Pertamanya, ini adalah ulasan pengalaman saya sepanjang menggunakan Goose VPN sebagai medium atau alat anonymity. Kedua, VPN utama yang masih saya gunakan sejak setahun yang lalu hingga ke hari ini ialah TorGuard. Ulasan penuh bagi TorGuard untuk tahun 2018 ini bakal menyusul.
Sebenarnya agak sukar untuk mencari servis VPN yang benar-benar dapat memenuhi keperluan dan kehendak kita sebagai pengguna. Ada yang paparan antaramukanya agak canggih, future proof concept, tetapi ianya tidak mesra pelanggan. Masih menyimpan log, dan akan sewenang menyekat (ban) pengguna apabila berdepan dengan aduan DMCA.
Ada pula yang mempunyai pelbagai ciri menarik, tetapi bayaran bulanannya sudah boleh beli beras wangi gred AAA yang diimport terus dari Siam. Ini bukan yang kita mahu. Sebolehnya, segala apa yang ada adalah seimbang. Atas sebab itu sekarang ini sangat jarang saya menulis ulasan mengenai VPN, kerana jarang pula ada yang menarik minat, apabila semuanya tidak sekata, tidak seimbang.
Saya cuba perkenalkan kepada anda kali ini, Goose VPN.
Goose VPN pada saya adalah servis yang menumpukan kepada pengguna ‘normal’ atau ‘biasa’. Ini adalah kerana matlamatnya adalah untuk pengguna-pengguna baru dapat memahami paparan antaramuka pengguna aplikasinya tanpa sebarang masalah.
Jika anda buka bahagian tetapannya, tiada apa yang terlalu ‘jauh ke depan’ untuk anda ubah. Segalanya adalah straight forward, apa yang ada sekadar cukup untuk dapat menjalankan sambungan VPN ke pelayannya.
Di bahagian Protocol, hanya terdapat pilihan Automatic, IKEv2, L2TP/IPSec, PPtP, dan OpenVPN. Tiada sebarang pilihan selain dari yang disebutkan. Tidak seperti VyprVPN yang mempunyai Chameleon, atau bahkan TorGuard yang mempunyai Stealth, Goose VPN hanya menumpukan kepada apa yang sudah ada dalam teknologi VPN, dan enkripsi terbaik yang ditawarkan hanyalah OpenVPN. Hei, BolehVPN dari Malaysia juga mempunyai protokol unik yang dinamakan sebagai xCloak Routing.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah kebolehan Goose VPN untuk melepasi sekatan terhadap VPN yang dilakukan oleh Netflix. Mereka mempunyai pelayan-pelayan khas yang dibuat khas untuk tujuan penstriman di laman tersebut. Ianya tidak memerlukan langganan tambahan, kerana ia sudah siap tersedia dalam plan unlimited.
Pelayan-pelayan itu juga adalah serasi dengan pelbagai lagi laman penstriman lain termasuklah Hulu, dan lain-lain laman yang anda tidak dapat layari jika masih menggunakan alamat IP asal dari Malaysia.
Goose VPN juga mempunyai pelayan yang dilabel ‘P2P’ khusus untuk aktiviti torrenting. Jika anda sememangnya pemuat turun tegar menggunakan klien torrent, pelayan P2P patut menjadi pilihan.
Apalah guna jika ada semua kelebihan ini, jika alamat IP anda masih boleh bocor?
Walaupun tidak dinyatakan dalam mana-mana cirinya, Goose VPN nampaknya masih dapat melindungi alamat IP anda dari kebocoran akibat DNS dan WebRTC. Ujian yang dilakukan telah menunjukkan ia dapat melepasi dengan jayanya.
Proses pembayaran adalah melalui kad debit atau kredit, dan juga PayPal. Buat masa ini mereka masih belum menerima sebarang proses pembayaran yang lain. Jika anda ada akaun PayPal, inilah masa yang paling sesuai untuk anda manfaatkannya.
Sekarang mereka sedang giat menjalankan promosi percubaan sebulan percuma. Anda tidak perlu membuat apa-apa bayaran, dan hanya perlu mendaftar satu akaun bagi mencuba servis ini.
Jika anda rasa anda mahu menjadi salah seorang pengguna Goose VPN, anda boleh layari alamat yang dikongsikan di bawah untuk mendaftar.
>>>
Oh ya, anda boleh gunakan kod 30PROCENT untuk mendapatkan diskaun sebanyak 30% bagi mana-mana plan yang anda langgan.
Konklusi
Goose VPN sesuai untuk mereka yang setiap hari mengunjungi laman-laman penstriman yang memerlukan alamat IP dari US, atau anda ingin membuka katalog Netflix versi US, atau untuk anda yang setiap hari menggunakan torrent sebagai medium untuk muat turun. Ia tidak memerlukan sebarang tetapan rumit, cukup sekadar pilih protokol yang diingini dan klik butang ON. Selebihnya akan diurus oleh Goose VPN.