Hantar Apa Jua Jenis Fail Menggunakan WhatsApp, Messenger, Dan Sebagainya

Seorang pembangun aplikasi dari XDA,  balamu96m, telah mencipta sebuah aplikasi yang mampu menghantar apa jua jenis fail yang anda mahu, menggunakan apa-apa medium yang muncul melalui pilihan yang sistem berikan.

Contoh paling mudah perkongsian fail apk melalui WhatsApp. Sudah lama kita menantikan ciri ini, namun entah kenapa Mark Zuckerberg sibuk hendak meniru Snapchat dalam semua aplikasi yang telah dibeli olehnya. Ceh.

Walaubagaimanapun, aplikasi yang dinamakan sebagai SendAnyFile ini nampaknya telah merealisasikan harapan dan impian para pengguna WhatsApp (khususnyalah) yang memang membuak-buak keinginan hendak berkongsi fail selain gambar, video, dan dokumen semata-mata.

Cara menggunakannya juga mudah sahaja.
Melalui WhatsApp:
1. Anda dan kawan anda (pemberi dan penerima fail) perlu memasang terlebih dahulu aplikasi tersebut. Muat turun ia di sini: SendAnyFile
2. Kemudian, cari fail yang anda hendak hantar itu melalui pengurus fail, dan klik pada ‘SendAnyFile’.

Langkahnya – klik ‘Document’ – Browse other docs… – SendAnyFile – klik fail yang anda mahu.

3. Seterusnya ia akan disenaraikan sebagai fail .doc.
4. Pilih fail tersebut dan klik hantar.

Bagi penerima:

1. Anda perlu tetapkan SendAnyFile sebagai aplikasi untuk membuka fail .doc. Untuk buka fail .doc ‘yang sebenar’ anda boleh tetapkan kemudian menggunakan mana-mana aplikasi pejabat kegemaran.

2. Buka fail ( .saf ) yang anda terima tadi menggunakan SendAnyFile ini.

3. Selesai. Fail tersebut akan berada di direktori /sdcard/SendAnyFile/Received/

Cara kedua pula (untuk aplikasi selain WhatsApp):
1. Melalui pengurus fail anda, klik pada ikon ‘share’.
2. Cari ‘SendAnyFile’ melalui pilihan.
3. Fail anda akan diproses. Tak lama pun, tunggu sekejap.
4. Setelah ia siap, anda boleh hantar ia melalui apa juga medium yang anda mahu, contohnya Facebook Messenger.
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x