Google Mempertahankan Ciri Pemantauan Kontroversi Pada Google Maps

Entahlah. Serba salah abam nak tulis ni sebenarnya, sebab ciri apa pun jika disalahguna, akan tetap membawa padah dan masalah. Bagaimanapun, abam tetap kena berikan informasi kepada anda juga, supaya anda tahu apa yang patut dilakukan sekiranya isu ini terjadi.

Bayangkan, jika suatu hari, anda pinjamkan telefon anda hanya untuk sebentar kepada rakan. Mereka log masuk ke akaun Google mereka pada telefon anda. Hanya beberapa hari selepasnya, melalui ciri Google Maps Timeline, mereka boleh menjejak pergerakan anda walaupun mereka sudah log keluar dari telefon tersebut.

Seorang penyelidik keselamatan baru menemui ‘kelemahan’ pada ciri ini setelah meminjam telefon isterinya. Dia cuba memberi amaran kepada Google mengenai kekurangan keselamatan tersebut, tetapi Google pada dasarnya memaklumkan untuk tidak berasa bimbang dengan ciri berkenaan.

Syarikat gergasi teknologi itu mengatakan bahawa kemampuan ciri Google Maps Timeline untuk mengesan sejarah lokasi isterinya itu adalah satu ciri yang sah digunakan dan bukan ‘ralat’ atau bugs. Namun begitu, ciri ini sekiranya digunakan oleh mereka yang mahir, ia mampu menjadi alat untuk tujuan ‘cyberstalking‘.

Hakikatnya, Maps ialah aplikasi ‘sistem’ yang tidak boleh dinyahpasang pada kebanyakan telefon pintar pada zaman ini, yang bererti individu mahir tersebut tidak perlu memasang sebarang spyware. Dia hanya cuma perlu menggunakan kombinasi Google Maps dan log masuk pada telefon mangsa menggunakan akaun Google.

Mujurlah masih ada cara untuk mencegahnya. Para pengguna Android boleh gunakan cara ini untuk untuk menghentikan isu ‘pemantauan’ yang tidak diingini:

Hala ke ‘Settings‘ > Accounts and Backups > MAnage Accounts > Buang mana-mana akaun yang bukan milik anda untuk menghentikan sebarang potensi kemas kini sejarah lokasi anda dihantar kepada akaun tersebut.

Sumber : MalwareBytes

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x