Evolusi Teknologi Wi-Fi

Pembangunan teknologi Wi-Fi semakin berevolusi demi memenuhi keperluan pengguna.

Wi-Fi adalah seperti oksigen untuk dunia kita yang terhubung antara satu sama lain walaupun lokasi jauh dari mata. Ia adalah protokol rangkaian wayarles yang paling meluas digunakan hari ini, membawa lebih separuh daripada semua trafik internet.

‘Wi-Fi’ ialah istilah lengkap untuk ‘keluarga’ atau versi yang semakin berkembang dengan protokol 802.11 yang telah berevolusi lebih dari dua dekad.

Wi-Fi Alliance, organisasi yang memacu penerimaan dan evolusi Wi-Fi, telah mempermudahkan nama generasi Wi-Fi yang biasa digunakan dengan tatanama berangka. Sebagai contoh, Wi-Fi 4 = 802.11n, Wi-Fi 5 = 802.11ac , dan Wi-Fi 6 = 802.11ax.

Walaupun rangkaian Wi-Fi 4/5/6 terdapat di mana-mana, pertumbuhan pesat Internet of Things (IoT) telah memaksa sekali lagi evolusi untuk Wi-Fi tradisional dan pembangun perlu memikir semula bagaimana ia harus berfungsi. Penilaian semula itu telah mendedahkan jurang teknologi dan mentakrifkan semula peranan yang perlu dimainkan oleh protokol 802.11 dalam dunia peranti IoT berkuasa ultra-rendah dan disambungkan secara wayarles hari ini.

Permintaan yang lebih tinggi untuk sambungan jarak jauh dan keperluan kuasa rendah aplikasi IoT serta mesin-ke-mesin (M2M) mendorong keperluan jenis Wi-Fi lain yang dioptimumkan untuk IoT.

Terdapat tiga ‘naik taraf’ atau evolusi yang akan diperoleh dalam pembangun teknologi Wi-Fi, dan ia adalah Wi-Fi HaLow, Wi-Fi EasyMesh, dan Wi-Fi 7.

Protokol Wi-Fi HaLow (disebut sebagai “HEY-low”) mengisi jurang ini dengan menyediakan penyelesaian wayarles kuasa ultra-rendah yang menghubungkan bilangan peranti IoT lebih besar pada jarak lebih jauh dan pada kuasa yang jauh lebih rendah daripada Wi-Fi tradisional. Protokol itu telah disahkan oleh ‘kumpulan tugas IEEE 802.11ah’ pada 2016 dan digelar Wi-Fi HaLow oleh Wi-Fi Alliance.

WiFi EasyMesh pula ialah standard yang membenarkan penghala Wi-Fi (router) dan peranti sistem mesh untuk berkomunikasi antara satu sama lain tanpa mengira produk atau jenama.

Dengan Wi-Fi EasyMesh, penghala dan pusat akses boleh menghalakan peranti ke pusat akses yang dapat menyediakan perkhidmatan terbaik untuk peranti itu. Rangkaian Wi-Fi EasyMesh juga boleh mengubah suai struktur rangkaian berdasarkan keadaan yang berubah-ubah untuk memberikan pengalaman yang konsisten kepada pengguna.

Di tengah ‘kekabutan’ ini, muncul pula Wi-Fi 6E. Secara ringkasnya, WiFi 6E bermaksud WiFi 6 yang dilanjutkan kepada jalur (band) 6GHz. 6GHz ialah jalur frekuensi baharu antara 5.925GHz hingga 7.125GHz, membenarkan sehingga 1,200MHz spektrum tambahan.

Tidak seperti jalur sedia ada yang salurannya pada masa ini dipadatkan ke dalam spektrum terhad, jalur 6GHz wujud tanpa pertindihan atau gangguan. Akses kepada frekuensi 6GHz membawa lebih jalur lebar (bandwidth), kelajuan lebih pantas dan kependaman (latency) yang lebih rendah.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, aplikasi baru muncul mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk daya pemprosesan dan kependaman. Contoh biasa aplikasi ini termasuklah video 4K dan 8K, realiti maya (VR) dan realiti tambahan (AR), permainan dalam talian, pejabat jarak jauh, persidangan video dalam talian, dan pengkomputeran awan.

Wi-Fi 6, iaitu standard Wi-Fi terkini, tidak mencukupi walaupun ia didedikasi untuk meningkatkan pengalaman pengguna dalam senario penduduk/pengguna berketumpatan tinggi.

Oleh itu, IEEE akan mengeluarkan pindaan baharu dengan nama IEEE 802.11be EHT, atau nama lainnya – Wi-Fi 7. Wi-Fi 7 adalah standard Wi-Fi generasi akan datang yang bakal dilancarkan, juga dikenali sebagai IEEE 802.11be — extremely high throughput (EHT).

Anda boleh rujuk maklumat lanjut mengenai Wi-Fi 7 di: What Is WiFi 7?

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x