Pada masa kini, ramai yang suka main game menggunakan telefon bimbit depa. Mamu gak terkecuali. Dah ada anak nih leceh sikit nak main game kat PC. Ramai lebih selesa main game pada telefon bimbit pasaipa? Senang bawa ke mana sahaja & telefon sekarang pun banyak boleh sokong permainan yang canggih manggih.
Kali ini Mamu berpeluang untuk mengulas tentang Flydigi CyberFox T1, TWS gaming yang bagi Mamu memang padu, sepadu nasi kandaq Deen Jelutong kuah campoq. Gaming TWS yang Mamu pernah ulas sebelum nih, hangpa boleh baca kat sini :
Sebelum Mamu ulas tentang TWS nih, mai kita tengok sikit spesifikasi TWS dari Flydigi nih.
Spesifikasi Flydigi CyberFox T1
Audio
Pemacu | HCCAW Voice Coil (High-Tension Copper-Clad Aluminum Wires) 12mm Dynamic Driver |
Impedan | 16Ω |
Respon Frekuensi | 20-20000Hz |
Sambungan & Kawalan
Sambungan Wireless | Bluetooth V5.0 |
Mikrofon | Ya |
Jangka Hayat Bateri TWS | 4 Jam (40mAh) |
Jangka Hayat Bateri Kotak Simpanan TWS | 20 Jam (500mAh) |
Masa Mengecas | 1.5 Jam (TWS) 1.5 Jam (Kotak Simpanan) |
Input | DC 5V 1A |
Sokongan Codec | SBC/AAC |
Jarak Wireless | Sehingga 10m |
Rekabentuk
Cara Penggunaan | In-Ear dengan sokongan ENC |
Dimensi | 9.9 x 9.9 x 4.6 cm |
Berat | 130 gram |
Video Unboxing Flydigi CyberFox T1
Kotak Pembungkusan Flydigi CyberFox T1
Reka bentuk kotak dia memang sempoi abis. Depa gunakan warna putih kelabu dan ada gambaq produk sebagai watak utama dalam reka letak kotak depa.
Dalam kotak, hangpa akan disambut dengan beberapa benda seperti :
- TWS CyberFox T1 (kalau hatni takdak, hangpa kena Macau Scam tu)
- 2 set eartips
- Kabel type C
- Manual
Dari kotak, hangpa akan dapat spesifikasi untuk TWS ni. Hangpa boleh tengok kat gambaq di bawah :
Reka bentuk yang ala Cyberpunk bagi Mamu memang menarik perhatian. Depa menggunakan bahan plastik berkilat berwarna kelabu untuk TWS depa ni.
TWS ni menggunakan reka bentuk in ear seakan Pea Shooter dalam Plants VS Zombies. (kang sebut macam Earpods Pro ada sentap plak)
TWS ni menggunakan kawalan jenis sesentuh. Kawasan untuk kawalan bagi Mamu agak besar & sesuai untuk hat jari lebaq macam Mamu.
Walaupun takdak lampu RGB lip-lap ala kedai tomyam, bagi Mamu tu bukan satu kekurangan. Bunyi bila TWS ni tersambung ke telefon bagi Mamu dah gaming centric dah. Terdapat juga satu tambahan mikrofon pada kawasan ni. Untuk apa hangpa tanya? Ni la gunanya ENC Noise Cancellation.
TWS ini menggunakan port type C untuk pengecasan. Takyah pening kepala takdak kabel nak cas semula kan?
Pada belakang TWS ada butang reset. Mamu kena gunakan teknik dalam video di bawah. Dari wakil Flydigi, teknik sambungan ni hanya untuk sesetengah model telefon sahaja kena buat.
TWS nih didatangkan dengan IP54. Sesuai untuk bersenam dan berperang dengan kawan-kawan dalam COD Mobile. Penat kot lari dalam Battle Royale.
Setelah hampir sebulan Mamu menggunakan TWS ni dalam pelbagai scenario, bagi Mamu prestasi dia memang Mamu tak sangka.
Dari segi Gaming, depa menggunakan teknologi yang depa namakan FoxSpeed Low Latency Technology. Nak aktifkan mod ni, hangpa triple tap earbud sebelah kanan hangpa. Hangpa akan disambung dengan nada pengaktifan mod game. Dalam mod ni, latency akan berada pada tahap 60ms. Sedikit pantas dibandingkan dengan Edifier Hecate GM4 Mini1 dengan latency 65ms.
Dari keselesaan jangka lama, Mamu takdak rasa ear fatigue. Mamu gunakan untuk dengar lagu dalam perjalanan ke tempat kerja. TWS ni takdak fungsi ANC tapi tanpa fungsi ni pun noise isolation masih boleh diterima. Ini dapat dilihat bila Mamu gunakan TWS ni dan deruman motor FZ150i RR standard kilang masih lagi kedengaran sayup.
Untuk panggilan suara, Mamu dah cuba dalam scenario berbeza. Ternyata ENC banyak membantu dan penerima dapat mendengar suara Mamu dengan jelas tanpa bunyi bising mesin. (Mamu kerja kilang so sesiapa kerja kilang tahu macam mana bisingnya bunyi mesin berjalan)
Dari segi penghasilan bunyi bila dengar lagu, ini yang buat Mamu agak terkesima. Dikuasakan dengan HCCAW Voice Coil (High-Tension Copper-Clad Aluminum Wires) 12mm Dynamic Driver yang membuatkan setiap lagu Mamu dengaq memang mengasyikkan. Talaan gaming pada TWS ni membuatkan lagu yang berkumandang pada TWS ni jadi lebih sedap.
Bunyi keseluruhan Cyberfox T1 agak dinamik.
Apa yang mereka lakukan untuk muzik adalah menonjolkan suara vokalis. Jadi, suara vokalis lebih terasa lebih prominent. Mamu cuba dengar lagu Dig – Mudvayne suara Chad Gray tidak tenggelam dalam spektrum lain.
Treble diselaraskan dengan cara di mana hangpa dapat mendengari banyak perincian halus. Hatni hangpa boleh rasa bila bermain game dengan bunyi letupan dan tapak kaki musuh bergerak ke arah hangpa. Ini juga terjadi bila hangpa dengaq lagu.
Bass agak longgar kadang-kadang tetapi takpa. Hatni hangpa dapat rasa seakan perasaan ada subwoofer dalam telinga hangpa. Hatni Mamu dapat rasa bila dengaq lagu Alone Pt 2 (Da Tweekaz Remix) – Alan Walker,Ava Max.
Dari segi soundstage dan sound imaging, Cyberfox T1 mempunyai bunyi yang lebih terbuka dan bunyi yang dinamik. Biasanya apabila TWS mempunyai bunyi yang dinamik, bunyi yang terhasil akan sedikit tertutup tetapi dengan Cyberfox bunyi dihasilkan terdengar agak terbuka.
Pada tanda harga RM 248, bagi Mamu Flydigi CyberFox T1 boleh dimasukkan dalam senarai pembelian hangpa. Mana nak beli? Hangpa klik pautan di bawah naa. Hangpa boleh gak pi tengok Facebook depa. Mana tau ada depa buat giveaway kan.
Setakat itu ulasan Mamu untuk kali ini. Kita berjumpa di lain masa. Mamu signing out!