Nampaknya semakin hari semakin ramai yang memberikan perhatian terhadap kempen #CutTheCord. Alternatif demi alternatif dibongkarkan, sesuai dengan peredaran masa.
Kami kerap juga menulis tentang aplikasi Terrarium TV, yang menjadi fenomena setelah Kodi beransur-ansur hilang magisnya. Terrarium TV menjadi aplikasi utama buat para peminat filem, yang enggan lagi bersusah-payah menyiapkan tetapan Kodi.
Namun Terrarium TV bukan satu-satunya aplikasi penstriman yang unggul. Terdapat banyak lagi alternatif kepada Kodi yang pernah ditulis dan dibincangkan di sini, yang mana Terrarium TV hanyalah salah satu sahaja daripada pelbagai lagi aplikasi alternatif.
FreeFlix HQ – satu aplikasi penstriman yang bukan sahaja menjadi alternatif unggul buat Kodi, ia juga adalah satu alternatif terbaik kepada Terrarium TV.
Apa yang menariknya tentang FreeFlix HQ ini? Baiklah, mari kita tengok sama-sama.
Pertamanya, aplikasi ini tidak ubah seperti Terrarium TV, dari segi paparan antaramuka penggunanya. Sekali pandang, sudah tahu mana yang harus diklik, dengan panduan Material Design yang meskipun tidak secara menyeluruh, namun cukup untuk memudahkan kepenggunaan.
Kedua, FreeFlix HQ mempunyai pelbagai pilihan kategori strim, dari filem, drama, kartun, hinggalah kepada siaran televisyen! Ya, siaran televisyen langsung!.
Dari siaran televisyen Amerika Syarikat, Afghanistan, Malaysia, dan pelbagai lagi negara yang mana anda hanya perlu pilih sahaja melalui senarainya.
Selain itu, sekiranya anda mempunyai fail m3u sendiri, anda boleh import ia untuk distrim melalui FreeFlix HQ. Menarik bukan?
Jangan dilupakan juga, FreeFlix HQ adalah aplikasi penstriman filem dan drama. Apa yang menarik, ia akan terus strim dari sumber pautan yang anda pilih bersama dengan sarikatanya. Jika sarikata tersebut tidak tepat, anda boleh ubah melalui butang ‘CC’ di atas pemain video.
Tidak seperti Terrarium TV, FreeFlix HQ memberi peluang kepada pengguna untuk menyahaktif iklan yang dipaparkan melalui butang derma menggunakan PayPal dengan jumlah 10USD, atau lebih mengikut kemahuan anda. Jadi, anda tidak perlu lagi mencari aplikasi crack semata-mata untuk menghilangkan paparan iklannya.
Baguslah begitu, kan?
Baiklah, rasanya cukup dahulu buat masa ini artikel pengenalan kepada FreeFlix HQ. Kami akan kemaskini lagi di masa akan datang sekiranya terdapat apa-apa berita menarik yang berkaitan dengan aplikasi ini.
Buat anda yang ingin memasangnya pada telefon mahupun Android Box, anda boleh muat turun fail apk di laman rasmi: FreeFlix HQ
Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan serta ahli keluarga anda supaya mereka juga dapat memanfaatkan FreeFlix HQ. Terima kasih buat semua yang menekan butang share. :)
admin, cable jenis apa yang digunakan untuk sambungkan nset ke tv yer (HDMI)
Admin guna cable apa untuk sambungkan nset ke tv (HDMI)