the Seventh-Sky
Witnessing the horrid battles and plights in Kayangan
The tears of the mournful Gods revealed all the weaknesses
Thy glory is at hand through Rites of Neraka thus prevailedCountless Ravens swarming into the heart of Pagan Men
As the weak shall be beheaded and Rejam into the Pit
Thee is standing proud howling at the Seventh-Sky
Thee is the One, “Akulah Jahannam…!”